PENGENALAN
Menurut Niko Rahmadi Wiharto (2014), komputer mempunyai tiga (3) komponen utama yang
mana ketiga-tiga komponen ini mempunyai fungsi yang sangat penting. Sekiranya salah satu
komponen tiada, computer tidak akan beroperasi. Tiga komponen yang dimaksudkan adalah:
(a) Hardware (Perkakasan)
(b) Software (Perisian)
(c) Brainware (manusia/ pengguna)
Rajah 1: Komponen utama komputer
(a) HARDWARE (PERKAKASAN)
Rajah 2: Perkakasan Komputer
Komponen Komputer
Hardware
(Perkakasan)
Software
(Perisian)
Brainware
(Pengguna)
Hardware merupakan
komponen dalam sistem
computer yang dapat dilihat
dan disentuh secara fizikal
yang terdiri daripada papan
kekunci (keyboard), tetikus
(mouse), hard disk, RAM,
CPU dan lain-lain.
(b) SOFTWARE (PERISIAN)
Rajah 3 : Perisian komputer
(b) BRAINWARE (PENGGUNA)
Rajah 4 : Brainware (Pengguna)
Computer Software (perisian computer)
merupakan suatu program yang
digunakan dalam komputer dan segala
perisian ini dapat ditafsirkan oleh
komputer. Tanpa perisian, komputer
tidak dapat digunakan. Perisian utama
yang perlu ada dalam komputer adalah
sistem operasi yang dilengkapi dengan
pelbagai aplikasi default dan juga
aplikasi lain sekiranya perlu.
Brainware merupakan pengguna
komputer dengan kata lain adalah
orang yang mengoperasikan
komputer melalui perisian yang ada
dalam komputer. Secanggih mana
komputer, sekiranya tidak ada
pengguna, maka kewujudan
komputer adalah sia-sia kerana
ianya tidak boleh berkerja sendiri
tanpa ada pengguna yang
mengoperasikannya.
LIMA JENIS KEROSAKAN KOMPUTER YANG PALING KERAP BERLAKU
Komputer merupakan salah satu alat elektronik yang mempunyai risiko kerosakan yang
tinggi kerana iannya digunakan ‘daily basis’ atau kegunaan harian bagi mereka yang
melakukan pekerjaan mahupun aktiviti harian dengan menggunakan computer. Pengguna
jarang sekali mengambil tahu tentang risiko-risiko kerosakan tersebut sehinggalah iannya
terjadi. Sebagai pengguna, adalah penting untuk mengetahui potensi kerosakan, cara
penjagaan dan yang paling penting tahu bagaimana mengenal pasti sebarang masalah yang
kerap berlaku terhadap computer peribadi.
Pengalaman dalam menghadapi masalah – masalah serta kerosakan pada komputer
peribadi sangat mengecewakan hampir setiap pengguna. Walaubagaimanapun, setiap
kerosakan tersebut mempunyai penyelesaian samaada pengguna hantar ke kedai membaiki
komputer ataupun pengguna boleh menari jalan penyelesaian melalui pembacaan. Ilmu dalam
dunia komputer boleh membantu pengguna menyelesaikan kerosakan mahupun masalah
komputer peribadi tanpa pergi ke kedai membaiki komputer. Selain menjimatkan masa, iannya
juga menjimatkan tenaga dan kos. Akan tetapi, sekiranya kerosakan tersebut adalah bukan
kerosakan biasa, pengguna perlu berjumpa dengan jurutera komputer ataupun seseorang yang
arif dalam dunia komputer.
Menurut seorang penulis Majalah PC iaitu Syafiq Bakri 2014, ada kalanya peranti
komputer samaada desktop, laptop, atau notebook sering mengalami masalah dan kerosakan
kecil yang sebenarnya boleh diatasi oleh pengguna sendiri. Masalah dan kerosakan komputer
adalah seperti berikut :
1. Komputer Reboot Sendiri
Komputer yang sering reboot sendiri biasanya disebabkan oleh masalah pada perkakasan
komputer seperti RAM, hardisk, overheat, BIOS, power supply, graphic card bagi perkaskasan
dalaman dan juga mungkin disebabkan perkakasan luaran seperti mouse, keyboard dan
sebagainya.
