SlideShare a Scribd company logo
PERATURAN SEKOLAH



  1. KEHADIRAN

          1.1    Murid dikehendaki berada dikawasan sekolah sebelum 7.20 pagi.

          1.2    Loceng pertama akan dibunyikan pada 7.20 pagi dan diikuti loceng kedua
                 pada pukul 7.30 pagi.

          1.3    Waktu balik :




Tahun           Isnin             Selasa            Rabu             Khamis           Jumaat
Tahun 1    12.50 p.m             12.50 p.m       12.20 p.m          12.20 p.m       11.50 p.m
Tahun 2    12.50 p.m             12.50 p.m       12.20 p.m          12.20 p.m       11.50 p.m
Tahun 3    12.50 p.m             12.50 p.m       12.20 p.m          12.20 p.m       11.50 p.m
Tahun 4    01.20 p.m             01.20 p.m       12.50 p.m          12.50 p.m       11.50 p.m
Tahun 5    01.20 p.m             01.30 p.m       12.50 p.m          12.50 p.m       11.50 p.m
Tahun 6    01.20 p.m             01.20 p.m       12.50 p.m          12.50 p.m       11.50 p.m


                *Tahun 1,2 dan 3 akan balik pada pukul 12.50 pada hari Rabu dan Khamis
                kerana program Tasmik dijalankan.

          1.4    Tidak seorang murid boleh keluar atau meninggalkan perkarangan sekolah
                 dalam waktu persekolahan kecuali ada permohonan daripada ibubapa dan
                 kebenaran dari Guru Besar setelah menuliskan maklumat di dalam Buku
                 Kebenaran Membawa Murid Keluar.

          1.5    Murid tidak hadir mesti menunjukkan dokumen sebagai bukti
                 ketidakhadirannya samaada kenyataan bertulis dari ibubapa / penjaga atau
                 surat akuan doktor.

          1.6    Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan, akan
                 diberi surat amaran pertama. Sekiranya masih tidak hadir 3 hari berikutnya
                 surat amaran kedua seterusnya surat amaran terakhir sebelum tindakan
                 disiplin dikenakan.
2. PAKAIAN

   2.1   Murid lelaki :Kemeja putih , seluar panjang warna biru tua, sarung kaki dan
         kasut kanvas berwarna putih.

   2.2   Murid Perempuan : Baju kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki putih tanpa
         corak dan kasut kanvas putih.

   2.3   Baju kurung hendaklah berbutang putih atau butang ketap. Pemakaian
         ‘brooch’ samaada pada baju atau tudung dilarang sama sekali.

   2.4   Bagi bukan Islam :Baju putih, pinafore biru tua, sarung kaki putih tanpa
         corak dan kasut kanvas putih

   2.5   Tudung / mini telekung digalakkan bagi murid Islam

   2.6   Bagi murid lelaki, warna songkok yang dibolehkan adalah berwarna hitam.
         Pemakaian ketayap, serban, topi / ‘cap’ adalah dilarang.

   2.7   Semua murid diwajibkan memakai lencana dan tanda nama sepanjang hari
         persekolahan.




3. RAMBUT / KUKU / GIGI

   3.1   Murid lelaki hendaklah berambut pendek tidak mencecah kolar baju dan
         sentiasa kemas / rapi.

   3.2   Murid perempuan digalakkan berambut pendek dan dikehendaki menyikat
         dan mengikat rambut dengan kemas jika tidak bertudung.

   3.3   Jika berambut panjang, rambut mestilah sentiasa diikat supaya kemas dan
         terurus. Warna pengikat atau reben ialah hitam atau biru tua.

   3.4   Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut atau menggunakan ‘GEL’.

