SlideShare a Scribd company logo
SEJARAH KERTAS II
(MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA
MODUL 4.
MODUL IV: PENGUASAAN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI PERAK,
SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG.
(NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU).
IV.1: PENGENALAN: CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU
IV.2: CAMPUR TANGAN: PERINGKAT AWAL SEBELUM 1874.
IV.3: CAMPUR TANGAN: DASAR RASMI.
IV.4: SISTEM RESIDEN.
IV.5: DAFTAR ISTILAH.
IV.6: DAFTAR BACAAN TAMBAHAN.
IV.7: SOALAN ULANGKAJI.
2
DISEDIAKAN OLEH:
NABIR BIN HJ. ABDULLAH.
PENGENALAN: CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU.
Perjanjian Pangkor yang termetri pada 20 Januari 1874 menjadi titik permulaan penjajahan rasmi
Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu. Sehubungan dengan itu dasar tidak campur tangan (sikap
enggan/reluctant) Inggeris berubah kepada dasar peluasan (forward policy). Namun demikian
campurtangan dalam halehwal Negeri-negeri Melayu telah berlaku beberapa kali sebelum tarikh itu.
Campur Tangan: Peringkat Awal Sebelum 1874.
Pengambilan Singapura oleh Raffles dan seterusnya Perjanjian Inggeris-Belanda (1824) misalnya
membawa kesan buruk kepada empayer/kesultanan Johor-Riau-Lingga. Sultan Hussain dibantu oleh
Inggeris menjadi sultan empayer itu (bertahta di Singapura) dan digunakan bagi Inggeris mendudukki
Singapura. Manakala adik sultan Hussain, Abdul Rahman dijadikan sultan empayer itu (bertahta di
Riau) dengan sokongan Belanda. Kewibawaan Sultan Hussain sebagai pemerintah Singapura, Johor
dan Pahang tidak kukuh kerana lemah dari segi personaliti dan institusi kekuasaan/kerajaan.
Akibatnya berlaku perebutan kuasa. Pemerintahan Johor-Singapura jatuh ke tangan Temenggong,
manakala Pahang yang merupakan jajahan pemerintahan Johor-Singapura dan ditadbir oleh pembesar
bergelar Bendahara mengalami perang saudara (1868-1773) kerana perebutan kuasa. Oleh itu dapat
dirumuskan, secara tidak langsung Inggeris (dan Belanda) bertanggung jawab kepada perpecahan
tersebut.
Pada bulan Mei 1825, gebenor Fullerton (Presiden Negeri-negeri Selat) menghantar kapal perang ke
muara Sungai Trang untuk menghalang Raja Ligor dari menyerang Perak dan Selangor yang
didakwa sebagai wilayah naungan Siam. Fullerton juga menghantar Anderson dan James Low ke
Perak. Anderson ditugaskan untuk mendamaikan perbalahan antara Perak dan Selangor. James Low
ke Perak dengan sebuah kapal perang dan 40 sepoi pada bulan September untuk memastikan tiada
gangguan atau kehadiran kekuatan Siam di situ. Seterusnya, tanpa arahan atau izin Fullerton, James
Low membuat persetiaan persahabatan dengan Sultan Perak pada Oktober 1826. Tindakan James
Low ini tidak diakui oleh pihak kerajaan tertinggi di Calcutta, tetapi soal campurtangan ke dalam
Negeri-negeri Melayu sudah menjadi satu realiti. Malah lebih serius lagi, ialah Persetiaan Burney atau
Persetiaan Inggeris-Siam/Bangkok (31 Julai 1825). Setelah Inggeris menguasai selatan Burma maka
Inggeris memerlukan hubungan baik dengan Siam yang bersempadan dengannya. Bagi tujuan itu
Mejar Burney dihantar ke Bangkok untuk mendapatkan persetiaan persahabatan dengan Siam.
Umpan yang digunakan oleh Inggeris ialah Kedah. Siam telah melanggar Kedah pada 1821 kerana
dianggap sebagai wilayahnya yang engkar dan telah memihak kepada Burma ketika Siam berbalah
dengan Burma. Pendudukan Siam di Kedah tidak terjamin kerana mendapat tentangan tempatan.
Justeru itu Inggeris memberi jaminan tidak akan terlibat dalam sengketa Siam-Kedah, malah dalam
beberapa hal telah membantu Siam terutama dengan menghalang usaha-usaha (1831, 1836, 1837)
2
rakyat dan sultan Kedah membebaskan Kedah. Sikap Inggeris berhubung dengan Kedah tidaklah
wajar kerana satu daripada syarat Kedah membenarkan Inggeris mendudukki Pulau Pinang ialah
Inggeris hendaklah membantunya dari ancaman pihak ketiga. Sebaliknya Inggeris juga bimbang
tentang keselamatan pendudukannya di Pulau Pinang sekiranya imperialisme Siam tidak dibendung.
Siam buat seketika (1822) pernah menguasai Perak tetapi telah diusir oleh kekuatan Perak yang
dibantu oleh Selangor. Oleh itu Inggeris mendapatkan jaminan Siam untuk tidak menganggu Perak
dan Selangor. Inggeris berjanji untuk menjaga keselamatan Perak (dari serangan Selangor) jika Perak
tidak lagi terpaksa mengakui pertuanan atau menghantar ufti (bunga emas) kepada Siam. Hal-hal ini
yang dimetri dalam Perjanjian Burney telah menempatkan Inggeris sebagai pengganti Siam, kalaupun
tidak sebagai Pertuanan, sekurang-kurangnya sebagai penentu (arbiter) kepada halehwal Perak dan
Selangor.
Campurtangan lain berlaku terutamanya pada masa gabenor Cavenagh seperti peristiwa Sungai
Ujung dan Rembau, peperangan Larut dan pembedilan Kuala Trengganu (1862) serta dalam masalah
(perang) Klang.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, campurtangan Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu sebelum
1874 terselindung oleh dakwaan bahawa Inggeris mengamalkan secara rasmi dasar tidak
campurtangan dan kebanyakan penglibatan itu atas sebab-sebab tertentu dan terpaksa atau bercorak
tidak langsung. Selepas 1874 campurtangan Inggeris tidak berselindung lagi kerana dasar rasmi
berubah kepada "forward policy". Namun pihak Inggeris menegaskan bahawa campurtangan selepas
1874 adalah bagi menjaga keselematan rakyatnya (warga Negeri-negeri Selat) serta modal mereka di
Negeri-negeri Selat dan kerana sultan-sultan Negeri-negeri Melayu meminta Inggeris menyelesaikan
masalah perebutan kuasa yang wujud di negeri mereka. Persoalannya ialah jika Inggeris benar-benar
campurtangan atas sebab-sebab tadi, mengapa tindakannya jauh daripada sekadar membantu
mewujudkan ketenteraman yang diperlukan? Inggeris juga mengaitkan tindakan campurtangannya
dengan alasan keperimanusiaan. Jika itulah alasannya, mengapa pula Raja Yusuf yang sepatutnya
menjadi Sultan Perak diketepikan, sebaliknya Raja Abdullah yang ditabalkan. Oleh itu campurtangan
Inggeris ke atas Negeri-negeri Selat disebabkan juga oleh ciri-ciri imperialisme Barat khususnya
apabila perubahan dasar kepada dasar `maju' (forward policy) itu bermula dari keputusan yang dibuat
ketika gerak imperialisme baru mula berkembang di kalangan negara-negara Eropah.
Campur tangan: Dasar Rasmi
Sebab-sebab Campur Tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.
Sebelum termetri Perjanjian Pangkor (1874), dasar Pejabat Tanah Jajahan ialah peterusan dasar
Pejabat India, iaitu tidak campurtangan dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu. Kedua-dua
Setiausaha Tanah Jajahan, Granville (pada tahu 1869) dan Kimberley (pada tahun 1871)
2
menyampaikan amaran kepada Gabenor Sir Harry Ord (gabenor sebelum Andrew Clarke), iaitu
mereka tidak bersedia untuk meluluskan sebarang langkah yang boleh meningkatkan tanggungjawab
British di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun pada bulan September 1873, Kimberley nampaknya
cenderung menimbangkan perubahan kepada dasar tadi.
Tidak terdapat kata sepakat di kalangan sejarawan tentang sebab yang membawa campur tangan
Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. C.D. Cowan mulanya mengatakan sebab itu berpunca dari
desakan para saudagar Negeri-negeri Selat-London. Kemudian mengubah pendapatnya kepada sebab
kebimbangan campurtangan kuasa Barat yang lain (Jerman Rusia, Amerika Syarikat atau Perancis).
Cyril Northcote Parkinson, walaupun kurang menyakinkan, mengatakan bahawa perubahan politik
daripada kerajaan parti Liberal kepada parti Tory (Konservatif) di England sebagai sebabnya. John
S. Galbraith berpendapat bahawa faktor "turbulent frontier" (sempadan yang bergolak) menjadi
sebab perluasan empayer Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. Kesemua pandangan tadi ada keterangan
yang menyokong untuk diterima sebagai berasas.
Umumnya campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu diberikan kepada enam sebab utama.
1. Perubahan Sikap Kerajaan England. Dasar parti Konservatif England (seperti pimpinan
Disraeli, 1870an) yang imperialistik.
2. Rayuan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat yang mempunyai kepentingan ekonomi di
Negeri-negeri Melayu.
3. Sikap Gabenor Andrew Clarke.
4. Kesan Revolusi Perusahaan Eropah. Keperluan dari Revolusi Perusahaan (bekalan bahan
mentah dan pasaran) dan perubahan kepada lapangan modal Barat.
5. Kebimbangan Terhadap Campur tangan Kuasa Barat lain. Pembukaan Terusan Suez
yang meningkatkan lagi persaingan ekonomi, politik dan juga budaya kuasa-kuasa imperialis
sehingga Inggeris bimbang Negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh Jerman atau Perancis.
Oleh itu sebahagian besar daripada sebab-sebab campur tangan adalah berkait rapat dengan
faktor-faktor imperialisme Barat/Inggeris sehingga masalah kekacauan di Negeri-negeri
Melayu adalah alasan katalis sahaja.
6. Kekacauan di Negeri-negeri Melayu (yang berpunca dari perebutan kuasa di kalangan
Raja-raja dan para pembesar dan pergaduhan kongsi gelap).
Faktor-faktor Yang Membawa Inggeris
Campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
1. Perubahan Sikap Kerajaan England.
2
Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang punca utama campur tangan secara rasmi, tetapi fakta
yang jelas ialah menunjukkan berlakunya perubahan sikap pihak berkuasa di England terhadap dasar
tidak campur tangan. Dalam surat arahan Setiausaha Negara di Pejabat Tanah Jajahan (Lord
Kimberley) tertarikh 20 September 1873, kepada Andrew Clarke, bakal Gabenor Negeri-negeri
Selat, tersebut hal-hal yang dirumus-senarai seperti berikut.
i. Andrew Clarke diminta mendapatkan maklumat berkenaan keadaan di Negeri-negeri Melayu
dan melaporkannya kepada beliau.
ii. Setelah itu Clarke perlu melaporkan bentuk langkah yang boleh dilaksanakan oleh Pejabat
Tanah Jajahan bagi mengembalikan ketenteraman di Negeri-negeri Melayu.
iii. Clarke perlu menimbangkan sama ada sesuai atau tidak untuk menempatkan seorang pegawai
Inggeris di mana-mana negeri Melayu.
iv. Sekiranya perlantikan pegawai Inggeris hendak dilakukan di mana-mana negeri Melayu
hendaklah dengan sepenuh persetujuan daripada kerajaan negeri tersebut. Perbelanjaan yang
berkaitan dengan hal ini hendaklah ditanggung oleh kerajaan Negeri-negeri Selat.
Huraian di atas memperlihatkan dasar Inggeris mulai berubah daripada sikap tegas tidak
campurtangan kepada kesediaan mempertimbangkan langkah mewujudkan (sejumlah) pengaruh ke
atas Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, huraian itu menunjukkan bahawa tiada minat pihak
berkuasa tertinggi Inggeris, sekurang-kurangnya bagi tempoh yang segera, untuk mengawal atau
menguasai Negeri-negeri Melayu. Namun demikian keterlibatan Inggeris di Negeri-negeri telah
dipercepatkan oleh tindakan para pentadbir Inggeris di rantau ini, khususnya Gabenor Andrew
Clarke.
2. Rayuan Para Saudagar Negeri-negeri Selat.
Salah satu perkara acuman saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat meminta dipindahkan penguasaan
wilayah itu daripada Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan, adalah soal perlunya campur tangan
Inggeris ke dalam negeri-negeri Melayu. Saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat menghadapi
masalah untuk membuka kawasan-kawasan baru di Tanah Melayu. Sistem politik tradisional Melayu
menyukarkan mereka mengenalpasti dan memperolehi kawasan-kawasan baru. Kebenaran bukan
sahaja perlu didapatkan daripada Sultan, tetapi juga daripada pembesar yang menguasai kawasan
yang dikehendakki. Kadang-kadang sesuatu kawasan itu dikuasai oleh beberapa pembesar yang
berseteru sehingga para saudagar itu perlu membayar cukai kepada kesemua pembesar itu. Keadaan
ini dialami misalnya oleh para pengusaha bijih timah di kawasan Sungai Ujung yang perlu membayar
cukai kepada Dato Kelana dan seterunya Dato Bandar. Malah, perbalahan antara para pembesar juga
membimbangkan para saudagar kerana keselamatan pelaburan modal mereka tidak begitu terjamin.
Biasanya para saudagar mengambil sikap berpihak kepada pembesar yang lebih berwibawa, tetapi
cara ini mendedahkan mereka kepada tindakan-tindakan keras seteru. Misalnya, para saudagar yang
bergiat di Selangor terpaksa menghadapi perompakan yang didalangi oleh pihak seteru kepada
pembesar yang disokong oleh saudagar-saudagar itu.
2
Para saudagar Negeri-negeri sangat memerlukan lapangan ekonomi di Tanah Melayu kerana sebab-
sebab berikut:
i. Pembukaan Terusan Suez meningkatkan lagi persaingan perdagangan dan membawa
pertambahan permintaan ke atas bijih timah.
ii. Peluang perdagangan di Sumatra semakin tertutup. Tindakan Belanda meningkatkan
penguasaan ke Sumatra sejak 1860an menyukarkan para saudagar Negeri-negeri Selat
berdagang dengan penduduk di kawasan itu.
iii. Pemansuhan monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1833 memberi peluang
kepada saudagar-saudagar bebas (country traders) Negeri-negeri Selat untuk meningkatkan
kegiatan perdagangan dengan China. Walau bagaimanapun penglibatan mereka mulai terhad
apabila Hong Kong yang diambil oleh Inggeris pada 1842 mengambil alih peranan Singapura.
Pembukaan Shanghai kemudiannya menambah kesulitan para saudagar Negeri-negeri Selat.
Oleh itu lapangan ekonomi yang boleh memulihkan kemerosotan perdagangan mereka ialah
daya sumber yang terdapat di Negeri-negeri Melayu.
Sementelah itu para saudagar tadi yakin bahawa Tanah Melayu memilikki potensi ekonomi yang baik
seperti diperlihatkan oleh kejayaan perlombongan bijih timah dan beberapa pertanian komersial yang
diusahakan oleh orang-orang Cina dan Melayu. Keyakinan ini diperkuatkan lagi oleh angka
perdagangan antara Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun-tahun 1870an,
dianggarkan nilai perdagangan itu berjumlah kira-kira $3 juta. Sebahagian besar modal perdagangan
itu dikeluarkan oleh saudagar-saudagar Negeri Selat.
Sebelum perlantikan Andrew Clarke sebagai gabenor Negeri-negeri Selat, rayuan-rayuan para
saudagar dan pemodal Negeri-negeri Selat supaya pihak Inggeris campur tangan di Negeri-negeri
Melayu tidak mendapat layanan. Namun demikian mereka tidak berputus harap dan usaha. Para
saudagar itu berharap pihak berkuasa Inggeris melaksanakan penguasaan langsung ataupun
sekurang-kurangnya penguasaan tidak langsung ke atas beberapa kawasan atau ke seluruh kawasan
Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu mereka melancarkan berbagai usaha dan individu yang
terlebih aktif dalam hal ini ialah W.H. Read (1819-1909). Sebagai ketua kepada golongan saudagar
Singapura khususnya, W.H. Read mempunyai perkaitan dengan beberapa syarikat terkemuka dan
pernah menjadi presiden Dewan Perniagaan Singapura. Pengaruhnya sangat kuat terhadap kerajaan
Negeri-negeri Selat kerana banyak membantu kerajaan dan masyarakat Singapura. Beliau merupakan
ahli tidak rasmi terkanan dalam Majlis Legislatif (Perundangan) Negeri-negeri Selat dan juga anggota
Grand Jury yang terlibat dalam hal-hal mahkamah serta dan membahaskan dasar serta peraturan
kerajaan setempat. Di peringkat lebih luas, beliau pernah menjadi Konsul Belanda dan menjadi wakil
Raja Alam menuntut pengiktirafan hak putera raja itu ke atas Johor. Manakala kegiatan ekonomi
W.H Read juga luas dan bersama rakan kongsi perniagaannya, Tan Kim Cheng (1829-1892),
saudagar Hokkien peranakan Singapura yang terkemuka, mereka membentuk kepentingan
perniagaan di beberapa tempat di Tanah Melayu, Siam dan di Saigon. Usaha perniagaan mereka di
Perak membawa kepada persahabatan mereka dengan Raja Abdullah. Persahabatan itulah yang
menjadi penghubung Raja Abdullah menyampaikan rayuan kepada kerajaan Negeri-negeri Selat
2
untuk membantu menyelesaikan masalah yang wujud di Perak. Manakala W.H. Read menggunakan
persahabatan itu dan rayuan-rayuan Raja Abdullah untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris supaya
campur tangan di Perak khasnya dan Negeri-negeri Melayu umumnya.
Selain dari kaedah yang digunakan oleh W.H. Read itu, usaha-usaha lain para saudagar ialah dengan
membuat rayuan demi rayuan kepada Ppejabat Tanah Jajahan, Pejabat Luar dan Parlimen. Misalnya,
pada tahun 1873, terdapat satu surat rayuan yang ditanda tangani oleh 248 saudagar Cina. Mereka
menyatakan bahawa kekacauan yang berlaku di Negeri-negeri Melayu merugikan perdagangan
mereka. Oleh itu mereka memohon supaya keselamatan kepentingan ekonomi mereka di Tanah
Melayu dijamin oleh kerajaan Inggeris. Rayuan itu dan lain-lainnya dilaungkan pula oleh akhbar-
akhbar dan dihantar kepada orang-orang yang berpengaruh di England seperti bekas-bekas pegawai
Negeri-negeri Selat dan para pemodal yang mempunyai kepentingan di kawasan ini terutamanya
Seymour Clarke.
Seymour Clarke mempunyai perbuhungan rapat dengan satu kumpulan saudagar yang bergiat di
Selangor. Salah seorang anggota kumpulan itu ialah J.G. Davidson yang telah memperolehi suatu
kawasan melombong bijih yang luas di Selangor dan kemudiannya membentuk Syarikat Lombong
Bijih Selangor. Syarikat ini memerlukan modal tetapi para pemodal tidak berani melabur dalam
kegiatan ekonomi yang sentiasa terancam oleh peperangan saudara atau perlanunan. Sebagai langkah
menyakinkan para pemodal maka Syarikat itu memohon kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk
menubuhkan pasukan keselamatan bagi menjaga kepentingan mereka di Selangor. Apabila
permohonan mereka tidak dipeduli dan kerajaan Inggeris juga tidak mahu campur tangan secara
rasmi dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu, maka mereka merangka cara yang boleh mendorong
kerajaan Inggeris melaksanakan sikap mara ke Negeri-negeri Melayu. Seymour Clarke yang
mempunyai kepentingan ekonomi di kawasan ini (untuk membina rangkaian kabel telegraf dan jalan
keretapi) mengirim surat kepada Pejabat Tanah Jajahan yang memberi gambaran bahawa Negeri-
negeri Melayu akan jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain sekiranya tidak dikuasai lebih dahulu oleh
Inggeris. Rayuan para saudagar itu mulai mendapat perhatian daripada pihak kerajaan Inggeris yang
dikuasai parti Konservatif pimpinan Disraeli setelah parti itu menumbangkan pada 1872 penguasaan
parti Liberal pimpinan Gladstone.
Setiausaha baru Pejabat Tanah Jajahan iaitu Lord Kimberley memandang serius terhadap
kemungkinan yang digambarkan oleh Seymour Clarke dan menyatakan bahawa pihak Inggeris tidak
akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah lain menguasai Negeri-negeri Melayu. Reaksi Lord
Kimberley itu menimbulkan persoalan sejauhmanakah ia tidak mengetahui keadaan sebenar gambaran
yang digembar-gemburkan dan muslihat Seymour Clarke itu. Walau apapun jawapannya, yang
penting ialah usaha para saudagar Negeri-negeri Selat mulai menunjukkan hasil yang positif.
3. Andrew Clarke dan dasar `maju'.
Faktor yang sangat penting berperanan dalam melaksanakan proses campur tangan rasmi ialah sikap
dinamik dan kecekalan peribadi pegawai setempat, iaitu Gabenor Sir Andrew Clarke. Beliau suka
bertindak cepat tanpa mahu memberitahu atau mendapat arahan rasmi terlebih dahulu. Walaupun ada
2
hubungan telegrafik dengan London, Clarke tidak berusaha mendapatkan keizinan terlebih dahulu
daripada London sebelum bertindak. Sebagai "man of action" Clarke percaya terhadap sikap sanggup
memikul tanggungjawab, bertindak dahulu dan sentiasa bertindak dan menulis berkenaan tindakan itu
kemudian. Beliau tidak memandang tinggi kepada tuntutan amalan birokrasi yang dianggapnya
sebagai meremehkan urusan dasar.
Andrew Clarke yang dilantik oleh Lord Kimberley menjadi gabenor Negeri-negeri Selat diberi
arahan-arahan yang jelas menunjukkan kesediaan kerajaan Inggeris menjaga kepentingan-
kepentingan kerajaan dan warganegaranya di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke bukan sahaja
mengikut tetapi bertindak melebihi daripada arahan-arahan Lord Kimberley. Tindakan Andrew
Clarke itu dipengaruhi oleh gambaran-gambaran tentang Negeri-negeri Melayu yang disampaikan
oleh orang-orang berpendirian seperti W.H. Read sebaik sahaja beliau sampai di Singapura. Andrew
Clarke percaya keadaan yang tidak aman di kebanyakan Negeri-negeri Melayu sukar diselesaikan
oleh kerajaan-kerajaan Negeri-negeri Melayu sendiri tanpa bantuan daripada kuasa yang lebih besar
dan berkeupayaan tinggi, khususnya Inggeris. Oleh itu adalah wajar bagi Inggeris sebagai kuasa yang
kuat sikap keperimanusiaan menolong membawa keamanan kepada negeri-negeri itu yang sering
mengalami pelbagai persengketaan. Dalam istilah lain, adalah menjadi tanggungjawab Inggeris
membawa tamadun
atau lebih tepat lagi menerapkan undang-undang, pentadbiran dan seberapa yang boleh ciri-ciri
kehidupan Inggeris kepada Negeri-negeri Melayu. Persoalan tentang perlunya ditamadunkan Negeri-
negeri Melayu menjadi isi kandung utama mukadimah rayuan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat
pada tahun 1871. Mereka menunjukkan bahawa orang-orang Melayu seperti Raja Jumaat dari Lukut,
Sultan Abu Bakar (Johor), Tengku Kudin (Klang) yang menerima `tamadun' Inggeris memberi
banyak bantuan kepada kepentingan para saudagar dan kerajaan Inggeris sendiri.
Oleh itu sehingga pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu, tidak terdapat keterangan
yang menunjukkan keterlibatan ketara motif keperimanusiaan (humanitarian) atau sikap altruistic
seperti disebutkan oleh Frank Swettenham sebagai punca kepada `perubahan baru' dalam dasar
Inggeris.
4. Kesan Revolusi Perusahaan Eropah.
Sejak tahun-tahun 1820an, Revolusi Perusahaan di Eropah memasukki tahap peralihan daripada
pengeluaran bahan-bahan tekstil kepada pengeluaran barangan yang dihasilkan dari logam besi,
timah dan lain-lain. Pengeluaran galian logam meningkat, tetapi permintaan yang semakin membesar
memerlukan bahan-bahan itu di dapatkan dari luar Eropah. Kemajuan teknologi perkapalan dan
pembukaan Terusan Suez memudahkan pengangkutan bahan-bahan logam dari rantau ini ke Eropah
dengan kadar waktu yang cepat dan kos yang tidak tinggi. Justeru itu permintaan kepada bijih timah
Tanah Melayu semakin banyak dan para saudagar Negeri-negeri Selat mahu kawasan Tanah Melayu
diteroka lebih luas dengan modal mereka. Sebelum langkah itu dibuat mereka perlukan campur
tangan kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Melayu supaya usaha dan modal mereka terjamin.
Para saudagar Negeri-negeri Selat mempunyai modal tetapi sebagai saudagar mereka lebih suka
modal mereka beredar dalam aktiviti perdagangan daripada pelaburan. Walaupun mereka bersedia
2
untuk melaburkan modal mereka di Tanah Melayu, tetapi pelaburan itu masih terbatas. Sebagai usaha
mendapatkan modal lain maka mereka melihat ke Eropah khususnya terhadap modal perusahaan. Di
Eropah
kecapaian baik para pengusaha perindustrian menyebabkan mereka mempunyai dana (modal) yang
besar. Modal itu tidak berpeluang meraih keuntungan tinggi jika dilaburkan di Eropah kerana daya
sumber Eropah sudah pada tahap optimum jika dibandingkan dengan pelaburan di luar Eropah. Mulai
dari tahun-tahun 1830an pengaliran modal perusahaan ke rantau ini semakin meningkat. Modal
perusahaan berbeza daripada modal para saudagar (merkantail) tidak perlu aktif beredar di pasaran,
maka ia boleh dilaburkan dalam kegiatan ekonomi bukan perdagangan. Oleh itu para saudagar
Negeri-negeri Selat menjalankan usaha membawa modal-modal itu bagi dilaburkan dalam kegiatan
melombong bijih dan pertanian komersial di kawasan ini. Kejayaan membawa modal perusahaan
itulah yang banyak membantu orang-orang Eropah mengatasi modal orang-orang Cina di dalam
perlombongan dan kemudiannya pertanian komersial, terutamanya getah, di Tanah Melayu. Walau
bagaiamanapun, sebelum modal perusahaan itu dapat dilaburkan di Tanah Melayu bagi menghasilkan
keuntungan, campur tangan Inggeris diperlukan.
5. Kebimbangan Terhadap Campur tangan Kuasa Barat lain.
Inggeris memilih pendirian untuk tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi tidak
bermakna ia merelakan campur tangan kuasa-kuasa lain ke situ. Sehubungan dengan itu, Inggeris
sangat mengawasi percubaan kuasa lain menerapkan pengaruh sebarang pengaruh ke mana-mana
negeri Melayu. Sebelum ini telah dihuraikan betapa Inggeris berusaha mengelakkan kuasa Siam dari
meluaskan pengaruhnya ke selatan dari Kedah di sebelah pantai barat dan Trengganu di sebelah
pantai timur Tanah Melayu. Pada awal 1870an Inggeris terpaksa pula menghadapi ancaman
perluasan kawasan atau dari kuasa Barat ke atas kawasan ini. Mulai tempoh itu perlumbaan kuasa-
kuasa Barat untuk meluaskan kawasan pengaruh mereka bertambah sengit berikutan daripada
pembukaan terusan Suez (1869) dan perkembangan-perkembangan baru di Eropah. Jerman yang
berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan membentuk Empayer Jerman yang baru
merupakan kuasa Barat yang sangat mencabar keunggulan Inggeris bukan sahaja di Eropah tetapi
juga di luar Eropah. Di Eropah, Jerman hanya perlu menumpaskan Belanda untuk membolehkannya
memberi ancaman langsung kepada England. Manakala di rantau ini, kuasa Jerman boleh
melancarkan perluasan pengaruhnya melalui syarikat-syarikat perdagangan Jerman yang besar dan
telah lama aktif di Negeri-negeri Selat dan beberapa bandar utama Asia Tenggara.
Selain Jerman, Rusia juga menunjukkan minatnya ke atas Negeri-negeri Melayu. Ancaman Rusia
juga dirasakan di kawasan Mediteranean dan utara India. Pembentukan angkatan lautnya di Laut
Hitam mengancam penguasaan Inggeris ke atas laluan di Mediteranean. Manakala usaha Rusia
mengembangkan penguasaannya di utara India memberi ancaman kepada kedudukan Inggeris di
darat dan laut benua kecil India. Apabila terdapat usaha Rusia membuka pangkalan di kawasan
Tanah Melayu, Inggeris mulai meragui kebaikan dasar tidak campur tangannya. Kejayaan Rusia di
salah satu tempat, baikpun di Mediteranean, India atau Tanah Melayu akan memutuskan rangkaian
perdagangan atau jalan laut Inggeris dari England melalui Terusan Suez ke Cina-Jepun yang
disokong oleh pangkalan-pangkalannya di Gibraltar, Malta, Aden, India, Burma, Negeri-negeri Selat,
Borneo dan Hong Kong. Demi kepentingan itu maka kawasan Tanah Melayu tidak boleh dibiarkan
2
oleh Inggeris jatuh kepada pengaruh kuasa Barat yang lain. Perkara yang lebih menyuburkan
kebimbangan Inggeris ialah keadaan yang tidak tenteram di Negeri-negeri Melayu akan memberi
peluang kepada kuasa-kuasa Barat lain campur tangan di situ.
6. Kekacauan di Negeri-negeri Melayu.
Kekacauan ekoran daripada perebutan kuasa kerajaan di antara raja-raja serta pembesar-pembesar
Melayu dan pertelingkahan kongsi-kongsi gelap Cina merupakan masalah dalaman Negeri-negeri
Melayu yang membawa kepada campur tangan Inggeris.
Kekacauan di Perak.
Perebutan Kuasa Kerajaan.
Di Perak perebutan kuasa tercetus apabila adat pewarisan raja tidak ditaati. Mengikut hirarki atau
giliran perwarisan, terdapat empat peringkat yang bermula dari pangkat Raja Dihilir. Pangkat ini
selalunya diberikan kepada putera Sultan yang sedang bertahta. Pangkat kedua tertinggi ialah Raja
Bendahara. Selepas itu ialah Raja Muda dan akhirnya jawatan Sultan. Mengikut adat pergerakan
menegak berlaku sekiranya berlaku kemangkatan Sultan. Namun demikian, para pembesar
(khususnya Orang Besar Empat) boleh memutuskan kelayakan seseorang anak raja untuk
mendudukki sesuatu pangkat tersebut.
Sejak tahun 1850an pelanggaran kepada adat perwarisan Perak sering berlaku. Raja Jaafar yang
menaiki tahta setelah kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Syah (1857) bertindak tidak
melantik Raja Yusuf yang menjadi Raja Dihilir ke jawatan Raja Bendahara. Sebaliknya Raja Ismail,
putera dari Siak, dijadikan Raja Bendahara, Pada tahun 1865 Raja Ali yang menjadi Sultan selepas
kemangkatan Sultan Jaafar turut melakukan pelanggaran adat pewarisan. Baginda bertindak melantik
Raja Abdullah yang menjadi Raja Dihilir dan bukannya Raja Bendahara (Raja Ismail) ke jawatan Raja
Muda sebagaimana yang sepatutnya. Natijahnya berlakulah kekacauan kerana perebutan kuasa
diantara anak-anak raja dengan sikap pihak memihak diantara para pembesar pula. Menteri Larut
(Ngah Ibrahim) walaupun baik dengan Sultan tetapi beliau memihak kepada Raja Ismail berseteru
dengan Raja Abdullah. Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, Raja Abdullah sepatutnya
menjadi Sultan, tetapi ketidakhadiran baginda di hari pemakaman telah menyingkirkannya dari
menerima alat kebesaran kerajaan dan peluang ditabal sebagai Sultan. Mengikut adat seseorang itu
akan ditabalkan menjadi sultan pada hari pemakaman jenazah sultan yang sebelumnya. Akhirnya alat
kebesaran kerajaan diberikan kepada Raja Ismail yang seterusnya ditabal sebagai Sultan dengan
gelaran Sultan Ismail Muabidin Shah (1871-1874). Oleh itu perebutan kuasa tercetus lagi apabila
Raja Abdullah sebagai Raja Muda menuntut haknya sebagai Sultan dan sering pula bertindak sebagai
seorang Sultan. Oleh kerana seteru kuat Raja Abdullah ialah Menteri Larut maka keadaan Larut yang
sudahpun kucar kacir dengan pergaduhan kongsi gelap menjadi semakin serius sehingga
membabitkan pula pihak Inggeris.
2
Persengketaan kongsi gelap Cina di Larut.
Kongsi gelap merupakan persatuan Cina yang memberi perlindungan kepada ahli dan sekutunya.
Oleh kerana setiap kongsi gelap mewakili kepentingan sesuatu puak atau dialek orang Cina maka
berlaku persaingan antara kongsi-kongsi gelap tersebut. Di Larut, Perak terdapat dua kongsi gelap
yang besar, iaitu Ghee Hin dan Hai San bersaing dalam perusahaan perlombongan bijih timah. Kedua
kongsi gelap ini merupakan cawangan kongsi gelap Pulau Pinang memilikki kawasan perlombongan
yang berasingan di Larut. Ghee Hin menjaga kepentingan perlombongan orang Cina Kantonis di
Klian Bahru (Kemunting). Manakala Hai San menjaga kepentingan perlombongan orang Cina
Hokkien-Khek di Klian Pauh (Taiping). Oleh kerana kedua kepentingan itu berdekatan dan
memerlukan kemudahan jalan perhubungan dan bekalan yang sama maka persengketaan diantara
mereka mudah berlaku. Persaingan kedua semakin sengit apabila masing-masing menerima sokongan
