SlideShare a Scribd company logo
1
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK: KAJIAN
PERBANDINGAN KOREA DAN MALAYSIA
Mohd Amar Bin Md Arif (P66370), Aziani Binti Yusof (P63652)
GGGD6263 : PENDIDIKAN, PENDUDUK DAN ALIRAN EKONOMI
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2012
2
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak ketika di peringkat rendah yang melibatkan perbandingan diantara
dua kawasan dan negara berbeza iaitu di sekitar negeri Selangor,Malaysia dan Seoul,
Korea Selatan. Kajian ini berfokus sepenuhnya kepada para ibu bapa sebagai sampel.
Responden bagi kajian ini keseluruhannya terdiri daripada para ibu bapa yang dipilih
secara rawak sebanyak 42 orang responden. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya
soal selidik dalam mendapatkan data. Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel
kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS ver. 18. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea
Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah pada tahap yang sederhana. Kajian ini
mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak akan mempengaruhi anak-
anak untuk berjaya dalam hidup.
3
PENDAHULUAN
Ibu bapa yang mengemudi sesebuah institusi keluarga merupakan peranan terpenting dalam
melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu, berdaya saing dan seterusnya melahirkan
warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan
pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang
paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorak perkembangan peribadi anak-
anak bermula pada peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald &
Veneziano, 2001).
Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar
mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang
paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di
mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk
sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.
LATAR BELAKANG
Sebagai seorang individu yang masih berada di alam persekolahan, anak-anak terutamanya
pada peringkat awal remaja memerlukan perhatian dan keterlibatan ibu bapa secara langsung
dan erat demi mempengaruhi arah tuju anak-anak dan langkah yang diatur oleh anak-anak
mereka tidak akan terpesong. Anak-anak yang masih bersekolah pada peringkat awal
mahupun pertengahan masih memerlukan sokongan yang berbentuk penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran mereka di mana perkara ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu
dorongan dan sokongan moral yang kuat untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran.
4
Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan
amatlah penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak mereka. konsep kendiri
merupakan keseluruhan persepsi keseluruhan seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada
berbentuk deskriptif ataupun penilaian secara kognitif. Salah satu daripada kesan konsep
kendiri adalah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya pencapaian akademik
adalah bergantung kepada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang
terhadap pelajaran (Ishak, 2004) . Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai
seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak dapat
ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000). Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein
(2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu
melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah.
Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang
komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa
mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan
keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan
akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan
utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al.
2008). dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children
and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu
bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004).
Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam
penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina
hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa. Sedangkan ibu
bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi, guru bagi anak-anaknya,
pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara, atau sebagai penonton sahaja.
5
Menurut Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru
bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka
bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga
seringkali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang
dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif
tentang kemampuan keluarga. Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh
guru. Apabila falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian
dengan keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa.
Idea lama tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong
hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004).
Selanjutnya guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini
membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah mempunyai
polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan kakitangan sekolah, maka ibu
bapa kehilangan peluang untuk membangun hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah
ibu bapa yang berminat terlibat tapi tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap sekolah
membosankan dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu
Bakar, 1994).
PENYATAAN MASALAH
Dewasa ini menurut Lareau (2000), kekangan masa adalah faktor utama yang menyebabkan
ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan
anak-anak belajar tanpa pemantauan. Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah
secara berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-anak
(Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzo et al. 1999; Keith & Lichtman 1994; Miedel &
6
Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998). Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu
bapa masih lagi tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan sahaja,(Arnold, Zeljo &
Doctorof 2008).
Manakala di peringkat lebih tinggi tidak diberi fokus lantaran umum beranggapan
bahawa pelajar atau anak-anak pada peringkat ini sudah pandai untuk membawa dan
menguruskan diri sendiri. Hal ini akan memburukkan keadaan anak-anak di peringkat awal
remaja atau peringkat awal sekolah menengah lantaran penumpuan ibu bapa hanya lebih
