SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
                        KPR 5063
      KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
          PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN:

PENGGUNAAN     ‘KONSEP   AB.LEH’   DALAM
MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA
BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA
PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN    EMPAT ADIL, SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN
PAHANG.
                      KUMPULAN: E
DEVAKI A/P KANAGA RETNAM               L20101005982
CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN          L20101006001


                   DISEDIAKAN UNTUK:
                DR.HJ ABD LATIF HJ GAPOR
ISI KANDUNGAN
                           1
Perkara                                      Mukasurat

1.0    Tajuk Kajian                               1

2.0    Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji        1

3.0    Latar Belakang Kajian                      1

4.0    Pernyataan Masalah                         2

5.0    Objektif Kajian                            3

6.0    Metodologi Kajian                          4

       6.1   Ulasan Karya                         4-5

       6.2   Reka Bentuk Kajian                   6-7

       6.3   Sasaran Kajian                       7

       6.4   Instrumen Kajian                     7-8


       6.5   Metod Analisis                       8

7.0    Kesignifikanan Kajian                      9-11

8.0    Kesimpulan                                 12

9.0    Anggaran Perbelanjaan                      13

10.0   Jadual Kerja                               13

Lampiran

Rujukan




1.0    Tajuk Kajian

                                        2
Penggunaan ‘Konsep AB.LEH’ Dalam Mengenalpasti Kedudukan Item-Item Pada Bahagian
Debit dan Kredit Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang.


2.0     Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama-nama
guru dalam Jawatankuasa adalah:

1. Cik. Devaki A/P Kanaga Retnam
2. Cik. Chitra Devi A/P Raja Krishnan


3.0     Latar Belakang Kajian

Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan
individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan
reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat,
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti
yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah
berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu
peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung.
Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai
kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara
kritis dan reflektif.


Dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan didedahkan tentang konsep dan prinsip
asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan
pengurusan pengrekodan. Pendekatan kontekstual yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan
penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan
kontekstual. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan
                                             3
menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Aspek teori yang
memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan
untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan
perakaunan.


Konsep yang amat penting dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah debit dan kredit.
Pelajar perlu mahir dalam menentukan item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam
bahagian debit dan kredit dalam lejar. Dalam peperiksaan, format menjawab soalan adalah dalam
bentuk perekodan dan huraian penting amat diperlukan untuk memantapkan jawapan pelajar.
Dalam proses membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Prinsip
Perakaunan, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah akaun melalui perekodan
dan pelajar perlu mengingati item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit
dan kredit. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya
mempraktikkan konsep tersebut dengan berkesan.


4.0    Pernyataan Masalah

Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran
Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di
Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Jika
pelajar gagal memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat, hal ini akan
membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata
pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Kemahiran yang pelajar belajar di
Tingkatan Empat akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima dengan lebih mendalam.


Hal ini menjadi sukar apabila pelajar gagal memahami konsep urusniaga dan gagal mengingati
kedudukan urusniaga tersebut sama ada dalam lejar debit dan kredit. Pelajar juga gagal
mengembangkan konsep urusniaga tersebut ke peringkat yang lebih mendalam dan kesukaran
pelajar dalam mengaitkan satu urusniaga dengan urusniaga yang lain. Oleh itu, melalui konsep
AB.LEH pelajar dapat mengingati konsep urusniaga dan kedudukan urusniaga tersebut dalam
lejar debit dan kredit. Keadaan ini akan memudahkan pelajar berfikir dan membuat keputusan
dengan cepat kerana pelajar akan berpegang pada satu konsep iaitu AB.LEH. Konsep ini akan
                                              4
menerangkan lima konsep dan membantu pelajar menyusun setiap urusniaga dengan tepat jika
pelajar tersebut dapat memahami konsep AB.LEH dan latih diri dengan pelbagai soalan latihan.


Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada
kesukaran pelajar memahami konsep urusniaga perakaunan dan mengingati kedudukan
urusniaga di bahagian debit dan kredit. Pertama, tiadanya satu cara yang baik untuk pelajar
mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit dan memahami setiap urusniaga
perakaunan serta mengembangkan konsep tersebut. Kedua, disebabkan oleh kegagalan
penggunaan Alatan Bantuan Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.


5.0       Objektif Kajian

Objektif Am

      •   Menggunakan konsep ‘AB.LEH’ dalam pengajaran Prinsip Perakaunan supaya pelajar
          dapat mengelaskan item-item mengikut debit dan kredit.

Objektif Khusus

      •   Mengenalpasti proses asas dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

      •   Memudahkan pelajar untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang
          menjadi asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

      •   Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik asas dalam mata pelajaran
          Prinsip Perakaunan.

      •   Menggunakan konsep ‘AB.LEH’ dalam penyelesaian pengrekodan dokumen perniagaan.

      •   Memperbaiki amalan pengajaran guru agar proses pengajaran dan pembelajaran
          dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.


6.0       Metodologi Kajian

6.1       Ulasan Karya


                                                5
Kesukaran untuk memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga
perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan
di Tingkatan     Empat. Abdul Rahman Bin Zainal (2007) menjalankan kajian berkaitan
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata
pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah ‘magik huruf’. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di
dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan
dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa
ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja
sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan
sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan
12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru.


Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang
diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah
menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen
Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh
diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata
pelajaran yang lain.


Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat
rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal
mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku
tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.
Pengkaji yakin beliau dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan
dapat diperbaiki. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
                                                6
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu subjek.


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Pengkaji telah memperuntukan
2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan
ujian pos 1, Lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas
itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhi borang kaji selidik untuk mendapatkan
pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya
pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.
Berdasarkan pemerhatian     pengkaji kaedah Magik Huruf berjaya membantu            pelajar
meningkatkan pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba
menjawab soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik
semasa menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.


Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual-ruang dan
secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar Tingkatan        5 Ibnu Khaldun mempunyai
kecerdasan dominant di dalam Visual-Ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan
kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan
diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.




6.2    Reka Bentuk Kajian

Model Kajian Tindakan Kemmis (1983)




                                              7
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:-

Langkah 1 – Diagnosis

   •   Kenalpasti masalah.
       -   Pelajar mengalami kesukaran dalam mengkategorikan item-item perakaunan dalam
           bahagian debit dan kredit.

       -   Kegagalan guru dalam penggunaan ABM.

Langkah 2 – Perancangan tindakan

   •   Pencarian penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah.

       -   Menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian.




Langkah 3 – Mengambil tindakan

   •   Memilih tindakan yang sesuai.
                                               8
-   Penggunaan konsep “AB.LEH” dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos serta
              membuat kaedah pemerhatian.

Langkah 4 – Menilai

      •   Mengkaji dengan menilai kajian tindakan yang sesuai.

