SlideShare a Scribd company logo
Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)(2011): 19-24
Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru
di Pekanbaru Riau, Indonesia
(In-Service Training for Teachers to Improve the Quality of Education
in Pekanbaru, Riau Indonesia)
M NUR MUSTAFA & NORASMAH OTHMAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau perspektif guru-guru Sekolah Menengah Atas (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia tentang
Latihan Dalam Perkhidmatan yang diikuti oleh guru-guru melibatkan aspek-aspek berikut: kesesuaian latihan dengan
keperluan sekolah; kandungan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dari segi teori dan praktikal; alternatif penyelesaian
masalah pembelajaran; dan meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional. Selain itu, kajian
ini juga melihat hubungan LADAP terhadap prestasi kerja guru bagi meningkatkan kualiti guru SMAN, Pekanbaru. Kajian
ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Jumlah sampel adalah seramai 327 orang
guru-guru Sekolah Menengah Atas di Pekanbaru. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif dan inferensi. Hasil
dapatan menunjukkan tahap kesesuaian Latihan Dalam Perkhidmatan adalah sederhana rendah (min: 3.00 SP 0.54)
manakala dari aspek prestasi kerja guru pada tahap yang sederhana rendah (min = 3.00 SP 0.68). Analisis inferensi
Ujian-t berdasarkan jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara Latihan Dalam Perkhidmatan
dengan prestasi kerja guru. Berdasarkan analisis ANOVA terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek latihan dalam
perkhidmatan dan prestasi kerja guru berdasarkan pengalaman kerja. Kajian menunjukkan LADAP bagi guru-guru di
Sekolah Menengah Atas, Pekanbaru masih lagi berada di tahap rendah. Satu pendekatan atau program perlu dilakukan
oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mempelbagaikan dan memantapkan program Latihan Dalam Perkhidmatan agar
memberikan impak yang ketara seterusnya meningkatkan prestasi kerja guru sekaligus menjadi pemangkin pembangunan
profesionalisme guru di Indonesia.
Kata kunci: Kesesuaian latihan, kandungan latihan, prestasi kerja, profesionalisme guru
ABSTRACT
This study aims to explore upper secondary schools (SMAN) teachers’perspective in Pekanbaru, Riau Indonesia who have
attended in – service training on the following aspects: relevance of training to the needs of schools; theoretical and
practical content of LADAP; alternative problem solving learning; increase of knowledge, positive attitude and profesional
skills. In addition, the study also looked at LADAP related to teacher performance to improve SMAN teacher quality,
Pekanbaru. This is a survey using questionnaires as a research tool. Total sample involved 327 high school teachers in
Pekanbaru. The data was analysed using descriptive and inferential statistics. The findings indicated the suitability of
in-service training is a medium-low with a mean size of its SP = 3.00 and it was 0.54, while from the aspects of teacher
performance in the low average level of mean = 3.00 and it was 0.68. T-test analysis of inference based on gender showed
significant differences in aspects of in-service training and teacher performance based on work experience. This study
shows LADAP for teachers in high school, Pekanbaru is still low. Thus, an approach or program need to be done by the
Ministry of Education to diversify and improve the in-service training program to increase the performance of teachers
and to become as a catalyst for teachers’profesional development in Indonesia.
Keywords: Suitability of training, training content, performance, profesionalism of teachers
PENGENALAN
Pada alaf baru ini, profesion perguruan di Indonesia
terus mengalami perubahan bagi memacu paradigma dan
menjadi pemangkin profesionalime guru-guru melalui
penyediaan akses maklumat dan medium ICT sebagai
sumber pembaharuan dan bahan-bahan pembelajaran.
Guru merupakan kerjaya profesional yang telah termaktub
dalam Undang-Undang No. 20 (2003) dan Undang-
Undang No. 14 (2005). Perbincangan tentang aspek kualiti
memang mendapat perhatian khasnya kualiti pelajar,
pengajaran, khidmat bimbingan, latihan guru, ketrampilan
profesional dan kerjaya perguruan. Semuanya ini berkaitan
dengan pentadbiran pendidikan, belanjawan yang terhad,
4 Artkl 3.indd 19 8/9/2012 12:32:08 PM
20 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)
kemudahan, media, iklim sekolah, persekitaran sekolah
juga sumbangan pelbagai pihak yang berkenaan. Semua
kelemahan kualiti daripada komponen-komponen
pendidikan tersebut berpunca daripada kualiti guru itu
sendiri. Persoalan tentang guru dan sekolah selalunya
mendapat perhatian masyarakat. Antara perkara yang
selalu ditimbulkan ialah: anak mereka ponteng kelas
tertentu, anak mereka dibebankan dengan kerja sekolah
yang banyak, guru sering tidak hadir dan tidak ada
pengganti, pencapaian anak yang terus-menerus rendah,
anak mengeluh keletihan kerana mencatat bahan pelajaran
yang sangat banyak dan masalah lain berkaitan dengan
guru (Hamalik 2002).
Mulyasa (2005) menegaskan kualiti guru dari segi
motivasi, Latihan Dalam Perkhidmatan dan kompetensi
profesional biasanya dapat mempercepatkan proses
mencapai visi dan misi pendidikan vokasional. Prestasi
kerja guru-guru Sekolah MenengahAtas Negeri, Pekanbaru
yang masih rendah sedikit sebanyak mempengaruhi mutu
pendidikan Indonesia sehingga boleh menimbulkan masalah
dalammelahirkanmodalinsan,khasnyamemperkembangkan
segenap potensi pelajar. Bertitik tolak isu ini, penyelidikan
tentang faktor-faktor yang dijangka boleh menyumbang
kepada prestasi kerja yang rendah haruslah segera diperbaiki
dan dipulihkan melalui motivasi kerja, Latihan Dalam
Perkhidmatan dan peningkatan kompetensi profesional
(Arikunto 2000). Menurut Timpe (1999), prestasi adalah
penilaian tahap kerja yang telah dilaksanakan. Selalunya
prestasi kerja dipengaruhi oleh faktor motivasi, kompetensi
dan latihan. Merujuk kepada Undang-Undang Republik
Indonesia Nomor 14 Tahun 2005 tentang guru dan dosen,
kempetensi bermaksud set pengetahuan, ketrampilan dan
perilaku yang perlu dimiliki, dihayati dan dikuasai dalam
melaksanakan tugas profesional.
Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan suatu usaha
dalammengembangkanwawasangurumenghadapicabaran
dunia pendidikan yang semakin kompleks (Tilaar 1999).
LADAP yang diberikan kepada guru-guru di SMAN, Pekanbaru
bertujuan meningkatkan kemampuan kerja guru-guru
kerana menurut Enoch (1992) latihan memberikan
kemahiran asas yang diperlukan bagi melaksanakan
satu-satu pekerjaan. Latihan Dalam Perkhidmatan turut
memainkan peranan meningkatkan prestasi kerja guru
melalui pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan dari
segi teori dan praktikal. Hasil pemerhatian menunjukkan
pengajaran guru-guru di Sekolah Menengah Atas Negeri,
Pekanbaru belum dianggap berkesan. Guru-guru didapati
gagal menerapkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi
melalui LADAP dalam pengajaran. Berdasarkan pernyataan
tersebut, pengkaji akan melihat tahap Latihan Dalam
Perkhidmatan dan prestasi kerja guru berdasarkan jantina
dan pengalaman kerja dalam kalangan guru-guru Sekolah
MenengahAtas Negeri (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Selain itu, kajian ini juga akan melihat perbezaan persepsi
terhadap latihan dalam perkhidmatan dan prestasi kerja
guru mengikut jantina dan pengalaman kerja.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjaun yang menggunakan
soal selidik bagi mengukur Latihan Dalam Perkhidmatan
dan prestasi kerja guru. Konstruk soal selidik adalah
berdasarkan Timpe (1998), Hersey dan Blanchard (1996),
Herbert (1998), Bernardin dan Russel (1993), Beach
(1995) dan Flippo (1999) iaitu kesesuaian latihan dengan
keperluan sekolah, kandungan LADAP dari segi teori dan
praktikal, alternatif penyelesaian masalah pembelajaran dan
meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan
profesional. Konstruk prestasi kerja guru pula melibatkan
usaha memperbaiki dan mengemaskini rancangan
pengajaran, proses pembelajaran, pelaksanaan penilaian
dan pemulihan dan penggayaan. Sampel kajian terdiri
daripada 327 orang guru dari 12 Sekolah Menengah Atas
Negeri (SMAN) di Pekanbaru dengan pemboleh ubah bebas
iaitu jantina. Pentadbiran soal selidik dilakukan sendiri
oleh pengkaji untuk memastikan pulangan 100 peratus.
Data soal selidik diolah berdasarkan statistik deskriptif
dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan min
dan sisihan piawai untuk melihat tahap latihan dalam
perkhidmatan dan prestasi kerja guru, manakala statistik
inferensi melibatkan ujian-t dan ANOVA bagi melihat
perbandingan min dan varians antara kumpulan guru
berdasarkan pemboleh ubah yang ditetapkan.
DAPATAN KAJIAN
Persepsi guru terhadap Latihan Dalam
Perkhidmatan
Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif
berdasarkan min dan sisihan piawai bagi menentukan
tahap dari latihan dalam perkhidmatan guru-guru Sekolah
Menengah Atas Negeri, Pekanbaru terhadap peningkatan
prestasi kerja guru. Jadual 1 menunjukkan persepsi guru-
guru terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan.
Jadual 1. Skor min dan sisihan piawai aspek-aspek latihan
dalam perkhidmatan guru
Aspek Latihan 	 Min	 Sisihan	 Tahap
dalam Perkhidmatan		 Piawai	
Kesesuaian bahan 	 2.91	 0.64	 Sederhana
			 rendah
Kandungan bahan latihan	 2.97	 0.57	 Sederhana
			 rendah
Alternatif penyelesaian	 3.02	 0.56	 Sederhana
masalah			 tinggi
Pengetahuan, sikap dan	 3.09	 0.53	 Sederhana
keterampilan			 tinggi
Purata skor min keseluruhan	 3.001	 0.54	 Sederhana
			 rendah
4 Artkl 3.indd 20 8/9/2012 12:32:08 PM
21Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia
Jadual 1 menunjukkan tahap latihan dalam
perkhidmatan bagi setiap aspek yang dikaji. Dapatan
menunjukkan aspek Kesesuaian latihan dengan keperluan
sekolah adalah pada tahap sederhana rendah dengan min
2.91 dan sisihan piawai 0.64, manakala aspek Kandungan
LADAP dari segi teori dan praktikal berada pada tahap
sederhana rendah dengan min 2.97 dan sisihan piawai
0.57. Seterusnya aspek alternatif penyelesaian masalah
pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan min 3.02 dan
sisihan piawai 0.56. Manakala bagi aspek meningkatkan
pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional
pula berada pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.09
dan sisihan piawai 0.53. Secara keseluruhan aspek latihan
dalam perkhidmatan guru-guru di Sekolah MenengahAtas
Negeri Pekanbaru Indonesia berada pada tahap sederhana
rendah dengan min 3.00 dan sisihan piawai 0.53.
Tahap prestasi kerja guru Sekolah Menengah Atas
Negeri Pekanbaru Riau Indonesia
Jadual 2 menunjukkan aspek-aspek tahap prestasi
kerja guru-guru di SMAN, Pekanbaru di mana secara
keseluruhannya berada pada tahap sederhana rendah
dengan min 3.00 dan sisihan piawai 0.68. Perincian
mengikut aspek adalah seperti berikut: prestasi guru
dari aspek mengemaskini dan membetulkan Rancangan
Pengajaran Harian adalah sederhana tinggi dengan
catatan min 3.12 dan sisihan piawai 0.88, aspek proses
pembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi dengan
min 3.07 dan sisihan piawai 0.82. Bagi aspek pelaksanaan
penilaian pula berada pada tahap sederhana rendah dengan
min 2.89 dan sisihan piawai 0.69 dan aspek pemulihan
dan pengayaan pula berada pada tahap sederhana rendah
dengan min 2.97 dan sisihan piawai 0.60.
dan p = 0.003 (p < 0.05). Ini bermakna terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi min latihan dalam perkhidmatan
guru lelaki dengan guru perempuan. Guru perempuan
menunjukkan kesan latihan dalam perkhidmatan yang
lebih tinggi iaitu dengan min 3.07 dan sisihan piawai
0.54. Manakala bagi guru lelaki pula dengan min 2.89 dan
sisihan piawai 0.52.
Perbandingan Prestasi Kerja Berdasarkan Jantina
Berdasarkan Jadual 4, didapati terdapat perbezaan min
yang signifikan prestasi kerja dalam kalangan guru lelaki
dengan guru perempuan dengan t = -2.85 dan p = 0.005
(p < 0.05). Dapatan ini menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi min prestasi kerja guru lelaki
dengan guru perempuan. Guru perempuan memiliki
prestasi kerja yang lebih tinggi iaitu dengan min 3.09 dan
sisihan piawai 0.69, manakala prestasi kerja guru lelaki
pula dengan adalah lebih rendah dengan catatan min 2.87
dan sisihan piawai 0.64.
Jadual 2. Skor min dan sisihan piawai aspek-aspek
prestasi kerja guru
Aspek Prestasi 	 Min	 Sisihan	 Tahap
Kerja Guru		 Piawai	