diberikan kepada peringkat awal persekolahan. Penglibatan ibu bapa yang semakin
berkurangan dalam pembelajaran dan aktiviti sekolah dari semasa ke semasa setelah anak-
anak mereka semakin membesar akan memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar (West
et al.1998).
Taraf latar belakang ekonomi dalam institusi keluarga turut memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.
Menurut Rohaty (2003) menyatakan ibu bapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang
memperhatikan tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal ini. Keadaan di
rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka (Arnold, Zeljo &
Doctoroff, 2008). Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-
anaknya secara maksima (Ishak, 2004).
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau perbandingan tentang sejauh manakah
keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam era zaman yang membangun kini
berdasarkan kepada dua latar belakang Negara yang berbeza iaitu Malaysia dan juga Korea
Selatan. Berdasarkan kepada tujuan kajian yang dinyatakan di atas, maka objektif kajian ini
ialah:
i. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Malaysia?
7
ii. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Malaysia?
iii. Mengkaji samaada terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?
iv. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap
pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?
v. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap
pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?
PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian yang disebutkan, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa
persoalan kajian seperti berikut;
i. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Malaysia?
ii. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap
pembelajaran anak-anak di Korea Selatan?
iii. Adakah terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-
anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza?
iv. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia?
v. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan
ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Korea?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, sekolah, guru-guru dan pihak
kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan dan pembelajaran anak-anak, dan menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat
kurikulum yang lebih banyak dan sesuai untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan yang
terkini.
8
KERANGKA TEORI KAJIAN
Kerangka teori yang dibina dalam kajian ini akan melihat beberapa pemboleh ubah atau
aspek penting dalam keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Teori
Pembelajaran Sosial menjadi asas kepada kajian ini di mana tingkah laku bertanggungjawab
ibu bapa berdasarkan teori ini adalah sesuai dan saling bergantungan serta dapat mencetus
kepada keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Hal ini seterusnya dapat
merangsang kepada peningkatan pencapaian pendidikan. Secara umumnya, dapatlah
digambarkan hubungan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan penglibatan ibu bapa
terhadap pembelajaran anak-anak adalah seperti berikut :
RAJAH 1 : Perkaitan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan Peglibatan Ibu Bapa dalam
pembelajaran anak-anak.
Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam kajian ini dan mempunyai perkaitan
dengan Teori Pembelajaran Sosial di mana teori umum mengenai tingkah laku manusia yang
ditekankan dalam Teori Pembelajaran Sosial ini dapat menjelaskan kesan tingkahlaku
manusia terhadap persekitarannya. Merujuk kepada teori ini, sikap ibu bapa yang cenderung
melibatkan diri terhadap pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila
anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan.
Penglibatan ibu
bapa dalam
pembelajaran
anak-anak.
Teori Pembelajaran Sosial
9
Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura merupakan satu teori umum mengenai
tingkah laku manusia.Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepentingan memerhati dan
memodel tingkah laku, sikap, dan reaksi emosi orang lain. Bandura (1977), menerangkan
tingkah laku manusia dari segi interaksi timbal-balik yang berterusan antara pengaruh
kognitif, tingkah laku, dan persekitaran. Proses komponen yang menjadi dasar kepada
pembelajaran melalui pemerhatian ini adalah pertama,iaitu perhatian termasuklah peristiwa
yang dimodelkan dan ciri-ciri pemerhati. Manakala yang kedua, pengekalan iaitu termasuklah
pengkodan simbolik, penyusunan kognitif, latihan simbolik dan, latihan motor, dan yang
ketiga, penghasilan semula motor, termasuklah kemampuan fizikal ketepatan tindak balas,
dan motivasi.
Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1997) menekankan tentang peranan persekitaran
dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan
tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia
pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa
yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak dan
remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat
daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak.
Oleh itu, kebanyakan tingkah laku anak-anak adalah mengikut kehendak masyarakat
dan ibu bapa terutamanya. Manakala, tingkah laku yang menyeleweng pula adalah akibat
asuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna dan betul. Hasil daripaada kebiasaan dan
tingkah laku yang dicontohi inilah seterusnya membentuk kepada perubahan-perubahan
dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.
Hal ini seterusnya dilihat sebagai tradisi dan menjadi budaya yang diamalkan. Apabila
berlakunya pemerhatian anak-anak melalui tingkah laku ibu bapa berdasarkan kepada teori
10
ini, maka anak-anak secara tidak langusng akan memberi respon terhadap perlakuan ibu bapa
mereka yang mengambil berat dan melibatkan diri dengan aktif terhadap pembelajaran
mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal balik akan berlaku dan
hal ini mendorong anak-anak untuk lebih bermotivasi dalam pelajaran.
Bruner (1960) yang turut mendukung teori in pula turut berpendapat, dalam keadaan
normal manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiri perkaitan untuk membuat
keputusan sendiri berdasarkan kepada pelbagai rangsangan yang terdapat di alam sekeliling
mereka. Menurut beliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat
menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran mereka sendiri.
