Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Modul pengajaran pk tahun 1
1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1
2.
3. Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5. KANDUNGAN
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
PENDAHULUAN ix
1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1
2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 2
3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 6
4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8
5 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 9
6 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 11
7 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 12
8 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13
9 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 15
10 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17
11 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 22
12 KEKELUARGAAN 23
13 KEKELUARGAAN 25
14 PERHUBUNGAN 26
7. RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
8. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
9. PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid
dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi,
sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.
Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan) serta melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 24 contoh
pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid.
Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik
contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat
digalakkan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran,
masa serta tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.
10.
11. Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.1
Bahan Bantu Belajar : Set puzzle
Set suku kata
Cadangan Aktiviti :
1. Nyanyian lagu ‘Head, Shoulder, Knee and Toe’.
2. Puzzle
i. Mencantumkan kad-kad sehingga menjadi anggota tubuh lelaki
dan perempuan yang sempurna.
ii. Melabelkan bahagian anggota tubuh dengan menyusun suku
kata sehingga menjadi perkataan yang dikehendaki.
3. Setiap kumpulan menceritakan hasil kerja masing-masing.
4. Rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
1
Kepala : Rambut, mata, telinga, hidung, mulut,
bibir, dan gigi
Badan : Payu dara, dada, bahu, dan punggung
Organ genital : Zakar, dan faraj
Anggota lain : Tangan, paha, kaki, kuku, dan dubur
NOTA
12. Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.2
Bahan Bantu Belajar : Lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 2
Lampiran 1
Cadangan Aktiviti :
1. Nyanyian lagu ‘Jaga Kebersihan’ mengikut melodi lagu ‘Anak Itik Tok
Wi’ (Lampiran 1).
2. Bersoal jawab tentang kebersihan diri.
i. Fizikal
ii. Pakaian
iii. Alatan keperluan diri
3. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Kesihatan Diri dan
Reproduktif
Kesihatan Diri dan Reproduktif
2
Contoh soalan:
i. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
ii. Apakah yang terjadi jika kuman menjadi kawan?
iii. Bolehkah sabun digantikan dengan bahan lain?
NOTA
13. Lampiran 1
Jaga Kebersihan
Ayuh kawan-kawan jaga kebersihan,
Jaga kebersihan, jaga keterampilan,
Mesti guna sabun bila kita mandi,
Kawan pasti suka bila kita wangi,
Mesti berus gigi dua kali sehari,
Bila gigi putih senyuman berseri,
Ingat basuh tangan sebelum makan,
Bila tangan kotor kuman jadi kawan,
Bila berpakaian mesti nampak segak,
Biar nampak cantik dan bertambah kacak,
Oleh itu rakan ingatlah semua
Kebersihan itu amalan mulia.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
3
14. Lembaran Kerja 1
Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan amalan menjaga
kebersihan diri.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
4
15. Lembaran Kerja 2
Mencari Perkataan Tersembunyi
Baca ayat di bawah. Kemudian warnakan perkataan yang betul.
c v g u h k l p t c w c i t a n g a n
a a r f v b h j m k a s w t h n j u i
g t m a n d i q a s s d f r t g h n r
r r t w y q w p e n d e k q h s i f v
f e y r h d s o i f a s y s h a h e g
g f k g t y d h a g s g g d p e y g j
e d s i h u t y b b l i t d o d f v k
r f t u r i u g o v l g r e i t r i x
f t y j k o g f l c j i d s i a d u d
g t u a l a h r e c j t d y h e e y f
f h f p l h l d r l y i s y a m p u w
1. Kita mesti _____________ dengan menggunakan sabun.
2. Gosok _________ sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Cuci _____________________ sebelum dan selepas makan.
4. Kuku sentiasa dipotong ______________ dan bersih.
5. Cuci rambut dengan menggunakan ____________________.
6. Gunakan ___________ yang bersih selepas mandi.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
5
16. Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.3 dan 1.1.4
Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan untuk ‘Permainan Boom’.
2. Setiap kumpulan diberikan nama
i. Mandi
ii. Cuci Tangan
iii. Lap Badan
iv. Sikat Rambut
v. Gosok Gigi
vi. Potong Kuku
3. Setiap murid di dalam kumpulan akan menentukan satu gaya yang
perlu dilakukan berdasarkan nama kumpulan yang diberi dan
melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka disebut.
