SlideShare a Scribd company logo
SU 4 : WUJUD JAWATAN PEMBANTU GURU-WAJAR ATAU TIDAK? oleh
MOHD JOHADI BIN SAARI
1.1 Pengenalan
Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia,
namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang
berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah
menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan
kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa
melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.Implikasinya, golongan pendidik ini tidak
dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu
jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru
(JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan
kerja berlebihan.
Laporan akhir Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 ini
menunjukkan terdapat 14 faktor yang menyumbang kepada meningkatnya beban tugas
guru. Antaranya termasuk penyertaan guru yang terlalu banyak dalam kegiatan
kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan
profesional keguruan.Selain itu, jawatankuasa ini turut mengemuka serta
memperakukan 28 cadangan kepada Kementerian Pelajaran. Antaranya untuk
menempatkan guru pembantu atau guru kedua dalam kelas melebihi 35 murid di
sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum
atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Persoalannya, apakah maksud guru pembantu atau guru kedua? Apakah implikasi
penjawatan ini terhadap profesion keguruan?Dan wajarkah jawatan ini
diwujudkan?Guru pembantu ialah guru yang mengambil alih tugas sampingan guru
biasa terutamanya menguruskan tugas perkeranian serta pengurusan program
teknologi maklumat dan sebagainya tanpa mengambil alih peranan sepenuhnya
sebagai guru. Pernyataan ini berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, dalam akhbar
Berita Harian, 14 Disember 2010 iaitu;
“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka
tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan
pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,”.
Louise Burnham dalam bukunya bertajuk 101 Essential List for Teaching Assistants
yang diterbitkan pada 2006 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad,2011)membincangkan pelbagai perkara penting mengenai penjawatan guru
pembantu antaranya persiapan awal guru pembantu, pengurusan murid, pengurusan
bahan dan tugas sokongan dan sebagainya.Dalam buku tersebut, Louise Burnham
mendefinisikan guru pembantu sebagai guru yang berperanan mengikut keperluan
sekolah dan mungkin digelar penolong sokongan pengajaran, penolong sokongan
individu, atau penolong kelas. Penerbitan buku ini antara lain menunjukkan tugas
sebagai guru pembantu telah lama diiktiraf di negara luar berbanding Malaysia di mana
masih lagi dalam proses perbincangan.
Berbalik kepada persoalan pokok, sejauh mana penjawatan guru pembantu atau guru
kedua ini dapat memberi implikasi terhadap beban yang ditanggung oleh guru
biasa?Mampukah jawatan ini dapat memenuhi objektif sebenar cadangan asal?Ikuti
kupasan isu ini secara lebih terperinci dan ilmiah.
1.2 Perkembangan Hujah
Selepas cadangan mengenai pengwujudan jawatan guru pembantu atau guru kedua ini
diusulkan pada peringkat kementerian, media mula rancak memulakan polemik
berkaitan isu ini terutamanya aspek kewajarannya.Kebanyakan berita hari ini memetik
yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas
yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai
perancangan melaksanakannya.Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka
tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Tan Sri Abdul Rafie Mahat
melalui kenyataannya dalam Berita Harian menunjukkan respon positif terhadap
cadangan penambahbaikan ini. Beliau mengulas cadangan ini dengan mengatakan
jawatan pembantu guru perlu diwujudkan bagi meringankan beban guru sekolah yang
juga terpaksa melakukan kerja pentadbiran. Hal ini merujuk kepada terdapat banyak
rungutan daripada golongan pendidik yang terbeban dengan tugas-tugas di sekolah
yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid,
pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.Selain itu, beliau juga
menyatakan sokongannya cadangan itu untuk disertakan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan melalui kenyataanya dalam akhbar tersebut.
“SPP melihat perkara ini sebagai amat wajar dan boleh dimanfaatkan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan.’’
Sementara itu, Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Arsad, berkata jika tidak ada
jaminan melalui pekeliling kementerian khususnya bagi pengecualian tugasan dan
aktiviti pada Sabtu dan Ahad, serta jaminan penempatan pembantu guru selagi itu ia
(Sistem Kerja 9 Jam) tidak boleh dilaksanakan. Kenyataannya melalui akhbar Berita
Harian bertarikh 30 Ogos 2012 ini bagi menjawab isu cadangan sistem kerja 9 jam
untuk guru. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran perlu menyediakan pembantu guru
terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad jika
mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru. Syarat ini adalah bagi
memastikan guru tidak berdepan tekanan kerja kerana terpaksa melakukan pelbagai
kerja perkeranian sebagaimana dihadapi ketika ini, selain bebanan kerja mereka setara
dengan kakitangan awam lain.
Selain itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan melalui kenyataannya dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Jun 2009
berkata, jika cadangan (Wujud Jawatan Guru Pembantu) itu dilaksanakan, pekerja am
ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan
program penilaian prestasi sekolah. Dalam kenyataan yang lain di dalam akhbar
Utusan Malaysia, 22 Jun 2009, beliau turut mengatakan bahawa kira-kira 11,000
pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru
bagi 500 orang pelajar.Hujah yang dikemukakan ini menunjukkan sokongan beliau
sebagai presiden NUTP terhadap cadangan mewujudkan jawatan guru kedua sebagai