Manakala individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan
saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Maka hal
ini secara tidak langsung menjurus dan menyokong kepada tingkah laku atau permodelan
positif yang boleh dipamerkan oleh ibu bapa melalui keterlibatan mereka dalm pembelajaran
anak-anak atau golongan pelajar ini. Oleh itu Teori Pembelajaran Sosial dilihat dapat
berfungsi untuk memenuhi aspirasi tersebut.
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting
dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana
yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki alam
universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan mereka asuhan yang betul, didikan
yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebih-lebih lagi kasih sayang terhadap anak-
anak supaya anak- anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, mereka akan
meluahkan apa sahaja kemusykilan yang menghantuinya.
11
Knollman, et al., (2007) pula berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu
mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang
kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,
mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak.
Marchant, et al., (2001) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa merupakan faktor
dalam menggalakkan anak-anak mencuba. Ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan
dan cita-cita anak-anak, memberikannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-
citakan oleh anak mereka, lebih berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang memastikan anak-
anak mereka mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat apa yang anak-
anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang
selesa untuk belajar tanpa ada banyak gangguan memberi kesan ke atas pencapaian akademik
anak.
Sementara Houtenville, et al. (2008) mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mengawasi
anak-anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja
rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu
meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka
belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat
pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah.
Kajian yang telah dijalankan oleh Aminah Ahmad, et.al. ( 2011 ) mendapati bahawa
berdasarkan Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan
yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan
komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis
regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian
akademik pelajar. Namun begitu, berdasarkan kepada analisis deskriptif pula menunjukkan
12
hasil dapatan yang menunjukkan perbincangan ibu bapa dengan anak di rumah mempunyai
nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala
nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33).
Seterusnya, melihat pula kepada kajian yang telah dijalankan oleh Abd.Razak
Zakaria, et.al. (2011) berdasarkan analisis regrasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa
komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu
bapa dirumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara
keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk
penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap
pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi
secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak-
anak mereka berjaya dalam pelajaran.
Dalam satu kajin yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, Lareau (2000)
menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah diketahui di Amerika Syarikat dan
Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat berkuasa yang berhubungan dengan
penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anaknya. Semakin tinggi status sosio ekonomi
ibu bapa semakin tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi
(2004), Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004).
Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi pengantara
bagi hubungan antara status sosio ekonomi (SSE) dan penglibatan ibu bapa.
Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai SSE yang lebih
tinggi cenderung lebih banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal
dan untuk terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk
berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana mempunyai
13
keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalamberinteraksi dengan guru
dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak mereka (Lareau, 2003 dalam
Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE rendah cenderung menganggapnya
sebagai tanggungjawab daripada guru-guru sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam
pendidikan anak-anaknya (Lareau, 2000 dalam Yamamoto, 2006).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ni merupakan satu kajian kualitatif yang melibatkan perbandingan antara dua buah
negara iaitu Malaysia dan juga Korea selatan. Data yang diperolehi adalah daripada soal
selidik yang ditadbir di kedua-dua buah negara ini. Sebanyak 42 soal selidik telah diedarkan
di mana 21 di Korea dan 21 di Malaysia. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk data
mentah (raw data) dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ver. 18. Analisis data
melibatkan statistik deskriptif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan
statistik deskriptif dalam mencari nilai kekerapan, mendapatkan nilai min serta nilai korelasi
bagi menjawab semua persoalan kajian.
malaysia_jam_bantu_anak_belajar
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
kurang dai 1 jam 6 28.6 28.6 28.6
1-3 jam 11 52.4 52.4 81.0
3-5 jam 4 19.0 19.0 100.0
Total 21 100.0 100.0
Jadual 1: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak
menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari
14
korea_jam_bantu_anak
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid
kurang daripada 1 jam 9 42.9 42.9 42.9
1-3 jam 9 42.9 42.9 85.7
3-5 jam 3 14.3 14.3 100.0
Total 21 100.0 100.0
Jadual 2: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak
menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari
Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan tempoh masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di
Malaysia dan juga Korea untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah seharian.
Berdasarkan analisis data yang diperolehi, didapati bahawa 52.4% ibu bapa di Malaysia
menghabiskan masa selama 1-3 jam sehari untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja
sekolah manakala di Korea, dapatan kajian menunjukkan peratusan ibu bapa yang
menghabiskan masaselama kurang daripada 1 jam dan 1-3 jam sehari untuk membantu anak-
anak menyiapkan kerja sekolah adalah sama iaitu 42.9%. Hal ini menunjukkan bahawa, baik
di Malaysia, mahupun di Korea Selatan, tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi
penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak adalah sederhana.
Report
malaysia_keker
apan_membant
u_anak
korea_kekerapa
n_memeriksa_k
erja_sekolah
Mean 2.62 2.90
N 21 21
Std. Deviation .865 .831
Jadual 3: Penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati min bagi penglibatan ibu bapa di Korea
Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah lebih tinggi iaitu 2.90 dengan aras signifikan
(α=0.05) berbanding di Malaysia iaitu 2.62. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak bagi dua latar
belakang negara yang berbeza ini.
15
Correlations
korea_tahap_pe
ndidikan_ibubap
a
korea_jam_bant
u_anak
korea_tahap_pendidikan_ibu
bapa
Pearson Correlation 1 .871**
Sig. (2-tailed) .000
N 21 21
korea_jam_bantu_anak
Pearson Correlation .871**
1
Sig. (2-tailed) .000
N 21 21
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 4: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di Korea Selatan.
Correlations
malaysia_tahap
_pendidikan
malaysia_jam_b
antu_anak_belaj
ar
malaysia_tahap_pendidikan
Pearson Correlation 1 .757**
Sig. (2-tailed) .000
N 21 21
malaysia_jam_bantu_anak_
belajar
Pearson Correlation .757**
1
Sig. (2-tailed) .000
N 21 21
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 5: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di Malaysia.
Jadual 4 dan Jadual 5 menunjukkan analisis Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara
tahap pendidikan ibu bapa dengan dengan keterlibatan ibu bapa di kedua-dua buah negara
kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kedua-dua buah Negara
menunjukkan tbahawa tahap pendidikan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pembelajaran anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang
tinggi terhadap kepentingan pendidikan akan cuba untuk memastikan anak-anak mereka
mencontohi mereka dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
16
PENUTUP
Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan
ibu bapa. Namun begitu dapat diperhatikan melalui kajian-kajian lepas bahawa konteks
keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Hal ini selari dengan dapatan kajian yang diperolehi di kedua-dia buah negara iaitu,
penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak. Walaupun
penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi
konteks kekeluargaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak
tersebut. Konteks kekeluargaan ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan
merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini. Selain
itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan ibu bapa,
anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya akan
mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan.
17
RUJUKAN
Abd. Razak Zakaria, Noraini Mohd Salleh. 2011. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011):
35-44. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam
Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. 2008. Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School
Psychology Review 37(1): 74-89.
Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.
Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working Together
(4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs.
Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. 2004. Parent involvement in
Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early
Childhood Research Quarterly 19 :413–430
Christenson, S. L. & Sheridan, S. M. 2001. School and families: Creating essential
connections for learning. New York: Guilford Press.
Christenson, S. L., Rounds, T. & Gorney, D. 1992.Family factors and student achievement:
An avenue to increase students’ success. School Psychology Quarterly 7: 178-206.
Getswicki, C. 2004. Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working
with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning.
Henderson, A. T., & Mapp, K. L. 2000. A new wave of evidence: The impact of family,
school, community connections on student achievement. Austin, TX: Southwest
Educational Development Laboratory
Houtenville, A., & Conway.K. 2008. Parental effort, school resources, and student
achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453.
Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat
sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E),
33- 44.
Ismail Ibrahim .2002. Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Julai 22, 2010
daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.
Knollman, M., & Wild, E. .2007. Quality of parental support and students’ emotions during
homework: Moderating effects of students’ motivational orientations. European
Journal of Psychology of Education, 22, 63-76.
Lareau, A. 2000. Home advantage: Social class and parental intervention in elementary
education, Lanham, MD: Roman & Littlefield.
18
Marchant, G. J., Paulson, S. E., dan Rothlisberg, B. A. .2001. Relations of middle school
students’ perceptions of family and school contexts with academic achievement.
Psychology in the Schools, 38, 505 -519.
Mardziah Abdullah. 2006. Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program Prasekolah di
Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian Pensarjanaan.
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.
Morrison, G.S. .1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles
E. Merrill Publishing Company.
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan Perdana).
Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd
Rohner, Ronald P. dan Veneziano, R.A.2001. The Importance of Father Love: History and
Con-temporary Evidence. American Psychological Association.
Shaverand, A. V. & Walls, R. T. 1998. Effect of title 1, parental involvement on student
reading and mathematics achievement. Journal of Research and Development in
Education 31(2): 91-97
West, A., Noden, P., Edge, A. & David, M. 1998. Parental involvement in education in and
out of school. British Educational Research Journal 24(4): 461-483.
Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. .2006. Maternal involvement in preschool
children’s education in Japan: Relation to parenting beliefs and socioeconomic status.
Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332– 346