          -   Mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid dalam mengkategorikan item-item
              perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.

Langkah 5 – Tindakan spesifik

      •   Kenalpasti tindakan penyelesaian.

          -   Penggunaan konsep “AB.LEH” dalam menyelesaikan masalah mengkategorikan
              item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.


6.3       Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian kami ialah daripada kumpulan guru dan juga
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang. Seramai dua orang guru
yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan Empat dan 21 orang pelajar
Tingkatan Empat Adil terlibat dalam kajian kami.


6.4       Instrumen Kajian

Kami akan menggunakan dua kaedah penggumpulan data yang mana ia terdiri daripada:

1) Soalan-soalan ujian.

Kami akan menyediakan dua set soalan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri daripada
soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu penggunaan konsep “AB.LEH”
dalam mengenalpasti item-item dalam bahagian debit dan kredit bagi mata pelajaran Prinsip
Perakaunan Tingkatan Empat. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecekapan
penguasaan topik Prinsip Perakaunan sebelum dan selepas penggunaan konsep yang ingin kami
kaji. Berdasarkan keputusan yang diterima, ia akan membantu kami dalam membuat analisis
                                                 9
sama ada konsep yang kami akan gunakan memberi manfaat atau sebaliknya dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat.


2) Pemerhatian

Kedua-dua guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat akan
memerhati kelas Empat Adil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan
utama ialah untuk mengenalpasti tindak balas, reaksi dan tindakan pelajar terhadap pengajaran
guru. Hal ini dapat diperhatikan melalui latihan perbincangan, mengemukakan soalan dan juga
melalui cara menjawab soalan-soalan objektif dan esei untuk mata pelajaran berkenaan dengan
menggunakan konsep ‘AB.LEH’. Guru-guru juga dapat memerhati bahawa sejauh mana
penggunaan konsep ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam mengkategorikan
item-item mengikut bahagian debit dan kredit yang betul.


6.5      Metod Analisis

(a) Ujian pra dan ujian pos: Analisis pencapaian markah pelajar.

(b) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar-pelajar semasa
      penjaran dan pembelajaran.




7.0      Kesignifikanan Kajian

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah
                                               10
Kami mengenalpasti masalah melalui perbualan dalam telefon dengan guru yang mengajar mata
pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di sekolah berkenaan iaitu Encik Moses Paul
Muthusamy. Daripada perbualan tersebut, kami mendapati bahawa pelajar Tingkatan Empat Adil
memang lemah dalam mengkategorikan item-item perakaunan di bahagian debit dan kredit.
Untuk mengetahui masalah tersebut dengan lebih lanjut, kami telah memberi borang soal selidik
kepada Encik Moses.

Langkah 2: Perancangan Tindakan

Setelah mengetahui masalah yang dihadapi, kami mencari jalan penyelesaian alternatif bagi
menyelesaikan masalah tersebut iaitu merancang untuk membuat ujian pra dan ujian pos serta
pemerhatian. Perancangan-perancangan yang dinyatakan akan menjadi alternatif antara satu
sama lain dalam melaksanakan kajian tindakan kami yang akan menggunakan konsep
‘AB.LEH’.

Langkah 3: Mengambil Tindakan

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat Adil sekolah tersebut,
kami mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai iaitu menjalankan ujian pra dan ujian pos
serta membuat pemerhatian berkaitan penggunaan konsep ‘AB.LEH’. Penjelasan konsep
‘AB.LEH’ adalah seperti berikut:




Bahagian Debit              Bahagian Kredit
A = Aset                    L = Liabiliti
B = Belanja                 E = Ekuiti
                            H = Hasil                Jenis Akaun     Debit        Kredit
                                                                   Bertamba
                                                        Aset           h        Berkurang
                                                                   Bertamba
                                                      Belanja          h        Berkurang
Pelajar   perlu   mengandaikan     bahawa semua       Liabiliti    Berkurang    Bertambah
                                                       Ekuiti
urusniaga yang terlibat dalam sesuatu soalan itu      Pemilik      Berkurang    Bertambah
adalah berkaitan dengan Ab Leh. Pelajar perlu          Hasil       Berkurang    Bertambah
menggunakan jadual dan T-lejar di atas untuk mengaplikasikan konsep ‘AB.LEH’ dalam
menyelesaikan sesuatu soalan perakaunan. Misalnya:
                                             11
Soalan:                      Ab Leh memulakan perniagaan dengan Modal sebanyak RM
20,000
Penerangan:           Soalan ini melibatkan 2 urusniaga untuk direkod iaitu akaun Modal dan
                      akaun Tunai sebanyak RM 20,000.
Persoalan pelajar:    Pelajar memahami kewujudan 2 urusniaga untuk direkod tetapi pelajar
                      tidak dapat mengkategorikan urusniaga tersebut di bahagian debit atau
                      kredit.
Jawapan:              Sila rujuk jadual di atas. Ab Leh mempunyai tunai di tangan sebanyak
                      RM 20,000 iaitu ASET BERTAMBAH (DEBIT). Manakala, modal
                      untuk memulakan perniagaan iaitu EKUITI MILIK Ab Leh
                      BERTAMBAH (KREDIT).



Langkah 4 : Menilai

Dalam langkah ini, guru perlu mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengkategorikan
item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit yang betul. Kami membuat penilaian
berdasarkan markah ujian pra yang dilakukan oleh Encik Moses terhadap pelajar kelas Tingkatan
Empat Adil. Ujian pra tersebut terdiri daripada satu soalan yang merangkumi 20 markah. Pada
masa yang sama, semasa ujian itu diberi kepada pelajar kami memohon agar Encik Moses
mengisi borang pemerhatian yang disediakan oleh kami. Borang itu adalah bertujuan agar kita
mendapat gambaran tentang reaksi dan pemahaman pelajar terhadap soalan yang derikan kepada
mereka. Hasil ujian pra dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:




                                    Keputusan Ujian Pra




                                               12
Nama Pelajar                 Keputusan Markah Ujian Pra
                                                             ( per 20 % )
              Nurul Amanina bt Ali Budin                          10
              Nur Rahsyma bt Yunan                                 9
              Massitah bt Ahmad                                    6
              Suzila bt Desa                                      11
              Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail                        4
              Muhammad Hazizi b Abdul Halim                        6
              Nur liyana bt Zainal                                 7
              Zafirah bt Elias                                     5
              Muhamad Azrin b. Sajahan                             5
              Sakinah bt Abdul Kadir                               2
              Muhammad Sufi b. Saharudin                           8
              Nurul Aishah bt Ahmad                               13
              Junainah Nur bt Abd Halim                            4
              Mohamad Amir Ahmad Khairi                          12.5
              Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu                          11
              Mumtaju Begam b Ibunu Suhood                         6
              Mohamad Saiful Azri b Mohd                           6
              Norlela bt Saari                                     4
              Saufi b. Sukardi                                     8
              Iffah Izzana bt Wahyah                               7
              Mohamad Hanis b.Mohd Rahim                           6

Langkah 5 – Tindakan Spesifik

Kami mengenalpasti tindakan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar Tingkatan Empat yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan di sekolah
berkenaan. Penggunaan konsep ‘AB.LEH’ memberi manfaat yang cukup berangsangkan kepada
pihak guru ataupun kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Adil Sekolah Menengah
Kebangsaan Paya Besar. Melalui penggunaan konsep ‘AB.LEH’ akan memberi impak yang
berkesan kepada pelajar berkenaan dalam mengatasi masalah mengkategorikan item-item
perakaunan di dalam bahagian debit dan kredit.