   3.5   Potongan rambut mengikut ‘trend’ semasa seperti ‘punk’, ‘skin-head’ dan
         sebagainya dilarang. (Rujuk pekeliling peraturan pakaian murid sekolah)

   3.6   Semua murid hendaklah berkuku pendek, bersih dan tidak memakai pewarna
         kuku.

   3.7   Gigi hendaklah sentiasa bersih dan putih.
4. ALAT SOLEK DAN BARANG KEMAS.

 4.1   Semua murid dilarang mengenakan sebarang persolekan ketika ke sekolah.

 4.2   Semua jenis barang kemas dan hiasan adalah dilarang.




5. BASIKAL

 5.1   Basikal hendaklah dilengkapkan dengan kunci, brek, loceng, kaki penongkat
       dan lain-lain.

 5.2   Letakkan basikal ditempat letak basikal yang telah ditentukan.

 5.3   Dilarang menaiki atau bermain basikal dikawasan sekolah.

 5.4   Apabila memasuki kawasan sekolah, basikal hendaklah ditolak bukan
       ditunggang.

 5.5   Murid-murid dilarang menunggang basikal secara bersaing / bergandingan
       dan berlumba dijalan raya.




6. PERHIMPUNAN

 6.1   Setiap murid menghadirkan diri di dalam Perhimpunan Mingguan pada jam
       7.20 pagi hari Isnin.

 6.2   Sebagai rakyat Malaysia, setiap murid mesti tahu dan boleh menyanyikan
       lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah serta ikrar dengan
       betul.

 6.3   Apabila lagu-lagu diatas dinyanyikan murid-murid hendaklah berdiri tegak.

 6.4   Murid-murid hendaklah berdiri dengan senyap semasa guru berucap atau
       menyampaikan maklumat.

 6.5   Selepas perhimpunan berakhir, murid-murid hendaklah berbaris dan berjalan
       dengan senyap masuk ke bilik darjah.
7. WAKTU REHAT

 7.1   Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau duduk di dalam bilik darjah.

 7.2   Berbaris dan berjalan dengan senyap dari kelas ke kantin dan ketika membeli
       makanan.

 7.3   Makan secara tertib di kantin.

 7.4   Jangan tinggalkan sisa makanan diatas meja.

 7.5   Buangkan segala bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang
       disediakan.

 7.6   Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu
       persekolahan.




8. TATATERTIB DI BILIK DARJAH DAN BILIK-BILIK KHAS

 8.1   Semua murid hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih, kerusi /
       meja kemas dan tersusun.

 8.2   Dilarang sama sekali membuat bising didalam bilik darjah.

 8.3   Dengar dengan teliti dan fahami apa yang diajar oleh guru.

 8.4   Tidak boleh menggangu murid lain ketika pembelajaran berjalan.

 8.5   Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan kebenaran guru dan memakai
       Pas Keluar.

 8.6   Apabila bergerak ke bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Muzik,
       Perpustakaan, Makmal Sains, Makmal Komputer dan sebagainya, hendaklah
       bergerak dalam barisan, senyap dan berdisplin.
9. TANDAS

 9.1   Semua murid mesti menjaga kebersihan tandas.

 9.2   Gunakan selipar yang disediakan dengan cara yang betul.

 9.3   Dilarang mandi di dalam tandas.

 9.4   Gunakan tandas untuk membuang air kecil atau air besar sahaja.

 9.5   Pam tandas selepas digunakan dengan betul.




10. PENDIDIKAN JASMANI

 10.1 Murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah memakai
      pakaian Pendidikan Jasmani yang telah ditentukan oleh sekolah – ‘T-shirt
      warna putih / trek bottom biru/hitam.

 10.2 Murid-murid hendaklah beratur semasa hendak turun ke padang atau selepas
      menjalani pembelajaran Pendidikan Jasmani.

 10.3 Murid yang tidak boleh menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani kerana sakit
      hendaklah menunjukkan surat akuan doktor dan tidak dibenarkan duduk
      didalam bilik darjah kecuali dengan kebanaran guru.

