- Menjauhkan diri daripada situasi tersebut.
- Menghormati privasi individu lain.
- Tidak menceritakan kepada orang lain.
- Meminta maaf sekiranya berlaku secara tidak sengaja.
- Beritahu orang dewasa jika berlaku gangguan.
Cara menghormati anggota seksual orang lain:
1. ..............................................................................
2. ..............................................................................
3. ..............................................................................
4. ..............................................................................
5. ..............................................................................
seksual
3. 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2014
5. 5
KANDUNGAN Muka Surat
Rukun Negara i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Ii
Pendahuluan iii
MODUL 1 :
KESIHATAN FIZIKAL
UNIT 1 2
UNIT 2 7
UNIT 3 10
UNIT 4 13
UNIT 5 16
UNIT 6 19
UNIT 7 23
UNIT 8 25
UNIT 9 30
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
UNIT 10 34
UNIT 11 39
UNIT 12 40
UNIT 13 43
UNIT 14 47
MODUL 3 :
KESIHATAN PERSEKITARAN
UNIT 15 52
UNIT 16 60
UNIT 17 63
6. 6
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan
dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadaptradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
7. 7
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
ii
8. 8
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
Justeru, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Lima ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard Pendidikan Kesihatan
Tahun Lima serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Panduan ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai
pihak. Panduan ini mengandungi 17 contoh pengajaran yang diharap dapat
dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Guru digalakkan menggunakan kreativiti
dan inovatif dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan panduan ini.
iii
11. 2
UNIT 1
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami
pertumbuhan serta perkembangan fizikal
yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan
perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar Sistem Reproduktif Lelaki dan
Perempuan.
Sila rujuk laman web berkaitan sistem
reproduktif.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Paparkan gambar tentang sistem
reproduktif lelaki (Lampiran 1) dan
perempuan (Lampiran 2).
2. Perbincangan tentang sistem reproduktif
lelaki dan perempuan (Lampiran 3).
3. Melengkapkan aktiviti bubble map
(Lembaran 1).
4. Perbincangan dan rumusan.
12. 3
Sistem Reproduktif Lelaki
Gambarajah sistem reproduktif lelaki
Sumber:http://www.ilo.org/safework_bookshelf/english?content&nd=857170088
Zakar
Testis
Skrotum
Lampiran 1
Glans
Zakar
13. 4
Gambarajah sistem reproduktif perempuan
Sumber: http://www.en.wikipedia.org
Tiub
Falopio
Faraj
Uterus
Ovari
Sistem Reproduktif Perempuan
Lampiran 2
14. 5
Sistem Reproduktif
Lelaki Dan Perempuan
LELAKI PEREMPUANsperma
testis
zakar
glans
zakar
skrotum
otak
ovum
tiub
fallopio
faraj
ovari
uterus
Lampiran 3
15. 6
Sistem Reproduktif
LELAKI PEREMPUAN
Lembaran 1
Nama:................................................................................................................
Kelas:..................................................... Tarikh:...................................
16. 7
UNIT 2
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan
serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1.2 Memahami fungsi organ dalam sistem
reproduktif lelaki dan perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar Sistem Reproduktif Lelaki dan
Perempuan.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Pamerkan gambar rajah sistem reproduktif
lelaki (Lampiran 1) dan perempuan
(Lampiran 2).
2. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
Setiap kumpulan diedarkan satu sampul
yang berisi fungsi organ.
3. Aktiviti gunting dan tampal (Lembaran 1 &
Lembaran 2).
4. Perbincangan dan rumusan.
19. 10
UNIT 3
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan
serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam asas
kejadian manusia.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar Sistem Reproduktif Lelaki dan
Perempuan.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Perbincangan dalam kumpulan: Bagaimana
saya wujud dan dilahirkan?
(Rujuk Lampiran 1).
2. Wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan.
3. Murid melengkapkan carta aliran (Lembaran 1).
4. Rumusan.
22. 13
UNIT 4
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan
kemahiran untuk menangani pengaruh
dalaman serta luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.1 Memahami kepentingan menghargai aspek
seksualiti dilahirkan sebagai lelaki atau
perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar Lelaki dan Perempuan.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid sumbangsaran keistimewaan
sebagai lelaki atau perempuan
(Lampiran 1).
Lelaki – mempunyai testis dan sperma
untuk meneruskan zuriat.
Perempuan – mempunyai ovum dan uterus
untuk hamil dan payu dara untuk
menyusukan bayi.
Nota Guru:
Guru perlu menerap dan menekankan
perasaan syukur dan bangga dilahirkan
sebagai lelaki atau perempuan.
2. Melengkapkan peta buih
(Lembaran 1 dan 2).
2. Perbincangan dan rumusan.
25. 16
UNIT 5
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran
untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri
dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.2 Mengetahui cara menghargai dan
menghormati anggota seksual diri sendiri
dengan menjaga kebersihan, keselamatan
dan kesihatan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid memberi respons terhadap gambar
menjaga kebersihan, keselamatan dan
kesihatan anggota seksual yang
dipamerkan (Lampiran 1).
2. Aktiviti peta dakap (Lembaran 1).
3. Perbincangan dan rumusan.
28. 19
UNIT 6
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran
untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.3 Mengaplikasikan cara menghormati anggota
seksual orang lain.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid memberi respon terhadap gambar 1
dan 2.
2. Murid memberikan respon kepada kad situasi
(Lampiran 1).
3. Menyatakan cara menghormati anggota
seksual orang lain berdasarkan kad situasi.
31. 22
Lampiran 1
KAD
SITUASI
Memperlihatkan dengan
sengaja anggota seksualnya
kepada individu lain.
Mengintai individu lain yang
sedang mandi.
Bercerita kepada rakan lain
setelah melihat secara tidak
sengaja anggota seksual
individu lain.
Sengaja melihat zakar
individu lain semasa
membuang air kecil di tandas.
Sengaja menyentuh organ
genital individu lain.
Suka menyebut perkataan
dan menunjukkan simbol
lucah.
32. 23
UNIT 7
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan
kemahiran untuk menangani pengaruh
dalaman serta luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.4 Mengaplikasikan batas sentuhan pada
anggota seksual untuk menjaga
kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad bintang (pelekat) – Permainan
“Where The Stars Drop”.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil.
2. Guru membaca soalan dan murid
menjawab pilihan jawapan dengan
meletakkan kad bintang pada tempat
pilihan jawapan (Lampiran 1).
3. Perbincangan dan rumusan.
33. 24
Lampiran 1
Situasi 1
Situasi 2
Situasi 3
Nota Guru:
Situasi di atas adalah contoh. Guru boleh perbanyakkan situasi yang bersesuaian.
Dalam perjalanan ke taman permainan, seorang budak
perempuan telah terjatuh semasa menunggang basikal dan
mengalami kecederaan pada anggota seksual.
Siapakah yang layak memberi rawatan?
Orang awam yang
berhampiran.
Doktor perubatan yang
ditemani oleh 2 orang
jururawat.
Mengapakah anda berkata “Tidak” apabila rakan anda
menyentuh anggota seksual anda dengan sengaja?
Malu. Tidak menghormati
anggota seksual orang
lain.
Mengapakah seorang doktor dibolehkan mencuci luka pada
anggota seksual murid?
Terpaksa. Menjalankan tugas.
34. 25
UNIT 8
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
PEMAKANAN
STANDARD
KANDUNGAN
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan
yang sihat serta selamat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.3.1 Memahami kepentingan mengambil
pelbagai jenis makanan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Piring kertas, gambar makanan.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Membahagi murid kepada kumpulan kecil.
2. Menyiapkan tugasan berdasarkan tajuk
“Menu Saya” (Lihat contoh dan lampiran 1).