8.0    Kesimpulan



                                                 13
Melalui pengaplikasian konsep ‘AB.LEH’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan mencapai objektif pembelajaran dan dapat
mencapai keputusan yang baik dalam ujian. Konsep ini memudahkan pembelajaran pelajar dan
menjimatkan masa pengajaran oleh guru. Guru juga perlu mempelbagaikan ABM dengan lebih
kreatif dan menarik minat pelajar serta meringankan beban pelajar. ABM boleh diinovasikan
dengan lebih canggih walaupun mengajar mata pelajaran berkaitan nombor dan kiraan. Antara
ABM yang boleh digunakan adalah ‘Courseware’, ‘Flash’, ‘Powerpoint’, menggunakan web
seperti Wikispace, Gmail dan lain-lain. Faktor penyediaan ABM bergantung kepada seseorang
guru iaitu kesanggupan guru tersebut dalam menyediakan ABM dengan mengorbankan masa,
tenaga dan wang.




                                           14
9.0    Anggaran Perbelanjaan

Perkara                                                     Jumlah (RM)
Bahan dan alatan bantuan mengajar                                30
Percetakan laporan kajian (3 Jilid)                              20
Perbelanjaan Mesyuarat                                           10
Cenderahati (21 pelajar dan 2 guru)                              40
Jumlah                                                          100


10.0   Jadual Kerja

Perkara                                                            Tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa                                       08 September 2010
Penulisan kertas cadangan                                    09 September 2010
Mesyuarat perancangan                                        09 September 2010
Mesyuarat Pembinaan ujian pra/pos                            18 September 2010
Pelaksanaan ujian pra                                        24 September 2010
Memproses data ujian pra                                     24 September 2010
Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian                      24 September 2010
Analisis data ujian pra, dan pemerhatian                      15 Oktober 2010
Pelaksanaan ujian pos                                         24 Oktober 2010
Refleksi dan Penilaian                                        30 Oktober 2010
Penulisan laporan kajian                                     01 November 2010


                                           Rujukan



Othman bin Lebar. 2009 . Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung
       Malim: Quantum Books.


                                             15
Abdul Rahman Bin Zainal. . Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik
       Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah ‘Magik
      Huruf’. http://www.scribd.com/doc/12778633/Meningkatkan-Kemahiran-ian-Masalah-
      Berkenaan-Topik-Dokumen-Perniagaan-Mata-Pelajaran-Prinsip-Perakaunan-Melalui-
      Kaedah-magik-Huruf. (akses 10 Sept 2010).




                                          16
LAMPIRAN


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK
DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI
                   KAEDAH ‘MAGIK HURUF’.
                            Oleh
                 ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL

                          SMK Benut
                             17
82200 Benut, Pontian
                                             Johor
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapai oleh pelajar tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang
mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan
merupakan topik penting dan sentiasa keluar dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar
yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan
yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Seramai 20 orang pelajar melayu tingkatan 5 Ibnu
Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dan seorang guru terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang
diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah
menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen
Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh
diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata
pelajaran yang lain.



1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.

Analisa keputusan Peperiksaan pertama Tahun 2007 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan
tingkatan 5 Ibnu Khaldun saya tetap dengan perasaan ada yang berbaur rasa kecewa, marah,
sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Tiada seorang
pun pelajar melayu yang lulus berbanding pelajar cina, rata-rata lulus dengan baik. Walaupun
saya hanya mengambil alih kelas ini untuk tingkatan 5 sahaja, tetapi saya telah banyak berusaha
untuk meningkatkan prestasi mereka. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya kepada rakan-
rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu.



Antaranya :

-“Mereka memang lemah, tidak layak untuk kelas itu”.

-“Aku ajar si X masa form 3, memang lemah, pelik macam mana boleh masuk kelas itu”.

-“Jangan ‘tension’kan diri, nanti darah tinggi kau naik”.

Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah marah,
mendenda dan meminta pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun menulis sebab-sebab kegagalan
                                                18
mereka. Saya juga meminta pandangan semua guru yang mengajar kelas ini. Kesemua guru
menyatakan bahawa pelajar kelas ini tiada masalah disiplin, cuma kurang bermotivasi kan diri,
tidak serius terhadap pelajaran, banyak bercakap daripada membuat kerja dan sebagainya. Antara
sebab-sebab yang dinyatakan pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun ialah:

-Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji

-Tidak ingat format

-Tidak faham soalan

Maklum balas yang diberitahu oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan
100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.



2.0 ISU KEPERIHATINAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati
bahawa item mengenai Dokumen Perniagaan merupakan item wajib bagi kertas 1 dan 2 yang
menyumbang antara 28 ke 30 markah. Jika pelajar dapat menguasai topik Dokumen Perniagaan
ini dengan baik, peluang untuk mereke lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi
oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen
perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama
yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal
belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.

Saya yakin saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
sikap negatif dan pencapaian pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat
diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu subjek.



3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Dokumen Perniagaan
Prinsip Perakaunan menggunakan kaedah ‘Magik Huruf’.

3.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam buku

                                             19
catatan pertama yang tepat.
2. Menggunakan kaedah Magik Huruf dalam penyelesaian dokumen perniagaan.
3. Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM kerana
  topik dokumen membawa markah yang banyak.
4. Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah
  menyeronokkan,


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah
Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang
pelajar perempuan.



5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kaedah Magik Huruf diperkenalkan
dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah Magik Huruf sedang diperkenalkan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan mereka mengenai topik Dokumen Perniagaan, item ujian pra merupakan item kertas 2
Prinsip perakaunan soalan SPM tahun 1995. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak
memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya
telah memperkenalkan kaedah Magik Huruf dan seminggu kemudian saya memberikan ujian pos
1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu kemudian
saya lakukan ujian pos 2 dengan soalan SPM tahun 1997.

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaan dokumen perniagaan sebelum dan selepas kaedah Magik Huruf
diperkenalkan.


                                             20
5.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati :

1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.
2. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menunduk muka apabila guru
  menyoal.
3. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat guru untuk
  menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.2.2 Analisa ujian pra dan pos.