 10.4 Murid-murid mesti berkerjasama menjaga keselamatan alat-alat Pendidikan
      Jasmani.




11. MEROSAKKAN HARTA GURU / KAWAN / SEKOLAH

 11.1 Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah seperti
      memecahkan cermin tingkap, pasu bunga, kerusi, meja dan lain-lain
      dikehendaki menggantikannya mengikut nilai barang yang dirosakkan.
12. KEGIATAN KUMPULAN

 12.1 Murid-murid Tahap Dua diwajibkan menyertai kegiatan ko-kurikulum
      mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 12.2 Murid- murid dikehendaki seberapa segera balik setelah menjalani kegiatan
      ko-kurikulum.

 12.3 Murid yang mewakili sekolah dalam kegiatan ko-kurikulum tidak dibenarkan
      menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.




13. SAMPAH

 13.1 Murid tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata.

 13.2 Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.




14. TINGKAH LAKU

 14.1 Setiap murid hendaklah menunjukkan tingkah laku yang baik, bersopan-
      santun dan berakhlak mulia.

 14.2 Menghormati semua guru dengan memberi salam atau ucap selamat samada
      di dalam bilik darjah, atau semasa berselisih di dalam dan di luar kawasan
      sekolah.

 14.3 Menghormati pekerja dan kakitangan di sekolah.

 14.4 Menghormati ibubapa / penjaga dan orang yang lebih tua.

 14.5 Menghormati kawan sedarjah, sepermainan, satu sekolah tidak kira kecil atau
      besar serta keturunan.

 14.6 Patuh dan taat segala nasihat, arahan guru, ibubapa, pengawas dan ketua
      darjah.

 14.7 Sentiasa sanggup membantu dan berkerjasama dalam apa sahaja yang
      memberi kebaikan kepada diri, sekolah dan masyarakat.
14.8 Menghormati lagu dan bendera negeri, negara dan sekolah.




15. PUSAT SUMBER SEKOLAH

 15.1 Dilarang memasuki Pusat Sumber tanpa guru pengiring.

 15.2 Dilarang bermain atau membuat bising ketika berada di Pusat Sumber

 15.3 Dilarang mengoyak atau menconteng buku/bahan bacaan yang lain ketika
      berada di Pusat Sumber.

 15.4 Semua murid hendaklah mematuhi segala arahan yang diberi oleh Guru
      Penyelaras Pusat Sumber dan Guru pengiring ketika berada di Pusat Sumber.




16. LARANGAN

 16.1 Masuk ke bilik guru besar, GPK, pejabat sekolah, bilik guru dan Pusat Sumber
      Sekolah tanpa kebenaran.

 16.2 Menggunakan tandas guru.

 16.3 Membawa dan menggunakan telefon bimbit.

 16.4 ‘Liquid paper’, pen marker dan semua jenis cat.

 16.5 Sebarang bentuk perjudian dan penjualan.

 16.6 Kaset, ‘walkman’, bahan-bahan yang tidak bermoral dan tidak berkaitan
      dengan P&P

 16.7 Membawa benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting, pembaris besi dan
      sebagainya kecuali mata pelajaran Pemdidikan Seni, Kemahiran Hidup / Sains
      dengan kebenaran guru atau arahan guru.
17. PERKARA-PERKARA AM

 17.1 Murid dilarang bergaduh, mengugut, mengancam, membuat komplot atau
      geng.

 17.2 Murid-murid dilarang mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru, kawan dan
      orang awam.

 17.3 Murid diharamkan mencuri barang-barang di dalam atau di luar kawasan
      sekolah.

 17.4 Murid-murid mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

 17.5 Semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kecuali kenderaan kakitangan SK
      Sultan Abdul Aziz.

 17.6 Ibubapa / penjaga diminta menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah
      sahaja begitu juga ketika mengambil waktu pulang dari sekolah.

 17.7 Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan menunggu anak di sekolah atau masuk
      kawasan sekolah tanpa urusan penting.

 17.8 Ibubapa / penjaga murid Tahun Satu hanya dibenarkan menunggu anak
      mereka di kantin pada hari pertama sahaja. Mereka dilarang berada di dalam
      bilik darjah atau kaki lima bangunan semasa proses pengajaran dan
      pembelajaran berjalan.