3. Membentangkan hasil tugasan.
4. Aktiviti Pengukuhan (Lampiran 2).
5. Perbincangan dan rumusan.
38. 29
AKTIVITI MARI MEMANCING
Lampiran 2
Mencegah obesiti Menambah berat badan
Mencegah kekurangan nutrisi Kandungan gula berlebihan
Menjauhi penyakit Mendatangkan penyakit
Memelihara kesihatan mental Mengantuk
Menjadi cergas dan cerdas Menjadi lemah dan lesu
Pertumbuhan yang sihat Membantutkan pertumbuhan
Arahan:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan disediakan dengan 1 joran dan kotak yang berisi kad-kad
kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan.
3. Lekatkan kad yang dipancing dalam kad manila (seperti Lampiran 2) setelah
dibincang dalam kumpulan.
39. 30
UNIT 9
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
PENYALAHGUNAAN BAHAN
STANDARD
KANDUNGAN
1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan serta
berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.4.5 Mengaplikasi cara berkata TIDAK kepada
bahan inhalan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad pengucapan berirama.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil
dan dibekalkan kad tersebut.
2. Murid dalam kumpulan dikehendaki
menghasilkan elemen aktiviti mengikut
kreativiti kumpulan seperti:
Intonasi
Gaya
Persembahan
3. Perbincangan dan rumusan.
40. 31
Teknik Contoh
Tidak “Tidak.” atau “Tidak, terima kasih.”
Katakan seperti keadaan
sebenarnya
“Tidak, terima kasih. Saya tidak suka bau gam.”
Membuat alasan
“Tidak, terima kasih.” Saya kini dalam keadaan
tergesa-gesa. Saya perlu beredar sekarang.”
Penangguhan “Tidak, terima kasih. Mungkin pada masa lain.”
Katakan tidak dan mula bercakap tentang perkara lain.
Tukar isu perbualan
“Tidak, terima kasih. Anda tengok perlawanan semalam?”
Mengulangi
Mengulangi “tidak” beberapa kali atau cara lain untuk
mengatakan “tidak”
“Tidak, terima kasih”
“Tidak”
“Tidak. Saya tidak berminat”
Beredar Katakan “tidak” dan beredar.
Tidak pedulikan Tidak mengendahkan orang itu.
Mengelakkan keadaan
Menjauhi diri anda dari mana-mana situasi penyalahgunaan
inhalan.
Cara-Cara Berkata “Tidak”
Sumber: Pusat Racun Negara
Lampiran 1
43. 34
UNIT 10
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan
dan cara mengurus untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.1 Memahami cara situasi konflik dan stres
dalam keluarga.
2.1.3 Memahami kesan konflik dan stres dalam
keluarga.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Lembaran kerja (Lembaran 1, Lampiran 1 dan
Lampiran 2).
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Tayangan video (http://www.youtube.com/
watch?v=9OqOHxwRy04) konflik dalam
keluarga.
2. Sumbangsaran tentang tayangan video.
3. Aktiviti perkataan tersembunyi
(Lembaran kerja1).
4. Perbincangan dan rumusan.
47. 38
A N G A I C H I N G F O C
B J P R O S H U A M A N E
P C E M B U R U Q K T G P
K N R A J A A M Y L I A A
B O B H Z M N Q O S M S T
S R A E A U U I Z W A N M
U S L N H R K R N S H I A
M I A D A I U A U G A Z R
A D H R R Z S T Z N S A A
L A A A I A U T B F G M H
Y H N N X P O H Y I E N X
Jawapan.
48. 39
UNIT 11
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan
dan cara mengurus untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.2 Memahami situasi konflik dan stres dalam
kalangan rakan sebaya.
2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres dengan
rakan sebaya.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kertas kosong.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Melakonkan situasi konflik dan stres dalam
kalangan rakan sebaya.
3. Kumpulan lain akan menyenaraikan kesan
konflik dan stres daripada situasi tersebut pada
kertas kosong.
