MODEL 7
1(a) Apakah yang dimaksudkan dengan air
tanih? [3]
Air tanah ialah air yang terdapat di dalam tanah dan terbahagi
kepada dua zon, iaitu zon tepu dan zon tidak tepu. Zon tidak
tepu terdiri daripada campuran pepejal, iaitu tanah, air dan udara.
Zon tepu ia!ah semua rongga dalam tanah yang dipenuhi dengan air
dan lembapan. Zon ini disebut sebagai air bawah tanah.
1(b) Terangkan dua peranan tumbuhan
terhadap kitaran hidrologi. [4]
i. Peranan utama tumbuh-tumbuhan terhadap kitaran hidrologi ialah
proses perpeluhan. Proses perpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan
membebaskan wap air ke atmosfera. Wap air yang banyak di
atmosfera akan melekat pada zarahzarah hidroskopik seperti debu
halus dan sebatian garam (natrium klorida) dan seterusnya akan
membentuk awan. Apabila bintik air di atmosfera semakin berat,
bintik air tersebut akan jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan.
1(b) Terangkan dua peranan tumbuhan
terhadap kitaran hidrologi. [4]
ii. Peranan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi dapat dilihat
melalui resapan air ke dalam tanah atau infiltrasi. Proses resapan
akan meningkat kerana akar-akar pokok menggalakkan resapan
air ke dalam tanah dalam bentuk titisan dan halajunya telah
berkurangan. Pengurangan titisan hujan yang jatuh ke permukaan
bumi membantu meningkatkan proses resapan air ke dalam
tanah.
1(b) Terangkan dua peranan tumbuhan
terhadap kitaran hidrologi. [4]]
iii. Tumbuh-tumbuhan juga berupaya untuk melakukan proses
pintasan. Litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak akan
mengurangkan halaju hujan yang jatuh ke permukaan bumi
kerana mengalami proses pintasan. Air hujan yang dipintas akan
disejat semula ke atmosfera dan sebahagian lagi menitis jatuh ke
tanah.
1(b) Terangkan dua peranan tumbuhan
terhadap kitaran hidrologi. [4]
iv. Litupan tumbuh-tumbuhan yang tebal dipermukaan bumi juga
mengurangkan proses air larian permukaan. Litupan tumbuhan
juga membantu proses resapan air hujan ke dalam tanah.
Ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan sebahagian besar air
hujan jatuh secara terus ke permukaan bumi. Hal ini, seterusnya
meningkatkan proses air larian permukaan.
1(c) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi
proses pemeluwapan. [4]
i. Terdapat partikel-partikel halus atau nukleus pemeluwapan seperti
garam laut, partikel asap atau debu dari kilang dan partikel organik.
Wap air yang terpeluwap akan melekat pada zarah berkenaan.
ii. Kandungan wap air yang mencukupi. Kandungan wap air yang
mencukupi akan mempercepatkan proses pemeluwapan kerana
kandungan wap air yang banyak memerlukan sedikit sahaja
penambahan wap air untuk mempercepatkan proses pemeluwapan.
1(c) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi
proses pemeluwapan. [4]
iii. Penyejukan udara di bawah takat mengembum. Penyejukan udara di
bawah takat mengembun akan mengubah wap air kepada bintik-bintik
air. Penyejukan udara di bawah takat mengembun apabila kelembapan
udara mencapai 100%.
iv. Pembebasan haba pendam. Haba pendam ialah haba yang tersimpan
dalam wap air semasa berlakunya proses sejatan air (cecair menjadi wap).
Apabila haba pendam dibebaskan sepenuhnya wap air akan mengalami
penyejukan dan seterusnya mempercepatkan proses pemeluwapan.
air
1(d) Jelaskan dua punca pencemaran sumber
air bawah tanah. [4]
i. Penggunaan baja organik dan racun serangga dalam sektor pertanian
menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air bawah tanah.
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan ini meresap maşuk ke dalam
tanah. Penggunaan baja organik menyebabkan kandungan ammonia dalam
sumber air bawah tanah.
ii. Pembuangan Sisa toksik dari sektor perindustrian yang menyumbang
kepada pencemaran sumber air bawah tanah. Resapan Sisa perindustrian
seperti plumbum juga menj adi punca pencemaran air bawah tanah.
air
1(d) Jelaskan dua punca pencemaran sumber
air bawah tanah. [4]
iii. Hujan asid yang turun ke permukaan bumi juga menyebabkan berlakunya
pencemaran sumber air bawah tanah. Hujan asid terbentuk apabila air
hujan bertindak balas dengan beberapa gas pencemar di atmosfera seperti
karbon monoksida, sulfur dan nitrogen oksida.
iv. Pembuangan sampah şarap. Pembuangan sampah dalam jangka masa
panjang menyebabkan berlakunya proses larut resap bahan-bahan
pencemar ke dalam lapisan air bawah tanah.
air
2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan banjir?
[4]
Banjir merujuk kepada keadaan air yang menenggelami atau
menggenangi kawasan yang luas. Banjir terjadi apabila
terdapat imbangan air positif atau lebihan air, bila jumlah
kerpasan terutama hujan yang turun bumi melebihi kadar
sejatan air dan perpeluh ke atmosfera dalam tempoh yang
panjang.
air
2(b) Jelaskan lima kesan banjir terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
Hakisan tanah merupakan salah satu kesan kejadian banjir.
Hakisan tanah terjadi disebabkan aliran air permukaan yang deras
semasa kejadian banjir. Alir air permukaan yang deras berupaya
menghakis permukaan tanah terutamanya di atas permukaan cerun.
air
2(b) Jelaskan lima kesan banjir terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
Proses pemendapan juga berlaku selepas banjir. Apabila air sungai
melimpahi tebing, bahan-bahan yang dibawa oleh arus sungai seperti
kelodak dan lumpur akan dimendapkan di sekitar tebing sungai yang
akan membentuk dataran banjir.
air
2(b) Jelaskan lima kesan banjir terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
Banjir menyebabkan tanah runtuh. Banjir menyebabkan ikatan
jisim tanah menjadi longgar dan berat apabila air meresap dalam
tanah. Air banjir yang maşuk dalam tanah bertindak sebagai pelincir
dan pemberat untuk memudahkan proses runtuhan.
air
2(b) Jelaskan lima kesan banjir terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
Banjir menyebabkan gangguan terhadap ekosistem terutamanya
hutan. Penenggelaman sesuatu kawasan bagi satu tempoh masa
yang lama boleh menyebabkan banyak tumbuhan mati. Selain
daripada itu, ia juga boleh menjejaskan habitat dan rantaian makanan
pelbagai jenis hidupan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem.