langkah penambahbaikan sistem pendidikan negara.
Bagi menyokong lagi terhadap cadangan mewujudkan jawatan guru pembantu ini,
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri
Mohd Arsad tampil untuk menyatakan bahawa pelaksanaan dua guru satu kelas dapat
memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka. Katanya, guru
boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan
memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah. “Justeru, guru
pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru
sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya dalam Berita
Harian, 14 Disember 2010.
Manakala di dalam akhbar Berita Harian 29 September 2009, Pengerusi Majlis
Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar
mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan
merekodkan data. Hal ini berikutan menurut beliau ketika ini, guru terutamanya guru
kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain
mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu,
guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani
dengan banyak lagi tugas lain.
Masih lagi kenyataan menyokong ke atas cadangan mewujudkan jawatan guru pembantu ini, Presiden
Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arshad dalam Berita Harian Online
bertarikh 24 Ogos 2009 , berkata 25 persatuan dan kesatuan guru pernah berbincang mengenai
cadangan itu dengan Kementerian Pelajaran, September lalu. Beliau juga turut menyatakan bahawa
bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail pernah menyatakan jawatan
pembantu guru akan dipertimbangkan, namun selepas pemergian beliau, ia seolah-olah tiada
kesinambungan dan masih menunggu jawapan hingga kini.
Isu pendidikan ini turut mengundang keprihatinan pakar pendidikan iaitu Peter Farrell, Profesor Sarah
Fields bagi Keperluan Khas dan Psikologi Pendidikan Pusat Pendidikan Universiti Manchester turut
berpendapat bahawa jawatan pembantu guru perlu diwujudkan. Memetik kenyataan beliau dalam
seminarnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dicatat dalam laman rasmi UKM bertarikh 13
Oktober 2011 menyatakan, walaupun wujud kekangan-kekangan itu (kekangan kewangan, kekurangan
pakar dalam bidang diperlukan, kekurangan sumber dalam kesihatan dan sektor perkhidmatan sosial dan
pelaburan modal), pembantu guru adalah satu cadangan baik untuk Malaysia dan beliau mencadangkan
agar kewujudan kakitangan seperti itu dimasukkan ke dalam kurikulum dan latihan perguruan. Beliau
juga turut berkata walaupun bilangan murid dalam kelas di Britain hanya seramai 20 orang sahaja, tetapi
pembantu guru sudah pun disediakan. Di Malaysia di mana bilangan murid mencecah antara 40 hingga
50 murid pembantu guru amat diperlukan. Berdasarkan kenyataan beliau ini membuktikan negara yang
mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik turut melaksanakan sistem guru pembantu.
Secara keseluruhannya dapat dilihat cadangan ini mendapat respon yang amat baik daripada golongan
berwajib dan rakyat Malaysia terutamanya golongan pendidik.Tinjauan melalui undian Sistem Pesanan
Ringkas (SMS)yang dijalankan oleh unit berita stesen televisyen swasta NTV7 bertarikh 20 Jun 2009
mengenai kewajaran mewujudkan jawatan guru pembantu menunjukkan 67% bersetuju dengan
cadangan tersebut manakala 37% lagi tidak bersetuju. Ini menunjukkan kalangan guru dan masyarakat
luar amat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun
Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakan cadangan ini.Ini bermakna
cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara
ini.
1.3 Implikasi Hujah
Untuk pembangunan sesebuah negara, pendidikan merupakan aset yang sangat
penting kepada semua individu.Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada
kejayaan sebuah negara.Namun persoalannya, siapakah yang yang menjadi agen
penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan ini?Dalam sektor pendidikan
negara, guru adalah golongan yang paling bertanggungajawab untuk menggalas
amanah negara ini.Modal insane yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Justeru itu, keupayaan guru menguruskan
segala tugasan dan tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada
pembangunan murid.Hal ini kerana, tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan
sahaja dari dunia pendidikan bahkan dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab
yang tiggi kepada pihak sekolah.Faktor-faktor ini semua sudah tentu memerlukan
ketahanan emosi untuk mengelak tekanan bebanan kerja guru. Justeru itu,
cadangan NUTP ini sekurang-kurangnya menunjukkan rintahan golongan guru untuk
menjaga hak kebajikan mereka masih didengari oleh pihak kementerian.
Kajian yang dilakukan pihak kementerian perlu menyeluruh dan mengambil kira
implikasi positif kepada golongan guru, murid, sekolah seterusnya misi
negara. Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan
masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja
sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan
pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan
bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta
memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat
memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan
pedagogi mereka. Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar
Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus
kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang
dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan
boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa
jalankan tugas di luar bidang kerja.
Implikasi positif ini bukan sekadar tertumpu kepada golongan guru sahaja, semua pihak
sewajarnya menyedari hakikat dengan adanya perjawatan sokongan ini akan
membantu prestasi akademi murid-murid serta dapat memastikan hak kebajikan murid
terjaga. Hal ini merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim
Peng, dalam laporan Berita Harian 14 Disember 2010 yang mengatakan bahawa guru