4. Perbincangan dan rumusan.
49. 40
UNIT 12
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan
dan cara mengurus untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.5 Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stres
dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sebaya.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Lampiran 1 dan Lembaran 1.
LANGKAH
PENGAJARAN 1. Edarkan kad situasi ( Lampiran 1 ).
2. Murid berbincang dalam kumpulan berdasarkan
kad situasi cara mengurus konflik dan stress
dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sebaya.
3. Perbincangan dan rumusan.
50. 41
Kakak Aaron tertekan dengan desakan ibu bapa mereka yang terlalu
mahukan kecemerlangannya dalam setiap kali peperiksaan.
Sharmila dan adiknya sering ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu
bapanya yang sibuk bekerja.
Mahen selalu dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana dia sering terpilih
untuk mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Ibu bapa Sherlynn sering bertengkar di hadapan dia dan adik-adiknya
menyebabkan mental dan emosi mereka terganggu.
Akram berasa sedih kerana dua orang rakan baiknya telah berselisih
faham.
Lampiran 1
52. 43
UNIT 13
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
KEKELUARGAAN
STANDARD
KANDUNGAN
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli
keluarga serta kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.2.1 Mengetahui tanggungjawab ahli dalam
keluarga dalam aspek emosi, mental dan
sosial.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Lembaran Kerja.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Papar gambar suasana keluarga bahagia
(Lampiran 1).
2. Perbincangan tanggungjawab ahli dalam
keluarga berdasarkan gambar tersebut.
3. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap
murid.
4. Pembentangan secara rawak.
54. 45
MENTAL EMOSI SOSIAL
RUJUKAN GURU
Lampiran 2
Ibu saya seorang yang
sentiasa tenang.
[emosi]
Datuk sangat sabar
dengan karenah cucunya.
[emosi]
Nenek selalu
menasihatkan saya
supaya sentiasa hormat
kepada ibu bapa.
[mental]
Ayah akan menegur jika
kami tidak mengulang kaji
pelajaran.
[mental]
Abang selalu membantu
saya dalam pelajaran.
[sosial]
Adik beradik belajar dan
beriadah bersama-sama.
[sosial]
Ibu bapa mendoakan
kejayaan anak-anaknya.
[mental]
Kakak membantu
meringankan tugas ibu di
rumah.
[sosial]
Cucu sering berhubung
dengan datuk dan nenek.
[emosi]
56. 47
UNIT 14
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PERHUBUNGAN
STANDARD
KANDUNGAN
2.3 Mengetahui dan mengaplikasikan kemahiran
interpersonal dan komunikasi berkesan dalam
kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.3.4 Memahami perhubungan maya dan bukan
maya secara sihat sesama remaja.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Komputer, Bahan Internet.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Murid menceritakan pengalaman
menggunakan laman sosial seperti skype,
facebook, messenger dan sebagainya.
2. Papar dan bincang gambar perhubungan
maya dan bukan maya secara sihat.
3. Senaraikan aktiviti yang sihat dalam
perhubungan maya dan bukan maya
(Lembaran 1).
4. Perbincangan dan rumusan.
Nota Guru:
Sekiranya tiada capaian Internet, guru boleh
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran secara simulasi.
61. 52
UNIT 15
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
PENYAKIT
STANDARD
KANDUNGAN
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah
serta mengelak risiko penyakit dalam
kehidupan harian.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.1.1 Mengetahui beberapa jenis penyakit berjangkit
yang boleh dicegah melalui vaksinasi iaitu
campak, rubella, cacar dan beguk.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad Gantung, Gambar Penyakit.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Penerangan mengenai vaksin (Lampiran 1).
2. Memaparkan gambar penyakit Rubella,
Begok, Campak, Cacar (Lampiran 2).