4. Berdasarkan gambar di Lampiran 1, setiap murid akan menunjukkan
kad traffic light untuk menentukan sama ada gambar yang
dipamerkan
i. Bersih (Kad Hijau)
ii. Tidak Bersih (Kad Merah)
Kesihatan Diri dan Reproduktif
6
Permainan ‘Boom’
1. Ahli kumpulan akan menyebut:
Mandi boom! Mandi boom! Mandi boom...Gosok Gigi
boom!
2. Kumpulan yang dibom akan melakukan gaya kumpulan
yang telah dibincang sebelum permainan bermula.
3. Kreativiti lakuan bergantung kepada ahli dalam setiap
kumpulan.
NOTA
18. Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.1
Bahan Bantu Belajar : 4 buah kotak
Kad warna hijau, kuning dan merah
(4 Set)
Kad nama bahagian tubuh badan
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti ‘Identification Card’
i. Murid membentuk satu bulatan berlapis.
ii. Seorang murid dipilih sebagai model (berdiri di tengah-tengah
bulatan) dan memegang gambar-gambar situasi pelbagai
sentuhan yang diterbalikkan.
iii. 4 buah kotak yang mengandungi kad warna hijau, kuning dan
merah bersedia untuk diedarkan.
iv. Kotak-kotak tersebut bergerak serentak apabila lagu dimainkan.
v. Pemegang kotak berdiri apabila lagu dihentikan.
2. Model menunjukkan gambar situasi pelbagai sentuhan.
3. Pemegang kotak akan mengeluarkan kad warna yang bersesuaian
dan jelaskan sebab kad warna itu dipilih.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Tidak
Selamat Selamat
Tidak
Selesa
8
19. Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.2
Bahan Bantu Belajar : Kad peranan
Kad soalan
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti ‘Boleh Saya Sentuh’
i. Seorang murid dipilih untuk memegang kad peranan.
ii. Murid yang memegang kad peranan akan bertanya kepada
murid-murid lain di dalam kelas, “Boleh saya sentuh?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan
jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
2. Sekiranya jawapan ‘Ya’
i. Murid yang memegang kad peranan akan memilih satu kad
soalan yang disediakan.
ii. Soalan seterusnya akan dikemukakan berdasarkan kad soalan,
“Boleh saya sentuh tangan?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
iv. Guru akan bertanya, “Mengapa ya?” atau “Mengapa tidak?”.
3. Sekiranya jawapan ‘Tidak’, giliran murid yang memegang kad
peranan akan tamat dan digantikan dengan murid lain.
4. Setelah semua kad peranan telah dijawab, permainan akan dikira
tamat.
5. Perbincangan dan rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
9
Permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan kecil atau
mengikut kesesuaian.
NOTA
20. Lampiran 1
Contoh Kad Peranan
Contoh Kad Soalan
Boleh saya sentuh
tangan?
Boleh saya sentuh
bahu?
Boleh saya sentuh
punggung?
Boleh saya sentuh
dada?
Boleh saya sentuh
kaki?
Boleh saya sentuh
organ genital?
Ibu Ayah Guru
Kawan Doktor Pakcik
Kesihatan Diri dan Reproduktif
10
21. Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.3 dan 2.1.4
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video yang mempunyai kaitan dengan kes penculikan.
i. Bersoal jawab berkaitan kisah yang ditunjukkan dalam klip
video.
ii. Melakonkan dan menilai situasi yang memerlukan kemahiran
berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat dan sentuhan
tidak selesa.
2. Perbincangan dan rumusan.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Murid menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK kepada
sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa dengan
kreativiti sendiri.
.
NOTA
11
22. Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.1 dan 3.1.2
Bahan Bantu Belajar : Botol ubat
Sarung ubat
Label preskripsi doktor
Cadangan Aktiviti :
1. Bercerita tentang pengalaman demam atau sakit dan pengambilan
ubat.
2. Bersoal jawab tentang ubat, kepentingan ubat dan kepentingan
mematuhi preskripsi doktor.