air
2(b) Jelaskan lima kesan banjir terhadap alam
sekitar fizikal. [10]
Banjir menyebabkan pencemaran sumber air permukaan seperti
air sungai dan tasik. Kemasukan lumpur dan kelodak ke dalam
sungai semasa banjir disebabkan hakisan tanah yang menyebabkan
air menjadi keruh dan berkelodak.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Sumber air bawah
tanah dieksploitasi dengan membina perigi dan menggunakan
kaedah pam untuk menyedut air dari dalam tanah.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan dengan
menyembur larutan garam ke dalam udara menggunakan pesawat
kecil terutama di kawasan tadahan air dan empangan. Larutan garam
membolehkan wap-wap air melekat padanya dan mempercepatkan
kejadian hujan.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Memproses air daripada lombong dan tasik. Air daripada
lombong dan tasik boleh diproses semula dengan membuang
mikroorganisma.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Mengitar semula air yang telah digunakan terutamanya air yang
digunakan untuk kegunaan domestik. Contohnya, Singapura telah
menjalankan dasar mengitar semula air yang dikenali sebagai
NeWater.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Mengekalkan kawasan tadahan air bagi mengatasi kekurangan
sumber bekalan air. Pemeliharaan kawasan hutan daripada aktiviti
penyahhutanan penting bagi mengekalkan sumber air bawah tanah
dan kawasan tadahan air hujan.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Proses penyahgaraman. Proses ini dijalankan di negara Asia Barat
bagi mengatasi masalah kekurangan air. Proses penyahgaraman
dilakukan dengan membuang garam yang terdapat dalam air laut.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Pelaksanaan kempen. Masyarakat harus disedarkan betapa
pentingnya penggunaan air secara berhemah bagi mengelakkan
pembaziran sumber air. Kempen-kempen harus dilakukan melalui
media cetak mahupun media elektronik.
air
2(c) Jelaskan lima cara bagaimana manusia
mengatasi masalah kekurangan air. [10]
Majlis Sumber Air Negara ditubuhkan berperanan untuk
merancang dan mengurus sumber air negara. Contohnya, membina
Empangan Kelinci dan Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan.
air
3(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
pencemaran udara? [4]
Pencemaran udara ialah kehadiran sejumlah bahan pencemar
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida,
metana dan zarah-zarah bukan gas seperti habuk dan debu
dalam udara yang akan mengubah kualiti dan komposisi udara.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Fenomena El Nino atau kemarau panjang yang melanda negara-
negara Asia Tenggara menyebabkan berlakunya kebakaran hutan secara
semula jadi. Kebakaran hutan membebaskan habuk dan asap ke
atmosfera dan seterusnya menghasilkan kejadian jerebu. Contohnya,
fenomena El Nino yang yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997
menyebabkan sebahagian besar Asia Tenggara dilanda masalah jerebu.
Partikel-partikel yang lebih halus terampai lebih lama dan memainkan
peranan sebagai nukleus higroskopik.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi membebaskan gas
pencemar seperti gas sulfur dan partikulat-partikulat terampai ke
udara. Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo di Filipina
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Gas sulfur ialah bahan
yang sangat berbahaya yang boleh larut dalam air. Apabila wujud
dalam bentuk kimia, gas sulfur boleh menghakis setelah membentuk
asid sulfurik lemah selepas teroksida.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Kejadian ribut debu menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
Ribut debu menerbangkan debu halus ke udara. Dianggarkan 90%
daripada zarah atmosfera datangnya daripada puncapunca semula
jadi dan 80% daripadanya terdapat di lapisan atmosfera bawah.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Kegiatan perindustrian yang membebaskan asap dan gas yang
menyebabkan pencemaran udara. Gas-gas yang dibebaskan oleh
sektor perindustrian ialah nitrogen oksida, sulfur dioksida, kadmium,
berilium, hidrogen sulfida, florin dan asbestos.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Pembebasan asap daripada kenderaan bermotor yang
merupakan penyumbang kepada masalah pencemaran udara.
Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor membebaskan
asap dan gas karbon monoksida, plumbum, nitrogen oksida dan
hidrokarbon. Sektor pengangkutan ini merupakan penyumbang
kepada masalah pencemaran udara. Karbon monoksida yang
melebihi 100 bpj boleh membahayakan kesihatan manusia.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan sampah
membebaskan partikel-partikel halus seperti bau, asap toksik dan
karbon dioksida yang turut menyumbang kepada masalah
pencemaran udara dan jerebu. Contohnya, pembakaran sisa PVC
menbebaskan hidrogen klorida dan pembakaran hutan di Sumatera
dan Kalimantan menyebabkan sebahagian besar negara di Asia
Tenggara mengalami jerebu.
air
3(b) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan
berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10]
Kegiatan penyahhutanan seperti pembalakan, pembukaan
kawasan pertanian, petempatan dan pembinaan infrastruktur
menyebabkan berlakunya peningkatan karbon dioksida dalam udara
kerana kekurangan proses fotosintesis.
air
3(c) Jelaskan lima kesan pencemaran udara dan
jerebu terhadap alam sekitar. [10]
Gas pencemar udara seperti karbon monoksida menyebabkan
sakit kepala dan mengurangkan prestasi fizikal dan nitrogen oksida
boleh menyebabkan bronkitis. Karbon monoksida bertindak balas
dengan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen yang dibawa
oleh darah semakin berkurang.
air
3(c) Jelaskan lima kesan pencemaran udara dan
jerebu terhadap alam sekitar. [10]
Mengurangkan jarak penglihatan seterusnya mengganggu
pengangkutan udara dan pengangkutan darat. Di samping itu, jerebu
juga menyebabkan indek penglihatan kurang dan akan menyebabkan
berlakunya kemalangan jalan raya.
air
3(c) Jelaskan lima kesan pencemaran udara dan
jerebu terhadap alam sekitar. [10]
Kegiatan pertanian turut terjejas semasa berlakunya semasa
kejadian jerebu. Jerebu menyebabkan jumlah cahaya matahari yang
sampai ke permukaan sedikit dan menjejaskan proses fotosintesis
serta tumbesaran pokok. Habuk dan debu yang melekat pada daun
menghalang stoma daripada menyerap karbon dioksida.
air
3(c) Jelaskan lima kesan pencemaran udara dan
jerebu terhadap alam sekitar. [10]
Terbentuknya hujan asid. Hujan asid terbentuk daripada air hujan
bercampur dengan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur
dioksida yang menghasilkan asid sulfurik.
air
3(c) Jelaskan lima kesan pencemaran udara dan
jerebu terhadap alam sekitar. [10]
Sektor pelancongan terjejas. Keadaan jerebu yang tebal akan
mengurangkan kehadiran pelancong ke sesebuah negara disebabkan
ancaman kesihatan dan pengangkutan udara yang tergendala.
air
4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
penyahhutanan? [3]
Penyahhutanan ialah proses pemusnahan hutan dalam skala yang
luas untuk pelbagai tujuan seperti pembalakan, petempatan
dan pertanian.
air
4(b) Jelaskan tiga kepentingan sumber hutan kepada
manusia. [6]
i. Pembalakan. Sektor perhutanan merupakan sumber kayu bagi aktiviti
pembalakan. Hutan hujan Tropika kaya dengan pelbagai spesies pokok
kayu keras seperti cengal, meranti, seraya dan keruing. Terdapat 800
spesies pokok kayu balak dalam ekosistem hutan hujan Tropika.
ii. Ekopelancongan. Selain sumber kayu balak, hutan juga berperanan
sebagai kawasan ekopelancongan yang penting. Ekopelancongan ialah
lawatan ke persekitaran semula jadi seperti kawasan hutan, pantai, pulau
dan sebagainya untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan
mengekalkan biodiversiti.
air
4(b) Jelaskan tiga kepentingan sumber hutan kepada
manusia. [6]
iii. Sumber hasil bukan kayu. Sumber bukan kayu seperti rotan yang
terdapat dalam hutan hujan Tropika merupakan bahan penting yang
digunakan dalam pembuatan perabot. Dalam hutan hujan Tropika
terdapat 400 spesies jenis rotan.
iv. Sumber perubatan. Hutan hujan Tropika mempunyai 6 000 spesies
pokok ubat-ubatan. Antaranya, ialah pokok tongkat ali, kacip fatimah,
tunjuk langit, ubi sembelit tujuh dan pokok bintagor tandan.
air
4(b) Jelaskan tiga kepentingan sumber hutan kepada
manusia. [6]
v. Sumber kajian dan penyelidikan. Institusi pangajian tinggi menjalankan
kajian terhadap bilangan spesies yang wujud, mengetahui baka tumbuhan
dan haiwan yang telah pupus. Maklumat yang lengkap diperlukan untuk
usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
vi. Sumber makanan. Masyarakat orang Asli yang tinggal di kawasan
pendalaman menjadikan hutan sebagai tempat untuk mereka menjalankan
aktiviti memburu haiwan liar bagi mendapatkan sumber makanan.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
i. Kepupusan spesies. Hutan hujan Tropika merupakan habitat
pelbagai jenis hidupan. Kemusnahan hutan disebabkan
pembinaan petempatan, infrastruktur dan pembinaan empangan
yang melibatkan penerokaan hutan dalam skala yang tinggi. Hal
ini, akan mengancam biodiversiti dalam sesebuah ekosistem.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
ii. Peningkatan suhu setempat. Kekurangan litupan hutan hujan
Tropika menyebabkan kandungan karbon dioksida dalam udara
tinggi. Peningkatan kandungan gas karbon dioksida dalam udara
menyebabkan daya serap haba semakin tinggi, manakala
pembebasan bahangan bumi ke atmosfera sedikit.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
iii. Kelembapan udara yang rendah. Kekurangan tumbuh-
tumbuhan menyebabkan proses transpirasi atau perpeluhan
tidak berlaku. Proses perpeluhan ialah pembebasan wap air ke
atmosfera oleh tumbuhan melalui stoma daun. Kekurangan wap
air yang terbebas ke atmosfera akan menyebabkan kelembapan
bandingan di sesuatu tempat menjadi semakin rendah.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
iv.Kekurangan simpanan air bawah tanah. Kekurangan
tumbuh-tumbuhan menyebabkan kadar resapan air ke dalam
tanah semakin berkurang. Air hujan jatuh secara terus dari
permukaan bumi tanpa melalui proses pintasan yang boleh
memperlahankan halaju air hujan dan menjadi air larian
permukaan.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
v. Hakisan tanah dan pergerakan jisim. Ketiadaan dan kekurangan
tumbuhtumbuhan akan menyebabkan permukaan tanah terdedah
kepada titisan air hujan. Hujan yang jatuh secara terus ke permukaan
bumi akan mengalir sebagai air larian permukaan dan menghakis
permukaan tanah terutamanya di kawasan cerun bukit. Pergerakan
jisim pula berlaku kerana ketiadaan tumbuhan menyebabkan struktur
tanah dipermukaan cerun menjadi longgar dan jatuh dalam bentuk
gelongsoran.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
vi.Kekurangan sumber makanan. Masyarakat orang Asli
bergantung kepada sumber hutan akan terjejas apabila
kemusnahan hutan hujan Tropika. Kemusnahan hutan membawa
kepada kemusnahan kepelbagaian biologi. Kehilangan biologi
akan menjejaskan keseimbangan ekosistem.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
vii. Kemerosotan kesuburan tanah. Kekurangan litupan hutan
hujan Tropika menyebabkan tanah menjadi tidak subur. Tanah
menjadi tidak subur disebabkan lapisan humus tidak terbentuk.
Lapisan humus ialah tanah yang subur dipermukaan bumi yang
terbentuk daripada pereputan tumbuhan yang mati.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
viii. Kekurangan bekalan oksigen. Dalam proses fotosintesis,
tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia atau
haiwan dan menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh
manusia atau haiwan. Kekurangan tumbuhan juga
menyebabkan kandungan oksigen berkurangan.
air
4(c) Jelaskan tiga kesan aktiviti penyahhutanan
terhadap alam sekitar fizikal. [6]
ix.Menjejaskan bekalan air. Kekurangan proses resapan air
menyebabkan kandungan air bawah tanah semakin berkurangan.
air
5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
ketidakseimbangan pembangunan? [5]
Ketidakseimbangan pembangunan merupakan [kemajuan
sosioekonomi yang tidak sama] [antara wilayah di dalam
sesebuah negara] yang [berdasarkan kepada KDNK, kuasa
beli, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan pemilikan
barangan].
air
5(b) Mengapakah berlakunya ketidakseimbangan
pembangunan di Malaysia. [8]
Perbezaan bentuk muka bumi. Kawasan bertanah tinggi seperti
di pendalaman Sabah dan Sarawak merupakan kawasan yang
mundur. Kawasan tanah pamah yang rata dan luas menjadi kawasan
tumpuan penduduk kerana aktiviti pertanian, pembinaan jalan raya
dan petempatan sesuai dijalankan.
air
5(b) Mengapakah berlakunya ketidakseimbangan
pembangunan di Malaysia. [8]
Taburan sumber mineral. Kawasan yang kaya dengan sumber
mineral mempunyai tahap pembangunan yang tinggi berbandingan
dengan kawasan yang tidak mempunyai sumber alam. Contohnya,
perkembangan petempatan di kawasan lombong bijih timah
menyebabkan kemunculan bandar seperti Kuala Lumpur, Seremban
dan Ipoh. Petempatan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas
seperti jalan raya, kemudahan kesihatan, landasan kereta api dan
sebagainya.
air
5(b) Mengapakah berlakunya ketidakseimbangan
pembangunan di Malaysia. [8]
Sejarah. Kawasan yang maju di Malaysia merupakan kawasan
awal yang dimajukan oleh pihak penjajah. Contohnya,
pembangunan di pantai barat Semenanjung Malaysia oleh pihak
penjajah yang menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan
raya, landasan kereta api, kemudahan kesihatan, pendidikan,
pelabuhan dan sebagainya.