Pertama, kenal pasti masalah pada RAM komputer. Pengguna perlu mengikuti langkah-
langkah yang betul dalam proses mengenal pasti masalah pada RAM serta memastikan tidak
berlaku sebarang ralat dalam mana-mana langkah tersebut. Sekiranya berlaku ralat, makan
iannya dapat menimbulkan masalah reboot sendiri tadi. Oleh itu, adalah perlu memeriksa
mainboard samaada RAM tersebut serasi dengan mainboard komputer tersebut. Seterusnya
periksa keadaan hardisk pada komputer. Pengguna perlu merujuk cara pengujian hardisk yang
dibekalkan pada manual semasa membeli komputer tersebut. Pengguna perlu menjalankan
pengujian yang lengkap dan melihat kestabilan hardisk tersebut. Sekiranya didapati ada
terdapat banyak kesalahan, pengguna perlu mengambil tindakan membuat backup file bagi
maklumat dan data-data yang penting. Kemudian boleh jalankan program ‘Check Disk’ bagi
melihat samaada masalah tersebut dapat diselesaikan atau dihantar ke kedai membaiki
komputer.
Selain itu, masalah overheat (kepanasan) juga merupakan salah satu penyebab kepada
ketidakstabilan sistem komputer. Pengguna dapat menguji dan memantau suhu dengan
menggunakan perisian yang sesuai seperti SpeedFan, HWMMonitor, Open Hardware Monitor
dan sebagainya. Sekiranya didapati bahawa penyebab ketidakstabilan ini adalah terlalu panas,
maka pengguna perlu membuka CPU dan bersihkan debu pada penyejuk prosesor dan kipas
prosesor. Sekiranya pengguna tidak mempunyai ilmu mahupun kepakaran, adalah disarankan
merujuk masalah tersebut kepada pihak yang pakar dalam bidang komputer. Selain itu,
pengguna beranggapan dengan memiliki siatem yang terbaik dengan mainboard terbaru,
prosesor, GPU, RAM dan lain-lain. Akan tetapi, power supply mungkin tidak cukup kuat untuk
menampung hardware. Kegagalan power supply dapat menyebabkan sistem bertindak ganjil
dan dapat dikesan melalui bunyi yang keluar dari power supply. Dan yang terakhir, pengguna
perlu memeriksa perkakasan luaran komputer seperti USB kamera, mouse, keyboard dan lain-
lain yang dapat menyebabkan komputer reboot. Kesimpulannya, masalah yang biasa dialami
oleh komputer ialah kadang kala akan berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan. Kes ini
selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian:
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami
kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk telah kotor
yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana
akan menyebabkan komputer mati secara automatik.
2. PORT USB tidak berfungsi
Sesetengah komputer atau laptop semua port USB tiba-tiba tidak berfungsi atau rosak seperti
menyambung peranti thump drive, pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB
ke komputer, laptop, notebook dan lain-lain, ia tidak berfungsi dengan baik, kemmungkinan
terdapat masalah pada setting (Bios, Windows), driver, port USB rosak atau fizikal komputer
atau laptop memang mengalami kerosakan. Selain itu, ada kemungkinan sesetengah port USB,
monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang
mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa
tersendiri untuk berfungsi dengan baik.
Penyelesaian:
Langkah pertama, pengguna cuba menggunakan peranti tadi pada komputer atau
laptop lain, sekiranya ianya dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itu sememangnya port
USB mengalami kerosakan. Pengguna juga boleh memeriksa setting BIOS mungkin disable
sengaja atau tidak kerana setting boleh berubah disebabkan bateri motherboard rosak atau
lemah. Selain itu, serangan virus dan perisian yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan
ianya terjadi, oleh itu pengguna kena mengenal pasti puncanya satu persatu. Sekiranya di
sebabkan perisian, lebih baik uninstall perisian tersebut dan bagi serangan virus pula komputer
perlu dibersihkan dengan menggunakan anti virus.
Bagi masalah sumber kuasa, sambungkan terus USB tersebut secara langsung ke salah
satu port USB komputer tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu
USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara
bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.