3. Aktiviti permainan „Virus vs Vaksin‟ (Lembaran
1)
4. Perbincangan dan rumusan.
62. 53
Lampiran 1
RUJUKAN GURU
Memvaksin-menyuntik vaksin ke dalam tubuh seseorang atau haiwan untuk
melindunginya daripada sesuatu penyakit:
VAKSIN adalah...
sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik
ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu;
sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik
atau ditanam ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan/antibodi terhadap
penyakit tertentu.
VAKSINASI adalah...
proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan
men-cegah sesuatu penyakit (pemvaksinan).
Nota: Rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vaksinasi
http://dict.rewaz.org/search/browse/vaksin.re
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vaksinasi
68. 59
Lembaran 1
AKTIVITI: Permainan „Virus vs Vaksin‟
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Kumpulan 1: Memakai kad gantung penyakit “Beguk”, “Rubella”,
“Cacar” dan “Campak”.
Kumpulan 2: Memakai kad gantung “Vaksin Beguk”, “ Vaksin Rubella”,
“Vaksin Cacar” dan “Vaksin Campak”.
Kumpulan 3: Berlakon sebagai mangsa yang dilindungi vaksin.
Kumpulan 4: Berlakon sebagai mangsa yang tidak dilindungi vaksin.
Kumpulan 2: Membentuk bulatan dan mengelilingi mangsa.
Kumpulan 1: Menyerang mangsa supaya dijangkiti penyakit.
Kumpulan 2: Mempertahankan serangan dari kumpulan 1.
Kumpulan 1: Menyerang mangsa yang tidak dilindungi.
Mangsa yang dilindungi selamat dan mangsa yang tidak dilindungi tidak
selamat.
CONTOH KAD GANTUNG
RUBELLA
69. 60
UNIT 16
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
KESELAMATAN
STANDARD
KANDUNGAN
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga
keselamatan diri dan mendemonstrasi
kemahiran kecekapan psikososial dalam
kehidupan harian.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.2.2 Mengaplikasikan cara menangani pengaruh
negatif perhubungan maya dan bukan maya
dengan rakan lain.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Lampiran 1 dan Lembaran 1.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Penerangan tentang cara menangani
pengaruh negatif perhubungan maya dan
bukan maya dengan rakan lain (Lampiran 1).
2. Perlaksanaan aktiviti gotong-royong
(praktikal). Contoh:
a) Kelas
b) Pondok bacaan
c) Taman sains
d) Melukis mural
e) Surau
3. Mencatat aktiviti di dalam diari (Lembaran 1).
4. Perbincangan dan rumusan.
70. 61
Lampiran 1
RUJUKAN GURU
CARA MENANGANI PENGARUH NEGATIF
PERHUBUNGAN MAYA DAN BUKAN MAYA
Beriadah
Lawatan
Belajar
bersama
Hobi
72. 63
UNIT 17
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
PERTOLONGAN CEMAS
STANDARD
KANDUNGAN
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan
kepentingan bertindak dengan bijak mengikut
situasi.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan
kecederaan ringan iaitu melecet dan
melecur.
3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa
memberi bantu mula untuk kecederaan
ringan.
3.3.3 Mengaplikasi bantu mula untuk
kecederaan ringan.
3.3.4 Mengetahui agensi yang boleh memberi
perkhidmatan kesihatan dan keselamatan
mengikut situasi.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar kecederaan ringan, kad gantung
dan Lampiran 1.
LANGKAH
PENGAJARAN
1. Menjalankan aktiviti Stesen Melecet dan
Stesen Melecur.
2. Kad situasi kecederaan dan langkah bantu
mula diedarkan kepada murid.
3. Apabila wisel dibunyikan, murid akan
bergerak ke stesen yang betul.
4. Rumusan.
73. 64
Situasi
Memakai kasut ketat
Tergesel
Langkah
Mencuci dengan antiseptik
Menampal plaster
Melecet
Situasi
Terkena air panas
Tersentuh alatan yang panas
Langkah
Sejukkan tempat yang melecur
dengan air
Keringkan & anginkan
Melecur
Lampiran 1
CARTA ALIRAN
74. 65
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917