air
5(b) Mengapakah berlakunya ketidakseimbangan
pembangunan di Malaysia. [8]
Dasar kerajaan. Selepas mencapai kemerdekaan, pembangunan lebih
tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pembinaan infrastruktur
seperti jalan raya dan lebuh raya lebih tertumpu pantai barat Semenanjung
Malaysia. Contohnya, pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan yang
menghubungkan Bukit Kayu Hitam di Kedah dengan Johor Bahru. Selain itu,
kerajaan juga banyak membina institusi pengajian tinggi awam di pantai barat
Semenanjung Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
air
5(c) Jelaskan empat langkah yang telah diambil oleh kerajaan
untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12]
Pembangunan insitu. Pembangunan insitu ialah pembangunan kawasan
desa atau luar bandar. Pembangunan insitu penting kerana jumlah
penduduk yang tinggal di luar bandar masih tinggi dan berada dalam
kemiskinan. Pembangunan ini melibatkan beberapa strategi seperti aktiviti
penanaman semula, khidmat nasihat dan pemulihan tanah terbiar.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi-agensi
kerajaan seperti RISDA, FELCRA, MARDI, RRIM, Jabatan Pertanian dan
sebagainya terlibat secara langsung dalam pembangunan insitu.
air
5(c) Jelaskan empat langkah yang telah diambil oleh kerajaan
untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12]
Pembangunan Pertanian Secara Bersepadu (IADP). Matlamat
Dasar Pertanian Bersepadu ialah meningkatkan produktiviti dan
memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan dengan
sektor lain dapat dikurangkan, memodenkan sektor pertanian dan
industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan
tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran, membangunkan
golongan sasar supaya masyarakat menjadi lebih berdisiplin, berdikari
dan bersemangat keusahawanan.
air
5(c) Jelaskan empat langkah yang telah diambil oleh kerajaan
untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12]
Membina infrastruktur dan kemudahan asas di luar bandar.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan
raya, menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik, klinik
kesihatan, bekalan air bersih, sekolah, institusi pengajian tinggi
awam dan jaringan komunikasi di pantai timur Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.
air
5(c) Jelaskan empat langkah yang telah diambil oleh kerajaan
untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12]
Perkembangan industri luar bandar. Kerajaan telah
memindahkan kawasan industri perkilangan ke kawasan luar bandar
bagi membangunkan kawasan tersebut serta mengurangkan kadar
migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar. Contohnya, kerajaan
telah mewujudkan Taman Teknologi di Kulim, Kedah bagi
merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di negeri Kedah.
air
5(c) Jelaskan empat langkah yang telah diambil oleh kerajaan
untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12]
Meningkatkan kemahiran penduduk di kawasan luar bandar.
Kerajaan telah menyediakan program-program kemahiran dan
latihan dalam bidang pertukangan, jahitan, bakeri, hospitaliti, kraf
tangan, mekanik dan pemprosesan makanan. Agensi-agensi kerajaan
yang membantu melaksanakan program latihan kepada penduduk di
luar bandar seperti Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti dan Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
air
6(a) Apakah yang dimaksudkan dengan
globalisasi ekonomi? [5]
Globalisasi ialah perkembangan pergantungan kepada antara
negara di serata dunia dan sempadan ekonorni negara-negara
akan hilang dan menjadi satu unit yang boleh dihubungkan
dengan cepat, mudah dan pantas. Proses globalisasi berlaku
melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urus niaga
dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang
lebih bebas dan penyebaran teknologi.
air
6(b) Mengapakah wujudnya saling kebergantungan
pembangunan di Malaysia? [10]
Pelaburan. Sesebuah negara bergantung kepada sebuah negara lain
untuk mendapatkan pelaburan modal. Pelaburan merujuk kepada
penanaman modal oleh syarikat-syarikat tertentu dalam pelbagai sektor
ekonomi seperti industri pembuatan, pengangkutan dan pelancongan.
Contohnya, Shell, Petron dan Esso dalam industri petroleum dan gas
asli. Dalam bidang automotif pula terdapat beberapa buah syarikat
multinasional seperti Honda, Nissan, Toyota, General Motor dan
sebagainya.
air
6(b) Mengapakah wujudnya saling kebergantungan
pembangunan di Malaysia? [10]
Pengeluaran. Kemasukan pelabur asing ke dalam negara
meningkatkan pengeluaran barangan. Contohnya, di Malaysia
pelaburan asing yang banyak dalam industri pembuatan telah
Berjaya meningkatkan hasil pengeluaran. Peningkatan hasil keluaran
industri pembuatan seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK).
air
6(b) Mengapakah wujudnya saling kebergantungan
pembangunan di Malaysia? [10]
Teknologi. Pemindahan teknologi berlaku melalui pelaburan
syarikat negara maju ke negara membangun melalui perjanjian
usaha sama yang telah dibuat antara kedua-dua buah negara.
Contohnya, kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian usaha sama
dengan syarikat automotif Jepun, iaitu Mitsubishi Motor
Corporation bagi membangunkan industri automotif di negara ini.
air
6(b) Mengapakah wujudnya saling kebergantungan
pembangunan di Malaysia? [10]
Pasaran. Sesebuah negara terpaksa bergantung kepada sebuah
negara lain untuk memasarkan hasil keluaran negara. Contohnya,
Malaysia terpaksa bergantung kepada pasaran AFTA, pasaran
Amerika Syarikat, pasaran Eropah, pasaran Asia Pasifik dan
sebagainya bagi memasarkan barangan keluaran pertanian dan
barangan industri pembuatan.
air
6(b) Mengapakah wujudnya saling kebergantungan
pembangunan di Malaysia? [10]
Bekalan buruh. Sesebuah negara terpaksa bergantung kepada
sebuah negara yang lain untuk mendapatkan tenaga buruh sama ada
tenaga buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Perluasan pasaran. Pasaran barangan Malaysia di luar negara
meningkatkan pendapatan negara. Kemasukan pelbagai barangan
dari negara luar ke negara ini pula memberi banyak pilihan
kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Pemindahan teknologi. Kerjasama Malaysia dengan negara
maju membawa kepada pemindahan teknologi moden ke negara
ini. Contohnya, kerjasama antara Malaysia dengan Jepun yang
membawa kepada pemindahan teknologi automotif ke negara ini.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Produk berkualiti. Globalisasi ekonomi menyebabkan negara-
negara di dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan produk
yang berkualiti dan berdaya saing bagi memastikan produk yang
dikeluarkan dapat menembusi pasaran antarabangsa.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Perdagangan bebas. Globalisasi ekonomi menyebabkan
perdagangan terbuka dan tiada sekatan dengan pengenalan kadar
tarif yang rendah. Keadaan ini menggalakkan perkembangan
perdagangan antara negara-negara.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Penguasaan ekonomi. Kemasukan banyak pelabur asing ke
sesebuah negara menyebabkan ekonomi negara tersebut dikuasai
oleh syarikat asing. Keadaan ini disebabkan syarikat asing yang
melaburkan modal dan membawa modal yang besar.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Ancaman kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana
(IKS). Produk keluaran IKS tidak mampu bersaing dengan
produk keluaran syarikat asing. Keadaan ini akan mengurangkan
pasaran produk keluaran IKS tempatan dan seterusnya
menjejaskan pendapatan pengusaha IKS.
air
6(b) Jelaskan lima kesan globalisasi. [10]
Persaingan buruh. Kemasukan buruh asing menyebabkan
buruh tempatan kekurangan kerja dan meningkatkan kadar
pengangguran di negara ini. Buruh asing dibayar dengan upah
yang rendah menyebabkan majikan lebih memilih untuk menggaji
buruh asing. Di samping itu, kemasukan buruh dari Indonesia,
Bangladesh dan Vietnam menyebabkan berlakunya masalah sosial
yang serius di negara ini.
air

Model Latih Tubi 7

  • 1.
