3. 2) Berdiri betul bagi orang yang berupaya Berdiri dengan betul pada sembahyang fardhu bagi mereka yang berkuasa (boleh) berdiri. Jika lemah (tidak berupaya) berdiri untuk mengerjakan sembahyang, sah sembahyangnya dengan duduk.
5. 4) Membaca surah Al-Fatihah Surah Al-Fatihah wajib (rukun) dibaca pada setiap raka‘at sewaktu berdiri. 5) Ruku’ serta Tuma’ninah Rukuk dari segi bahasa ialah condong dan tunduk . Menurut istilah ialah menundukkan punggung dan kepala di dalam sembahyang .
6. 6) I’tidal serta Tuma’ninah I’tidal ialah bangkit bangun dari rukuk dan kembali tegak lurus sebelum sujud .
7. 7) Sujud serta Tuma’ninah Sujud dari segi bahasa ialah merendahkan diri . Memadailah sujud menurut syarak dengan meletakkan dahi atau hidung di atas tikar sembahyang .
8. 8) Duduk antara dua sujud Duduk antara dua sujud ialah bangun kembali setelah sujud yang pertama untuk duduk sebentar sementara menanti sujud yang kedua .
9. 9) Duduk Tahyat Akhir Duduk yang berlaku di akhir rakaat sembahyang iaitu akan diberi salam selepas daripadanya.
10. 10) Membaca Tahyat Akhir. Membaca tahyat akhir semasa duduk kali terakhir dalam sembahyang. 11) Membaca selawat ke atas Nabi dalam Tahyat Akhir. Maksudnya ialah membaca selawat ke atas Nabi dan keluarganya dalam tahyat akhir semasa duduk kali yang terakhir dalam sembahyang .
11. 12) Memberi salam yang petama Bila telah selesai membaca tahyat akhir dan selawat atas Nabi dan keluarganya maka hendaklah memberi salam. Yang diwajibkan hanyalah salam pertama .
12. 13) Tertib Tertib maksudnya mentertibkan rukun-rukun sembahyang . Dimulakan dengan takbiratul ihram, kemudian membaca Fatihah kemudian rukuk, i’tidal, sujud dan seterusnya. Maka adalah batal sembahyangnya jika tidak mengikut rukun sembahyang dengan senghaja dan wajib dia mengulangi rukun-rukun tersebut .