3. Perbincangan tentang kotak atau botol yang mengandungi label
preskripsi doktor.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
12
Contoh maklumat pada label preskripsi doktor:
Nama pesakit
Sukatan yang perlu diambil
Kekerapan pengambilan ubat
Tarikh luput
NOTA
23. Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.5
Bahan Bantu Belajar : Risalah
Cadangan Aktiviti :
1. Permainan ‘Siapa Cepat Dia Menang’
i. Beberapa murid akan dipilih sebagai ketua dan diberi kad
gambar yang berlainan.
ii. Ketua akan disusun mengikut kedudukan seperti di Lampiran 1.
iii. Murid yang lain akan berada di tengah-tengah ruang dan
dibekalkan dengan kad pernyataan.
2. Apabila arahan mula diberikan, murid di tengah-tengah ruang akan
bergerak dan memadankan kad pernyataan dengan gambar yang
dipegang oleh ketua di sekeliling.
3. Ketua kumpulan akan mengangkat kad hijau menunjukkan
kumpulannya telah lengkap.
Penyalahgunaan Bahan
13
Ketua yang mendapat ahli paling cepat dan tepat
dikira sebagai pemenang.
NOTA
24. Lampiran 1
Kad gambar dan pernyataan ‘Siapa Cepat Dia Menang’.
Penyalahgunaan Bahan
14
25. Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.1 dan 4.1.2
Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Secara berkumpulan murid berbincang untuk memilih ekspresi muka
bagi kumpulan masing-masing.
2. Permainan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan mengikut
arahan guru secara spontan.
3. Bersoal jawab.
Contoh soalan:
i. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih?
ii. Bagaimanakah anda menunjukkan ekspresi sedih selain
daripada menangis?
iii. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira?
iv. Bagaimanakan anda menunjukkan ekspresi gembira selain
daripada tersenyum dan ketawa?
4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan jelaskan mengapa anda memilih gambar
tersebut.
5. Rumusan.
Pengurusan Mental dan Emosi
15
26. Lembaran Kerja 1
Tandakan () pada ruang yang menunjukkan emosi bersesuaian dengan
gambar.
Bil. Gambar
Emosi
Gembira Malu Sedih Takut Marah
1.
2.
3.
4.
16
Pengurusan Mental dan Emosi
27. Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.3
Bahan Bantu Belajar : Kad gambar
Kotak misteri
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang keperluan dan kehendak.
2. Murid mengambil kad gambar (Lampiran 1) daripada kotak misteri.
3. Murid melekatkan gambar mengikut kumpulan kehendak dan
keperluan.
4. Perbincangan murid dalam kumpulan tentang gambar-gambar yang
telah diklasifikasikan.
5. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Pengurusan Mental dan Emosi
17
31. Lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 2
Tampalkan gambar mengikut kumpulan keperluan.
KEPERLUAN
Pengurusan Mental dan Emosi
21
32. Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.4
Bahan Bantu Belajar : Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Murid melakukan cara meminta keperluan dan kehendak dalam
kumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Murid memainkan
peranan sebagai ‘anak’, ‘ibu’ dan ‘bapa’.
3. Murid akan melakonkan watak yang diberi iaitu watak anak yang
akan menyuarakan keperluan dan kehendak diri kepada ibu dan
bapa.
4. Guru menetapkan pilihan keperluan dan kehendak setiap kumpulan
supaya tidak berlaku pertindihan pilihan yang sama antara kumpulan.
Contoh:
i. Hendak membeli buku
ii. Hendak permainan video
5. Perbincangan dan rumusan.
22
Pengurusan Mental dan Emosi
33. Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.1 dan 5.1.2
Bahan Bantu Belajar : Poster
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan.
i. Kumpulan ayah
ii. Kumpulan ibu
iii. Kumpulan adik
iv. Kumpulan kakak
v. Kumpulan abang
2. Setiap kumpulan diberi satu kad berwarna yang berlabel ‘ayah’, ‘ibu’,
‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
3. Semua murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya’ (Lampiran 1).
4. Semasa menyanyikan lagu, apabila watak ‘ibu’ disebut salah seorang
murid yang memegang label ‘ibu’ dalam kumpulan itu tampil ke
depan dan diikuti oleh murid yang memegang kad warna yang sama
dengan label ‘ayah’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
5. Setelah semua murid berada dalam ‘keluarga’ masing-masing, setiap
keluarga menceritakan peranan dan keistimewaan diri serta ahli
keluarga.
Kekeluargaan
23
34. Lampiran 1
Sayang Semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
24
Kekeluargaan
35. Lembaran Kerja 1
Padankan peranan ahli keluarga.
