4. Nama sebenar adalah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin
Hakam bin Abu al-'Ash bin Umayah bin Abdu Syam bin Abdu
Manaf bin Qushay bin Kilab.
Dilahirkan di Halawan, iaitu di sebuah kampung yang terletak
di Mesir.
Pada tahun 61 H atau bersamaan dengan 682 M.
Ayahnya adalah Abdul Aziz bin Marwan, salah seorang dari
gabenor di kalangan Umaiyah.
Ibunya bernama Ummu Ashim, Laila binti Ashim bin Umar
bin Khattab.
5. Beliau telah menghafaz al-Quran semenjak masih kecil
lagi.
Sangat mengambil berat dengan ilmu pengetahuan dan
akhlak.
Beliau memperoleh pendidikan di Madinah. Kerana
Kota Madinah merupakan pusat ilmu pengetahuan serta
gudang para ulama hadith dan tafsir.
Beliau telah merantau ke Madinah untuk menimba ilmu
pengetahuan.
Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka
seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin
Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan
sebagainya.
Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan
beberapa tokoh terkenal di Mesir.
6. Umar bin Abdul Aziz berkahwin
dengan Fatimah binti Abdul Malik
bin Marwan.
Fatimah binti Abdul Malik bin
Marwan adalah puteri dari Khalifah
Abdul Malik bin Marwan.
Ketika Fatimah dipinang untuk Umar
bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar
masih sebagai orang kebanyakan
bukannya seorang khalifah.
7. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Khalifah
Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka dengan pelantikan
tersebut.
Beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk
memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih
dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak
dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku
membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah
seorang Khalifah yang kamu reda.
Orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai
Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang
demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan.
8. Sempat memerintah selama 2 tahun 5 bulan, bersamaan dengan
852 hari.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz wafat kerana diracun oleh
sebilangan pemimpin Bani Umawiyyah yang tidak berpuas hati
dengan beliau yang banyak menyekat kemewahan mereka.
Meninggal dunia pada hari jumaat pada sepuluh terakhir dalam
bulan Rejab.
Tahun 101 Hijrah ketika umurnya 40 tahun.
Dikebumikan di Syria.
9. Mengembalikan semula gereja yang
telah diambil oleh khalifah-khalifah
Umaiyyah yang lalu daripada orang-
orang nasrani.
Khalifah Umar tidak suka melakukan
pertumpahan darah sesama manusia.
Beliau lebih suka menukarkan dari
cara peperangan kepada cara
berdakwah. Cara ini adalah lebih
berkesan dan lebih praktikal jika
dibandingkan dengan khalifah-
khalifah Umaiyah sebelumnya.
Mengembalikan semula demokrasi
al-syura mengikut Islam. Demokrasi
ini telah lama hilang dan tidak
dipraktikan pada masa khalifah
umaiyah kecuali di zaman Umar bin
Abdul Aziz sahaja.
Melantik qadhi-qadhi disetiap
wilayah, pemimpin tentera, pemungut
cukai, ketua polis, ketua pos, dan
pelbagai jabatan lagi yang berkaitan
dengan pelaksanaan pentadbiran
umat.
10. Asas penting yang telah digariskan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz iaitu :
i. Harta itu adalah harta Allah. Manusia hanya berusaha sekadar keperluan
sahaja.
ii. Kerajaan akan memberi jaminan kesenangan kepada manusia sekadar tahap
minimum sahaja.
iii. Zakat mesti dipungut segera dan dibahagikan kepada orang yang berhak
dengan segera. Jika didapati berlebihan, hendaklah dikembalikan kepada
Baitulmal.
iv. Wajib mempunyai perimbangan antara kemasukan dan pengeluaran negara.
Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab selepas mereka memeluk agama Islam tetapi
mereka dikenakan cukai al-Kharaj keatas tanah-tanah mereka.
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz berjaya memberi keselesaan kepada semua rakyat.
Rakyat hidup dengan mewah tanpa berlaku sebarang masalah antara mereka.
Masalah sosial seperti rasuah dapat diatasi.
11. Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam hidupnya. Mereka diberi
pertolongan seperti tempat penginapan, bantuan-bantuan yang berupa mental dan
material.
Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta
penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan
sebagainya.
Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk
menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan sebagainya
kedalam bahasa arab.
Dalam bidang pengajian nahu dan soraf, baginda menggunakan cara yang baru.
Ini disebabkan oleh banyaknya orang-orang bukan Islam memeluk Islam.
Beliau juga tidak lupa dalam usaha penyusunan semula hadis.
Mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohanian dan ilmu keduniaan
lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan
mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman.
12. Nepotisme ialah perbuatan dalam
pemerintahan yang mementingkan atau
melebihkan sanak saudara atau kawan-
kawan sendiri.
Beliau tidak segan menurunkan kaum
kerabatnya sendiri sekiranya memang
tidak mampu menegakkan keadilan.
13. Beliau menolak kuda-kuda hias dan
menyuruhnya dijual, kemudian duitnya
dimasukkan ke dalam Baitulmal.
Semua permaidani-permaidani dan
tempat alas kaki yang biasanya
disediakan untuk khalifah-khalifah
yang baru semuanya itu dijualnya dan
wangnya dimasukkan ke dalam
Baitulmal.
14. Beliau mengubah cara berdakwah
dari kekerasan peperangan kepada
dakwah secara berhikmah.
Beliau menyebarkan agama Islam
sebagaimana yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. dan
menempuh cara damai dalam
berdakwah, ini tidak dilakukan
oleh khalifah-khalifah sebelumnya,
dakwah itu sangat berkesan
menyebabkan ramai orang-orang
yang memeluk Islam.