Rancangan pengajaran	 3.12	 0.88	 Sederhana
			 tinggi
Proses pembelajaran	 3.07	 0.82	 Sederhana
			 tinggi
Pelaksanaan penilaian	 2.89	 0.69	 Sederhana
			 rendah
Pemulihan dan pengayaan	 2.97	 0.60	 Sederhana
			 rendah
Tahap keseluruhan	 3.00	 0.68	 Sederhana
			 rendah
Perbandingan Latihan guru Dalam Perkhidmatan
Berdasarkan Jantina
Berdasarkan Jadual 3, didapati terdapat perbezaan min yang
signifikan latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan
guru lelaki dengan guru perempuan dengan nilai t = -2.95
Jadual 3. Ujian-t perbandingan latihan dalam perkhidmatan
berdasarkan jantina
Latihan dalam 	 N	 Min	 Sisihan	 Nilai-t	 Sig.
Perkhidmatan			 Piawai	
Lelaki	 132	 2.89	 0.52	 -2.95	 0.003*
Perempuan	 195	 3.07	 0.54
Jadual 4. Ujian-t perbandingan prestasi kerja
berdasarkan jantina
Prestasi 	 N	 Min	 Sisihan	 Nilai-t	 Sig.
Kerja			 Piawai	
Lelaki	 132	 2.87	 0.64	 -2.85	 0.005*
Perempuan	 195	 3.09	 0.69
Perbezaan Latihan Dalam Perkhidmatan
Berdasarkan Pengalaman Kerja
Berdasarkan Jadual 5 dan Jadual 6, didapati perbezaan min
yang signifikan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan
pengalaman kerja dengan F = 26.237 dan p = 0.000 (p <
0.05). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan
dari segi min latihan dalam perkhidmatan berdasarkan
pengalaman kerja guru-guru Sekolah Menengah Atas
Negeri Pekanbaru Indonesia. Guru yang berpengalaman
kerja selama 4 hingga 9 tahun memiliki latihan dalam
perkhidmatan yang lebih tinggi iaitu dengan min 3.23
dan sisihan piawai 0.45. seterusnya diikuti oleh guru
berpengalaman 10 hingga 15 tahun dengan min 2.9
dan sisihan piawai 0.49. Manakala bagi guru yang
berpengalaman 16 hingga 25 tahun pula dengan min 2.708
dan sisihan piawai 0.59.
4 Artkl 3.indd 21 8/9/2012 12:32:08 PM
22 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)
Perbezaan Prestasi Kerja Berdasarkan
Pengalaman Kerja
Jadual 7 dan 8 menunjukkan perbezaan min yang signifikan
dari segi prestasi kerja berdasarkan pengalaman kerja
dengan F = 20.41 dan p = 0.000 (p < 0.05). Maknanya
terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min prestasi
kerja berdasarkan pengalaman kerja guru. Guru yang
berpengalaman kerja selama 4 hingga 9 tahun memiliki
prestasi kerja yang lebih tinggi iaitu bacaan min 3.23
dan sisihan piawai 0.62. Seterusnya diikuti oleh guru
berpengalaman bekerja selama 10 hingga 15 tahun dengan
min 23.019 dan sisihan piawai 0.66 Manakala bagi guru
yang berpengalaman bekerja selama 16 hingga 25 tahun
mencatatkan bacaan min 2.62 dan sisihan piawai 0.63.
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap latihan dalam
perkhidmatan yang diterima guru-guru SMAN Pekanbaru
masih lagi berada pada tahap yang belum memuaskan
khususnya dari aspek kesesuaian bahan masih lagi berada
pada tahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa guru-
guru di SMAN Pekanbaru masih lagi belum dapat latihan
yang cukup dalam memilih bahan pelajaran yang hendak
disampaikan kepada pelajar. Manakala bagi kandungan
bahan latihan juga berada pada tahap yang sederhana
rendah dan ini menggambarkan bahawa kandungan
latihan yang disampaikan semasa latihan diberikan
kurang diaplikasikan pada peringkat sekolah di mana
program dalam latihan perlu mempunyai kepelbagaian
bahan sesuai dengan keperluan semasa guru. (Mulyasa
2005; Hendri Joprison 2009). Latihan yang inovatif yang
bersifat semasa perlu diberikan kepada guru dari semasa ke
semasa supaya guru sentiasa peka dan prihatin serta dapat
mengaplikasikan keperluan pengajaran dan pembelajaran
mengikut keperluan pelajar terkini.
Data dalam kajian ini juga menunjukkan terdapat
perbezaan perspektif yang signifikan guru perempuan
dan guru lelaki terhadap latihan yang diterima semasa
dalam perkhidmatan mereka. Dari segi skor minnya, guru
perempuan lebih tinggi daripada guru lelaki tentang kesan
latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti
guru. Ini menunjukkan bahawa guru-guru perempuan
mempunyai komitmen yang lebih tinggi berbanding
guru-guru lelaki serta perkara ini selari dengan kajian
yang dikemukakan oleh Abdul Rahim et al. (2006)
yang menyatakan guru perempuan sentiasa bersedia dan
memberi komitmen yang tinggi berbanding guru-guru
lelaki sama ada dalam pembelajaran di bilik darjah atau
pun komitmen kerja di sekolah.
Bagi aspek latihan dalam perkhidmatan, didapati
terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min latihan
dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja guru-
guru Sekolah MenengahAtas Negeri Pekanbaru Indonesia.
Guru yang berpengalaman kerja selama 4 hingga 9 tahun
mendapat latihan dalam perkhidmatan yang lebih tinggi
berbanding dengan mereka yang berpengalaman kerja
selama 10 hingga 15 tahun dan 16 hingga 25 tahun. 	
Perbincangan tersebut menunjukkan bahawa semakin
lama guru bekerja tidak menjadi faktor yang boleh
meningkatkan kualiti guru itu sendiri. Kajian ini
menunjukkan guru-guru yang telah lama bertugas,
kurang memperolehi manfaat berbanding guru-guru yang
berkhidmat dalam kategori 9 tahun ke bawah. Perkara ini
adalah disebabkan guru yang mempunyai pengalaman
kerja yang lama, menunjukkan dua kemungkinan sama
ada latihan dalam perkhidmatan tersebut tidak setanding
dengan pengalaman mereka ataupun disebabkan oleh burn
out guru itu sendiri. Guru-guru yang burn out ini, walaupun
diberikan latihan yang baik namun tidak memberikan kesan
apa-apa (Ahmad Rafaai Ayudin 2011). Guru-guru yang
mengalami fenomena ini perlu diberi motivasi yang tinggi
berbanding dengan faktor-faktor lain.
Jadual 5. Analisis min dan sisihan piawai
Pengalaman kerja	 N	 Min	 Sisihan
			 Piawai
4-9 tahun	 120	 3.23	 0.45
10-15 tahun	 134	 2.94	 0.49
16-25 tahun	 73	 2.70	 0.59
Jadual 6. Analisis ANOVA perbezaan latihan dalam
perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja
Motivasi 	 Jumlah	 Darjah	 Min Kuasa	 F	 Sig
Kerja	 Kuasa	 Kebebasan	 Dua	
Antara	 13.40	 2	 6.70	 26.23	 0.000
Kumpulan
Dalam	 82.76	 324	 .255
Kumpulan		
Jumlah	 96.16	 326
Jadual 7. Analisis min dan sisihan piawai
Pengalaman kerja	 N	 Min	 Sisihan
			 Piawai
4-9 tahun	 120	 3.23	 0.62
10-15 tahun	 134	 3.01	 0.66
16-25 tahun	 73	 2.62	 0.63
Jadual 8. Analisis ANOVA perbezaan prestasi kerja
berdasarkan pengalaman kerja
Motivasi 	 Jumlah	 Darjah	 Min Kuasa	 F	 Sig
Kerja	 Kuasa Dua	Kebebasan	 Dua	
Antara	 16.93	 2	 8.46	 20.41	 0.000
Kumpulan
Dalam	 134.39	 324	 0.41
Kumpulan		
Jumlah	 151.32	 326
4 Artkl 3.indd 22 8/9/2012 12:32:08 PM
23Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia
Aspek alternatif dan penyelesaian masalah serta
aspek pengetahuan, sikap dan ketrampilan yang diterima
oleh guru semasa dalam perkhidmatan berada pada tahap
yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan latihan dalam
perkhidmatan ada memberi penekanan kepada unsur-
unsur ini. Walau bagaimanapun ini perlu dipertingkatkan
bagi meningkatkan kualiti guru-guru di SMAN Pekanbaru
sebagaimana yang disarankan oleh (Herbert & Gullet 1998)
kaedah penyelesaian masalah amat perlu diaplikasikan
oleh guru dalam kaedah menyampaikan kandungan
pembelajaran. Selain daripada itu, pengetahuan dan
sikap guru adalah penting bagi meningkatkan kualiti
pengajaran (Bernardin & Russell 1993) guru yang tidak
mempunyai pengetahuan yang cukup akan menyebabkan
kegagalan dalam menyampaikan bahan pelajaran dan
juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelajar serta
mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Aspek sikap
yang diterapkan dalam latihan dalam perkhidmatan juga
berada pada tahap yang belum memuaskan. Ini juga boleh
menggugatkualitiguruitusendiri(Flippo1997).Bagiaspek
latihan dalam perkhidmatan pula, guru perlu dibekalkan
dengan latihan yang bersesuaian untuk menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan dan menepati kehendak
kurikulum yang ditetapkan (Santyasa 2010).
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap
latihan dalam perkhidmatan guru-guru di SMAN Pekanbaru
masih berada pada tahap sederhana rendah. Situasi ini
menggambarkan bahawa pihak sekolah dan Kementerian
Pendidikan Indonesia perlu membuat satu pelan jangka
panjang dalam menyediakan satu kursus atau latihan dalam
perkhidmatan yang berkala kepada guru-guru. Perkara ini
juga telah disarankan oleh Mulyasa (2005) dan Arikunto
(2000) tentang perlunya satu latihan yang menggunakan
inovasi bagi meningkatkan minat dan kualiti guru. Kajian
juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
guru lelaki dengan guru perempuan tentang latihan yang
diterima. Ini adalah disebabkan keperluan yang berbeza
di antara guru lelaki dan guru perempuan, kerana guru
perempuan lebih komited dengan kerjanya.
Kajian hanya menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian dan dicadangkan kajian lebih terperinci
perludilakukanyangmelibatkantemubualdanpemerhatian
pada peringkat sekolah bukan sahaja melibatkan guru-guru
tetapi juga melibatkan pentadbir sekolah, nazir sekolah,
Guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pelajar sendiri.
Kajian sebegini mampu mengenal pasti pelbagai faktor
yang lebih mendalam dalam meningkatkan kualiti guru
yang berkaitan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan
yang diterima oleh guru. Selain daripada itu, kajian juga
seharusnya dilakukan kepada guru-guru pada peringkat
sekolah rendah kerana ianya dapat menjadikan asas dalam
penilaian keseluruhan prestasi guru di sekolah-sekolah
seluruh provinsi Pekanbaru.
KESIMPULAN
Latihan dalam perkhidmatan yang diterima oleh guru-guru
di SMAN Pekanbaru masih lagi berada pada tahap yang
belum memuaskan dan ianya juga terdapat perbezaan
perspektif guru lelaki dan guru perempuan tentang latihan
yang diterima semasa dalam perkhidmatan. Latihan dalam
perkhidmatan merupakan satu faktor yang amat penting
dalam meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Bagi mengekalkan latihan
dalam perkhidmatan yang berkualiti kepada guru, ianya
perlu dirangka sama ada di peringkat sekolah dan juga pada
peringkat Kementerian Pendidikan dengan mengadakan
pelbagai bengkel, ceramah dan pencerapan yang berkesan
oleh Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi
memastikan latihan yang diberikan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Rujukan
Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli
& Musa Ismail. 2006. Tahap Minat, Pengetahuan dan
Kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program
pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian Johor.
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Rafaai Ayudin. 2000. Pedagogi - Pengetahuan Didaktik
untuk Guru. Ampang: Salafi Group.
Arikunto, S. 2000. Dasar-dasar Evaluasi Pendidikan. Jakarta:
Rinekka Cipta.
Arikunto, S. 2004. Manajemen Penelitian. Jakarta: Rineka
Cipta.
Bernardin, H.J. & Russell, J.E.A. 1993. Human Resource
Management: An Experiential Approach. McGraw-Hill,
Inc.
Beach, D. 1995. Personnel, The Management of People at Work.
New York: MacMillan Publishing Co.
Enoch, J. 1992. Dasar-dasar Perencanaan Pendidikan. Jakarta:
Bumi Aksara.
Flippo, R.F. 1999. What Do The Experts Say. San Francisco:
Jossey Bass.
Hamalik. 2006. Pendidikan Guru Berdasarkan Pendekatan
Kompetensi. Jakarta: Bumi Aksara.
Hendri Joprison. 2009. Peran Pelatihan dalam Peningkatan
Kompetensi Guru di SMAN 1 Kecamatan Gunung Toar
Kabupaten Kuantan Singingi Propinsi Riau. Tesis Sarjana.
Program Pasca Sarjana Manajemen dan Bisnis. Institut
Pertanian Bogor.
Herbert, G. & Gullet, R. 1998. Organisasi Teori dan Tingkahlaku.
(terj: Kartasaputra). Jakarta: Bumi Aksara.
Hersey, P. & Blanchet, K. 1996. Management of Organization
Behaviour. New Jersey: Prentice Hall
Mulyasa, E. 2005. Menjadi Guru Profesional: Mencipta
Pembelajaran Kreatif dan Menyenangkan. Bandung:
Remaja Rosdakarya.
Santyasa. 2010. Keberadaan dan Kepentingan Pengembangan
Model Pelatihan untuk Pembinaan Profesi Guru. Tesis
Sarjana. Universitas Pendidikan Ganesha.
4 Artkl 3.indd 23 8/9/2012 12:32:08 PM
24 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)
Tilaar. 1999. Pendidikan dalam Pembangunan Nasional
Menyongsong Abad 21. Jakarta: Balai Pustaka.
Timpe, K. 1998. Sourcehood and Its Alternatives. New York:
Harcour Brace Jovanovich Inc.
Timpe, A.D. 1999. Diagnosis Kinerja, Mengenali Penyebab-
penyebab Kinerja Buruk. Dalam Seri Manajemen Sumber
Daya Manusia Kinerja, diterjemahkan oleh Sofyan Cikmat.
PT Alex Media Koputindo. Jakarta.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
M Nur Mustafa
Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UNRI
Indonesia.
4 Artkl 3.indd 24 8/9/2012 12:32:08 PM

More Related Content

What's hot

Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
hafizah noor
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
Satiya Vani
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
Royal Fu
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
hazwaniAM
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
Amie Joan Juanis
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
Sir-attha Mohd Hatta
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Fatim Fauziani
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Zaliey Zakaria
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Indra Maniam
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
Call Vano
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
haidah888
 
Peercoaching
PeercoachingPeercoaching
Peercoaching
Dee Kyuhyunnie
 
Refleksi
Refleksi Refleksi
Refleksi
Izlihan87
 
0.artikel penelitian
0.artikel penelitian0.artikel penelitian
0.artikel penelitian
SuaidinUsman1
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
Adam Amsyar
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
krys73
 
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
AsniyatiHanifahTugas
 
What's hot (19)

Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
Peercoaching
PeercoachingPeercoaching
Peercoaching
 
Refleksi
Refleksi Refleksi
Refleksi
 
0.artikel penelitian
0.artikel penelitian0.artikel penelitian
0.artikel penelitian
 
Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
 
Viewers also liked

Beware of Your Own Biases When Analyzing Social Media
Beware of Your Own Biases When Analyzing Social MediaBeware of Your Own Biases When Analyzing Social Media
Beware of Your Own Biases When Analyzing Social Media
iMedSocial
 
Sprawozdanie z działalności RCI
Sprawozdanie z działalności RCISprawozdanie z działalności RCI
Sprawozdanie z działalności RCI
UWM
 
Redaccion de textos
Redaccion de textosRedaccion de textos
Redaccion de textos
Melanie Rico
 
Najlepsze metody zarabiania w internecie
Najlepsze metody zarabiania w internecieNajlepsze metody zarabiania w internecie
Najlepsze metody zarabiania w internecie
Angelica Mayers
 
Ethics and sustainable development(cosmocratic) july 2009
Ethics and sustainable development(cosmocratic)  july 2009Ethics and sustainable development(cosmocratic)  july 2009
Ethics and sustainable development(cosmocratic) july 2009
theapparition
 
Qr codes
Qr codesQr codes
Qr codes
davidwalters
 
Redaccion de textos
Redaccion de textosRedaccion de textos
Redaccion de textos
Melanie Rico
 
Facebook Useful for Hospitals
Facebook Useful for HospitalsFacebook Useful for Hospitals
Facebook Useful for Hospitals
iMedSocial
 
Do twitterpromotionswork
Do twitterpromotionsworkDo twitterpromotionswork

презентация компании николь
презентация компании никольпрезентация компании николь
презентация компании николь
TF_Nikol
 
Veterans’ Health and the Presidential Race – Surprising Social Media Finds
Veterans’ Health and the Presidential Race – Surprising Social Media FindsVeterans’ Health and the Presidential Race – Surprising Social Media Finds
Veterans’ Health and the Presidential Race – Surprising Social Media Finds
iMedSocial
 
Duckworth vs Walsh on Social Media
Duckworth vs Walsh on Social MediaDuckworth vs Walsh on Social Media
Duckworth vs Walsh on Social Media
iMedSocial
 
Viewers also liked (13)

Similar to Ldp

Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Indra Maniam
 
Trends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencesTrends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciences
trendsandissues2015
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Mbakyu Sarah
 
AGUS SETIYONO
 
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docxJurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
HendraSetiyawan6
 
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
Angga Debby Frayudha
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
Anwar Sari
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
ErnaHerawati8
 
Fakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di IndonesiaFakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di Indonesia
Lutfi Koto
 
Jt38 e[5]
Jt38 e[5]Jt38 e[5]
Jt38 e[5]
Dhiah Zainal
 
Sidang proposaltesis
Sidang proposaltesisSidang proposaltesis
Sidang proposaltesisnda_fauziah
 
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...

1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
SitiMaesaroh69255
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
ikhwanecdc
 
Rev annotated bibliography
Rev annotated bibliographyRev annotated bibliography
Rev annotated bibliography
AGUS SETIYONO
 
Similar to Ldp (20)

2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
Trends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencesTrends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciences
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docxJurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
Jurnal-Tesis_HendraSetiyawan_Universitas Gresik.docx
 
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
 
1 sm
1 sm1 sm
1 sm
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
 
Fakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di IndonesiaFakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di Indonesia
 
Jt38 e[5]
Jt38 e[5]Jt38 e[5]
Jt38 e[5]
 
Sidang proposaltesis
Sidang proposaltesisSidang proposaltesis
Sidang proposaltesis
 
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
 
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
 
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...Ejournal 8  penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
Ejournal 8 penelitian_peran kepala sekolah dalam meningkatkan kualitas kiner...
 
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Rev annotated bibliography
Rev annotated bibliographyRev annotated bibliography
Rev annotated bibliography
 
Recently uploaded

Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
NiaTazmia2
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
DinaSetiawan2
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F  kelasModul Ajar Statistika Data Fase F  kelas
Modul Ajar Statistika Data Fase F kelas
ananda238570
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptxPemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
maulatamah
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
PikeKusumaSantoso
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIANSINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
NanieIbrahim
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
sitispd78
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
budimoko2
 
Recently uploaded (20)

Ldp

  • 1. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)(2011): 19-24 Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia (In-Service Training for Teachers to Improve the Quality of Education in Pekanbaru, Riau Indonesia) M NUR MUSTAFA & NORASMAH OTHMAN ABSTRAK Kajian ini bertujuan meninjau perspektif guru-guru Sekolah Menengah Atas (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia tentang Latihan Dalam Perkhidmatan yang diikuti oleh guru-guru melibatkan aspek-aspek berikut: kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah; kandungan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dari segi teori dan praktikal; alternatif penyelesaian masalah pembelajaran; dan meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan LADAP terhadap prestasi kerja guru bagi meningkatkan kualiti guru SMAN, Pekanbaru. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Jumlah sampel adalah seramai 327 orang guru-guru Sekolah Menengah Atas di Pekanbaru. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesesuaian Latihan Dalam Perkhidmatan adalah sederhana rendah (min: 3.00 SP 0.54) manakala dari aspek prestasi kerja guru pada tahap yang sederhana rendah (min = 3.00 SP 0.68). Analisis inferensi Ujian-t berdasarkan jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara Latihan Dalam Perkhidmatan dengan prestasi kerja guru. Berdasarkan analisis ANOVA terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek latihan dalam perkhidmatan dan prestasi kerja guru berdasarkan pengalaman kerja. Kajian menunjukkan LADAP bagi guru-guru di Sekolah Menengah Atas, Pekanbaru masih lagi berada di tahap rendah. Satu pendekatan atau program perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mempelbagaikan dan memantapkan program Latihan Dalam Perkhidmatan agar memberikan impak yang ketara seterusnya meningkatkan prestasi kerja guru sekaligus menjadi pemangkin pembangunan profesionalisme guru di Indonesia. Kata kunci: Kesesuaian latihan, kandungan latihan, prestasi kerja, profesionalisme guru ABSTRACT This study aims to explore upper secondary schools (SMAN) teachers’perspective in Pekanbaru, Riau Indonesia who have attended in – service training on the following aspects: relevance of training to the needs of schools; theoretical and practical content of LADAP; alternative problem solving learning; increase of knowledge, positive attitude and profesional skills. In addition, the study also looked at LADAP related to teacher performance to improve SMAN teacher quality, Pekanbaru. This is a survey using questionnaires as a research tool. Total sample involved 327 high school teachers in Pekanbaru. The data was analysed using descriptive and inferential statistics. The findings indicated the suitability of in-service training is a medium-low with a mean size of its SP = 3.00 and it was 0.54, while from the aspects of teacher performance in the low average level of mean = 3.00 and it was 0.68. T-test analysis of inference based on gender showed significant differences in aspects of in-service training and teacher performance based on work experience. This study shows LADAP for teachers in high school, Pekanbaru is still low. Thus, an approach or program need to be done by the Ministry of Education to diversify and improve the in-service training program to increase the performance of teachers and to become as a catalyst for teachers’profesional development in Indonesia. Keywords: Suitability of training, training content, performance, profesionalism of teachers PENGENALAN Pada alaf baru ini, profesion perguruan di Indonesia terus mengalami perubahan bagi memacu paradigma dan menjadi pemangkin profesionalime guru-guru melalui penyediaan akses maklumat dan medium ICT sebagai sumber pembaharuan dan bahan-bahan pembelajaran. Guru merupakan kerjaya profesional yang telah termaktub dalam Undang-Undang No. 20 (2003) dan Undang- Undang No. 14 (2005). Perbincangan tentang aspek kualiti memang mendapat perhatian khasnya kualiti pelajar, pengajaran, khidmat bimbingan, latihan guru, ketrampilan profesional dan kerjaya perguruan. Semuanya ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan, belanjawan yang terhad, 4 Artkl 3.indd 19 8/9/2012 12:32:08 PM
  • 2. 20 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2) kemudahan, media, iklim sekolah, persekitaran sekolah juga sumbangan pelbagai pihak yang berkenaan. Semua kelemahan kualiti daripada komponen-komponen pendidikan tersebut berpunca daripada kualiti guru itu sendiri. Persoalan tentang guru dan sekolah selalunya mendapat perhatian masyarakat. Antara perkara yang selalu ditimbulkan ialah: anak mereka ponteng kelas tertentu, anak mereka dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak, guru sering tidak hadir dan tidak ada pengganti, pencapaian anak yang terus-menerus rendah, anak mengeluh keletihan kerana mencatat bahan pelajaran yang sangat banyak dan masalah lain berkaitan dengan guru (Hamalik 2002). Mulyasa (2005) menegaskan kualiti guru dari segi motivasi, Latihan Dalam Perkhidmatan dan kompetensi profesional biasanya dapat mempercepatkan proses mencapai visi dan misi pendidikan vokasional. Prestasi kerja guru-guru Sekolah MenengahAtas Negeri, Pekanbaru yang masih rendah sedikit sebanyak mempengaruhi mutu pendidikan Indonesia sehingga boleh menimbulkan masalah dalammelahirkanmodalinsan,khasnyamemperkembangkan segenap potensi pelajar. Bertitik tolak isu ini, penyelidikan tentang faktor-faktor yang dijangka boleh menyumbang kepada prestasi kerja yang rendah haruslah segera diperbaiki dan dipulihkan melalui motivasi kerja, Latihan Dalam Perkhidmatan dan peningkatan kompetensi profesional (Arikunto 2000). Menurut Timpe (1999), prestasi adalah penilaian tahap kerja yang telah dilaksanakan. Selalunya prestasi kerja dipengaruhi oleh faktor motivasi, kompetensi dan latihan. Merujuk kepada Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 14 Tahun 2005 tentang guru dan dosen, kempetensi bermaksud set pengetahuan, ketrampilan dan perilaku yang perlu dimiliki, dihayati dan dikuasai dalam melaksanakan tugas profesional. Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan suatu usaha dalammengembangkanwawasangurumenghadapicabaran dunia pendidikan yang semakin kompleks (Tilaar 1999). LADAP yang diberikan kepada guru-guru di SMAN, Pekanbaru bertujuan meningkatkan kemampuan kerja guru-guru kerana menurut Enoch (1992) latihan memberikan kemahiran asas yang diperlukan bagi melaksanakan satu-satu pekerjaan. Latihan Dalam Perkhidmatan turut memainkan peranan meningkatkan prestasi kerja guru melalui pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan dari segi teori dan praktikal. Hasil pemerhatian menunjukkan pengajaran guru-guru di Sekolah Menengah Atas Negeri, Pekanbaru belum dianggap berkesan. Guru-guru didapati gagal menerapkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi melalui LADAP dalam pengajaran. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji akan melihat tahap Latihan Dalam Perkhidmatan dan prestasi kerja guru berdasarkan jantina dan pengalaman kerja dalam kalangan guru-guru Sekolah MenengahAtas Negeri (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia. Selain itu, kajian ini juga akan melihat perbezaan persepsi terhadap latihan dalam perkhidmatan dan prestasi kerja guru mengikut jantina dan pengalaman kerja. METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian tinjaun yang menggunakan soal selidik bagi mengukur Latihan Dalam Perkhidmatan dan prestasi kerja guru. Konstruk soal selidik adalah berdasarkan Timpe (1998), Hersey dan Blanchard (1996), Herbert (1998), Bernardin dan Russel (1993), Beach (1995) dan Flippo (1999) iaitu kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah, kandungan LADAP dari segi teori dan praktikal, alternatif penyelesaian masalah pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional. Konstruk prestasi kerja guru pula melibatkan usaha memperbaiki dan mengemaskini rancangan pengajaran, proses pembelajaran, pelaksanaan penilaian dan pemulihan dan penggayaan. Sampel kajian terdiri daripada 327 orang guru dari 12 Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) di Pekanbaru dengan pemboleh ubah bebas iaitu jantina. Pentadbiran soal selidik dilakukan sendiri oleh pengkaji untuk memastikan pulangan 100 peratus. Data soal selidik diolah berdasarkan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan min dan sisihan piawai untuk melihat tahap latihan dalam perkhidmatan dan prestasi kerja guru, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t dan ANOVA bagi melihat perbandingan min dan varians antara kumpulan guru berdasarkan pemboleh ubah yang ditetapkan. DAPATAN KAJIAN Persepsi guru terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif berdasarkan min dan sisihan piawai bagi menentukan tahap dari latihan dalam perkhidmatan guru-guru Sekolah Menengah Atas Negeri, Pekanbaru terhadap peningkatan prestasi kerja guru. Jadual 1 menunjukkan persepsi guru- guru terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan. Jadual 1. Skor min dan sisihan piawai aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan guru Aspek Latihan Min Sisihan Tahap dalam Perkhidmatan Piawai Kesesuaian bahan 2.91 0.64 Sederhana rendah Kandungan bahan latihan 2.97 0.57 Sederhana rendah Alternatif penyelesaian 3.02 0.56 Sederhana masalah tinggi Pengetahuan, sikap dan 3.09 0.53 Sederhana keterampilan tinggi Purata skor min keseluruhan 3.001 0.54 Sederhana rendah 4 Artkl 3.indd 20 8/9/2012 12:32:08 PM
  • 3. 21Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia Jadual 1 menunjukkan tahap latihan dalam perkhidmatan bagi setiap aspek yang dikaji. Dapatan menunjukkan aspek Kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah adalah pada tahap sederhana rendah dengan min 2.91 dan sisihan piawai 0.64, manakala aspek Kandungan LADAP dari segi teori dan praktikal berada pada tahap sederhana rendah dengan min 2.97 dan sisihan piawai 0.57. Seterusnya aspek alternatif penyelesaian masalah pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan min 3.02 dan sisihan piawai 0.56. Manakala bagi aspek meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional pula berada pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.09 dan sisihan piawai 0.53. Secara keseluruhan aspek latihan dalam perkhidmatan guru-guru di Sekolah MenengahAtas Negeri Pekanbaru Indonesia berada pada tahap sederhana rendah dengan min 3.00 dan sisihan piawai 0.53. Tahap prestasi kerja guru Sekolah Menengah Atas Negeri Pekanbaru Riau Indonesia Jadual 2 menunjukkan aspek-aspek tahap prestasi kerja guru-guru di SMAN, Pekanbaru di mana secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana rendah dengan min 3.00 dan sisihan piawai 0.68. Perincian mengikut aspek adalah seperti berikut: prestasi guru dari aspek mengemaskini dan membetulkan Rancangan Pengajaran Harian adalah sederhana tinggi dengan catatan min 3.12 dan sisihan piawai 0.88, aspek proses pembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi dengan min 3.07 dan sisihan piawai 0.82. Bagi aspek pelaksanaan penilaian pula berada pada tahap sederhana rendah dengan min 2.89 dan sisihan piawai 0.69 dan aspek pemulihan dan pengayaan pula berada pada tahap sederhana rendah dengan min 2.97 dan sisihan piawai 0.60. dan p = 0.003 (p < 0.05). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min latihan dalam perkhidmatan guru lelaki dengan guru perempuan. Guru perempuan menunjukkan kesan latihan dalam perkhidmatan yang lebih tinggi iaitu dengan min 3.07 dan sisihan piawai 0.54. Manakala bagi guru lelaki pula dengan min 2.89 dan sisihan piawai 0.52. Perbandingan Prestasi Kerja Berdasarkan Jantina Berdasarkan Jadual 4, didapati terdapat perbezaan min yang signifikan prestasi kerja dalam kalangan guru lelaki dengan guru perempuan dengan t = -2.85 dan p = 0.005 (p < 0.05). Dapatan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min prestasi kerja guru lelaki dengan guru perempuan. Guru perempuan memiliki prestasi kerja yang lebih tinggi iaitu dengan min 3.09 dan sisihan piawai 0.69, manakala prestasi kerja guru lelaki pula dengan adalah lebih rendah dengan catatan min 2.87 dan sisihan piawai 0.64. Jadual 2. Skor min dan sisihan piawai aspek-aspek prestasi kerja guru Aspek Prestasi Min Sisihan Tahap Kerja Guru Piawai Rancangan pengajaran 3.12 0.88 Sederhana tinggi Proses pembelajaran 3.07 0.82 Sederhana tinggi Pelaksanaan penilaian 2.89 0.69 Sederhana rendah Pemulihan dan pengayaan 2.97 0.60 Sederhana rendah Tahap keseluruhan 3.00 0.68 Sederhana rendah Perbandingan Latihan guru Dalam Perkhidmatan Berdasarkan Jantina Berdasarkan Jadual 3, didapati terdapat perbezaan min yang signifikan latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan guru lelaki dengan guru perempuan dengan nilai t = -2.95 Jadual 3. Ujian-t perbandingan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan jantina Latihan dalam N Min Sisihan Nilai-t Sig. Perkhidmatan Piawai Lelaki 132 2.89 0.52 -2.95 0.003* Perempuan 195 3.07 0.54 Jadual 4. Ujian-t perbandingan prestasi kerja berdasarkan jantina Prestasi N Min Sisihan Nilai-t Sig. Kerja Piawai Lelaki 132 2.87 0.64 -2.85 0.005* Perempuan 195 3.09 0.69 Perbezaan Latihan Dalam Perkhidmatan Berdasarkan Pengalaman Kerja Berdasarkan Jadual 5 dan Jadual 6, didapati perbezaan min yang signifikan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja dengan F = 26.237 dan p = 0.000 (p < 0.05). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja guru-guru Sekolah Menengah Atas Negeri Pekanbaru Indonesia. Guru yang berpengalaman kerja selama 4 hingga 9 tahun memiliki latihan dalam perkhidmatan yang lebih tinggi iaitu dengan min 3.23 dan sisihan piawai 0.45. seterusnya diikuti oleh guru berpengalaman 10 hingga 15 tahun dengan min 2.9 dan sisihan piawai 0.49. Manakala bagi guru yang berpengalaman 16 hingga 25 tahun pula dengan min 2.708 dan sisihan piawai 0.59. 4 Artkl 3.indd 21 8/9/2012 12:32:08 PM
  • 4. 22 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2) Perbezaan Prestasi Kerja Berdasarkan Pengalaman Kerja Jadual 7 dan 8 menunjukkan perbezaan min yang signifikan dari segi prestasi kerja berdasarkan pengalaman kerja dengan F = 20.41 dan p = 0.000 (p < 0.05). Maknanya terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min prestasi kerja berdasarkan pengalaman kerja guru. Guru yang berpengalaman kerja selama 4 hingga 9 tahun memiliki prestasi kerja yang lebih tinggi iaitu bacaan min 3.23 dan sisihan piawai 0.62. Seterusnya diikuti oleh guru berpengalaman bekerja selama 10 hingga 15 tahun dengan min 23.019 dan sisihan piawai 0.66 Manakala bagi guru yang berpengalaman bekerja selama 16 hingga 25 tahun mencatatkan bacaan min 2.62 dan sisihan piawai 0.63. PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap latihan dalam perkhidmatan yang diterima guru-guru SMAN Pekanbaru masih lagi berada pada tahap yang belum memuaskan khususnya dari aspek kesesuaian bahan masih lagi berada pada tahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa guru- guru di SMAN Pekanbaru masih lagi belum dapat latihan yang cukup dalam memilih bahan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Manakala bagi kandungan bahan latihan juga berada pada tahap yang sederhana rendah dan ini menggambarkan bahawa kandungan latihan yang disampaikan semasa latihan diberikan kurang diaplikasikan pada peringkat sekolah di mana program dalam latihan perlu mempunyai kepelbagaian bahan sesuai dengan keperluan semasa guru. (Mulyasa 2005; Hendri Joprison 2009). Latihan yang inovatif yang bersifat semasa perlu diberikan kepada guru dari semasa ke semasa supaya guru sentiasa peka dan prihatin serta dapat mengaplikasikan keperluan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan pelajar terkini. Data dalam kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan perspektif yang signifikan guru perempuan dan guru lelaki terhadap latihan yang diterima semasa dalam perkhidmatan mereka. Dari segi skor minnya, guru perempuan lebih tinggi daripada guru lelaki tentang kesan latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti guru. Ini menunjukkan bahawa guru-guru perempuan mempunyai komitmen yang lebih tinggi berbanding guru-guru lelaki serta perkara ini selari dengan kajian yang dikemukakan oleh Abdul Rahim et al. (2006) yang menyatakan guru perempuan sentiasa bersedia dan memberi komitmen yang tinggi berbanding guru-guru lelaki sama ada dalam pembelajaran di bilik darjah atau pun komitmen kerja di sekolah. Bagi aspek latihan dalam perkhidmatan, didapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja guru- guru Sekolah MenengahAtas Negeri Pekanbaru Indonesia. Guru yang berpengalaman kerja selama 4 hingga 9 tahun mendapat latihan dalam perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berpengalaman kerja selama 10 hingga 15 tahun dan 16 hingga 25 tahun. Perbincangan tersebut menunjukkan bahawa semakin lama guru bekerja tidak menjadi faktor yang boleh meningkatkan kualiti guru itu sendiri. Kajian ini menunjukkan guru-guru yang telah lama bertugas, kurang memperolehi manfaat berbanding guru-guru yang berkhidmat dalam kategori 9 tahun ke bawah. Perkara ini adalah disebabkan guru yang mempunyai pengalaman kerja yang lama, menunjukkan dua kemungkinan sama ada latihan dalam perkhidmatan tersebut tidak setanding dengan pengalaman mereka ataupun disebabkan oleh burn out guru itu sendiri. Guru-guru yang burn out ini, walaupun diberikan latihan yang baik namun tidak memberikan kesan apa-apa (Ahmad Rafaai Ayudin 2011). Guru-guru yang mengalami fenomena ini perlu diberi motivasi yang tinggi berbanding dengan faktor-faktor lain. Jadual 5. Analisis min dan sisihan piawai Pengalaman kerja N Min Sisihan Piawai 4-9 tahun 120 3.23 0.45 10-15 tahun 134 2.94 0.49 16-25 tahun 73 2.70 0.59 Jadual 6. Analisis ANOVA perbezaan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman kerja Motivasi Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig Kerja Kuasa Kebebasan Dua Antara 13.40 2 6.70 26.23 0.000 Kumpulan Dalam 82.76 324 .255 Kumpulan Jumlah 96.16 326 Jadual 7. Analisis min dan sisihan piawai Pengalaman kerja N Min Sisihan Piawai 4-9 tahun 120 3.23 0.62 10-15 tahun 134 3.01 0.66 16-25 tahun 73 2.62 0.63 Jadual 8. Analisis ANOVA perbezaan prestasi kerja berdasarkan pengalaman kerja Motivasi Jumlah Darjah Min Kuasa F Sig Kerja Kuasa Dua Kebebasan Dua Antara 16.93 2 8.46 20.41 0.000 Kumpulan Dalam 134.39 324 0.41 Kumpulan Jumlah 151.32 326 4 Artkl 3.indd 22 8/9/2012 12:32:08 PM
  • 5. 23Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia Aspek alternatif dan penyelesaian masalah serta aspek pengetahuan, sikap dan ketrampilan yang diterima oleh guru semasa dalam perkhidmatan berada pada tahap yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan latihan dalam perkhidmatan ada memberi penekanan kepada unsur- unsur ini. Walau bagaimanapun ini perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti guru-guru di SMAN Pekanbaru sebagaimana yang disarankan oleh (Herbert & Gullet 1998) kaedah penyelesaian masalah amat perlu diaplikasikan oleh guru dalam kaedah menyampaikan kandungan pembelajaran. Selain daripada itu, pengetahuan dan sikap guru adalah penting bagi meningkatkan kualiti pengajaran (Bernardin & Russell 1993) guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup akan menyebabkan kegagalan dalam menyampaikan bahan pelajaran dan juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelajar serta mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Aspek sikap yang diterapkan dalam latihan dalam perkhidmatan juga berada pada tahap yang belum memuaskan. Ini juga boleh menggugatkualitiguruitusendiri(Flippo1997).Bagiaspek latihan dalam perkhidmatan pula, guru perlu dibekalkan dengan latihan yang bersesuaian untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan menepati kehendak kurikulum yang ditetapkan (Santyasa 2010). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap latihan dalam perkhidmatan guru-guru di SMAN Pekanbaru masih berada pada tahap sederhana rendah. Situasi ini menggambarkan bahawa pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Indonesia perlu membuat satu pelan jangka panjang dalam menyediakan satu kursus atau latihan dalam perkhidmatan yang berkala kepada guru-guru. Perkara ini juga telah disarankan oleh Mulyasa (2005) dan Arikunto (2000) tentang perlunya satu latihan yang menggunakan inovasi bagi meningkatkan minat dan kualiti guru. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dengan guru perempuan tentang latihan yang diterima. Ini adalah disebabkan keperluan yang berbeza di antara guru lelaki dan guru perempuan, kerana guru perempuan lebih komited dengan kerjanya. Kajian hanya menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan dicadangkan kajian lebih terperinci perludilakukanyangmelibatkantemubualdanpemerhatian pada peringkat sekolah bukan sahaja melibatkan guru-guru tetapi juga melibatkan pentadbir sekolah, nazir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pelajar sendiri. Kajian sebegini mampu mengenal pasti pelbagai faktor yang lebih mendalam dalam meningkatkan kualiti guru yang berkaitan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan yang diterima oleh guru. Selain daripada itu, kajian juga seharusnya dilakukan kepada guru-guru pada peringkat sekolah rendah kerana ianya dapat menjadikan asas dalam penilaian keseluruhan prestasi guru di sekolah-sekolah seluruh provinsi Pekanbaru. KESIMPULAN Latihan dalam perkhidmatan yang diterima oleh guru-guru di SMAN Pekanbaru masih lagi berada pada tahap yang belum memuaskan dan ianya juga terdapat perbezaan perspektif guru lelaki dan guru perempuan tentang latihan yang diterima semasa dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan merupakan satu faktor yang amat penting dalam meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bagi mengekalkan latihan dalam perkhidmatan yang berkualiti kepada guru, ianya perlu dirangka sama ada di peringkat sekolah dan juga pada peringkat Kementerian Pendidikan dengan mengadakan pelbagai bengkel, ceramah dan pencerapan yang berkesan oleh Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi memastikan latihan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Rujukan Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli & Musa Ismail. 2006. Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Rafaai Ayudin. 2000. Pedagogi - Pengetahuan Didaktik untuk Guru. Ampang: Salafi Group. Arikunto, S. 2000. Dasar-dasar Evaluasi Pendidikan. Jakarta: Rinekka Cipta. Arikunto, S. 2004. Manajemen Penelitian. Jakarta: Rineka Cipta. Bernardin, H.J. & Russell, J.E.A. 1993. Human Resource Management: An Experiential Approach. McGraw-Hill, Inc. Beach, D. 1995. Personnel, The Management of People at Work. New York: MacMillan Publishing Co. Enoch, J. 1992. Dasar-dasar Perencanaan Pendidikan. Jakarta: Bumi Aksara. Flippo, R.F. 1999. What Do The Experts Say. San Francisco: Jossey Bass. Hamalik. 2006. Pendidikan Guru Berdasarkan Pendekatan Kompetensi. Jakarta: Bumi Aksara. Hendri Joprison. 2009. Peran Pelatihan dalam Peningkatan Kompetensi Guru di SMAN 1 Kecamatan Gunung Toar Kabupaten Kuantan Singingi Propinsi Riau. Tesis Sarjana. Program Pasca Sarjana Manajemen dan Bisnis. Institut Pertanian Bogor. Herbert, G. & Gullet, R. 1998. Organisasi Teori dan Tingkahlaku. (terj: Kartasaputra). Jakarta: Bumi Aksara. Hersey, P. & Blanchet, K. 1996. Management of Organization Behaviour. New Jersey: Prentice Hall Mulyasa, E. 2005. Menjadi Guru Profesional: Mencipta Pembelajaran Kreatif dan Menyenangkan. Bandung: Remaja Rosdakarya. Santyasa. 2010. Keberadaan dan Kepentingan Pengembangan Model Pelatihan untuk Pembinaan Profesi Guru. Tesis Sarjana. Universitas Pendidikan Ganesha. 4 Artkl 3.indd 23 8/9/2012 12:32:08 PM
  • 6. 24 Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2) Tilaar. 1999. Pendidikan dalam Pembangunan Nasional Menyongsong Abad 21. Jakarta: Balai Pustaka. Timpe, K. 1998. Sourcehood and Its Alternatives. New York: Harcour Brace Jovanovich Inc. Timpe, A.D. 1999. Diagnosis Kinerja, Mengenali Penyebab- penyebab Kinerja Buruk. Dalam Seri Manajemen Sumber Daya Manusia Kinerja, diterjemahkan oleh Sofyan Cikmat. PT Alex Media Koputindo. Jakarta. Untuk maklumat lanjut sila hubungi M Nur Mustafa Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan UNRI Indonesia. 4 Artkl 3.indd 24 8/9/2012 12:32:08 PM