  • 2.
    1(a) Apakah yangdimaksudkan dengan air tanih? [3] Air tanah ialah air yang terdapat di dalam tanah dan terbahagi kepada dua zon, iaitu zon tepu dan zon tidak tepu. Zon tidak tepu terdiri daripada campuran pepejal, iaitu tanah, air dan udara. Zon tepu ia!ah semua rongga dalam tanah yang dipenuhi dengan air dan lembapan. Zon ini disebut sebagai air bawah tanah.
  • 3.
    1(b) Terangkan duaperanan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi. [4] i. Peranan utama tumbuh-tumbuhan terhadap kitaran hidrologi ialah proses perpeluhan. Proses perpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan membebaskan wap air ke atmosfera. Wap air yang banyak di atmosfera akan melekat pada zarahzarah hidroskopik seperti debu halus dan sebatian garam (natrium klorida) dan seterusnya akan membentuk awan. Apabila bintik air di atmosfera semakin berat, bintik air tersebut akan jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan.
  • 4.
    1(b) Terangkan duaperanan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi. [4] ii. Peranan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi dapat dilihat melalui resapan air ke dalam tanah atau infiltrasi. Proses resapan akan meningkat kerana akar-akar pokok menggalakkan resapan air ke dalam tanah dalam bentuk titisan dan halajunya telah berkurangan. Pengurangan titisan hujan yang jatuh ke permukaan bumi membantu meningkatkan proses resapan air ke dalam tanah.
  • 5.
    1(b) Terangkan duaperanan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi. [4]] iii. Tumbuh-tumbuhan juga berupaya untuk melakukan proses pintasan. Litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak akan mengurangkan halaju hujan yang jatuh ke permukaan bumi kerana mengalami proses pintasan. Air hujan yang dipintas akan disejat semula ke atmosfera dan sebahagian lagi menitis jatuh ke tanah.
  • 6.
    1(b) Terangkan duaperanan tumbuhan terhadap kitaran hidrologi. [4] iv. Litupan tumbuh-tumbuhan yang tebal dipermukaan bumi juga mengurangkan proses air larian permukaan. Litupan tumbuhan juga membantu proses resapan air hujan ke dalam tanah. Ketiadaan litupan tumbuhan menyebabkan sebahagian besar air hujan jatuh secara terus ke permukaan bumi. Hal ini, seterusnya meningkatkan proses air larian permukaan.
  • 7.
    1(c) Jelaskan duafaktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan. [4] i. Terdapat partikel-partikel halus atau nukleus pemeluwapan seperti garam laut, partikel asap atau debu dari kilang dan partikel organik. Wap air yang terpeluwap akan melekat pada zarah berkenaan. ii. Kandungan wap air yang mencukupi. Kandungan wap air yang mencukupi akan mempercepatkan proses pemeluwapan kerana kandungan wap air yang banyak memerlukan sedikit sahaja penambahan wap air untuk mempercepatkan proses pemeluwapan.
  • 8.
    1(c) Jelaskan duafaktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan. [4] iii. Penyejukan udara di bawah takat mengembum. Penyejukan udara di bawah takat mengembun akan mengubah wap air kepada bintik-bintik air. Penyejukan udara di bawah takat mengembun apabila kelembapan udara mencapai 100%. iv. Pembebasan haba pendam. Haba pendam ialah haba yang tersimpan dalam wap air semasa berlakunya proses sejatan air (cecair menjadi wap). Apabila haba pendam dibebaskan sepenuhnya wap air akan mengalami penyejukan dan seterusnya mempercepatkan proses pemeluwapan. air
  • 9.
    1(d) Jelaskan duapunca pencemaran sumber air bawah tanah. [4] i. Penggunaan baja organik dan racun serangga dalam sektor pertanian menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air bawah tanah. Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan ini meresap maşuk ke dalam tanah. Penggunaan baja organik menyebabkan kandungan ammonia dalam sumber air bawah tanah. ii. Pembuangan Sisa toksik dari sektor perindustrian yang menyumbang kepada pencemaran sumber air bawah tanah. Resapan Sisa perindustrian seperti plumbum juga menj adi punca pencemaran air bawah tanah. air
  • 10.
    1(d) Jelaskan duapunca pencemaran sumber air bawah tanah. [4] iii. Hujan asid yang turun ke permukaan bumi juga menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air bawah tanah. Hujan asid terbentuk apabila air hujan bertindak balas dengan beberapa gas pencemar di atmosfera seperti karbon monoksida, sulfur dan nitrogen oksida. iv. Pembuangan sampah şarap. Pembuangan sampah dalam jangka masa panjang menyebabkan berlakunya proses larut resap bahan-bahan pencemar ke dalam lapisan air bawah tanah. air
  • 11.
    2(a) Apakah yangdimaksudkan dengan banjir? [4] Banjir merujuk kepada keadaan air yang menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas. Banjir terjadi apabila terdapat imbangan air positif atau lebihan air, bila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun bumi melebihi kadar sejatan air dan perpeluh ke atmosfera dalam tempoh yang panjang. air
  • 12.
    2(b) Jelaskan limakesan banjir terhadap alam sekitar fizikal. [10] Hakisan tanah merupakan salah satu kesan kejadian banjir. Hakisan tanah terjadi disebabkan aliran air permukaan yang deras semasa kejadian banjir. Alir air permukaan yang deras berupaya menghakis permukaan tanah terutamanya di atas permukaan cerun. air
  • 13.
    2(b) Jelaskan limakesan banjir terhadap alam sekitar fizikal. [10] Proses pemendapan juga berlaku selepas banjir. Apabila air sungai melimpahi tebing, bahan-bahan yang dibawa oleh arus sungai seperti kelodak dan lumpur akan dimendapkan di sekitar tebing sungai yang akan membentuk dataran banjir. air
  • 14.
    2(b) Jelaskan limakesan banjir terhadap alam sekitar fizikal. [10] Banjir menyebabkan tanah runtuh. Banjir menyebabkan ikatan jisim tanah menjadi longgar dan berat apabila air meresap dalam tanah. Air banjir yang maşuk dalam tanah bertindak sebagai pelincir dan pemberat untuk memudahkan proses runtuhan. air
  • 15.
    2(b) Jelaskan limakesan banjir terhadap alam sekitar fizikal. [10] Banjir menyebabkan gangguan terhadap ekosistem terutamanya hutan. Penenggelaman sesuatu kawasan bagi satu tempoh masa yang lama boleh menyebabkan banyak tumbuhan mati. Selain daripada itu, ia juga boleh menjejaskan habitat dan rantaian makanan pelbagai jenis hidupan yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. air
  • 16.
    2(b) Jelaskan limakesan banjir terhadap alam sekitar fizikal. [10] Banjir menyebabkan pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai dan tasik. Kemasukan lumpur dan kelodak ke dalam sungai semasa banjir disebabkan hakisan tanah yang menyebabkan air menjadi keruh dan berkelodak. air
  • 17.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Mengeksploitasi sumber air bawah tanah. Sumber air bawah tanah dieksploitasi dengan membina perigi dan menggunakan kaedah pam untuk menyedut air dari dalam tanah. air
  • 18.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan dengan menyembur larutan garam ke dalam udara menggunakan pesawat kecil terutama di kawasan tadahan air dan empangan. Larutan garam membolehkan wap-wap air melekat padanya dan mempercepatkan kejadian hujan. air
  • 19.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Memproses air daripada lombong dan tasik. Air daripada lombong dan tasik boleh diproses semula dengan membuang mikroorganisma. air
  • 20.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Mengitar semula air yang telah digunakan terutamanya air yang digunakan untuk kegunaan domestik. Contohnya, Singapura telah menjalankan dasar mengitar semula air yang dikenali sebagai NeWater. air
  • 21.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Mengekalkan kawasan tadahan air bagi mengatasi kekurangan sumber bekalan air. Pemeliharaan kawasan hutan daripada aktiviti penyahhutanan penting bagi mengekalkan sumber air bawah tanah dan kawasan tadahan air hujan. air
  • 22.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Proses penyahgaraman. Proses ini dijalankan di negara Asia Barat bagi mengatasi masalah kekurangan air. Proses penyahgaraman dilakukan dengan membuang garam yang terdapat dalam air laut. air
  • 23.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Pelaksanaan kempen. Masyarakat harus disedarkan betapa pentingnya penggunaan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran sumber air. Kempen-kempen harus dilakukan melalui media cetak mahupun media elektronik. air
  • 24.
    2(c) Jelaskan limacara bagaimana manusia mengatasi masalah kekurangan air. [10] Majlis Sumber Air Negara ditubuhkan berperanan untuk merancang dan mengurus sumber air negara. Contohnya, membina Empangan Kelinci dan Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan. air
  • 25.
    3(a) Apakah yangdimaksudkan dengan pencemaran udara? [4] Pencemaran udara ialah kehadiran sejumlah bahan pencemar seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, metana dan zarah-zarah bukan gas seperti habuk dan debu dalam udara yang akan mengubah kualiti dan komposisi udara. air
  • 26.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Fenomena El Nino atau kemarau panjang yang melanda negara- negara Asia Tenggara menyebabkan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi. Kebakaran hutan membebaskan habuk dan asap ke atmosfera dan seterusnya menghasilkan kejadian jerebu. Contohnya, fenomena El Nino yang yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 menyebabkan sebahagian besar Asia Tenggara dilanda masalah jerebu. Partikel-partikel yang lebih halus terampai lebih lama dan memainkan peranan sebagai nukleus higroskopik. air
  • 27.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Letusan gunung berapi. Letusan gunung berapi membebaskan gas pencemar seperti gas sulfur dan partikulat-partikulat terampai ke udara. Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo di Filipina menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Gas sulfur ialah bahan yang sangat berbahaya yang boleh larut dalam air. Apabila wujud dalam bentuk kimia, gas sulfur boleh menghakis setelah membentuk asid sulfurik lemah selepas teroksida. air
  • 28.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Kejadian ribut debu menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Ribut debu menerbangkan debu halus ke udara. Dianggarkan 90% daripada zarah atmosfera datangnya daripada puncapunca semula jadi dan 80% daripadanya terdapat di lapisan atmosfera bawah. air
  • 29.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Kegiatan perindustrian yang membebaskan asap dan gas yang menyebabkan pencemaran udara. Gas-gas yang dibebaskan oleh sektor perindustrian ialah nitrogen oksida, sulfur dioksida, kadmium, berilium, hidrogen sulfida, florin dan asbestos. air
  • 30.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Pembebasan asap daripada kenderaan bermotor yang merupakan penyumbang kepada masalah pencemaran udara. Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor membebaskan asap dan gas karbon monoksida, plumbum, nitrogen oksida dan hidrokarbon. Sektor pengangkutan ini merupakan penyumbang kepada masalah pencemaran udara. Karbon monoksida yang melebihi 100 bpj boleh membahayakan kesihatan manusia. air
  • 31.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan sampah membebaskan partikel-partikel halus seperti bau, asap toksik dan karbon dioksida yang turut menyumbang kepada masalah pencemaran udara dan jerebu. Contohnya, pembakaran sisa PVC menbebaskan hidrogen klorida dan pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan sebahagian besar negara di Asia Tenggara mengalami jerebu. air
  • 32.
    3(b) Jelaskan limafaktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. [10] Kegiatan penyahhutanan seperti pembalakan, pembukaan kawasan pertanian, petempatan dan pembinaan infrastruktur menyebabkan berlakunya peningkatan karbon dioksida dalam udara kerana kekurangan proses fotosintesis. air
  • 33.
    3(c) Jelaskan limakesan pencemaran udara dan jerebu terhadap alam sekitar. [10] Gas pencemar udara seperti karbon monoksida menyebabkan sakit kepala dan mengurangkan prestasi fizikal dan nitrogen oksida boleh menyebabkan bronkitis. Karbon monoksida bertindak balas dengan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen yang dibawa oleh darah semakin berkurang. air
  • 34.
    3(c) Jelaskan limakesan pencemaran udara dan jerebu terhadap alam sekitar. [10] Mengurangkan jarak penglihatan seterusnya mengganggu pengangkutan udara dan pengangkutan darat. Di samping itu, jerebu juga menyebabkan indek penglihatan kurang dan akan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. air
  • 35.
    3(c) Jelaskan limakesan pencemaran udara dan jerebu terhadap alam sekitar. [10] Kegiatan pertanian turut terjejas semasa berlakunya semasa kejadian jerebu. Jerebu menyebabkan jumlah cahaya matahari yang sampai ke permukaan sedikit dan menjejaskan proses fotosintesis serta tumbesaran pokok. Habuk dan debu yang melekat pada daun menghalang stoma daripada menyerap karbon dioksida. air
  • 36.
    3(c) Jelaskan limakesan pencemaran udara dan jerebu terhadap alam sekitar. [10] Terbentuknya hujan asid. Hujan asid terbentuk daripada air hujan bercampur dengan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida yang menghasilkan asid sulfurik. air
  • 37.
    3(c) Jelaskan limakesan pencemaran udara dan jerebu terhadap alam sekitar. [10] Sektor pelancongan terjejas. Keadaan jerebu yang tebal akan mengurangkan kehadiran pelancong ke sesebuah negara disebabkan ancaman kesihatan dan pengangkutan udara yang tergendala. air
  • 38.
    4(a) Apakah yangdimaksudkan dengan penyahhutanan? [3] Penyahhutanan ialah proses pemusnahan hutan dalam skala yang luas untuk pelbagai tujuan seperti pembalakan, petempatan dan pertanian. air
  • 39.