berlainan dari pihak-pihak pembesar Melayu yang bersengketa di Perak. Ghee Hin yang diketuai oleh
Lee Koyen mendapat sokongan Raja Abdullah. Manakala Hai Sain yang diketuai oleh Low Ah Sam
disokong oleh Sultan Ismail-Menteri Larut. Persaingan kedua kumpulan itu membawa kepada
pertempuran pertama atau dikenali sebagai Perang Larut (I) pada tahun 1861. Pertempuran berlaku
lagi kemudian pada tahun 1865 (Perang Larut II), dan tahun 1871-1873 (Perang Larut III) yang
membawa kepada campur tangan Inggeriske Perak melalui Perjanjian Pangkor.
Sebelum tahun-tahun 1840an perlombongan bijih di Perak dilakukan secara kecil-kecilan oleh orang-
orang setempat di kawasan Kinta, Ulu Perak dan Larut. Perjumpaan kawasan yang luas serta kaya
dengan bijih timah di Larut pada tahun 1848 oleh Long Jaafar, wakil sultan yang menguruskan
keamanan dan pengutipan cukai di situ, membuka lembaran baru bagi sejarah Perak amnya. Ia
bermula dengan keputusan Long Jaafar mengambil kira-kira 20 orang Cina melombong kawasan bijih
di Klian Pauh. Kejayaan besar yang diperolehi oleh pelombong-pelombong itu membawa lebih ramai
orang Cina melombong di Larut. Pada mulanya pendatang-pendatang itu terdiri daripada orang Khek
dan Hokkien. Mereka disusuli oleh orang Hokkien yang menumpukan kegiatan mereka ke Klian
Bharu. Kehadiran para pelombong ini telah meningkatkan pengeluaran bijih dan pendapatan Perak
yang datangnya dari cukai-cukai eksport bijih timah, cukai perjudian serta cukai-cukai import candu,
minuman keras dan bekalan-bekalan lain yang dibawa masuk ke Larut. Pembesar Melayu yang paling
utama mendapat keuntungan hasil cukai itu ialah Long Jaafar dan kemudian anaknya Ngah Ibrahim.
Penguasaan kedua mereka terhadap kekayaan Larut meningkat apabila kawasan itu diserahkan
pentadbirannya kepada mereka dengan kekuasaan bertaraf Menteri.
Hak mengutip cukai-cukai tersebut diserahkan kepada ketua puak Khek, iaitu Low Ah Sam. Puak
Kantonis merasa kurang senang kerana monopoli cukai oleh puak Khek memberi kelebihan kepada
puak itu dan sebaliknya membebankan mereka. Justeru itu persengketaan mudah terjadi terutamanya
apabila unsur-unsur permusuhan mereka diapikan oleh kesan permusuhan kedua pihak yang berlaku
di negara China sendiri. Peperangan di Kwangtung yang dikenali sebagai Perang Hakka-Puntei
diantara Khek dan Kantonis menyebabkan permusuhan kedua puak tersebut di Larut tidak dapat
dielakkan.
Pertempuran pertama (Perang Larut I) berlaku pada tahun 1861 berpunca daripada tindakan puak
Hai San menyekat sumber air yang diperlukan oleh puak Ghee Hin bagi kerja-kerja perlombongan
mereka. Puak Hai San mencapai kemenangan dalam pertempuran ini. Orang-orang Ghee Sin
terpaksa berundur ke Pulau Pinang setelah mengalami korban nyawa dan hartabenda. Di Pulau
2
Pinang mereka meminta bantuan Inggeris dan hasilnya Sultan Jaafar terpaksa membayar ganti rugi
kepada pihak Ghee Hin serta mengembalikan peluang mereka melombong di Larut.
Perang Larut II (1865) dicetuskan oleh masalah perjudian. Sekali lagi orang-orang Ghee Hin
terpaksa lari ke Pulau Pinang, tetapi pergaduhan kedua pihak merebak ke pulau itu dan melibatkan
kongsi-kongsi gelap yang lain. Pergaduhan di Pulau Pinang membimbangkan pihak Inggeris kerana
termuat di dalamnya tindakan-tindakan membantah beberapa peraturan, terutamanya Peraturan Pos
(mengirim wang ke China) yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat.
Oleh itu kerajaan Inggeris bertindak menangkap dan menghukum buang negeri ketua-ketua kongsi
gelap yang terlibat.
Tindakan kerajaan Negeri-negeri Selat itu meredakan persaingan kongsi gelap di Larut sehingga
tahun 1872 apabila tercetus pula Perang Larut III. Pertempuran berpunca daripada pembunuhan
ketua puak Ghee Hin yang ditangkap kerana mengadakan hubungan sulit dengan isteri saudara ketua
Hai San. Pihak Ghee Han bertindak balas dan dengan sokongan Raja Abdullah yang marah dengan
Menteri Larut kerana tidak menyokongnya menjadi sultan berjaya mengusir orang-orang Hai San dan
menawan kota Menteri (Ngah Ibrahim) di Matang serta mengawal Sungai Larut. Menteri
kemudiannya terpaksa menerima Ghee Hin sebagai kuncunya yang memonopoli perlombongan dan
pencukaian Larut. Namun demikian Menteri merasa tidak senang dengan penguasaan pihak Ghee
Hin yang didalangi oleh Raja Abdullah. Oleh itu Menteri bersedia memberi sokongan kepada puak
Hai San kembali ke Larut. Setelah Sir Harry Ord, Gabenor Negeri-negeri Selat enggan
menyelesaikan masalah mereka secara perundingan, maka pihak Hai San dengan restu Menteri
menyerang dan menumpaskan penguasaan Ghee Hin dan sekaligus menyingkirkan campur tangan
Raja Abdullah di Larut. Huru hara ini membimbangkan Inggeris kerana boleh menjebakkan
persengketaan kongsi-kongsi gelap di Pulau Pinang. Oleh itu Pemangku Gabenor Negeri-negeri
Selat, Kolonel Anson memanggil ketua-ketua kaum Cina iaitu Ho Ghi Siu (Ghee Hin) dan Chang Ah
Kui (Hai San), Menteri Larut, Raja Abdullah, Kapten Grant (kepten kapal Midge) dan Tengku
Dziauddin (kerabat diRaja Selangor) untuk berunding pada 10 Ogos 1873. Satu perjanjian
perdamaian dicapai tetapi tindakan Raja Abdullah selepas itu menuduh Menteri Larut ingin merebut
tahta kerajaan Perak mengancam persetiaan perdamaian tersebut. Raja Abdullah juga mahu campur
tangan dalam masalah Larut atas alasan ingin mendamaikan pensengketaan orang Cina. Tindakan
Raja Abdullah dipintas oleh Menteri dengan cara meminta bantuan Kapten Speedy, seorang pegawai
keamanan Negeri-negeri Selat, mengamankan Larut. Kapten Speedy mula berkhidmat pada tahun
1873 dengan dibantu oleh kira-kira 300 sepoi yang didapatkan dari India dan sebilangan orang
Mandaling yang dikirim oleh seorang yang bernama Ismail dari lombong Kinta bagi membantu
Menteri. Kehadiran pengawal keamanan ini mendatangkan ketenteraman di Larut, tetapi
meningkatkan rasa tidak senang hati Raja Abdullah yang mendapati Kapten Speedy terlalu
menyebelahi Menteri dan membelakangkan baginda. Oleh itu Raja Abdullah mengistiharkan
pembatalan kuasa yang diperolehi oleh Menteri daripada sultan terdahulu. Tindakan Raja Abdullah
itu tidak memberi makna kerana baginda bukannya Sultan Perak. Malah Gabenor Negeri-negeri Selat
(Harry Ord) setelah mengkaji dokumen-dokumen yang ada terhadap hak Menteri mengiktiraf Ngah
Ibrahim sebagai penguasa Larut yang sah. Walau bagaimanapun peluang Raja Abdullah cerah
kembali setelah Harry Ord diganti oleh Andrew Clarke yang berbeza pandangan dan mencari
kesempatan untuk melebarkan pengaruh Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. Pada persidangan 6
Januari 1874 Clarke mendesak Menteri agar menerima seorang pegawai Inggeris untuk
menasihatinya. Keengannan Menteri menerima desakannya menyebabkan Clarke lebih menumpukan
2
harapan menggunakan Raja Abdullah untuk membuka jalan kepada penglibatan Inggeris di Perak.
Orang-orang Cina juga mengalu-alukan campur tangan Inggeris kerana tindakan Kapten Speedy dan
Menteri Larut semakin membebankan terutamanya dari cukai dan kebebasan mereka. Maka dengan
kecenderungan inilah maka Perjanjian Pangkor diadakan pada 20 Januari 1874.
Kekacauan di Selangor
Perebutan kuasa.
Di Selangor, persengketaan perebutan kuasa bermula apabila raja Abdul Samad, anak saudara dan
menantu kepada Sultan yang memerintah, iaitu Sultan Muhammad Syah, dilantik sebagai pemangku
raja. Keadaan ini mewujudkan rasa tidak senang hati kepada Raja Muda iaitu Raja Mahmud. Apabila
raja Abdul Samad menjadi sultan bertahta di Lukut, baginda mengusir Raja Mahmud (1864).
Sementara itu di Klang berlaku pula perebutan kuasa antara Raja Abdullah dengan Raja Mahdi. Raja
Abdullah mendapat sokongan daripada mentuanya, iaitu Sultan Abdul Samad. Manakala Raja Mahdi
mendapatkan sokongan Raja Kahar dan Raja (Muda) Mahmud serta bantuan orang-orang
Minangkabau dan pelombong-pelombong Ghee Hin di Rawang. Dalam persengketaan ini Tunku
Kudin (putera raja dari Kedah yang menjadi menantu Sultan Abdul Samad) memainkan peranan
penting kerana bertugas sebagai Wakil Raja, dibantu oleh Raja Ismail dan pelombong-pelombong Hai
San di Ampang-Kuala Lumpur menentang Raja Mahdi. Kedudukan penting Tunku Kudin itu tidak
pula disenangi oleh putera-putera Sultan Abdul Samad yang bertindak mencari pendapatan mereka
dengan kaedah kekerasan. Oleh itu keadaan di Selangor lebih pelbagai sifat persaingan kuasanya.
Tunku Kudin merayu pihak Inggeris membantu menyelesaikan masalah ini, tetapi Inggeris tidak
melayaninya. Inggeris mulai campur tangan setelah terjadinya perompakan dan pembunuhan terhadap
peniaga-peniaga dari Negeri-negeri Selat di Selangor.
Pertelingkahan kongsi gelap Cina.
Orang Cina datang ke Selangor bagi mengerjakan lombong-lombong bijih. Mereka terdiri daripada
beberapa puak utama iaitu Hakka dan Kantonis dan Hokkien. Kawasan perlombongan mereka ialah
daerah Kuala Lumpur, Ampang, Klang dan Kanching. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy, seorang
Hakka dilantik sebagai Kapitan Cina oleh ketua-ketua puak Cina setempat bagi mentadbir
kepentingan sosio-ekonomi dan politik orang-orang Cina di Selangor. Sultan Selangor mengesahkan
perlantikan itu. Walaupun Kapitan Yap Ah Loy seorang yang berpengaruh, beliau masih tidak
berupaya menghalang pertelingkahan dikalangan suku-suku Hakka sendiri. Pertelingkahan sesama
puak Hakka misalnya berlaku di antara suku Fui Chew yang tertumpu di kawasan Kuala Lumpur
dengan suku Kah Yeng Chew yang tertumpu di Kanching di bawah pimpinan Ah Sze dan
kemudiannya Chong Chong. Perbalahan kedua suku ini bertambah sengit kerana masing-masing
bersandar kepada kongsi gelap yang berlainan. Lap Ah Loy sendiri sebagai ketua suku Fui Chew
adalah ahli kongsi gelap Hai San, manakala kebanyakan orang suku Kah Yeng Chew adalah anggota
Ghee Hin. Pertempuran antara kedua suku sering berlaku tetapi pertempuran yang besar terjadi
setelah Yap Si, seorang pemimpin suku Fui Chew dibunuh oleh orang-orang kumpulan Kah Yeng
Chew. Suku Fui Chew di bawah pimpinan Yap Ah Loy bertindak menyerang puak Kah Yeng Chew.
2
Perbalahan kedua suku ini meluas lagi sejak akhir tahun 1869 apabila masing-masing berpihak
kepada dua pihak Melayu yang berbalah ketika itu. Yap Ah Loy dan suku Fui Chew menyokong
Tengku Kudin, manakala puak Kah Yeng Chew yang diketuai oleh Chong Chong bersekutu dengan
pihak Raja Mahdi. Pendirian Yap Ah Loy menyokong pihak Tengku Kudin menyebabkan Kuala
Lumpur diserang dan dimusnahkan beberapa kali oleh Raja Mahdi. Kuala Lumpur ditawan semula
oleh Yap Ah Loy dan sekutunya pada bulan Mac 1873.
Persengketaan antara kumpulan-kumpulan Cina dan perbalahan pembesar-pembesar Melayu berlaku
serentak dan tergabung menyebabkan keadaan ekonomi, politik dan ketenteraman awam di Selangor
tidak kurang daripada keadaan yang dihadapi di Larut khususnya dan Perak amnya. Pihak Inggeris
terpaksa memberi perhatian terhadap perkembangan buruk di Selangor itu kerana kepentingan
warganegara Inggeris di negeri itu turut terancam.
Kekacauan di Negeri Sembilan.
Perebutan Kuasa.
Di Negeri Sembilan kekacauan timbul dalam perebutan hak memungut cukai bijih yang melalui
Sungai Linggi di dalam daerah Sungai Ujung. Persaingan berlaku di antara Dato Kelana dengan Dato
Bandar bagi menguasai Sungai Ujung. Manakala Penghulu Rembau dan Yamtuan Muda Raja Radin
turut terlibat dalam persaingan itu. Persaingan ini menyebabkan pengutipan cukai tidak terkawal
sehingga membebankan para pelombong dan peniaga Cina yang kebanyakannya datang dari Melaka.
Kesulitan-kesulitan dan rayuan-rayuan daripada orang-orang Cina menyebabkan Inggeris terpaksa
campur tangan dalam masalah perebutan kuasa di Sungai Ujung. Inggeris mula campur tangan pada
tahun 1874 apabila ia memberi sokongan kepada Dato Klana dan mengirim tentera bagi
menumpaskan pihak Dato Bandar. Seorang yang bertaraf Penolong Residen, W.I. Tatham
ditugaskan ke Sungai Ujung bagi memastikan kepentingan perdagangan warganegara Inggeris di situ
terjamin.
Kekacauan Di Pahang
Perebutan Kuasa.
Di Pahang, perebutan kuasa berlaku antara dua beradik iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad selepas
kematian ayahanda mereka Bendahara Wan Ali pada tahun 1857. Wan Mutahir yang ditabal sebagai
pemerintah Pahang telah tidak menyerahkan kekuasaan ke atas daerah Kuantan dan Endau kepada
Wan Ahmad sebagaimana tertulis dalam surat wasiat ayahanda mereka bertarikh 25 Mei 1856.
Sebaliknya Wan Ahmad diusir keluar dari Pahang. Wan Ahmad meminta bantuan Inggeris tetapi
ditolak kerana dikatakan tidak ada bukti menunjukkan Kuantan dan Endau diserahkan kepadanya.
Oleh itu Wan Ahmad mendapatkan bantuan Trengganu serta Siam dan melancarkan penyerangan ke
atas Pahang melalui Kemaman pada bulan November 1857, tetapi dikalahkan oleh Wan Mutahir.
2
Wan Ahmad mengumpul semula kekuatannya di Trengganu dengan bantuan Sultan Trengganu dan
pihak Siam. Tindakan ini membimbangkan Inggeris sehingga Inggeris membedil Kuala Trengganu
(1862) sebagai desakan keras melarang Trengganu menyokong Wan Ahmad. Namun demikian
sokongan terus Trengganu dan Siam membolehkan Wan Ahmad melancarkan penyerangan besar-
besaran terhadap Pahang pada tahun 1862. Wan Mutahir dikalahkan dan beliau terpaksa berundur ke
Johor. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Pahang dan menggelarkan dirinya
sebagai sultan pada tahun 1882. Pihak Inggeris mengiktiraf perlantikan itu tetapi menentang sebarang
campur tangan Siam atau kuasa Barat lain di Pahang. Sebagai jaminan tidak adanya campur tangan
asing maka Inggeris mahu menempatkan seorang Residennya di Pahang, tetapi pada mulanya ditolak
oleh Wan Ahmad. Kemudian beliau bersetuju menerima seorang yang bertaraf Wakil Inggeris kerana
terpengaruh oleh desakan Maharaja Abu Bakar (Johor) dan para pelabur modal di Pahang.
Apabila sistem Residen dilaksanakan pada tahun 1874, sistem itu tidak dapat diterapkan ke Pahang
kerana Sultan Wan Ahmad dan para pembesarnya menentang kuat. Pada tahun 1888 tercetus
peristiwa yang menjadi sebab atau alasan untuk Inggeris melaksanakan sistem Residen di Pahang.
Peristiwa itu ialah pembunuhan seorang warganegara Inggeris berbangsa Cina di kawasan berdekatan
istana Sultan. Pada bulan Ogos tahun itu, Sultan Wan Ahmad terpaksa menerima J.P. Rodger sebagai
Residen pertama Pahang.
Campur Tangan: Dasar Rasmi.
Campur tangan Inggeris secara rasmi di Negeri-negeri Melayu bermula dengan Perjanjian Pangkor
pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini membawa buat pertama kalinya campur tangan Inggeris di
Negeri-negeri Melayu, bermula dengan Negeri Perak. Inggeris mendahulukan Perak kerana
kekacauan yang berlaku di negeri itu lebih serius dan seringkali membawa kesulitan kepada Pulau
Pinang. Satu lagi sebab ialah kerana rayuan daripada Sultan Abdullah meminta Gabenor menyiasat
peristiwa-peristiwa kekacauan di Perak, memulihkan keamanan dan melantik seorang pegawai
Inggeris bagi menunjukkan cara pemerintahan yang baik ke negeri itu. Rayuan ini terkandung dalam
surat baginda bertarikh 30 Disember 1873. Surat ini dikarang oleh J.G. Davidson, seorang peguam
dan pengurus Syarikat Lombong Bijih Selangor dan disampaikan kepada Gabenor oleh sahabat
Sultan Abdullah, iaitu W.H. Read. Surat ini dan berita tentang kesediaan orang-orang Cina di Larut
berdamai sekiranya pihak Inggeris campur tangan, menggalakkan Gabenor Andrew Clarke bertindak
menyelesaikan masalah Perak. Gabenor menghantar W.A. Pickering, seorang pegawai yang dapat
berbahasa Cina merundingkan perdamaian orang-orang Cina di Larut. Pada masa yang sama
perundingan dilakukan dengan para pembesar Perak. Persidangan awal dilakukan di atas kapal Pluto,
tetapi menhasilkan sebarang penyelesaian. Oleh itu Gabenor mempersilakan sekali lagi para pembesar
Perak menemuinya di Pangkor pada 14 Januari 1874 tanpa menyatakan apakah tujuan dan siapakah
yang akan hadir dalam perjumpaan itu. Cara jemputan yang demikian itu menyebabkan para
pembesar tidak berpeluang berbincang terlebih dahulu sesama mereka.
Mereka yang hadir pada perjumpaan itu ialah Raja Abdullah dengan beberapa pembesar Hilir Perak,
Menteri (Larut) dan pemimpin-pemimpin Cina Hai San dan Ghee Hin. Raja Ismail yang memegang
takhta ketika itu tidak hadir kerana terlewat diberitahu, manakala Raja Yusuf tidak mendapat
2
jemputan. Walau bagaimanapun perundingan yang dijadualkan berlangsung pada 14hb Januari
tergendala dan ditangguhkan kepada 17hb Januari. Pertemuan pada 17hb Januari disebutkan sebagai
Persidangan Agung Pembesar (Perak) di Pulau Pangkor. Tiga isu utama yang dibincangkan ialah
perkara tuntutan Raja Abdullah ke atas takhta kerajaan Perak dan perkara kuasa Menteri di Larut
yang mahu diluputkan oleh Raja Abdullah serta perbalahan orang-orang Cina di Larut.
Tiga hari kemudian rangka Persetiaan (Perjanjian) Pangkor disiapkan untuk ditanda tangani.
Persetiaan ini terbahagi kepada dua dokumen penting. Dokumen pertama memuatkan hal-hal
berkaitan dengan masalah orang-orang Cina Larut. Manakala dokumen kedua mengandungi fasal-
dasal yang menyentuh soal kekuasaan dan pentadbiran Perak.
Perjanjian Pangkor 1874.
Antara syarat-syarat Perjanjian Pangkor ialah:
a. Mengenai orang Cina.
i.Kedua-dua pihak (Hai San dan Ghee Hin) hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan
kubu-kubu mereka.
ii.Satu Suruhanjaya terdiri daripada pegawai-pegawai Inggeris dengan dua wakil Cina akan
menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong di Larut.
iii.Kedua-dua pihak Cina hendaklah mengikat janji sebanyak $50,000 untuk menjaga
keamanan dan menuruti syarat-syarat Perjanjian ini.
b. Mengenai takhta kerajaan Perak.
i.Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak. (Raja Abdullah dipilih oleh Andrew Clarke yang
menyifatkannya sebagai "orang yang berkebolehan". Pemilihan itu tidak
menghairankan kerana Raja Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab
mempelawa campur tangan Inggeris di Perak. Sementelah itu tiada calon lain yang
hadir dalam perundingan Pangkor. Raja Ismail (Sultan Perak ketika itu) lewat
dimaklumkan sehingga beliau tidak sempat hadir. Manakala Raja Yusof tidakpun
dijemput.
ii.Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah kecil dan wang
bersara (dari jawatan Sultan) sebanyak $1,000 sebulan.
iii.Sultan akan menerima, menyediakan tempat tinggal dan membayar gaji kepada seorang
pegawai Inggeris yang bergelar Residen. Nasihat pegawai ini hendaklah diminta dan
diikuti dalam kesemua hal kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan
adat istiadat Melayu. S
iv.Semua pungutan dan pengawalan terhadap cukai-cukai dan hasil negeri hendaklah
2
dilaksanakan menurut nasihat Residen dan penolongnya.
v.Ngah Ibrahim diakui sebagai Pembesar Larut tetapi tidaklah sebagai sebagai pemerintah
bebas. Ngah Ibrahim akan menerima seorang Penolong Residen untuk menasihati
beliau dalam urusan pentadbiran Larut.
Pentingnya Perjanjian Pangkor.
1. Perjanjian ini merupakan satu peristiwa sejarah yang penting kerana ia menandakan
permulaan pelaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu. Sebelum 1900 Sistem ini sudah
dilaksanakan juga di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Gabenor Andrew Clarke telah melampaui batasan kesediaan pihak berkuasa di England,
khususnya Lord Kimberley, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan terlibat dalam hal ehwal
Negeri-negeri Melayu. Alasan Clarke, Perjanjian itu perlu dibuat bagi kepentingan mewujud
dan mengekalkan ketenteraman awam. Pendirian Clarke ini diterima oleh Lord Carnavon,
pengganti Lord Kimberley sebagai Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan. Lord Carnavon
mengesahkan Perjanjian tersebut.
3. Para saudagar Negeri-negeri Selat puas hati kerana perkembangan itu menurut mereka
akhirnya akan membawa campur tangan Inggeris ke negeri-negeri Melayu yang lain.
Tindakan campur tangan akan memberi perlindungan berkesan dan membuka lebih banyak
peluang kepada kegiatan perdagangan mereka.
4. Perjanjian ini dilaksanakan setelah berlaku perundingan yang ringkas dan pendek waktunya
menyebabkan kefahaman Sultan, Raja-raja dan para pembesar Melayu terhadap maksud dan
kesan Perjanjian itu ke atas mereka. Bagi mereka Perjanjian itu sekadar bertujuan
mewujudkan keadaan aman di Perak. Mereka tidak sedar bahawa Inggeris menyifatkan
Perjanjian itu sebagai menghuraikan peranan dan kuasa pegawai Inggeris yang akan
berkhidmat di Perak. Pefahaman orang Melayu yang demikian itu menyebabkan mereka tidak
mudah memberi pengesahan atau menerima tindak tanduk Residen, terutamanya dalam hal-
hal yang merugikan mereka. Akibatnya tercetus pertentangan terbuka (Perang Perak) yang
kemudiannya melenyapkan kuasa tradisional mereka.
5. Menteri Larut, Ngah Ibrahim, hilang penguasaannya ke atas Larut kerana diambil alih oleh
pentadbiran pegawai Inggeris, Kapten Speedy.
6. Sultan Ismail yang tidak hadir dalam perundingan di Pangkor telah kehilangan peluang-
peluang mempertahankan hak-haknya dari direbut oleh Raja Abdullah.
7. Berhasil menyelesaikan banyak masalah orang-orang Cina di Larut dan membolehkan mereka
2
memberi penumpuan yang lebih baik kepada kerja-kerja melombong, mengangkut keluar dan
memasarkan bijih timah.
8. Gabenor Andrew Clarke sedar melanggari had kuasa yang diberikan kepadanya dan
melakukan beberapa kesalahan dasar yang seterusnya menerbitkan tentangan campur tangan
Inggeris di Perak.
Di dalam laporan yang panjang Gabenor Andrew Clarke ke London, beliau berhati-hati menegaskan
bahawa beliau tidak bertindak melantik Sultan (Perak), dan persetiaan Pangkor bukanlah satu
perjanjian (treaty) tetapi satu pengaturan sukarela di pihak pembesar-pembesar Perak dan kerajaan
British tidak terikat dengan perjanjian itu dan masih boleh berundur tanpa tertanggung malu
(hurmat).
Penegasan Clarke itu tidaklah kukuh kerana beliau telahpun melantik penolong Residen (Kapten
Speedy) di daerah Larut sebelum Perjanjian itu disahkan oleh pihak tertinggi Inggeris. Malah tanpa
mengendahkan telegram daripada Lord Carnavon (Setiausaha Tanah Jajahan yang baru) yang
meminta beliau menahan dahulu perlantikan Residen-residen, Clarke menghantar Birch (yang
memohon jawatan Residen) melawat Perak. Nasib Clarke baik kerana Kimberley menyokong
tindakannya ketika perbahasan soal berkaitan berlaku di Parlimen yang bersidang pada 19 Mei 1874.
Lord Carnavon kemudiannya memperakukan sahaja Persetiaan Pangkor.
SISTEM RESIDEN.
Sistem Residen merupakan satu bentuk pemerintahan tidak langsung yang mana seorang pegawai
Inggeris bergelar Residen bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dimana beliau
ditugaskan berkhidmat. Sebagai seorang penasihat, haknya adalah memberi nasihat tetapi kuasa
pemerintahan masih dijalankan oleh pembesar-pembesar setempat. Sebagai seorang Residen, maka
beliau tertakluk kepada kuasa Presiden dan dalam kontak ini, Presiden itu ialah Gabenor Negeri-
negeri Selat yang melaksanakan pengawalannya terhadap Residen-Residen di Negeri-negeri Melayu
sebagai seorang Pesuruhjaya Tinggi. Umumnya, Sitem Residen, yang membawa negeri-negeri
Melayu dilindungi oleh Inggeris, merupakan satu daripada kaedah atau muslihat yang memudahkan
Inggeris melaksanakan kawalan sepenuhnya ke atas pentadbiran negeri-negeri itu. Kaedah ini
menghindarkan keperluan Inggeris menanggung bebanan berat dari segi pentadbiran, kewangan dan
persoalan undang-undang. Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu bukanlah
atas inisiatif Pejabat Tanah Jajahan, tetapi melalui keputusan dan tindakan wakilnya (Clarke) yang
bertindak lebih dengan inisiatif sendiri.
Dari segi teori, Residen sebagai seorang penasihat tidaklah memerintah negeri. Kehadirannya adalah
atas jemputan pihak Sultan dan diterima sebagai Residen setelah menerima tauliah di istana Sultan.
Gaji dan tempat tinggal mereka disediakan oleh Sultan dan kerajaannya. Sebagai penasihat Residen
tidak perlu mempunyai tentera atau polis bagi membantu tugasnya. Nasihat Residen jika hendak
dilaksanakan adalah melalui kuasa Sultan dan para pembesarnya.
2
Walau bagaimanapun, dari segi praktisnya had kuasa Residen sebagai Penasihat kepada kerajaan
negeri Melayu menurut Frank Swettenham, adalah satu fiksi (khayalan) atau bohongan. Wujudnya
ketetapan di dalam Persetiaan Pangkor yang menyebut, "nasihatnya (Residen) mestilah diminta dan
diikuti dalam semua hal kecuali perkara-perkara yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat
Melayu" menunjukkan bahawa taraf Residen lebih daripada seorang penasihat. Beliau menjadi
seorang yang berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri. Khayalan bahawa Negeri-negeri Melayu
ditadbir sendiri oleh raja-rajanya dengan `nasihat' Residen-residen Inggeris bermula pada tahun 1874
apabila Gabenor Sir Andrew Clarke melantik Residen di Perak dan seterusnya di Selangor dan
Sungai Ujung.
Bidang Tugas Residen.
Bidang tugas Residen tidak dihuraikan dengan secara khusus oleh pihak Pejabat Tanah Jajahan.
Keterangan tentang bidang tugas Residen diberikan dalam bentuk yang kabur dan umum sahaja di
dalam Perjanjian Pangkor. Disebutkan di dalam dokumen perjanjian itu, bidang tugas Residen adalah
menasihati kerajaan dalam semua urusan pentadbiran negeri khususnya terhadap pengutipan dan
pengawalan hasil negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja
dikecualikan dari bidang tugas nasihat Residen. Walau bagaimanapun mengikut amalan Melayu,
kebanyakan perkara pentadbiran tidak terpisah sepenuhnya daripada adat istiadat Melayu dan agama
Islam. Oleh itu nasihat Residen kepada kebanyakan hal bukan perkara agama dan adat istiadat
Melayu, tetap menyentuh secara langsung dan sedikit sebanyak perkara agama dan adat istiadat
Melayu.
Ketiadaan huraian lengkap terhadap bidang tugas Residen merupakan punca asas tercetusnya Perang
Perak (1875) kerana tindakan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak lebih bersifat pemerintah dan
bukannya sebagai penasihat sahaja. Sungguhpun demikian, huraian lengkap bidang tugas Residen
tidak dibentuk oleh Pejabat Tanah Jajahan, sebaliknya diserahkan penetapannya kepada pertimbangan
Gabenor dan para Residen sendiri. Oleh itu peranan atau bidang tugas Residen banyak dipengaruhi
oleh sikap dan tekad seseorang Residen dan Gabenor.
Umumnya, sistem Residen berkembang sendiri tanpa penggubalan rasmi. Setelah lama sistem
Residen diamalkan, maka bidang tugas Residen secara amnya boleh diberikan seperti berikut:
1. Bertanggungjawab membentuk sistem yang berkesan dalam pengutipan hasil negeri.
2. Bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi memakmurkan negeri seperti
memperbaiki pengutipan cukai, membangunkan industri perlombongan dan pertanian
komersial khususnya getah, memperbaiki sistem perhubungan, mengukur tanah, membuat
sistem pemilikan tanah dan pelbagai lagi.
3. Mewujudkan keadaan tenteram melalui peraturan dan undang-undang dengan
penguatkuasaannya oleh pihak polis, tentera atau mahkamah.
4. Bertanggungjawab seperti seorang diplomat dalam menyakinkan orang-orang Melayu
2
bahawa perubahan yang berlaku di negeri mereka adalah perkara yang baik dan maruah serta
hak mereka sentiasa dipelihara.
Sistem Residen di Perak.
Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British.
Sebelum Perjanjian itu disahkan oleh kuasa tertinggi Inggeris, Gabenor Andrew Clarke telah melantik
Kapten T.C.S. Speedy menjadi Penolong Residen yang diberi tugas khusus mentadbir Larut.
Sebelum itu Kapten Speedy merupakan pegawai pengaman kepada Ngah Ibrahim, Menteri Larut.
Setelah dilantik sebagai Penolong Residen, Kapten Speedy mengambil alih kuasa Menteri mentadbir
dan mengutip cukai Larut. Sebagai ganti Menteri diberi pencen.
Bagi melicinkan pentadbiran Kapten Speedy melantik orang-orang Eropah untuk mengendalikan
jabatan-jabatan yang baru ditubuhkannya seperti Jabatan Galian, Jabatan Hasil, Jabatan Ukur, Jabatan
Jalan Raya dan Mahkamah Hakim. Sebagai langkah mewujudkan ketenteraman awam, ketua-ketua
kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin dibuang negeri. Sementara itu sistem penghulu
dikekalkan oleh Kapten Speedy bagi mengadili kesalahan-kesalahan kecil di kawasan masing-masing.
Secara keseluruhannya, Kapten Speedy berjaya menghapuskan persengketaan kongsi yang sering
berlaku sebelum 1874 dan meningkatkan ekonomi di Larut. Jalan perhubungan juga dibina dan
diperbaiki bagi menghubungkan Larut dengan Pulau Pinang dan Kuala Kangsar. Kecapaian baik
pentadbiran Kapten Speedy di Larut dibantu oleh James W.W. Birch yang menjadi Residen pertama
Perak.
James W.W. Birch mula memegang jawatan Residen Perak pada 4 November 1874, iaitu kira-kira
sepuluh bulan selepas termetri Perjanjian Pangkor. Birch merupakan seorang pegawai yang cekap
dan berpengalaman. Beliau pernah berkhidmat di Sri Lanka dan Negeri-negeri Selat. Beliau telah
memohon jawatan Residen sebaik sahaja jawatan itu diwujudkan walaupun terdapat beberapa
kelemahannya yang menjadikan beliau kurang sesuai memegang jawatan tersebut. Kelemahan-
kelemahan seperti:
1. Kebolehannya berbahasa Melayu tidak cukup untuk memudahkan perhubungan yang
berkesan dengan Sultan Abdullah dan para pembesar Perak.
2. Beliau memandang rendah terhadap adat istiadat Melayu dan pemikiran orang Melayu.
3. Beliau seorang yang tidak sabar dan angkuh diri dan menganggap orang putih (Inggeris)
adalah bangsa yang tinggi tamadun dan kerana itu berhak menjadi tuan kepada orang-orang
Melayu yang mundur dan bodoh.
Kelemahan-kelemahan peribadi Birch inilah yang menjadi punca tercemarnya sistem Residen pada
peringkat awal pelaksanaannya.
2
Sejak mula ketibaan Birch di Perak beliau tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan
pembesar-pembesar Perak. Bagi Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak peranan Birch
hanyalah sebagai penasihat, tetapi kepada Birch Persetiaan Pangkor memberi kuasa kepada beliau
lebih daripada itu. Kesemua nasihat dan tindakan beliau terutamanya dalam urusan cukai mesti
diterima. Dalam urusan cukai inilah perbalahan utama mereka bermula. Birch mengambil tindakan
menguasai keseluruhan urusan cukai negeri Perak sedangkan cukai merupakan sumber pendapatan
