Modul ini membincangkan aktiviti seni visual untuk murid tingkatan 5 selama 4 minggu termasuk membuat lukisan pokok dengan capan daun, membuat corak batik, dan membina arca stabail buaian di pohon epal. Aktiviti ini bertujuan membantu murid memahami penghasilan karya seni visual dan pelbagai teknik media.
1. MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5
MINGGU / TARIKH TAJUK / AKTIVITI CATATAN
Minggu 38
8/11/ - 12/11/2021
Tajuk: Pokok
Bidang: Menggambar
Aktiviti: Membuat Lukisan dan Capan
Objektif: Pada akhir Pdp, murid dapat:
1.Meneroka penghasilan karya gabungan lukisan dan capan
dalam bidang menggambar.
2. Memahami bahasa seni visual, pelbagai media, teknik dan
proses
Alat dan bahan : Kertas lukisan, Krayon, Warna air, Palet, berus.
Langkah-langkah:
1. Lakar rupa batang pokok. Warnakan dengan krayon. Rujuk gambar di
sebelah.
2. Untuk menghasilkan warna batang pokok yang menarik, murid boleh
warnakan dengan warna coklat digabungkan dengan warna kuning.
3. Warnakan latar belakang menggunakan warna pilihan masing-
masing.
4. Ambil beberapa helai daun yang sama jenis.
5. Warnakan daun dengan warna air ( warna hijau).
6. Tekap daun pada ranting pokok mengikut kreativiti.
7. Ulangi proses capan daun sehingga selesai.
8. Pamerkan hasil karya seni.
Tempoh pelaksanaan : 1 minggu
Contoh karya
Rujukan:
https://www.youtube.com/watch?v=p5ZKaS0v4do
2. MINGGU 39
15/11 – 19/11/2021
MINGGU 40
22/11 – 26/11/2021
Tajuk: Corak Batik
Bidang: Membuat corak dan rekaan
Aktiviti: Gunting dan tampal
Objektif: Pada akhir Pdp, murid dapat:
1. Mengetahui teknik membuat lakaran motif batik.
Alat dan bahan:
Pisau, Gunting, Gam, Pembaris, Pensel,kotak atau kadboard, kertas warna,
Langkah-langkah:
1. Lakarkan corak batik pada kertas.
2. Lakarkan motif batik.
3. Tambahkan lakarkan motif.
4. Lorekkan bahagian motif yang ingin dipotong.
5. Potong bahagian yang dilorek dengan pisau.
6. Sapu gam di sekeliling motif batik.
7. Tampal kertas warna pada bahagian yang digam.
Tempoh pelaksanaan : 2 minggu
Contoh Karya:
Video Pengajaran:
https://www.youtube.com/watch?v=6r5Ro2lxgiA
MINGGU 41
29/11 – 3/12/2021
MINGGU 42
6/12 – 10/12/2021
Tajuk: Buaian di pohon epal
Teknik: Binaan Arca Stabail
Aktiviti: Gunting dan tampal
Objektif: Pada akhir Pdp, murid dapat:
1. Membuat binaan arca stabail dengan baik
Alat dan bahan:
Pisau, Gunting, Gam, Pembaris, Pensel,kertas warna , dawai
Langkah-langkah:
1. Lakarkan gambar pokok dan dahan.
2. Gunting dan potong lukisan tersebut.
3. Tampal di kertas yang berbeza.
4. Gunting semula ikut saiz pokok.
5. Warnakan pokok tersebut.
6. Lukis dan gunting daun pada kertas warna.
7. Hiaskan pokok mengikut kreativiti.
Tempoh pelaksanaan ; 2 minggu
Contoh karya:
MINGGU 42
6/12 - 10/12/2021
KUMPULAN A
MINGGU 40
22/11 - 26/11/2021
KUMPULAN A
MINGGU 41
29/11 - 3/12/2021
KUMPULAN B