Program Klik Untuk Jaya (KUJ) dilaksanakan untuk menguruskan penggunaan CDRI dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih meluas dan optimum. Ia meliputi pengurusan stok CDRI, proses pinjaman dan pulangan, serta aktiviti promosi untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam P&P. Kajian awal menunjukkan peningkatan penggunaan CDRI selepas pelaksanaan program ini.