utama Sultan dan para pembesar Perak. Sebarang tindakan yang menyekat hak mengutip cukai pasti
mendapat tentangan kuat mereka.
Apabila Sultan Abdullah memajak pengutipan cukai kepada Tan Kim Cheng, towkay dari Singapura,
dengan bayaran $15,000 setahun dan membenarkan para pembesarnya mengutip cukai masing-
masing, Birch mengistiharkan kesemua tindakan itu sebagai tidak sah tanpa kebenarannya.
Sebaliknya beliau memperkenalkan cukai dan bayaran lesen cukai baru yang mengurangkan lagi
sumber atau hasil pendapatan Sultan dan para pembesar. Tindakan Birch ini pasti mendapat
tentangan kuat daripada Sultan dan para pembesarnya.
Selain daripada masalah cukai, tindakan Birch menjadikan dirinya sebagai penguasa undang-undang
juga mendapat tentangan Sultan dan para pembesar Perak. Dua hari selepas menjadi Residen Birch
mengistiharkan Kanun Awam dan Undang-undang Jenayah. Sehubungan dengan itu Birch
mengarahkan pembentukan pasukan polis bagi membantu tugas para penghulu. Dari tempoh itu para
penghulu tidak lagi tertakluk kepada pembesar tempatan tetapi bertanggungjawab terus kepada pihak
Residen. Seterusnya, pada bulan Januari 1875 Birch mula mendesak Sultan Abdullah supaya
melantiknya sebagai hakim dan memberi kuasa penuh mengawal kesemua cukai. Apabila Sultan
Abdullah lambat memenuhi kehendaknya itu, Birch mendapatkan proklamasi Leftenan-Gabenor
Pulau Pinang pada bulan April 1875 melarang setiap orang kecuali Residen dan orang arahannya
mengutip cukai di Perak. Tidak cukup dengan cara itu Birch terus memaksa Sultan Abdullah
menanda tangani notis dan proklamasi cukai yang disediakannya. Sultan menolak dengan bantuan
Laksamana dan Menteri Larut, tetapi Birch terus mendesak dan mengugut menyinkirkan baginda dari
takhta Perak jika baginda enggan menurunkan tanda tangannya sebelum 20 Julai 1875. Lima hari
kemudian Sultan Abdullah sekali lagi terpaksa memberikan persetujuan baginda melantik Raja Idris
dan Birch sebagai hakim Perak.
Tentangan Sultan dan para pembesar Perak terhadap Birch bertambah hebat lagi apabila Birch
memberi perlindungan di kediamannya kepada hamba-berhutang yang lari dari tuan-tuan mereka.
Sebilangan daripada hamba-berhutang itu adalah kepunyaan Sultan Abdullah dan para pembesarnya.
Apabila Sultan menuntut supaya hamba-berhutang baginda dipulangkan kepadanya, Birch bukan
sahaja tidak melayan tuntutan itu, malah mencemuh baginda. Menurut pendirian Sultan dan para
pembesarnya, tindakan Birch itu telah mencabul adat istiadat Melayu kerana sistem hamba-berhutang
adalah tradisi tempatan.
Kemarahan Sultan Abdullah dan para pembesarnya mencapai tahap tertinggi apabila Gabenor Sir
William Jervois mengambil langkah menggantikan sistem Residen dengan sistem Pesuruhjaya Diraja
(Queen's Commissioner). Menurut pandangan Jervois, sistem Residen tidak memberi faidah yang
diharapkan kerana Residen hanya bertaraf Penasihat. Dengan kaedah baru, pemerintahan Perak akan
diambil alih oleh Pesuruhjaya tersebut dan memerintah Perak atas nama Sultan. Sultan dan para
pembesarnya akan dibayar pencen dan gantirugi kerana kehilangan kuasa masing-masing.
2
Pada bulan September 1875, Jervois melawat Perak untuk berunding dengan Sultan dan pembesar-
pembesarnya tentang penyerahan kuasa pemerintahan kepada kerajaan Inggeris. Syor-syor Jervois
ditolak oleh Raja Abdullah dan Raja Ismail, manakala Raja Yusuf dan Raja Idris bersetuju. Raja
Abdullah diberi tempoh selama 15 hari untuk membincangkannya dengan Raja Ismail dan para
pembesar lain. Baginda diancam akan disingkirkan dan diganti dengan Raja Yusuf sekiranya enggan
menanda tangani pengistiharan penyerahan pemerintahan Perak kepada Inggeris.
Paksaan itu menyebabkan Sultan Abdullah menurunkan tanda tangannya pada 1 Oktober 1875 pada
pengisytiharan menerima penguasaan Inggeris di Perak. Pengumuman rasmi penguasaan itu dibuat
oleh Gabenor Jervois empat belas hari kemudian. Sehubungan dengan itu para pegawai Inggeris
terutamanya Birch dan Frank Swettenham melawat daerah-daerah Perak bagi menerangkan sistem
pemerintahan baru kepada pembesar dan rakyat negeri itu. Swettenham ke Hulu Perak manakala
Birch bersama Mat Arshad dan Abbot ke Hilir Perak. Tindakan Inggeris ini meningkatkan pakatan
para pembesar Melayu, Raja Ismail dan Sultan Abdullah untuk menentang penguasaan Inggeris di
Perak.
Pembunuhan Birch.
Kemarahan Sultan Abdullah dan para pembesarnya terhadap tindakan-tindakan Birch meningkat dari
semasa ke semasa. Usaha mereka untuk menamatkan perkhidmatan Birch dengan cara merayu
kepada Gabenor Sir William Jervois pada bulan Mei 1875 tidak berjaya. Oleh itu baginda terpaksa
berbaik-baik dengan seteru lamanya seperti Raja Ismail dan Menteri Larut bagi menghadapi kerenah
Birch. Akhirnya diambil ketetapan untuk menamatkan riwayat Birch dan 1 November 1875 sebagai
tarikh tindakan itu akan dilaksanakan. Kebanyakan pembesar bersetuju dengan rancangan ini, kecuali
Raja Yusuf yang enggan bersubahat membunuh Birch dan menentang Inggeris. Maharaja Lela,
pembesar dari Pasir Salak menawarkan diri untuk melakukan pembunuhan Birch. Manakala Sultan
Abdullah pula menyediakan tenteranya secara sulit untuk memberontak terhadap Inggeris.
Pada 31 Oktober 1875, Sultan Abdullah dan Raja Ismail mengirim sebilah keris kepada Maharaja
Lela bagi membunuh Birch. Pada hari berikutnya Birch tiba di Pasir Salak, kawasan Maharaja Lela
untuk melekatkan notis pengisytiharan penguasaan Inggeris ke atas Perak. Notis itu dikoyak oleh
orang Melayu dan Mat Arshad diserang dan ditikam mati. Birch pula dibunuh ketika beliau sedang
mandi di sungai. Orang yang didakwa bertanggung jawab membunuh Birch ialah Pandak Endut.
Pembunuhan ini berlaku pada 2 November 1875.
Perang Perak dan kesannya.
Gabenor Jervois menerima pembunuhan Birch itu daripada Abbot dan Swettenham. Beliau segera
meminta bantuan tentera dari Calcutta, Hong Kong dan London. Dengan bantuan tentera dari India
dan Hong Kong, tentera Negeri-negeri Selat melancarkan penyerangan besar-besaran dan pada bulan
Disember 1875, Pasir Salak, Blanja dan Kuala Kangsar berjaya ditawannya. Sehingga bulan Julai
1876 kesemua pemimpin-pemimpin penentangan dan mereka yang disyaki terlibat dengan
pembunuhan Birch berjaya ditangkap. Perbicaraan terhadap mereka dilaksanak di Bandar Bahru
2
(Hilir Perak). Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Endut dihukum gantung hingga mati di Larut
pada 20 Januari 1877. Sultan Abdullah, Laksamana, Syahbandar dan Ngah Ibrahim dibuang negeri
ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail serta tiga orang pengikutnya dibuang ke Johor.
Raja Yusof yang pernah ditawarkan jawatan Sultan oleh Gabenor Jervois pada bulan Oktober 1875,
tidak terlibat dalam penentangan itu dilantik sebagai Wakil Sultan dan kemudiannya mulai 1886
sebagai Sultan Perak. Manakala Raja Idris yang memegang jawatan Hakim Besar dilantik menjadi
Raja Muda.
Sementara itu J.G. Davidson dilantik bagi mengisi jawatan Residen. Davidson merupakan seorang
peguam di Singapura dan pernah menjadi Residen di Selangor. Bagi menjalankan tugas memulihkan
keamanan di Perak, Davidson memerlukan bantuan tentera dan polis. Apabila pihak kerajaan Negeri-
negeri Selat tidak mampu membiayai pasukan tentera yang diperlukan, Davidson meletak jawatan.
Pengganti beliau ialah Hugh Low yang dilantik pada bulan Februari 1877.
Perang Perak diikuti oleh `perang kertas (surat)' di antara Setiausaha Negara di Pejabat Tanah
Jajahan, Lord Carnavon dengan Gabenor Negeri-negeri Selat (Gabenor Jervois). Perang surat ini
berlanjutan untuk beberapa bulan dengan kesudahannya, Gabenor meminta maaf secara peribadi
kepada Lord Carnavon dan kerajaan Britain, diperakukan tindakan Gabenor di Perak, menarik balik
pembentukan Pesuruhjaya Diraja ke Perak dan Gabenor berjaya mendapatkan daripada pihak Pejabat
Tanah Jajahan sedikit lagi panduan tentang bidang kuasa Residen.
Walaupun panduan itu masih kabur dan lebih menggambarkan kekuasaan Residen pada tahap
teoritikal, iaitu sebagai penasihat sahaja. Perubahan-perubahan boleh dilakukan kepada panduan itu
jika difikirkan perlu dan sesuai. Oleh itu panduan itu masih gagal menghuraikan dengan tegas bidang
tugas pada realiti pelaksanaannya. Walau bagaimanapun dari tempuh itu matlamat tugas Residen
ditetapkan, iaitu,
1. Mewujudkan keadaan aman dan perundangan di Perak.
2. Membangunkan keseluruhan daya sumber negeri.
3. Menyelia pemungutan hasil untuk memastikan kesemua kutipan cukai masuk ke dalam
tabung kerajaan yang digunakan bagi membiayai kos pentadbiran kerajaan dan membayar
gaji para pegawai Inggeris serta menampung segala perbelanjaan penubuhan jabatan dan lain-
lainnya yang diperlukan bagi membantu tugas pegawai-pegawai tersebut.
Matlamat-matlamat ini berjaya dicapai dengan baik bukan sangat kerana peranan Pejabat Tanah
Jajahan, tetapi atas dua faktor utama. Pertama, orang Melayu tidak lagi kuat menentang penguasaan
Inggeris kerana Perang Perak dan kesannya sangat memberi pengajaran kepada mereka. Kedua,
kesungguhan, kebijaksaan dan inisiatif para Residen dan Gabenor, terutamanya Frank Swettenham,
Hugh Low dan Frederick Weld.
Perjalanan Sistem Residen sehingga 1896.
2
Sistem Residen Di Perak: Pimpinan Hugh Low (1877-1889).
Perlantikan Hugh Low sebagai Residen Perak merupakan satu kejayaan besar kerana dengan
kepimpinannya Perak menjadi aman dan makmur. Pada waktu dilantik menjadi Residen, usia Hugh
Low sudah 53 tahun dan kira-kira 30 tahun terisi dengan pengalaman pentadbiran di Asia Tenggara.
Selama 24 tahun beliau berkhidmat di Labuan dan jawatan tertingginya di situ ialah sebagai
Setiausaha Jajahan Labuan. Pengembaraannya ke seluruh Sarawak dan Sabah meningkatkan
pengertian beliau kepada bahasa, sejarah, adat resam, agama, bentuk kuasa dan ekonomi orang-
orang Melayu. Berbeza daripada J.W.W. Birch, Hugh Low petah berbahasa Melayu, memahami dan
menghurmati nilai-nilai orang Melayu. Beliau juga mempunyai toleransi dan melakukan pendekatan
penuh kefahaman terhadap orang-orang Melayu. Pendiriannya juga menggalakkan kerana beliau
yakin keamanan Perak boleh diwujudkan dengan cara memperolehi kepercayaan dan persahabatan
para pembesar Melayu terhadap Residen dan pegawai-pegawainya. Hugh Low juga melakukan
lawatan ke seluruh daerah Perak dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan perkara-
perkara yang disampaikan kepadanya. Usaha-usaha Hugh Low sangat berjaya menukar Perak yang
kacau bilau dan muflis pada tahun 1877 menjadi aman dan negeri terkaya di Tanah Melayu. Pada
tahun persaraan Hugh Low, 1889, Perak bukan sahaja dapat melangsaikan hutang sebanyak
$800,000 tetapi sudah mempunyai lebihan kredit sebanyak $1.5 juta.
Berbeza daripada tindakan J.W.W. Birch yang berusaha membolot kuasa pentadbiran, Hugh Low
sebaliknya merungut terhadap beban tugas yang terpaksa ditanggungnya. Sungguhpun tugasnya
adalah sebagai penasihat tetapi kerana tidak ada pentadbiran yang teratur di Perak dan Sultan Yusuf
pula seorang yang tidak berpengalaman sebagai pemerintah, maka Hugh Low menghadapi tugas
yang luas dan berat. Namun demikian beliau menjalankan tugas pentadbiran Perak dengan penuh
ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan.
Dari aspek politik dan pentadbiran, Hugh Low mendapatkan sokongan para pembesar Melayu
menubuhkan Majlis (Mesyuarat) Negeri Perak pada tahun 1877. Majlis ini merupakan badan yang
membahas dan menentukan dasar yang akan dilaksanakan oleh kerjaaan negeri. Ada kemungkinan
pembentukan Majlis ini diilhamkan oleh Akta Majlis-majlis India tahun 1861. Majlis ini
dipengerusikan oleh Sultan dan dianggotai oleh pembesar-pembesar utama Melayu dan dua
pemimpin Cina. Kesemua anggota Majlis dilantik oleh Sultan dengan nasihat Residen. Majlis ini
pantas berkembang dari badan penasihat menjadi badan pemerintahan Perak atau badan yang
memilikki kuasa eksekutif. Oleh itu ia bertanggungjawab kepada perlantikan dan pembayaran
pesaraan para pegawai tadbir. Tidak lama kemudian ia mengambil kuasa-kuasa perundangan
(penggubalan undang-undang dan dasar) dan kuasa undang-undang (kehakiman) apabila ia
berperanan sebagai mahkamah rayuan. Majlis ini juga mengendalikan perubahan-perubahan struktur
tarif. Sehingga tahun 1899 anggota Majlis ini bertambah menjadi 12 orang dan mengelolakan
keseluruhan aspek pentadbiran, kecuali pengawalan ke atas hasil negeri yang kekal di tangan
Residen. Kebaikan peranan dan kejayaan Majlis ini menyebabkan ianya dicontohi oleh negeri-negeri
Melayu yang lain (kecuali Selangor yang lebih awal membentuk Majlis Negeri).
Bagi melicinkan pentadbiran negeri, negeri Perak dibahagikan Hugh Low kepada beberapa daerah
2
pentadbiran dan setiap daerah diuruskan oleh seorang pegawai yang dilantiknya. Satu tindakan beliau
yang perlu ditonjolkan ialah pemindahan Kapten Speedy dari Taiping ke Hilir Perak. Hugh Low
mendapati Kapten Speedy berlebihan dalam tindakan dan perbelanjaan sehingga boleh menyulitkan
usaha beliau mengawal dan pengurus hal-hal cukai dan hasil Perak. Manakala dalam pengurusan
undang-undang, Hugh Low membentuk mahkamah-mahkamah keadilan yang dikendalikan oleh
magistret Melayu dan Eropah. Biasanya mahkamah-mahkamah ini ditadbir oleh pegawai daerah atau
penolong pegawai itu.
Dari aspek ekonomi, Hugh Low seperti juga J.W.W. Birch, tetapi berlainan pendekatan,
mementingkan pengawalan Residen terhadap hasil negeri. Hugh Low menamatkan hak Sultan dan
para pembesar mengutip cukai, tetapi memberi mereka pampasan yang lumayan dalam bentuk
jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai pegawai kewangan atau pemungut cukai dengan gaji
tetap. Oleh kerana itu tiada penentangan berlaku terhadap tindakan Hugh Low dalam perkara
tersebut.
Tindakan-tindakan Hugh Low yang lain bagi memajukan ekonomi Perak adalah seperti berikut:
1. Undang-undang dibentuk dan diluluskan bagi mengatur penggunaan dan mendaftarkan
pemilikan tanah. Misalnya Peraturan Tanah Perak (Perak Land Regulation)
2. Memperbaiki sistem perhubungan. Jalanraya dan jalan keretapi dibina. Jalan keretapi pertama
dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan lombong di Taiping dengan Port Weld (Kuala
Sepetang). Rangkaian telegraf juga dibina.
3. Pertanian juga mendapat perhatian dan galakkan Hugh Low. Benih getah pertama di Tanah
Melayu di tanam di kawasan kediamannya. Selain itu, beliau juga menggalakkan percubaan
penanaman teh dan kopi bagi tujuan komersial.
4. Hugh Low berjaya menggalakkan pelaburan modal luar dengan cara mengamankan negeri.
5. Amalan hamba berhutang dihapuskan tetapi dengan secara beransur-ansur dan diplomatik.
Mulanya Hugh Low mengumumkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan amalan itu.
Selepas itu, pada 1hb. Januari 1884 dilulus dan dikuatkuasakan undang-undang bagi
menghapuskan amalan tersebut. Mereka yang terjejas dengan langkah ini, terutamanya Sultan
dan para pembesar diberi gantirugi.
Selepas Hugh Low bersara pada tahun 1889, Frank Swettenham pula menjadi Residen Perak. Sikap
dan pendirian Frank Swettenham tidak banyak berbeza daripada Hugh Low. Oleh itu kemajuan
Perak dapat berkembang terus di bawah Frank Swettenham.
Sistem Residen di Negeri Sembilan.
2
Martin Lister dilantik menjadi Residen yang pertama di Negeri Sembilan pada tahun 1889. Walau
bagaimanapun penempatan beberapa pegawai Inggeris di beberapa kawasan Negeri Sembilan telah
dilakukan sejak tahun 1874 ekoran dari pelaksanaan Sistem Residen di Perak. Seorang yang bertaraf
Penolong Residen, W.I. Tatham ditugaskan ke Sungai Ujung pada tahun 1874 bagi memastikan
kepentingan perdagangan warganegara Inggeris di situ terjamin. Walau bagaimanapun perbalahan
kuasa antara pembesar-pembesar Johol, Rembau, dan Jelabu khususnya terus berlaku. Keadaan ini
membawa Gabenor Jervois mencuba satu kaedah yang boleh menerapkan penguasaan Inggeris ke
seluruh Negeri Sembilan. Beliau cuba menggunakan ketua tempatan yang sesuai sebagai orang
perantaraan untuk meresapkan penguasaan Inggeris ke negeri itu. Orang yang difikirkan sesuai ialah
Abu Bakar, Maharaja Johor. Gabenor Jervois begitu yakin terhadap kesesuaian Sultan Abu Bakar
sehingga beliau mahu menjadikan Sultan itu penguasa agung seluruh Negeri Sembilan. Malah
Gabenor Jervois bersetuju pada tahun 1876 menerima calon yang dicadangkan oleh Sultan Abu
Bakar, iaitu Tunku Antah, kerabat Sultan Abu Bakar sendiri, menjadi Yamtuan (Yang Dipertuan)
kepada wilayah (negeri) kecil Sri Menanti, Jempul, Terachi, Gunung Pasir, Ulu Muar Johol dan Inas.
Kesemua wilayah itu dicantumkan menjadi Persekutuan Sri Menanti. Pada tahun 1877, rancangan
yang sama dilakukan dengan Pembesar Rembau dan Jelebu. Sehingga tahun 1878 Sultan Abu Bakar
berjaya menjadikan dirinya sebagai Penasihat kepada seluruh Negeri Sembilan kecuali Sungai Ujung.
Pelaksanaan rancangan-rancangan tersebut dapat mengurangkan persengketaan yang wujud sebelum
itu di Negeri Sembilan. Oleh itu kesegeraan untuk menerapkan sistem Residen ke seluruh negeri itu
tidak diperlukan sementelah keupayaan pentadbiran dan kewangan Negeri-negeri Selat juga
mengizinkannya. Manakala hasil yang diperolehi oleh kebanyakan wilayah Negeri Sembilan tidak
cukup besar untuk membiayai sistem tersebut. Walau bagaiamanapun mulai awal 1880an, apabila
dasar maju (campur tangan) Inggeris ditingkatkan oleh kebimbangan terhadap campur tangan kuasa
Barat ke dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu, maka usaha meluaskan sistem Residen di Negeri
Sembilan dilakukan. Bagi tujuan itu pengaruh Sultan Abu Bakar di Sri Menanti khususnya
dikurangkan. Pada tahun 1881, Gabenor F.A. Weld berjaya memujuk Tunku Antah menyerahkan hal
ehwal luar wilayahnya Sri Menanti kepada pengawalan Inggeris. Pada tahun 1885 seorang pegawai
Inggeris yang bertugas seperti seorang Residen ditempatkan di Sri Menanti. Di antara tahun 1883
hingga 1887, Inggeris berjaya menempatkan pula para pegawainya di Johol (1884), Jelebu (1886)
dan Rembau (1887). Pada tahun 1889 Rembau dan Tampin menyertai Persekutuan Sri Menanti dan
tindakan itu diikuti oleh Sungai Ujung dan Jelebu pada tahun 1895. Penyertaan yang hampir
menyeluruh itu menyebabkan Persekutuan Sri Menanti ditukar nama kepada Negeri Sembilan. Salah
satu matlamat pergabungan itu ialah untuk melenyapkan campur tangan Inggeris secara langsung dan
terasing bagi setiap daerah. Oleh itu dengan pembentukan Negeri Sembilan mereka hanya perlu
menerima seorang sahaja Residen. Martin Lister menjadi Residen pertama Negeri Sembilan.
Bagi melicinkan pentadbiran, Residen Inggeris telah membuat peraturan mengenai hak milik tanah,
pengutipan hasil dan pembinaan jalan-jalan raya. Ia juga menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan
pasukan polis bagi menjaga keamanan dan melaksanakan peraturan-peraturan yang telah dibuat.
Sistem Residen di Selangor.
J.G. Davidson adalah Residen British yang pertama di Selangor manakala penolongnya ialah Frank
2
Swettenham. Sistem Residen di Selangor berjalan aman kerana J.G. Davidson dan Frank
Swettenham berjaya membawa kemajuan kepada Selangor. Davidson banyak membantu Tengku
Kudin, Sultan Abdul Samad serta pembesar-pembesar Selangor mentadbir Selangor. Langkah awal
Davidson sebagai Residen ialah memupuk persahabatan antara baginda dengan menantunya Tengku
Kudin yang agak renggang sebelum itu. Walau bagaimanapun kebijaksanaan yang dimilikki oleh
Tengku Kudin tidak dapat digunakan terus oleh Davidson bagi membantu pentadbirannya keana
Tengku Kudin pulang ke Kedah-Pulau Pinang pada tahun 1877.
Semasa J.G. Davidson menjadi Residen, beliau telah mengelolakan pengutipan hasil, menubuhkan
pasukan polis, membina lebih banyak jalan raya dan mengadakan mahkamah pengadilan. Selain itu,
Davidson juga membaiki dan membuka semula semua lombong-lombong yang musnah akibat
perang. Hutang-hutang Selangor yang tinggi akibat perang saudara juga diselesaikan. Davidson juga
melantik seorang bangsa Eropah sebagai Pengadil dan Pemungut Hasil di Kuala Selangor. Pada
tahun 1877 Davidson membentuk Majlis (Mesyuarat) Negeri Selangor. Bagi membangunkan
ekonomi orang-orang Melayu Davidson mengembara ke seluruh negeri Selangor untuk memujuk
orang-orang Melayu menanam pokok-pokok kelapa dan sagu.
Davidson kemudiannya dilantik sebagai Residen Perak pada tahun 1877 dan jawatan Residen
diserahkan kepada Kapten Bloomfield Douglas. Kecapaian Bloomfield Douglas agak terhad kerana
beliau kurang aktif jika dibandingkan dengan Davidson dan Frank Swettenham yang
menggantikannya pada tahun 1882.
Frank Swettenham adalah seorang pegawai yang berpengalaman dalam hal ehwal negeri-negeri
Melayu kerana pernah memasuki perkhidmatan awam Tanah Jajahan di Negeri-negeri Selat sejak
tahun 1871. Beliau faseh berbahasa Melayu dan faham akan adat istiadat Melayu. Beliau
memperkenalkan pembaharuan seperti cara yang dilakukan oleh Hugh Low di Perak. Beliau dapat
menjalankan tugas kerana mendapat kerjasama dan sokongan pembesar-pembesar dan sultan.
Langkah-langkah membangunkan ekonomi Selangor dilaksanakan oleh Frank Swettenham
terutamanya memajukan sektor perlombongan dan pertanian. Hasil-hasilnya digunakan untuk
memajukan dan memperbaiki perhubungan, kesihatan dan pembangunan negeri Selangor. Landasan
kereta api dibina diantara Kuala Lumpur dan Kelang pada tahun 1886. Jalanraya dimajukan, oleh itu
bandar-bandar dan kampung-kampung tumbuh di kawasan pertanian, perlombongan dan di
sepanjang jalanraya.
Perkhidmatan Frank Swettenham di Selangor tamat pada tahun 1889 apabila beliau ditugaskan
sebagai Residen Perak bagi menggantikan Hugh Low.
Sistem Residen di Pahang.
Residen British yang pertama di Pahang ialah John P. Rodger yang memulakan tugasnya pada tahun
1888. Beliau bertindak terburu-buru untuk memperkenalkan `tamadun' Barat dan menyingkiran
sistem-sistem tradional Pahang. Daerah-daerah baru diwujudkan dan pentadbiran daerah-daerah itu
diberikan kepada pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik oleh Rodger.
2
Pegawai-pegawai tersebut bertugas menjalankan pentadbiran umum negeri dan bertanggungjawab
juga ke atas urusan memungut cukai. Oleh itu pegawai-pegawai ini telah mengambil alih peranan dan
tugas serta kekuasaan para pembesar. Sebaliknya para pembesar itu diarahkan supaya patuh terhadap
pegawai-pegawai tersebut. Sebagai ganti kehilangan kuasa dan hak mengutip cukai, para pembesar di
bayar elaun bulanan tetapi jumlah elaun itu kecil sehingga menimbulkan kemarahan dan penentangan
mereka. Malah peranan para pembesar dan Sultan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang dibentuk
oleh Residen, tidak dipentingkan kerana Residen lebih mengutamakan kehendaknya. Sultan yang
disyakki oleh Residen sebagai berpihak kepada penentangan para pembesar dikurangkan kuasa
baginda dan diberikan kuasa itu kepada putera sulungnya Tengku Mahmud.
Tindakan-tindakan melulu Residen ini menyebabkan para pembesar tersinggung sehingga mereka
enggan bekerjasama atau patuh kepada Residen dan pegawai-pegawainya. Apabila Residen
menggunakan kekuatan polis bagi memaksa para pembesar patuh kepada pentadbirannya, maka
tercetuslah Pemberontakan Pahang pada tahun 1891. Pemberontakan ini tamat pada tahun 1895
tetapi memberi kesan buruk kepada kewangan negeri Pahang.
Kebaikan sistem Residen.
1. Sungguhpun pengenalan Sistem Residen telah mencetuskan Perang Perak dan kemudiannya
Pemberontakan Pahang, tetapi dalam jangkawaktu yang panjang sistem itu berjaya juga
membawa kestabilan politik dan kehidupan berperundangan, aman dan makmur. Umumnya
sistem ini di satu pihak membawa `tamadun' Inggeris, manakala di pihak lain, menyekat
kemaraan pengaruh kuasa lain ke Negeri-negeri Melayu. Kejayaan di dalam bidang ini
membantu menyelesaikan pertelingkahan antara pembesar-pembesar Melayu dan kongsi-
kongsi gelap Cina dapat dicapai.
2. Kerajaan dan pentadbiran Negeri-negeri Melayu semakin tersusun kemas dan efektif.
Pembentukan Majlis (Mesyuarat) Negeri seperti yang dijayakan oleh Sir Hugh Low
memperkenalkan sebuah Majlis di Perak mewujudkan pemodenan struktur kerajaan dan
pentadbiran.
3. Bidang ekonomi dimajukan dengan pesat. Suasana politik yang stabil mendorong pelabur-
pelabur Eropah dan Cina melaburkan modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Beberapa tanaman baru juga diperkenalkan. Suasana ekonomi yang segar mendorong
kemasukan orang-orang Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu. Seterusnya kemakmuran
yang dicapai meningkatkan lagi taraf hidup penduduk setempat. Kesihatan dan pendidikan
mereka juga bertambah baik.
4. Pengenalan Sistem Residen meningkatkan lagi prasarana Ngeri-negeri Melayu. Sistem
perhubungan dimajukan terutamanya pembinaan landasan-landasan kereta api dan jalan raya
dibina bagi mengangkut hasil perusahaan bijih timah dan getah. Bandar-bandar baru juga
tumbuh dengan pesat.
2
5. Kemajuan-kemajuan tersebut menyebabkan Tanah Melayu mempunyai masyarakat berbagai
bangsa yang memperkayakannya dengan pelbagai budaya dan corak kehidupan.
Kelemahan Sistem Residen.
1. Sistem Residen yang diamalkan walaupun merupakan penguasaan tidak langsung Inggeris ke
atas Negeri-negeri Melayu, dalam kapasiti menasihati Sultan-sultan dan pembesar mereka
mentadbir negeri, tetapi dalam pelaksanaan sistem itu, Residen-residen lebih berkuasa.
Sesuatu undang-undang yang dibuat oleh majlis tidak disahkan oleh sultan tetapi oleh
Gabenor yang ada kuasa pemutus (veto). Kuasa sultan mula merosot.
2. Residen-residen ini pada dasarnya tertakluk kepada Gabenor Negeri-negeri Selat selaku
Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu, tetapi pengawasan Gabenor ke atas mereka
tidak efektif. Walaupun para Residen perlu menghantar laporan tahunan mereka kepada
Gabenor tetapi di dalam pengurusan negeri tanggungan mereka, para Residen berpeluang
melaksanakan budi bicara dan kaedah masing-masing.
3. Peluang para Residen itu bertindak atas budi bicara masing-masing menyebabkan kemajuan
yang dicapai berbeza antara sebuah negeri dengan negeri yang lain.
Kelemahan-kelemahan Sistem Residen inilah maka usaha meseragamkan Sistem itu di negeri Pahang,
Selangor, Negeri Sembilan dan Perak dilakukan. Caranya ialah dengan membentuk negeri-negeri itu
kepada sebuah persekutuan. Pada tahun 1896 dengan rasminya wujudlah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
DAFTAR ISTILAH.
GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT 1826-1904).
GABENOR ROBERT FULLERTON (1826-30)
GABENOR MURCHISON (1833-1837)
GABENOR BONHAM (1837-1843)
GABENOR BUTTERWORTH (1843-1855)
GABENOR BLUNDELL (1855-1859)
GABENOR ORFEUR CAVENAGH (1859-1867)
GABENOR HARRY ORD (1867-1873)
2
GABENOR ANDREW CLARKE (1873-1877)
GEBENOR SIR WILLIAM ROBINSON (1877-1879)
PEMANGKU GABENOR KOLONEL ANSON (1879-1880)
GEBENOR FREDERICK WELD (1880-1887)
GABENOR SIR CECIL CLEMENTI SMITH (1887-1894)
GABENOR SIR CHARLES MITCHELL (1894-1901)
GABENOR FRANK SWETTENHAM (1901-1904)
KERAJAAN INDIA.
Sebelum pemubabaran Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1858, Kerajaan India
bererti pentadbiran yang dikendalikan oleh Gabenor-Jeneral dan Majlisnya. Kekuasaan
Gabenor Jeneral meliputi kesemua wilayah Inggeris di India, Sri Lanka dan rantau ini yang
diletakkan dalam bentuk Presidensi dan Residensi. Merujuk kepada Negeri-negeri Selat,
hubungannya dengan Gabenor-Jeneral sehingga 1851 adalah melalui Bengal. Selepas itu
diletakkan terus kepada pentadbiran Gabenor-Jeneral sebelum dipindahkan ke bawah
pentadbiran Pejabat India (1857-1867). Selepas 1867 Negeri-negeri Selat terkeluar daripada
pentadbiran Kerajaan India, dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Selepas 1857
Kerajaan India ditadbir oleh Wizurai yang bertanggungjawab terus kepada Pejabat India di
London.
SENARAI BACAAN TAMBAHAN.
Loh Fook Seng, Philip, The Malay States, 1877-1895, Political Change and Social Policy. Oxford
University Press, Kuala Lumpur, 1969.
Allen, James de Vere, "The Colonial Office and the Malay States, 1867-1873", JMBRAS, Vol.
XXXVI, part I, May 1963, 1-36.
Andaya, B.W. and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia. Macmillan (M) Sdn. Berhad, Kuala Lumpur,
2
1983.
Butcher, John, British Rule in Malaya. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1979.
Cowan, C.D., Tanah Melayu Kurun Ke Sembilan Belas: Asal Usul Penguasaan Politik British.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970.
Emerson, R., Malaysia: Satu Pengkajian Dalam Pentadbiran Langsung dan Tidak Langsung.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.
Mills, L.A. Malaya: A Political and Economic Appraisal. Green Wood Press, Connecticut,
1973.
Mudzaffar J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara (Jilid II): Perubahan Ekonomi dan
Sosial. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1980.
Parkinson, C. Northcote, British Intervention in Malaya, 1867-1877, Kuala Lumpur, 1964.
SarDesai, D.R., "Resident System in Malaya 1874-1898", Journal of Historical Society, University of
Malaya, Kuala Lumpur, No. III, 1964/65, 94-106.
Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura. Penerbitan Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1975.
Turnbull, C.M., "Origins of British Control in the Malay States before Colonial Rule" in Malaysian
and Indonesian Studies, [J.Bastin and R. Roolvink], 1964, 166-183.
Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,
1984.
Winstedt, R.O., Britain and Malaya, 1786-1941, Longmans, Green, London, 1944.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin
Nik Abdul Rahman dan Mohd. Amin bin Hassan, Malaysia: Warisan dan Perkembangan.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992.
SOALAN ULANGKAJI.
1. Mengapakah Inggeris tidak campurtangan di Negeri-negeri Melayu di antara tahun 1824-
1874?
2. Mengapa kekacauan berlaku dengan luasnya di Perak dan Selangor pada tahun-tahun 1860an
dan 1870an?
3. Jelaskan perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar dan rakyat terhadap pengenalan
peraturan-peraturan baru oleh Inggeris sehingga membawa kepada meletus Pemberontakan
2
Pahang 1891-1895.
4.. Apakah perubahan yang dicetuskan oleh pengenalan Sistem Residen dalam Negeri-negeri
Melayu yang menerimanya.
2