Bapa
Ibu
Abang
Kakak
Kekeluargaan
Mengurus kerja rumah
Ketua keluarga
Membantu bapa
Mengasuh anak
Membantu ibu menjaga
rumah
Mengawasi keluarga
Membantu ibu membuat
kerja rumah
25
36. Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.3 dan 5.1.4
Bahan Bantu Belajar : Poster
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Aktiviti main peranan berdasarkan gambar.
2. Murid berada dalam kumpulan kecil (mengikut kesesuaian).
3. Setiap kumpulan diberi gambar yang berlainan dan diminta membuat
perbincangan.
4. Setiap kumpulan melakonkan situasi berdasarkan gambar
(Lampiran 1) yang diberi.
5. Soal jawab.
Contoh soalan:
Bagaimanakah cara menghormati diri, ahli keluarga dan penjaga?
i. Memberi salam
ii. Bersalaman
iii. Membongkokkan badan semasa melintasi di hadapan orang
yang lebih tua
iv. Menghulurkan bantuan.
26
Kekeluargaan
38. Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.1 dan 6.1.2
Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Edarkan lirik lagu “Keluarga Bahagia” (Lampiran1) dan menyanyi
bersama-sama.
2. Murid bercerita tentang kepentingan hubungan berkekalan dalam
kalangan ahli keluarga berpandukan kad perkataan (Lampiran 2 atau
gambar lain yang sesuai).
3. Edarkan Lembaran Kerja 1.
4. Gunting perkataan pada Lampiran 2 dan tampalkan pada Lembaran
Kerja 1.
28
Perhubungan
39. Lampiran 1
Keluarga Bahagia
Kasih pada ibu,
Taat pada bapa,
Hormat pada guru,
Keluarga bahagia.
Ibu dan bapa,
Serta keluarga,
Bimbinglah kami,
Dengan penuh kasih sayang.
Korus:
Masa tidak menunggu kita,
Oleh itu janganlah leka,
Jangan menderhaka,
Pada orang tua.
(ulang korus)
Perhubungan
29
41. Lembaran Kerja 2
Tampal perkataan yang sesuai (Lampiran 2) pada ruangan yang disediakan.
31
Perhubungan
42. Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.3
Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Menyanyikan lagu “Trek Tok Tok” mengikut melodi lagu “Trek Tek Tek”.
(Lampiran 1)
2. Bincangkan etiket perhubungan antara diri dengan ibu, bapa,
penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
3. Rumusan.
32
Perhubungan
43. Lampiran 1
Trek Tok Tok
Bila masuk ke bilik ibu,
Trek Tok Tok...
Ketuk pintu terlebih dahulu,
Trek Tok Tok...
Jangan terus masuk melulu,
Minta izin daripada ibu,
Trek Tok Tok...
Abang saya ada basikal
Trek Tok Tok...
Mohon izin sebelum guna
Trek Tok Tok...
Kalau kita sentiasa berakal
Baru jadi insan berguna
Trek Tok Tok...
Jika kita pergi bermain
Trek Tok Tok...
Main bersama-sama rakan
Trek Tok Tok...
Jaga adab dalam pergaulan
Agar tidak sesal kemudian
Trek Tok Tok...
Ikut ayah ke pasar malam
Trek Tok Tok...
Pegang tangan jangan lepaskan
Trek Tok Tok...
Jangan ikut orang sembarangan
Nanti hilang tidak ketahuan
Trek Tok Tok...
33
Perhubungan
44. Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.4
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video “Ajar Anak Anda Menjerit” atau bersesuaian
dengan topik situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK
kepada sentuhan tidak Selamat dan sentuhan tidak selesa.
2. Membuat sumbang saran berdasarkan situasi
i. individu yang tidak dikenali
ii. individu yang dikenali
iii. sentuhan Selamat
iv. sentuhan tidak Selamat
v. sentuhan tidak selesa
3. Melaporkan sentuhan yang tidak selemat dan sentuhan yang tidak
selesa kepada ibu, bapa, penjaga atau individu yang dipercayai.
34
Perhubungan
Hanya ibu dan doktor sahaja yang boleh menyentuh organ
genital untuk tujuan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan.
Apabila melakukan pemeriksaan doktor, seseorang itu perlu
ditemani ibu atau jururawat yang bertugas.
Penerangan topik ini juga hendaklah mengambil kira aspek
sosiobudaya setempat.
