Pepatah

1. Ada padi, semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras = bagi orang yang mampu,
    semua mudah tercapai / dapat
2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana contoh, begitulah gubahannya =
    sesuatu yang mengikut asalnya / anak mengikut baka ibu bapanya
3. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang = merendah diri
4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai
    pendapat dan kemahuan sendiri
5. Berani kerana benar, takut kerana salah = orang salah akan rasa takut, orang yang tidak
    bersalah akan sedia hadapi kenyataan
6. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul = berapa susah kita melihat
    kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang membuatnya
7. Biar putih tulang, jangan putih mata = Lebih baik mati daripada menanggung malu
8. Buang yang keruh, ambil yang jernih = buang yang jahat, ambil yang baik
9. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga = pergaduhan dalam keluarga,
    akhirnya akan berbaik semula
10. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu = luar baik, dalam diri jahat
11. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = mengikut cara di sesuatu tempat
12. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat = pendiam, tetapi berfikir atau banyak
    pengetahuan, bekerja dengan diam-diam
13. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga = orang yang berbudi bahasa
    dengan baik, tidak akan dilupakan, walaupun orangnya sudah mati
14. Harapkan guruh di langit, air di tempayan ditumpahkan = harapkan keuntungan besar
    yang tidak pasti, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan.
15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = setiap
    manusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup
16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah = bahagi sama rata
17. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih = kalau ada kemahuan, ada cara
    melakukannya tetapi jika tidak mahu, ada sahaja alasan untuk tidak melakukannya
18. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati = hutang budi tidak dapat dibayar
    seumur hidup
19. Ikut hati mati, ikut rasa binasa = orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya
20. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis = selalu berwaspada dan berhati-hati
21. Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat = lupa akan bahaya
    tetapi bahaya terus mengancam
22. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya = janji mesti
    ditepati
23. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang = orang miskin harus bekerja setiap
    masa
24. Kalah jadi abu, menang jadi arang = kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak
    untungkan mana-mana pihak
25. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh = dapat sesuaikan diri dalam pergaulan
26. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan = ingin mendapat sebanyak-banyaknya, berbesar hati
27. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak = kesalahan orang
    lain nampak, kesalahan sendiri tak sedar
28. Lembu punya susu, sapi dapat nama = orang lain yang berusaha, orang lain dapat nama
29. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak = sesuaikan
    diri dengan tempat dan keadaan
30. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih = mengutuk orang tapi diri
    sendiri lagi teruk
31. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah = orang lain yang buat
    kesalahan, orang lain yang kena tuduh
32. Ringan tulang, berat perut = yang rajin bekerja, dapat banyak rezeki tetapi yang malas, tak
    dapat apa-apa
33. Terlepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau = terhindar dari suatu kemalangan,
    mendapat kemalangan lain yang lagi teruk

Pepatah

  • 1.
    Pepatah 1. Ada padi,semua kerja jadi, ada beras, semua kerja deras = bagi orang yang mampu, semua mudah tercapai / dapat 2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana contoh, begitulah gubahannya = sesuatu yang mengikut asalnya / anak mengikut baka ibu bapanya 3. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang = merendah diri 4. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan sendiri 5. Berani kerana benar, takut kerana salah = orang salah akan rasa takut, orang yang tidak bersalah akan sedia hadapi kenyataan 6. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul = berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang membuatnya 7. Biar putih tulang, jangan putih mata = Lebih baik mati daripada menanggung malu 8. Buang yang keruh, ambil yang jernih = buang yang jahat, ambil yang baik 9. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga = pergaduhan dalam keluarga, akhirnya akan berbaik semula 10. Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu = luar baik, dalam diri jahat 11. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = mengikut cara di sesuatu tempat 12. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat = pendiam, tetapi berfikir atau banyak pengetahuan, bekerja dengan diam-diam 13. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga = orang yang berbudi bahasa dengan baik, tidak akan dilupakan, walaupun orangnya sudah mati 14. Harapkan guruh di langit, air di tempayan ditumpahkan = harapkan keuntungan besar yang tidak pasti, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan. 15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidup 16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah = bahagi sama rata 17. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih = kalau ada kemahuan, ada cara melakukannya tetapi jika tidak mahu, ada sahaja alasan untuk tidak melakukannya 18. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati = hutang budi tidak dapat dibayar seumur hidup 19. Ikut hati mati, ikut rasa binasa = orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya 20. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis = selalu berwaspada dan berhati-hati 21. Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat = lupa akan bahaya tetapi bahaya terus mengancam 22. Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada mulutnya = janji mesti ditepati 23. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang = orang miskin harus bekerja setiap masa 24. Kalah jadi abu, menang jadi arang = kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak untungkan mana-mana pihak 25. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh = dapat sesuaikan diri dalam pergaulan 26. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan = ingin mendapat sebanyak-banyaknya, berbesar hati 27. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak = kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tak sedar 28. Lembu punya susu, sapi dapat nama = orang lain yang berusaha, orang lain dapat nama 29. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak = sesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 30. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih = mengutuk orang tapi diri sendiri lagi teruk 31. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah = orang lain yang buat kesalahan, orang lain yang kena tuduh 32. Ringan tulang, berat perut = yang rajin bekerja, dapat banyak rezeki tetapi yang malas, tak dapat apa-apa 33. Terlepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau = terhindar dari suatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lagi teruk