More Related Content

What's hot

Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Norazelin Mat Isa
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
jasfarten
 
Acara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterAcara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterfiro HAR
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
T Karin
 
Berkhemah
BerkhemahBerkhemah
Berkhemah
pejoi78
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruanbmerni
 
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Fatin Syafirah Jamil
 
PEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSMPEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSM
SitiHajarSharudinSab
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )cikguwanida
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
Alaireena Hms
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
SUFINA SHUKRI
 
PROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASIPROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASI
Ckg Nizam
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
jabatan perpaduan
 
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal berganding
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal bergandingContoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal berganding
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal bergandingCik Lyeen
 
SImpulan Bahasa - Kaki
SImpulan Bahasa - KakiSImpulan Bahasa - Kaki
SImpulan Bahasa - Kakiaiyin21
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
慈心 Chan
 

What's hot (20)

Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Acara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterAcara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meter
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Berkhemah
BerkhemahBerkhemah
Berkhemah
 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
 
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
 
PEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSMPEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSM
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
PROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASIPROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASI
 
Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal berganding
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal bergandingContoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal berganding
Contoh perkataan digraf, diftong, konsonan dan vokal berganding
 
SImpulan Bahasa - Kaki
SImpulan Bahasa - KakiSImpulan Bahasa - Kaki
SImpulan Bahasa - Kaki
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 

Similar to Peraturan sekolah

BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
BUKU PERATURAN SEKOLAH.docxBUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
ssuser207b1d
 
Disiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaaDisiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaa
Norahimi Abdul Wahab
 
Tata tertib siswa
Tata tertib siswaTata tertib siswa
Tata tertib siswa
SDN MEKARWANGI
 
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docxtatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
ixhizamiracle
 
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka) Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
TIKSPENMA
 
Tata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baruTata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baru
Andi Hermanto
 
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docxDU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
YulianaChornaliaBeng1
 
Tata tertib siswa
Tata tertib siswaTata tertib siswa
Tata tertib siswaMASHANS
 
TATA TERTIB SISWA.docx
TATA TERTIB SISWA.docxTATA TERTIB SISWA.docx
TATA TERTIB SISWA.docx
TatiHandayani5
 
Tata tertib kelas
Tata tertib kelasTata tertib kelas
Tata tertib kelas
Rohmatika Anaila
 
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK SenawangTaklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
SKSenawangNegeriSemb
 
taklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdftaklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdf
guna63
 
Tata Tertib Kelas
Tata Tertib KelasTata Tertib Kelas
Tata Tertib Kelas
Doem Chareo
 
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Marsono Tarmadi
 
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
setyabudykurniawan
 

Similar to Peraturan sekolah (20)

BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
BUKU PERATURAN SEKOLAH.docxBUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
BUKU PERATURAN SEKOLAH.docx
 
Tatib smpypvdp
Tatib smpypvdpTatib smpypvdp
Tatib smpypvdp
 
Panduan umum tahun 1
Panduan umum tahun 1Panduan umum tahun 1
Panduan umum tahun 1
 
Disiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaaDisiplin sekolah sksaa
Disiplin sekolah sksaa
 
Tata tertib smp
Tata tertib smpTata tertib smp
Tata tertib smp
 
Tata tertib siswa
Tata tertib siswaTata tertib siswa
Tata tertib siswa
 
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docxtatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
 
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka) Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
Senin tata tertib (i gusti bagus oka)
 
Tata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baruTata tertib smkn 1 bone baru
Tata tertib smkn 1 bone baru
 
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docxDU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
DU-1 CONTOH TATA TERTIB.docx
 
Tata tertib siswa
Tata tertib siswaTata tertib siswa
Tata tertib siswa
 
TATA TERTIB SISWA.docx
TATA TERTIB SISWA.docxTATA TERTIB SISWA.docx
TATA TERTIB SISWA.docx
 