3. Skrin membeku (Frozen)
Masalah skrin membeku sering berlaku pada komputer atau laptop disebabkan kegagalan
perkakasan dalaman. Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan
atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang
masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry,
fail korup atau hilang dan spyware.
Penyelesaian:
Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Sebelum itu
anda perlu membuat back up file kemudian tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer
dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak
berulang.
4. Serangan virus dan spyware
Serangan virus merupakan salah satu hal yang sangat tidak diingini dalam komputer, selain
dapat menghilangkan file mahupun aplikasi pada komputer, virus juga dapat membuat
komputer tidak boleh bertahan lama. Serangan virus adakah perkara normal yang berlaku
kepada setiap komputer atau laptop yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi
setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus
untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi,
bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi semasa perisian sekuriti anda masih
belum dikemas kini.
Penyelesaian:
Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan
secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini
Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan
langkah seperti berikut:
5. Blue Screen of Death (BSoD)
Pengguna Windows pasti sering mendengar adanya komputer atau laptop yang terkena Blue
Screen of Death atau BOSD. BOSD terjadi kerana adanya perisian atau perkakasan yang crash
sehingga menyebabkan sistem restart. BOSD tidak seperti komputer hang yang masih boleh
diatasi sehingga tidak perlu restart komputer. Penyebab Blue Screen of Death (BSOD) biasanya
disebabkan adanya masalah dengan hardware atau software yang berjalan di kernel windows
iaitu apabila windows bertemu dengan Error Stop sehingga terjadi kegagalan kritikal dan
meyebabkan Windows Crash dan berhenti berkerja.
Penyelesaian:
Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP
muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak,
fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung
pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan
anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Bagi memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik dan untuk penggunaan jangka
panjang, peyelengaraan dan pembersihan komputer dan komponen-komponen lain secara
sistematik bagi mengelakkan risiko kerosakan dan juga untuk keselamatan sebagai pengguna.
Windows – Start ̶> taip Defender dalam kotak carian ̶> Windows Defender.
RUJUKAN
Komponen Utama Pembangun Sistem Komputer (Hardware, Software, dan
Brainware)
http://www.pintarkomputer.com/2014/09/3-komponen-utama-pembangun-sistem-komputer-
hardware-software-brainware.html
Posted By Niko Rahmadi Wiharto On Tuesday, September 30, 2014
Dimuat turun pada 01 Mei 2015
Masalah Biasa Pc Dan Penyelesaiannya
zuraida zulhilmi

Masalah komputer

  • 1.
    PENGENALAN Menurut Niko RahmadiWiharto (2014), komputer mempunyai tiga (3) komponen utama yang mana ketiga-tiga komponen ini mempunyai fungsi yang sangat penting. Sekiranya salah satu komponen tiada, computer tidak akan beroperasi. Tiga komponen yang dimaksudkan adalah: (a) Hardware (Perkakasan) (b) Software (Perisian) (c) Brainware (manusia/ pengguna) Rajah 1: Komponen utama komputer (a) HARDWARE (PERKAKASAN) Rajah 2: Perkakasan Komputer Komponen Komputer Hardware (Perkakasan) Software (Perisian) Brainware (Pengguna) Hardware merupakan komponen dalam sistem computer yang dapat dilihat dan disentuh secara fizikal yang terdiri daripada papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), hard disk, RAM, CPU dan lain-lain.
  • 2.
    (b) SOFTWARE (PERISIAN) Rajah3 : Perisian komputer (b) BRAINWARE (PENGGUNA) Rajah 4 : Brainware (Pengguna) Computer Software (perisian computer) merupakan suatu program yang digunakan dalam komputer dan segala perisian ini dapat ditafsirkan oleh komputer. Tanpa perisian, komputer tidak dapat digunakan. Perisian utama yang perlu ada dalam komputer adalah sistem operasi yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi default dan juga aplikasi lain sekiranya perlu. Brainware merupakan pengguna komputer dengan kata lain adalah orang yang mengoperasikan komputer melalui perisian yang ada dalam komputer. Secanggih mana komputer, sekiranya tidak ada pengguna, maka kewujudan komputer adalah sia-sia kerana ianya tidak boleh berkerja sendiri tanpa ada pengguna yang mengoperasikannya.
  • 3.
    LIMA JENIS KEROSAKANKOMPUTER YANG PALING KERAP BERLAKU Komputer merupakan salah satu alat elektronik yang mempunyai risiko kerosakan yang tinggi kerana iannya digunakan ‘daily basis’ atau kegunaan harian bagi mereka yang melakukan pekerjaan mahupun aktiviti harian dengan menggunakan computer. Pengguna jarang sekali mengambil tahu tentang risiko-risiko kerosakan tersebut sehinggalah iannya terjadi. Sebagai pengguna, adalah penting untuk mengetahui potensi kerosakan, cara penjagaan dan yang paling penting tahu bagaimana mengenal pasti sebarang masalah yang kerap berlaku terhadap computer peribadi. Pengalaman dalam menghadapi masalah – masalah serta kerosakan pada komputer peribadi sangat mengecewakan hampir setiap pengguna. Walaubagaimanapun, setiap kerosakan tersebut mempunyai penyelesaian samaada pengguna hantar ke kedai membaiki komputer ataupun pengguna boleh menari jalan penyelesaian melalui pembacaan. Ilmu dalam dunia komputer boleh membantu pengguna menyelesaikan kerosakan mahupun masalah komputer peribadi tanpa pergi ke kedai membaiki komputer. Selain menjimatkan masa, iannya juga menjimatkan tenaga dan kos. Akan tetapi, sekiranya kerosakan tersebut adalah bukan kerosakan biasa, pengguna perlu berjumpa dengan jurutera komputer ataupun seseorang yang arif dalam dunia komputer. Menurut seorang penulis Majalah PC iaitu Syafiq Bakri 2014, ada kalanya peranti komputer samaada desktop, laptop, atau notebook sering mengalami masalah dan kerosakan kecil yang sebenarnya boleh diatasi oleh pengguna sendiri. Masalah dan kerosakan komputer adalah seperti berikut : 1. Komputer Reboot Sendiri Komputer yang sering reboot sendiri biasanya disebabkan oleh masalah pada perkakasan komputer seperti RAM, hardisk, overheat, BIOS, power supply, graphic card bagi perkaskasan dalaman dan juga mungkin disebabkan perkakasan luaran seperti mouse, keyboard dan sebagainya.
  • 4.
    Pertama, kenal pastimasalah pada RAM komputer. Pengguna perlu mengikuti langkah- langkah yang betul dalam proses mengenal pasti masalah pada RAM serta memastikan tidak berlaku sebarang ralat dalam mana-mana langkah tersebut. Sekiranya berlaku ralat, makan iannya dapat menimbulkan masalah reboot sendiri tadi. Oleh itu, adalah perlu memeriksa mainboard samaada RAM tersebut serasi dengan mainboard komputer tersebut. Seterusnya periksa keadaan hardisk pada komputer. Pengguna perlu merujuk cara pengujian hardisk yang dibekalkan pada manual semasa membeli komputer tersebut. Pengguna perlu menjalankan pengujian yang lengkap dan melihat kestabilan hardisk tersebut. Sekiranya didapati ada terdapat banyak kesalahan, pengguna perlu mengambil tindakan membuat backup file bagi maklumat dan data-data yang penting. Kemudian boleh jalankan program ‘Check Disk’ bagi melihat samaada masalah tersebut dapat diselesaikan atau dihantar ke kedai membaiki komputer. Selain itu, masalah overheat (kepanasan) juga merupakan salah satu penyebab kepada ketidakstabilan sistem komputer. Pengguna dapat menguji dan memantau suhu dengan menggunakan perisian yang sesuai seperti SpeedFan, HWMMonitor, Open Hardware Monitor dan sebagainya. Sekiranya didapati bahawa penyebab ketidakstabilan ini adalah terlalu panas, maka pengguna perlu membuka CPU dan bersihkan debu pada penyejuk prosesor dan kipas prosesor. Sekiranya pengguna tidak mempunyai ilmu mahupun kepakaran, adalah disarankan merujuk masalah tersebut kepada pihak yang pakar dalam bidang komputer. Selain itu, pengguna beranggapan dengan memiliki siatem yang terbaik dengan mainboard terbaru, prosesor, GPU, RAM dan lain-lain. Akan tetapi, power supply mungkin tidak cukup kuat untuk menampung hardware. Kegagalan power supply dapat menyebabkan sistem bertindak ganjil dan dapat dikesan melalui bunyi yang keluar dari power supply. Dan yang terakhir, pengguna perlu memeriksa perkakasan luaran komputer seperti USB kamera, mouse, keyboard dan lain- lain yang dapat menyebabkan komputer reboot. Kesimpulannya, masalah yang biasa dialami oleh komputer ialah kadang kala akan berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri. Penyelesaian: Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk telah kotor
  • 5.