NOTA
46. Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.1 dan 7.1.2
Bahan Bantu Belajar : Stiker
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang keadaan kesihatan murid.
2. Permainan ‘Antikuman’ (permainan seperti ‘Belatuk dan Belalang’).
3. Murid berada dalam 2 kumpulan
i. Merah (stiker penyakit batuk)
ii. Hijau (stiker penyakit selesema)
4. Murid yang dipilih akan memberi arahan dengan mengangkat kad
traffic light merah atau hijau.
5. Apabila kad merah diangkat, kumpulan hijau akan berlari dan
sebaliknya.
6. Murid yang mengejar akan cuba melekatkan stikernya pada pihak
lawan.
7. Murid yang berjaya melekatkan stiker pada rakan lain dikira sihat dan
akan keluar daripada permainan.
8. Di akhir permainan, murid yang mendapat stiker yang banyak
dianggap telah dijangkiti kuman.
9. Pemain yang mendapat paling banyak stiker akan melakonkan aksi
orang yang dijangkiti selesema dan batuk.
10. Perbincangan tentang maksud ‘kuman’ dan contoh cara kuman
merebak melalui air, udara, sentuhan, dan jarum suntikan.
11. Rumusan.
36
Penyakit
Sediakan kad-kad perkataan bagi menerangkan maksud
kuman.
Murid menyusun kad-kad menjadi ayat. (Lampiran 1)
i. Organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
ii. Kuman menyebabkan pelbagai penyakit
NOTA
47. Lampiran 1
a) Kuman adalah organisma halus yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
b) Kuman hanya dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop.
c) Kuman adalah organisma yang berbahaya.
d) Jika kita dijangkiti kuman, kita akan jatuh sakit.
37
Penyakit
48. Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.3, 7.1.4 dan 7.1.5
Bahan Bantu Belajar : Jigsaw puzzle
Kad imbasan
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang cara kuman merebak.
i. Air
ii. Udara
iii. Makanan yang terdedah
iv. Sentuhan
v. Jarum suntikan
2. Edarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan.
3. Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara
mengelak kuman merebak.
4. Padankan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan
kepentingan mencegah kuman pada papan tulis.
5. Rumusan.
38
Penyakit
51. Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.1
Bahan Bantu Belajar : Klip video
Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video atau tunjuk kad situasi berkaitan keselamatan diri.
2. Perbincangan tentang situasi selamat dan situasi tidak selamat
berdasarkan tayangan klip video atau kad situasi yang ditunjukkan.
3. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
4. Perbincangan dan rumusan.
Keselamatan
41
Borang kaji selidik akan dibawa pulang oleh setiap murid
untuk dilengkapkan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
Perbincangan dalam kumpulan selepas dapatan kaji
selidik dikumpulkan.
NOTA
52. Lampiran 1
Contoh Kad Situasi
42
Orang yang tidak dikenali
memperkenalkan diri sebagai
rakan ibu atau bapa.
Orang itu ingin menghantar anda
pulang ke rumah dengan alasan
berlaku kemalangan di rumah.
Guru membimbing murid supaya bertanya soalan seperti:
i. Siapakah nama ibu saya?
ii. Siapakah nama ayah saya?
iii. Berapakah nombor telefon ibu atau ayah saya?
Keselamatan
53. Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.2
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Mengisi borang kaji selidik.
Nama : ______________________________
Kelas : ______________________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
A. Situasi Di Rumah
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali mengetuk
pintu rumah.
2.
Juru jual mempromosi barang jualan
ke rumah anda.
3.
Rakan mengajak anda keluar tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4.
Orang yang dikenali ingin memasuki
rumah tanpa kehadiran ibu bapa.
Keselamatan
43
54. B. Situasi Di Sekolah
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali ingin
menghantar anda balik ke rumah.
2.
Orang yang dikenali selain keluarga
asas di rumah ingin menghantar
anda balik ke rumah.
3.
Rakan mengajak anda pergi ke suatu
tempat terpencil untuk berbincang.
4.
Murid lain mengajak anda keluar
kelas tanpa pengetahuan guru.
C. Situasi Di Taman Permainan
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali
menghampiri tempat anda bermain.
2.
Orang yang tidak dikenali
menawarkan makanan semasa
bermain.
3.
Orang yang dikenali cuba untuk
mengajak anda pergi ke tempat lain.