Tata tertib kelas
Tata tertib kelasTata tertib kelas
Tata tertib kelas
 
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK SenawangTaklimat tahun 1 2022 SK Senawang
Taklimat tahun 1 2022 SK Senawang
 
taklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdftaklimattahun12022sks.pdf
taklimattahun12022sks.pdf
 
Tatip 2k15
Tatip 2k15Tatip 2k15
Tatip 2k15
 
Tata Tertib Kelas
Tata Tertib KelasTata Tertib Kelas
Tata Tertib Kelas
 
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
 
Tata tertib siswa
Tata tertib siswaTata tertib siswa
Tata tertib siswa
 
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
27. DOKUMEN REKOMENDASI DARI HASIL EVALUASI.docx
 

Peraturan sekolah

  • 1. PERATURAN SEKOLAH 1. KEHADIRAN 1.1 Murid dikehendaki berada dikawasan sekolah sebelum 7.20 pagi. 1.2 Loceng pertama akan dibunyikan pada 7.20 pagi dan diikuti loceng kedua pada pukul 7.30 pagi. 1.3 Waktu balik : Tahun Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Tahun 1 12.50 p.m 12.50 p.m 12.20 p.m 12.20 p.m 11.50 p.m Tahun 2 12.50 p.m 12.50 p.m 12.20 p.m 12.20 p.m 11.50 p.m Tahun 3 12.50 p.m 12.50 p.m 12.20 p.m 12.20 p.m 11.50 p.m Tahun 4 01.20 p.m 01.20 p.m 12.50 p.m 12.50 p.m 11.50 p.m Tahun 5 01.20 p.m 01.30 p.m 12.50 p.m 12.50 p.m 11.50 p.m Tahun 6 01.20 p.m 01.20 p.m 12.50 p.m 12.50 p.m 11.50 p.m *Tahun 1,2 dan 3 akan balik pada pukul 12.50 pada hari Rabu dan Khamis kerana program Tasmik dijalankan. 1.4 Tidak seorang murid boleh keluar atau meninggalkan perkarangan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali ada permohonan daripada ibubapa dan kebenaran dari Guru Besar setelah menuliskan maklumat di dalam Buku Kebenaran Membawa Murid Keluar. 1.5 Murid tidak hadir mesti menunjukkan dokumen sebagai bukti ketidakhadirannya samaada kenyataan bertulis dari ibubapa / penjaga atau surat akuan doktor. 1.6 Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan, akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya masih tidak hadir 3 hari berikutnya surat amaran kedua seterusnya surat amaran terakhir sebelum tindakan disiplin dikenakan.
  • 2. 2. PAKAIAN 2.1 Murid lelaki :Kemeja putih , seluar panjang warna biru tua, sarung kaki dan kasut kanvas berwarna putih. 2.2 Murid Perempuan : Baju kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki putih tanpa corak dan kasut kanvas putih. 2.3 Baju kurung hendaklah berbutang putih atau butang ketap. Pemakaian ‘brooch’ samaada pada baju atau tudung dilarang sama sekali. 2.4 Bagi bukan Islam :Baju putih, pinafore biru tua, sarung kaki putih tanpa corak dan kasut kanvas putih 2.5 Tudung / mini telekung digalakkan bagi murid Islam 2.6 Bagi murid lelaki, warna songkok yang dibolehkan adalah berwarna hitam. Pemakaian ketayap, serban, topi / ‘cap’ adalah dilarang. 2.7 Semua murid diwajibkan memakai lencana dan tanda nama sepanjang hari persekolahan. 3. RAMBUT / KUKU / GIGI 3.1 Murid lelaki hendaklah berambut pendek tidak mencecah kolar baju dan sentiasa kemas / rapi. 3.2 Murid perempuan digalakkan berambut pendek dan dikehendaki menyikat dan mengikat rambut dengan kemas jika tidak bertudung. 3.3 Jika berambut panjang, rambut mestilah sentiasa diikat supaya kemas dan terurus. Warna pengikat atau reben ialah hitam atau biru tua. 3.4 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut atau menggunakan ‘GEL’. 3.5 Potongan rambut mengikut ‘trend’ semasa seperti ‘punk’, ‘skin-head’ dan sebagainya dilarang. (Rujuk pekeliling peraturan pakaian murid sekolah) 3.6 Semua murid hendaklah berkuku pendek, bersih dan tidak memakai pewarna kuku. 3.7 Gigi hendaklah sentiasa bersih dan putih.