pembantu boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit
atau demam ketika berada dalam kelas.Menuruf Prof Ferrel pula dalam laporan laman
rasmi UKM 13 Oktober 2011 menyatakan bahawa, “Akan ramai lagi murid yang
ketinggalan dan mereka memerlukan bantuan pembantu guru’. Oleh itu, dengan
adanya bantuan, prestasi setiap murid akan lebih dapat diberi tumpuan.
Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya
berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan
tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan
semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan
perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu
menyediakan pendidikan berkualiti.Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak
perkhidmatan guru-guru.Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat
mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara.Oleh itu,
peranan guru pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu
sekolah khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan
sehingga membantutkan usaha mereka kearah inspirasi negara.
1.4 Rumusan/ Cadangan
Berdasarkan perbincangan isu ini, saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru
kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di
sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas
guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pada pandangan saya dengan merujuk kepada pembacaan pada laman-laman web dan blog rasmi
mahupun tidak rasmi serta pemerhatian dan pengamatan semasa proses praktikum di beberapa buah
sekolah termasuk kategori luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa
cadangan ini memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini. Guru kini dilihat bukan
sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di
sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru
sekalipun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang
semakin hari semakin membebankan.
Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada
suatu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan
pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.Banyak pihak yang mungkin
mencebik atau menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi.Tak kurang
juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh'.Ironinya, sejauh mana mereka
meletakkan situasi sebenar bebanan dunia keguruan di atas bahu mereka sehingga cuba menafikan atau
‘berpaling muka’ terhadap keluhan guru ini untuk mendapatkan khidmat sokongan guru pembantu?
Jika diteliti, guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudkan bukan melaksanakan tugas mengajar
secara langsung seperti tugas guru sedia ada.Ia lebih kepada membantu melaksanakan tugas -tugas
perkeranian di dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi serta
menguruskan perkara-perkara yang melibatkan murid, misalnya masalah sakit atau demam ketika
berada dalam kelas. Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangkan itu hampir sama
dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di pra sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Berdasarkan senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan. Guru
kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Jadi isu pertindihan tugas terutamanya yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara teorinya tidak timbul.
Saya juga melihat cadangan ini bukan bermakna guru pada masa sekarang tidak
pernah bersyukur atau terlalu meminta tanpa mengenal makna kepuasan ibarat “diberi
betis hendakkan paha”, tetapi menurut Laporan Jawatankuasa Khas Menangani Isu
Beban Tugas Guru 2010, terdapat 14 faktor yang menyumbang kepada tekanan
bebanan tugas guru disekolah. Antaranya ialah kekerapan guru keluar berkursus,
kokurikulum/sukan, tugas hujung minggu, tugas rencam , rantaian arahan (chain of
command) dan lain-lain sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan
profesional keguruan. Itu memang jelas dan sudah lama berlaku dalam pelaksanaan
pendidikan di negara kita.Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan
oleh pakar pendidikan dari Britain, Peter Farrell, iaitu Profesor Sarah Fields bagi
Keperluan Khas dan Psikologi Pendidikan Pusat Pendidikan Universiti Manchester
mengenai hak murid dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Memetik kenyataan
beliau dalam seminarnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dicatat dalam
laman rasmi UKM bertarikh 13 Oktober 2011, “Setiap kanak-kanak boleh belajar dan
mempunyai hak mendapatkan pendidikan berkualiti,” katanya. Namun berdasarkan
keluhan yang dilemparkan oleh kebanyakan guru, mereka menyatakan kesukaran
untuk membuat persiapan rapi sebelum proses pengajaran disebabkan faktor bebanan
kerja.
Realitinya, saya tidak bermaksud untuk menafikan pandangan-pandangan berlawanan dengan
pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan tugas guru akanbertambah
mudah apabila adanya khidmat guru kedua. Ada juga melontarkan keluhan bahawa guru hanya perlu
bekerja setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam
lain di negara ini. Wujudnya khidmat guru kedua ini jugaakan menggalakkan guru-guru biasa untuk
meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Pada peringkat kementerian pula, kita boleh dengar
kenyataan penolakan secara halus dengan alasan “kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan
tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan” atau “peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk
membayar emolumen kakitangan baru”.
Namun apa jua alasannya, sesiapa sahaja tidak akan sanggup untuk melihat sistem pendidikan negara
dihujani dengan isu-isu yang hanya akan melemahkannya tanpa sebarang perubahan dan anjakan.
Kerajaan khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama bertekad untuk
memastikan guru-guru di Malaysia memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan
negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia seperti Switzerland, Sweden dan
Singapura. Malah “Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia” pernah dipilih sebagai tema Hari
Guru pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1999, “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang” menjadi
sasaran untuk dicapai.Malangnya, bagaimana kita hendak melahirkan guru yang berkesan seterusnya
menghasilkan “produk” kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia sedangkan dari segi pelaksanaan
kita sudah jauh berbeza. Buktinya, fakta nisbah guru dan murid di negara lain berbanding negara kita:
Negara Nisbah Guru Per Murid
Belgium 1:15
Amerika Syarikat 1:14
Denmark 1:10
Singapura 1:17
Malaysia 1:30+
Sumber: Institusi pendidikan negara terbabit dan UNICEF (Dipetik daripada Berita Harian
Online 14 Disember 2010)
Pembuktiaan skala nisbah ini adalah bukan untuk menyasarkan ataumenetapkan nisbah guru dan murid
sama seperti negara maju seperti dalam senarai di atas kerana ianya sememangnya adalah cukup sukar
kerana bukan sahaja melibatkan perjawatan, tetapi juga melibatkan peruntukan besar dalam
menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi. Namun, sekurang-kurangnya langkah
menyediakan khidmat guru pengganti di sekolah tentunya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
tugas guru dan seterusnya mereka akan dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap tugas
mengajar. Guru pembantu atau kedua pula boleh menumpukan perhatian pada tugas sampingan di
dalam kelas mahupun di sekolah.
Kesimpulannya, seandainya cadangan ini disambut baik oleh pihak kerajaan Malaysia
melalui perlaksanaanya, saya harap setiap guru dapat memberi komitmen serta
tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan
prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja.Kita tidak mahu ada lagi
segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak
melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab
yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama
kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal
insan cemerlang untuk membangunkan negara.
Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah
yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera.Oleh itu, dalam
keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban
tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata.Saya percaya sebahagian besar guru di
negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi
memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.
REFLEKSI
Tugasan ini boleh dikatakan salah satu tugasan yang agak mencabar kemampuan
saya.Tugasan yang merangkumi kemahiran berfikir dan memahami, mengenal dan
menganalisis, serta kemahiran membina dan mengendalikan blog sememangnya
menguji kemampuan saya terutamanya bagi mencapai tahap penulisan ilmiahyang
kreatif dan kritis sebagaimana yang digariskan.Justeru itu, bagi mencapai tahap
tersebut, saya telah memberi sepenuh komitmen saya sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini demi mempersembahkan hasil yang berkualiti.
Kualiti sesuatu tugasan bergantung kepada tahap keupayaan individu mengikut garis
panduan yang diberikan. Justeru, setiap masalah yang dihadapi dalam menyiapkan
tugasan ini akan dicari jalan penyelesaiannya supaya tidak mengganggu gugat kualiti
persembahan tugasan saya. Masalah utama yang dihadapi ialah kurang penguasaan
atau kefahaman mengenai isu yang dipilih. Isu guru pembantu ialah isu yang masih
lagi dalam proses perbincangan pada peringkat kementerian. Oleh itu, sudah tentu
skop perbincangannya masih lagi terhad seterusnya mengehadkan rujukan saya.Namun
tidak mahu menjadikannya alasan, saya telah menghabiskan banyak masa untuk
membuat pembacaan di internet dan pusat sumber. Saya juga telah mengumpul apa
sahaja maklumat yang berkaitan bagi disemak oleh Puan Salina. Setelah diberi respon
dan keterangan oleh Puan Salina, kebuntuan tadi hilang dan saya sangat bersemangat
untuk meneruskan tugasan.
Proses-proses ini sememangnya amat berguna buat saya.Setiap ilmu dan manfaat yang
diperolehi adalah kejayaan lebih-lebih lagi melibatkan cabaran. Setelah berhempas
pulas,, akhirnya saya telah berjaya menyiapkannya. Cabaran kekurangan masa,
kefahaman, dan kemahiran menganalisis tidak memustahilkan saya untuk
mempersembahkan kualiti yang baik. Kejayaan juga diperoleh apabila secara tidak
langsung saya telah berjaya membina blog dengan bantuan rakan sekumpulan
lain. Saya adalah antara yang tidak mempunyai blog kerana tidak berkemahiran untuk
membinanya. Namun setelah membinanya ia mendorong saya untuk mempunyai
laman blog sendiri kerana timbul kesoronakan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran
melalui laman yang disediakan.
Akhir sekali, saya tidak bercadang untuk menfokuskanataumenghentikan laman blog
yang disediakan untuk tugasan kursus ini sahaja.Sudah tentu saya mempunyai
matlamat ke arah meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa sendiri. Saya
berharap pada masa hadapan, laman blog ini akan dapat dijadikan juadah rujukan
ilmiah kepada sesiapa sahaja terutamanya anak-anak didik atau murid yang
memerlukan pendedahan secara ilmiah bukan bergantung kepada “cakap-cakap
mulut” sahaja tanpa merujuk sebarang rujukan rasmi.
BIBLIOGRAFI
Berikut adalah antara sumber bahan bacaan dan maklumat yang kami gunakan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini:
Buku :
1. Ahmad Subki Bin Miskon.(2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
2. Dr. Ragbir Kaur Joginder Sighn (PhD).(2012). Panduan ilmu Pendidikan
untuk
DPLI (Pedagogi). Selangor:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
3. Loiuse Burnham.(2012). 101 Essential List for Teaching Asistants
Kuala Lumpur: Institut terjemahan Negara Malaysia Berhad.
4. Syed Ismail Bin Syed Mustapa.(2011). Guru dan Cabaran Semasa.Selangor:Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Internet :

