SlideShare a Scribd company logo
0
PROGRAM ASPIRASI UPSR
TAHUN 2018
“LATIHAN ULANG KAJI 1”
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian
A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua-
dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat
pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu
hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada
ruangjawapan yang disediakan dalamkertas soalan ini.
5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan
objektifkepada pengawaspeperiksaan pada akhir
peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
No Soalan Markah
1-20
21 (a)
(b)
22 (a)
(b)
23 (a)
(b)
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)
Jumlah
50
● MODUL ASPIRASI ●
1
Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 15.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Azlina bekerja sebagai __________ di Pasar Raya Mydin.
A jurukira
B juruukur
C jururawat
D juruwang
2 Encik Zarif Hazimin menggunakan se__________ kapak untuk membelah kayu yang besar itu.
A bilah
B bentuk
C batang
D laras
3 Aishah merupakan pelajar pintar di sekolah. __________ juga aktif dalam bidang kokurikulum.
A Beliau
B Kamu
C Mereka
D Dia
4 Haiwan-haiwan yang __________ di Zoo Taiping amat mudah untuk didekati.
A jinak
B liar
C liat
D buas
5 Ayah ____________ ke Kuala Lumpur pada bulan hadapan untuk menziarahi abang.
A telah
B sedang
C belum
D akan
6 Lembu-lembu peliharaan Pak Yasin sedang ____________ rumput di padang.
A merampas
B meragut
C menelan
D menebas
● MODUL ASPIRASI ●
2
7 Kakak membantu ibu menyediakan __________ di dapur untuk memasak gulai.
A kayu-kayan
B rempah-ratus
C kuih-muih
D rumput-rampai
8 Kebanyakan penghuni ________ pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Puasa.
A ibu pejabat
B ibu kandung
C ibu kota
D ibu sawat
9 Firdaus merupakan peserta ______________ dalam pertandingan pidato itu.
A kedua-dua
B kedua
C separuh
D berdua-dua
10 Hassan meletakkan beg-beg itu di__________ bagasi kereta.
A tengah
B atas
C dalam
D tepi
11 Sabariah terus __________ gambar potret yang ditempah oleh pelanggannya tanpa
menghiraukan orang yang lalu-lalang.
A terlukis
B lukisan
C melukis
D pelukis
12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Mata ibu Jenni merah kerana dimasuki habuk. /
II Pasukan Biru mendapat satu mata dalam perlawanan itu.
III Mata itu bekerja di kawasan sempadan negara untuk menyiasat kes penyeludupan.
IV Fatin tidak menyukai lelaki yang mata duit itu.
A I dan II
B II dan III X
C III dan IV X
D I dan IV
● MODUL ASPIRASI ●
3
13 Pilih ayat yang betul.
A Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah sekali. X
B Murid baru itu berasal daripada Batu Pahat. X
C Pada waktu lapang, Luqman membantu ayahnya di ladang.
D Samad membaca buku hingga larut malam. X
14 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayah yang membeli buku contoh karangan penulisan itu.
A Apakah buku yang dibeli oleh ayah?
B Di manakah ayah membeli buku contoh karangan itu?
C Adakah ayah yang membeli buku contoh karangan penulisan itu?
D Siapakah yang telah membeli buku contoh karangan penulisan itu?
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15 Kami membersihkan kawasan sekolah.
A Kawasan sekolah kami bersihkan.
B Kawasan sekolah dibersihkan oleh kami.
C Kawasan sekolah membersihkan kami.
D Kawasan sekolah telah dibersihkan oleh kami.
16 Maznah memuji keenakan mi kari yang dimasak oleh ibu Aishah.
A “Mi kari yang dimasak oleh ibu enak,” puji Maznah kepada Aishah. X
B “Mi kari yang dimasak oleh ibu awak sangat enak,” puji Maznah kepada Aishah. X
C “Rasa mi kari masakan ibu awak sangat sedap,” puji Aishah kepada Maznah. X
D “Rasa mi kari masakan ibu awak sedap,” puji Maznah kepada ibu Aishah.
Soalan 17 hingga 20.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
IPOH, Rabu – Encik Abdul Manan bin Wahab telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya
Peringkat Negeri Perak pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar
Perak sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Abdul Manan berasal dari Kampung Setia Jaya.
Encik Abdul Manan telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping
menternak lembu daging dan ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan
menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-sama isteri dan anak-
anaknya.
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000 dan sijil
penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan
makanan kepadanya. Semua hadiah ini akan membakar semangat Encik Abdul Manan untuk terus
berusaha.
● MODUL ASPIRASI ●
4
17 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Perak diadakan?
A Kampung Setia Jaya
B Jabatan Pertanian
C Setia Jaya
D Ipoh
18 Apakah aktiviti pertanian yang Encik Abdul Manan usahakan?
A Mengusahakan ladang kelapa sawit, menternak lembu dan keli serta menghasilkan kerepek
ubi dan pisang.
B Menghasilkan pelbagai jenis kerepek ubi dan pisang
C Menternak lembu daging dan ikan keli
D Ladang kelapa sawit seluas 10 ekar
19 Rangkai kata membakar semangat dalam petikan bermaksud
A mencontohi amalan X
B mematuhi petunjuk X
C memberi dorongan
D memahami panduan X
20 Pernyataan yang tidak benar mengenai Tokoh Petani Jaya tersebut ialah ...
A beliau berasal dari Kampung Seri Setia Jaya X
B beliau mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar serta menternak lembu daging
dan ikan keli X
C beliau menggunakan masa yang terluang untuk menghasilkan pelbagai jenis kerepek
berasaskan ubi dan pisang X
D beliau mendapat hadiah baja dan mesin pemprosesan makanan yang dibekalkan oleh
Jabatan Pertanian
● MODUL ASPIRASI ●
5
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat.
sekuntum secebis serangkap sehiris
seuntai sepotong sebuah sejambak
(i) Ismail menemukan __________ kunci ketika melalui lorong yang sempit itu.
(ii) Pemidato itu memulakan pidatonya dengan __________ pantun
(iii) Puan Manal sempat makan __________ kek sebelum pergi ke pejabatnya.
[3 markah]
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
Ayat Tanya:
[ 2 markah ]
Saya dan keluarga
akan pulang ke
kampung pada cuti
sekolah nanti.
Bilakah kamu dan keluarga akan pulang ke
kampung ?
● MODUL ASPIRASI ●
6
Soalan 22
(a) Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
Ayat aktif : Emak dan kakak mencuci lantai rumah.
Ayat pasif :
[ 2 markah ]
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah.
Cakap Ajuk : “Barang-barang ini sumbangan daripada ibu saya, pak cik, “ kata Ruben
kepada Encik Zakaria.
Cakap Pindah :
[ 2 markah ]
Soalan 23
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan.
(i) Pengunjung galeri kraf tangan itu menarik dengan barangan kraf tangan yang
dipamerkan.
(ii) Anis selalu berdiri di padang supaya sentiasa sihat.
[2 markah]
(b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.
(i) Orang yang malu tertanya akan sesat jalan.
(ii)
Puan Jenny sekeluarga merancang untuk makan hati di Pulau Langkawi.
(iii)
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, dia dikenali sebagai guru yang banyak
mengorbankan masa, tenaga dan wang demi melihat anak-anak didiknya
berjaya.
● MODUL ASPIRASI ●
7
[3 markah]
Soalan 24.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Laporan Perkhemahan Pengakap
Unit ko-kurikulum Sk. Changkat Lobak telah menganjurkan perkhemahan persatuan puteri Islam
di padang sekolah mereka. Perkhemahan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan tiga orang
guru penasihat. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari bermula pada 15 Mei 2018. Mereka
turut dibantu oleh tiga orang sukarelawan yang bertindak menyediakan makanan sepanjang
perkhemahan itu.
Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada
suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama
dalam kalangan ahli persatuan puteri Islam.
Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad,
mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan
sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini
adalah pengalaman yang sangat berharga.
Disediakan oleh , 19 MEI 2018.
Mas Idayu
(MAS IDAYU BINTI WAHID)
Setiausaha ,
Persatuan Puteri Islam ,
Sk. Changkat Lobak.
(a) Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud
[ 1 markah ]
(b) Apakah tujuan utama perkhemahan itu diadakan ?
[ 2 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
8
(c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan.
Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i)
Persembahan tarian diadakan pada waktu
malam.
(ii)
Perkhemahan ini disertai oleh semua unit
pasukan pakaian seragam.
BETUL
(iii)
Ahli persatuan Puteri Islam menyediakan
sendiri makanan mereka sepanjang
perkhemahan dijalankan.
SALAH
(iv)
Pasukan Pengakap telah memenangi
pertandingan kawad kaki.
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan aktiviti perkhemahan ini?