  • 3. 4. ALAT SOLEK DAN BARANG KEMAS. 4.1 Semua murid dilarang mengenakan sebarang persolekan ketika ke sekolah. 4.2 Semua jenis barang kemas dan hiasan adalah dilarang. 5. BASIKAL 5.1 Basikal hendaklah dilengkapkan dengan kunci, brek, loceng, kaki penongkat dan lain-lain. 5.2 Letakkan basikal ditempat letak basikal yang telah ditentukan. 5.3 Dilarang menaiki atau bermain basikal dikawasan sekolah. 5.4 Apabila memasuki kawasan sekolah, basikal hendaklah ditolak bukan ditunggang. 5.5 Murid-murid dilarang menunggang basikal secara bersaing / bergandingan dan berlumba dijalan raya. 6. PERHIMPUNAN 6.1 Setiap murid menghadirkan diri di dalam Perhimpunan Mingguan pada jam 7.20 pagi hari Isnin. 6.2 Sebagai rakyat Malaysia, setiap murid mesti tahu dan boleh menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah serta ikrar dengan betul. 6.3 Apabila lagu-lagu diatas dinyanyikan murid-murid hendaklah berdiri tegak. 6.4 Murid-murid hendaklah berdiri dengan senyap semasa guru berucap atau menyampaikan maklumat. 6.5 Selepas perhimpunan berakhir, murid-murid hendaklah berbaris dan berjalan dengan senyap masuk ke bilik darjah.
  • 4. 7. WAKTU REHAT 7.1 Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau duduk di dalam bilik darjah. 7.2 Berbaris dan berjalan dengan senyap dari kelas ke kantin dan ketika membeli makanan. 7.3 Makan secara tertib di kantin. 7.4 Jangan tinggalkan sisa makanan diatas meja. 7.5 Buangkan segala bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 7.6 Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 8. TATATERTIB DI BILIK DARJAH DAN BILIK-BILIK KHAS 8.1 Semua murid hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih, kerusi / meja kemas dan tersusun. 8.2 Dilarang sama sekali membuat bising didalam bilik darjah. 8.3 Dengar dengan teliti dan fahami apa yang diajar oleh guru. 8.4 Tidak boleh menggangu murid lain ketika pembelajaran berjalan. 8.5 Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan kebenaran guru dan memakai Pas Keluar. 8.6 Apabila bergerak ke bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Muzik, Perpustakaan, Makmal Sains, Makmal Komputer dan sebagainya, hendaklah bergerak dalam barisan, senyap dan berdisplin.
  • 5. 9. TANDAS 9.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan tandas. 9.2 Gunakan selipar yang disediakan dengan cara yang betul. 9.3 Dilarang mandi di dalam tandas. 9.4 Gunakan tandas untuk membuang air kecil atau air besar sahaja. 9.5 Pam tandas selepas digunakan dengan betul. 10. PENDIDIKAN JASMANI 10.1 Murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang telah ditentukan oleh sekolah – ‘T-shirt warna putih / trek bottom biru/hitam. 10.2 Murid-murid hendaklah beratur semasa hendak turun ke padang atau selepas menjalani pembelajaran Pendidikan Jasmani. 10.3 Murid yang tidak boleh menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani kerana sakit hendaklah menunjukkan surat akuan doktor dan tidak dibenarkan duduk didalam bilik darjah kecuali dengan kebanaran guru. 10.4 Murid-murid mesti berkerjasama menjaga keselamatan alat-alat Pendidikan Jasmani. 11. MEROSAKKAN HARTA GURU / KAWAN / SEKOLAH 11.1 Murid-murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah seperti memecahkan cermin tingkap, pasu bunga, kerusi, meja dan lain-lain dikehendaki menggantikannya mengikut nilai barang yang dirosakkan.