More Related Content

What's hot

Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
Raimi Syazwan Ruzaidi
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Fairuz Alwi
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
Amir Firdaus
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
Zafarul_Irshard
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
NurZahidah22
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Nicholas Lidang Mud
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
nasywah79
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
AzriNa AzaHari
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
Amirul Ezuan
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
NurZahidah22
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
Mie Pa
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
Nana Arisa
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
digitalsejarah
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
Muhammad Ismail Hosain
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
callmeboring
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
Zafarul_Irshard
 
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...Nurul Atikah
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
fateha fouzi
 

What's hot (20)

Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
 
Pengguna
PenggunaPengguna
Pengguna
 
Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
3.2.2 perbezaan malayan union dengan persekutuan tanah melayu 1948. { SEJARAH...
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 

Viewers also liked

Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2SKSP
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Normurni Mohamad
 
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Shamsuddin Frans
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
Dasar campur tangan british di nnm
Dasar campur tangan british di nnmDasar campur tangan british di nnm
Dasar campur tangan british di nnmSyzwan Wan
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
syuherna nandu
 
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2Bab 1 - Sejarah tingkatan 2
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2Shamsuddin Frans
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Li Shengshun
 
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanPENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanAmin Upsi
 
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISHNor Azlena Wati Daud
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
lydiajayn
 
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
Redwan Haris
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)wansalmi
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Bmk 3043 seni mengarang
Bmk 3043 seni mengarangBmk 3043 seni mengarang
Bmk 3043 seni mengarang
Ahmad NazRi
 

Viewers also liked (20)

Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
Bab 2 - Sejarah Tingkatan 2
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
Dasar campur tangan british di nnm
Dasar campur tangan british di nnmDasar campur tangan british di nnm
Dasar campur tangan british di nnm
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2Bab 1 - Sejarah tingkatan 2
Bab 1 - Sejarah tingkatan 2
 
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
Malaysia Abad ke-19 (HSM 3023)
 
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahanPENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
PENGAJIAN KENEGARAAN zaman penjajahan
 
Zaman penjajahan
Zaman penjajahanZaman penjajahan
Zaman penjajahan
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
 
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
Sejarah Bab 2 Tingkatan 2
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
Nota sejarah ting 2 (bab 1 bab 8)
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab1
Sejarah Tingkatan 2: Bab1Sejarah Tingkatan 2: Bab1
Sejarah Tingkatan 2: Bab1
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Bmk 3043 seni mengarang
Bmk 3043 seni mengarangBmk 3043 seni mengarang
Bmk 3043 seni mengarang
 

Similar to Campur tangan inggeris di tanah melayu

T2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asingT2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
ROHANI OTHMAN
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
cara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedahcara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedah
smka wataniah machang, kelantan
 
Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Cikgu Azam
 
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptxBAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
ssuserd269d9
 
Bab 2-campurtngn british di nnm
Bab 2-campurtngn british di nnmBab 2-campurtngn british di nnm
Bab 2-campurtngn british di nnm
Zeti Akhtar
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab2
Sejarah Tingkatan 1: Bab2Sejarah Tingkatan 1: Bab2
Sejarah Tingkatan 1: Bab2
hamdan che hassan
 
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Thanushah Soniyasee
 
perjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanperjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanilhiana
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Keningau Vocational College
 
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di AustraliaPerkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Melda Amelia
 
SEJARAH AUSTRALIA BARAT
SEJARAH AUSTRALIA BARATSEJARAH AUSTRALIA BARAT
SEJARAH AUSTRALIA BARATMelda Amelia
 
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.MFaktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
pikaapull
 
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
Tatulrich Tatul
 
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Yang Shahrin Ab Aziz
 
4 zaman penjajahan_british
4 zaman penjajahan_british4 zaman penjajahan_british
4 zaman penjajahan_britishRatha Kumar
 
Bab1 t2
Bab1 t2Bab1 t2
Bab1 t2
fasila114
 
sejarah ting. 4.pptx
sejarah ting. 4.pptxsejarah ting. 4.pptx
sejarah ting. 4.pptx
noorasmarajjumat
 

Similar to Campur tangan inggeris di tanah melayu (20)

T2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asingT2 b5 sm peluasan kuasa asing
T2 b5 sm peluasan kuasa asing
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
cara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedahcara peluasan kuasa di Kedah
cara peluasan kuasa di Kedah
 
Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2
 
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptxBAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
BAB 1 POINT TIGA DAN POINT 4.pptx
 
Triti london dan kesannya (6)
Triti london dan kesannya (6)Triti london dan kesannya (6)
Triti london dan kesannya (6)
 
Bab 2-campurtngn british di nnm
Bab 2-campurtngn british di nnmBab 2-campurtngn british di nnm
Bab 2-campurtngn british di nnm
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab2
Sejarah Tingkatan 1: Bab2Sejarah Tingkatan 1: Bab2
Sejarah Tingkatan 1: Bab2
 
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
Sejarah Pembentangan Bab 2 Penggal 3 (thanushah)
 
perjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatanperjuangan tokoh tempatan
perjuangan tokoh tempatan
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
 
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di AustraliaPerkembangan Koloni-koloni di Australia
Perkembangan Koloni-koloni di Australia
 
SEJARAH AUSTRALIA BARAT
SEJARAH AUSTRALIA BARATSEJARAH AUSTRALIA BARAT
SEJARAH AUSTRALIA BARAT
 
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.MFaktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
Faktor Perluasan Kuasa Asing di T.M
 
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
 
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2
 
4 zaman penjajahan_british
4 zaman penjajahan_british4 zaman penjajahan_british
4 zaman penjajahan_british
 
Bab1 t2
Bab1 t2Bab1 t2
Bab1 t2
 
sejarah ting. 4.pptx
sejarah ting. 4.pptxsejarah ting. 4.pptx
sejarah ting. 4.pptx
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab71
Sejarah Tingkatan 2: Bab71Sejarah Tingkatan 2: Bab71
Sejarah Tingkatan 2: Bab71
 

Recently uploaded

ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
AdrianAgoes9
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 

Recently uploaded (20)

ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 

Campur tangan inggeris di tanah melayu

  • 1. SEJARAH KERTAS II (MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR) BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA MODUL 4. MODUL IV: PENGUASAAN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG. (NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU). IV.1: PENGENALAN: CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU IV.2: CAMPUR TANGAN: PERINGKAT AWAL SEBELUM 1874. IV.3: CAMPUR TANGAN: DASAR RASMI. IV.4: SISTEM RESIDEN. IV.5: DAFTAR ISTILAH. IV.6: DAFTAR BACAAN TAMBAHAN. IV.7: SOALAN ULANGKAJI. 2
  • 2. DISEDIAKAN OLEH: NABIR BIN HJ. ABDULLAH. PENGENALAN: CAMPUR TANGAN INGGERIS DI TANAH MELAYU. Perjanjian Pangkor yang termetri pada 20 Januari 1874 menjadi titik permulaan penjajahan rasmi Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu. Sehubungan dengan itu dasar tidak campur tangan (sikap enggan/reluctant) Inggeris berubah kepada dasar peluasan (forward policy). Namun demikian campurtangan dalam halehwal Negeri-negeri Melayu telah berlaku beberapa kali sebelum tarikh itu. Campur Tangan: Peringkat Awal Sebelum 1874. Pengambilan Singapura oleh Raffles dan seterusnya Perjanjian Inggeris-Belanda (1824) misalnya membawa kesan buruk kepada empayer/kesultanan Johor-Riau-Lingga. Sultan Hussain dibantu oleh Inggeris menjadi sultan empayer itu (bertahta di Singapura) dan digunakan bagi Inggeris mendudukki Singapura. Manakala adik sultan Hussain, Abdul Rahman dijadikan sultan empayer itu (bertahta di Riau) dengan sokongan Belanda. Kewibawaan Sultan Hussain sebagai pemerintah Singapura, Johor dan Pahang tidak kukuh kerana lemah dari segi personaliti dan institusi kekuasaan/kerajaan. Akibatnya berlaku perebutan kuasa. Pemerintahan Johor-Singapura jatuh ke tangan Temenggong, manakala Pahang yang merupakan jajahan pemerintahan Johor-Singapura dan ditadbir oleh pembesar bergelar Bendahara mengalami perang saudara (1868-1773) kerana perebutan kuasa. Oleh itu dapat dirumuskan, secara tidak langsung Inggeris (dan Belanda) bertanggung jawab kepada perpecahan tersebut. Pada bulan Mei 1825, gebenor Fullerton (Presiden Negeri-negeri Selat) menghantar kapal perang ke muara Sungai Trang untuk menghalang Raja Ligor dari menyerang Perak dan Selangor yang didakwa sebagai wilayah naungan Siam. Fullerton juga menghantar Anderson dan James Low ke Perak. Anderson ditugaskan untuk mendamaikan perbalahan antara Perak dan Selangor. James Low ke Perak dengan sebuah kapal perang dan 40 sepoi pada bulan September untuk memastikan tiada gangguan atau kehadiran kekuatan Siam di situ. Seterusnya, tanpa arahan atau izin Fullerton, James Low membuat persetiaan persahabatan dengan Sultan Perak pada Oktober 1826. Tindakan James Low ini tidak diakui oleh pihak kerajaan tertinggi di Calcutta, tetapi soal campurtangan ke dalam Negeri-negeri Melayu sudah menjadi satu realiti. Malah lebih serius lagi, ialah Persetiaan Burney atau Persetiaan Inggeris-Siam/Bangkok (31 Julai 1825). Setelah Inggeris menguasai selatan Burma maka Inggeris memerlukan hubungan baik dengan Siam yang bersempadan dengannya. Bagi tujuan itu Mejar Burney dihantar ke Bangkok untuk mendapatkan persetiaan persahabatan dengan Siam. Umpan yang digunakan oleh Inggeris ialah Kedah. Siam telah melanggar Kedah pada 1821 kerana dianggap sebagai wilayahnya yang engkar dan telah memihak kepada Burma ketika Siam berbalah dengan Burma. Pendudukan Siam di Kedah tidak terjamin kerana mendapat tentangan tempatan. Justeru itu Inggeris memberi jaminan tidak akan terlibat dalam sengketa Siam-Kedah, malah dalam beberapa hal telah membantu Siam terutama dengan menghalang usaha-usaha (1831, 1836, 1837) 2
  • 3. rakyat dan sultan Kedah membebaskan Kedah. Sikap Inggeris berhubung dengan Kedah tidaklah wajar kerana satu daripada syarat Kedah membenarkan Inggeris mendudukki Pulau Pinang ialah Inggeris hendaklah membantunya dari ancaman pihak ketiga. Sebaliknya Inggeris juga bimbang tentang keselamatan pendudukannya di Pulau Pinang sekiranya imperialisme Siam tidak dibendung. Siam buat seketika (1822) pernah menguasai Perak tetapi telah diusir oleh kekuatan Perak yang dibantu oleh Selangor. Oleh itu Inggeris mendapatkan jaminan Siam untuk tidak menganggu Perak dan Selangor. Inggeris berjanji untuk menjaga keselamatan Perak (dari serangan Selangor) jika Perak tidak lagi terpaksa mengakui pertuanan atau menghantar ufti (bunga emas) kepada Siam. Hal-hal ini yang dimetri dalam Perjanjian Burney telah menempatkan Inggeris sebagai pengganti Siam, kalaupun tidak sebagai Pertuanan, sekurang-kurangnya sebagai penentu (arbiter) kepada halehwal Perak dan Selangor. Campurtangan lain berlaku terutamanya pada masa gabenor Cavenagh seperti peristiwa Sungai Ujung dan Rembau, peperangan Larut dan pembedilan Kuala Trengganu (1862) serta dalam masalah (perang) Klang. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, campurtangan Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu sebelum 1874 terselindung oleh dakwaan bahawa Inggeris mengamalkan secara rasmi dasar tidak campurtangan dan kebanyakan penglibatan itu atas sebab-sebab tertentu dan terpaksa atau bercorak tidak langsung. Selepas 1874 campurtangan Inggeris tidak berselindung lagi kerana dasar rasmi berubah kepada "forward policy". Namun pihak Inggeris menegaskan bahawa campurtangan selepas 1874 adalah bagi menjaga keselematan rakyatnya (warga Negeri-negeri Selat) serta modal mereka di Negeri-negeri Selat dan kerana sultan-sultan Negeri-negeri Melayu meminta Inggeris menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang wujud di negeri mereka. Persoalannya ialah jika Inggeris benar-benar campurtangan atas sebab-sebab tadi, mengapa tindakannya jauh daripada sekadar membantu mewujudkan ketenteraman yang diperlukan? Inggeris juga mengaitkan tindakan campurtangannya dengan alasan keperimanusiaan. Jika itulah alasannya, mengapa pula Raja Yusuf yang sepatutnya menjadi Sultan Perak diketepikan, sebaliknya Raja Abdullah yang ditabalkan. Oleh itu campurtangan Inggeris ke atas Negeri-negeri Selat disebabkan juga oleh ciri-ciri imperialisme Barat khususnya apabila perubahan dasar kepada dasar `maju' (forward policy) itu bermula dari keputusan yang dibuat ketika gerak imperialisme baru mula berkembang di kalangan negara-negara Eropah. Campur tangan: Dasar Rasmi Sebab-sebab Campur Tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu. Sebelum termetri Perjanjian Pangkor (1874), dasar Pejabat Tanah Jajahan ialah peterusan dasar Pejabat India, iaitu tidak campurtangan dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu. Kedua-dua Setiausaha Tanah Jajahan, Granville (pada tahu 1869) dan Kimberley (pada tahun 1871) 2
  • 4. menyampaikan amaran kepada Gabenor Sir Harry Ord (gabenor sebelum Andrew Clarke), iaitu mereka tidak bersedia untuk meluluskan sebarang langkah yang boleh meningkatkan tanggungjawab British di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun pada bulan September 1873, Kimberley nampaknya cenderung menimbangkan perubahan kepada dasar tadi. Tidak terdapat kata sepakat di kalangan sejarawan tentang sebab yang membawa campur tangan Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. C.D. Cowan mulanya mengatakan sebab itu berpunca dari desakan para saudagar Negeri-negeri Selat-London. Kemudian mengubah pendapatnya kepada sebab kebimbangan campurtangan kuasa Barat yang lain (Jerman Rusia, Amerika Syarikat atau Perancis). Cyril Northcote Parkinson, walaupun kurang menyakinkan, mengatakan bahawa perubahan politik daripada kerajaan parti Liberal kepada parti Tory (Konservatif) di England sebagai sebabnya. John S. Galbraith berpendapat bahawa faktor "turbulent frontier" (sempadan yang bergolak) menjadi sebab perluasan empayer Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. Kesemua pandangan tadi ada keterangan yang menyokong untuk diterima sebagai berasas. Umumnya campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu diberikan kepada enam sebab utama. 1. Perubahan Sikap Kerajaan England. Dasar parti Konservatif England (seperti pimpinan Disraeli, 1870an) yang imperialistik. 2. Rayuan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat yang mempunyai kepentingan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. 3. Sikap Gabenor Andrew Clarke. 4. Kesan Revolusi Perusahaan Eropah. Keperluan dari Revolusi Perusahaan (bekalan bahan mentah dan pasaran) dan perubahan kepada lapangan modal Barat. 5. Kebimbangan Terhadap Campur tangan Kuasa Barat lain. Pembukaan Terusan Suez yang meningkatkan lagi persaingan ekonomi, politik dan juga budaya kuasa-kuasa imperialis sehingga Inggeris bimbang Negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh Jerman atau Perancis. Oleh itu sebahagian besar daripada sebab-sebab campur tangan adalah berkait rapat dengan faktor-faktor imperialisme Barat/Inggeris sehingga masalah kekacauan di Negeri-negeri Melayu adalah alasan katalis sahaja. 6. Kekacauan di Negeri-negeri Melayu (yang berpunca dari perebutan kuasa di kalangan Raja-raja dan para pembesar dan pergaduhan kongsi gelap). Faktor-faktor Yang Membawa Inggeris Campur tangan di Negeri-negeri Melayu. 1. Perubahan Sikap Kerajaan England. 2
  • 5. Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang punca utama campur tangan secara rasmi, tetapi fakta yang jelas ialah menunjukkan berlakunya perubahan sikap pihak berkuasa di England terhadap dasar tidak campur tangan. Dalam surat arahan Setiausaha Negara di Pejabat Tanah Jajahan (Lord Kimberley) tertarikh 20 September 1873, kepada Andrew Clarke, bakal Gabenor Negeri-negeri Selat, tersebut hal-hal yang dirumus-senarai seperti berikut. i. Andrew Clarke diminta mendapatkan maklumat berkenaan keadaan di Negeri-negeri Melayu dan melaporkannya kepada beliau. ii. Setelah itu Clarke perlu melaporkan bentuk langkah yang boleh dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mengembalikan ketenteraman di Negeri-negeri Melayu. iii. Clarke perlu menimbangkan sama ada sesuai atau tidak untuk menempatkan seorang pegawai Inggeris di mana-mana negeri Melayu. iv. Sekiranya perlantikan pegawai Inggeris hendak dilakukan di mana-mana negeri Melayu hendaklah dengan sepenuh persetujuan daripada kerajaan negeri tersebut. Perbelanjaan yang berkaitan dengan hal ini hendaklah ditanggung oleh kerajaan Negeri-negeri Selat. Huraian di atas memperlihatkan dasar Inggeris mulai berubah daripada sikap tegas tidak campurtangan kepada kesediaan mempertimbangkan langkah mewujudkan (sejumlah) pengaruh ke atas Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, huraian itu menunjukkan bahawa tiada minat pihak berkuasa tertinggi Inggeris, sekurang-kurangnya bagi tempoh yang segera, untuk mengawal atau menguasai Negeri-negeri Melayu. Namun demikian keterlibatan Inggeris di Negeri-negeri telah dipercepatkan oleh tindakan para pentadbir Inggeris di rantau ini, khususnya Gabenor Andrew Clarke. 2. Rayuan Para Saudagar Negeri-negeri Selat. Salah satu perkara acuman saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat meminta dipindahkan penguasaan wilayah itu daripada Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan, adalah soal perlunya campur tangan Inggeris ke dalam negeri-negeri Melayu. Saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat menghadapi masalah untuk membuka kawasan-kawasan baru di Tanah Melayu. Sistem politik tradisional Melayu menyukarkan mereka mengenalpasti dan memperolehi kawasan-kawasan baru. Kebenaran bukan sahaja perlu didapatkan daripada Sultan, tetapi juga daripada pembesar yang menguasai kawasan yang dikehendakki. Kadang-kadang sesuatu kawasan itu dikuasai oleh beberapa pembesar yang berseteru sehingga para saudagar itu perlu membayar cukai kepada kesemua pembesar itu. Keadaan ini dialami misalnya oleh para pengusaha bijih timah di kawasan Sungai Ujung yang perlu membayar cukai kepada Dato Kelana dan seterunya Dato Bandar. Malah, perbalahan antara para pembesar juga membimbangkan para saudagar kerana keselamatan pelaburan modal mereka tidak begitu terjamin. Biasanya para saudagar mengambil sikap berpihak kepada pembesar yang lebih berwibawa, tetapi cara ini mendedahkan mereka kepada tindakan-tindakan keras seteru. Misalnya, para saudagar yang bergiat di Selangor terpaksa menghadapi perompakan yang didalangi oleh pihak seteru kepada pembesar yang disokong oleh saudagar-saudagar itu. 2
  • 6. Para saudagar Negeri-negeri sangat memerlukan lapangan ekonomi di Tanah Melayu kerana sebab- sebab berikut: i. Pembukaan Terusan Suez meningkatkan lagi persaingan perdagangan dan membawa pertambahan permintaan ke atas bijih timah. ii. Peluang perdagangan di Sumatra semakin tertutup. Tindakan Belanda meningkatkan penguasaan ke Sumatra sejak 1860an menyukarkan para saudagar Negeri-negeri Selat berdagang dengan penduduk di kawasan itu. iii. Pemansuhan monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1833 memberi peluang kepada saudagar-saudagar bebas (country traders) Negeri-negeri Selat untuk meningkatkan kegiatan perdagangan dengan China. Walau bagaimanapun penglibatan mereka mulai terhad apabila Hong Kong yang diambil oleh Inggeris pada 1842 mengambil alih peranan Singapura. Pembukaan Shanghai kemudiannya menambah kesulitan para saudagar Negeri-negeri Selat. Oleh itu lapangan ekonomi yang boleh memulihkan kemerosotan perdagangan mereka ialah daya sumber yang terdapat di Negeri-negeri Melayu. Sementelah itu para saudagar tadi yakin bahawa Tanah Melayu memilikki potensi ekonomi yang baik seperti diperlihatkan oleh kejayaan perlombongan bijih timah dan beberapa pertanian komersial yang diusahakan oleh orang-orang Cina dan Melayu. Keyakinan ini diperkuatkan lagi oleh angka perdagangan antara Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun-tahun 1870an, dianggarkan nilai perdagangan itu berjumlah kira-kira $3 juta. Sebahagian besar modal perdagangan itu dikeluarkan oleh saudagar-saudagar Negeri Selat. Sebelum perlantikan Andrew Clarke sebagai gabenor Negeri-negeri Selat, rayuan-rayuan para saudagar dan pemodal Negeri-negeri Selat supaya pihak Inggeris campur tangan di Negeri-negeri Melayu tidak mendapat layanan. Namun demikian mereka tidak berputus harap dan usaha. Para saudagar itu berharap pihak berkuasa Inggeris melaksanakan penguasaan langsung ataupun sekurang-kurangnya penguasaan tidak langsung ke atas beberapa kawasan atau ke seluruh kawasan Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu mereka melancarkan berbagai usaha dan individu yang terlebih aktif dalam hal ini ialah W.H. Read (1819-1909). Sebagai ketua kepada golongan saudagar Singapura khususnya, W.H. Read mempunyai perkaitan dengan beberapa syarikat terkemuka dan pernah menjadi presiden Dewan Perniagaan Singapura. Pengaruhnya sangat kuat terhadap kerajaan Negeri-negeri Selat kerana banyak membantu kerajaan dan masyarakat Singapura. Beliau merupakan ahli tidak rasmi terkanan dalam Majlis Legislatif (Perundangan) Negeri-negeri Selat dan juga anggota Grand Jury yang terlibat dalam hal-hal mahkamah serta dan membahaskan dasar serta peraturan kerajaan setempat. Di peringkat lebih luas, beliau pernah menjadi Konsul Belanda dan menjadi wakil Raja Alam menuntut pengiktirafan hak putera raja itu ke atas Johor. Manakala kegiatan ekonomi W.H Read juga luas dan bersama rakan kongsi perniagaannya, Tan Kim Cheng (1829-1892), saudagar Hokkien peranakan Singapura yang terkemuka, mereka membentuk kepentingan perniagaan di beberapa tempat di Tanah Melayu, Siam dan di Saigon. Usaha perniagaan mereka di Perak membawa kepada persahabatan mereka dengan Raja Abdullah. Persahabatan itulah yang menjadi penghubung Raja Abdullah menyampaikan rayuan kepada kerajaan Negeri-negeri Selat 2
  • 7. untuk membantu menyelesaikan masalah yang wujud di Perak. Manakala W.H. Read menggunakan persahabatan itu dan rayuan-rayuan Raja Abdullah untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris supaya campur tangan di Perak khasnya dan Negeri-negeri Melayu umumnya. Selain dari kaedah yang digunakan oleh W.H. Read itu, usaha-usaha lain para saudagar ialah dengan membuat rayuan demi rayuan kepada Ppejabat Tanah Jajahan, Pejabat Luar dan Parlimen. Misalnya, pada tahun 1873, terdapat satu surat rayuan yang ditanda tangani oleh 248 saudagar Cina. Mereka menyatakan bahawa kekacauan yang berlaku di Negeri-negeri Melayu merugikan perdagangan mereka. Oleh itu mereka memohon supaya keselamatan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu dijamin oleh kerajaan Inggeris. Rayuan itu dan lain-lainnya dilaungkan pula oleh akhbar- akhbar dan dihantar kepada orang-orang yang berpengaruh di England seperti bekas-bekas pegawai Negeri-negeri Selat dan para pemodal yang mempunyai kepentingan di kawasan ini terutamanya Seymour Clarke. Seymour Clarke mempunyai perbuhungan rapat dengan satu kumpulan saudagar yang bergiat di Selangor. Salah seorang anggota kumpulan itu ialah J.G. Davidson yang telah memperolehi suatu kawasan melombong bijih yang luas di Selangor dan kemudiannya membentuk Syarikat Lombong Bijih Selangor. Syarikat ini memerlukan modal tetapi para pemodal tidak berani melabur dalam kegiatan ekonomi yang sentiasa terancam oleh peperangan saudara atau perlanunan. Sebagai langkah menyakinkan para pemodal maka Syarikat itu memohon kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menubuhkan pasukan keselamatan bagi menjaga kepentingan mereka di Selangor. Apabila permohonan mereka tidak dipeduli dan kerajaan Inggeris juga tidak mahu campur tangan secara rasmi dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu, maka mereka merangka cara yang boleh mendorong kerajaan Inggeris melaksanakan sikap mara ke Negeri-negeri Melayu. Seymour Clarke yang mempunyai kepentingan ekonomi di kawasan ini (untuk membina rangkaian kabel telegraf dan jalan keretapi) mengirim surat kepada Pejabat Tanah Jajahan yang memberi gambaran bahawa Negeri- negeri Melayu akan jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain sekiranya tidak dikuasai lebih dahulu oleh Inggeris. Rayuan para saudagar itu mulai mendapat perhatian daripada pihak kerajaan Inggeris yang dikuasai parti Konservatif pimpinan Disraeli setelah parti itu menumbangkan pada 1872 penguasaan parti Liberal pimpinan Gladstone. Setiausaha baru Pejabat Tanah Jajahan iaitu Lord Kimberley memandang serius terhadap kemungkinan yang digambarkan oleh Seymour Clarke dan menyatakan bahawa pihak Inggeris tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah lain menguasai Negeri-negeri Melayu. Reaksi Lord Kimberley itu menimbulkan persoalan sejauhmanakah ia tidak mengetahui keadaan sebenar gambaran yang digembar-gemburkan dan muslihat Seymour Clarke itu. Walau apapun jawapannya, yang penting ialah usaha para saudagar Negeri-negeri Selat mulai menunjukkan hasil yang positif. 3. Andrew Clarke dan dasar `maju'. Faktor yang sangat penting berperanan dalam melaksanakan proses campur tangan rasmi ialah sikap dinamik dan kecekalan peribadi pegawai setempat, iaitu Gabenor Sir Andrew Clarke. Beliau suka bertindak cepat tanpa mahu memberitahu atau mendapat arahan rasmi terlebih dahulu. Walaupun ada 2
  • 8. hubungan telegrafik dengan London, Clarke tidak berusaha mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada London sebelum bertindak. Sebagai "man of action" Clarke percaya terhadap sikap sanggup memikul tanggungjawab, bertindak dahulu dan sentiasa bertindak dan menulis berkenaan tindakan itu kemudian. Beliau tidak memandang tinggi kepada tuntutan amalan birokrasi yang dianggapnya sebagai meremehkan urusan dasar. Andrew Clarke yang dilantik oleh Lord Kimberley menjadi gabenor Negeri-negeri Selat diberi arahan-arahan yang jelas menunjukkan kesediaan kerajaan Inggeris menjaga kepentingan- kepentingan kerajaan dan warganegaranya di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke bukan sahaja mengikut tetapi bertindak melebihi daripada arahan-arahan Lord Kimberley. Tindakan Andrew Clarke itu dipengaruhi oleh gambaran-gambaran tentang Negeri-negeri Melayu yang disampaikan oleh orang-orang berpendirian seperti W.H. Read sebaik sahaja beliau sampai di Singapura. Andrew Clarke percaya keadaan yang tidak aman di kebanyakan Negeri-negeri Melayu sukar diselesaikan oleh kerajaan-kerajaan Negeri-negeri Melayu sendiri tanpa bantuan daripada kuasa yang lebih besar dan berkeupayaan tinggi, khususnya Inggeris. Oleh itu adalah wajar bagi Inggeris sebagai kuasa yang kuat sikap keperimanusiaan menolong membawa keamanan kepada negeri-negeri itu yang sering mengalami pelbagai persengketaan. Dalam istilah lain, adalah menjadi tanggungjawab Inggeris membawa tamadun atau lebih tepat lagi menerapkan undang-undang, pentadbiran dan seberapa yang boleh ciri-ciri kehidupan Inggeris kepada Negeri-negeri Melayu. Persoalan tentang perlunya ditamadunkan Negeri- negeri Melayu menjadi isi kandung utama mukadimah rayuan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat pada tahun 1871. Mereka menunjukkan bahawa orang-orang Melayu seperti Raja Jumaat dari Lukut, Sultan Abu Bakar (Johor), Tengku Kudin (Klang) yang menerima `tamadun' Inggeris memberi banyak bantuan kepada kepentingan para saudagar dan kerajaan Inggeris sendiri. Oleh itu sehingga pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu, tidak terdapat keterangan yang menunjukkan keterlibatan ketara motif keperimanusiaan (humanitarian) atau sikap altruistic seperti disebutkan oleh Frank Swettenham sebagai punca kepada `perubahan baru' dalam dasar Inggeris. 4. Kesan Revolusi Perusahaan Eropah. Sejak tahun-tahun 1820an, Revolusi Perusahaan di Eropah memasukki tahap peralihan daripada pengeluaran bahan-bahan tekstil kepada pengeluaran barangan yang dihasilkan dari logam besi, timah dan lain-lain. Pengeluaran galian logam meningkat, tetapi permintaan yang semakin membesar memerlukan bahan-bahan itu di dapatkan dari luar Eropah. Kemajuan teknologi perkapalan dan pembukaan Terusan Suez memudahkan pengangkutan bahan-bahan logam dari rantau ini ke Eropah dengan kadar waktu yang cepat dan kos yang tidak tinggi. Justeru itu permintaan kepada bijih timah Tanah Melayu semakin banyak dan para saudagar Negeri-negeri Selat mahu kawasan Tanah Melayu diteroka lebih luas dengan modal mereka. Sebelum langkah itu dibuat mereka perlukan campur tangan kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Melayu supaya usaha dan modal mereka terjamin. Para saudagar Negeri-negeri Selat mempunyai modal tetapi sebagai saudagar mereka lebih suka modal mereka beredar dalam aktiviti perdagangan daripada pelaburan. Walaupun mereka bersedia 2
  • 9. untuk melaburkan modal mereka di Tanah Melayu, tetapi pelaburan itu masih terbatas. Sebagai usaha mendapatkan modal lain maka mereka melihat ke Eropah khususnya terhadap modal perusahaan. Di Eropah kecapaian baik para pengusaha perindustrian menyebabkan mereka mempunyai dana (modal) yang besar. Modal itu tidak berpeluang meraih keuntungan tinggi jika dilaburkan di Eropah kerana daya sumber Eropah sudah pada tahap optimum jika dibandingkan dengan pelaburan di luar Eropah. Mulai dari tahun-tahun 1830an pengaliran modal perusahaan ke rantau ini semakin meningkat. Modal perusahaan berbeza daripada modal para saudagar (merkantail) tidak perlu aktif beredar di pasaran, maka ia boleh dilaburkan dalam kegiatan ekonomi bukan perdagangan. Oleh itu para saudagar Negeri-negeri Selat menjalankan usaha membawa modal-modal itu bagi dilaburkan dalam kegiatan melombong bijih dan pertanian komersial di kawasan ini. Kejayaan membawa modal perusahaan itulah yang banyak membantu orang-orang Eropah mengatasi modal orang-orang Cina di dalam perlombongan dan kemudiannya pertanian komersial, terutamanya getah, di Tanah Melayu. Walau bagaiamanapun, sebelum modal perusahaan itu dapat dilaburkan di Tanah Melayu bagi menghasilkan keuntungan, campur tangan Inggeris diperlukan. 5. Kebimbangan Terhadap Campur tangan Kuasa Barat lain. Inggeris memilih pendirian untuk tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi tidak bermakna ia merelakan campur tangan kuasa-kuasa lain ke situ. Sehubungan dengan itu, Inggeris sangat mengawasi percubaan kuasa lain menerapkan pengaruh sebarang pengaruh ke mana-mana negeri Melayu. Sebelum ini telah dihuraikan betapa Inggeris berusaha mengelakkan kuasa Siam dari meluaskan pengaruhnya ke selatan dari Kedah di sebelah pantai barat dan Trengganu di sebelah pantai timur Tanah Melayu. Pada awal 1870an Inggeris terpaksa pula menghadapi ancaman perluasan kawasan atau dari kuasa Barat ke atas kawasan ini. Mulai tempoh itu perlumbaan kuasa- kuasa Barat untuk meluaskan kawasan pengaruh mereka bertambah sengit berikutan daripada pembukaan terusan Suez (1869) dan perkembangan-perkembangan baru di Eropah. Jerman yang berjaya mengalahkan Perancis pada tahun 1871 dan membentuk Empayer Jerman yang baru merupakan kuasa Barat yang sangat mencabar keunggulan Inggeris bukan sahaja di Eropah tetapi juga di luar Eropah. Di Eropah, Jerman hanya perlu menumpaskan Belanda untuk membolehkannya memberi ancaman langsung kepada England. Manakala di rantau ini, kuasa Jerman boleh melancarkan perluasan pengaruhnya melalui syarikat-syarikat perdagangan Jerman yang besar dan telah lama aktif di Negeri-negeri Selat dan beberapa bandar utama Asia Tenggara. Selain Jerman, Rusia juga menunjukkan minatnya ke atas Negeri-negeri Melayu. Ancaman Rusia juga dirasakan di kawasan Mediteranean dan utara India. Pembentukan angkatan lautnya di Laut Hitam mengancam penguasaan Inggeris ke atas laluan di Mediteranean. Manakala usaha Rusia mengembangkan penguasaannya di utara India memberi ancaman kepada kedudukan Inggeris di darat dan laut benua kecil India. Apabila terdapat usaha Rusia membuka pangkalan di kawasan Tanah Melayu, Inggeris mulai meragui kebaikan dasar tidak campur tangannya. Kejayaan Rusia di salah satu tempat, baikpun di Mediteranean, India atau Tanah Melayu akan memutuskan rangkaian perdagangan atau jalan laut Inggeris dari England melalui Terusan Suez ke Cina-Jepun yang disokong oleh pangkalan-pangkalannya di Gibraltar, Malta, Aden, India, Burma, Negeri-negeri Selat, Borneo dan Hong Kong. Demi kepentingan itu maka kawasan Tanah Melayu tidak boleh dibiarkan 2
  • 10. oleh Inggeris jatuh kepada pengaruh kuasa Barat yang lain. Perkara yang lebih menyuburkan kebimbangan Inggeris ialah keadaan yang tidak tenteram di Negeri-negeri Melayu akan memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat lain campur tangan di situ. 6. Kekacauan di Negeri-negeri Melayu. Kekacauan ekoran daripada perebutan kuasa kerajaan di antara raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu dan pertelingkahan kongsi-kongsi gelap Cina merupakan masalah dalaman Negeri-negeri Melayu yang membawa kepada campur tangan Inggeris. Kekacauan di Perak. Perebutan Kuasa Kerajaan. Di Perak perebutan kuasa tercetus apabila adat pewarisan raja tidak ditaati. Mengikut hirarki atau giliran perwarisan, terdapat empat peringkat yang bermula dari pangkat Raja Dihilir. Pangkat ini selalunya diberikan kepada putera Sultan yang sedang bertahta. Pangkat kedua tertinggi ialah Raja Bendahara. Selepas itu ialah Raja Muda dan akhirnya jawatan Sultan. Mengikut adat pergerakan menegak berlaku sekiranya berlaku kemangkatan Sultan. Namun demikian, para pembesar (khususnya Orang Besar Empat) boleh memutuskan kelayakan seseorang anak raja untuk mendudukki sesuatu pangkat tersebut. Sejak tahun 1850an pelanggaran kepada adat perwarisan Perak sering berlaku. Raja Jaafar yang menaiki tahta setelah kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Syah (1857) bertindak tidak melantik Raja Yusuf yang menjadi Raja Dihilir ke jawatan Raja Bendahara. Sebaliknya Raja Ismail, putera dari Siak, dijadikan Raja Bendahara, Pada tahun 1865 Raja Ali yang menjadi Sultan selepas kemangkatan Sultan Jaafar turut melakukan pelanggaran adat pewarisan. Baginda bertindak melantik Raja Abdullah yang menjadi Raja Dihilir dan bukannya Raja Bendahara (Raja Ismail) ke jawatan Raja Muda sebagaimana yang sepatutnya. Natijahnya berlakulah kekacauan kerana perebutan kuasa diantara anak-anak raja dengan sikap pihak memihak diantara para pembesar pula. Menteri Larut (Ngah Ibrahim) walaupun baik dengan Sultan tetapi beliau memihak kepada Raja Ismail berseteru dengan Raja Abdullah. Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871, Raja Abdullah sepatutnya menjadi Sultan, tetapi ketidakhadiran baginda di hari pemakaman telah menyingkirkannya dari menerima alat kebesaran kerajaan dan peluang ditabal sebagai Sultan. Mengikut adat seseorang itu akan ditabalkan menjadi sultan pada hari pemakaman jenazah sultan yang sebelumnya. Akhirnya alat kebesaran kerajaan diberikan kepada Raja Ismail yang seterusnya ditabal sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Ismail Muabidin Shah (1871-1874). Oleh itu perebutan kuasa tercetus lagi apabila Raja Abdullah sebagai Raja Muda menuntut haknya sebagai Sultan dan sering pula bertindak sebagai seorang Sultan. Oleh kerana seteru kuat Raja Abdullah ialah Menteri Larut maka keadaan Larut yang sudahpun kucar kacir dengan pergaduhan kongsi gelap menjadi semakin serius sehingga membabitkan pula pihak Inggeris. 2