Pada pendapat saya, kebaikan
aktiviti perkhemahan ialah
[ 3 markah ]
Soalan 25.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Atur cara Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018
Tarikh : 31 Julai 20l8 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Majlis Bandaraya Ipoh
Dirasmikan oleh : Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan NegeriPerak
Atur Cara Majlis
8.00 malam : Para tetamu mengambil tempat
8.10 malam : Ketibaan tetamu kehormat
8.15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis
8.30 malam : Ucapan perasmian oleh Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan NegeriPerak
8.45 – 10.00 malam : Persembahan kebudayaan dan kesenian I Malaysia
10.10 malam : Jamuan ringan dan majlis bersurai
● MODUL ASPIRASI ●
9
Panduan:
1. Para tetamu harus berpakaian kemeja batik, baju kurung atau baju Melayu.
2. Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis bermula untuk mengelakkan sebarang
gangguan.
3. Para tetamu diminta agar mematikan telefon bimbit semasa majlis berlangsung.
(a) Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis diadakan agar
[ 1 markah ]
(b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.
Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018 diadakan di Dewan Majlis Bandaraya
Ipoh.
Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak akan menyampaian
ucapan perasmian pada pukul 8.15 malam.
[ 2 markah ]
(c) Nyatakan acara yang diadakan pada pukul 10.00 malam.
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah para tetamu harus memakai baju Melayu semasa menghadiri
Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018?
[ 3 markah ]
BAHAGIAN B TAMAT
● MODUL ASPIRASI ●
10
PROGRAM ASPIRASI UPSR
TAHUN 2018
“LATIHAN ULANG KAJI 2”
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian
A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua-
dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat
pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu
hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada
ruangjawapan yang disediakan dalamkertas soalan ini.
5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan
objektifkepada pengawaspeperiksaan pada akhir
peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
No Soalan Markah
1-20
21 (a)
(b)
22 (a)
(b)
23 (a)
(b)
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
● MODUL ASPIRASI ●
11
(c)
(d)
Jumlah
50
Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 15.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Hafidh memasang __________ untuk melindungi pelanggan kedai runcitnya daripada
pancaran cahaya matahari dan hujan.
A tirai
B tabir
C bidai
D langsir
2 Pengakap muda itu dimarahi oleh ketuanya kerana membuang __________ kayu api yang
masih bernyala ke dalam belukar itu.
A sebatang
B sepuntung
C seketul
D sepotong
3 “__________ semua perlu mematuhi peraturan sekolah supaya keselamatan terjamin,” nasihat
Cikgu Mazarul kepada murid-muridnya.
A Kalian
B Mereka
C Kamu
D Dia
4 Kami berpeluang melihat panorama yang sungguh __________ di sekitar Lebuh Raya Timur
Barat.
A lawa
B nyaman
C sejuk
D indah
5 Untuk memiliki lesen memandu, seseorang itu ____________lah berumur lapan belas tahun
keatas dan sihat.
A hendak
B sudah
C mahu
D masih
● MODUL ASPIRASI ●
12
6 Seekor burung __________ di atas dahan pokok mempelam di belakang rumah nenek.
A berdiri
B bertenggek
C bertungku
D bertinggung
7 Kita digalakkan __________ antara satu sama lain pada hari raya untuk mengeratkan
silaturahim.
A panggil-memanggil
B kunjung-mengunjungi
C terincut-incut
D terhinggut-hinggut
8 Warga asing itu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes
________ di sekitar Shah Alam.
A pecah rumah
B pecah kongsi
C pecah tingkap
D pecah amanah
9 Puan Zaleha telah memberikan ______________ daripada lauk gulai ikan yang dimasaknya
kepada Puan Saniah.
A setiap
B sebahagian
C segala
D separuh
10 Negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri "Cik Siti Wan Kembang" terletak di pantai
__________ Semenanjung Malaysia.
A timur
B utara
C barat
D selatan
11 Zakaria tidak terpilih untuk menyertai kejohanan itu kerana dia gagal __________ syarat
kelayakan yang ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan.
A melepaskan
B terlepas
C melepasi
D dilepaskan
● MODUL ASPIRASI ●
13
12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Murid perempuan itu ditegur kerana memakai pakaian yang agak jarang.
II Kamil jarang tidur pada waktu petang.
III Ayah selalu minum air jarang sebelum tidur.
IV Pokok ciku di tepi perigi itu berbuah jarang.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
13 Pilih ayat yang betul.
A Ibu bapa perlulah bertanggung jawab terhadap tugas mereka.
B Kakak Ilham bertugas sebagai setiausaha di syarikat itu.
C Ibu bapa diminta menurunkan tanda tangan pada buku rekod kemajuan ini.
D Gambar rajah yang dilukis itu dapat membantu kami meneroka hutan.
14 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan selama empat hari tiga
malam.
A Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’
yang saya minta semalam?
B Adakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu Produk” yang
saya minta semalam?
C Bagaimanakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu
Produk” yang saya minta semalam?
D Berapa lamakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu
Produk” yang saya minta semalam?
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15 Pengurus syarikat itu telah memecat abang Faizal.
A Dipecat abang Faizal oleh pengurus syarikat itu.
B Abang Faizal telah memecat pengurus syarikat itu.
C Abang Faizal telah dipecat oleh pengurus syarikat itu.
D Abang Faizal diberhentikan kerja di sebuah syarikat itu.
16 Cikgu Norehan meminta Izuni menggunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak
mengandungi bahan kimia.
A “Izuni, tolong gunakan baja organik cecair supaya baja itu tidak mempunyai bahan
kimia,” kata Cikgu Norehan.
● MODUL ASPIRASI ●
14
B “Izuni, tolong gunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi bahan
kimia,” kata Cikgu Norehan.
C “Cikgu Norehan berpesan agar kita menggunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak
mengandungi bahan kimia,” kata Izuni.
D “Cikgu Norehan, tolong gunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi
bahan kimia,” kata Izuni.
Soalan 17 hingga 20.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang sakit kuning atau “Hepatitis B”.
Pakar-pakar perubatan dari Universiti California melalui kajian mereka mendapati bahawa bayi yang
baru lahir mudah diserang sakit kuning atau “jaundis”.
Jaundis berlaku kepada 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 50% kepada bayi yang cukup
bulan. Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan yang buruk sekiranya
menghidap sakit kuning. Sekiranya tindakan segera untuk merawat bayi tersebut tidak dilakukan
berkemungkinan besar bayi tersebut akan mengalami kecacatan.
Satu kaedah rawatan yang sesuai dipraktikkan untuk mengatasi perkara ini adalah dengan
meletakkan bayi tersebut di bawah cahaya biru selama lapan belas jam hingga dua puluh empat jam
atau lebih. Rawatan ini dikenali sebagai fototerapi.
Pakar perubatan sedang memperhalus kaedah rawatan untuk memperoleh kesan yang maksimum
kepada bayi yang mengalami jangkitan jaundis. Sementara itu, perkakasan rawatan juga telah
diperbaharu dan dipermudah penggunaannya sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan
moden.
17 Siapakah yang mempunyai risiko paling tinggi menghidap penyakit kuning?
A Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
B Kanak-kanak yang kekurangan pigmen hempedu.
C Seseorang yang mengalami kerosakan sel darah merah.
D Penghidap penyakit anemia, malaria dan radang paru-paru.
18 Bayi yang lahir tidak cukup bulan dan menghidap sakit kuning perlu mendapat rawatan yang
sempurna di hospital supaya
A Bayi tersebut tidak diserang sawan
B Bayi tersebut tidak mengalami kecacatan
C Bayi tersebut tidak mendapat demam yang berpanjangan
D Bayi tersebut mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan penyakit.
19 Semua penyataan yang berikut adalah tidak benar tentang penyakit kuning, kecuali
A Menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
B Melakukan suntikan vaksin pembunuh kuman.
C Memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan.
D Meletakkan bayi di bawah cahaya biru selama dua puluh jam.
20 Rangkai kata kaedah rawatan dalam petikan bermaksud
● MODUL ASPIRASI ●
15
A Cara penjagaan
B Langkah perubatan
C Aturan kesihatan
D Sistem perubatan
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat.
sebentuk setongkol serumpun secalit
sepucuk secolek sebatang sekaki
(i) Datin Rosnah memakai _____________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan.
(ii) Samy memakan _____________ jagung rebus semasa rehat di kantin sekolahnya.
