Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Pengangkutan Bandar - Audit Keselamatan Jalan Raya
1. LMCP2502 Pengangkutan Bandar
TUGASAN AUDIT KESELAMATAN
JALAN RAYANama Pensyarah: Prof Dato' Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah
Nama: Harfaliana binti Kadir (A187315)
2. SOALAN
Anda dikehendaki memilih titik hitam (kawasan jalan raya yang
banyak berlaku kemalangan). Tunjukkan dalam sebuah peta kawasan
titik hitam yang anda pilih. Anda boleh dapatkan peta dari Google
Map. Berikan cadangan untuk mengurangkan kemalangan. Sertakan
laporan anda dengan gambar-gambar dan lakaran.
3. TITIK HITAM
• Jalan Johor Bahru-
Mersing
• Jalan Kota Tinggi-
Kluang
• Jalan Lok Heng-Mawai
di daerah Kota Tinggi
• Sumber: Harian Metro
5. KES
KEMALANGAN SEORANG wanita maut, manakala
sembilan orang cedera ketika terbabit
dalam kemalangan di Jalan Mawai,
Batu 31/2, Kota Tinggi, Johor pada
Selasa.
Perodua Alza dinaiki empat orang dan
terdapat satu pemandu serta dua
penumpang tersepit manakala
kesemua mangsa di dalam van
mengalami kecederaan.
Wanita maut tersepit, 9
cedera nahas dua kenderaan
bertembung di Kota Tinggi
• Sumber: Majoriti
6. KES
KEMALANGAN Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,
Superintenden Hussin Zamora berkata,
kemalangan berlaku ketika kereta terbabit
dalam perjalanan dari arah Jalan Bandar
Tenggara menuju ke Kota Tinggi.
"Semasa sampai di tempat kejadian kereta
tersebut cuba untuk memotong dan masuk
ke laluan bertentangan lalu terlanggar van
tersebut.”
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
memandu secara melulu dan menyebabkan
kematian, jika sabit kesalahan boleh
dipenjarakan sehingga 10 tahun dan denda
sehingga RM20,000.
Nahas di Kota Tinggi: Satu
maut, 13 cedera termasuk 12
anak yatim
• Sumber: Sinar Harian
7. PUNCA
KEMALANGAN
• SIKAP PEMANDU YANG
TIDAK MEMATUHI
PERATURAN JALAN
RAYA
Pemandu yang tidak mematuhi peraturan
jalan raya, seperti melanggar had laju,
melalui isyarat lalu lintas, dan tidak
mengamalkan tatacara pemanduan yang
selamat, menyumbang kepada kebanyakan
kemalangan.
• KEADAAN JALAN DAN
PERSEKITARAN
Faktor seperti keadaan jalan yang buruk,
kurangnya penerangan, dan keadaan cuaca
yang tidak baik juga dapat menjadi
penyebab kemalangan.
• KEADAAN KENDERAAN
Kenderaan yang tidak dijaga dengan baik,
termasuk sistem brek yang tidak berfungsi,
tayar botak, dan masalah teknikal lain, boleh
menyebabkan kemalangan.
8. CADANGAN MENGURANGKAN
KEMALANGAN
Pengguna jalan perlu
memiliki kesedaran yang
tinggi terhadap keselamatan
mereka sendiri dan
pengguna lain di tiga laluan
berbahaya tersebut.
Pemandu perlu mematuhi
sepenuhnya peraturan lalu lintas
seperti had laju, isyarat lalu
lintas, dan garisan berkembar. Ini
tidak hanya untuk kepatuhan
undang-undang tetapi juga untuk
keselamatan diri dan pengguna
jalan lain.
Amalan pemandu yang selamat
termasuklah tidak menggunakan telefon
bimbit semasa memandu, tidak
memandu dalam keadaan mabuk, dan
memberi keutamaan kepada keselamatan
diri dan pengguna jalan lain. Mematuhi
amalan pemandu yang selamat adalah
langkah penting untuk mengurangkan
risiko kemalangan.
KESEDARAN
KESELAMATAN
01
AMALAN PEMANDUAN
YANG SELAMAT
03
PEMATUHAN TERHADAP
PERATURAN LALU LINTAS
02
9. KESIMPULAN
• Tindakan proaktif diperlukan untuk mengurangkan kemalangan di tiga laluan 'maut'
ini.
• Kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, polis, dan masyarakat untuk
meningkatkan kesedaran dan keselamatan di jalan raya.
• Mengingatkan bahawa keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.