More Related Content

What's hot

jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
noorfarahanahmohdnoo
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
ROYALBERTM
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
Cho Shirley
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Sherly Jewinly
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Little Butterfly
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhanasyikin hashim
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Mohd Suhaimin Isnen
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Ahmad NazRi
 
Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2
jasmi jaafar
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Hon Shan Shan
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Zue Shari
 

What's hot (20)

Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2Pengenalan skpmg2
Pengenalan skpmg2
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 

Similar to Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdfadminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
MuhammadZulkifli96
 
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docxJURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
hadi23318
 
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Psikopedagogia uad
 
Peran orang tua
Peran orang tuaPeran orang tua
Peran orang tua
Eman Syukur
 
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Psikopedagogia uad
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
Riezza Farhan
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
egyd welyn
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
sakuramochi
 
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMAKajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Paulus Robert Tuerah
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini
nrukmana rukmana
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadiWarnet Raha
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
Operator Warnet Vast Raha
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
Septian Muna Barakati
 
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematanProgram bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
syaifulSaif
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdAde Rifai Kolot
 

Similar to Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia (20)

adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdfadminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
adminjurnal,+17.+MBR+PGSD+VOL.+9,+NO.+3+Purwani+Widia+Ningsih+508-514 (1).pdf
 
Zahrotul Mufida PPT
Zahrotul Mufida PPTZahrotul Mufida PPT
Zahrotul Mufida PPT
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docxJURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
 
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
Peran pola asuh otoritatif orang tua, pendidikan orang tua dan jumlah saudara...
 
Peran orang tua
Peran orang tuaPeran orang tua
Peran orang tua
 
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
Peran pola asuh permisif, iklim sekolah, dan motivasi berprestasi terhadap pe...
 
Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
15_Wacana Penerapan Full Day School Untuk Siswa SD dan SMP
 
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMAKajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Belajar Geografi Di SMA
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
 
Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...Tugas fainal penelitian email...
Tugas fainal penelitian email...
 
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematanProgram bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
Program bimbingan karir_untuk_meningkatkan_kematan
 
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sdMakalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
Makalah pengaruh sosial ekonomi terhadap prestasi belajar siswa sd di sd
 