(iii) Nenek menyapu _____________ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya.
[3 markah]
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
Ayat Tanya:
Pertandingan berbalas pantun
itu akan diadakan di ruang
legar dataran arena SK Sungai
Rokam, pagi esok.
● MODUL ASPIRASI ●
16
[ 2 markah ]
Soalan 22
(a) Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif.
Ayat aktif : Mereka mula mendaki gunung itu sejak awal pagi tadi.
Ayat pasif :
[ 2 markah ]
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah.
Cakap Ajuk : “Kamu mesti memakai tali pinggang keledar semasa di dalam kenderaan,”
nasihat Encik Ahmad kepada anak-anaknya.
Cakap Pindah :
[ 2 markah ]
Soalan 23
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan.
(i) Kai Wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam
peti sejuk.
(ii) Salman begitu berminat filem “Spiderman” hinggakan dia sanggup menonton filem itu
buat kali ketiga.
[2 markah]
(b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.
(i) Tiap-tiap pagi Zahir dan abangnya akan membeli nasi lemak di warung itu.
(ii)
Mak Limah merasa sangat gembira kerana akan merayakan Hari Raya
Puasa.
● MODUL ASPIRASI ●
17
(iii) Pemuda yang berkemeja lengan panjang itu berasal daripada China.
[3 markah]
Soalan 24.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Penduduk Kampung Teratai,
Kampung Teratai,
97001 Kudat, Sabah.
_________________________________________________________________________________
Tuan Pegawai,
Jabatan Bekalan Air Daerah,
97001 Kudat,
Sabah. 14 JUN 2018.
Tuan,
Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kampung Teratai
Merujuk perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Kampung Teratai ingin membuat aduan
kepada pihak tuan berkenaan gangguan bekalan air di kawasan kampung kami.
2. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami penduduk Kampung Teratai telah menghadapi
gangguan bekalan air yang berpanjangan. Antara masalah yang dihadapi ialah bekalan air terputus
lebih dari 12 jam dan apabila bekalan air kembali pulih, air yang dibekalkan berkeladak dan
berwarna kekuningan.
3. Apabila bekalan air terputus, penduduk terpaksa pergi ke sungai yang terletak beberapa
kilometer dari rumah untuk kegunaan harian seperti memasak dan mandi. Keadaan ini menyukarkan
tugas seharian kami.
4. Di harap agar pihak tuan akan mencari jalan penyelesaian segera untuk menangani masalah
kami ini. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Afendi
(MUHAMMAD AFENDI BIN ABDUL AZIZ)
Setiausaha,
JKKK Kampung Teratai,
Kudat, Sabah.
(a) Perkataan menangani dalam petikan bermaksud
[ 1 markah ]
(b) Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Teratai?
● MODUL ASPIRASI ●
18
[ 2 markah ]
(c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan.
Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i)
Aduan tersebut dibuat kepada Tenaga
Nasional Berhad.
(ii) Kampung Teratai terletak di Kudat, Sabah. BETUL
(iii)
Penduduk Kampung Teratai menghadapi
masalah pencemaran.
SALAH
(iv)
Bekalan air sering terputus melebihi 12 jam
sehari.
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah penduduk Kampung Teratai dapat mengatasi masalah
tersebut ?
[ 3 markah ]
Soalan 25.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Citra, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Kepentingan Tidur kepada Kita”.
Hadirin yang dihormati,
Tidur adalah suatu tugas rutin badan yang dilakukan pada setiap hari. Setiap orang
memerlukan tidur yang secukupnya. Tidur dapat merehatkan otak kita. Biasanya tidur dilakukan
pada waktu malam. Kadangkala, ada juga orang yang tidur pada waktu siang.
Jumlah tidur seseorang adalah berbeza. Orang dewasa memerlukan tidur yang cukup untuk
menjaga kesihatannya. Jika seseorang itu bangun daripada tidur dengan rasa yang segar, ini
● MODUL ASPIRASI ●
19
menunjukkan bahawa seseorang itu telah mendapat tidur yang cukup.
Ada sesetengah orang menghadapi masalah tidur. Bagi orang dewasa, kesihatan mereka akan
terganggu. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas dengan sempurna. Oleh
sebab itu, setiap orang harus memastikan bahawa mereka mendapat kualiti tidur yang baik.
Sekian, terima kasih.
(a) Perkataan rutin dalam petikan bermaksud
[ 1 markah ]
(b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.
Kesihatan akan terjejas jika seseorang kurang tidur.
Kita dapat menumpukan perhatian pada sesuatu tugas jika tidur mencukupi.
[ 2 markah ]
(c) Apakah yang dialami oleh seseorang yang mendapat tidur yang cukup?
[ 2 markah ]
(d) Adakah kamu sering menghadapi masalah mengantuk semasa berada di dalam kelas? Mengapa?
[ 3 markah ]
BAHAGIAN B TAMAT
● MODUL ASPIRASI ●
20
PROGRAM ASPIRASI UPSR
TAHUN 2018
“LATIHAN ULANG KAJI 3”
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian
A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua-
dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat
pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu
hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada
ruangjawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan
objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
No Soalan Markah
1-20
21 (a)
(b)
22 (a)
(b)
23 (a)
(b)
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
● MODUL ASPIRASI ●
21
(b)
(c)
(d)
Jumlah
50
Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 15.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Yang Berhormat Dato’ Abas menerima sebuah __________ sebagai cenderamata setelah
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sentosa.
A plak
B piala
C trofi
D medal
2 Di dalam bungkusan ini terdapat sepuluh __________ cendawan dan beberapa __________
asam gelugor.
A batang..........biji
B ulas..........helai
C kaki..........keping
D biji..........cebis
3 “Maafkan hamba, Datuk Laksamana. Titah perintah __________ terpaksa hamba jalankan,”
kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.
A hamba
B tuanku
C baginda
D tuan hamba
4 Golongan muda yang berwawasan, __________, berpengetahuan tinggi dan berpandangan jauh
diperlukan untuk terus membangunkan negara pada masa akan datang.
A mundur
B dinamik
C agresif
D pasif
5 Roti kaya itu tidak boleh dimakan kerana ____________ tamat tarikh luputnya.
A akan
B telah
C belum
D pernah
● MODUL ASPIRASI ●
22
6 Pak Leman __________ tali pada badan gasing sebelum dia melemparkan gasing itu ke tengah
gelanggang.
A melilitkan
B memintalkan
C memutarkan
D membelitkan
7 Pihak pengurusan akan __________ cadangan yang dikemukakan oleh kakitangan syarikat bagi
meningkatkan prestasi syarikat itu.
A menguji-uji
B mengamat-amati
C mencuba-cuba
D meminta-minta
8 Cikgu Wan Suhana telah menyediakan ________ di dewan sekolah yang sungguh kreatif bagi
persaraan Guru Besar sekolah kami.
A bilik majlis
B bual maya
C pepijat alaf
D latar pentas
9 ______________ penghuni taman Bandar Pulai Jaya itu memasang jeriji besi pada tingkap dan
pintu rumah mereka bagi tujuan keselamatan.
A Segala
B Sebilangan
C Semua
D Sekalian
10 Di _________ kampung itu, tercacak dua buah batu nisan yang menjadi tanda tanya penduduk
kampung.
A bucu
B antara
C hujung
D samping
11 Sawah padi yang terdapat di kawasan Seberang Perak itu __________ luas saujana mata
memandang.
A dibentang
B terbentang
C pembentang
D membentang
12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Para pekerja yang membaiki kerosakan jalan raya itu bekerja pada waktu malam kerana
lalu lintas telah reda.
● MODUL ASPIRASI ●
23
II Murid-murid tahun enam yang berasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan boleh reda
tekanan dengan bersenam.
III Cikgu Kumari terpaksa campur tangan bagi reda pertengkaran antara kedua-dua murid
tersebut.
IV Kesedihan Ramesh masih belum reda walaupun sudah sebulan ayahnya meninggal dunia.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
13 Pilih ayat-ayat yang betul.
I Sally memberitahu saya bahawa kakaknya akan pulang pada minggu hadapan.
II Hasil kerja tangannya baru-baru ini dari yang lain.
III Walau bagaimanapun cuaca panas terik, pertandingan hoki itu diteruskan juga.
IV Munir berkaki ayam semasa bermain bola sepak di padang.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
14 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Sidang akhbar Hidupan Burung 2018 itu diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang
penjagaan kebajikan burung.
A Apakah tujuan sidang akhbar Hidupan Burung 2018?
B Di manakah sidang akhbar Hidupan Burung 2018 itu diadakan?
C Bagaimanakah perjalanan sidang akhbar Hidupan Burung 2018?
D Pihak manakah yang menganjurkan sidang akhbar Hidupan Burung 2018?
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15 Dia mencencang sisa makanan itu dan memasukkannya ke dalam tong sampah plastik.
A Tong sampah berplastik itu dicencang dan dimasukkan sisa makanan.
B Tong sampah berplastik itu dia masukkan sisa makanan yang dicencangnya.
