Sistem GEMILANG merupakan katalog digital perpustakaan UKM yang memudahkan pengguna mencari dan melayari koleksi perpustakaan secara dalam talian. Ia membolehkan pengguna membuat tempahan bahan, memperbaharui tempoh pinjaman, menyimpan carian dan melihat rekod pinjaman masing-masing. Sistem ini juga menyediakan pelbagai pencarian lanjut untuk mencari bahan perpustakaan dengan lebih terperinci.