[==
[==[==
[==
 
[==
[==[==
[==
 

Recently uploaded

Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea dan malaysia

  • 1. 1 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK: KAJIAN PERBANDINGAN KOREA DAN MALAYSIA Mohd Amar Bin Md Arif (P66370), Aziani Binti Yusof (P63652) GGGD6263 : PENDIDIKAN, PENDUDUK DAN ALIRAN EKONOMI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2012
  • 2. 2 ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di peringkat rendah yang melibatkan perbandingan diantara dua kawasan dan negara berbeza iaitu di sekitar negeri Selangor,Malaysia dan Seoul, Korea Selatan. Kajian ini berfokus sepenuhnya kepada para ibu bapa sebagai sampel. Responden bagi kajian ini keseluruhannya terdiri daripada para ibu bapa yang dipilih secara rawak sebanyak 42 orang responden. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data. Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS ver. 18. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah pada tahap yang sederhana. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak akan mempengaruhi anak- anak untuk berjaya dalam hidup.
  • 3. 3 PENDAHULUAN Ibu bapa yang mengemudi sesebuah institusi keluarga merupakan peranan terpenting dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu, berdaya saing dan seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorak perkembangan peribadi anak- anak bermula pada peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano, 2001). Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan. LATAR BELAKANG Sebagai seorang individu yang masih berada di alam persekolahan, anak-anak terutamanya pada peringkat awal remaja memerlukan perhatian dan keterlibatan ibu bapa secara langsung dan erat demi mempengaruhi arah tuju anak-anak dan langkah yang diatur oleh anak-anak mereka tidak akan terpesong. Anak-anak yang masih bersekolah pada peringkat awal mahupun pertengahan masih memerlukan sokongan yang berbentuk penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran mereka di mana perkara ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu dorongan dan sokongan moral yang kuat untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran.
  • 4. 4 Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan amatlah penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak mereka. konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi keseluruhan seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif ataupun penilaian secara kognitif. Salah satu daripada kesan konsep kendiri adalah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung kepada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang terhadap pelajaran (Ishak, 2004) . Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000). Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah. Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al. 2008). dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004). Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa. Sedangkan ibu bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi, guru bagi anak-anaknya, pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara, atau sebagai penonton sahaja.
  • 5. 5 Menurut Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga seringkali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif tentang kemampuan keluarga. Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh guru. Apabila falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian dengan keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa. Idea lama tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004). Selanjutnya guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah mempunyai polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan kakitangan sekolah, maka ibu bapa kehilangan peluang untuk membangun hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah ibu bapa yang berminat terlibat tapi tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap sekolah membosankan dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu Bakar, 1994). PENYATAAN MASALAH Dewasa ini menurut Lareau (2000), kekangan masa adalah faktor utama yang menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajar tanpa pemantauan. Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah secara berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-anak (Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzo et al. 1999; Keith & Lichtman 1994; Miedel &
  • 6. 6 Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998). Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa masih lagi tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan sahaja,(Arnold, Zeljo & Doctorof 2008). Manakala di peringkat lebih tinggi tidak diberi fokus lantaran umum beranggapan bahawa pelajar atau anak-anak pada peringkat ini sudah pandai untuk membawa dan menguruskan diri sendiri. Hal ini akan memburukkan keadaan anak-anak di peringkat awal remaja atau peringkat awal sekolah menengah lantaran penumpuan ibu bapa hanya lebih diberikan kepada peringkat awal persekolahan. Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam pembelajaran dan aktiviti sekolah dari semasa ke semasa setelah anak- anak mereka semakin membesar akan memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar (West et al.1998). Taraf latar belakang ekonomi dalam institusi keluarga turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Menurut Rohaty (2003) menyatakan ibu bapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang memperhatikan tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal ini. Keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka (Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008). Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak- anaknya secara maksima (Ishak, 2004). TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau perbandingan tentang sejauh manakah keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak dalam era zaman yang membangun kini berdasarkan kepada dua latar belakang Negara yang berbeza iaitu Malaysia dan juga Korea Selatan. Berdasarkan kepada tujuan kajian yang dinyatakan di atas, maka objektif kajian ini ialah: i. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak di Malaysia?
  • 7. 7 ii. Mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak di Malaysia? iii. Mengkaji samaada terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza? iv. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia? v. Mengkaji samaada terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia? PERSOALAN KAJIAN Bagi mencapai tujuan kajian yang disebutkan, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut; i. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak di Malaysia? ii. Apakah tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak di Korea Selatan? iii. Adakah terdapat perbezaan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak- anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza? iv. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia? v. Apakah terdapat hubungan antara perbezaan tahap pendidikan dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Korea? KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, sekolah, guru-guru dan pihak kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak, dan menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat kurikulum yang lebih banyak dan sesuai untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan yang terkini.