C Sisa makanan dia cincang dan dimasukkan ke dalam tong sampah berplastik.
D Sisa makanan itu dicincang dan dimasukkannya ke dalam tong sampah berplastik.
16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aminah meminta anaknya menghantar makanan kepada pengemis itu.
A “Mengapa kamu tidak menghantar makanan kepada pengemis itu?” tanya Puan Aminah
kepada anaknya.
B “Sudahkah kamu hantar makanan kepada pengemis itu?” tanya Puan Aminah kepada
● MODUL ASPIRASI ●
24
anaknya.
C “Jangan lupa hantar makanan kepada pengemis itu,” kata Puan Aminah kepada anaknya.
D “Tolong hantar makanan kepada pengemis itu,” kata Puan Aminah kepada anaknya.
Soalan 17 hingga 20.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Syasyika : Selamat sejahtera, Pak Idris.
Pak Cik Idris : Selamat sejahtera, Syasyika. Syasyika dari mana? Pak cik lihat Syasyika berpeluh-
peluh.
Syasyika Saya baru lepas bermain bola jaring dengan kawan-kawan. Saya dengar cerita pak
cik baru balik dari melancong di Bangkok betul ke?
Pak Cik Idris : Betullah apa yang Syasyika dengar.
Syasyika : Pak cik, bagaimana caranya hendak pergi ke kota Bangkok? Saya ingin melancong
ke sana.
Pak Cik Idris : Jika hendak ke sana, lebih baik kamu naik kereta api. Perjalanan kamu sungguh
selesa dan kamu juga dapat menjimatkan belanja. Tambahan pula, kamu akan
dapat bertemu dengan banyak pelancong asing yang sama-sama menuju ke sana.
Syasyika : Pak cik tolonglah ceritakan sedikit tentang perjalanan ke Bangkok itu.
Pak Cik Idris : Kereta api Thai ini akan berlepas dari Stesen Butterworth pada waktu tengah hari
pada tiap-tiap hari. Perjalanan ke Bangkok itu akan mengambil masa selama 17
jam.
Syasyika : Wah, seronoknya! Saya mesti ke sana dalam tahun ini juga, pakcik!
Pak Cik Idris : Sebelum kamu pergi dengarlah dulu pesanan pak cik ini. Sediakan pasport
antarabangsa sebelum kamu ingin masuk ke mana-mana negara asing. Dalam
perjalanan ke Bangkok kamu akan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan
imigresen dan kastam.
Syasyika : Oh, begitu! Baiklah pak cik, hari pun hampir senja. Saya minta izin untuk pulang
dahulu. Terima kasih atas penerangan pak cik itu tadi. Selamat tinggal, pak cik.
Pak Cik Idris : Baiklah. Selamat jalan
17 Pada pendapat anda, di manakah dialog ini berlaku?
A Di gerai pasar malam
B Di pejabat guru besar
C Di rumah Pak cik Idris
D Di hospital
18 Perbualan antara Syasyika dengan Pak cik Idris adalah tentang ...
● MODUL ASPIRASI ●
25
A cara-cara menjimatkan kos percutian
B cara-cara hendak melancong di kota Bangkok
C persediaan dan persiapan sebelum pergi ke kota Bangkok
D keindahan dan kehebatan khazanah lama di kota Bangkok
19 Mengapakah penumpang mesti berhenti di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke
Bangkok?
A Untuk pemeriksaan imigresen dan kastam
B Untuk penukaran mata wang oleh imigresen
C Untuk pemeriksaan kastam dan berehat sebentar
D Untuk memastikan perjalanan lebih lama
20 Jika kereta api Thai yang dinaiki oleh Syasyika bertolak pukul 12.00 tengah hari pada 10 Mac
2018, bilakah Syasyika akan sampai di kota Bangkok?
A Jam 4.00 pagi pada 11 Mac 2018
B Jam 4.00 pagi pada 10 Mac 2018
C Jam 5.00 pagi pada 11 Mac 2018
D Jam 5.00 pagi pada 10 Mac 2018
● MODUL ASPIRASI ●
26
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat.
serawan sepucuk seulas sekapur
sekepal sekaki seketul selaras
(i) Nelayan itu memikul _________ jala dan menjinjing sebakul ikan hasil tangkapannya.
(ii) Sebelum makan nenek sempat menjamah __________ sirih dan seulas pinang.
(iii) Pihak polis telah menemui __________ senapang ketika menyerbu rumah kongsi itu.
[3 markah]
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
Ayat Tanya:
Tidak, saya tidak pernah
menghalang anak-anak
saya menceburi bidang
sukan
● MODUL ASPIRASI ●
27
[ 2 markah ]
Soalan 22
(a) Bina ayat aktif berdasarkan ayat pasif yang diberikan.
Ayat pasif : Sekolah itu terpaksa ditutup oleh pihak kerajaan selama beberapa hari
kerana telah dilanda banjir.
Ayat aktif :
[ 2 markah ]
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah.
Cakap Ajuk : “Tahniah, Danial kerana mendapat markah penuh dalam semua mata
pelajaran,” kata Rajan.
Cakap Pindah :
[ 2 markah ]
Soalan 23
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya.
Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan.
(i) Sebagai murid, kita hendaklah terhindar diri daripada sebarang aktiviti yang tidak sihat.
(ii) Pembinaan jalan raya itu dipercepatkan oleh pihak kerajaan memandangkan
keperluannya kepada masyarakat.
[2 markah]
(b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.
(i)
“Patik ingin memohon perkenan ayahanda agar membenarkan adinda turut
serta dalam rombongan ini,” sembah Putera Kamal kepada Sultan Alauddin.
● MODUL ASPIRASI ●
28
(ii)
Setelah lima tahun mengharungi latihan perguruan, kakak akan mula
mengajar di sekolah pada minggu depan.
(iii)
Murid-murid tahun enam yang berasa tertekan untuk menghadapi
peperiksaan boleh reda tekanan dengan bersenam.
[3 markah]
Soalan 24.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
No. 331, Jalan 110/2F,
Kampung Cempaka Sari,
31300 Ipoh, Perak.
_______________________________________________________________________________
Pengarah,
Jabatan Bekalan Air,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
31300 Ipoh, Perak. 10 JULAI 2018.
Tuan,
Aduan Paip Bocor
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa paip utama yang menyalurkan
bekalan air ke kawasan ini telah bocor. Kejadian ini disedari oleh penduduk di sini pada 8 Julai,
iaitu dua hari yang lepas, jam 10:00 pagi.
2. Saya mewakili penduduk kawasan ini telah memaklumkan hal ini kepads Jabatan Bekalan
Air. Mereka berjanji akan mengurus hal tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan pembaziran
air terus berlaku.
3. Namun demikian, sehingga hari ini masalah itu belum lagi diatasi, Beratus-ratus gelen air
terbuang begitu sahaja, manakala penduduk di kawasan ini pula terputus bekalan air. Keadaan ini
menyebabkan kami menjalani kehidupan yang agak sukar, terutamanya untuk mengurus keperluan
harian seperti mandi, membasuh, dan sebagainya.
4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Jabatan Bekalan Air dapat bertindak
dengan segera untuk membaiki paip yang bocor itu. Atas kerjasama pihak tuan, kami ucapkan
ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MuhammadHadi
(MUHAMMAD HADI BIN FIRDAUS)
Wakil Penduduk,
Kampung Cempaka Sari.
(a) Perkataan pembaziran dalam petikan bermaksud
[ 1 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
29
(b) Bilakah laporan tentang masalah itu pertama kali dibuat?
[ 2 markah ]
(c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan.
Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i)
Penduduk menyedari kejadian paip bocor
pada 10 Julai yang lalu.
(ii) Masalah paip bocor telah lama berlarutan. BETUL
(iii)
Ketiadaan bekalan air menyukarkan
penduduk mengurus keperluan harian.
SALAH
(iv)
Jabatan Bekalan Air telah bertindak dengan
segera untuk membaiki paip yang bocor itu.
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah kita tidak harus membazir air?
[ 3 markah ]
Soalan 25.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya
ucapkan.
Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara
melahirkan Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat membawa maksud berhemat dalam
perbelanjaan. Amalan ini bertentangan dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.
Hadirin yang dikasihi,
Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawal nafsu ketika berbelanja.
● MODUL ASPIRASI ●
30
Walaupun banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang perlu sahaja. Jika ada duit
lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.
Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya berjimat cermat
walaupun anak kemungkinan kecil hati. Jangan memberikan wang yang banyak kepada mereka
sebagai belanja persekolahan kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang
diperoleh oleh anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah merupakan satu cara berjimat. Cara ini
dapat menjimatkan perbelanjaan. Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan berkhasiat.
Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar
amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita. Sekian, terima kasih.
(a) Perkataan kepapaan dalam petikan bermaksud
[ 1 markah ]
(b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.
Bank merupakan tempat yang tidak selamat untuk menyimpan wang.
Membawa bekal merupakan salah satu amalan berjimat cermat.
[ 2 markah ]
(c) Mengapakah kita tidak digalakkan untuk memberikan wang yang banyak kepada anak-anak?
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, wajarkah kita menyimpan wang di rumah? Jelaskan.
[ 3 markah ]
● MODUL ASPIRASI ●
31
BAHAGIAN B TAMAT

