SlideShare a Scribd company logo
KRONOLOGI ISU TUNTUTAN SULU
KE ATAS SABAH/BORNEO UTARA
(1661 - 1957)
 1661 – 1673 : Perang Pulau Chermin
- Sultan Muhyiddin (Brunei) telah memohon bantuan Sultan Sulu untuk
menamatkan perang saudara yang berlaku di Brunei. Walau bagaimanapun, orang
– orang Sultan Shahbuddin (Sulu) yang dihantar tidak menawarkan sebarang
bantuan bahkan hanya merampas barang daripada pihak lawan.
- Apabila perang tamat, mereka mendakwa ia merupakan hasil bantuan yang
diberikan dan Sultan Sulu yang mempercayai dakwaan tersebut seterusnya
menuntut Sultan Brunei menyerahkan bahagian Pantai Timur Borneo Utara
(Sungai Pandasan sehingga Sungai Sebuku) kepada Kesultanan Sulu.
 22 Januari 1878 : Perjanjian Pajakan
- Termetrainya perjanjian pajak antara Sultan Jamalul Azam dengan Baron de
Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat British Borneo Utara (SBBU)
berkaitan dengan wilayah Borneo Utara.
- Matlamat perjanjian antara lainnya untuk memastikan Kesultanan Sulu tidak
melakukan kekacauan di Borneo Utara berkenaan dengan tuntutannya terhadap
wilayah tersebut, namun begitu perjanjian tersebut telah memperkukuhkan
kepercayaan Kesultanan Sulu bahawa Borneo Utara merupakan hak miliknya.
- Perjanjian tersebut dikatakan bersifat berkekalan iaitu, “silama ada per-edar-
an chang krawala ia-itu mata-hari dan bulan”. Ia terpakai selagi pihak Overback
atau wakilnya membayar wang serahan sebanyak $3000 setiap tahun dan hanya
terbatal sekiranya pembayaran tidak dilakukan selama tiga tahun berturut –
turut.
 1885 : Protokol Madrid (Perjanjian Britain, Sepanyol dan Jerman)
- Sepanyol yang menaungi Filipina dan wilayah Kesultanan Sulu telah mengiktiraf
pendudukan (jajahan) British serta melepaskan semua tuntutannya ke atas
Borneo Utara.
 29 April 1903 : Perjanjian Pengesahan penyerahan Pulau di Luar Tiga Liga
Laut (Tanganak, Baguan, Sibuko)
- Sultan Jamalul Kiram menuntut SBBU menyerahkan Pulau – pulau Tanganak dan
Mangsee pada tahun 1889 dan mendakwa bahawa pendudukan British di pulau
tersebut adalah tanpa kebenarannya.
- Tuntutannya gagal dan akhirnya Sultan Sulu bersetuju menyerahkan pulau –
pulau tersebut kepada pihak SBBU.
 2 Januari 1930 : Konvensyen Washington
- British dan Amerika Syarikat (penaung Filipina) menandatangani perjanjian
berhubungan penetapan sempadan Borneo Utara – Filipina.
 1915 : Perjanjian Carpenter
- Perjanjian antara Kesulatanan Sulu dan Amerika Syarikat yang mana Sultan
Sulu telah melepaskan segala kuasanya kepada pentadbiran Amerika.
 1921 & 1930: Tuntutan Sultan Sulu
- Sultan Sulu telah menuntut SBBU supaya menambahkan bayaran tahunan
mengikut kadar hasil yang diperolehi oleh syarikat tersebut memandangkan
perjanjian Carpenter yang ditandatangani telah menyebabkan Sultan Sulu
kehilangan pendapatan serta kewibawaannya.
- SBBU menolak tuntutan tersebut kerana menganggap bahawa peningkatan hasil
Borneo Utara tidak mempunyai kena – mengena dengan hasil yang sentiasa ada,
tetapi ia bergantung kepada modal pelaburan syarikat tersebut.
- Pada tahun 1930, sekali lagi Sultan Sulu menuntut pula SBBU untuk
menyerahkan sebidang tanah di Sandakan untuk tujuan pertanian dan sebuah
istana namun ditolak.
 1936 : Keputusan Penghakiman Macaskie
- Kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 7 Jun 1936 telah meredakan
seketika isu tuntutan ke atas Borneo Utara, walau bagaimanapun perbalahan
muncul dalam kalangan kerabat diraja berkenaan penentuan hak penerimaan
bayaran tahunan sebanyak $5,300 memandangkan sultan tersebut tidak
meninggalkan waris yang sah ke atas haknya.
- Pemberian wang serahan digantung buat sementara waktu memandangkan
penentuan waris yang berhak menerimanya belum dicapai.
- Keputusan penghakiman Macaskie telah memutuskan untuk membahagikan wang
serahan tersebut mengikut kedudukan waris – waris yang membuat tuntutan
terhadapnya dan sekali gus memutuskan bahawa hak tuntutan waris – waris
Kesultanan Sulu hanyalah ke atas „wang serahan‟.
 1946 : Penyerahan Borneo Utara kepada Kerajaan Britain dan reaksi Sulu
- SBBU telah menyerahkan haknya ke atas Borneo Utara kepada kerajaan British
melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Jun 1946 memandangkan
kerugian besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut akibat Perang Dunia Kedua
(1942 - 1946).
- Sebelum perjanjian pemindahan hak ke atas Borneo Utara ditandatangani, pada
14 Jun 1946, Sultan Mohamad Amirul Ombra melalui pengaruh F.B. Harrison
(bekas Gabenor Filipina) telah membuat dakwaan ke atas SBBU kerana gagal
membuat pembayaran wang serahan selama tiga tahun berturut – turut kepada
waris Sultan Sulu dan menuntut syarikat tersebut untuk membayar ganti tugi.
- Disamping itu, waris Sultan Sulu turut menyatakan bahawa sekiranya kerajaan
British mahu memiliki wilayah Borneo Utara, maka mereka sedia berunding
untuk menentukan jumlah bayaran yang baru.
- Kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut dengan alasan bahawa pihak
Sulu mahupun Filipina tidak mempunyai hak untuk menuntut Borneo Utara
berdasarkan kepada Protokol Madrid yang dimetrai pada 1885. Penasihat
Undang – undang Pejabat Tanah Jajahan, J. Mervyn Jones turut menegaskan
bahawa hak waris Sultan Sulu hanyalah ke atas wang serahan iaitu sebanyak
$5,300.
 1950 : Campur tangan Anggota Dewan Senat Filipina
- Penolakan British terhadap tuntutan waris Sultan Sulu menyebabkan Sultan
Mohamad Amirul Ombra berusaha mendapatkan sokongan kerajaan Filipina yang
berada di bawah pimpinan Presiden Elpidion Quirino pada masa tersebut.
- Tuntutan antara lainnya berkenaan kedudukan estet waris Sultan Sulu di
Borneo Utara; tuntut supaya kerajaan Filipina menjadikan Borneo Utara sebagai
sebahagian daripada wilayah Filipina serta membayar ganti rugi kepada waris
Sultan Sulu secara ansuran sebanyak p500,000 dalam tempoh 10 tahun – ditolak
pada mulanya.
- 20 April 1950 – beberapa orang anggota Dewan Senat di bawah pimpinan
Diosdado Macapagal, Pengerusi Jawatankuasa Luar Dewan telah kemukakan
resolusi yang mendesak kerajaan mengendalikan perbincangan pemulihan
kedaulatan hak milik dari segi undang – undang terhadap wilayah tersebut.
- Resolusi tersebut akhirnya diterima pada 24 Mei 1951 namun isu tuntutan