  • 11. Persengketaan kongsi gelap Cina di Larut. Kongsi gelap merupakan persatuan Cina yang memberi perlindungan kepada ahli dan sekutunya. Oleh kerana setiap kongsi gelap mewakili kepentingan sesuatu puak atau dialek orang Cina maka berlaku persaingan antara kongsi-kongsi gelap tersebut. Di Larut, Perak terdapat dua kongsi gelap yang besar, iaitu Ghee Hin dan Hai San bersaing dalam perusahaan perlombongan bijih timah. Kedua kongsi gelap ini merupakan cawangan kongsi gelap Pulau Pinang memilikki kawasan perlombongan yang berasingan di Larut. Ghee Hin menjaga kepentingan perlombongan orang Cina Kantonis di Klian Bahru (Kemunting). Manakala Hai San menjaga kepentingan perlombongan orang Cina Hokkien-Khek di Klian Pauh (Taiping). Oleh kerana kedua kepentingan itu berdekatan dan memerlukan kemudahan jalan perhubungan dan bekalan yang sama maka persengketaan diantara mereka mudah berlaku. Persaingan kedua semakin sengit apabila masing-masing menerima sokongan berlainan dari pihak-pihak pembesar Melayu yang bersengketa di Perak. Ghee Hin yang diketuai oleh Lee Koyen mendapat sokongan Raja Abdullah. Manakala Hai Sain yang diketuai oleh Low Ah Sam disokong oleh Sultan Ismail-Menteri Larut. Persaingan kedua kumpulan itu membawa kepada pertempuran pertama atau dikenali sebagai Perang Larut (I) pada tahun 1861. Pertempuran berlaku lagi kemudian pada tahun 1865 (Perang Larut II), dan tahun 1871-1873 (Perang Larut III) yang membawa kepada campur tangan Inggeriske Perak melalui Perjanjian Pangkor. Sebelum tahun-tahun 1840an perlombongan bijih di Perak dilakukan secara kecil-kecilan oleh orang- orang setempat di kawasan Kinta, Ulu Perak dan Larut. Perjumpaan kawasan yang luas serta kaya dengan bijih timah di Larut pada tahun 1848 oleh Long Jaafar, wakil sultan yang menguruskan keamanan dan pengutipan cukai di situ, membuka lembaran baru bagi sejarah Perak amnya. Ia bermula dengan keputusan Long Jaafar mengambil kira-kira 20 orang Cina melombong kawasan bijih di Klian Pauh. Kejayaan besar yang diperolehi oleh pelombong-pelombong itu membawa lebih ramai orang Cina melombong di Larut. Pada mulanya pendatang-pendatang itu terdiri daripada orang Khek dan Hokkien. Mereka disusuli oleh orang Hokkien yang menumpukan kegiatan mereka ke Klian Bharu. Kehadiran para pelombong ini telah meningkatkan pengeluaran bijih dan pendapatan Perak yang datangnya dari cukai-cukai eksport bijih timah, cukai perjudian serta cukai-cukai import candu, minuman keras dan bekalan-bekalan lain yang dibawa masuk ke Larut. Pembesar Melayu yang paling utama mendapat keuntungan hasil cukai itu ialah Long Jaafar dan kemudian anaknya Ngah Ibrahim. Penguasaan kedua mereka terhadap kekayaan Larut meningkat apabila kawasan itu diserahkan pentadbirannya kepada mereka dengan kekuasaan bertaraf Menteri. Hak mengutip cukai-cukai tersebut diserahkan kepada ketua puak Khek, iaitu Low Ah Sam. Puak Kantonis merasa kurang senang kerana monopoli cukai oleh puak Khek memberi kelebihan kepada puak itu dan sebaliknya membebankan mereka. Justeru itu persengketaan mudah terjadi terutamanya apabila unsur-unsur permusuhan mereka diapikan oleh kesan permusuhan kedua pihak yang berlaku di negara China sendiri. Peperangan di Kwangtung yang dikenali sebagai Perang Hakka-Puntei diantara Khek dan Kantonis menyebabkan permusuhan kedua puak tersebut di Larut tidak dapat dielakkan. Pertempuran pertama (Perang Larut I) berlaku pada tahun 1861 berpunca daripada tindakan puak Hai San menyekat sumber air yang diperlukan oleh puak Ghee Hin bagi kerja-kerja perlombongan mereka. Puak Hai San mencapai kemenangan dalam pertempuran ini. Orang-orang Ghee Sin terpaksa berundur ke Pulau Pinang setelah mengalami korban nyawa dan hartabenda. Di Pulau 2
  • 12. Pinang mereka meminta bantuan Inggeris dan hasilnya Sultan Jaafar terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak Ghee Hin serta mengembalikan peluang mereka melombong di Larut. Perang Larut II (1865) dicetuskan oleh masalah perjudian. Sekali lagi orang-orang Ghee Hin terpaksa lari ke Pulau Pinang, tetapi pergaduhan kedua pihak merebak ke pulau itu dan melibatkan kongsi-kongsi gelap yang lain. Pergaduhan di Pulau Pinang membimbangkan pihak Inggeris kerana termuat di dalamnya tindakan-tindakan membantah beberapa peraturan, terutamanya Peraturan Pos (mengirim wang ke China) yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat. Oleh itu kerajaan Inggeris bertindak menangkap dan menghukum buang negeri ketua-ketua kongsi gelap yang terlibat. Tindakan kerajaan Negeri-negeri Selat itu meredakan persaingan kongsi gelap di Larut sehingga tahun 1872 apabila tercetus pula Perang Larut III. Pertempuran berpunca daripada pembunuhan ketua puak Ghee Hin yang ditangkap kerana mengadakan hubungan sulit dengan isteri saudara ketua Hai San. Pihak Ghee Han bertindak balas dan dengan sokongan Raja Abdullah yang marah dengan Menteri Larut kerana tidak menyokongnya menjadi sultan berjaya mengusir orang-orang Hai San dan menawan kota Menteri (Ngah Ibrahim) di Matang serta mengawal Sungai Larut. Menteri kemudiannya terpaksa menerima Ghee Hin sebagai kuncunya yang memonopoli perlombongan dan pencukaian Larut. Namun demikian Menteri merasa tidak senang dengan penguasaan pihak Ghee Hin yang didalangi oleh Raja Abdullah. Oleh itu Menteri bersedia memberi sokongan kepada puak Hai San kembali ke Larut. Setelah Sir Harry Ord, Gabenor Negeri-negeri Selat enggan menyelesaikan masalah mereka secara perundingan, maka pihak Hai San dengan restu Menteri menyerang dan menumpaskan penguasaan Ghee Hin dan sekaligus menyingkirkan campur tangan Raja Abdullah di Larut. Huru hara ini membimbangkan Inggeris kerana boleh menjebakkan persengketaan kongsi-kongsi gelap di Pulau Pinang. Oleh itu Pemangku Gabenor Negeri-negeri Selat, Kolonel Anson memanggil ketua-ketua kaum Cina iaitu Ho Ghi Siu (Ghee Hin) dan Chang Ah Kui (Hai San), Menteri Larut, Raja Abdullah, Kapten Grant (kepten kapal Midge) dan Tengku Dziauddin (kerabat diRaja Selangor) untuk berunding pada 10 Ogos 1873. Satu perjanjian perdamaian dicapai tetapi tindakan Raja Abdullah selepas itu menuduh Menteri Larut ingin merebut tahta kerajaan Perak mengancam persetiaan perdamaian tersebut. Raja Abdullah juga mahu campur tangan dalam masalah Larut atas alasan ingin mendamaikan pensengketaan orang Cina. Tindakan Raja Abdullah dipintas oleh Menteri dengan cara meminta bantuan Kapten Speedy, seorang pegawai keamanan Negeri-negeri Selat, mengamankan Larut. Kapten Speedy mula berkhidmat pada tahun 1873 dengan dibantu oleh kira-kira 300 sepoi yang didapatkan dari India dan sebilangan orang Mandaling yang dikirim oleh seorang yang bernama Ismail dari lombong Kinta bagi membantu Menteri. Kehadiran pengawal keamanan ini mendatangkan ketenteraman di Larut, tetapi meningkatkan rasa tidak senang hati Raja Abdullah yang mendapati Kapten Speedy terlalu menyebelahi Menteri dan membelakangkan baginda. Oleh itu Raja Abdullah mengistiharkan pembatalan kuasa yang diperolehi oleh Menteri daripada sultan terdahulu. Tindakan Raja Abdullah itu tidak memberi makna kerana baginda bukannya Sultan Perak. Malah Gabenor Negeri-negeri Selat (Harry Ord) setelah mengkaji dokumen-dokumen yang ada terhadap hak Menteri mengiktiraf Ngah Ibrahim sebagai penguasa Larut yang sah. Walau bagaimanapun peluang Raja Abdullah cerah kembali setelah Harry Ord diganti oleh Andrew Clarke yang berbeza pandangan dan mencari kesempatan untuk melebarkan pengaruh Inggeris ke Negeri-negeri Melayu. Pada persidangan 6 Januari 1874 Clarke mendesak Menteri agar menerima seorang pegawai Inggeris untuk menasihatinya. Keengannan Menteri menerima desakannya menyebabkan Clarke lebih menumpukan 2
  • 13. harapan menggunakan Raja Abdullah untuk membuka jalan kepada penglibatan Inggeris di Perak. Orang-orang Cina juga mengalu-alukan campur tangan Inggeris kerana tindakan Kapten Speedy dan Menteri Larut semakin membebankan terutamanya dari cukai dan kebebasan mereka. Maka dengan kecenderungan inilah maka Perjanjian Pangkor diadakan pada 20 Januari 1874. Kekacauan di Selangor Perebutan kuasa. Di Selangor, persengketaan perebutan kuasa bermula apabila raja Abdul Samad, anak saudara dan menantu kepada Sultan yang memerintah, iaitu Sultan Muhammad Syah, dilantik sebagai pemangku raja. Keadaan ini mewujudkan rasa tidak senang hati kepada Raja Muda iaitu Raja Mahmud. Apabila raja Abdul Samad menjadi sultan bertahta di Lukut, baginda mengusir Raja Mahmud (1864). Sementara itu di Klang berlaku pula perebutan kuasa antara Raja Abdullah dengan Raja Mahdi. Raja Abdullah mendapat sokongan daripada mentuanya, iaitu Sultan Abdul Samad. Manakala Raja Mahdi mendapatkan sokongan Raja Kahar dan Raja (Muda) Mahmud serta bantuan orang-orang Minangkabau dan pelombong-pelombong Ghee Hin di Rawang. Dalam persengketaan ini Tunku Kudin (putera raja dari Kedah yang menjadi menantu Sultan Abdul Samad) memainkan peranan penting kerana bertugas sebagai Wakil Raja, dibantu oleh Raja Ismail dan pelombong-pelombong Hai San di Ampang-Kuala Lumpur menentang Raja Mahdi. Kedudukan penting Tunku Kudin itu tidak pula disenangi oleh putera-putera Sultan Abdul Samad yang bertindak mencari pendapatan mereka dengan kaedah kekerasan. Oleh itu keadaan di Selangor lebih pelbagai sifat persaingan kuasanya. Tunku Kudin merayu pihak Inggeris membantu menyelesaikan masalah ini, tetapi Inggeris tidak melayaninya. Inggeris mulai campur tangan setelah terjadinya perompakan dan pembunuhan terhadap peniaga-peniaga dari Negeri-negeri Selat di Selangor. Pertelingkahan kongsi gelap Cina. Orang Cina datang ke Selangor bagi mengerjakan lombong-lombong bijih. Mereka terdiri daripada beberapa puak utama iaitu Hakka dan Kantonis dan Hokkien. Kawasan perlombongan mereka ialah daerah Kuala Lumpur, Ampang, Klang dan Kanching. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy, seorang Hakka dilantik sebagai Kapitan Cina oleh ketua-ketua puak Cina setempat bagi mentadbir kepentingan sosio-ekonomi dan politik orang-orang Cina di Selangor. Sultan Selangor mengesahkan perlantikan itu. Walaupun Kapitan Yap Ah Loy seorang yang berpengaruh, beliau masih tidak berupaya menghalang pertelingkahan dikalangan suku-suku Hakka sendiri. Pertelingkahan sesama puak Hakka misalnya berlaku di antara suku Fui Chew yang tertumpu di kawasan Kuala Lumpur dengan suku Kah Yeng Chew yang tertumpu di Kanching di bawah pimpinan Ah Sze dan kemudiannya Chong Chong. Perbalahan kedua suku ini bertambah sengit kerana masing-masing bersandar kepada kongsi gelap yang berlainan. Lap Ah Loy sendiri sebagai ketua suku Fui Chew adalah ahli kongsi gelap Hai San, manakala kebanyakan orang suku Kah Yeng Chew adalah anggota Ghee Hin. Pertempuran antara kedua suku sering berlaku tetapi pertempuran yang besar terjadi setelah Yap Si, seorang pemimpin suku Fui Chew dibunuh oleh orang-orang kumpulan Kah Yeng Chew. Suku Fui Chew di bawah pimpinan Yap Ah Loy bertindak menyerang puak Kah Yeng Chew. 2
  • 14. Perbalahan kedua suku ini meluas lagi sejak akhir tahun 1869 apabila masing-masing berpihak kepada dua pihak Melayu yang berbalah ketika itu. Yap Ah Loy dan suku Fui Chew menyokong Tengku Kudin, manakala puak Kah Yeng Chew yang diketuai oleh Chong Chong bersekutu dengan pihak Raja Mahdi. Pendirian Yap Ah Loy menyokong pihak Tengku Kudin menyebabkan Kuala Lumpur diserang dan dimusnahkan beberapa kali oleh Raja Mahdi. Kuala Lumpur ditawan semula oleh Yap Ah Loy dan sekutunya pada bulan Mac 1873. Persengketaan antara kumpulan-kumpulan Cina dan perbalahan pembesar-pembesar Melayu berlaku serentak dan tergabung menyebabkan keadaan ekonomi, politik dan ketenteraman awam di Selangor tidak kurang daripada keadaan yang dihadapi di Larut khususnya dan Perak amnya. Pihak Inggeris terpaksa memberi perhatian terhadap perkembangan buruk di Selangor itu kerana kepentingan warganegara Inggeris di negeri itu turut terancam. Kekacauan di Negeri Sembilan. Perebutan Kuasa. Di Negeri Sembilan kekacauan timbul dalam perebutan hak memungut cukai bijih yang melalui Sungai Linggi di dalam daerah Sungai Ujung. Persaingan berlaku di antara Dato Kelana dengan Dato Bandar bagi menguasai Sungai Ujung. Manakala Penghulu Rembau dan Yamtuan Muda Raja Radin turut terlibat dalam persaingan itu. Persaingan ini menyebabkan pengutipan cukai tidak terkawal sehingga membebankan para pelombong dan peniaga Cina yang kebanyakannya datang dari Melaka. Kesulitan-kesulitan dan rayuan-rayuan daripada orang-orang Cina menyebabkan Inggeris terpaksa campur tangan dalam masalah perebutan kuasa di Sungai Ujung. Inggeris mula campur tangan pada tahun 1874 apabila ia memberi sokongan kepada Dato Klana dan mengirim tentera bagi menumpaskan pihak Dato Bandar. Seorang yang bertaraf Penolong Residen, W.I. Tatham ditugaskan ke Sungai Ujung bagi memastikan kepentingan perdagangan warganegara Inggeris di situ terjamin. Kekacauan Di Pahang Perebutan Kuasa. Di Pahang, perebutan kuasa berlaku antara dua beradik iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad selepas kematian ayahanda mereka Bendahara Wan Ali pada tahun 1857. Wan Mutahir yang ditabal sebagai pemerintah Pahang telah tidak menyerahkan kekuasaan ke atas daerah Kuantan dan Endau kepada Wan Ahmad sebagaimana tertulis dalam surat wasiat ayahanda mereka bertarikh 25 Mei 1856. Sebaliknya Wan Ahmad diusir keluar dari Pahang. Wan Ahmad meminta bantuan Inggeris tetapi ditolak kerana dikatakan tidak ada bukti menunjukkan Kuantan dan Endau diserahkan kepadanya. Oleh itu Wan Ahmad mendapatkan bantuan Trengganu serta Siam dan melancarkan penyerangan ke atas Pahang melalui Kemaman pada bulan November 1857, tetapi dikalahkan oleh Wan Mutahir. 2
  • 15. Wan Ahmad mengumpul semula kekuatannya di Trengganu dengan bantuan Sultan Trengganu dan pihak Siam. Tindakan ini membimbangkan Inggeris sehingga Inggeris membedil Kuala Trengganu (1862) sebagai desakan keras melarang Trengganu menyokong Wan Ahmad. Namun demikian sokongan terus Trengganu dan Siam membolehkan Wan Ahmad melancarkan penyerangan besar- besaran terhadap Pahang pada tahun 1862. Wan Mutahir dikalahkan dan beliau terpaksa berundur ke Johor. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Pahang dan menggelarkan dirinya sebagai sultan pada tahun 1882. Pihak Inggeris mengiktiraf perlantikan itu tetapi menentang sebarang campur tangan Siam atau kuasa Barat lain di Pahang. Sebagai jaminan tidak adanya campur tangan asing maka Inggeris mahu menempatkan seorang Residennya di Pahang, tetapi pada mulanya ditolak oleh Wan Ahmad. Kemudian beliau bersetuju menerima seorang yang bertaraf Wakil Inggeris kerana terpengaruh oleh desakan Maharaja Abu Bakar (Johor) dan para pelabur modal di Pahang. Apabila sistem Residen dilaksanakan pada tahun 1874, sistem itu tidak dapat diterapkan ke Pahang kerana Sultan Wan Ahmad dan para pembesarnya menentang kuat. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa yang menjadi sebab atau alasan untuk Inggeris melaksanakan sistem Residen di Pahang. Peristiwa itu ialah pembunuhan seorang warganegara Inggeris berbangsa Cina di kawasan berdekatan istana Sultan. Pada bulan Ogos tahun itu, Sultan Wan Ahmad terpaksa menerima J.P. Rodger sebagai Residen pertama Pahang. Campur Tangan: Dasar Rasmi. Campur tangan Inggeris secara rasmi di Negeri-negeri Melayu bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini membawa buat pertama kalinya campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu, bermula dengan Negeri Perak. Inggeris mendahulukan Perak kerana kekacauan yang berlaku di negeri itu lebih serius dan seringkali membawa kesulitan kepada Pulau Pinang. Satu lagi sebab ialah kerana rayuan daripada Sultan Abdullah meminta Gabenor menyiasat peristiwa-peristiwa kekacauan di Perak, memulihkan keamanan dan melantik seorang pegawai Inggeris bagi menunjukkan cara pemerintahan yang baik ke negeri itu. Rayuan ini terkandung dalam surat baginda bertarikh 30 Disember 1873. Surat ini dikarang oleh J.G. Davidson, seorang peguam dan pengurus Syarikat Lombong Bijih Selangor dan disampaikan kepada Gabenor oleh sahabat Sultan Abdullah, iaitu W.H. Read. Surat ini dan berita tentang kesediaan orang-orang Cina di Larut berdamai sekiranya pihak Inggeris campur tangan, menggalakkan Gabenor Andrew Clarke bertindak menyelesaikan masalah Perak. Gabenor menghantar W.A. Pickering, seorang pegawai yang dapat berbahasa Cina merundingkan perdamaian orang-orang Cina di Larut. Pada masa yang sama perundingan dilakukan dengan para pembesar Perak. Persidangan awal dilakukan di atas kapal Pluto, tetapi menhasilkan sebarang penyelesaian. Oleh itu Gabenor mempersilakan sekali lagi para pembesar Perak menemuinya di Pangkor pada 14 Januari 1874 tanpa menyatakan apakah tujuan dan siapakah yang akan hadir dalam perjumpaan itu. Cara jemputan yang demikian itu menyebabkan para pembesar tidak berpeluang berbincang terlebih dahulu sesama mereka. Mereka yang hadir pada perjumpaan itu ialah Raja Abdullah dengan beberapa pembesar Hilir Perak, Menteri (Larut) dan pemimpin-pemimpin Cina Hai San dan Ghee Hin. Raja Ismail yang memegang takhta ketika itu tidak hadir kerana terlewat diberitahu, manakala Raja Yusuf tidak mendapat 2
  • 16. jemputan. Walau bagaimanapun perundingan yang dijadualkan berlangsung pada 14hb Januari tergendala dan ditangguhkan kepada 17hb Januari. Pertemuan pada 17hb Januari disebutkan sebagai Persidangan Agung Pembesar (Perak) di Pulau Pangkor. Tiga isu utama yang dibincangkan ialah perkara tuntutan Raja Abdullah ke atas takhta kerajaan Perak dan perkara kuasa Menteri di Larut yang mahu diluputkan oleh Raja Abdullah serta perbalahan orang-orang Cina di Larut. Tiga hari kemudian rangka Persetiaan (Perjanjian) Pangkor disiapkan untuk ditanda tangani. Persetiaan ini terbahagi kepada dua dokumen penting. Dokumen pertama memuatkan hal-hal berkaitan dengan masalah orang-orang Cina Larut. Manakala dokumen kedua mengandungi fasal- dasal yang menyentuh soal kekuasaan dan pentadbiran Perak. Perjanjian Pangkor 1874. Antara syarat-syarat Perjanjian Pangkor ialah: a. Mengenai orang Cina. i.Kedua-dua pihak (Hai San dan Ghee Hin) hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan kubu-kubu mereka. ii.Satu Suruhanjaya terdiri daripada pegawai-pegawai Inggeris dengan dua wakil Cina akan menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong di Larut. iii.Kedua-dua pihak Cina hendaklah mengikat janji sebanyak $50,000 untuk menjaga keamanan dan menuruti syarat-syarat Perjanjian ini. b. Mengenai takhta kerajaan Perak. i.Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak. (Raja Abdullah dipilih oleh Andrew Clarke yang menyifatkannya sebagai "orang yang berkebolehan". Pemilihan itu tidak menghairankan kerana Raja Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab mempelawa campur tangan Inggeris di Perak. Sementelah itu tiada calon lain yang hadir dalam perundingan Pangkor. Raja Ismail (Sultan Perak ketika itu) lewat dimaklumkan sehingga beliau tidak sempat hadir. Manakala Raja Yusof tidakpun dijemput. ii.Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah kecil dan wang bersara (dari jawatan Sultan) sebanyak $1,000 sebulan. iii.Sultan akan menerima, menyediakan tempat tinggal dan membayar gaji kepada seorang pegawai Inggeris yang bergelar Residen. Nasihat pegawai ini hendaklah diminta dan diikuti dalam kesemua hal kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. S iv.Semua pungutan dan pengawalan terhadap cukai-cukai dan hasil negeri hendaklah 2
  • 17. dilaksanakan menurut nasihat Residen dan penolongnya. v.Ngah Ibrahim diakui sebagai Pembesar Larut tetapi tidaklah sebagai sebagai pemerintah bebas. Ngah Ibrahim akan menerima seorang Penolong Residen untuk menasihati beliau dalam urusan pentadbiran Larut. Pentingnya Perjanjian Pangkor. 1. Perjanjian ini merupakan satu peristiwa sejarah yang penting kerana ia menandakan permulaan pelaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu. Sebelum 1900 Sistem ini sudah dilaksanakan juga di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2. Gabenor Andrew Clarke telah melampaui batasan kesediaan pihak berkuasa di England, khususnya Lord Kimberley, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan terlibat dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu. Alasan Clarke, Perjanjian itu perlu dibuat bagi kepentingan mewujud dan mengekalkan ketenteraman awam. Pendirian Clarke ini diterima oleh Lord Carnavon, pengganti Lord Kimberley sebagai Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan. Lord Carnavon mengesahkan Perjanjian tersebut. 3. Para saudagar Negeri-negeri Selat puas hati kerana perkembangan itu menurut mereka akhirnya akan membawa campur tangan Inggeris ke negeri-negeri Melayu yang lain. Tindakan campur tangan akan memberi perlindungan berkesan dan membuka lebih banyak peluang kepada kegiatan perdagangan mereka. 4. Perjanjian ini dilaksanakan setelah berlaku perundingan yang ringkas dan pendek waktunya menyebabkan kefahaman Sultan, Raja-raja dan para pembesar Melayu terhadap maksud dan kesan Perjanjian itu ke atas mereka. Bagi mereka Perjanjian itu sekadar bertujuan mewujudkan keadaan aman di Perak. Mereka tidak sedar bahawa Inggeris menyifatkan Perjanjian itu sebagai menghuraikan peranan dan kuasa pegawai Inggeris yang akan berkhidmat di Perak. Pefahaman orang Melayu yang demikian itu menyebabkan mereka tidak mudah memberi pengesahan atau menerima tindak tanduk Residen, terutamanya dalam hal- hal yang merugikan mereka. Akibatnya tercetus pertentangan terbuka (Perang Perak) yang kemudiannya melenyapkan kuasa tradisional mereka. 5. Menteri Larut, Ngah Ibrahim, hilang penguasaannya ke atas Larut kerana diambil alih oleh pentadbiran pegawai Inggeris, Kapten Speedy. 6. Sultan Ismail yang tidak hadir dalam perundingan di Pangkor telah kehilangan peluang- peluang mempertahankan hak-haknya dari direbut oleh Raja Abdullah. 7. Berhasil menyelesaikan banyak masalah orang-orang Cina di Larut dan membolehkan mereka 2
  • 18. memberi penumpuan yang lebih baik kepada kerja-kerja melombong, mengangkut keluar dan memasarkan bijih timah. 8. Gabenor Andrew Clarke sedar melanggari had kuasa yang diberikan kepadanya dan melakukan beberapa kesalahan dasar yang seterusnya menerbitkan tentangan campur tangan Inggeris di Perak. Di dalam laporan yang panjang Gabenor Andrew Clarke ke London, beliau berhati-hati menegaskan bahawa beliau tidak bertindak melantik Sultan (Perak), dan persetiaan Pangkor bukanlah satu perjanjian (treaty) tetapi satu pengaturan sukarela di pihak pembesar-pembesar Perak dan kerajaan British tidak terikat dengan perjanjian itu dan masih boleh berundur tanpa tertanggung malu (hurmat). Penegasan Clarke itu tidaklah kukuh kerana beliau telahpun melantik penolong Residen (Kapten Speedy) di daerah Larut sebelum Perjanjian itu disahkan oleh pihak tertinggi Inggeris. Malah tanpa mengendahkan telegram daripada Lord Carnavon (Setiausaha Tanah Jajahan yang baru) yang meminta beliau menahan dahulu perlantikan Residen-residen, Clarke menghantar Birch (yang memohon jawatan Residen) melawat Perak. Nasib Clarke baik kerana Kimberley menyokong tindakannya ketika perbahasan soal berkaitan berlaku di Parlimen yang bersidang pada 19 Mei 1874. Lord Carnavon kemudiannya memperakukan sahaja Persetiaan Pangkor. SISTEM RESIDEN. Sistem Residen merupakan satu bentuk pemerintahan tidak langsung yang mana seorang pegawai Inggeris bergelar Residen bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dimana beliau ditugaskan berkhidmat. Sebagai seorang penasihat, haknya adalah memberi nasihat tetapi kuasa pemerintahan masih dijalankan oleh pembesar-pembesar setempat. Sebagai seorang Residen, maka beliau tertakluk kepada kuasa Presiden dan dalam kontak ini, Presiden itu ialah Gabenor Negeri- negeri Selat yang melaksanakan pengawalannya terhadap Residen-Residen di Negeri-negeri Melayu sebagai seorang Pesuruhjaya Tinggi. Umumnya, Sitem Residen, yang membawa negeri-negeri Melayu dilindungi oleh Inggeris, merupakan satu daripada kaedah atau muslihat yang memudahkan Inggeris melaksanakan kawalan sepenuhnya ke atas pentadbiran negeri-negeri itu. Kaedah ini menghindarkan keperluan Inggeris menanggung bebanan berat dari segi pentadbiran, kewangan dan persoalan undang-undang. Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu bukanlah atas inisiatif Pejabat Tanah Jajahan, tetapi melalui keputusan dan tindakan wakilnya (Clarke) yang bertindak lebih dengan inisiatif sendiri. Dari segi teori, Residen sebagai seorang penasihat tidaklah memerintah negeri. Kehadirannya adalah atas jemputan pihak Sultan dan diterima sebagai Residen setelah menerima tauliah di istana Sultan. Gaji dan tempat tinggal mereka disediakan oleh Sultan dan kerajaannya. Sebagai penasihat Residen tidak perlu mempunyai tentera atau polis bagi membantu tugasnya. Nasihat Residen jika hendak dilaksanakan adalah melalui kuasa Sultan dan para pembesarnya. 2
  • 19. Walau bagaimanapun, dari segi praktisnya had kuasa Residen sebagai Penasihat kepada kerajaan negeri Melayu menurut Frank Swettenham, adalah satu fiksi (khayalan) atau bohongan. Wujudnya ketetapan di dalam Persetiaan Pangkor yang menyebut, "nasihatnya (Residen) mestilah diminta dan diikuti dalam semua hal kecuali perkara-perkara yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu" menunjukkan bahawa taraf Residen lebih daripada seorang penasihat. Beliau menjadi seorang yang berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri. Khayalan bahawa Negeri-negeri Melayu ditadbir sendiri oleh raja-rajanya dengan `nasihat' Residen-residen Inggeris bermula pada tahun 1874 apabila Gabenor Sir Andrew Clarke melantik Residen di Perak dan seterusnya di Selangor dan Sungai Ujung. Bidang Tugas Residen. Bidang tugas Residen tidak dihuraikan dengan secara khusus oleh pihak Pejabat Tanah Jajahan. Keterangan tentang bidang tugas Residen diberikan dalam bentuk yang kabur dan umum sahaja di dalam Perjanjian Pangkor. Disebutkan di dalam dokumen perjanjian itu, bidang tugas Residen adalah menasihati kerajaan dalam semua urusan pentadbiran negeri khususnya terhadap pengutipan dan pengawalan hasil negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja dikecualikan dari bidang tugas nasihat Residen. Walau bagaimanapun mengikut amalan Melayu, kebanyakan perkara pentadbiran tidak terpisah sepenuhnya daripada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Oleh itu nasihat Residen kepada kebanyakan hal bukan perkara agama dan adat istiadat Melayu, tetap menyentuh secara langsung dan sedikit sebanyak perkara agama dan adat istiadat Melayu. Ketiadaan huraian lengkap terhadap bidang tugas Residen merupakan punca asas tercetusnya Perang Perak (1875) kerana tindakan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak lebih bersifat pemerintah dan bukannya sebagai penasihat sahaja. Sungguhpun demikian, huraian lengkap bidang tugas Residen tidak dibentuk oleh Pejabat Tanah Jajahan, sebaliknya diserahkan penetapannya kepada pertimbangan Gabenor dan para Residen sendiri. Oleh itu peranan atau bidang tugas Residen banyak dipengaruhi oleh sikap dan tekad seseorang Residen dan Gabenor. Umumnya, sistem Residen berkembang sendiri tanpa penggubalan rasmi. Setelah lama sistem Residen diamalkan, maka bidang tugas Residen secara amnya boleh diberikan seperti berikut: 1. Bertanggungjawab membentuk sistem yang berkesan dalam pengutipan hasil negeri. 2. Bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi memakmurkan negeri seperti memperbaiki pengutipan cukai, membangunkan industri perlombongan dan pertanian komersial khususnya getah, memperbaiki sistem perhubungan, mengukur tanah, membuat sistem pemilikan tanah dan pelbagai lagi. 3. Mewujudkan keadaan tenteram melalui peraturan dan undang-undang dengan penguatkuasaannya oleh pihak polis, tentera atau mahkamah. 4. Bertanggungjawab seperti seorang diplomat dalam menyakinkan orang-orang Melayu 2
  • 20. bahawa perubahan yang berlaku di negeri mereka adalah perkara yang baik dan maruah serta hak mereka sentiasa dipelihara. Sistem Residen di Perak. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British. Sebelum Perjanjian itu disahkan oleh kuasa tertinggi Inggeris, Gabenor Andrew Clarke telah melantik Kapten T.C.S. Speedy menjadi Penolong Residen yang diberi tugas khusus mentadbir Larut. Sebelum itu Kapten Speedy merupakan pegawai pengaman kepada Ngah Ibrahim, Menteri Larut. Setelah dilantik sebagai Penolong Residen, Kapten Speedy mengambil alih kuasa Menteri mentadbir dan mengutip cukai Larut. Sebagai ganti Menteri diberi pencen. Bagi melicinkan pentadbiran Kapten Speedy melantik orang-orang Eropah untuk mengendalikan jabatan-jabatan yang baru ditubuhkannya seperti Jabatan Galian, Jabatan Hasil, Jabatan Ukur, Jabatan Jalan Raya dan Mahkamah Hakim. Sebagai langkah mewujudkan ketenteraman awam, ketua-ketua kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin dibuang negeri. Sementara itu sistem penghulu dikekalkan oleh Kapten Speedy bagi mengadili kesalahan-kesalahan kecil di kawasan masing-masing. Secara keseluruhannya, Kapten Speedy berjaya menghapuskan persengketaan kongsi yang sering berlaku sebelum 1874 dan meningkatkan ekonomi di Larut. Jalan perhubungan juga dibina dan diperbaiki bagi menghubungkan Larut dengan Pulau Pinang dan Kuala Kangsar. Kecapaian baik pentadbiran Kapten Speedy di Larut dibantu oleh James W.W. Birch yang menjadi Residen pertama Perak. James W.W. Birch mula memegang jawatan Residen Perak pada 4 November 1874, iaitu kira-kira sepuluh bulan selepas termetri Perjanjian Pangkor. Birch merupakan seorang pegawai yang cekap dan berpengalaman. Beliau pernah berkhidmat di Sri Lanka dan Negeri-negeri Selat. Beliau telah memohon jawatan Residen sebaik sahaja jawatan itu diwujudkan walaupun terdapat beberapa kelemahannya yang menjadikan beliau kurang sesuai memegang jawatan tersebut. Kelemahan- kelemahan seperti: 1. Kebolehannya berbahasa Melayu tidak cukup untuk memudahkan perhubungan yang berkesan dengan Sultan Abdullah dan para pembesar Perak. 2. Beliau memandang rendah terhadap adat istiadat Melayu dan pemikiran orang Melayu. 3. Beliau seorang yang tidak sabar dan angkuh diri dan menganggap orang putih (Inggeris) adalah bangsa yang tinggi tamadun dan kerana itu berhak menjadi tuan kepada orang-orang Melayu yang mundur dan bodoh. Kelemahan-kelemahan peribadi Birch inilah yang menjadi punca tercemarnya sistem Residen pada peringkat awal pelaksanaannya. 2