More Related Content

Similar to Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx

Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doc
cepuah
 
Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017
Siti Aminah Ramlan
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
ALEZABINTIOTHMANMoe
 
Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Roslanmansor
 
Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1PAKLONG CIKGU
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
ariey67
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
Syahmi Jaafar
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1santhiraman
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
azhar khalid
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
mohd fahmie mohd fauzi
 
Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5babyfiaten
 
soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5PAKLONG CIKGU
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4jamilinordin
 
PPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdfPPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdf
KhirulAmirAbuHasan
 
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahunKertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
SPidEr Mohd
 
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
gmurugian
 
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotateMazli Jaafar
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
me wahab
 
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah MenengahSoalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Joyce Joemin
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
PAKLONG CIKGU
 

Similar to Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx (20)

Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doc
 
Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017Perak bm pemahaman 2017
Perak bm pemahaman 2017
 
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdfUjian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
Ujian-Akhir-Tahun-KSSR-Tahun-4-Bahasa-Melayu-Pemahaman-Set3.pdf
 
Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012 Latihan 011 Bm 2012
Latihan 011 Bm 2012
 
Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1Bahasa Melayu kertas 1
Bahasa Melayu kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1Bm thn 4 kertas 1
Bm thn 4 kertas 1
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
 
Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5Soalan Bahasa Melayu thn 5
Soalan Bahasa Melayu thn 5
 
soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5soalan pemahaman BM Thn 5
soalan pemahaman BM Thn 5
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
 
PPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdfPPT T4 BM K1.pdf
PPT T4 BM K1.pdf
 
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahunKertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
Kertas soalan bm pemahaman tahun 4 peperiksaan pertengahan tahun
 
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1Upsr bm sjk kertas 1 set 1
Upsr bm sjk kertas 1 set 1
 
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
 
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah MenengahSoalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Soalan Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Sekolah Menengah
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 

More from cepuah

MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdfMODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
cepuah
 
Tulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptxTulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptx
cepuah
 
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docxLATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
cepuah
 
KATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docxKATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docx
cepuah
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
cepuah
 
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docxNaskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
cepuah
 
Penulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdfPenulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdf
cepuah
 
Bina cerita.pptx
Bina cerita.pptxBina cerita.pptx
Bina cerita.pptx
cepuah
 
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.docNOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
cepuah
 
Gambar bina ayat
Gambar bina ayatGambar bina ayat
Gambar bina ayat
cepuah
 
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut AbjadPerkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut Abjadcepuah
 
Modul linus matematik
Modul linus   matematikModul linus   matematik
Modul linus matematikcepuah
 

More from cepuah (12)

MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdfMODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
 
Tulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptxTulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptx
 
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docxLATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
 
KATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docxKATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docx
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docxNaskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
 
Penulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdfPenulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdf
 
Bina cerita.pptx
Bina cerita.pptxBina cerita.pptx
Bina cerita.pptx
 
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.docNOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
 
Gambar bina ayat
Gambar bina ayatGambar bina ayat
Gambar bina ayat
 
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut AbjadPerkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
 
Modul linus matematik
Modul linus   matematikModul linus   matematik
Modul linus matematik
 

Recently uploaded

CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 

Recently uploaded (10)

CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 

Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx

  • 1. 0 PROGRAM ASPIRASI UPSR TAHUN 2018 “LATIHAN ULANG KAJI 1” BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua- dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangjawapan yang disediakan dalamkertas soalan ini. 5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektifkepada pengawaspeperiksaan pada akhir peperiksaan. Untuk Kegunaan Pemeriksa No Soalan Markah 1-20 21 (a) (b) 22 (a) (b) 23 (a) (b) 24 (a) (b) (c) (d) 25 (a) (b) (c) (d) Jumlah 50
  • 2. ● MODUL ASPIRASI ● 1 Bahagian A [20 markah] Soalan 1 hingga 15. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Azlina bekerja sebagai __________ di Pasar Raya Mydin. A jurukira B juruukur C jururawat D juruwang 2 Encik Zarif Hazimin menggunakan se__________ kapak untuk membelah kayu yang besar itu. A bilah B bentuk C batang D laras 3 Aishah merupakan pelajar pintar di sekolah. __________ juga aktif dalam bidang kokurikulum. A Beliau B Kamu C Mereka D Dia 4 Haiwan-haiwan yang __________ di Zoo Taiping amat mudah untuk didekati. A jinak B liar C liat D buas 5 Ayah ____________ ke Kuala Lumpur pada bulan hadapan untuk menziarahi abang. A telah B sedang C belum D akan 6 Lembu-lembu peliharaan Pak Yasin sedang ____________ rumput di padang. A merampas B meragut C menelan D menebas
  • 3. ● MODUL ASPIRASI ● 2 7 Kakak membantu ibu menyediakan __________ di dapur untuk memasak gulai. A kayu-kayan B rempah-ratus C kuih-muih D rumput-rampai 8 Kebanyakan penghuni ________ pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Puasa. A ibu pejabat B ibu kandung C ibu kota D ibu sawat 9 Firdaus merupakan peserta ______________ dalam pertandingan pidato itu. A kedua-dua B kedua C separuh D berdua-dua 10 Hassan meletakkan beg-beg itu di__________ bagasi kereta. A tengah B atas C dalam D tepi 11 Sabariah terus __________ gambar potret yang ditempah oleh pelanggannya tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. A terlukis B lukisan C melukis D pelukis 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Mata ibu Jenni merah kerana dimasuki habuk. / II Pasukan Biru mendapat satu mata dalam perlawanan itu. III Mata itu bekerja di kawasan sempadan negara untuk menyiasat kes penyeludupan. IV Fatin tidak menyukai lelaki yang mata duit itu. A I dan II B II dan III X C III dan IV X D I dan IV
  • 4. ● MODUL ASPIRASI ● 3 13 Pilih ayat yang betul. A Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah sekali. X B Murid baru itu berasal daripada Batu Pahat. X C Pada waktu lapang, Luqman membantu ayahnya di ladang. D Samad membaca buku hingga larut malam. X 14 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayah yang membeli buku contoh karangan penulisan itu. A Apakah buku yang dibeli oleh ayah? B Di manakah ayah membeli buku contoh karangan itu? C Adakah ayah yang membeli buku contoh karangan penulisan itu? D Siapakah yang telah membeli buku contoh karangan penulisan itu? Soalan 15 dan 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 15 Kami membersihkan kawasan sekolah. A Kawasan sekolah kami bersihkan. B Kawasan sekolah dibersihkan oleh kami. C Kawasan sekolah membersihkan kami. D Kawasan sekolah telah dibersihkan oleh kami. 16 Maznah memuji keenakan mi kari yang dimasak oleh ibu Aishah. A “Mi kari yang dimasak oleh ibu enak,” puji Maznah kepada Aishah. X B “Mi kari yang dimasak oleh ibu awak sangat enak,” puji Maznah kepada Aishah. X C “Rasa mi kari masakan ibu awak sangat sedap,” puji Aishah kepada Maznah. X D “Rasa mi kari masakan ibu awak sedap,” puji Maznah kepada ibu Aishah. Soalan 17 hingga 20. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. IPOH, Rabu – Encik Abdul Manan bin Wahab telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Perak pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Perak sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Abdul Manan berasal dari Kampung Setia Jaya. Encik Abdul Manan telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging dan ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-sama isteri dan anak- anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah ini akan membakar semangat Encik Abdul Manan untuk terus berusaha.
  • 5. ● MODUL ASPIRASI ● 4 17 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Perak diadakan? A Kampung Setia Jaya B Jabatan Pertanian C Setia Jaya D Ipoh 18 Apakah aktiviti pertanian yang Encik Abdul Manan usahakan? A Mengusahakan ladang kelapa sawit, menternak lembu dan keli serta menghasilkan kerepek ubi dan pisang. B Menghasilkan pelbagai jenis kerepek ubi dan pisang C Menternak lembu daging dan ikan keli D Ladang kelapa sawit seluas 10 ekar 19 Rangkai kata membakar semangat dalam petikan bermaksud A mencontohi amalan X B mematuhi petunjuk X C memberi dorongan D memahami panduan X 20 Pernyataan yang tidak benar mengenai Tokoh Petani Jaya tersebut ialah ... A beliau berasal dari Kampung Seri Setia Jaya X B beliau mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar serta menternak lembu daging dan ikan keli X C beliau menggunakan masa yang terluang untuk menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang X D beliau mendapat hadiah baja dan mesin pemprosesan makanan yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian
  • 6. ● MODUL ASPIRASI ● 5 Bahagian B [30 markah] Soalan 21 (a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat. sekuntum secebis serangkap sehiris seuntai sepotong sebuah sejambak (i) Ismail menemukan __________ kunci ketika melalui lorong yang sempit itu. (ii) Pemidato itu memulakan pidatonya dengan __________ pantun (iii) Puan Manal sempat makan __________ kek sebelum pergi ke pejabatnya. [3 markah] (b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. Ayat Tanya: [ 2 markah ] Saya dan keluarga akan pulang ke kampung pada cuti sekolah nanti. Bilakah kamu dan keluarga akan pulang ke kampung ?
  • 7. ● MODUL ASPIRASI ● 6 Soalan 22 (a) Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif. Ayat aktif : Emak dan kakak mencuci lantai rumah. Ayat pasif : [ 2 markah ] (b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah. Cakap Ajuk : “Barang-barang ini sumbangan daripada ibu saya, pak cik, “ kata Ruben kepada Encik Zakaria. Cakap Pindah : [ 2 markah ] Soalan 23 (a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan. (i) Pengunjung galeri kraf tangan itu menarik dengan barangan kraf tangan yang dipamerkan. (ii) Anis selalu berdiri di padang supaya sentiasa sihat. [2 markah] (b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah. (i) Orang yang malu tertanya akan sesat jalan. (ii) Puan Jenny sekeluarga merancang untuk makan hati di Pulau Langkawi. (iii) Sepanjang tempoh perkhidmatannya, dia dikenali sebagai guru yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang demi melihat anak-anak didiknya berjaya.
  • 8. ● MODUL ASPIRASI ● 7 [3 markah] Soalan 24. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Laporan Perkhemahan Pengakap Unit ko-kurikulum Sk. Changkat Lobak telah menganjurkan perkhemahan persatuan puteri Islam di padang sekolah mereka. Perkhemahan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan tiga orang guru penasihat. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari bermula pada 15 Mei 2018. Mereka turut dibantu oleh tiga orang sukarelawan yang bertindak menyediakan makanan sepanjang perkhemahan itu. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama dalam kalangan ahli persatuan puteri Islam. Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad, mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga. Disediakan oleh , 19 MEI 2018. Mas Idayu (MAS IDAYU BINTI WAHID) Setiausaha , Persatuan Puteri Islam , Sk. Changkat Lobak. (a) Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud [ 1 markah ] (b) Apakah tujuan utama perkhemahan itu diadakan ? [ 2 markah ]
  • 9. ● MODUL ASPIRASI ● 8 (c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (i) Persembahan tarian diadakan pada waktu malam. (ii) Perkhemahan ini disertai oleh semua unit pasukan pakaian seragam. BETUL (iii) Ahli persatuan Puteri Islam menyediakan sendiri makanan mereka sepanjang perkhemahan dijalankan. SALAH (iv) Pasukan Pengakap telah memenangi pertandingan kawad kaki. [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan aktiviti perkhemahan ini? Pada pendapat saya, kebaikan aktiviti perkhemahan ialah [ 3 markah ] Soalan 25. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Atur cara Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018 Tarikh : 31 Julai 20l8 (Sabtu) Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Majlis Bandaraya Ipoh Dirasmikan oleh : Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan NegeriPerak Atur Cara Majlis 8.00 malam : Para tetamu mengambil tempat 8.10 malam : Ketibaan tetamu kehormat 8.15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis 8.30 malam : Ucapan perasmian oleh Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan NegeriPerak 8.45 – 10.00 malam : Persembahan kebudayaan dan kesenian I Malaysia 10.10 malam : Jamuan ringan dan majlis bersurai
  • 10. ● MODUL ASPIRASI ● 9 Panduan: 1. Para tetamu harus berpakaian kemeja batik, baju kurung atau baju Melayu. 2. Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan. 3. Para tetamu diminta agar mematikan telefon bimbit semasa majlis berlangsung. (a) Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis diadakan agar [ 1 markah ] (b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah. Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018 diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh. Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak akan menyampaian ucapan perasmian pada pukul 8.15 malam. [ 2 markah ] (c) Nyatakan acara yang diadakan pada pukul 10.00 malam. [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, mengapakah para tetamu harus memakai baju Melayu semasa menghadiri Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018? [ 3 markah ] BAHAGIAN B TAMAT
  • 11. ● MODUL ASPIRASI ● 10 PROGRAM ASPIRASI UPSR TAHUN 2018 “LATIHAN ULANG KAJI 2” BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua- dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangjawapan yang disediakan dalamkertas soalan ini. 5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektifkepada pengawaspeperiksaan pada akhir peperiksaan. Untuk Kegunaan Pemeriksa No Soalan Markah 1-20 21 (a) (b) 22 (a) (b) 23 (a) (b) 24 (a) (b) (c) (d) 25 (a) (b)
  • 12. ● MODUL ASPIRASI ● 11 (c) (d) Jumlah 50 Bahagian A [20 markah] Soalan 1 hingga 15. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Encik Hafidh memasang __________ untuk melindungi pelanggan kedai runcitnya daripada pancaran cahaya matahari dan hujan. A tirai B tabir C bidai D langsir 2 Pengakap muda itu dimarahi oleh ketuanya kerana membuang __________ kayu api yang masih bernyala ke dalam belukar itu. A sebatang B sepuntung C seketul D sepotong 3 “__________ semua perlu mematuhi peraturan sekolah supaya keselamatan terjamin,” nasihat Cikgu Mazarul kepada murid-muridnya. A Kalian B Mereka C Kamu D Dia 4 Kami berpeluang melihat panorama yang sungguh __________ di sekitar Lebuh Raya Timur Barat. A lawa B nyaman C sejuk D indah 5 Untuk memiliki lesen memandu, seseorang itu ____________lah berumur lapan belas tahun keatas dan sihat. A hendak B sudah C mahu D masih