    4(b) Jelaskan tigakepentingan sumber hutan kepada manusia. [6] i. Pembalakan. Sektor perhutanan merupakan sumber kayu bagi aktiviti pembalakan. Hutan hujan Tropika kaya dengan pelbagai spesies pokok kayu keras seperti cengal, meranti, seraya dan keruing. Terdapat 800 spesies pokok kayu balak dalam ekosistem hutan hujan Tropika. ii. Ekopelancongan. Selain sumber kayu balak, hutan juga berperanan sebagai kawasan ekopelancongan yang penting. Ekopelancongan ialah lawatan ke persekitaran semula jadi seperti kawasan hutan, pantai, pulau dan sebagainya untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan mengekalkan biodiversiti. air
  • 40.
    4(b) Jelaskan tigakepentingan sumber hutan kepada manusia. [6] iii. Sumber hasil bukan kayu. Sumber bukan kayu seperti rotan yang terdapat dalam hutan hujan Tropika merupakan bahan penting yang digunakan dalam pembuatan perabot. Dalam hutan hujan Tropika terdapat 400 spesies jenis rotan. iv. Sumber perubatan. Hutan hujan Tropika mempunyai 6 000 spesies pokok ubat-ubatan. Antaranya, ialah pokok tongkat ali, kacip fatimah, tunjuk langit, ubi sembelit tujuh dan pokok bintagor tandan. air
  • 41.
    4(b) Jelaskan tigakepentingan sumber hutan kepada manusia. [6] v. Sumber kajian dan penyelidikan. Institusi pangajian tinggi menjalankan kajian terhadap bilangan spesies yang wujud, mengetahui baka tumbuhan dan haiwan yang telah pupus. Maklumat yang lengkap diperlukan untuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. vi. Sumber makanan. Masyarakat orang Asli yang tinggal di kawasan pendalaman menjadikan hutan sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti memburu haiwan liar bagi mendapatkan sumber makanan. air
  • 42.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] i. Kepupusan spesies. Hutan hujan Tropika merupakan habitat pelbagai jenis hidupan. Kemusnahan hutan disebabkan pembinaan petempatan, infrastruktur dan pembinaan empangan yang melibatkan penerokaan hutan dalam skala yang tinggi. Hal ini, akan mengancam biodiversiti dalam sesebuah ekosistem. air
  • 43.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] ii. Peningkatan suhu setempat. Kekurangan litupan hutan hujan Tropika menyebabkan kandungan karbon dioksida dalam udara tinggi. Peningkatan kandungan gas karbon dioksida dalam udara menyebabkan daya serap haba semakin tinggi, manakala pembebasan bahangan bumi ke atmosfera sedikit. air
  • 44.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] iii. Kelembapan udara yang rendah. Kekurangan tumbuh- tumbuhan menyebabkan proses transpirasi atau perpeluhan tidak berlaku. Proses perpeluhan ialah pembebasan wap air ke atmosfera oleh tumbuhan melalui stoma daun. Kekurangan wap air yang terbebas ke atmosfera akan menyebabkan kelembapan bandingan di sesuatu tempat menjadi semakin rendah. air
  • 45.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] iv.Kekurangan simpanan air bawah tanah. Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan kadar resapan air ke dalam tanah semakin berkurang. Air hujan jatuh secara terus dari permukaan bumi tanpa melalui proses pintasan yang boleh memperlahankan halaju air hujan dan menjadi air larian permukaan. air
  • 46.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] v. Hakisan tanah dan pergerakan jisim. Ketiadaan dan kekurangan tumbuhtumbuhan akan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada titisan air hujan. Hujan yang jatuh secara terus ke permukaan bumi akan mengalir sebagai air larian permukaan dan menghakis permukaan tanah terutamanya di kawasan cerun bukit. Pergerakan jisim pula berlaku kerana ketiadaan tumbuhan menyebabkan struktur tanah dipermukaan cerun menjadi longgar dan jatuh dalam bentuk gelongsoran. air
  • 47.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] vi.Kekurangan sumber makanan. Masyarakat orang Asli bergantung kepada sumber hutan akan terjejas apabila kemusnahan hutan hujan Tropika. Kemusnahan hutan membawa kepada kemusnahan kepelbagaian biologi. Kehilangan biologi akan menjejaskan keseimbangan ekosistem. air
  • 48.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] vii. Kemerosotan kesuburan tanah. Kekurangan litupan hutan hujan Tropika menyebabkan tanah menjadi tidak subur. Tanah menjadi tidak subur disebabkan lapisan humus tidak terbentuk. Lapisan humus ialah tanah yang subur dipermukaan bumi yang terbentuk daripada pereputan tumbuhan yang mati. air
  • 49.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] viii. Kekurangan bekalan oksigen. Dalam proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia atau haiwan dan menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia atau haiwan. Kekurangan tumbuhan juga menyebabkan kandungan oksigen berkurangan. air
  • 50.
    4(c) Jelaskan tigakesan aktiviti penyahhutanan terhadap alam sekitar fizikal. [6] ix.Menjejaskan bekalan air. Kekurangan proses resapan air menyebabkan kandungan air bawah tanah semakin berkurangan. air
  • 51.
    5(a) Apakah yangdimaksudkan dengan ketidakseimbangan pembangunan? [5] Ketidakseimbangan pembangunan merupakan [kemajuan sosioekonomi yang tidak sama] [antara wilayah di dalam sesebuah negara] yang [berdasarkan kepada KDNK, kuasa beli, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan pemilikan barangan]. air
  • 52.
    5(b) Mengapakah berlakunyaketidakseimbangan pembangunan di Malaysia. [8] Perbezaan bentuk muka bumi. Kawasan bertanah tinggi seperti di pendalaman Sabah dan Sarawak merupakan kawasan yang mundur. Kawasan tanah pamah yang rata dan luas menjadi kawasan tumpuan penduduk kerana aktiviti pertanian, pembinaan jalan raya dan petempatan sesuai dijalankan. air
  • 53.
    5(b) Mengapakah berlakunyaketidakseimbangan pembangunan di Malaysia. [8] Taburan sumber mineral. Kawasan yang kaya dengan sumber mineral mempunyai tahap pembangunan yang tinggi berbandingan dengan kawasan yang tidak mempunyai sumber alam. Contohnya, perkembangan petempatan di kawasan lombong bijih timah menyebabkan kemunculan bandar seperti Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh. Petempatan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya, kemudahan kesihatan, landasan kereta api dan sebagainya. air
  • 54.
    5(b) Mengapakah berlakunyaketidakseimbangan pembangunan di Malaysia. [8] Sejarah. Kawasan yang maju di Malaysia merupakan kawasan awal yang dimajukan oleh pihak penjajah. Contohnya, pembangunan di pantai barat Semenanjung Malaysia oleh pihak penjajah yang menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya, landasan kereta api, kemudahan kesihatan, pendidikan, pelabuhan dan sebagainya. air
  • 55.
