TAJUK:
LAPORAN PROGRAM MALAM KEBUDAYAAN SATU MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
ONG YEE SAN
A148120
DISEDIAKAN UNTUK:
LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL (SET 6)
TARIKH:
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
Laporan Refleksi
Secara kesimpulannya, melalui program Malam Kebudayaan Satu Malaysia,
saya mendapati diri saya telah berjaya mempelajari tahap kecekapan, akauntabiliti,
tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah
melalui jawatan yang disandang oleh saya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari
kemahiran membuat keputusan secara bijaksana semasa sesuatu keadaan telah berlaku
secara tibanya. Saya mengetahui bahawa menjadi seorang ajk program yang baik
merupakan satu peranan yang besar dan tidak mudah dilaksanakan kerana kita perlu
sentiasa berbincang secara sekumpulan dan mengeluarkan idea yang bernas dalam
perbincangan.
Sebagai Ajk Program, saya dapat meguasai etika yang baik dan
menunjukkannya dalam tugasan saya. Sebagai contohnya, semasa biro-biro
mengarahkan saya untuk merancang tentatif program dengan ahli kumpulan saya,
saya akan meluangkan masa saya untuk berbincang dengan mereka dan menyiapkan
segala tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam masa yang ditetapkan.
Saya beryakin bahawa kecekapan amat penting dalam pelaksanaan sesuatu tugasan
agar tugasan itu dapat dilaksanakan dengan selancarnya.
Selain itu. saya juga melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti saya
sebagai Ajk Program dengan menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan oleh biro-
biro. Maka, saya akan lebih memahami dan mengetahui apa yang telah dijalankan
dengan menghadiri setiap perjumpaan ini. Dalam perbincangan dengan kumpulan
saya, saya juga mendapati bahawa sikap amanah adalah penting semasa
melaksanakan kewajipan kita supaya perselisihan faham antara satu sama lain tidak
akan berlaku. Sikap amanah dan integriti juga penting dalam penjemputan pihak luar
untuk membuat persembahan dalam program yang telah diadakan. Dengan sikap
tanggungjawab dan amanah ini, satu insan yang melaksanakan kewajipannya dengan
penuh yakin dan berjaya dapat dibentukkan.
Selain itu, sebagai Ajk Program, kami perlu sentiasa peka terhadap setiap
perubahan yang akan berlaku secara tiba-tiba semasa program kita dijalankan dan
perlu berbijak dalam membuat keputusan. Oleh itu, pemikiran secara kritis amat
diperlukan supaya program ini dapat dijalankan dengan lancarnya. Sebagai contohnya,
terdapat satu artis yang bersetuju membuat persembahan pada malam tersebut telah
tiba lewar ke UKM kerana kesesakan lalu lintas. Hal ini telah mempengaruhi tentatif
program kita yang telah dirancang pada awalnya. Oleh itu, kami terpaksa
menjalankan aktiviti pencabutan hadiah bertuah terlebih dahulu sehingga artis
tersebut telah tiba untuk membuat persembahan.
Kesimpulannya, saya berasa amat beruntung kerana dapat mempelajari
sesuatu kemahiran yang baru melalui jawatan yang telah dipikul dalam program
Malam Kebudayaan Satu Malaysia ini. Tanpa kerjasama dan kemahiran yang telah
dikuasai, program kami tidak akan dapat dijalankan dengan begitu lancar. Selain itu,
saya juga berharap saya boleh menglibatkan diri dalam aktiviti lain yang seperti ini
untuk meperluaskan pengalaman saya agar pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam
kehidupan pada masa hadapan.

Refleksi etika professioanal

  • 1.
    TAJUK: LAPORAN PROGRAM MALAMKEBUDAYAAN SATU MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: ONG YEE SAN A148120 DISEDIAKAN UNTUK: LMCK1621 ETIKA & PROFESIONAL (SET 6) TARIKH: SEMESTER 2 SESI 2014/2015
  • 2.
    Laporan Refleksi Secara kesimpulannya,melalui program Malam Kebudayaan Satu Malaysia, saya mendapati diri saya telah berjaya mempelajari tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah melalui jawatan yang disandang oleh saya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari kemahiran membuat keputusan secara bijaksana semasa sesuatu keadaan telah berlaku secara tibanya. Saya mengetahui bahawa menjadi seorang ajk program yang baik merupakan satu peranan yang besar dan tidak mudah dilaksanakan kerana kita perlu sentiasa berbincang secara sekumpulan dan mengeluarkan idea yang bernas dalam perbincangan. Sebagai Ajk Program, saya dapat meguasai etika yang baik dan menunjukkannya dalam tugasan saya. Sebagai contohnya, semasa biro-biro mengarahkan saya untuk merancang tentatif program dengan ahli kumpulan saya, saya akan meluangkan masa saya untuk berbincang dengan mereka dan menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam masa yang ditetapkan. Saya beryakin bahawa kecekapan amat penting dalam pelaksanaan sesuatu tugasan agar tugasan itu dapat dilaksanakan dengan selancarnya. Selain itu. saya juga melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti saya sebagai Ajk Program dengan menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan oleh biro- biro. Maka, saya akan lebih memahami dan mengetahui apa yang telah dijalankan dengan menghadiri setiap perjumpaan ini. Dalam perbincangan dengan kumpulan saya, saya juga mendapati bahawa sikap amanah adalah penting semasa melaksanakan kewajipan kita supaya perselisihan faham antara satu sama lain tidak akan berlaku. Sikap amanah dan integriti juga penting dalam penjemputan pihak luar untuk membuat persembahan dalam program yang telah diadakan. Dengan sikap tanggungjawab dan amanah ini, satu insan yang melaksanakan kewajipannya dengan penuh yakin dan berjaya dapat dibentukkan. Selain itu, sebagai Ajk Program, kami perlu sentiasa peka terhadap setiap perubahan yang akan berlaku secara tiba-tiba semasa program kita dijalankan dan perlu berbijak dalam membuat keputusan. Oleh itu, pemikiran secara kritis amat diperlukan supaya program ini dapat dijalankan dengan lancarnya. Sebagai contohnya, terdapat satu artis yang bersetuju membuat persembahan pada malam tersebut telah
  • 3.
    tiba lewar keUKM kerana kesesakan lalu lintas. Hal ini telah mempengaruhi tentatif program kita yang telah dirancang pada awalnya. Oleh itu, kami terpaksa menjalankan aktiviti pencabutan hadiah bertuah terlebih dahulu sehingga artis tersebut telah tiba untuk membuat persembahan. Kesimpulannya, saya berasa amat beruntung kerana dapat mempelajari sesuatu kemahiran yang baru melalui jawatan yang telah dipikul dalam program Malam Kebudayaan Satu Malaysia ini. Tanpa kerjasama dan kemahiran yang telah dikuasai, program kami tidak akan dapat dijalankan dengan begitu lancar. Selain itu, saya juga berharap saya boleh menglibatkan diri dalam aktiviti lain yang seperti ini untuk meperluaskan pengalaman saya agar pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa hadapan.