  • 13. ● MODUL ASPIRASI ● 12 6 Seekor burung __________ di atas dahan pokok mempelam di belakang rumah nenek. A berdiri B bertenggek C bertungku D bertinggung 7 Kita digalakkan __________ antara satu sama lain pada hari raya untuk mengeratkan silaturahim. A panggil-memanggil B kunjung-mengunjungi C terincut-incut D terhinggut-hinggut 8 Warga asing itu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes ________ di sekitar Shah Alam. A pecah rumah B pecah kongsi C pecah tingkap D pecah amanah 9 Puan Zaleha telah memberikan ______________ daripada lauk gulai ikan yang dimasaknya kepada Puan Saniah. A setiap B sebahagian C segala D separuh 10 Negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri "Cik Siti Wan Kembang" terletak di pantai __________ Semenanjung Malaysia. A timur B utara C barat D selatan 11 Zakaria tidak terpilih untuk menyertai kejohanan itu kerana dia gagal __________ syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan. A melepaskan B terlepas C melepasi D dilepaskan
  • 14. ● MODUL ASPIRASI ● 13 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Murid perempuan itu ditegur kerana memakai pakaian yang agak jarang. II Kamil jarang tidur pada waktu petang. III Ayah selalu minum air jarang sebelum tidur. IV Pokok ciku di tepi perigi itu berbuah jarang. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 13 Pilih ayat yang betul. A Ibu bapa perlulah bertanggung jawab terhadap tugas mereka. B Kakak Ilham bertugas sebagai setiausaha di syarikat itu. C Ibu bapa diminta menurunkan tanda tangan pada buku rekod kemajuan ini. D Gambar rajah yang dilukis itu dapat membantu kami meneroka hutan. 14 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Langkawi pada minggu hadapan selama empat hari tiga malam. A Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ yang saya minta semalam? B Adakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu Produk” yang saya minta semalam? C Bagaimanakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu Produk” yang saya minta semalam? D Berapa lamakah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia “Satu Desa Satu Produk” yang saya minta semalam? Soalan 15 dan 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 15 Pengurus syarikat itu telah memecat abang Faizal. A Dipecat abang Faizal oleh pengurus syarikat itu. B Abang Faizal telah memecat pengurus syarikat itu. C Abang Faizal telah dipecat oleh pengurus syarikat itu. D Abang Faizal diberhentikan kerja di sebuah syarikat itu. 16 Cikgu Norehan meminta Izuni menggunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi bahan kimia. A “Izuni, tolong gunakan baja organik cecair supaya baja itu tidak mempunyai bahan kimia,” kata Cikgu Norehan.
  • 15. ● MODUL ASPIRASI ● 14 B “Izuni, tolong gunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi bahan kimia,” kata Cikgu Norehan. C “Cikgu Norehan berpesan agar kita menggunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi bahan kimia,” kata Izuni. D “Cikgu Norehan, tolong gunakan baja organik cecair kerana baja itu tidak mengandungi bahan kimia,” kata Izuni. Soalan 17 hingga 20. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang sakit kuning atau “Hepatitis B”. Pakar-pakar perubatan dari Universiti California melalui kajian mereka mendapati bahawa bayi yang baru lahir mudah diserang sakit kuning atau “jaundis”. Jaundis berlaku kepada 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 50% kepada bayi yang cukup bulan. Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan yang buruk sekiranya menghidap sakit kuning. Sekiranya tindakan segera untuk merawat bayi tersebut tidak dilakukan berkemungkinan besar bayi tersebut akan mengalami kecacatan. Satu kaedah rawatan yang sesuai dipraktikkan untuk mengatasi perkara ini adalah dengan meletakkan bayi tersebut di bawah cahaya biru selama lapan belas jam hingga dua puluh empat jam atau lebih. Rawatan ini dikenali sebagai fototerapi. Pakar perubatan sedang memperhalus kaedah rawatan untuk memperoleh kesan yang maksimum kepada bayi yang mengalami jangkitan jaundis. Sementara itu, perkakasan rawatan juga telah diperbaharu dan dipermudah penggunaannya sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan moden. 17 Siapakah yang mempunyai risiko paling tinggi menghidap penyakit kuning? A Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. B Kanak-kanak yang kekurangan pigmen hempedu. C Seseorang yang mengalami kerosakan sel darah merah. D Penghidap penyakit anemia, malaria dan radang paru-paru. 18 Bayi yang lahir tidak cukup bulan dan menghidap sakit kuning perlu mendapat rawatan yang sempurna di hospital supaya A Bayi tersebut tidak diserang sawan B Bayi tersebut tidak mengalami kecacatan C Bayi tersebut tidak mendapat demam yang berpanjangan D Bayi tersebut mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan penyakit. 19 Semua penyataan yang berikut adalah tidak benar tentang penyakit kuning, kecuali A Menjemur bayi di bawah cahaya matahari. B Melakukan suntikan vaksin pembunuh kuman. C Memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan. D Meletakkan bayi di bawah cahaya biru selama dua puluh jam. 20 Rangkai kata kaedah rawatan dalam petikan bermaksud
  • 16. ● MODUL ASPIRASI ● 15 A Cara penjagaan B Langkah perubatan C Aturan kesihatan D Sistem perubatan Bahagian B [30 markah] Soalan 21 (a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat. sebentuk setongkol serumpun secalit sepucuk secolek sebatang sekaki (i) Datin Rosnah memakai _____________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan. (ii) Samy memakan _____________ jagung rebus semasa rehat di kantin sekolahnya. (iii) Nenek menyapu _____________ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya. [3 markah] (b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. Ayat Tanya: Pertandingan berbalas pantun itu akan diadakan di ruang legar dataran arena SK Sungai Rokam, pagi esok.
  • 17. ● MODUL ASPIRASI ● 16 [ 2 markah ] Soalan 22 (a) Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif. Ayat aktif : Mereka mula mendaki gunung itu sejak awal pagi tadi. Ayat pasif : [ 2 markah ] (b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah. Cakap Ajuk : “Kamu mesti memakai tali pinggang keledar semasa di dalam kenderaan,” nasihat Encik Ahmad kepada anak-anaknya. Cakap Pindah : [ 2 markah ] Soalan 23 (a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan. (i) Kai Wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam peti sejuk. (ii) Salman begitu berminat filem “Spiderman” hinggakan dia sanggup menonton filem itu buat kali ketiga. [2 markah] (b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah. (i) Tiap-tiap pagi Zahir dan abangnya akan membeli nasi lemak di warung itu. (ii) Mak Limah merasa sangat gembira kerana akan merayakan Hari Raya Puasa.
  • 18. ● MODUL ASPIRASI ● 17 (iii) Pemuda yang berkemeja lengan panjang itu berasal daripada China. [3 markah] Soalan 24. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Penduduk Kampung Teratai, Kampung Teratai, 97001 Kudat, Sabah. _________________________________________________________________________________ Tuan Pegawai, Jabatan Bekalan Air Daerah, 97001 Kudat, Sabah. 14 JUN 2018. Tuan, Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kampung Teratai Merujuk perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Kampung Teratai ingin membuat aduan kepada pihak tuan berkenaan gangguan bekalan air di kawasan kampung kami. 2. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami penduduk Kampung Teratai telah menghadapi gangguan bekalan air yang berpanjangan. Antara masalah yang dihadapi ialah bekalan air terputus lebih dari 12 jam dan apabila bekalan air kembali pulih, air yang dibekalkan berkeladak dan berwarna kekuningan. 3. Apabila bekalan air terputus, penduduk terpaksa pergi ke sungai yang terletak beberapa kilometer dari rumah untuk kegunaan harian seperti memasak dan mandi. Keadaan ini menyukarkan tugas seharian kami. 4. Di harap agar pihak tuan akan mencari jalan penyelesaian segera untuk menangani masalah kami ini. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, Afendi (MUHAMMAD AFENDI BIN ABDUL AZIZ) Setiausaha, JKKK Kampung Teratai, Kudat, Sabah. (a) Perkataan menangani dalam petikan bermaksud [ 1 markah ] (b) Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Teratai?
  • 19. ● MODUL ASPIRASI ● 18 [ 2 markah ] (c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (i) Aduan tersebut dibuat kepada Tenaga Nasional Berhad. (ii) Kampung Teratai terletak di Kudat, Sabah. BETUL (iii) Penduduk Kampung Teratai menghadapi masalah pencemaran. SALAH (iv) Bekalan air sering terputus melebihi 12 jam sehari. [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah penduduk Kampung Teratai dapat mengatasi masalah tersebut ? [ 3 markah ] Soalan 25. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Citra, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Tidur kepada Kita”. Hadirin yang dihormati, Tidur adalah suatu tugas rutin badan yang dilakukan pada setiap hari. Setiap orang memerlukan tidur yang secukupnya. Tidur dapat merehatkan otak kita. Biasanya tidur dilakukan pada waktu malam. Kadangkala, ada juga orang yang tidur pada waktu siang. Jumlah tidur seseorang adalah berbeza. Orang dewasa memerlukan tidur yang cukup untuk menjaga kesihatannya. Jika seseorang itu bangun daripada tidur dengan rasa yang segar, ini
  • 20. ● MODUL ASPIRASI ● 19 menunjukkan bahawa seseorang itu telah mendapat tidur yang cukup. Ada sesetengah orang menghadapi masalah tidur. Bagi orang dewasa, kesihatan mereka akan terganggu. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas dengan sempurna. Oleh sebab itu, setiap orang harus memastikan bahawa mereka mendapat kualiti tidur yang baik. Sekian, terima kasih. (a) Perkataan rutin dalam petikan bermaksud [ 1 markah ] (b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah. Kesihatan akan terjejas jika seseorang kurang tidur. Kita dapat menumpukan perhatian pada sesuatu tugas jika tidur mencukupi. [ 2 markah ] (c) Apakah yang dialami oleh seseorang yang mendapat tidur yang cukup? [ 2 markah ] (d) Adakah kamu sering menghadapi masalah mengantuk semasa berada di dalam kelas? Mengapa? [ 3 markah ] BAHAGIAN B TAMAT
  • 21. ● MODUL ASPIRASI ● 20 PROGRAM ASPIRASI UPSR TAHUN 2018 “LATIHAN ULANG KAJI 3” BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalamkedua- dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Bagi Bahagian B, jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangjawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. 5. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Untuk Kegunaan Pemeriksa No Soalan Markah 1-20 21 (a) (b) 22 (a) (b) 23 (a) (b) 24 (a) (b) (c) (d) 25 (a)
  • 22. ● MODUL ASPIRASI ● 21 (b) (c) (d) Jumlah 50 Bahagian A [20 markah] Soalan 1 hingga 15. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Yang Berhormat Dato’ Abas menerima sebuah __________ sebagai cenderamata setelah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sentosa. A plak B piala C trofi D medal 2 Di dalam bungkusan ini terdapat sepuluh __________ cendawan dan beberapa __________ asam gelugor. A batang..........biji B ulas..........helai C kaki..........keping D biji..........cebis 3 “Maafkan hamba, Datuk Laksamana. Titah perintah __________ terpaksa hamba jalankan,” kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah. A hamba B tuanku C baginda D tuan hamba 4 Golongan muda yang berwawasan, __________, berpengetahuan tinggi dan berpandangan jauh diperlukan untuk terus membangunkan negara pada masa akan datang. A mundur B dinamik C agresif D pasif 5 Roti kaya itu tidak boleh dimakan kerana ____________ tamat tarikh luputnya. A akan B telah C belum D pernah
