Khutbah ini membahasikan tentang alam barzakh dan persiapan untuk menghadapi kematian. Alam barzakh merupakan perantara antara kehidupan dunia dan akhirat dimana jiwa manusia akan diuji sesuai dengan amal perbuatannya di dunia. Khutbah ini mengingatkan umat Islam untuk selalu mengingat kematian dan bersiap sedia secara rohani dan jasmani untuk menghadapi hari terakhir.
Training Renungan Kematian - In House TrainingArry Rahmawan
Slide ini adalah contoh slide pelatihan renungan kematian yang diselenggarakan selama 2 jam dari CerdasMulia Leadership and Training Center. Dalam pelatihan ini peserta diajak untuk melakukan inner journey sekaligus merasakan sensasi bagaimana berada di alam kubur. Ingin mengundang Arry sebagai pembicara untuk seminar atau pelatihan? Silakan klik http://arryrahmawan.net
Kematian hanyalah perubahan suasana saja, sedangkan ruh manusia setelah berpisah dari jasad akan tetap kekal, adakalanya dalam kungkungan azab dan ada kalanya dalam kenikmatan

Rejam adalah salah satu hukuman hudud yang dijatuhkan ke atas pesalah Zina Muhsan, dengan hukuman membaling/merejam batu sederhana besar ke arah pesalah sehingga mati mengikut cara-cara yang telah disyariatkan.

Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )Visnu Candra
Kematian hanyalah perubahan suasana saja, sedangkan ruh manusia setelah berpisah dari jasad akan tetap kekal, adakalanya dalam kungkungan azab dan ada kalanya dalam kenikmatan
“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“SERUAN AL- BARZAKH”
(16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya
berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama
kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT
di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
“SERUAN AL-BARZAKH”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita
mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah
peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat
kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya
mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi
persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang,
bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan
dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan
1
2. tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari
kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:
Yang bermaksud: “ Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu,
sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal
kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar
menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang
paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu
mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi
hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah
yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan
berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah ( )مختار الصحاحoleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh
bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa
al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam
Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di
padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga
tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana
kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga
sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli
keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke
rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir
datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan
berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah
suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban
dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri
2
3. yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka
berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah
penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu
terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih
mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada
(seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).”
(Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah
berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu
di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika
waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat
bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa
memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan
derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang
ulama al-Rifa’i pernah berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan
menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya
melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan
apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-
lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia
menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya
fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering
tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah
berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau
telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan
penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak
akan berani mendekatinya .”
Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur
memanggilnya dan bertanya, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan
3
4. kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya
jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek
badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu
apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut
satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan
menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku
cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar
menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan
di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan
mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana
keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia?
Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir
zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap
tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan
pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan.
Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut
nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, “ bahawa manusia tidur lena, apabila
kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak
mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur
dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang
terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi
kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti
penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk
mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang
bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang
kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit
kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian. Justeru mimbar
menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang
4
5. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan
menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”
(Riwayat Muslim)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa
kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang
fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah
kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-
rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat
persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang
pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti
kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita
berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma
persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan
marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat
8:
Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui
kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). ”
5
6. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan

7. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan