SlideShare a Scribd company logo
Mekanisme Pernafasan Manusia
Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.

Bahagian      Struktur                               Fungsi

Rongga        Rongga yang terdiri dari tisu          Melembapkan udara yang
nasal         lembap dan rerambut halus.             melaluinya serta memerangkap
                                                     habuk pada udara.

Trakea        Dinding luaran terdiri dari gegelang   Gelang tulang rawan menghalang
              tulang rawan, manakala dinding         trakea daripada binasa. Silia dan
              dalamannya terdiri dari dari sel-sel   mukus membantu untuk
              epithelium dengan silia dan sel-sel    memerangkap habuk dan mikro
              yang merembeskan mucus.                organisma yang ada dalam udara.

Bronkus       Dua cabang dari trakea yang            Udara terus ke paru-paru kiri dan
              menuju ke paru-paru.                   kanan.

Paru-paru     Lembut, seperti span, serta kaya       Tempat berlakunya pertukaran
              dengan saluran darah dan alveoli.      gas.

Tulang        Tulang-tulang yang berbentuk           Melindungi paru-paru.
rusuk         sangkar di dalam rongga toraks.

Diafragma     Otot berbentuk kubah ketika dalam      Memisahkan rongga torak daripada
              keadaan rehat.                         rongga abdomen.

Otot          Tisu otot di antara dua tulang         Menggerakan tulang rusuk.
intercostal   rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot
              rangka.

Struktur paru-paru manusia.
Paru-paru manusia.
Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.
Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.
Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks
(thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).
Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction)
semasa proses pengembangan dan pengecutan.
Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol.
Bronkiol dicabang keluar dari bronkus.
Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli.
Pertukaran gas berlaku di sini.
Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga
mekanisme:
  1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.
  2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
  3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-
      sel badan.
Bernafas
Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari
tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.
Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus
nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.
Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-
paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-
paru ke atmosfera.
Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan
diafragma dan otot intercostal.
Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia
berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya
terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.
Otot-otot intercostal.

Mekanisme pernafasan
Menarik nafas (inhalation)
Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel
badan.
Semasa menarik nafas,
diafragma mengecut dan mendatar.
otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu
rongga toraks.
Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan
atmosfera luar.
Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara
yang disedut semasa menarik nafas.

Menghembus nafas (exhalation)
Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel
badan.
Semasa menghembus nafas,
diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah.
otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan
tulang rusuk ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu
rongga toraks.
Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera
luar.
Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa
menghembus nafas.

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan
Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih tinggi
berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.
Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea,
bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli.
Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.

Struktur alveoli.
Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel
badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk
dikeluarkan melalui paru-paru.
Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:
Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh
banyak kapilari darah.
Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini
menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan
kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara
resapan mudah (simple diffusion).
Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih
banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.
Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat
menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.
Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.
Pengangkutan oksigen oleh darah:
Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan
bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).
Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah
(eritrosit).
Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah
mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana
lebih stabil. Dengan kata lain; Hemoglobin + Oksigen → Oksihemoglobin.
Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang
kekurangan oksigen.
Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.
Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan
terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain;
Oksihemoglobin + Oksigen → Hemoglobin.
Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin
akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.
Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke
dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.
Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses
menghembus nafas.
Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar
(pollutants) tertentu dan berlebihan.
Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous
pollutants) dan zarah-zarah halus.
Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri
daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.
Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic).
Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup,
manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-
sel kanser.
Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan
karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).
Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem
pernafasan.
Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih
boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.

1) Radas disediakan seperti rajah di atas.
2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.
3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu
bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru.
Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam.
Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar
dalam asap rokok larut di dalamnya.
Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok
mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli.

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat
Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur
kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus
hidup.
Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia
dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.
Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita
mestilah:
Menjauhkan diri daripada merokok.
Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel
pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam
bilik.
Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru.
Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang
melepaskan gas toksik.
Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan
senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga
membantu mengelakkan sesak nafas.
Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas
daripada habuk dan kotoran.
Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar
rumah.
Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara
dengan cara:
Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.

More Related Content

What's hot

Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Qing Hao Chai
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
Jummy Masindah Jm
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkMohd Arif
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrinmothy
 
Sistem limfa
Sistem limfaSistem limfa
Sistem limfa
afi_fiz
 
2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel
Jummy Masindah Jm
 
1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah
Jummy Masindah Jm
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
SITI NORMAIDAH
 
MEMBRAN SEL
MEMBRAN SELMEMBRAN SEL
MEMBRAN SEL
Muhammad Nasrullah
 
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaBab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaHajar Len
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
lina jahari
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsiHajar Len
 
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORISTRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
Muhammad Nasrullah
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
kakapalapes
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Mohd Shukri Suib
 
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat TisuASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
Muhammad Nasrullah
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
 
What's hot (20)

Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkk
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Sistem limfa
Sistem limfaSistem limfa
Sistem limfa
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel2.3 Organisasi Sel
2.3 Organisasi Sel
 
1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
 
Sistem urinari
Sistem urinariSistem urinari
Sistem urinari
 
MEMBRAN SEL
MEMBRAN SELMEMBRAN SEL
MEMBRAN SEL
 
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasmaBab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
Bab 3 pergerakan bahan2 merentasi membran plasma
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORISTRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
 
3 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-43 sistem-otot-tingkatan-4
3 sistem-otot-tingkatan-4
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat TisuASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
 
Viewers also liked

85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf
85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf
85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-sarafSt Aliee
 
6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori
shareShare
 
Respirasi Pada Tumbuhan
Respirasi Pada TumbuhanRespirasi Pada Tumbuhan
Respirasi Pada Tumbuhan
Rhiza Amalia
 
Nota sains sukan_tahap_i
Nota sains sukan_tahap_iNota sains sukan_tahap_i
Nota sains sukan_tahap_ilelakiteruja93
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 
Anatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologiAnatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologi
Jackal Mustang
 
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusiaSains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusiazealot90
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiPresley Marcel
 
Viewers also liked (8)

85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf
85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf
85293087 topik-2-sistem-kardiovaskular-respiratori-dan-saraf
 
6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori6.7 sistem respiratori
6.7 sistem respiratori
 
Respirasi Pada Tumbuhan
Respirasi Pada TumbuhanRespirasi Pada Tumbuhan
Respirasi Pada Tumbuhan
 
Nota sains sukan_tahap_i
Nota sains sukan_tahap_iNota sains sukan_tahap_i
Nota sains sukan_tahap_i
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Anatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologiAnatomi dan fisiologi
Anatomi dan fisiologi
 
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusiaSains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 mekanisme pernafasan manusia
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
 
Similar to Mekanisme pernafasan manusia

Chapter 1 respirasi
Chapter 1   respirasiChapter 1   respirasi
Chapter 1 respirasi
Mohd Faizal Hashim
 
Sistem respiratori ( lab ). bj n liza
Sistem respiratori ( lab ). bj n lizaSistem respiratori ( lab ). bj n liza
Sistem respiratori ( lab ). bj n lizaAnuar Sabran
 
Bab 1 sistem respirasi
Bab 1 sistem respirasiBab 1 sistem respirasi
Bab 1 sistem respirasi
Saadiah Mohammad
 
SISTEM RESPIRATORI T5.ppt
SISTEM RESPIRATORI T5.pptSISTEM RESPIRATORI T5.ppt
SISTEM RESPIRATORI T5.ppt
ssuserfbb544
 
Quiz respiratory system
Quiz respiratory systemQuiz respiratory system
Quiz respiratory systemummiabah
 
Oxygen transportation
Oxygen transportationOxygen transportation
Oxygen transportation
Sitinoralizahani Ismail
 
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptxBAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
SITIMUNIRAHBINTICHEH
 
Struktur dan fungsi
Struktur dan fungsiStruktur dan fungsi
Struktur dan fungsiPari Mala
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
WanAkmalZahran
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Tugas tik iin z.
Tugas tik iin z.Tugas tik iin z.
Tugas tik iin z.
Ades Ades
 
Chapter 2.1 blood circulation revised 2010
Chapter 2.1  blood circulation   revised 2010Chapter 2.1  blood circulation   revised 2010
Chapter 2.1 blood circulation revised 2010
Mohd Faizal Hashim
 
BAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
BAB 3 F3 KSSM 2019.pptBAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
BAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
najmillaila1
 
4.3 struktur & fungsi telinga
4.3 struktur & fungsi telinga4.3 struktur & fungsi telinga
4.3 struktur & fungsi telingaMohd Arif
 
Similar to Mekanisme pernafasan manusia (20)

Struktur paru
Struktur paruStruktur paru
Struktur paru
 
Struktur paru
Struktur paruStruktur paru
Struktur paru
 
Chapter 1 respirasi
Chapter 1   respirasiChapter 1   respirasi
Chapter 1 respirasi
 
Sistem respiratori ( lab ). bj n liza
Sistem respiratori ( lab ). bj n lizaSistem respiratori ( lab ). bj n liza
Sistem respiratori ( lab ). bj n liza
 