More Related Content

What's hot

Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Sherly Jewinly
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Buku FAQ MMI 2014
Buku FAQ MMI 2014Buku FAQ MMI 2014
Buku FAQ MMI 2014
Chon Seong Hoo
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
krys73
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Muhammad Syahir
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
ikhwanecdc
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaIkhram Johari
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
Sherly Jewinly
 
1Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru11Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru1mazlanmn
 

What's hot (16)

Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
Pengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan SekolahPengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan Sekolah
 
Buku FAQ MMI 2014
Buku FAQ MMI 2014Buku FAQ MMI 2014
Buku FAQ MMI 2014
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
1m1s
1m1s1m1s
1m1s
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasa
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
6d pbs
6d pbs6d pbs
6d pbs
 
1Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru11Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru1
 
Zul
ZulZul
Zul
 

Viewers also liked

Future technology
Future technologyFuture technology
Future technologyperisalex
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
How Businesses Use Facebook
How Businesses Use FacebookHow Businesses Use Facebook
How Businesses Use Facebook
ronjohns
 
Miche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall StylebookMiche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall Stylebook
Jennifer Kalleward
 
ανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαperisalex
 
Google Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settingsGoogle Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settings
Janaradhan Shetty
 
Graduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withGraduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withgetubug13
 
English recitation
English  recitationEnglish  recitation
English recitation
tricken_edu
 
Memoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempaMemoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempa
Yony Flores Tapara
 
Interview: David Dein
Interview: David DeinInterview: David Dein
Interview: David Dein
MissPatelMedia
 
HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方
Tatsuya Kosuge
 
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesGoogle Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesJanaradhan Shetty
 
How Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksHow Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksJanaradhan Shetty
 

Viewers also liked (20)

Future technology
Future technologyFuture technology
Future technology
 
El football es
El football esEl football es
El football es
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
How Businesses Use Facebook
How Businesses Use FacebookHow Businesses Use Facebook
How Businesses Use Facebook
 
Summer catalog
Summer catalogSummer catalog
Summer catalog
 
Miche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall StylebookMiche 2015 Fall Stylebook
Miche 2015 Fall Stylebook
 
Kak ija
Kak ijaKak ija
Kak ija
 
1210 emanuel rangkuman
1210 emanuel rangkuman1210 emanuel rangkuman
1210 emanuel rangkuman
 
ανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματαανθρωπινα δικαιωματα
ανθρωπινα δικαιωματα
 
negeri selati
negeri selatinegeri selati
negeri selati
 
Mi vidaaaaa
Mi vidaaaaaMi vidaaaaa
Mi vidaaaaa
 
Google Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settingsGoogle Adwords Campaigns settings
Google Adwords Campaigns settings
 
Graduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student withGraduation options for your high school student with
Graduation options for your high school student with
 
English recitation
English  recitationEnglish  recitation
English recitation
 
Memoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempaMemoria descriptiva artempa
Memoria descriptiva artempa
 
Interview: David Dein
Interview: David DeinInterview: David Dein
Interview: David Dein
 
HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方HTML5 / Web APIの上手な使い方
HTML5 / Web APIの上手な使い方
 
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & TypesGoogle Adwords Ad Copies Tips & Types
Google Adwords Ad Copies Tips & Types
 
How Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing WorksHow Google Re-Marketing Works
How Google Re-Marketing Works
 

Similar to Su 4

PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
sitirubiyani
 
A10 johari talib
A10 johari talibA10 johari talib
A10 johari talib
student malaysia
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Krishna Veeni
 
10. teacher certification
10. teacher certification10. teacher certification
10. teacher certificationNgan Jiaing
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
Suzianah Bakri
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Pei Wen Tan
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
MOHDZAINUDINJENAL
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Dr. Saprani
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
Ili Hawari
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahFazil Aziz
 
Buku mmi 2014 soal jawab lazim
Buku mmi 2014  soal jawab lazimBuku mmi 2014  soal jawab lazim
Buku mmi 2014 soal jawab lazim
Nadzari Baharom
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
dorothy bintang
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
Irul Erul
 

Similar to Su 4 (20)

PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
A10 johari talib
A10 johari talibA10 johari talib
A10 johari talib
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
10. pensijilan guru
10. pensijilan guru10. pensijilan guru
10. pensijilan guru
 
10. teacher certification
10. teacher certification10. teacher certification
10. teacher certification
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Laporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramahLaporan refleksi ceramah
Laporan refleksi ceramah
 
Buku mmi 2014 soal jawab lazim
Buku mmi 2014  soal jawab lazimBuku mmi 2014  soal jawab lazim
Buku mmi 2014 soal jawab lazim
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 