  • 23. ● MODUL ASPIRASI ● 22 6 Pak Leman __________ tali pada badan gasing sebelum dia melemparkan gasing itu ke tengah gelanggang. A melilitkan B memintalkan C memutarkan D membelitkan 7 Pihak pengurusan akan __________ cadangan yang dikemukakan oleh kakitangan syarikat bagi meningkatkan prestasi syarikat itu. A menguji-uji B mengamat-amati C mencuba-cuba D meminta-minta 8 Cikgu Wan Suhana telah menyediakan ________ di dewan sekolah yang sungguh kreatif bagi persaraan Guru Besar sekolah kami. A bilik majlis B bual maya C pepijat alaf D latar pentas 9 ______________ penghuni taman Bandar Pulai Jaya itu memasang jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah mereka bagi tujuan keselamatan. A Segala B Sebilangan C Semua D Sekalian 10 Di _________ kampung itu, tercacak dua buah batu nisan yang menjadi tanda tanya penduduk kampung. A bucu B antara C hujung D samping 11 Sawah padi yang terdapat di kawasan Seberang Perak itu __________ luas saujana mata memandang. A dibentang B terbentang C pembentang D membentang 12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Para pekerja yang membaiki kerosakan jalan raya itu bekerja pada waktu malam kerana lalu lintas telah reda.
  • 24. ● MODUL ASPIRASI ● 23 II Murid-murid tahun enam yang berasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan boleh reda tekanan dengan bersenam. III Cikgu Kumari terpaksa campur tangan bagi reda pertengkaran antara kedua-dua murid tersebut. IV Kesedihan Ramesh masih belum reda walaupun sudah sebulan ayahnya meninggal dunia. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 13 Pilih ayat-ayat yang betul. I Sally memberitahu saya bahawa kakaknya akan pulang pada minggu hadapan. II Hasil kerja tangannya baru-baru ini dari yang lain. III Walau bagaimanapun cuaca panas terik, pertandingan hoki itu diteruskan juga. IV Munir berkaki ayam semasa bermain bola sepak di padang. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 14 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi. Sidang akhbar Hidupan Burung 2018 itu diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang penjagaan kebajikan burung. A Apakah tujuan sidang akhbar Hidupan Burung 2018? B Di manakah sidang akhbar Hidupan Burung 2018 itu diadakan? C Bagaimanakah perjalanan sidang akhbar Hidupan Burung 2018? D Pihak manakah yang menganjurkan sidang akhbar Hidupan Burung 2018? Soalan 15 dan 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 15 Dia mencencang sisa makanan itu dan memasukkannya ke dalam tong sampah plastik. A Tong sampah berplastik itu dicencang dan dimasukkan sisa makanan. B Tong sampah berplastik itu dia masukkan sisa makanan yang dicencangnya. C Sisa makanan dia cincang dan dimasukkan ke dalam tong sampah berplastik. D Sisa makanan itu dicincang dan dimasukkannya ke dalam tong sampah berplastik. 16 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Puan Aminah meminta anaknya menghantar makanan kepada pengemis itu. A “Mengapa kamu tidak menghantar makanan kepada pengemis itu?” tanya Puan Aminah kepada anaknya. B “Sudahkah kamu hantar makanan kepada pengemis itu?” tanya Puan Aminah kepada
  • 25. ● MODUL ASPIRASI ● 24 anaknya. C “Jangan lupa hantar makanan kepada pengemis itu,” kata Puan Aminah kepada anaknya. D “Tolong hantar makanan kepada pengemis itu,” kata Puan Aminah kepada anaknya. Soalan 17 hingga 20. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Syasyika : Selamat sejahtera, Pak Idris. Pak Cik Idris : Selamat sejahtera, Syasyika. Syasyika dari mana? Pak cik lihat Syasyika berpeluh- peluh. Syasyika Saya baru lepas bermain bola jaring dengan kawan-kawan. Saya dengar cerita pak cik baru balik dari melancong di Bangkok betul ke? Pak Cik Idris : Betullah apa yang Syasyika dengar. Syasyika : Pak cik, bagaimana caranya hendak pergi ke kota Bangkok? Saya ingin melancong ke sana. Pak Cik Idris : Jika hendak ke sana, lebih baik kamu naik kereta api. Perjalanan kamu sungguh selesa dan kamu juga dapat menjimatkan belanja. Tambahan pula, kamu akan dapat bertemu dengan banyak pelancong asing yang sama-sama menuju ke sana. Syasyika : Pak cik tolonglah ceritakan sedikit tentang perjalanan ke Bangkok itu. Pak Cik Idris : Kereta api Thai ini akan berlepas dari Stesen Butterworth pada waktu tengah hari pada tiap-tiap hari. Perjalanan ke Bangkok itu akan mengambil masa selama 17 jam. Syasyika : Wah, seronoknya! Saya mesti ke sana dalam tahun ini juga, pakcik! Pak Cik Idris : Sebelum kamu pergi dengarlah dulu pesanan pak cik ini. Sediakan pasport antarabangsa sebelum kamu ingin masuk ke mana-mana negara asing. Dalam perjalanan ke Bangkok kamu akan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Syasyika : Oh, begitu! Baiklah pak cik, hari pun hampir senja. Saya minta izin untuk pulang dahulu. Terima kasih atas penerangan pak cik itu tadi. Selamat tinggal, pak cik. Pak Cik Idris : Baiklah. Selamat jalan 17 Pada pendapat anda, di manakah dialog ini berlaku? A Di gerai pasar malam B Di pejabat guru besar C Di rumah Pak cik Idris D Di hospital 18 Perbualan antara Syasyika dengan Pak cik Idris adalah tentang ...
  • 26. ● MODUL ASPIRASI ● 25 A cara-cara menjimatkan kos percutian B cara-cara hendak melancong di kota Bangkok C persediaan dan persiapan sebelum pergi ke kota Bangkok D keindahan dan kehebatan khazanah lama di kota Bangkok 19 Mengapakah penumpang mesti berhenti di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok? A Untuk pemeriksaan imigresen dan kastam B Untuk penukaran mata wang oleh imigresen C Untuk pemeriksaan kastam dan berehat sebentar D Untuk memastikan perjalanan lebih lama 20 Jika kereta api Thai yang dinaiki oleh Syasyika bertolak pukul 12.00 tengah hari pada 10 Mac 2018, bilakah Syasyika akan sampai di kota Bangkok? A Jam 4.00 pagi pada 11 Mac 2018 B Jam 4.00 pagi pada 10 Mac 2018 C Jam 5.00 pagi pada 11 Mac 2018 D Jam 5.00 pagi pada 10 Mac 2018
  • 27. ● MODUL ASPIRASI ● 26 Bahagian B [30 markah] Soalan 21 (a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat. serawan sepucuk seulas sekapur sekepal sekaki seketul selaras (i) Nelayan itu memikul _________ jala dan menjinjing sebakul ikan hasil tangkapannya. (ii) Sebelum makan nenek sempat menjamah __________ sirih dan seulas pinang. (iii) Pihak polis telah menemui __________ senapang ketika menyerbu rumah kongsi itu. [3 markah] (b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. Ayat Tanya: Tidak, saya tidak pernah menghalang anak-anak saya menceburi bidang sukan
  • 28. ● MODUL ASPIRASI ● 27 [ 2 markah ] Soalan 22 (a) Bina ayat aktif berdasarkan ayat pasif yang diberikan. Ayat pasif : Sekolah itu terpaksa ditutup oleh pihak kerajaan selama beberapa hari kerana telah dilanda banjir. Ayat aktif : [ 2 markah ] (b) Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah. Cakap Ajuk : “Tahniah, Danial kerana mendapat markah penuh dalam semua mata pelajaran,” kata Rajan. Cakap Pindah : [ 2 markah ] Soalan 23 (a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul dalam ruangan yang disediakan. (i) Sebagai murid, kita hendaklah terhindar diri daripada sebarang aktiviti yang tidak sihat. (ii) Pembinaan jalan raya itu dipercepatkan oleh pihak kerajaan memandangkan keperluannya kepada masyarakat. [2 markah] (b) Tandakan (√) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah. (i) “Patik ingin memohon perkenan ayahanda agar membenarkan adinda turut serta dalam rombongan ini,” sembah Putera Kamal kepada Sultan Alauddin.
  • 29. ● MODUL ASPIRASI ● 28 (ii) Setelah lima tahun mengharungi latihan perguruan, kakak akan mula mengajar di sekolah pada minggu depan. (iii) Murid-murid tahun enam yang berasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan boleh reda tekanan dengan bersenam. [3 markah] Soalan 24. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. No. 331, Jalan 110/2F, Kampung Cempaka Sari, 31300 Ipoh, Perak. _______________________________________________________________________________ Pengarah, Jabatan Bekalan Air, Jalan Panglima Bukit Gantang, 31300 Ipoh, Perak. 10 JULAI 2018. Tuan, Aduan Paip Bocor Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa paip utama yang menyalurkan bekalan air ke kawasan ini telah bocor. Kejadian ini disedari oleh penduduk di sini pada 8 Julai, iaitu dua hari yang lepas, jam 10:00 pagi. 2. Saya mewakili penduduk kawasan ini telah memaklumkan hal ini kepads Jabatan Bekalan Air. Mereka berjanji akan mengurus hal tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan pembaziran air terus berlaku. 3. Namun demikian, sehingga hari ini masalah itu belum lagi diatasi, Beratus-ratus gelen air terbuang begitu sahaja, manakala penduduk di kawasan ini pula terputus bekalan air. Keadaan ini menyebabkan kami menjalani kehidupan yang agak sukar, terutamanya untuk mengurus keperluan harian seperti mandi, membasuh, dan sebagainya. 4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Jabatan Bekalan Air dapat bertindak dengan segera untuk membaiki paip yang bocor itu. Atas kerjasama pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, MuhammadHadi (MUHAMMAD HADI BIN FIRDAUS) Wakil Penduduk, Kampung Cempaka Sari. (a) Perkataan pembaziran dalam petikan bermaksud [ 1 markah ]
  • 30. ● MODUL ASPIRASI ● 29 (b) Bilakah laporan tentang masalah itu pertama kali dibuat? [ 2 markah ] (c) Padankan penyataan yang betul berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (i) Penduduk menyedari kejadian paip bocor pada 10 Julai yang lalu. (ii) Masalah paip bocor telah lama berlarutan. BETUL (iii) Ketiadaan bekalan air menyukarkan penduduk mengurus keperluan harian. SALAH (iv) Jabatan Bekalan Air telah bertindak dengan segera untuk membaiki paip yang bocor itu. [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, mengapakah kita tidak harus membazir air? [ 3 markah ] Soalan 25. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara melahirkan Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat membawa maksud berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini bertentangan dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan. Hadirin yang dikasihi, Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawal nafsu ketika berbelanja.
  • 31. ● MODUL ASPIRASI ● 30 Walaupun banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang perlu sahaja. Jika ada duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu. Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya berjimat cermat walaupun anak kemungkinan kecil hati. Jangan memberikan wang yang banyak kepada mereka sebagai belanja persekolahan kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang diperoleh oleh anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank. Hadirin yang dimuliakan, Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah merupakan satu cara berjimat. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan. Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan berkhasiat. Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita. Sekian, terima kasih. (a) Perkataan kepapaan dalam petikan bermaksud [ 1 markah ] (b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah. Bank merupakan tempat yang tidak selamat untuk menyimpan wang. Membawa bekal merupakan salah satu amalan berjimat cermat. [ 2 markah ] (c) Mengapakah kita tidak digalakkan untuk memberikan wang yang banyak kepada anak-anak? [ 2 markah ] (d) Pada pendapat kamu, wajarkah kita menyimpan wang di rumah? Jelaskan. [ 3 markah ]
  • 32. ● MODUL ASPIRASI ● 31 BAHAGIAN B TAMAT