  • 8. 8 KERANGKA TEORI KAJIAN Kerangka teori yang dibina dalam kajian ini akan melihat beberapa pemboleh ubah atau aspek penting dalam keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Teori Pembelajaran Sosial menjadi asas kepada kajian ini di mana tingkah laku bertanggungjawab ibu bapa berdasarkan teori ini adalah sesuai dan saling bergantungan serta dapat mencetus kepada keterlibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak. Hal ini seterusnya dapat merangsang kepada peningkatan pencapaian pendidikan. Secara umumnya, dapatlah digambarkan hubungan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan penglibatan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak adalah seperti berikut : RAJAH 1 : Perkaitan antara Teori Pembelajaran Sosial dengan Peglibatan Ibu Bapa dalam pembelajaran anak-anak. Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam kajian ini dan mempunyai perkaitan dengan Teori Pembelajaran Sosial di mana teori umum mengenai tingkah laku manusia yang ditekankan dalam Teori Pembelajaran Sosial ini dapat menjelaskan kesan tingkahlaku manusia terhadap persekitarannya. Merujuk kepada teori ini, sikap ibu bapa yang cenderung melibatkan diri terhadap pembelajaran anak-anak akan mendapat hasil timbal balik apabila anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pendidikan. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Teori Pembelajaran Sosial
  • 9. 9 Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura merupakan satu teori umum mengenai tingkah laku manusia.Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepentingan memerhati dan memodel tingkah laku, sikap, dan reaksi emosi orang lain. Bandura (1977), menerangkan tingkah laku manusia dari segi interaksi timbal-balik yang berterusan antara pengaruh kognitif, tingkah laku, dan persekitaran. Proses komponen yang menjadi dasar kepada pembelajaran melalui pemerhatian ini adalah pertama,iaitu perhatian termasuklah peristiwa yang dimodelkan dan ciri-ciri pemerhati. Manakala yang kedua, pengekalan iaitu termasuklah pengkodan simbolik, penyusunan kognitif, latihan simbolik dan, latihan motor, dan yang ketiga, penghasilan semula motor, termasuklah kemampuan fizikal ketepatan tindak balas, dan motivasi. Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1997) menekankan tentang peranan persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak dan remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak. Oleh itu, kebanyakan tingkah laku anak-anak adalah mengikut kehendak masyarakat dan ibu bapa terutamanya. Manakala, tingkah laku yang menyeleweng pula adalah akibat asuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna dan betul. Hasil daripaada kebiasaan dan tingkah laku yang dicontohi inilah seterusnya membentuk kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat. Hal ini seterusnya dilihat sebagai tradisi dan menjadi budaya yang diamalkan. Apabila berlakunya pemerhatian anak-anak melalui tingkah laku ibu bapa berdasarkan kepada teori
  • 10. 10 ini, maka anak-anak secara tidak langusng akan memberi respon terhadap perlakuan ibu bapa mereka yang mengambil berat dan melibatkan diri dengan aktif terhadap pembelajaran mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Bandura (1977) proses timbal balik akan berlaku dan hal ini mendorong anak-anak untuk lebih bermotivasi dalam pelajaran. Bruner (1960) yang turut mendukung teori in pula turut berpendapat, dalam keadaan normal manusia mampu belajar dengan cara menemui sendiri perkaitan untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada pelbagai rangsangan yang terdapat di alam sekeliling mereka. Menurut beliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran mereka sendiri. Manakala individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan saranan tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Maka hal ini secara tidak langsung menjurus dan menyokong kepada tingkah laku atau permodelan positif yang boleh dipamerkan oleh ibu bapa melalui keterlibatan mereka dalm pembelajaran anak-anak atau golongan pelajar ini. Oleh itu Teori Pembelajaran Sosial dilihat dapat berfungsi untuk memenuhi aspirasi tersebut. TINJAUAN KEPUSTAKAAN Ismail Ibrahim (2002) menyatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang amat penting dalam mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke peringkat mereka memasuki alam universiti. Semuanya ini dapat diatasi dengan memberikan mereka asuhan yang betul, didikan yang sempurna, perhatian yang secukupnya dan lebih-lebih lagi kasih sayang terhadap anak- anak supaya anak- anak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Dengan ini, mereka akan meluahkan apa sahaja kemusykilan yang menghantuinya.
  • 11. 11 Knollman, et al., (2007) pula berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak. Marchant, et al., (2001) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa merupakan faktor dalam menggalakkan anak-anak mencuba. Ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak, memberikannya perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita- citakan oleh anak mereka, lebih berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang memastikan anak- anak mereka mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat apa yang anak- anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah dan mewujudkan keadaan di rumah yang selesa untuk belajar tanpa ada banyak gangguan memberi kesan ke atas pencapaian akademik anak. Sementara Houtenville, et al. (2008) mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka akan menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak-anak remaja mereka belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu bagaimana untuk membuat pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di rumah. Kajian yang telah dijalankan oleh Aminah Ahmad, et.al. ( 2011 ) mendapati bahawa berdasarkan Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian akademik pelajar. Namun begitu, berdasarkan kepada analisis deskriptif pula menunjukkan
  • 12. 12 hasil dapatan yang menunjukkan perbincangan ibu bapa dengan anak di rumah mempunyai nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33). Seterusnya, melihat pula kepada kajian yang telah dijalankan oleh Abd.Razak Zakaria, et.al. (2011) berdasarkan analisis regrasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu bapa dirumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak- anak mereka berjaya dalam pelajaran. Dalam satu kajin yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, Lareau (2000) menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat berkuasa yang berhubungan dengan penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anaknya. Semakin tinggi status sosio ekonomi ibu bapa semakin tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi (2004), Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004). Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi pengantara bagi hubungan antara status sosio ekonomi (SSE) dan penglibatan ibu bapa. Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai SSE yang lebih tinggi cenderung lebih banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal dan untuk terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana mempunyai
  • 13. 13 keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalamberinteraksi dengan guru dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak mereka (Lareau, 2003 dalam Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE rendah cenderung menganggapnya sebagai tanggungjawab daripada guru-guru sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam pendidikan anak-anaknya (Lareau, 2000 dalam Yamamoto, 2006). METODOLOGI KAJIAN Kajian ni merupakan satu kajian kualitatif yang melibatkan perbandingan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan juga Korea selatan. Data yang diperolehi adalah daripada soal selidik yang ditadbir di kedua-dua buah negara ini. Sebanyak 42 soal selidik telah diedarkan di mana 21 di Korea dan 21 di Malaysia. Data yang diperolehi adalah dalam bentuk data mentah (raw data) dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ver. 18. Analisis data melibatkan statistik deskriptif. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif dalam mencari nilai kekerapan, mendapatkan nilai min serta nilai korelasi bagi menjawab semua persoalan kajian. malaysia_jam_bantu_anak_belajar Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid kurang dai 1 jam 6 28.6 28.6 28.6 1-3 jam 11 52.4 52.4 81.0 3-5 jam 4 19.0 19.0 100.0 Total 21 100.0 100.0 Jadual 1: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari
  • 14. 14 korea_jam_bantu_anak Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid kurang daripada 1 jam 9 42.9 42.9 42.9 1-3 jam 9 42.9 42.9 85.7 3-5 jam 3 14.3 14.3 100.0 Total 21 100.0 100.0 Jadual 2: Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dalam masa sehari Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan tempoh masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa di Malaysia dan juga Korea untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah seharian. Berdasarkan analisis data yang diperolehi, didapati bahawa 52.4% ibu bapa di Malaysia menghabiskan masa selama 1-3 jam sehari untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah manakala di Korea, dapatan kajian menunjukkan peratusan ibu bapa yang menghabiskan masaselama kurang daripada 1 jam dan 1-3 jam sehari untuk membantu anak- anak menyiapkan kerja sekolah adalah sama iaitu 42.9%. Hal ini menunjukkan bahawa, baik di Malaysia, mahupun di Korea Selatan, tahap penglibatan ibu bapa dalam memberi penumpuan terhadap pembelajaran anak-anak adalah sederhana. Report malaysia_keker apan_membant u_anak korea_kekerapa n_memeriksa_k erja_sekolah Mean 2.62 2.90 N 21 21 Std. Deviation .865 .831 Jadual 3: Penglibatan ibu bapa di Malaysia dan Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati min bagi penglibatan ibu bapa di Korea Selatan dalam pembelajaran anak-anak adalah lebih tinggi iaitu 2.90 dengan aras signifikan (α=0.05) berbanding di Malaysia iaitu 2.62. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak bagi dua latar belakang negara yang berbeza ini.
  • 15. 15 Correlations korea_tahap_pe ndidikan_ibubap a korea_jam_bant u_anak korea_tahap_pendidikan_ibu bapa Pearson Correlation 1 .871** Sig. (2-tailed) .000 N 21 21 korea_jam_bantu_anak Pearson Correlation .871** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 21 21 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Jadual 4: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Korea Selatan. Correlations malaysia_tahap _pendidikan malaysia_jam_b antu_anak_belaj ar malaysia_tahap_pendidikan Pearson Correlation 1 .757** Sig. (2-tailed) .000 N 21 21 malaysia_jam_bantu_anak_ belajar Pearson Correlation .757** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 21 21 **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Jadual 5: Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia. Jadual 4 dan Jadual 5 menunjukkan analisis Korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan dengan keterlibatan ibu bapa di kedua-dua buah negara kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kedua-dua buah Negara menunjukkan tbahawa tahap pendidikan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembelajaran anak-anak. Hal ini kerana, ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan akan cuba untuk memastikan anak-anak mereka mencontohi mereka dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
  • 16. 16 PENUTUP Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan ibu bapa. Namun begitu dapat diperhatikan melalui kajian-kajian lepas bahawa konteks keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang diperolehi di kedua-dia buah negara iaitu, penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak. Walaupun penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi konteks kekeluargaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak tersebut. Konteks kekeluargaan ini penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan merasakan ada insan yang mengambil berat mengenai kehidupan mereka selama ini. Selain itu, jika kehidupan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian terutamanya dikalangan ibu bapa, anak-anak berkenaan akan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya akan mendorong mereka untuk membalas jasa yang telah dicurahkan.
  • 17. 17 RUJUKAN Abd. Razak Zakaria, Noraini Mohd Salleh. 2011. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 35-44. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. 2008. Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review 37(1): 74-89. Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall. Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working Together (4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs. Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. 2004. Parent involvement in Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early Childhood Research Quarterly 19 :413–430 Christenson, S. L. & Sheridan, S. M. 2001. School and families: Creating essential connections for learning. New York: Guilford Press. Christenson, S. L., Rounds, T. & Gorney, D. 1992.Family factors and student achievement: An avenue to increase students’ success. School Psychology Quarterly 7: 178-206. Getswicki, C. 2004. Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning. Henderson, A. T., & Mapp, K. L. 2000. A new wave of evidence: The impact of family, school, community connections on student achievement. Austin, TX: Southwest Educational Development Laboratory Houtenville, A., & Conway.K. 2008. Parental effort, school resources, and student achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453. Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E), 33- 44. Ismail Ibrahim .2002. Disiplin Keluarga Jadi Penentu. Diperoleh pada Julai 22, 2010 daripada http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita. Knollman, M., & Wild, E. .2007. Quality of parental support and students’ emotions during homework: Moderating effects of students’ motivational orientations. European Journal of Psychology of Education, 22, 63-76. Lareau, A. 2000. Home advantage: Social class and parental intervention in elementary education, Lanham, MD: Roman & Littlefield.
  • 18. 18 Marchant, G. J., Paulson, S. E., dan Rothlisberg, B. A. .2001. Relations of middle school students’ perceptions of family and school contexts with academic achievement. Psychology in the Schools, 38, 505 -519. Mardziah Abdullah. 2006. Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program Prasekolah di Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian Pensarjanaan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi. Morrison, G.S. .1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company. Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd Rohner, Ronald P. dan Veneziano, R.A.2001. The Importance of Father Love: History and Con-temporary Evidence. American Psychological Association. Shaverand, A. V. & Walls, R. T. 1998. Effect of title 1, parental involvement on student reading and mathematics achievement. Journal of Research and Development in Education 31(2): 91-97 West, A., Noden, P., Edge, A. & David, M. 1998. Parental involvement in education in and out of school. British Educational Research Journal 24(4): 461-483. Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. .2006. Maternal involvement in preschool children’s education in Japan: Relation to parenting beliefs and socioeconomic status. Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332– 346