Su 4

  • 1. SU 4 : WUJUD JAWATAN PEMBANTU GURU-WAJAR ATAU TIDAK? oleh MOHD JOHADI BIN SAARI 1.1 Pengenalan Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan. Laporan akhir Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 ini menunjukkan terdapat 14 faktor yang menyumbang kepada meningkatnya beban tugas guru. Antaranya termasuk penyertaan guru yang terlalu banyak dalam kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.Selain itu, jawatankuasa ini turut mengemuka serta memperakukan 28 cadangan kepada Kementerian Pelajaran. Antaranya untuk menempatkan guru pembantu atau guru kedua dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Persoalannya, apakah maksud guru pembantu atau guru kedua? Apakah implikasi penjawatan ini terhadap profesion keguruan?Dan wajarkah jawatan ini diwujudkan?Guru pembantu ialah guru yang mengambil alih tugas sampingan guru biasa terutamanya menguruskan tugas perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan sebagainya tanpa mengambil alih peranan sepenuhnya sebagai guru. Pernyataan ini berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, dalam akhbar Berita Harian, 14 Disember 2010 iaitu;
  • 2. “Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,”. Louise Burnham dalam bukunya bertajuk 101 Essential List for Teaching Assistants yang diterbitkan pada 2006 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,2011)membincangkan pelbagai perkara penting mengenai penjawatan guru pembantu antaranya persiapan awal guru pembantu, pengurusan murid, pengurusan bahan dan tugas sokongan dan sebagainya.Dalam buku tersebut, Louise Burnham mendefinisikan guru pembantu sebagai guru yang berperanan mengikut keperluan sekolah dan mungkin digelar penolong sokongan pengajaran, penolong sokongan individu, atau penolong kelas. Penerbitan buku ini antara lain menunjukkan tugas sebagai guru pembantu telah lama diiktiraf di negara luar berbanding Malaysia di mana masih lagi dalam proses perbincangan. Berbalik kepada persoalan pokok, sejauh mana penjawatan guru pembantu atau guru kedua ini dapat memberi implikasi terhadap beban yang ditanggung oleh guru biasa?Mampukah jawatan ini dapat memenuhi objektif sebenar cadangan asal?Ikuti kupasan isu ini secara lebih terperinci dan ilmiah. 1.2 Perkembangan Hujah Selepas cadangan mengenai pengwujudan jawatan guru pembantu atau guru kedua ini diusulkan pada peringkat kementerian, media mula rancak memulakan polemik berkaitan isu ini terutamanya aspek kewajarannya.Kebanyakan berita hari ini memetik yang kalangan guru juga sangat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya.Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Tan Sri Abdul Rafie Mahat melalui kenyataannya dalam Berita Harian menunjukkan respon positif terhadap cadangan penambahbaikan ini. Beliau mengulas cadangan ini dengan mengatakan jawatan pembantu guru perlu diwujudkan bagi meringankan beban guru sekolah yang juga terpaksa melakukan kerja pentadbiran. Hal ini merujuk kepada terdapat banyak rungutan daripada golongan pendidik yang terbeban dengan tugas-tugas di sekolah yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.Selain itu, beliau juga menyatakan sokongannya cadangan itu untuk disertakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan melalui kenyataanya dalam akhbar tersebut.
  • 3. “SPP melihat perkara ini sebagai amat wajar dan boleh dimanfaatkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.’’ Sementara itu, Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Arsad, berkata jika tidak ada jaminan melalui pekeliling kementerian khususnya bagi pengecualian tugasan dan aktiviti pada Sabtu dan Ahad, serta jaminan penempatan pembantu guru selagi itu ia (Sistem Kerja 9 Jam) tidak boleh dilaksanakan. Kenyataannya melalui akhbar Berita Harian bertarikh 30 Ogos 2012 ini bagi menjawab isu cadangan sistem kerja 9 jam untuk guru. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran perlu menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad jika mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru. Syarat ini adalah bagi memastikan guru tidak berdepan tekanan kerja kerana terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian sebagaimana dihadapi ketika ini, selain bebanan kerja mereka setara dengan kakitangan awam lain. Selain itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan melalui kenyataannya dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Jun 2009 berkata, jika cadangan (Wujud Jawatan Guru Pembantu) itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah. Dalam kenyataan yang lain di dalam akhbar Utusan Malaysia, 22 Jun 2009, beliau turut mengatakan bahawa kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 orang pelajar.Hujah yang dikemukakan ini menunjukkan sokongan beliau sebagai presiden NUTP terhadap cadangan mewujudkan jawatan guru kedua sebagai langkah penambahbaikan sistem pendidikan negara. Bagi menyokong lagi terhadap cadangan mewujudkan jawatan guru pembantu ini, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad tampil untuk menyatakan bahawa pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka. Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah. “Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya dalam Berita Harian, 14 Disember 2010. Manakala di dalam akhbar Berita Harian 29 September 2009, Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan data. Hal ini berikutan menurut beliau ketika ini, guru terutamanya guru
  • 4. kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Masih lagi kenyataan menyokong ke atas cadangan mewujudkan jawatan guru pembantu ini, Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd Arshad dalam Berita Harian Online bertarikh 24 Ogos 2009 , berkata 25 persatuan dan kesatuan guru pernah berbincang mengenai cadangan itu dengan Kementerian Pelajaran, September lalu. Beliau juga turut menyatakan bahawa bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail pernah menyatakan jawatan pembantu guru akan dipertimbangkan, namun selepas pemergian beliau, ia seolah-olah tiada kesinambungan dan masih menunggu jawapan hingga kini. Isu pendidikan ini turut mengundang keprihatinan pakar pendidikan iaitu Peter Farrell, Profesor Sarah Fields bagi Keperluan Khas dan Psikologi Pendidikan Pusat Pendidikan Universiti Manchester turut berpendapat bahawa jawatan pembantu guru perlu diwujudkan. Memetik kenyataan beliau dalam seminarnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dicatat dalam laman rasmi UKM bertarikh 13 Oktober 2011 menyatakan, walaupun wujud kekangan-kekangan itu (kekangan kewangan, kekurangan pakar dalam bidang diperlukan, kekurangan