Jadual 1 : Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan pos seperti berikut:




                                   Bilangan Pelajar
                Markah       Ujian Pra Ujian Pos 1    Ujian Pos 2
                22 – 24          0            0            6        Dapatan ujian pra dan pos
                19 – 21          0            3            9        menunjukkan terdapat
                16 – 18          0           11            4        peningkatan dari segi
                13 – 15          1            4            1        pencapaian pelajar.
                10 – 12          0            2            0        Walaupun masih terdapat
                7– 9             3            0            0        murid yang gagal tetapi
                4– 6             9            0            0        tidak ada seorang pun yang
                0– 3             7            0            0        mendapat markah sifar.



5.2.3 Analisa soal selidik

                                               21
Pelajar telah memberikan respon positif. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab

oleh pelajar.

Skala Likert:

1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju

      SKALA                                                1       2      3      4                5
      ITEM                                                      BILANGAN PELAJAR
 1    Prinsip Perakunan subjek yang mudah                  1       3      9      5                2
 2    Saya lebih suka teknik sendiri                       9       5      4      2                0
 3    Dokumen adalah tajuk yang mudah                      1       3      9      5                2
      Dokumen menjadi lebih mudah dengan
 4    kaedah Magik Huruf                                   0         1         4         7        8
      Saya dapat mengklafikasikan dokumen
      dengan mudah menggunakan kaedah Magik
 5    Huruf                                                0         1         4         7        8
      Saya berasa sangat seronok belajar tajuk
      dokumen dengan mudah menggunakan
 6    kaedah Magik Huruf                                   0         0         3         9        8
      Saya akan menggunakan kaedah Magik
 7    Huruf untuk tajuk lain                               0         1         2         8        9
      Kaedah Magik Huruf membantu
 8    meningkatkan daya kreativiti saya                    0         1         3         8        8

5.3 Tindakan yang dijalankan

     Selepas pelajar menjalankan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan
     serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.
1.   Saya kemudian memperkenalkan kaedah Magik Huruf berdasarkan pengetahuan sedia ada
     dan pengalaman harian mereka.
2.   Saya menekankan kepada pelajar tentang konsep penting dalam perakaunan iaitu debit,
     kredit, jual dan beli.
3.    Pelajar membina perkataan yang mudah diingati berdasarkan huruf yang diberi.
4.   Pelajar juga diminta mengasingkan dokumen, potong nama sendiri dan labelkan huruf
     berkenaan, kemudian rekod ke dalam buku yang sesuai.
5.   Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2, selepas ujian pos 1 dan pos 2, saya dan
     pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.
6.   Setiap kali kelas Prinsip Perakaunan, saya mengingatkan pelajar dengan kaedah Magik
                                               22
Huruf.

   5.4      Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian.


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian
ini saya telah menyempurnakan sukatan matapelajaran prinsip perakaunan. Saya telah
memperuntukan 2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar
telah menjalankan ujian pos 1, lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2,
sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhkan borang kaji selidik untuk
mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soalselidik
ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara
temubual.

Berdasarkan pemerhatian saya kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan
pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab
soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa
menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Pelaksanaan ‘Magik Huruf’ adalah seperti berikut:
1. Pelajar diberi lembaran kerja mengandungi soalan dokumen perniagaan.
2. Pelajar diminta terus membuka bahagian lampiran yang mengandungi senarai dokumen
perniagaan.
3. Pelajar hendaklah menandakan dengan huruf J bagi dokumen Nota Debit dan Invois, huruf JP
bagi Nota Kredit sementara yang lain ditandakan dengan huruf BT. Pengecualian kepada memo,
tuliskan ‘X’.




                                              23
4. J bermaksud jurnal, JP bermaksud jurnal pulangan dan BT bermaksud Buku Tunai.
5. Pelajar seterusnya diminta mengenalpasti dokumen yang mempunyai dua nama peniaga.
6. Pelajar hendaklah menandakan di hujung nama peniaga yang di atas dengan huruf J manakala
nama peniaga yang di bawah dengan huruf B, pengecualian untuk baucer pembayaran.
7. Dokumen selebihnya ditandakan dengan huruf B
7. Kemudian, barulah pelajar diminta membaca soalan yang berkaitan dengan menentukan
    nama perniagaan yang tertera dalam soalan tersebut.
9. Pelajar perlu menganggap bahawa nama perniagaan tersebut sebagai diri mereka, seterusnya
pelajar perlulah kembali kepada dokumen perniagaan tadi
10. Potongkan semua ‘nama kita’ dalam setiap dokumen dan bulatkan huruf di hujung nama
yang telah
ditandakan tadi.
11. Akhirnya, pelajar merekodkannya kedalam buku catatan pertama yang berkaitan. Jika
dihujung dokumen berhuruf J dan huruf dibulat B bermakna dokumen perlu dicatatkan di dalam
Jurnal Belian. Buku tunai pula telah diletakkan di sebelah kiri (debit) dengan huruf J dan di

                                             24
sebelah kanan (kredit) dengan huruf B. Sekiranya hujung dokumen berhuruf BT dan huruf
dibulat J, maka perlu dicatatkan di dalam buku tunai di sebelah kiri.

5.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual – ruang dan
secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan
dominant di dalam Visual- Ruang.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan
pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap
apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2, kerana sewaktu
saya memperkenalkan kaedah Magik Huruf terdapat seramai 3 pelajar tidak hadir ke sekolah
kerana sakit, selain daripada itu ada 1 orang pelajar 5 Ibnu Khaldun yang kerap tidak hadir
kesekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian pos. saya sepatutnya
menerang dan memastikan mereka faham dan membuat kaedah Magik Huruf bukan hanya
sekadar mengarah untuk mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya sepatut harus bersikap lebih
tegas terhadap segelintir pelajar yang malas dan yang bersikap sambil lewa.

Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang pelajar 5 Ibnu Rusyd menghantar SMS
meminta saya mengajar mereka kaedah Magik Huruf dan ada yang menyalin dari murid 5 Ibnu
Khaldun sebelum di suruh. Saya yakin bahawa kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam subjek prinsip perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1. Mengguna pakai kaedah Magik Huruf sebaik sahaja mengajar topik Dokumen Perniagaan
2. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah Magik Huruf dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih terancang dan teratur.
3. Para pelajar sentiasa dibekalkan dengan soalan-soalan yang berkaitan selepas
memperkenalkan kaedah Magik Huruf.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.