Respirasi
RespirasiRespirasi
Respirasi
 
Bab 1 sistem respirasi
Bab 1 sistem respirasiBab 1 sistem respirasi
Bab 1 sistem respirasi
 
SISTEM RESPIRATORI T5.ppt
SISTEM RESPIRATORI T5.pptSISTEM RESPIRATORI T5.ppt
SISTEM RESPIRATORI T5.ppt
 
Quiz respiratory system
Quiz respiratory systemQuiz respiratory system
Quiz respiratory system
 
Oxygen transportation
Oxygen transportationOxygen transportation
Oxygen transportation
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptxBAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
BAB 3 PENGANGKUTAN.pptx
 
Struktur dan fungsi
Struktur dan fungsiStruktur dan fungsi
Struktur dan fungsi
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
 
Tugas tik iin z.
Tugas tik iin z.Tugas tik iin z.
Tugas tik iin z.
 
Chapter 2.1 blood circulation revised 2010
Chapter 2.1  blood circulation   revised 2010Chapter 2.1  blood circulation   revised 2010
Chapter 2.1 blood circulation revised 2010
 
BAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
BAB 3 F3 KSSM 2019.pptBAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
BAB 3 F3 KSSM 2019.ppt
 
4.3 struktur & fungsi telinga
4.3 struktur & fungsi telinga4.3 struktur & fungsi telinga
4.3 struktur & fungsi telinga
 
Laporan amali 3
Laporan amali 3Laporan amali 3
Laporan amali 3
 
Recently uploaded

SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Recently uploaded (7)

Mekanisme pernafasan manusia

  • 1. Mekanisme Pernafasan Manusia Sistem pernafasan manusia. Sistem pernafasan manusia. Bahagian Struktur Fungsi Rongga Rongga yang terdiri dari tisu Melembapkan udara yang nasal lembap dan rerambut halus. melaluinya serta memerangkap habuk pada udara. Trakea Dinding luaran terdiri dari gegelang Gelang tulang rawan menghalang tulang rawan, manakala dinding trakea daripada binasa. Silia dan dalamannya terdiri dari dari sel-sel mukus membantu untuk epithelium dengan silia dan sel-sel memerangkap habuk dan mikro yang merembeskan mucus. organisma yang ada dalam udara. Bronkus Dua cabang dari trakea yang Udara terus ke paru-paru kiri dan menuju ke paru-paru. kanan. Paru-paru Lembut, seperti span, serta kaya Tempat berlakunya pertukaran dengan saluran darah dan alveoli. gas. Tulang Tulang-tulang yang berbentuk Melindungi paru-paru. rusuk sangkar di dalam rongga toraks. Diafragma Otot berbentuk kubah ketika dalam Memisahkan rongga torak daripada keadaan rehat. rongga abdomen. Otot Tisu otot di antara dua tulang Menggerakan tulang rusuk. intercostal rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot rangka. Struktur paru-paru manusia.
  • 2. Paru-paru manusia. Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia. Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan. Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs). Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan. Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari bronkus. Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini. Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme: 1. bernafas untuk mendapatkan oksigen. 2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan. 3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel- sel badan. Bernafas Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru. Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal. Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru- paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru- paru ke atmosfera. Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal. Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas. Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks. Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam. Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.
  • 3. Otot-otot intercostal. Mekanisme pernafasan Menarik nafas (inhalation) Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan. Semasa menarik nafas, diafragma mengecut dan mendatar. otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan. Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu rongga toraks. Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan atmosfera luar. Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang disedut semasa menarik nafas. Menghembus nafas (exhalation) Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel badan.
  • 4. Semasa menghembus nafas, diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah. otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal. Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu rongga toraks. Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar. Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa menghembus nafas. Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah. Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli. Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku. Struktur alveoli. Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui paru-paru. Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah: Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah. Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat. Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion). Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah. Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.
  • 5. Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah. Pengangkutan oksigen oleh darah: Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah. Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin). Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit). Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah. Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil. Dengan kata lain; Hemoglobin + Oksigen → Oksihemoglobin. Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen. Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan: Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan. Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain; Oksihemoglobin + Oksigen → Hemoglobin. Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru. Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli. Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.
  • 6. Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan. Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus. Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera. Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel- sel kanser. Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens). Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem pernafasan. Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia. 1) Radas disediakan seperti rajah di atas. 2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U. 3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa: Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-paru. Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar. Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya. Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada alveoli. Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.
  • 7. Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah: Menjauhkan diri daripada merokok. Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan. Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup. Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik. Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru. Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik. Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas. Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran. Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah. Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara: Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka. Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor. Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.