sumber dalam kesihatan dan sektor perkhidmatan sosial dan pelaburan modal), pembantu guru adalah satu cadangan baik untuk Malaysia dan beliau mencadangkan agar kewujudan kakitangan seperti itu dimasukkan ke dalam kurikulum dan latihan perguruan. Beliau juga turut berkata walaupun bilangan murid dalam kelas di Britain hanya seramai 20 orang sahaja, tetapi pembantu guru sudah pun disediakan. Di Malaysia di mana bilangan murid mencecah antara 40 hingga 50 murid pembantu guru amat diperlukan. Berdasarkan kenyataan beliau ini membuktikan negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik turut melaksanakan sistem guru pembantu. Secara keseluruhannya dapat dilihat cadangan ini mendapat respon yang amat baik daripada golongan berwajib dan rakyat Malaysia terutamanya golongan pendidik.Tinjauan melalui undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS)yang dijalankan oleh unit berita stesen televisyen swasta NTV7 bertarikh 20 Jun 2009 mengenai kewajaran mewujudkan jawatan guru pembantu menunjukkan 67% bersetuju dengan cadangan tersebut manakala 37% lagi tidak bersetuju. Ini menunjukkan kalangan guru dan masyarakat luar amat menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakan cadangan ini.Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini. 1.3 Implikasi Hujah Untuk pembangunan sesebuah negara, pendidikan merupakan aset yang sangat penting kepada semua individu.Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sebuah negara.Namun persoalannya, siapakah yang yang menjadi agen penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan ini?Dalam sektor pendidikan negara, guru adalah golongan yang paling bertanggungajawab untuk menggalas
  • 5. amanah negara ini.Modal insane yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Justeru itu, keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid.Hal ini kerana, tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja dari dunia pendidikan bahkan dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tiggi kepada pihak sekolah.Faktor-faktor ini semua sudah tentu memerlukan ketahanan emosi untuk mengelak tekanan bebanan kerja guru. Justeru itu, cadangan NUTP ini sekurang-kurangnya menunjukkan rintahan golongan guru untuk menjaga hak kebajikan mereka masih didengari oleh pihak kementerian. Kajian yang dilakukan pihak kementerian perlu menyeluruh dan mengambil kira implikasi positif kepada golongan guru, murid, sekolah seterusnya misi negara. Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi mereka. Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja. Implikasi positif ini bukan sekadar tertumpu kepada golongan guru sahaja, semua pihak sewajarnya menyedari hakikat dengan adanya perjawatan sokongan ini akan membantu prestasi akademi murid-murid serta dapat memastikan hak kebajikan murid terjaga. Hal ini merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng, dalam laporan Berita Harian 14 Disember 2010 yang mengatakan bahawa guru pembantu boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.Menuruf Prof Ferrel pula dalam laporan laman rasmi UKM 13 Oktober 2011 menyatakan bahawa, “Akan ramai lagi murid yang ketinggalan dan mereka memerlukan bantuan pembantu guru’. Oleh itu, dengan adanya bantuan, prestasi setiap murid akan lebih dapat diberi tumpuan. Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu
  • 6. menyediakan pendidikan berkualiti.Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru.Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara.Oleh itu, peranan guru pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan sehingga membantutkan usaha mereka kearah inspirasi negara. 1.4 Rumusan/ Cadangan Berdasarkan perbincangan isu ini, saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pada pandangan saya dengan merujuk kepada pembacaan pada laman-laman web dan blog rasmi mahupun tidak rasmi serta pemerhatian dan pengamatan semasa proses praktikum di beberapa buah sekolah termasuk kategori luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan ini memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini. Guru kini dilihat bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru sekalipun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan. Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada suatu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.Banyak pihak yang mungkin mencebik atau menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi.Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh'.Ironinya, sejauh mana mereka meletakkan situasi sebenar bebanan dunia keguruan di atas bahu mereka sehingga cuba menafikan atau ‘berpaling muka’ terhadap keluhan guru ini untuk mendapatkan khidmat sokongan guru pembantu? Jika diteliti, guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudkan bukan melaksanakan tugas mengajar secara langsung seperti tugas guru sedia ada.Ia lebih kepada membantu melaksanakan tugas -tugas perkeranian di dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi serta menguruskan perkara-perkara yang melibatkan murid, misalnya masalah sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangkan itu hampir sama dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di pra sekolah Kementerian
  • 7. Pelajaran Malaysia. Berdasarkan senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan. Guru kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Jadi isu pertindihan tugas terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara teorinya tidak timbul. Saya juga melihat cadangan ini bukan bermakna guru pada masa sekarang tidak pernah bersyukur atau terlalu meminta tanpa mengenal makna kepuasan ibarat “diberi betis hendakkan paha”, tetapi menurut Laporan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010, terdapat 14 faktor yang menyumbang kepada tekanan bebanan tugas guru disekolah. Antaranya ialah kekerapan guru keluar berkursus, kokurikulum/sukan, tugas hujung minggu, tugas rencam , rantaian arahan (chain of command) dan lain-lain sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. Itu memang jelas dan sudah lama berlaku dalam pelaksanaan pendidikan di negara kita.Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar pendidikan dari Britain, Peter Farrell, iaitu Profesor Sarah Fields bagi Keperluan Khas dan Psikologi Pendidikan Pusat Pendidikan Universiti Manchester mengenai hak murid dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Memetik kenyataan beliau dalam seminarnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dicatat dalam laman rasmi UKM bertarikh 13 Oktober 2011, “Setiap kanak-kanak boleh belajar dan mempunyai hak mendapatkan pendidikan berkualiti,” katanya. Namun berdasarkan keluhan yang dilemparkan oleh kebanyakan guru, mereka menyatakan kesukaran untuk membuat persiapan rapi sebelum proses pengajaran disebabkan faktor bebanan kerja. Realitinya, saya tidak bermaksud untuk menafikan pandangan-pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan tugas guru akanbertambah mudah apabila adanya khidmat guru kedua. Ada juga melontarkan keluhan bahawa guru hanya perlu bekerja setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Wujudnya khidmat guru kedua ini jugaakan menggalakkan guru-guru biasa untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Pada peringkat kementerian pula, kita boleh dengar kenyataan penolakan secara halus dengan alasan “kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan” atau “peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru”. Namun apa jua alasannya, sesiapa sahaja tidak akan sanggup untuk melihat sistem pendidikan negara dihujani dengan isu-isu yang hanya akan melemahkannya tanpa sebarang perubahan dan anjakan. Kerajaan khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama bertekad untuk memastikan guru-guru di Malaysia memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan
  • 8. negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia seperti Switzerland, Sweden dan Singapura. Malah “Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia” pernah dipilih sebagai tema Hari Guru pada tahun 1996. Manakala pada tahun 1999, “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang” menjadi sasaran untuk dicapai.Malangnya, bagaimana kita hendak melahirkan guru yang berkesan seterusnya menghasilkan “produk” kita setaraf dengan negara-negara lain di dunia sedangkan dari segi pelaksanaan kita sudah jauh berbeza. Buktinya, fakta nisbah guru dan murid di negara lain berbanding negara kita: Negara Nisbah Guru Per Murid Belgium 1:15 Amerika Syarikat 1:14 Denmark 1:10 Singapura 1:17 Malaysia 1:30+ Sumber: Institusi pendidikan negara terbabit dan UNICEF (Dipetik daripada Berita Harian Online 14 Disember 2010) Pembuktiaan skala nisbah ini adalah bukan untuk menyasarkan ataumenetapkan nisbah guru dan murid sama seperti negara maju seperti dalam senarai di atas kerana ianya sememangnya adalah cukup sukar kerana bukan sahaja melibatkan perjawatan, tetapi juga melibatkan peruntukan besar dalam menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi. Namun, sekurang-kurangnya langkah menyediakan khidmat guru pengganti di sekolah tentunya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mereka akan dapat menumpukan perhatian yang lebih terhadap tugas mengajar. Guru pembantu atau kedua pula boleh menumpukan perhatian pada tugas sampingan di dalam kelas mahupun di sekolah. Kesimpulannya, seandainya cadangan ini disambut baik oleh pihak kerajaan Malaysia melalui perlaksanaanya, saya harap setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja.Kita tidak mahu ada lagi segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara. Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera.Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban
  • 9. tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata.Saya percaya sebahagian besar guru di negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran. REFLEKSI Tugasan ini boleh dikatakan salah satu tugasan yang agak mencabar kemampuan saya.Tugasan yang merangkumi kemahiran berfikir dan memahami, mengenal dan menganalisis, serta kemahiran membina dan mengendalikan blog sememangnya menguji kemampuan saya terutamanya bagi mencapai tahap penulisan ilmiahyang kreatif dan kritis sebagaimana yang digariskan.Justeru itu, bagi mencapai tahap tersebut, saya telah memberi sepenuh komitmen saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini demi mempersembahkan hasil yang berkualiti. Kualiti sesuatu tugasan bergantung kepada tahap keupayaan individu mengikut garis panduan yang diberikan. Justeru, setiap masalah yang dihadapi dalam menyiapkan tugasan ini akan dicari jalan penyelesaiannya supaya tidak mengganggu gugat kualiti persembahan tugasan saya. Masalah utama yang dihadapi ialah kurang penguasaan atau kefahaman mengenai isu yang dipilih. Isu guru pembantu ialah isu yang masih lagi dalam proses perbincangan pada peringkat kementerian. Oleh itu, sudah tentu skop perbincangannya masih lagi terhad seterusnya mengehadkan rujukan saya.Namun tidak mahu menjadikannya alasan, saya telah menghabiskan banyak masa untuk membuat pembacaan di internet dan pusat sumber. Saya juga telah mengumpul apa sahaja maklumat yang berkaitan bagi disemak oleh Puan Salina. Setelah diberi respon dan keterangan oleh Puan Salina, kebuntuan tadi hilang dan saya sangat bersemangat untuk meneruskan tugasan. Proses-proses ini sememangnya amat berguna buat saya.Setiap ilmu dan manfaat yang diperolehi adalah kejayaan lebih-lebih lagi melibatkan cabaran. Setelah berhempas pulas,, akhirnya saya telah berjaya menyiapkannya. Cabaran kekurangan masa, kefahaman, dan kemahiran menganalisis tidak memustahilkan saya untuk mempersembahkan kualiti yang baik. Kejayaan juga diperoleh apabila secara tidak langsung saya telah berjaya membina blog dengan bantuan rakan sekumpulan lain. Saya adalah antara yang tidak mempunyai blog kerana tidak berkemahiran untuk membinanya. Namun setelah membinanya ia mendorong saya untuk mempunyai laman blog sendiri kerana timbul kesoronakan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran melalui laman yang disediakan. Akhir sekali, saya tidak bercadang untuk menfokuskanataumenghentikan laman blog yang disediakan untuk tugasan kursus ini sahaja.Sudah tentu saya mempunyai matlamat ke arah meningkatkan kualiti pendidikan anak bangsa sendiri. Saya berharap pada masa hadapan, laman blog ini akan dapat dijadikan juadah rujukan
  • 10. ilmiah kepada sesiapa sahaja terutamanya anak-anak didik atau murid yang memerlukan pendedahan secara ilmiah bukan bergantung kepada “cakap-cakap mulut” sahaja tanpa merujuk sebarang rujukan rasmi. BIBLIOGRAFI Berikut adalah antara sumber bahan bacaan dan maklumat yang kami gunakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini: Buku : 1. Ahmad Subki Bin Miskon.(2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. 2. Dr. Ragbir Kaur Joginder Sighn (PhD).(2012). Panduan ilmu Pendidikan untuk DPLI (Pedagogi). Selangor:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 3. Loiuse Burnham.(2012). 101 Essential List for Teaching Asistants Kuala Lumpur: Institut terjemahan Negara Malaysia Berhad. 4. Syed Ismail Bin Syed Mustapa.(2011). Guru dan Cabaran Semasa.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Internet :