  • 21. Sejak mula ketibaan Birch di Perak beliau tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak. Bagi Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak peranan Birch hanyalah sebagai penasihat, tetapi kepada Birch Persetiaan Pangkor memberi kuasa kepada beliau lebih daripada itu. Kesemua nasihat dan tindakan beliau terutamanya dalam urusan cukai mesti diterima. Dalam urusan cukai inilah perbalahan utama mereka bermula. Birch mengambil tindakan menguasai keseluruhan urusan cukai negeri Perak sedangkan cukai merupakan sumber pendapatan utama Sultan dan para pembesar Perak. Sebarang tindakan yang menyekat hak mengutip cukai pasti mendapat tentangan kuat mereka. Apabila Sultan Abdullah memajak pengutipan cukai kepada Tan Kim Cheng, towkay dari Singapura, dengan bayaran $15,000 setahun dan membenarkan para pembesarnya mengutip cukai masing- masing, Birch mengistiharkan kesemua tindakan itu sebagai tidak sah tanpa kebenarannya. Sebaliknya beliau memperkenalkan cukai dan bayaran lesen cukai baru yang mengurangkan lagi sumber atau hasil pendapatan Sultan dan para pembesar. Tindakan Birch ini pasti mendapat tentangan kuat daripada Sultan dan para pembesarnya. Selain daripada masalah cukai, tindakan Birch menjadikan dirinya sebagai penguasa undang-undang juga mendapat tentangan Sultan dan para pembesar Perak. Dua hari selepas menjadi Residen Birch mengistiharkan Kanun Awam dan Undang-undang Jenayah. Sehubungan dengan itu Birch mengarahkan pembentukan pasukan polis bagi membantu tugas para penghulu. Dari tempoh itu para penghulu tidak lagi tertakluk kepada pembesar tempatan tetapi bertanggungjawab terus kepada pihak Residen. Seterusnya, pada bulan Januari 1875 Birch mula mendesak Sultan Abdullah supaya melantiknya sebagai hakim dan memberi kuasa penuh mengawal kesemua cukai. Apabila Sultan Abdullah lambat memenuhi kehendaknya itu, Birch mendapatkan proklamasi Leftenan-Gabenor Pulau Pinang pada bulan April 1875 melarang setiap orang kecuali Residen dan orang arahannya mengutip cukai di Perak. Tidak cukup dengan cara itu Birch terus memaksa Sultan Abdullah menanda tangani notis dan proklamasi cukai yang disediakannya. Sultan menolak dengan bantuan Laksamana dan Menteri Larut, tetapi Birch terus mendesak dan mengugut menyinkirkan baginda dari takhta Perak jika baginda enggan menurunkan tanda tangannya sebelum 20 Julai 1875. Lima hari kemudian Sultan Abdullah sekali lagi terpaksa memberikan persetujuan baginda melantik Raja Idris dan Birch sebagai hakim Perak. Tentangan Sultan dan para pembesar Perak terhadap Birch bertambah hebat lagi apabila Birch memberi perlindungan di kediamannya kepada hamba-berhutang yang lari dari tuan-tuan mereka. Sebilangan daripada hamba-berhutang itu adalah kepunyaan Sultan Abdullah dan para pembesarnya. Apabila Sultan menuntut supaya hamba-berhutang baginda dipulangkan kepadanya, Birch bukan sahaja tidak melayan tuntutan itu, malah mencemuh baginda. Menurut pendirian Sultan dan para pembesarnya, tindakan Birch itu telah mencabul adat istiadat Melayu kerana sistem hamba-berhutang adalah tradisi tempatan. Kemarahan Sultan Abdullah dan para pembesarnya mencapai tahap tertinggi apabila Gabenor Sir William Jervois mengambil langkah menggantikan sistem Residen dengan sistem Pesuruhjaya Diraja (Queen's Commissioner). Menurut pandangan Jervois, sistem Residen tidak memberi faidah yang diharapkan kerana Residen hanya bertaraf Penasihat. Dengan kaedah baru, pemerintahan Perak akan diambil alih oleh Pesuruhjaya tersebut dan memerintah Perak atas nama Sultan. Sultan dan para pembesarnya akan dibayar pencen dan gantirugi kerana kehilangan kuasa masing-masing. 2
  • 22. Pada bulan September 1875, Jervois melawat Perak untuk berunding dengan Sultan dan pembesar- pembesarnya tentang penyerahan kuasa pemerintahan kepada kerajaan Inggeris. Syor-syor Jervois ditolak oleh Raja Abdullah dan Raja Ismail, manakala Raja Yusuf dan Raja Idris bersetuju. Raja Abdullah diberi tempoh selama 15 hari untuk membincangkannya dengan Raja Ismail dan para pembesar lain. Baginda diancam akan disingkirkan dan diganti dengan Raja Yusuf sekiranya enggan menanda tangani pengistiharan penyerahan pemerintahan Perak kepada Inggeris. Paksaan itu menyebabkan Sultan Abdullah menurunkan tanda tangannya pada 1 Oktober 1875 pada pengisytiharan menerima penguasaan Inggeris di Perak. Pengumuman rasmi penguasaan itu dibuat oleh Gabenor Jervois empat belas hari kemudian. Sehubungan dengan itu para pegawai Inggeris terutamanya Birch dan Frank Swettenham melawat daerah-daerah Perak bagi menerangkan sistem pemerintahan baru kepada pembesar dan rakyat negeri itu. Swettenham ke Hulu Perak manakala Birch bersama Mat Arshad dan Abbot ke Hilir Perak. Tindakan Inggeris ini meningkatkan pakatan para pembesar Melayu, Raja Ismail dan Sultan Abdullah untuk menentang penguasaan Inggeris di Perak. Pembunuhan Birch. Kemarahan Sultan Abdullah dan para pembesarnya terhadap tindakan-tindakan Birch meningkat dari semasa ke semasa. Usaha mereka untuk menamatkan perkhidmatan Birch dengan cara merayu kepada Gabenor Sir William Jervois pada bulan Mei 1875 tidak berjaya. Oleh itu baginda terpaksa berbaik-baik dengan seteru lamanya seperti Raja Ismail dan Menteri Larut bagi menghadapi kerenah Birch. Akhirnya diambil ketetapan untuk menamatkan riwayat Birch dan 1 November 1875 sebagai tarikh tindakan itu akan dilaksanakan. Kebanyakan pembesar bersetuju dengan rancangan ini, kecuali Raja Yusuf yang enggan bersubahat membunuh Birch dan menentang Inggeris. Maharaja Lela, pembesar dari Pasir Salak menawarkan diri untuk melakukan pembunuhan Birch. Manakala Sultan Abdullah pula menyediakan tenteranya secara sulit untuk memberontak terhadap Inggeris. Pada 31 Oktober 1875, Sultan Abdullah dan Raja Ismail mengirim sebilah keris kepada Maharaja Lela bagi membunuh Birch. Pada hari berikutnya Birch tiba di Pasir Salak, kawasan Maharaja Lela untuk melekatkan notis pengisytiharan penguasaan Inggeris ke atas Perak. Notis itu dikoyak oleh orang Melayu dan Mat Arshad diserang dan ditikam mati. Birch pula dibunuh ketika beliau sedang mandi di sungai. Orang yang didakwa bertanggung jawab membunuh Birch ialah Pandak Endut. Pembunuhan ini berlaku pada 2 November 1875. Perang Perak dan kesannya. Gabenor Jervois menerima pembunuhan Birch itu daripada Abbot dan Swettenham. Beliau segera meminta bantuan tentera dari Calcutta, Hong Kong dan London. Dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong, tentera Negeri-negeri Selat melancarkan penyerangan besar-besaran dan pada bulan Disember 1875, Pasir Salak, Blanja dan Kuala Kangsar berjaya ditawannya. Sehingga bulan Julai 1876 kesemua pemimpin-pemimpin penentangan dan mereka yang disyaki terlibat dengan pembunuhan Birch berjaya ditangkap. Perbicaraan terhadap mereka dilaksanak di Bandar Bahru 2
  • 23. (Hilir Perak). Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Endut dihukum gantung hingga mati di Larut pada 20 Januari 1877. Sultan Abdullah, Laksamana, Syahbandar dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail serta tiga orang pengikutnya dibuang ke Johor. Raja Yusof yang pernah ditawarkan jawatan Sultan oleh Gabenor Jervois pada bulan Oktober 1875, tidak terlibat dalam penentangan itu dilantik sebagai Wakil Sultan dan kemudiannya mulai 1886 sebagai Sultan Perak. Manakala Raja Idris yang memegang jawatan Hakim Besar dilantik menjadi Raja Muda. Sementara itu J.G. Davidson dilantik bagi mengisi jawatan Residen. Davidson merupakan seorang peguam di Singapura dan pernah menjadi Residen di Selangor. Bagi menjalankan tugas memulihkan keamanan di Perak, Davidson memerlukan bantuan tentera dan polis. Apabila pihak kerajaan Negeri- negeri Selat tidak mampu membiayai pasukan tentera yang diperlukan, Davidson meletak jawatan. Pengganti beliau ialah Hugh Low yang dilantik pada bulan Februari 1877. Perang Perak diikuti oleh `perang kertas (surat)' di antara Setiausaha Negara di Pejabat Tanah Jajahan, Lord Carnavon dengan Gabenor Negeri-negeri Selat (Gabenor Jervois). Perang surat ini berlanjutan untuk beberapa bulan dengan kesudahannya, Gabenor meminta maaf secara peribadi kepada Lord Carnavon dan kerajaan Britain, diperakukan tindakan Gabenor di Perak, menarik balik pembentukan Pesuruhjaya Diraja ke Perak dan Gabenor berjaya mendapatkan daripada pihak Pejabat Tanah Jajahan sedikit lagi panduan tentang bidang kuasa Residen. Walaupun panduan itu masih kabur dan lebih menggambarkan kekuasaan Residen pada tahap teoritikal, iaitu sebagai penasihat sahaja. Perubahan-perubahan boleh dilakukan kepada panduan itu jika difikirkan perlu dan sesuai. Oleh itu panduan itu masih gagal menghuraikan dengan tegas bidang tugas pada realiti pelaksanaannya. Walau bagaimanapun dari tempuh itu matlamat tugas Residen ditetapkan, iaitu, 1. Mewujudkan keadaan aman dan perundangan di Perak. 2. Membangunkan keseluruhan daya sumber negeri. 3. Menyelia pemungutan hasil untuk memastikan kesemua kutipan cukai masuk ke dalam tabung kerajaan yang digunakan bagi membiayai kos pentadbiran kerajaan dan membayar gaji para pegawai Inggeris serta menampung segala perbelanjaan penubuhan jabatan dan lain- lainnya yang diperlukan bagi membantu tugas pegawai-pegawai tersebut. Matlamat-matlamat ini berjaya dicapai dengan baik bukan sangat kerana peranan Pejabat Tanah Jajahan, tetapi atas dua faktor utama. Pertama, orang Melayu tidak lagi kuat menentang penguasaan Inggeris kerana Perang Perak dan kesannya sangat memberi pengajaran kepada mereka. Kedua, kesungguhan, kebijaksaan dan inisiatif para Residen dan Gabenor, terutamanya Frank Swettenham, Hugh Low dan Frederick Weld. Perjalanan Sistem Residen sehingga 1896. 2
  • 24. Sistem Residen Di Perak: Pimpinan Hugh Low (1877-1889). Perlantikan Hugh Low sebagai Residen Perak merupakan satu kejayaan besar kerana dengan kepimpinannya Perak menjadi aman dan makmur. Pada waktu dilantik menjadi Residen, usia Hugh Low sudah 53 tahun dan kira-kira 30 tahun terisi dengan pengalaman pentadbiran di Asia Tenggara. Selama 24 tahun beliau berkhidmat di Labuan dan jawatan tertingginya di situ ialah sebagai Setiausaha Jajahan Labuan. Pengembaraannya ke seluruh Sarawak dan Sabah meningkatkan pengertian beliau kepada bahasa, sejarah, adat resam, agama, bentuk kuasa dan ekonomi orang- orang Melayu. Berbeza daripada J.W.W. Birch, Hugh Low petah berbahasa Melayu, memahami dan menghurmati nilai-nilai orang Melayu. Beliau juga mempunyai toleransi dan melakukan pendekatan penuh kefahaman terhadap orang-orang Melayu. Pendiriannya juga menggalakkan kerana beliau yakin keamanan Perak boleh diwujudkan dengan cara memperolehi kepercayaan dan persahabatan para pembesar Melayu terhadap Residen dan pegawai-pegawainya. Hugh Low juga melakukan lawatan ke seluruh daerah Perak dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan perkara- perkara yang disampaikan kepadanya. Usaha-usaha Hugh Low sangat berjaya menukar Perak yang kacau bilau dan muflis pada tahun 1877 menjadi aman dan negeri terkaya di Tanah Melayu. Pada tahun persaraan Hugh Low, 1889, Perak bukan sahaja dapat melangsaikan hutang sebanyak $800,000 tetapi sudah mempunyai lebihan kredit sebanyak $1.5 juta. Berbeza daripada tindakan J.W.W. Birch yang berusaha membolot kuasa pentadbiran, Hugh Low sebaliknya merungut terhadap beban tugas yang terpaksa ditanggungnya. Sungguhpun tugasnya adalah sebagai penasihat tetapi kerana tidak ada pentadbiran yang teratur di Perak dan Sultan Yusuf pula seorang yang tidak berpengalaman sebagai pemerintah, maka Hugh Low menghadapi tugas yang luas dan berat. Namun demikian beliau menjalankan tugas pentadbiran Perak dengan penuh ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan. Dari aspek politik dan pentadbiran, Hugh Low mendapatkan sokongan para pembesar Melayu menubuhkan Majlis (Mesyuarat) Negeri Perak pada tahun 1877. Majlis ini merupakan badan yang membahas dan menentukan dasar yang akan dilaksanakan oleh kerjaaan negeri. Ada kemungkinan pembentukan Majlis ini diilhamkan oleh Akta Majlis-majlis India tahun 1861. Majlis ini dipengerusikan oleh Sultan dan dianggotai oleh pembesar-pembesar utama Melayu dan dua pemimpin Cina. Kesemua anggota Majlis dilantik oleh Sultan dengan nasihat Residen. Majlis ini pantas berkembang dari badan penasihat menjadi badan pemerintahan Perak atau badan yang memilikki kuasa eksekutif. Oleh itu ia bertanggungjawab kepada perlantikan dan pembayaran pesaraan para pegawai tadbir. Tidak lama kemudian ia mengambil kuasa-kuasa perundangan (penggubalan undang-undang dan dasar) dan kuasa undang-undang (kehakiman) apabila ia berperanan sebagai mahkamah rayuan. Majlis ini juga mengendalikan perubahan-perubahan struktur tarif. Sehingga tahun 1899 anggota Majlis ini bertambah menjadi 12 orang dan mengelolakan keseluruhan aspek pentadbiran, kecuali pengawalan ke atas hasil negeri yang kekal di tangan Residen. Kebaikan peranan dan kejayaan Majlis ini menyebabkan ianya dicontohi oleh negeri-negeri Melayu yang lain (kecuali Selangor yang lebih awal membentuk Majlis Negeri). Bagi melicinkan pentadbiran negeri, negeri Perak dibahagikan Hugh Low kepada beberapa daerah 2
  • 25. pentadbiran dan setiap daerah diuruskan oleh seorang pegawai yang dilantiknya. Satu tindakan beliau yang perlu ditonjolkan ialah pemindahan Kapten Speedy dari Taiping ke Hilir Perak. Hugh Low mendapati Kapten Speedy berlebihan dalam tindakan dan perbelanjaan sehingga boleh menyulitkan usaha beliau mengawal dan pengurus hal-hal cukai dan hasil Perak. Manakala dalam pengurusan undang-undang, Hugh Low membentuk mahkamah-mahkamah keadilan yang dikendalikan oleh magistret Melayu dan Eropah. Biasanya mahkamah-mahkamah ini ditadbir oleh pegawai daerah atau penolong pegawai itu. Dari aspek ekonomi, Hugh Low seperti juga J.W.W. Birch, tetapi berlainan pendekatan, mementingkan pengawalan Residen terhadap hasil negeri. Hugh Low menamatkan hak Sultan dan para pembesar mengutip cukai, tetapi memberi mereka pampasan yang lumayan dalam bentuk jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai pegawai kewangan atau pemungut cukai dengan gaji tetap. Oleh kerana itu tiada penentangan berlaku terhadap tindakan Hugh Low dalam perkara tersebut. Tindakan-tindakan Hugh Low yang lain bagi memajukan ekonomi Perak adalah seperti berikut: 1. Undang-undang dibentuk dan diluluskan bagi mengatur penggunaan dan mendaftarkan pemilikan tanah. Misalnya Peraturan Tanah Perak (Perak Land Regulation) 2. Memperbaiki sistem perhubungan. Jalanraya dan jalan keretapi dibina. Jalan keretapi pertama dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan lombong di Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang). Rangkaian telegraf juga dibina. 3. Pertanian juga mendapat perhatian dan galakkan Hugh Low. Benih getah pertama di Tanah Melayu di tanam di kawasan kediamannya. Selain itu, beliau juga menggalakkan percubaan penanaman teh dan kopi bagi tujuan komersial. 4. Hugh Low berjaya menggalakkan pelaburan modal luar dengan cara mengamankan negeri. 5. Amalan hamba berhutang dihapuskan tetapi dengan secara beransur-ansur dan diplomatik. Mulanya Hugh Low mengumumkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan amalan itu. Selepas itu, pada 1hb. Januari 1884 dilulus dan dikuatkuasakan undang-undang bagi menghapuskan amalan tersebut. Mereka yang terjejas dengan langkah ini, terutamanya Sultan dan para pembesar diberi gantirugi. Selepas Hugh Low bersara pada tahun 1889, Frank Swettenham pula menjadi Residen Perak. Sikap dan pendirian Frank Swettenham tidak banyak berbeza daripada Hugh Low. Oleh itu kemajuan Perak dapat berkembang terus di bawah Frank Swettenham. Sistem Residen di Negeri Sembilan. 2
  • 26. Martin Lister dilantik menjadi Residen yang pertama di Negeri Sembilan pada tahun 1889. Walau bagaimanapun penempatan beberapa pegawai Inggeris di beberapa kawasan Negeri Sembilan telah dilakukan sejak tahun 1874 ekoran dari pelaksanaan Sistem Residen di Perak. Seorang yang bertaraf Penolong Residen, W.I. Tatham ditugaskan ke Sungai Ujung pada tahun 1874 bagi memastikan kepentingan perdagangan warganegara Inggeris di situ terjamin. Walau bagaimanapun perbalahan kuasa antara pembesar-pembesar Johol, Rembau, dan Jelabu khususnya terus berlaku. Keadaan ini membawa Gabenor Jervois mencuba satu kaedah yang boleh menerapkan penguasaan Inggeris ke seluruh Negeri Sembilan. Beliau cuba menggunakan ketua tempatan yang sesuai sebagai orang perantaraan untuk meresapkan penguasaan Inggeris ke negeri itu. Orang yang difikirkan sesuai ialah Abu Bakar, Maharaja Johor. Gabenor Jervois begitu yakin terhadap kesesuaian Sultan Abu Bakar sehingga beliau mahu menjadikan Sultan itu penguasa agung seluruh Negeri Sembilan. Malah Gabenor Jervois bersetuju pada tahun 1876 menerima calon yang dicadangkan oleh Sultan Abu Bakar, iaitu Tunku Antah, kerabat Sultan Abu Bakar sendiri, menjadi Yamtuan (Yang Dipertuan) kepada wilayah (negeri) kecil Sri Menanti, Jempul, Terachi, Gunung Pasir, Ulu Muar Johol dan Inas. Kesemua wilayah itu dicantumkan menjadi Persekutuan Sri Menanti. Pada tahun 1877, rancangan yang sama dilakukan dengan Pembesar Rembau dan Jelebu. Sehingga tahun 1878 Sultan Abu Bakar berjaya menjadikan dirinya sebagai Penasihat kepada seluruh Negeri Sembilan kecuali Sungai Ujung. Pelaksanaan rancangan-rancangan tersebut dapat mengurangkan persengketaan yang wujud sebelum itu di Negeri Sembilan. Oleh itu kesegeraan untuk menerapkan sistem Residen ke seluruh negeri itu tidak diperlukan sementelah keupayaan pentadbiran dan kewangan Negeri-negeri Selat juga mengizinkannya. Manakala hasil yang diperolehi oleh kebanyakan wilayah Negeri Sembilan tidak cukup besar untuk membiayai sistem tersebut. Walau bagaiamanapun mulai awal 1880an, apabila dasar maju (campur tangan) Inggeris ditingkatkan oleh kebimbangan terhadap campur tangan kuasa Barat ke dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu, maka usaha meluaskan sistem Residen di Negeri Sembilan dilakukan. Bagi tujuan itu pengaruh Sultan Abu Bakar di Sri Menanti khususnya dikurangkan. Pada tahun 1881, Gabenor F.A. Weld berjaya memujuk Tunku Antah menyerahkan hal ehwal luar wilayahnya Sri Menanti kepada pengawalan Inggeris. Pada tahun 1885 seorang pegawai Inggeris yang bertugas seperti seorang Residen ditempatkan di Sri Menanti. Di antara tahun 1883 hingga 1887, Inggeris berjaya menempatkan pula para pegawainya di Johol (1884), Jelebu (1886) dan Rembau (1887). Pada tahun 1889 Rembau dan Tampin menyertai Persekutuan Sri Menanti dan tindakan itu diikuti oleh Sungai Ujung dan Jelebu pada tahun 1895. Penyertaan yang hampir menyeluruh itu menyebabkan Persekutuan Sri Menanti ditukar nama kepada Negeri Sembilan. Salah satu matlamat pergabungan itu ialah untuk melenyapkan campur tangan Inggeris secara langsung dan terasing bagi setiap daerah. Oleh itu dengan pembentukan Negeri Sembilan mereka hanya perlu menerima seorang sahaja Residen. Martin Lister menjadi Residen pertama Negeri Sembilan. Bagi melicinkan pentadbiran, Residen Inggeris telah membuat peraturan mengenai hak milik tanah, pengutipan hasil dan pembinaan jalan-jalan raya. Ia juga menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan pasukan polis bagi menjaga keamanan dan melaksanakan peraturan-peraturan yang telah dibuat. Sistem Residen di Selangor. J.G. Davidson adalah Residen British yang pertama di Selangor manakala penolongnya ialah Frank 2
  • 27. Swettenham. Sistem Residen di Selangor berjalan aman kerana J.G. Davidson dan Frank Swettenham berjaya membawa kemajuan kepada Selangor. Davidson banyak membantu Tengku Kudin, Sultan Abdul Samad serta pembesar-pembesar Selangor mentadbir Selangor. Langkah awal Davidson sebagai Residen ialah memupuk persahabatan antara baginda dengan menantunya Tengku Kudin yang agak renggang sebelum itu. Walau bagaimanapun kebijaksanaan yang dimilikki oleh Tengku Kudin tidak dapat digunakan terus oleh Davidson bagi membantu pentadbirannya keana Tengku Kudin pulang ke Kedah-Pulau Pinang pada tahun 1877. Semasa J.G. Davidson menjadi Residen, beliau telah mengelolakan pengutipan hasil, menubuhkan pasukan polis, membina lebih banyak jalan raya dan mengadakan mahkamah pengadilan. Selain itu, Davidson juga membaiki dan membuka semula semua lombong-lombong yang musnah akibat perang. Hutang-hutang Selangor yang tinggi akibat perang saudara juga diselesaikan. Davidson juga melantik seorang bangsa Eropah sebagai Pengadil dan Pemungut Hasil di Kuala Selangor. Pada tahun 1877 Davidson membentuk Majlis (Mesyuarat) Negeri Selangor. Bagi membangunkan ekonomi orang-orang Melayu Davidson mengembara ke seluruh negeri Selangor untuk memujuk orang-orang Melayu menanam pokok-pokok kelapa dan sagu. Davidson kemudiannya dilantik sebagai Residen Perak pada tahun 1877 dan jawatan Residen diserahkan kepada Kapten Bloomfield Douglas. Kecapaian Bloomfield Douglas agak terhad kerana beliau kurang aktif jika dibandingkan dengan Davidson dan Frank Swettenham yang menggantikannya pada tahun 1882. Frank Swettenham adalah seorang pegawai yang berpengalaman dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu kerana pernah memasuki perkhidmatan awam Tanah Jajahan di Negeri-negeri Selat sejak tahun 1871. Beliau faseh berbahasa Melayu dan faham akan adat istiadat Melayu. Beliau memperkenalkan pembaharuan seperti cara yang dilakukan oleh Hugh Low di Perak. Beliau dapat menjalankan tugas kerana mendapat kerjasama dan sokongan pembesar-pembesar dan sultan. Langkah-langkah membangunkan ekonomi Selangor dilaksanakan oleh Frank Swettenham terutamanya memajukan sektor perlombongan dan pertanian. Hasil-hasilnya digunakan untuk memajukan dan memperbaiki perhubungan, kesihatan dan pembangunan negeri Selangor. Landasan kereta api dibina diantara Kuala Lumpur dan Kelang pada tahun 1886. Jalanraya dimajukan, oleh itu bandar-bandar dan kampung-kampung tumbuh di kawasan pertanian, perlombongan dan di sepanjang jalanraya. Perkhidmatan Frank Swettenham di Selangor tamat pada tahun 1889 apabila beliau ditugaskan sebagai Residen Perak bagi menggantikan Hugh Low. Sistem Residen di Pahang. Residen British yang pertama di Pahang ialah John P. Rodger yang memulakan tugasnya pada tahun 1888. Beliau bertindak terburu-buru untuk memperkenalkan `tamadun' Barat dan menyingkiran sistem-sistem tradional Pahang. Daerah-daerah baru diwujudkan dan pentadbiran daerah-daerah itu diberikan kepada pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik oleh Rodger. 2
  • 28. Pegawai-pegawai tersebut bertugas menjalankan pentadbiran umum negeri dan bertanggungjawab juga ke atas urusan memungut cukai. Oleh itu pegawai-pegawai ini telah mengambil alih peranan dan tugas serta kekuasaan para pembesar. Sebaliknya para pembesar itu diarahkan supaya patuh terhadap pegawai-pegawai tersebut. Sebagai ganti kehilangan kuasa dan hak mengutip cukai, para pembesar di bayar elaun bulanan tetapi jumlah elaun itu kecil sehingga menimbulkan kemarahan dan penentangan mereka. Malah peranan para pembesar dan Sultan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang dibentuk oleh Residen, tidak dipentingkan kerana Residen lebih mengutamakan kehendaknya. Sultan yang disyakki oleh Residen sebagai berpihak kepada penentangan para pembesar dikurangkan kuasa baginda dan diberikan kuasa itu kepada putera sulungnya Tengku Mahmud. Tindakan-tindakan melulu Residen ini menyebabkan para pembesar tersinggung sehingga mereka enggan bekerjasama atau patuh kepada Residen dan pegawai-pegawainya. Apabila Residen menggunakan kekuatan polis bagi memaksa para pembesar patuh kepada pentadbirannya, maka tercetuslah Pemberontakan Pahang pada tahun 1891. Pemberontakan ini tamat pada tahun 1895 tetapi memberi kesan buruk kepada kewangan negeri Pahang. Kebaikan sistem Residen. 1. Sungguhpun pengenalan Sistem Residen telah mencetuskan Perang Perak dan kemudiannya Pemberontakan Pahang, tetapi dalam jangkawaktu yang panjang sistem itu berjaya juga membawa kestabilan politik dan kehidupan berperundangan, aman dan makmur. Umumnya sistem ini di satu pihak membawa `tamadun' Inggeris, manakala di pihak lain, menyekat kemaraan pengaruh kuasa lain ke Negeri-negeri Melayu. Kejayaan di dalam bidang ini membantu menyelesaikan pertelingkahan antara pembesar-pembesar Melayu dan kongsi- kongsi gelap Cina dapat dicapai. 2. Kerajaan dan pentadbiran Negeri-negeri Melayu semakin tersusun kemas dan efektif. Pembentukan Majlis (Mesyuarat) Negeri seperti yang dijayakan oleh Sir Hugh Low memperkenalkan sebuah Majlis di Perak mewujudkan pemodenan struktur kerajaan dan pentadbiran. 3. Bidang ekonomi dimajukan dengan pesat. Suasana politik yang stabil mendorong pelabur- pelabur Eropah dan Cina melaburkan modal dalam perusahaan bijih timah dan getah. Beberapa tanaman baru juga diperkenalkan. Suasana ekonomi yang segar mendorong kemasukan orang-orang Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu. Seterusnya kemakmuran yang dicapai meningkatkan lagi taraf hidup penduduk setempat. Kesihatan dan pendidikan mereka juga bertambah baik. 4. Pengenalan Sistem Residen meningkatkan lagi prasarana Ngeri-negeri Melayu. Sistem perhubungan dimajukan terutamanya pembinaan landasan-landasan kereta api dan jalan raya dibina bagi mengangkut hasil perusahaan bijih timah dan getah. Bandar-bandar baru juga tumbuh dengan pesat. 2
  • 29. 5. Kemajuan-kemajuan tersebut menyebabkan Tanah Melayu mempunyai masyarakat berbagai bangsa yang memperkayakannya dengan pelbagai budaya dan corak kehidupan. Kelemahan Sistem Residen. 1. Sistem Residen yang diamalkan walaupun merupakan penguasaan tidak langsung Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu, dalam kapasiti menasihati Sultan-sultan dan pembesar mereka mentadbir negeri, tetapi dalam pelaksanaan sistem itu, Residen-residen lebih berkuasa. Sesuatu undang-undang yang dibuat oleh majlis tidak disahkan oleh sultan tetapi oleh Gabenor yang ada kuasa pemutus (veto). Kuasa sultan mula merosot. 2. Residen-residen ini pada dasarnya tertakluk kepada Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu, tetapi pengawasan Gabenor ke atas mereka tidak efektif. Walaupun para Residen perlu menghantar laporan tahunan mereka kepada Gabenor tetapi di dalam pengurusan negeri tanggungan mereka, para Residen berpeluang melaksanakan budi bicara dan kaedah masing-masing. 3. Peluang para Residen itu bertindak atas budi bicara masing-masing menyebabkan kemajuan yang dicapai berbeza antara sebuah negeri dengan negeri yang lain. Kelemahan-kelemahan Sistem Residen inilah maka usaha meseragamkan Sistem itu di negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak dilakukan. Caranya ialah dengan membentuk negeri-negeri itu kepada sebuah persekutuan. Pada tahun 1896 dengan rasminya wujudlah Negeri-negeri Melayu Bersekutu. DAFTAR ISTILAH. GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT 1826-1904). GABENOR ROBERT FULLERTON (1826-30) GABENOR MURCHISON (1833-1837) GABENOR BONHAM (1837-1843) GABENOR BUTTERWORTH (1843-1855) GABENOR BLUNDELL (1855-1859) GABENOR ORFEUR CAVENAGH (1859-1867) GABENOR HARRY ORD (1867-1873) 2
  • 30. GABENOR ANDREW CLARKE (1873-1877) GEBENOR SIR WILLIAM ROBINSON (1877-1879) PEMANGKU GABENOR KOLONEL ANSON (1879-1880) GEBENOR FREDERICK WELD (1880-1887) GABENOR SIR CECIL CLEMENTI SMITH (1887-1894) GABENOR SIR CHARLES MITCHELL (1894-1901) GABENOR FRANK SWETTENHAM (1901-1904) KERAJAAN INDIA. Sebelum pemubabaran Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1858, Kerajaan India bererti pentadbiran yang dikendalikan oleh Gabenor-Jeneral dan Majlisnya. Kekuasaan Gabenor Jeneral meliputi kesemua wilayah Inggeris di India, Sri Lanka dan rantau ini yang diletakkan dalam bentuk Presidensi dan Residensi. Merujuk kepada Negeri-negeri Selat, hubungannya dengan Gabenor-Jeneral sehingga 1851 adalah melalui Bengal. Selepas itu diletakkan terus kepada pentadbiran Gabenor-Jeneral sebelum dipindahkan ke bawah pentadbiran Pejabat India (1857-1867). Selepas 1867 Negeri-negeri Selat terkeluar daripada pentadbiran Kerajaan India, dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Selepas 1857 Kerajaan India ditadbir oleh Wizurai yang bertanggungjawab terus kepada Pejabat India di London. SENARAI BACAAN TAMBAHAN. Loh Fook Seng, Philip, The Malay States, 1877-1895, Political Change and Social Policy. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1969. Allen, James de Vere, "The Colonial Office and the Malay States, 1867-1873", JMBRAS, Vol. XXXVI, part I, May 1963, 1-36. Andaya, B.W. and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia. Macmillan (M) Sdn. Berhad, Kuala Lumpur, 2
  • 31. 1983. Butcher, John, British Rule in Malaya. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1979. Cowan, C.D., Tanah Melayu Kurun Ke Sembilan Belas: Asal Usul Penguasaan Politik British. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970. Emerson, R., Malaysia: Satu Pengkajian Dalam Pentadbiran Langsung dan Tidak Langsung. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974. Mills, L.A. Malaya: A Political and Economic Appraisal. Green Wood Press, Connecticut, 1973. Mudzaffar J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara (Jilid II): Perubahan Ekonomi dan Sosial. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1980. Parkinson, C. Northcote, British Intervention in Malaya, 1867-1877, Kuala Lumpur, 1964. SarDesai, D.R., "Resident System in Malaya 1874-1898", Journal of Historical Society, University of Malaya, Kuala Lumpur, No. III, 1964/65, 94-106. Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura. Penerbitan Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1975. Turnbull, C.M., "Origins of British Control in the Malay States before Colonial Rule" in Malaysian and Indonesian Studies, [J.Bastin and R. Roolvink], 1964, 166-183. Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1984. Winstedt, R.O., Britain and Malaya, 1786-1941, Longmans, Green, London, 1944. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman dan Mohd. Amin bin Hassan, Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992. SOALAN ULANGKAJI. 1. Mengapakah Inggeris tidak campurtangan di Negeri-negeri Melayu di antara tahun 1824- 1874? 2. Mengapa kekacauan berlaku dengan luasnya di Perak dan Selangor pada tahun-tahun 1860an dan 1870an? 3. Jelaskan perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar dan rakyat terhadap pengenalan peraturan-peraturan baru oleh Inggeris sehingga membawa kepada meletus Pemberontakan 2
  • 32. Pahang 1891-1895. 4.. Apakah perubahan yang dicetuskan oleh pengenalan Sistem Residen dalam Negeri-negeri Melayu yang menerimanya. 2