                                        RUJUKAN

                                            25
Ang Boon Hing (2000). Koleksi Kertas Peperiksaan SPM Prisip Akaun . Pulau Pinang : Mahir
      Publications Sdn. Bhd.

Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

Brown, T (1987). Language Interaction Pattens in Lesson Featuring Mathematical Investigations
      . PhD thesis, University of Southampton




                                    Borang Pemerhatian

                                             26
Bil.   Aspek                                  Faham       Kurang Faham        Tidak Faham
 1     Pelajar berbincang
 2     Pelajar cuba memahami soalan
 3     Pelajar menyenaraikan item
 4     Pelajar cuba menyelesaikan soalan




                                           Ujian Pra



 Ab Leh menjalankan perniagaan perabot. Sila rekodkan urusniaga berikut:

 1) Ab Leh memulakan perniagaan dengan modal di tangan sebanyak RM 20,000.

 2) Ab Leh membeli alatan pejabat berharga RM 500 secara tunai untuk kegunaan pejabat.

 3) Ab Leh membayar pemiutang secara tunai sebanyak RM 10,000.

 4) Menerima tunai daripada penghutang sebanyak RM 5,000.

                                              27
5) Syarikat ABC membuat belian perabot secara kredit sebanyak RM 55,000.




                                           28

More Related Content

What's hot

Rujukan
RujukanRujukan
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
Sairah Husin
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Amar Arif
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
zaidillah zainuddin
 
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
smkbl
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
Sayshare
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
Aiisy Afifah
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasRosilawati Razali
 
RPH MASTERI
RPH MASTERIRPH MASTERI
RPH MASTERI
Mohammad Farhan
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Amy Syahida
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
zabidah awang
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
Zanari Zainon
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
Star Ng
 
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
NurulHuzaifah
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
Qian Tan
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
madiah jaafar
 

What's hot (20)

Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
Kaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaranKaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaran
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khas
 
RPH MASTERI
RPH MASTERIRPH MASTERI
RPH MASTERI
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
 
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
21 DSKP KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Tahun 1 Asas 3M 09122016.pdf
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 

Viewers also liked

Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
Chitra Devaki
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Suzi Suziyana
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 

Viewers also liked (7)

Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Kertas kerja inovasi 3 p
Kertas kerja inovasi  3 pKertas kerja inovasi  3 p
Kertas kerja inovasi 3 p
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 

Similar to Proposal Kajian Tindakan

Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalmaizatul86
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
Saripah Ahmad Mozac
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
Mahesh Hesh
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
Mahesh Hesh
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
SitiHafidah1
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganazizah_student
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
HASSAN MOHD GHAZALI
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
nur habibah yusuf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
crvwr4zf9r
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
HudaAihu
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Norahimi Abdul Wahab
 
Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5
Khairul Amran Abu Bakar
 
Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5wongskbk
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
fatimah Baharin
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Vijaen Cool
 

Similar to Proposal Kajian Tindakan (20)

Kajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafikKajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafik
 
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposal
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5
 
Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5Pengunaan modul tahun 5
Pengunaan modul tahun 5
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 

Recently uploaded

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 

Recently uploaded (10)