4.
Orang yang dikenali menawarkan
makanan kesukaan anda.
44
Keselamatan
55. D. Situasi Di Tempat Awam
Selamat Tidak Selamat
1.
Orang yang tidak dikenali cuba
menarik anda ke tempat lain.
2.
Orang yang dikenali memaksa anda
untuk mengikutnya tanpa
pengetahuan ibu bapa.
3.
Orang yang dikenali memaksa anda
keluar dari kenderaan tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4.
Anda berkeliaran jauh dari ibu bapa
semasa membeli-belah.
Arahan : Tandakan (√) atau (X) pada ruangan yang disediakan.
Sekiranya situasi tidak selamat berlaku pada diri saya, saya akan...
Memberitahu ibu bapa Memberitahu guru
Memberitahu rakan baik
Mengikut orang yang tidak
dikenali
Bertegur sapa dengan orang
yang tidak dikenali
Lari ke arah ibu bapa
Menangis Menjerit meminta tolong
Mengambil makanan yang
diberikan
Menggigit tangan orang yang
cuba mengganggu
45
Keselamatan
56. Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.3 dan 8.1.4
Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Murid diberi kad perkataan ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’.
2. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan maksud ‘buli’, ‘pembuli’
dan ‘mangsa buli’.
3. Murid memberi respons dengan mengangkat kad ‘pembuli’ atau
‘mangsa buli’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kesan perbuatan buli.
5. Murid main peranan dalam kumpulan bertiga untuk berkata ‘TIDAK’
kepada pembuli.
46
Keselamatan
57. Standard Kandungan : 9.1
Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.2
Bahan Bantu Belajar : Replika makanan
Bekas kosong
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberi bekas kosong.
3. Murid mengambil satu jenis makanan atau replika makanan secara
bergilir dan memasukkan ke dalam bekas (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat.
5. Rumusan.
47
Pemakanan
59. Standard Kandungan : 9.1
Standard Pembelajaran : 9.1.3
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Borang kaji selidik diberi kepada setiap murid dalam kumpulan bertiga
(Lampiran 1).
2. Melawat kantin sekolah.
i. Meninjau situasi di kantin.
ii. Meninjau makanan yang dihidang.
iii. Meninjau kebersihan kantin dan pekerja.
3. Perbincangan dalam kumpulan selepas lawatan.
4. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
5. Perbincangan.
49
Pemakanan
60. Lampiran 1
Borang Kaji Selidik
Nama Ahli Kumpulan :
1. __________________________________
2. __________________________________
3. __________________________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
Bertutup Terbuka
1. Kuih
2. Mi
3. Nasi lemak
4. Bihun
5. Air minuman
6. Buah-buahan
7.
8.
9.
10.
Tidak bersih Bersih Sangat bersih
1. Kebersihan kantin
2. Pakaian pekerja kantin
3.
Bekas menyimpan
makanan
Pada pendapat saya, makanan dan minuman perlu ditutup kerana ________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
50
Pemakanan
61. Standard Kandungan : 10.1
Standard Pembelajaran : 10.1.1, 10.1.2 dan 10.1.3
Bahan Bantu Belajar : CD
Pemain CD
Cadangan Aktiviti :
1. Guru bunyikan siren ambulans, polis dan bomba.
2. Bersoal jawab apabila kita akan hubungi ambulans, polis dan bomba.
Edarkan Lembaran Kerja 1.
3. Berikan kad situasi kecemasan.
4. Bincangkan tindakan yang akan diambil oleh murid dalam situasi yang
ditunjukkan (Lampiran 1).
5. Murid melakonkan situasi dengan bimbingan guru.
6. Rumusan.
51
Pertolongan Cemas
62. Lampiran 1
Selimut terbakar disebabkan lingkaran ubat
nyamuk.
Lakonkan tindakan anda.
Kaki terseliuh kerana tergelincir.
Lakonkan tindakan anda.
Kaki luka dan berdarah.
Lakonkan tindakan anda.
Terpisah daripada ibu bapa semasa
membeli-belah.
Lakonkan tindakan anda.
52
Pertolongan Cemas
63. Lembaran Kerja 1
Siapakah yang perlu kita minta bantuan apabila berlaku kecemasan.
Bulatkan jawapan yang betul.
53
Pertolongan Cemas
64.
65.
66. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-88842000 FAKS: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk