2. Soalan 1
Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu dikenali sebagai :
A Bunyi
B Fonem
C Morfem
D Suku kata
3. Soalan 2
Banyak siswazah kini yang mahu bekerja
sendiri. Mereka mesti berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan.
Kata berhuruf condong dalam ayat di atas ialah :
A Kata bantu aspek
B Kata bantu ragam
C Kata penguat bebas
D Kata penguat hadapan
4. Soalan 3
Yang manakah ayat yang mempunyai kata penekan?
A Datangnya tidak diundang oleh sesiapa
B Kegembiraannya tidak dapat digambarkan
C Keluarganya menerima pinangan pemuda itu
D Sesungguhnya perang mengakibatkan azab sengsara pada
manusia
5. Soalan 4
Yang manakah perkataan yang mempunyai empat
morfem?
A Meratapi
B Berserabut
C Bermuafakat
D Menyelerakkan
6. Soalan 5
Alomorf ialah :
A Kelainan bagi sesuatu bunyi yang hadir kerana
kedudukannya dalam sesuatu perkataan
B Kelainan morfem terikat yang terbabit berdasarkan
fonem awal yang ada pada perkataan yang mengikutinya
C Bunyi yang membezakan makna
D Kelainan morfem yang mendukung makna tertentu