    5(b) Mengapakah berlakunyaketidakseimbangan pembangunan di Malaysia. [8] Dasar kerajaan. Selepas mencapai kemerdekaan, pembangunan lebih tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya lebih tertumpu pantai barat Semenanjung Malaysia. Contohnya, pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam di Kedah dengan Johor Bahru. Selain itu, kerajaan juga banyak membina institusi pengajian tinggi awam di pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. air
  • 56.
    5(c) Jelaskan empatlangkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12] Pembangunan insitu. Pembangunan insitu ialah pembangunan kawasan desa atau luar bandar. Pembangunan insitu penting kerana jumlah penduduk yang tinggal di luar bandar masih tinggi dan berada dalam kemiskinan. Pembangunan ini melibatkan beberapa strategi seperti aktiviti penanaman semula, khidmat nasihat dan pemulihan tanah terbiar. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi-agensi kerajaan seperti RISDA, FELCRA, MARDI, RRIM, Jabatan Pertanian dan sebagainya terlibat secara langsung dalam pembangunan insitu. air
  • 57.
    5(c) Jelaskan empatlangkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12] Pembangunan Pertanian Secara Bersepadu (IADP). Matlamat Dasar Pertanian Bersepadu ialah meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan dengan sektor lain dapat dikurangkan, memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran, membangunkan golongan sasar supaya masyarakat menjadi lebih berdisiplin, berdikari dan bersemangat keusahawanan. air
  • 58.
    5(c) Jelaskan empatlangkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12] Membina infrastruktur dan kemudahan asas di luar bandar. Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik, klinik kesihatan, bekalan air bersih, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan jaringan komunikasi di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. air
  • 59.
    5(c) Jelaskan empatlangkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12] Perkembangan industri luar bandar. Kerajaan telah memindahkan kawasan industri perkilangan ke kawasan luar bandar bagi membangunkan kawasan tersebut serta mengurangkan kadar migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar. Contohnya, kerajaan telah mewujudkan Taman Teknologi di Kulim, Kedah bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di negeri Kedah. air
  • 60.
    5(c) Jelaskan empatlangkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. [12] Meningkatkan kemahiran penduduk di kawasan luar bandar. Kerajaan telah menyediakan program-program kemahiran dan latihan dalam bidang pertukangan, jahitan, bakeri, hospitaliti, kraf tangan, mekanik dan pemprosesan makanan. Agensi-agensi kerajaan yang membantu melaksanakan program latihan kepada penduduk di luar bandar seperti Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). air
  • 61.
    6(a) Apakah yangdimaksudkan dengan globalisasi ekonomi? [5] Globalisasi ialah perkembangan pergantungan kepada antara negara di serata dunia dan sempadan ekonorni negara-negara akan hilang dan menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah dan pantas. Proses globalisasi berlaku melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urus niaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas dan penyebaran teknologi. air
  • 62.
    6(b) Mengapakah wujudnyasaling kebergantungan pembangunan di Malaysia? [10] Pelaburan. Sesebuah negara bergantung kepada sebuah negara lain untuk mendapatkan pelaburan modal. Pelaburan merujuk kepada penanaman modal oleh syarikat-syarikat tertentu dalam pelbagai sektor ekonomi seperti industri pembuatan, pengangkutan dan pelancongan. Contohnya, Shell, Petron dan Esso dalam industri petroleum dan gas asli. Dalam bidang automotif pula terdapat beberapa buah syarikat multinasional seperti Honda, Nissan, Toyota, General Motor dan sebagainya. air
  • 63.
    6(b) Mengapakah wujudnyasaling kebergantungan pembangunan di Malaysia? [10] Pengeluaran. Kemasukan pelabur asing ke dalam negara meningkatkan pengeluaran barangan. Contohnya, di Malaysia pelaburan asing yang banyak dalam industri pembuatan telah Berjaya meningkatkan hasil pengeluaran. Peningkatan hasil keluaran industri pembuatan seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). air
  • 64.
    6(b) Mengapakah wujudnyasaling kebergantungan pembangunan di Malaysia? [10] Teknologi. Pemindahan teknologi berlaku melalui pelaburan syarikat negara maju ke negara membangun melalui perjanjian usaha sama yang telah dibuat antara kedua-dua buah negara. Contohnya, kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian usaha sama dengan syarikat automotif Jepun, iaitu Mitsubishi Motor Corporation bagi membangunkan industri automotif di negara ini. air
  • 65.
    6(b) Mengapakah wujudnyasaling kebergantungan pembangunan di Malaysia? [10] Pasaran. Sesebuah negara terpaksa bergantung kepada sebuah negara lain untuk memasarkan hasil keluaran negara. Contohnya, Malaysia terpaksa bergantung kepada pasaran AFTA, pasaran Amerika Syarikat, pasaran Eropah, pasaran Asia Pasifik dan sebagainya bagi memasarkan barangan keluaran pertanian dan barangan industri pembuatan. air
  • 66.
    6(b) Mengapakah wujudnyasaling kebergantungan pembangunan di Malaysia? [10] Bekalan buruh. Sesebuah negara terpaksa bergantung kepada sebuah negara yang lain untuk mendapatkan tenaga buruh sama ada tenaga buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir. air
  • 67.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Perluasan pasaran. Pasaran barangan Malaysia di luar negara meningkatkan pendapatan negara. Kemasukan pelbagai barangan dari negara luar ke negara ini pula memberi banyak pilihan kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. air
  • 68.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Pemindahan teknologi. Kerjasama Malaysia dengan negara maju membawa kepada pemindahan teknologi moden ke negara ini. Contohnya, kerjasama antara Malaysia dengan Jepun yang membawa kepada pemindahan teknologi automotif ke negara ini. air
  • 69.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Produk berkualiti. Globalisasi ekonomi menyebabkan negara- negara di dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat menembusi pasaran antarabangsa. air
  • 70.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Perdagangan bebas. Globalisasi ekonomi menyebabkan perdagangan terbuka dan tiada sekatan dengan pengenalan kadar tarif yang rendah. Keadaan ini menggalakkan perkembangan perdagangan antara negara-negara. air
  • 71.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Penguasaan ekonomi. Kemasukan banyak pelabur asing ke sesebuah negara menyebabkan ekonomi negara tersebut dikuasai oleh syarikat asing. Keadaan ini disebabkan syarikat asing yang melaburkan modal dan membawa modal yang besar. air
  • 72.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Ancaman kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Produk keluaran IKS tidak mampu bersaing dengan produk keluaran syarikat asing. Keadaan ini akan mengurangkan pasaran produk keluaran IKS tempatan dan seterusnya menjejaskan pendapatan pengusaha IKS. air
  • 73.
    6(b) Jelaskan limakesan globalisasi. [10] Persaingan buruh. Kemasukan buruh asing menyebabkan buruh tempatan kekurangan kerja dan meningkatkan kadar pengangguran di negara ini. Buruh asing dibayar dengan upah yang rendah menyebabkan majikan lebih memilih untuk menggaji buruh asing. Di samping itu, kemasukan buruh dari Indonesia, Bangladesh dan Vietnam menyebabkan berlakunya masalah sosial yang serius di negara ini. air