  • 6. 12. KEGIATAN KUMPULAN 12.1 Murid-murid Tahap Dua diwajibkan menyertai kegiatan ko-kurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan. 12.2 Murid- murid dikehendaki seberapa segera balik setelah menjalani kegiatan ko-kurikulum. 12.3 Murid yang mewakili sekolah dalam kegiatan ko-kurikulum tidak dibenarkan menarik diri kecuali atas sebab-sebab yang munasabah. 13. SAMPAH 13.1 Murid tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata. 13.2 Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 14. TINGKAH LAKU 14.1 Setiap murid hendaklah menunjukkan tingkah laku yang baik, bersopan- santun dan berakhlak mulia. 14.2 Menghormati semua guru dengan memberi salam atau ucap selamat samada di dalam bilik darjah, atau semasa berselisih di dalam dan di luar kawasan sekolah. 14.3 Menghormati pekerja dan kakitangan di sekolah. 14.4 Menghormati ibubapa / penjaga dan orang yang lebih tua. 14.5 Menghormati kawan sedarjah, sepermainan, satu sekolah tidak kira kecil atau besar serta keturunan. 14.6 Patuh dan taat segala nasihat, arahan guru, ibubapa, pengawas dan ketua darjah. 14.7 Sentiasa sanggup membantu dan berkerjasama dalam apa sahaja yang memberi kebaikan kepada diri, sekolah dan masyarakat.
  • 7. 14.8 Menghormati lagu dan bendera negeri, negara dan sekolah. 15. PUSAT SUMBER SEKOLAH 15.1 Dilarang memasuki Pusat Sumber tanpa guru pengiring. 15.2 Dilarang bermain atau membuat bising ketika berada di Pusat Sumber 15.3 Dilarang mengoyak atau menconteng buku/bahan bacaan yang lain ketika berada di Pusat Sumber. 15.4 Semua murid hendaklah mematuhi segala arahan yang diberi oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber dan Guru pengiring ketika berada di Pusat Sumber. 16. LARANGAN 16.1 Masuk ke bilik guru besar, GPK, pejabat sekolah, bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah tanpa kebenaran. 16.2 Menggunakan tandas guru. 16.3 Membawa dan menggunakan telefon bimbit. 16.4 ‘Liquid paper’, pen marker dan semua jenis cat. 16.5 Sebarang bentuk perjudian dan penjualan. 16.6 Kaset, ‘walkman’, bahan-bahan yang tidak bermoral dan tidak berkaitan dengan P&P 16.7 Membawa benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting, pembaris besi dan sebagainya kecuali mata pelajaran Pemdidikan Seni, Kemahiran Hidup / Sains dengan kebenaran guru atau arahan guru.
  • 8. 17. PERKARA-PERKARA AM 17.1 Murid dilarang bergaduh, mengugut, mengancam, membuat komplot atau geng. 17.2 Murid-murid dilarang mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru, kawan dan orang awam. 17.3 Murid diharamkan mencuri barang-barang di dalam atau di luar kawasan sekolah. 17.4 Murid-murid mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. 17.5 Semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kecuali kenderaan kakitangan SK Sultan Abdul Aziz. 17.6 Ibubapa / penjaga diminta menghantar anak sehingga di pintu pagar sekolah sahaja begitu juga ketika mengambil waktu pulang dari sekolah. 17.7 Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan menunggu anak di sekolah atau masuk kawasan sekolah tanpa urusan penting. 17.8 Ibubapa / penjaga murid Tahun Satu hanya dibenarkan menunggu anak mereka di kantin pada hari pertama sahaja. Mereka dilarang berada di dalam bilik darjah atau kaki lima bangunan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.