tersebut masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan Filipina.
 1957 : Pembatalan Perjanjian Pajakan 1878
- Pada 25 November 1957, Sultan Esmail Kiram telah menyampaikan notis
Pembatalan Surat Pajakan 1878 kepada Duta British di Manila dan menyatakan
kesediaannya untuk membuat rundingan baru mengenai Borneo Utara.
- Setiausaha Pertama Kedutaan British di Manila, Gabriel G.L. Clutton walau
bagaimanapun tidak melayan notis tersebut kerana berpendapat bahawa Esmail
Kiram tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan surat pemberian 1878 atas
alasan Borneo Utara telah diserahkan untuk selama – lamanya (pajakan
berkekalan), malahan tuntutan tersebut turut tidak mendapat sokongan
daripada kerajaan Filipina. Sekali lagi waris Sultan Sulu diingatkan bahawa hak
mereka hanyalah berkenaan wang serahan.
KRONOLOGI TUNTUTAN FILIPINA
KE ATAS SABAH/BORNEO UTARA
(1961 - 1969)
 1961 : Gagasan Malaysia
- Pengumuman cadangan pembentukan gagasan Malaysia yang menggabungkan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara oleh
Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 telah mendatangkan reaksi besar oleh
pihak waris Sultan Sulu serta kerajaan Filipina.
 2 Februari 1962 : Tuntutan oleh Puteri Tarhata Kiram
- Kebimbangan terhadap Borneo Utara yang berkemungkinan akan terlepas
daripada tuntutan Sulu akibat pembentukan Malaysia telah menyebabkan Puteri
Tarhata Kiram menyatakan tuntutannya ke atas wilayah tersebut kepada
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina.
- Tuntutannya telah mendapat sokongan daripada akhbar – akhbar Filipina seperti
akhbar Manila Chronicle yang mengkritik tindakan kerajaan pimpinan Presiden
Quezon sebelumnya kerana menggugurkan pengiktirafannya ke atas Kesultanan
Sulu sehingga menyebabkan Borneo Utara terlepas ke tangan kerajaan British.
Mereka seterusnya mendesak Presiden Macapagal supaya menuntut Borneo
Utara.
 23 April 1962 : Resolusi Ramos
- Dewan Perwakilan Filipina telah meluluskan usul yang dikenali sebagai „Resolusi
Ramos‟ yang memberikan kuasa kepada Presiden Republik Filipina bagi
mengambil segala langkah untuk memperolehi kembali Borneo Utara.
 30 April 1962 :
- Esmail Kiram telah ditabalkan sebagai „putera mahkota‟ yang baru dan Presiden
Macapagal mengiktiraf Kesultanan Sulu yang baru yang akan berdaulat di
Borneo Utara.
 April 1962 :
- Dalam persidangan ASA (Assosiation of Southeast Asia), Setiausaha Luar
Filipina, Emmanuel Pelaez telah mengadakan perbincangan dengan Tunku
mengenai Borneo Utara. Tunku berpendapat bahawa kes Borneo Utara adalah
antara Filipina dengan Britain dan Tanah Melayu hanya akan menerima Borneo
Utara menyertai Malaysia dalam keadaan clean slate.
 22 & 25 Mei 1962 : Reaksi British dan aide - memoire
- J.A. Pilcher, Duta British di Manila telah menuntut kerajaan British untuk
menyatakan dengan tegas kepada Kerajaan Filipina bahawa hak milik British ke
atas Borneo Utara tidak boleh dipertikaikan dan akan menentang jika ada
sesuatu yang bercanggah daripadanya. Pilcher turut menyatakan
kebimbangannya sekiranya perkara tersebut tidak dihentikan maka ia akan
menimbulkan krisis hubungan Britain – Filipina serta ia bukan sahaja menghalang
penubuhan gagasan Malaysia bahkan menjejaskan kestabilan politik dan
keselamatan Asia Tenggara.
- Aide – memoire dikeluarkan pada 25 Mei yang memaklumkan secara rasmi
kepada kerajaan Filipina berkenaan pendiriannya terhadap kedaulatan Borneo
Utara.
 22 Jun 1962 : Tuntutan rasmi kerajaan Filipina ke atas Borneo Utara
- Presiden Macapagal dengan pendiriannya tetap meneruskan usaha tuntutannya
ke atas Borneo Utara dan turut menyerahkan aide-memoire kepada kerajaan
British yang mengharapkan agar tuntutan Filipina tersebut tidak akan
menjejaskan hubungan baik kedua buah negara. Baginya usaha tuntutan
tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan politik dalam negeri menjelang pilihan
raya presiden pada awal tahun 1964 (usaha menarik hati rakyat).
 26 Jun 1962 : Rundingan British – Filipina
- Mesyuarat berkenaan isu tuntutan tersebut telah dijalankan di Pejabat Luar
British pada 26 Jun dan kerajaan British telah menegaskan agar kerajaan
Filipina mengelakkan sebarang tuntutan terhadap Borneo Utara.
 1962 : Reaksi Borneo Utara
- Akhbar – akhbar tempatan Borneo Utara seperti akhbar North Borneo News
dan Sabah News telah giat mengutuk tindakan tuntutan Filipina yang dianggap
„rubbish‟ dan tidak berasas; “The Filipino claim must be totally rejected by the
British if the British are to keep faith with the people of Sabah. There can be
no discussion and there must be no conversation either in Manila or London..”
 September 1962 : Kes Borneo Utara di PBB
- Pelaez telah mengemukakan kes Borneo utara dalam Majlis Pertubuhan Bangsa –
bangsa Bersatu pada 27 September 1962 untuk menyelesaikan masalah
tuntutan tersebut. Sir Patrick Dean, wakil British di PBB walau bagaimanapun
menegaskan bahawa kerajaan British tidak pernah meragui hak kedaulatannya
ke atas Borneo Utara.
 5 Oktober 1962 : Cadangan rundingan
- Melihat kepada kesungguhan Filipina, Pilcher akhirnya mencadangkan kepada
Kerajaan British untuk mengadakan rundingan yang boleh mencapai beberapa
persetujuan politik dengan Filipina.
- Pejabat Luar bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi perbincangan hanya
terbatas berkenaan aspek keselamatan dan waris kesultanan sahaja, manakala
sebaliknya bagi soal kedaulatan British di Borneo Utara.
 26 November 1962 : Desakan Filipina
- Sikap berdiam diri British telah menimbulkan kemarahan Presiden Macapagal.
Godo-fredo Ramos, Pengerusi Hal Ehwal Luar Filipina telah dihantar ke New
York bagi membangkitkan soal Borneo Utara disamping bantahan terhadap
pembentukan Malaysia.
- Ramos telah membuat beberapa dakwaan, iaitu
Bahawa mengikut Surat Pajakan 1878, wilayah Borneo Utara tidak diserah
tetapi dipajak;
SBBU pada tahun 1946 hanya memindah pegangan pajakan dan bukan
menyerah hak kedaulatannya kepada kerajaan British;
Kedaulatan ke atas Borneo Utara adalah di bawah kerajaan Filipina
berasaskan keputusan kehakiman Macaskie (1939);
Menafikan bahawa penduduk – penduduk di Borneo Utara berminat untuk
menyertai Malaysia;

 ...sambungan...
Mencadangkan agar pungutan suara (kemasukan Borneo Utara ke dalam
Malaysia) dilakukan semula di bawah pengawasan PBB;
Bahawa Borneo Utara adalah penting dari sudut keselamatan Filipina.
- Walau bagaimanapun Sir Patrick Dean, wakil kerajaan British telah membalas
dakwaan Filipina dengan menegaskan bahawa Perlembagaan Filipina sendiri telah
menetapkan sempadannya tanpa memasukkan wilayah Borneo Utara, malah
penduduk – penduduk di Borneo Utara sendiri telah menolak tuntutan Filipina
berdasarkan kepada surat bantahan oleh pemimpin – pemimpin parti utama
kepada Presiden Macapagal.
 Januari 1963 : Persidangan London
- Persidangan London telah dijalankan bermula pada 28 Januari 1963 sehingga 1
Februari 1963. Perwakilan Filipina telah diketuai oleh Timbalan Presiden
Filipina, Emmanuel Pelaez yang juga Setiausaha Luar Filipina dan Setiausaha
Luar, The Earl of Home mengetuai perwakilan kerajaan British.
- Persidangan gagal capai kata sepakat di mana Filipina bertegas enggan
melepaskan tuntutannya terhadap Borneo Utara walaupun Malaysia telah
dibentuk.
 1963 : Pungutan Suara
- Kegagalan rundingan London telah menarik perhatian Setiausaha Agung PBB dan
Jabatan Negara Amerika. Setiausaha Agung PBB, Narasimhan telah
mencadangkan kepada Lord Home agar British mengadakan semula pungutan
suara di Borneo Utara serta Sarawak berkenaan isu pembentukan Malaysia bagi
menjaga air muka atau maruah Presiden Macapagal dan Soekarno (Indonesia)
bagi menyelesaikan masalah tersebut.
- Home, walau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana bimbang ia akan
mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penduduk di wilayah Borneo Utara.
Malah, dengan berbuat demikian, ia akan mengesahkan tohmahan Filipina dan
Indonesia bahawa penduduk Borneo Utara menentang penyertaan ke dalam
Malaysia.
 April 1963 : Persidangan Manila I
- Merupakan usaha Presiden Macapagal bagi menyelesaikan isu Borneo Utara
dengan mengadakan sidang kemuncak antaranya dengan Tunku serta Soekarno.
- Pada 9 April sehingga 17 April 1963, persidangan berlangsung antara wakil
Tanah Melayu, Ghazalie Shafie yang merupakan Setiausaha Tetap Kementerian
Luar; Indonesia diwakili oleh Dr. Suwito Kusumowidagio, Timbalan Menteri Luar;
dan Filipina diwakili oleh Salvador P. Lopez, Setiausaha Bawah Hal Ehwal Luar.
Persidangan ini antara lainnya bertujuan untuk mencari jalan merapatkan
hubungan antara ketiga – tiga buah negara.
 9 Julai 1963 : Perjanjian London
- Dimetrai antara Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri British
MacMillan. Ia merupakan persetujuan antara kedua buah pihak untuk mengambil
langkah undang – undang bagi menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
- Mencetuskan bantahan keras Filipina dan Indonesia terutamanya.
 30 Julai 1963 : Persidangan Kemuncak Manila
- Dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden Macapagal dan Soekarno di Manila
pada 30 Julai sehingga 5 Ogos 1963.
- Perjanjian Manila dicapai pada 5 Ogos yang mana ketiga – tiga pihak bersetuju
untuk membawa Setiausaha Agung PBB atau wakilnya untuk mengadakan
pungutan suara berkenaan penubuhan Malaysia di Borneo Utara dan Sarawak.
 17 Ogos 1963 : Pungutan Suara
- U Thant, Setiausaha Agung PBB telah mengumumkan kesediaannya untuk
mengadakan pungutan suara pada 5 Ogos 1963. Wakil – wakil PBB telah dihantar
ke Borneo Utara dan Sarawak pada 17 Ogos. Sementara itu Tanah Melayu turut
mengumumkan cadangan penundaan tarikh pembentukan Malaysia sehingga
laporan tinjauan PBB selesai.
 14 September 1963 : Laporan PBB
- U Thant telah memberikan pengesahan bahawa majoriti penduduk di Borneo
Utara dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
 15 September 1963 : Pengisytiharan Malaysia
- Pihak Filipina menyatakan rasa tidak puas hati negara tersebut terhadap
keputusan pungutan suara PBB. Pemangku Setiausaha Luar, Librado Cayco dalam
pertemuannya dengan Duta Malaya, Zaiton Ibrahim di Pejabat luar Filipina pada
15 September telah menyatakan pendirian Filipina yang enggan mengiktiraf
Persekutuan Malaysia. Filipina akhirnya bertindak membawa pulang Duta Filipina
di Kuala Lumpur dan hubungan Manila – Kuala Lumpur hanya dikekalkan di
peringkat konsular.
 16 September 1963 : Persekutuan Malaysia
- Pengisytiharan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Borneo Utara,
Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura. Hubungan Filipina – Malaysia renggang.
 1966 : Pemulihan hubungan dua negara
- Kejayaan Fredinand Marcos sebagai presiden Filipina pada 3 Jun 1966
memberikan harapan baru dalam hubungan antara Filipina dan Malaysia.
Hubungan diplomatik antara dua negara mula terjalin.
 Mac 1968 : Peristiwa Corregidor
- Sekumpulan pemuda – pemuda Sulu telah dilatih di Pulau Corregidor untuk
diseludupkan ke Sabah (Borneo Utara) untuk mengganggu perjalanan
pentadbiran Kerajaan Sabah. Walau bagaimanapun, beberapa orang pemuda Sulu
tersebut telah ditembak mati ketika menjalani latihan. Peristiwa tersebut telah
mendapat perhatian pihak akhbar bukan sahaja di Filipina bahkan juga di
Malaysia. Walau bagaimanapun, Filipina hanya mengambil tindakan berdiam diri
sehingga mewujudkan hubungan diplomatik yang kurang baik antara dua negara.
 Ogos 1968
- Kongres Filipina meluluskan satu akta memasukkan pada dasarnya Sabah sebagai
sebahagian daripada Republik Filipina.
 1969
- Hubungan diplomatik antara kedua negara dipulihkan semula. Filipina cuba
membawa isu tuntutan Sabah ke Mahkamah Antarabangsa tetapi Malaysia
menolak kerana Sabah telahpun menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Mahkamah Antarabangsa juga tidak boleh membicarakan perkara tersebut
memandangkan Malaysia bukan ahli dasar Mahkamah tersebut.
Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara Nik Anuar Nik Mahmud UKM Bangi 2009
Sejarah Malaysia timur Mazlan Abdullah Utusan Publications & Distributors 1978

More Related Content

What's hot

Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Oliver Louise
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
azam_hazel
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
sejarahkkb
 
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Cornard Conot
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
Xiiao Irene
 
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asingT2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
ROHANI OTHMAN
 
Kesltann sulu
Kesltann suluKesltann sulu
Kesltann sulufiro HAR
 
Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negaraamirulhafiq
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
AINSHAHIRIAH ROSLY | UPSI
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasa
ArielIfikaT
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
munnianwar
 
cara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedahcara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedah
smka wataniah machang, kelantan
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysiafiro HAR
 
Suruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan SelatanSuruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan Selatan
munnianwar
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
nasywah79
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
munnianwar
 
2
22
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
NasyaAbdullah
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
hard.Life
 

What's hot (20)

Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
Pendudukan Jepun di Malaysia 1941-1945
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asingT2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
 
Kesltann sulu
Kesltann suluKesltann sulu
Kesltann sulu
 
Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negara
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Konsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasaKonsep variasi bahasa
Konsep variasi bahasa
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
cara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedahcara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedah
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Suruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan SelatanSuruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan Selatan
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
2
22
2
 
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
Persekutuan tanah melayu dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
 

Similar to Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah

BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptxBAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
ssuserd269d9
 
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Thanushah Soniyasee
 
Campur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayuCampur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayu
Wooden Tiger
 
Brunei darussalam
Brunei darussalamBrunei darussalam
Brunei darussalam
SMAN 54 Jakarta
 
Pasang Surut Indonesia Malaysia
Pasang Surut Indonesia MalaysiaPasang Surut Indonesia Malaysia
Pasang Surut Indonesia Malaysia
Linda Falasifah
 
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di AustraliaPerkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Melda Amelia
 
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
fasila114
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Alecis Alex
 
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 Negeri-negeri selat di Tanah Melayu  Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
BalqisH yuha
 
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesiaBab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
Riinii Riinii
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
SulkhairiYakub1
 

Similar to Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah (11)

BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptxBAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
 
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
 
Campur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayuCampur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayu
 
Brunei darussalam
Brunei darussalamBrunei darussalam
Brunei darussalam
 
Pasang Surut Indonesia Malaysia
Pasang Surut Indonesia MalaysiaPasang Surut Indonesia Malaysia
Pasang Surut Indonesia Malaysia
 
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di AustraliaPerkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
 
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
Sejarah tingkatan-2bab1-(1)
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
 
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 Negeri-negeri selat di Tanah Melayu  Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
Negeri-negeri selat di Tanah Melayu
 
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesiaBab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
Bab 5 proses kolonoalisme barat di indonesia
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
 

Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah

  • 1. KRONOLOGI ISU TUNTUTAN SULU KE ATAS SABAH/BORNEO UTARA (1661 - 1957)  1661 – 1673 : Perang Pulau Chermin - Sultan Muhyiddin (Brunei) telah memohon bantuan Sultan Sulu untuk menamatkan perang saudara yang berlaku di Brunei. Walau bagaimanapun, orang – orang Sultan Shahbuddin (Sulu) yang dihantar tidak menawarkan sebarang bantuan bahkan hanya merampas barang daripada pihak lawan. - Apabila perang tamat, mereka mendakwa ia merupakan hasil bantuan yang diberikan dan Sultan Sulu yang mempercayai dakwaan tersebut seterusnya menuntut Sultan Brunei menyerahkan bahagian Pantai Timur Borneo Utara (Sungai Pandasan sehingga Sungai Sebuku) kepada Kesultanan Sulu.  22 Januari 1878 : Perjanjian Pajakan - Termetrainya perjanjian pajak antara Sultan Jamalul Azam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat British Borneo Utara (SBBU) berkaitan dengan wilayah Borneo Utara. - Matlamat perjanjian antara lainnya untuk memastikan Kesultanan Sulu tidak melakukan kekacauan di Borneo Utara berkenaan dengan tuntutannya terhadap wilayah tersebut, namun begitu perjanjian tersebut telah memperkukuhkan kepercayaan Kesultanan Sulu bahawa Borneo Utara merupakan hak miliknya. - Perjanjian tersebut dikatakan bersifat berkekalan iaitu, “silama ada per-edar- an chang krawala ia-itu mata-hari dan bulan”. Ia terpakai selagi pihak Overback atau wakilnya membayar wang serahan sebanyak $3000 setiap tahun dan hanya terbatal sekiranya pembayaran tidak dilakukan selama tiga tahun berturut – turut.
  • 2.  1885 : Protokol Madrid (Perjanjian Britain, Sepanyol dan Jerman) - Sepanyol yang menaungi Filipina dan wilayah Kesultanan Sulu telah mengiktiraf pendudukan (jajahan) British serta melepaskan semua tuntutannya ke atas Borneo Utara.  29 April 1903 : Perjanjian Pengesahan penyerahan Pulau di Luar Tiga Liga Laut (Tanganak, Baguan, Sibuko) - Sultan Jamalul Kiram menuntut SBBU menyerahkan Pulau – pulau Tanganak dan Mangsee pada tahun 1889 dan mendakwa bahawa pendudukan British di pulau tersebut adalah tanpa kebenarannya. - Tuntutannya gagal dan akhirnya Sultan Sulu bersetuju menyerahkan pulau – pulau tersebut kepada pihak SBBU.  2 Januari 1930 : Konvensyen Washington - British dan Amerika Syarikat (penaung Filipina) menandatangani perjanjian berhubungan penetapan sempadan Borneo Utara – Filipina.  1915 : Perjanjian Carpenter - Perjanjian antara Kesulatanan Sulu dan Amerika Syarikat yang mana Sultan Sulu telah melepaskan segala kuasanya kepada pentadbiran Amerika.  1921 & 1930: Tuntutan Sultan Sulu - Sultan Sulu telah menuntut SBBU supaya menambahkan bayaran tahunan mengikut kadar hasil yang diperolehi oleh syarikat tersebut memandangkan perjanjian Carpenter yang ditandatangani telah menyebabkan Sultan Sulu kehilangan pendapatan serta kewibawaannya. - SBBU menolak tuntutan tersebut kerana menganggap bahawa peningkatan hasil Borneo Utara tidak mempunyai kena – mengena dengan hasil yang sentiasa ada, tetapi ia bergantung kepada modal pelaburan syarikat tersebut. - Pada tahun 1930, sekali lagi Sultan Sulu menuntut pula SBBU untuk menyerahkan sebidang tanah di Sandakan untuk tujuan pertanian dan sebuah istana namun ditolak.
  • 3.  1936 : Keputusan Penghakiman Macaskie - Kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 7 Jun 1936 telah meredakan seketika isu tuntutan ke atas Borneo Utara, walau bagaimanapun perbalahan muncul dalam kalangan kerabat diraja berkenaan penentuan hak penerimaan bayaran tahunan sebanyak $5,300 memandangkan sultan tersebut tidak meninggalkan waris yang sah ke atas haknya. - Pemberian wang serahan digantung buat sementara waktu memandangkan penentuan waris yang berhak menerimanya belum dicapai. - Keputusan penghakiman Macaskie telah memutuskan untuk membahagikan wang serahan tersebut mengikut kedudukan waris – waris yang membuat tuntutan terhadapnya dan sekali gus memutuskan bahawa hak tuntutan waris – waris Kesultanan Sulu hanyalah ke atas „wang serahan‟.  1946 : Penyerahan Borneo Utara kepada Kerajaan Britain dan reaksi Sulu - SBBU telah menyerahkan haknya ke atas Borneo Utara kepada kerajaan British melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Jun 1946 memandangkan kerugian besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut akibat Perang Dunia Kedua (1942 - 1946). - Sebelum perjanjian pemindahan hak ke atas Borneo Utara ditandatangani, pada 14 Jun 1946, Sultan Mohamad Amirul Ombra melalui pengaruh F.B. Harrison (bekas Gabenor Filipina) telah membuat dakwaan ke atas SBBU kerana gagal membuat pembayaran wang serahan selama tiga tahun berturut – turut kepada waris Sultan Sulu dan menuntut syarikat tersebut untuk membayar ganti tugi. - Disamping itu, waris Sultan Sulu turut menyatakan bahawa sekiranya kerajaan British mahu memiliki wilayah Borneo Utara, maka mereka sedia berunding untuk menentukan jumlah bayaran yang baru. - Kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut dengan alasan bahawa pihak Sulu mahupun Filipina tidak mempunyai hak untuk menuntut Borneo Utara berdasarkan kepada Protokol Madrid yang dimetrai pada 1885. Penasihat Undang – undang Pejabat Tanah Jajahan, J. Mervyn Jones turut menegaskan bahawa hak waris Sultan Sulu hanyalah ke atas wang serahan iaitu sebanyak $5,300.
  • 4.  1950 : Campur tangan Anggota Dewan Senat Filipina - Penolakan British terhadap tuntutan waris Sultan Sulu menyebabkan Sultan Mohamad Amirul Ombra berusaha mendapatkan sokongan kerajaan Filipina yang berada di bawah pimpinan Presiden Elpidion Quirino pada masa tersebut. - Tuntutan antara lainnya berkenaan kedudukan estet waris Sultan Sulu di Borneo Utara; tuntut supaya kerajaan Filipina menjadikan Borneo Utara sebagai sebahagian daripada wilayah Filipina serta membayar ganti rugi kepada waris Sultan Sulu secara ansuran sebanyak p500,000 dalam tempoh 10 tahun – ditolak pada mulanya. - 20 April 1950 – beberapa orang anggota Dewan Senat di bawah pimpinan Diosdado Macapagal, Pengerusi Jawatankuasa Luar Dewan telah kemukakan resolusi yang mendesak kerajaan mengendalikan perbincangan pemulihan kedaulatan hak milik dari segi undang – undang terhadap wilayah tersebut. - Resolusi tersebut akhirnya diterima pada 24 Mei 1951 namun isu tuntutan tersebut masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan Filipina.  1957 : Pembatalan Perjanjian Pajakan 1878 - Pada 25 November 1957, Sultan Esmail Kiram telah menyampaikan notis Pembatalan Surat Pajakan 1878 kepada Duta British di Manila dan menyatakan kesediaannya untuk membuat rundingan baru mengenai Borneo Utara. - Setiausaha Pertama Kedutaan British di Manila, Gabriel G.L. Clutton walau bagaimanapun tidak melayan notis tersebut kerana berpendapat bahawa Esmail Kiram tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan surat pemberian 1878 atas alasan Borneo Utara telah diserahkan untuk selama – lamanya (pajakan berkekalan), malahan tuntutan tersebut turut tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina. Sekali lagi waris Sultan Sulu diingatkan bahawa hak mereka hanyalah berkenaan wang serahan.
  • 5. KRONOLOGI TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH/BORNEO UTARA (1961 - 1969)  1961 : Gagasan Malaysia - Pengumuman cadangan pembentukan gagasan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 telah mendatangkan reaksi besar oleh pihak waris Sultan Sulu serta kerajaan Filipina.  2 Februari 1962 : Tuntutan oleh Puteri Tarhata Kiram - Kebimbangan terhadap Borneo Utara yang berkemungkinan akan terlepas daripada tuntutan Sulu akibat pembentukan Malaysia telah menyebabkan Puteri Tarhata Kiram menyatakan tuntutannya ke atas wilayah tersebut kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina. - Tuntutannya telah mendapat sokongan daripada akhbar – akhbar Filipina seperti akhbar Manila Chronicle yang mengkritik tindakan kerajaan pimpinan Presiden Quezon sebelumnya kerana menggugurkan pengiktirafannya ke atas Kesultanan Sulu sehingga menyebabkan Borneo Utara terlepas ke tangan kerajaan British. Mereka seterusnya mendesak Presiden Macapagal supaya menuntut Borneo Utara.  23 April 1962 : Resolusi Ramos - Dewan Perwakilan Filipina telah meluluskan usul yang dikenali sebagai „Resolusi Ramos‟ yang memberikan kuasa kepada Presiden Republik Filipina bagi mengambil segala langkah untuk memperolehi kembali Borneo Utara.  30 April 1962 : - Esmail Kiram telah ditabalkan sebagai „putera mahkota‟ yang baru dan Presiden Macapagal mengiktiraf Kesultanan Sulu yang baru yang akan berdaulat di Borneo Utara.
  • 6.  April 1962 : - Dalam persidangan ASA (Assosiation of Southeast Asia), Setiausaha Luar Filipina, Emmanuel Pelaez telah mengadakan perbincangan dengan Tunku mengenai Borneo Utara. Tunku berpendapat bahawa kes Borneo Utara adalah antara Filipina dengan Britain dan Tanah Melayu hanya akan menerima Borneo Utara menyertai Malaysia dalam keadaan clean slate.  22 & 25 Mei 1962 : Reaksi British dan aide - memoire - J.A. Pilcher, Duta British di Manila telah menuntut kerajaan British untuk menyatakan dengan tegas kepada Kerajaan Filipina bahawa hak milik British ke atas Borneo Utara tidak boleh dipertikaikan dan akan menentang jika ada sesuatu yang bercanggah daripadanya. Pilcher turut menyatakan kebimbangannya sekiranya perkara tersebut tidak dihentikan maka ia akan menimbulkan krisis hubungan Britain – Filipina serta ia bukan sahaja menghalang penubuhan gagasan Malaysia bahkan menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan Asia Tenggara. - Aide – memoire dikeluarkan pada 25 Mei yang memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan Filipina berkenaan pendiriannya terhadap kedaulatan Borneo Utara.  22 Jun 1962 : Tuntutan rasmi kerajaan Filipina ke atas Borneo Utara - Presiden Macapagal dengan pendiriannya tetap meneruskan usaha tuntutannya ke atas Borneo Utara dan turut menyerahkan aide-memoire kepada kerajaan British yang mengharapkan agar tuntutan Filipina tersebut tidak akan menjejaskan hubungan baik kedua buah negara. Baginya usaha tuntutan tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan politik dalam negeri menjelang pilihan raya presiden pada awal tahun 1964 (usaha menarik hati rakyat).  26 Jun 1962 : Rundingan British – Filipina - Mesyuarat berkenaan isu tuntutan tersebut telah dijalankan di Pejabat Luar British pada 26 Jun dan kerajaan British telah menegaskan agar kerajaan Filipina mengelakkan sebarang tuntutan terhadap Borneo Utara.
  • 7.  1962 : Reaksi Borneo Utara - Akhbar – akhbar tempatan Borneo Utara seperti akhbar North Borneo News dan Sabah News telah giat mengutuk tindakan tuntutan Filipina yang dianggap „rubbish‟ dan tidak berasas; “The Filipino claim must be totally rejected by the British if the British are to keep faith with the people of Sabah. There can be no discussion and there must be no conversation either in Manila or London..”  September 1962 : Kes Borneo Utara di PBB - Pelaez telah mengemukakan kes Borneo utara dalam Majlis Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu pada 27 September 1962 untuk menyelesaikan masalah tuntutan tersebut. Sir Patrick Dean, wakil British di PBB walau bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan British tidak pernah meragui hak kedaulatannya ke atas Borneo Utara.  5 Oktober 1962 : Cadangan rundingan - Melihat kepada kesungguhan Filipina, Pilcher akhirnya mencadangkan kepada Kerajaan British untuk mengadakan rundingan yang boleh mencapai beberapa persetujuan politik dengan Filipina. - Pejabat Luar bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi perbincangan hanya terbatas berkenaan aspek keselamatan dan waris kesultanan sahaja, manakala sebaliknya bagi soal kedaulatan British di Borneo Utara.  26 November 1962 : Desakan Filipina - Sikap berdiam diri British telah menimbulkan kemarahan Presiden Macapagal. Godo-fredo Ramos, Pengerusi Hal Ehwal Luar Filipina telah dihantar ke New York bagi membangkitkan soal Borneo Utara disamping bantahan terhadap pembentukan Malaysia. - Ramos telah membuat beberapa dakwaan, iaitu Bahawa mengikut Surat Pajakan 1878, wilayah Borneo Utara tidak diserah tetapi dipajak; SBBU pada tahun 1946 hanya memindah pegangan pajakan dan bukan menyerah hak kedaulatannya kepada kerajaan British; Kedaulatan ke atas Borneo Utara adalah di bawah kerajaan Filipina berasaskan keputusan kehakiman Macaskie (1939); Menafikan bahawa penduduk – penduduk di Borneo Utara berminat untuk menyertai Malaysia; 
  • 8.  ...sambungan... Mencadangkan agar pungutan suara (kemasukan Borneo Utara ke dalam Malaysia) dilakukan semula di bawah pengawasan PBB; Bahawa Borneo Utara adalah penting dari sudut keselamatan Filipina. - Walau bagaimanapun Sir Patrick Dean, wakil kerajaan British telah membalas dakwaan Filipina dengan menegaskan bahawa Perlembagaan Filipina sendiri telah menetapkan sempadannya tanpa memasukkan wilayah Borneo Utara, malah penduduk – penduduk di Borneo Utara sendiri telah menolak tuntutan Filipina berdasarkan kepada surat bantahan oleh pemimpin – pemimpin parti utama kepada Presiden Macapagal.  Januari 1963 : Persidangan London - Persidangan London telah dijalankan bermula pada 28 Januari 1963 sehingga 1 Februari 1963. Perwakilan Filipina telah diketuai oleh Timbalan Presiden Filipina, Emmanuel Pelaez yang juga Setiausaha Luar Filipina dan Setiausaha Luar, The Earl of Home mengetuai perwakilan kerajaan British. - Persidangan gagal capai kata sepakat di mana Filipina bertegas enggan melepaskan tuntutannya terhadap Borneo Utara walaupun Malaysia telah dibentuk.  1963 : Pungutan Suara - Kegagalan rundingan London telah menarik perhatian Setiausaha Agung PBB dan Jabatan Negara Amerika. Setiausaha Agung PBB, Narasimhan telah mencadangkan kepada Lord Home agar British mengadakan semula pungutan suara di Borneo Utara serta Sarawak berkenaan isu pembentukan Malaysia bagi menjaga air muka atau maruah Presiden Macapagal dan Soekarno (Indonesia) bagi menyelesaikan masalah tersebut. - Home, walau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana bimbang ia akan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penduduk di wilayah Borneo Utara. Malah, dengan berbuat demikian, ia akan mengesahkan tohmahan Filipina dan Indonesia bahawa penduduk Borneo Utara menentang penyertaan ke dalam Malaysia.
  • 9.  April 1963 : Persidangan Manila I - Merupakan usaha Presiden Macapagal bagi menyelesaikan isu Borneo Utara dengan mengadakan sidang kemuncak antaranya dengan Tunku serta Soekarno. - Pada 9 April sehingga 17 April 1963, persidangan berlangsung antara wakil Tanah Melayu, Ghazalie Shafie yang merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar; Indonesia diwakili oleh Dr. Suwito Kusumowidagio, Timbalan Menteri Luar; dan Filipina diwakili oleh Salvador P. Lopez, Setiausaha Bawah Hal Ehwal Luar. Persidangan ini antara lainnya bertujuan untuk mencari jalan merapatkan hubungan antara ketiga – tiga buah negara.  9 Julai 1963 : Perjanjian London - Dimetrai antara Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri British MacMillan. Ia merupakan persetujuan antara kedua buah pihak untuk mengambil langkah undang – undang bagi menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. - Mencetuskan bantahan keras Filipina dan Indonesia terutamanya.  30 Julai 1963 : Persidangan Kemuncak Manila - Dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden Macapagal dan Soekarno di Manila pada 30 Julai sehingga 5 Ogos 1963. - Perjanjian Manila dicapai pada 5 Ogos yang mana ketiga – tiga pihak bersetuju untuk membawa Setiausaha Agung PBB atau wakilnya untuk mengadakan pungutan suara berkenaan penubuhan Malaysia di Borneo Utara dan Sarawak.  17 Ogos 1963 : Pungutan Suara - U Thant, Setiausaha Agung PBB telah mengumumkan kesediaannya untuk mengadakan pungutan suara pada 5 Ogos 1963. Wakil – wakil PBB telah dihantar ke Borneo Utara dan Sarawak pada 17 Ogos. Sementara itu Tanah Melayu turut mengumumkan cadangan penundaan tarikh pembentukan Malaysia sehingga laporan tinjauan PBB selesai.  14 September 1963 : Laporan PBB - U Thant telah memberikan pengesahan bahawa majoriti penduduk di Borneo Utara dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
  • 10.  15 September 1963 : Pengisytiharan Malaysia - Pihak Filipina menyatakan rasa tidak puas hati negara tersebut terhadap keputusan pungutan suara PBB. Pemangku Setiausaha Luar, Librado Cayco dalam pertemuannya dengan Duta Malaya, Zaiton Ibrahim di Pejabat luar Filipina pada 15 September telah menyatakan pendirian Filipina yang enggan mengiktiraf Persekutuan Malaysia. Filipina akhirnya bertindak membawa pulang Duta Filipina di Kuala Lumpur dan hubungan Manila – Kuala Lumpur hanya dikekalkan di peringkat konsular.  16 September 1963 : Persekutuan Malaysia - Pengisytiharan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Borneo Utara, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura. Hubungan Filipina – Malaysia renggang.  1966 : Pemulihan hubungan dua negara - Kejayaan Fredinand Marcos sebagai presiden Filipina pada 3 Jun 1966 memberikan harapan baru dalam hubungan antara Filipina dan Malaysia. Hubungan diplomatik antara dua negara mula terjalin.  Mac 1968 : Peristiwa Corregidor - Sekumpulan pemuda – pemuda Sulu telah dilatih di Pulau Corregidor untuk diseludupkan ke Sabah (Borneo Utara) untuk mengganggu perjalanan pentadbiran Kerajaan Sabah. Walau bagaimanapun, beberapa orang pemuda Sulu tersebut telah ditembak mati ketika menjalani latihan. Peristiwa tersebut telah mendapat perhatian pihak akhbar bukan sahaja di Filipina bahkan juga di Malaysia. Walau bagaimanapun, Filipina hanya mengambil tindakan berdiam diri sehingga mewujudkan hubungan diplomatik yang kurang baik antara dua negara.  Ogos 1968 - Kongres Filipina meluluskan satu akta memasukkan pada dasarnya Sabah sebagai sebahagian daripada Republik Filipina.  1969 - Hubungan diplomatik antara kedua negara dipulihkan semula. Filipina cuba membawa isu tuntutan Sabah ke Mahkamah Antarabangsa tetapi Malaysia menolak kerana Sabah telahpun menjadi sebahagian daripada Malaysia. Mahkamah Antarabangsa juga tidak boleh membicarakan perkara tersebut memandangkan Malaysia bukan ahli dasar Mahkamah tersebut.
  • 11. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara Nik Anuar Nik Mahmud UKM Bangi 2009 Sejarah Malaysia timur Mazlan Abdullah Utusan Publications & Distributors 1978