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 

Proposal Kajian Tindakan

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN PAHANG. KUMPULAN: E DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982 CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001 DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ ABD LATIF HJ GAPOR ISI KANDUNGAN 1
  • 2. Perkara Mukasurat 1.0 Tajuk Kajian 1 2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji 1 3.0 Latar Belakang Kajian 1 4.0 Pernyataan Masalah 2 5.0 Objektif Kajian 3 6.0 Metodologi Kajian 4 6.1 Ulasan Karya 4-5 6.2 Reka Bentuk Kajian 6-7 6.3 Sasaran Kajian 7 6.4 Instrumen Kajian 7-8 6.5 Metod Analisis 8 7.0 Kesignifikanan Kajian 9-11 8.0 Kesimpulan 12 9.0 Anggaran Perbelanjaan 13 10.0 Jadual Kerja 13 Lampiran Rujukan 1.0 Tajuk Kajian 2
  • 3. Penggunaan ‘Konsep AB.LEH’ Dalam Mengenalpasti Kedudukan Item-Item Pada Bahagian Debit dan Kredit Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang. 2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah: 1. Cik. Devaki A/P Kanaga Retnam 2. Cik. Chitra Devi A/P Raja Krishnan 3.0 Latar Belakang Kajian Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung. Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara kritis dan reflektif. Dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan didedahkan tentang konsep dan prinsip asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan pengurusan pengrekodan. Pendekatan kontekstual yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan 3
  • 4. menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Aspek teori yang memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan perakaunan. Konsep yang amat penting dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah debit dan kredit. Pelajar perlu mahir dalam menentukan item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit dan kredit dalam lejar. Dalam peperiksaan, format menjawab soalan adalah dalam bentuk perekodan dan huraian penting amat diperlukan untuk memantapkan jawapan pelajar. Dalam proses membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah akaun melalui perekodan dan pelajar perlu mengingati item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit dan kredit. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya mempraktikkan konsep tersebut dengan berkesan. 4.0 Pernyataan Masalah Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Jika pelajar gagal memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat, hal ini akan membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Kemahiran yang pelajar belajar di Tingkatan Empat akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima dengan lebih mendalam. Hal ini menjadi sukar apabila pelajar gagal memahami konsep urusniaga dan gagal mengingati kedudukan urusniaga tersebut sama ada dalam lejar debit dan kredit. Pelajar juga gagal mengembangkan konsep urusniaga tersebut ke peringkat yang lebih mendalam dan kesukaran pelajar dalam mengaitkan satu urusniaga dengan urusniaga yang lain. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mengingati konsep urusniaga dan kedudukan urusniaga tersebut dalam lejar debit dan kredit. Keadaan ini akan memudahkan pelajar berfikir dan membuat keputusan dengan cepat kerana pelajar akan berpegang pada satu konsep iaitu AB.LEH. Konsep ini akan 4
  • 5. menerangkan lima konsep dan membantu pelajar menyusun setiap urusniaga dengan tepat jika pelajar tersebut dapat memahami konsep AB.LEH dan latih diri dengan pelbagai soalan latihan. Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada kesukaran pelajar memahami konsep urusniaga perakaunan dan mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit. Pertama, tiadanya satu cara yang baik untuk pelajar mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit dan memahami setiap urusniaga perakaunan serta mengembangkan konsep tersebut. Kedua, disebabkan oleh kegagalan penggunaan Alatan Bantuan Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. 5.0 Objektif Kajian Objektif Am • Menggunakan konsep ‘AB.LEH’ dalam pengajaran Prinsip Perakaunan supaya pelajar dapat mengelaskan item-item mengikut debit dan kredit. Objektif Khusus • Mengenalpasti proses asas dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan. • Memudahkan pelajar untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang menjadi asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. • Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. • Menggunakan konsep ‘AB.LEH’ dalam penyelesaian pengrekodan dokumen perniagaan. • Memperbaiki amalan pengajaran guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. 6.0 Metodologi Kajian 6.1 Ulasan Karya 5
  • 6. Kesukaran untuk memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Tingkatan Empat. Abdul Rahman Bin Zainal (2007) menjalankan kajian berkaitan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah ‘magik huruf’. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata pelajaran yang lain. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan. Pengkaji yakin beliau dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat diperbaiki. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil 6
  • 7. kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Pengkaji telah memperuntukan 2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan ujian pos 1, Lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhi borang kaji selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Berdasarkan pemerhatian pengkaji kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain. Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara. Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual-ruang dan secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan dominant di dalam Visual-Ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. 6.2 Reka Bentuk Kajian Model Kajian Tindakan Kemmis (1983) 7
  • 8. Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:- Langkah 1 – Diagnosis • Kenalpasti masalah. - Pelajar mengalami kesukaran dalam mengkategorikan item-item perakaunan dalam bahagian debit dan kredit. - Kegagalan guru dalam penggunaan ABM. Langkah 2 – Perancangan tindakan • Pencarian penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah. - Menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian. Langkah 3 – Mengambil tindakan • Memilih tindakan yang sesuai. 8
  • 9. - Penggunaan konsep “AB.LEH” dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos serta membuat kaedah pemerhatian. Langkah 4 – Menilai • Mengkaji dengan menilai kajian tindakan yang sesuai. - Mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid dalam mengkategorikan item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit. Langkah 5 – Tindakan spesifik • Kenalpasti tindakan penyelesaian. - Penggunaan konsep “AB.LEH” dalam menyelesaikan masalah mengkategorikan item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit. 6.3 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian kami ialah daripada kumpulan guru dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang. Seramai dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan Empat dan 21 orang pelajar Tingkatan Empat Adil terlibat dalam kajian kami. 6.4 Instrumen Kajian Kami akan menggunakan dua kaedah penggumpulan data yang mana ia terdiri daripada: 1) Soalan-soalan ujian. Kami akan menyediakan dua set soalan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu penggunaan konsep “AB.LEH” dalam mengenalpasti item-item dalam bahagian debit dan kredit bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecekapan penguasaan topik Prinsip Perakaunan sebelum dan selepas penggunaan konsep yang ingin kami kaji. Berdasarkan keputusan yang diterima, ia akan membantu kami dalam membuat analisis 9
  • 10. sama ada konsep yang kami akan gunakan memberi manfaat atau sebaliknya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat. 2) Pemerhatian Kedua-dua guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat akan memerhati kelas Empat Adil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan utama ialah untuk mengenalpasti tindak balas, reaksi dan tindakan pelajar terhadap pengajaran guru. Hal ini dapat diperhatikan melalui latihan perbincangan, mengemukakan soalan dan juga melalui cara menjawab soalan-soalan objektif dan esei untuk mata pelajaran berkenaan dengan menggunakan konsep ‘AB.LEH’. Guru-guru juga dapat memerhati bahawa sejauh mana penggunaan konsep ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam mengkategorikan item-item mengikut bahagian debit dan kredit yang betul. 6.5 Metod Analisis (a) Ujian pra dan ujian pos: Analisis pencapaian markah pelajar. (b) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar-pelajar semasa penjaran dan pembelajaran. 7.0 Kesignifikanan Kajian Langkah 1: Mengenalpasti Masalah 10