    yang mana habukyang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer mati secara automatik. 2. PORT USB tidak berfungsi Sesetengah komputer atau laptop semua port USB tiba-tiba tidak berfungsi atau rosak seperti menyambung peranti thump drive, pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook dan lain-lain, ia tidak berfungsi dengan baik, kemmungkinan terdapat masalah pada setting (Bios, Windows), driver, port USB rosak atau fizikal komputer atau laptop memang mengalami kerosakan. Selain itu, ada kemungkinan sesetengah port USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik. Penyelesaian: Langkah pertama, pengguna cuba menggunakan peranti tadi pada komputer atau laptop lain, sekiranya ianya dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itu sememangnya port USB mengalami kerosakan. Pengguna juga boleh memeriksa setting BIOS mungkin disable sengaja atau tidak kerana setting boleh berubah disebabkan bateri motherboard rosak atau lemah. Selain itu, serangan virus dan perisian yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan ianya terjadi, oleh itu pengguna kena mengenal pasti puncanya satu persatu. Sekiranya di sebabkan perisian, lebih baik uninstall perisian tersebut dan bagi serangan virus pula komputer perlu dibersihkan dengan menggunakan anti virus. Bagi masalah sumber kuasa, sambungkan terus USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.
  • 6.
    3. Skrin membeku(Frozen) Masalah skrin membeku sering berlaku pada komputer atau laptop disebabkan kegagalan perkakasan dalaman. Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware. Penyelesaian: Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Sebelum itu anda perlu membuat back up file kemudian tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang. 4. Serangan virus dan spyware Serangan virus merupakan salah satu hal yang sangat tidak diingini dalam komputer, selain dapat menghilangkan file mahupun aplikasi pada komputer, virus juga dapat membuat komputer tidak boleh bertahan lama. Serangan virus adakah perkara normal yang berlaku kepada setiap komputer atau laptop yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi semasa perisian sekuriti anda masih belum dikemas kini. Penyelesaian: Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan langkah seperti berikut:
  • 7.
    5. Blue Screenof Death (BSoD) Pengguna Windows pasti sering mendengar adanya komputer atau laptop yang terkena Blue Screen of Death atau BOSD. BOSD terjadi kerana adanya perisian atau perkakasan yang crash sehingga menyebabkan sistem restart. BOSD tidak seperti komputer hang yang masih boleh diatasi sehingga tidak perlu restart komputer. Penyebab Blue Screen of Death (BSOD) biasanya disebabkan adanya masalah dengan hardware atau software yang berjalan di kernel windows iaitu apabila windows bertemu dengan Error Stop sehingga terjadi kegagalan kritikal dan meyebabkan Windows Crash dan berhenti berkerja. Penyelesaian: Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut. KESIMPULAN DAN PENUTUP Bagi memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik dan untuk penggunaan jangka panjang, peyelengaraan dan pembersihan komputer dan komponen-komponen lain secara sistematik bagi mengelakkan risiko kerosakan dan juga untuk keselamatan sebagai pengguna. Windows – Start ̶> taip Defender dalam kotak carian ̶> Windows Defender.
  • 8.
    RUJUKAN Komponen Utama PembangunSistem Komputer (Hardware, Software, dan Brainware) http://www.pintarkomputer.com/2014/09/3-komponen-utama-pembangun-sistem-komputer- hardware-software-brainware.html Posted By Niko Rahmadi Wiharto On Tuesday, September 30, 2014 Dimuat turun pada 01 Mei 2015 Masalah Biasa Pc Dan Penyelesaiannya zuraida zulhilmi