  • 11. Kami mengenalpasti masalah melalui perbualan dalam telefon dengan guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di sekolah berkenaan iaitu Encik Moses Paul Muthusamy. Daripada perbualan tersebut, kami mendapati bahawa pelajar Tingkatan Empat Adil memang lemah dalam mengkategorikan item-item perakaunan di bahagian debit dan kredit. Untuk mengetahui masalah tersebut dengan lebih lanjut, kami telah memberi borang soal selidik kepada Encik Moses. Langkah 2: Perancangan Tindakan Setelah mengetahui masalah yang dihadapi, kami mencari jalan penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu merancang untuk membuat ujian pra dan ujian pos serta pemerhatian. Perancangan-perancangan yang dinyatakan akan menjadi alternatif antara satu sama lain dalam melaksanakan kajian tindakan kami yang akan menggunakan konsep ‘AB.LEH’. Langkah 3: Mengambil Tindakan Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat Adil sekolah tersebut, kami mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai iaitu menjalankan ujian pra dan ujian pos serta membuat pemerhatian berkaitan penggunaan konsep ‘AB.LEH’. Penjelasan konsep ‘AB.LEH’ adalah seperti berikut: Bahagian Debit Bahagian Kredit A = Aset L = Liabiliti B = Belanja E = Ekuiti H = Hasil Jenis Akaun Debit Kredit Bertamba Aset h Berkurang Bertamba Belanja h Berkurang Pelajar perlu mengandaikan bahawa semua Liabiliti Berkurang Bertambah Ekuiti urusniaga yang terlibat dalam sesuatu soalan itu Pemilik Berkurang Bertambah adalah berkaitan dengan Ab Leh. Pelajar perlu Hasil Berkurang Bertambah menggunakan jadual dan T-lejar di atas untuk mengaplikasikan konsep ‘AB.LEH’ dalam menyelesaikan sesuatu soalan perakaunan. Misalnya: 11
  • 12. Soalan: Ab Leh memulakan perniagaan dengan Modal sebanyak RM 20,000 Penerangan: Soalan ini melibatkan 2 urusniaga untuk direkod iaitu akaun Modal dan akaun Tunai sebanyak RM 20,000. Persoalan pelajar: Pelajar memahami kewujudan 2 urusniaga untuk direkod tetapi pelajar tidak dapat mengkategorikan urusniaga tersebut di bahagian debit atau kredit. Jawapan: Sila rujuk jadual di atas. Ab Leh mempunyai tunai di tangan sebanyak RM 20,000 iaitu ASET BERTAMBAH (DEBIT). Manakala, modal untuk memulakan perniagaan iaitu EKUITI MILIK Ab Leh BERTAMBAH (KREDIT). Langkah 4 : Menilai Dalam langkah ini, guru perlu mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengkategorikan item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit yang betul. Kami membuat penilaian berdasarkan markah ujian pra yang dilakukan oleh Encik Moses terhadap pelajar kelas Tingkatan Empat Adil. Ujian pra tersebut terdiri daripada satu soalan yang merangkumi 20 markah. Pada masa yang sama, semasa ujian itu diberi kepada pelajar kami memohon agar Encik Moses mengisi borang pemerhatian yang disediakan oleh kami. Borang itu adalah bertujuan agar kita mendapat gambaran tentang reaksi dan pemahaman pelajar terhadap soalan yang derikan kepada mereka. Hasil ujian pra dapat ditunjukkan dalam jadual berikut: Keputusan Ujian Pra 12
  • 13. Nama Pelajar Keputusan Markah Ujian Pra ( per 20 % ) Nurul Amanina bt Ali Budin 10 Nur Rahsyma bt Yunan 9 Massitah bt Ahmad 6 Suzila bt Desa 11 Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail 4 Muhammad Hazizi b Abdul Halim 6 Nur liyana bt Zainal 7 Zafirah bt Elias 5 Muhamad Azrin b. Sajahan 5 Sakinah bt Abdul Kadir 2 Muhammad Sufi b. Saharudin 8 Nurul Aishah bt Ahmad 13 Junainah Nur bt Abd Halim 4 Mohamad Amir Ahmad Khairi 12.5 Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu 11 Mumtaju Begam b Ibunu Suhood 6 Mohamad Saiful Azri b Mohd 6 Norlela bt Saari 4 Saufi b. Sukardi 8 Iffah Izzana bt Wahyah 7 Mohamad Hanis b.Mohd Rahim 6 Langkah 5 – Tindakan Spesifik Kami mengenalpasti tindakan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan di sekolah berkenaan. Penggunaan konsep ‘AB.LEH’ memberi manfaat yang cukup berangsangkan kepada pihak guru ataupun kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Adil Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar. Melalui penggunaan konsep ‘AB.LEH’ akan memberi impak yang berkesan kepada pelajar berkenaan dalam mengatasi masalah mengkategorikan item-item perakaunan di dalam bahagian debit dan kredit. 8.0 Kesimpulan 13
  • 14. Melalui pengaplikasian konsep ‘AB.LEH’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan mencapai objektif pembelajaran dan dapat mencapai keputusan yang baik dalam ujian. Konsep ini memudahkan pembelajaran pelajar dan menjimatkan masa pengajaran oleh guru. Guru juga perlu mempelbagaikan ABM dengan lebih kreatif dan menarik minat pelajar serta meringankan beban pelajar. ABM boleh diinovasikan dengan lebih canggih walaupun mengajar mata pelajaran berkaitan nombor dan kiraan. Antara ABM yang boleh digunakan adalah ‘Courseware’, ‘Flash’, ‘Powerpoint’, menggunakan web seperti Wikispace, Gmail dan lain-lain. Faktor penyediaan ABM bergantung kepada seseorang guru iaitu kesanggupan guru tersebut dalam menyediakan ABM dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang. 14
  • 15. 9.0 Anggaran Perbelanjaan Perkara Jumlah (RM) Bahan dan alatan bantuan mengajar 30 Percetakan laporan kajian (3 Jilid) 20 Perbelanjaan Mesyuarat 10 Cenderahati (21 pelajar dan 2 guru) 40 Jumlah 100 10.0 Jadual Kerja Perkara Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa 08 September 2010 Penulisan kertas cadangan 09 September 2010 Mesyuarat perancangan 09 September 2010 Mesyuarat Pembinaan ujian pra/pos 18 September 2010 Pelaksanaan ujian pra 24 September 2010 Memproses data ujian pra 24 September 2010 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 24 September 2010 Analisis data ujian pra, dan pemerhatian 15 Oktober 2010 Pelaksanaan ujian pos 24 Oktober 2010 Refleksi dan Penilaian 30 Oktober 2010 Penulisan laporan kajian 01 November 2010 Rujukan Othman bin Lebar. 2009 . Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books. 15
  • 16. Abdul Rahman Bin Zainal. . Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah ‘Magik Huruf’. http://www.scribd.com/doc/12778633/Meningkatkan-Kemahiran-ian-Masalah- Berkenaan-Topik-Dokumen-Perniagaan-Mata-Pelajaran-Prinsip-Perakaunan-Melalui- Kaedah-magik-Huruf. (akses 10 Sept 2010). 16
  • 17. LAMPIRAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI KAEDAH ‘MAGIK HURUF’. Oleh ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL SMK Benut 17
  • 18. 82200 Benut, Pontian Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa keluar dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Seramai 20 orang pelajar melayu tingkatan 5 Ibnu Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata pelajaran yang lain. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Analisa keputusan Peperiksaan pertama Tahun 2007 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 5 Ibnu Khaldun saya tetap dengan perasaan ada yang berbaur rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Tiada seorang pun pelajar melayu yang lulus berbanding pelajar cina, rata-rata lulus dengan baik. Walaupun saya hanya mengambil alih kelas ini untuk tingkatan 5 sahaja, tetapi saya telah banyak berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya kepada rakan- rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Antaranya : -“Mereka memang lemah, tidak layak untuk kelas itu”. -“Aku ajar si X masa form 3, memang lemah, pelik macam mana boleh masuk kelas itu”. -“Jangan ‘tension’kan diri, nanti darah tinggi kau naik”. Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah marah, mendenda dan meminta pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun menulis sebab-sebab kegagalan 18
  • 19. mereka. Saya juga meminta pandangan semua guru yang mengajar kelas ini. Kesemua guru menyatakan bahawa pelajar kelas ini tiada masalah disiplin, cuma kurang bermotivasi kan diri, tidak serius terhadap pelajaran, banyak bercakap daripada membuat kerja dan sebagainya. Antara sebab-sebab yang dinyatakan pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun ialah: -Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji -Tidak ingat format -Tidak faham soalan Maklum balas yang diberitahu oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan. 2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item mengenai Dokumen Perniagaan merupakan item wajib bagi kertas 1 dan 2 yang menyumbang antara 28 ke 30 markah. Jika pelajar dapat menguasai topik Dokumen Perniagaan ini dengan baik, peluang untuk mereke lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan. Saya yakin saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Dokumen Perniagaan Prinsip Perakaunan menggunakan kaedah ‘Magik Huruf’. 3.2 Objektif Khusus 1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam buku 19
  • 20. catatan pertama yang tepat. 2. Menggunakan kaedah Magik Huruf dalam penyelesaian dokumen perniagaan. 3. Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM kerana topik dokumen membawa markah yang banyak. 4. Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah menyeronokkan, 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kaedah Magik Huruf diperkenalkan dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Magik Huruf sedang diperkenalkan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai topik Dokumen Perniagaan, item ujian pra merupakan item kertas 2 Prinsip perakaunan soalan SPM tahun 1995. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan kaedah Magik Huruf dan seminggu kemudian saya memberikan ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu kemudian saya lakukan ujian pos 2 dengan soalan SPM tahun 1997. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dokumen perniagaan sebelum dan selepas kaedah Magik Huruf diperkenalkan. 20
  • 21. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati : 1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. 2. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menunduk muka apabila guru menyoal. 3. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar. 4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. 5.2.2 Analisa ujian pra dan pos. Jadual 1 : Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan pos seperti berikut: Bilangan Pelajar Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 22 – 24 0 0 6 Dapatan ujian pra dan pos 19 – 21 0 3 9 menunjukkan terdapat 16 – 18 0 11 4 peningkatan dari segi 13 – 15 1 4 1 pencapaian pelajar. 10 – 12 0 2 0 Walaupun masih terdapat 7– 9 3 0 0 murid yang gagal tetapi 4– 6 9 0 0 tidak ada seorang pun yang 0– 3 7 0 0 mendapat markah sifar. 5.2.3 Analisa soal selidik 21
  • 22. Pelajar telah memberikan respon positif. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala Likert: 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju SKALA 1 2 3 4 5 ITEM BILANGAN PELAJAR 1 Prinsip Perakunan subjek yang mudah 1 3 9 5 2 2 Saya lebih suka teknik sendiri 9 5 4 2 0 3 Dokumen adalah tajuk yang mudah 1 3 9 5 2 Dokumen menjadi lebih mudah dengan 4 kaedah Magik Huruf 0 1 4 7 8 Saya dapat mengklafikasikan dokumen dengan mudah menggunakan kaedah Magik 5 Huruf 0 1 4 7 8 Saya berasa sangat seronok belajar tajuk dokumen dengan mudah menggunakan 6 kaedah Magik Huruf 0 0 3 9 8 Saya akan menggunakan kaedah Magik 7 Huruf untuk tajuk lain 0 1 2 8 9 Kaedah Magik Huruf membantu 8 meningkatkan daya kreativiti saya 0 1 3 8 8 5.3 Tindakan yang dijalankan Selepas pelajar menjalankan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja. 1. Saya kemudian memperkenalkan kaedah Magik Huruf berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman harian mereka. 2. Saya menekankan kepada pelajar tentang konsep penting dalam perakaunan iaitu debit, kredit, jual dan beli. 3. Pelajar membina perkataan yang mudah diingati berdasarkan huruf yang diberi. 4. Pelajar juga diminta mengasingkan dokumen, potong nama sendiri dan labelkan huruf berkenaan, kemudian rekod ke dalam buku yang sesuai. 5. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2, selepas ujian pos 1 dan pos 2, saya dan pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan. 6. Setiap kali kelas Prinsip Perakaunan, saya mengingatkan pelajar dengan kaedah Magik 22
  • 23. Huruf. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan sukatan matapelajaran prinsip perakaunan. Saya telah memperuntukan 2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan ujian pos 1, lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhkan borang kaji selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soalselidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Berdasarkan pemerhatian saya kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain. Pelaksanaan ‘Magik Huruf’ adalah seperti berikut: 1. Pelajar diberi lembaran kerja mengandungi soalan dokumen perniagaan. 2. Pelajar diminta terus membuka bahagian lampiran yang mengandungi senarai dokumen perniagaan. 3. Pelajar hendaklah menandakan dengan huruf J bagi dokumen Nota Debit dan Invois, huruf JP bagi Nota Kredit sementara yang lain ditandakan dengan huruf BT. Pengecualian kepada memo, tuliskan ‘X’. 23
  • 24. 4. J bermaksud jurnal, JP bermaksud jurnal pulangan dan BT bermaksud Buku Tunai. 5. Pelajar seterusnya diminta mengenalpasti dokumen yang mempunyai dua nama peniaga. 6. Pelajar hendaklah menandakan di hujung nama peniaga yang di atas dengan huruf J manakala nama peniaga yang di bawah dengan huruf B, pengecualian untuk baucer pembayaran. 7. Dokumen selebihnya ditandakan dengan huruf B 7. Kemudian, barulah pelajar diminta membaca soalan yang berkaitan dengan menentukan nama perniagaan yang tertera dalam soalan tersebut. 9. Pelajar perlu menganggap bahawa nama perniagaan tersebut sebagai diri mereka, seterusnya pelajar perlulah kembali kepada dokumen perniagaan tadi 10. Potongkan semua ‘nama kita’ dalam setiap dokumen dan bulatkan huruf di hujung nama yang telah ditandakan tadi. 11. Akhirnya, pelajar merekodkannya kedalam buku catatan pertama yang berkaitan. Jika dihujung dokumen berhuruf J dan huruf dibulat B bermakna dokumen perlu dicatatkan di dalam Jurnal Belian. Buku tunai pula telah diletakkan di sebelah kiri (debit) dengan huruf J dan di 24
  • 25. sebelah kanan (kredit) dengan huruf B. Sekiranya hujung dokumen berhuruf BT dan huruf dibulat J, maka perlu dicatatkan di dalam buku tunai di sebelah kiri. 5.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara. Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual – ruang dan secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan dominant di dalam Visual- Ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2, kerana sewaktu saya memperkenalkan kaedah Magik Huruf terdapat seramai 3 pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit, selain daripada itu ada 1 orang pelajar 5 Ibnu Khaldun yang kerap tidak hadir kesekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian pos. saya sepatutnya menerang dan memastikan mereka faham dan membuat kaedah Magik Huruf bukan hanya sekadar mengarah untuk mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya sepatut harus bersikap lebih tegas terhadap segelintir pelajar yang malas dan yang bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang pelajar 5 Ibnu Rusyd menghantar SMS meminta saya mengajar mereka kaedah Magik Huruf dan ada yang menyalin dari murid 5 Ibnu Khaldun sebelum di suruh. Saya yakin bahawa kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek prinsip perakaunan. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: 1. Mengguna pakai kaedah Magik Huruf sebaik sahaja mengajar topik Dokumen Perniagaan 2. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah Magik Huruf dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan teratur. 3. Para pelajar sentiasa dibekalkan dengan soalan-soalan yang berkaitan selepas memperkenalkan kaedah Magik Huruf. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. RUJUKAN 25
  • 26. Ang Boon Hing (2000). Koleksi Kertas Peperiksaan SPM Prisip Akaun . Pulau Pinang : Mahir Publications Sdn. Bhd. Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Brown, T (1987). Language Interaction Pattens in Lesson Featuring Mathematical Investigations . PhD thesis, University of Southampton Borang Pemerhatian 26
  • 27. Bil. Aspek Faham Kurang Faham Tidak Faham 1 Pelajar berbincang 2 Pelajar cuba memahami soalan 3 Pelajar menyenaraikan item 4 Pelajar cuba menyelesaikan soalan Ujian Pra Ab Leh menjalankan perniagaan perabot. Sila rekodkan urusniaga berikut: 1) Ab Leh memulakan perniagaan dengan modal di tangan sebanyak RM 20,000. 2) Ab Leh membeli alatan pejabat berharga RM 500 secara tunai untuk kegunaan pejabat. 3) Ab Leh membayar pemiutang secara tunai sebanyak RM 10,000. 4) Menerima tunai daripada penghutang sebanyak RM 5,000. 27
  • 28. 5) Syarikat ABC membuat belian perabot secara kredit sebanyak RM 55,000. 28