KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA
1.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting
dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar
adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan,
maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran
asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkanya dengan rakan-rakan, guru, keluarga dan orang lain
3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran
kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka
kepada perasaan rakan.
3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan
dan kelemahan diri.
3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan
mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu
diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu,
hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
4.0 KUMPULAN SASAR
Pelajar yang berminat :
Tahun 4, 5 & 6 seramai 35 orang pelajar tahun 2014 di bawah kelolaan guru
pembimbing.
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Guru Besar
Penyelaras : Guru Bimbingan
Pengerusi : Murid Tahun 6
Naib Pengerusi : Murid Tahun 6
Setiausaha : Murid tahun 6
Bendahari : Murid Tahun 5
Ajk : Tahun 4,5 & 6
6.0 SUMBER KEWANGAN
PCG Bimbingan dan Kaunseling
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS ini akan diadakan pada peringkat
dalaman sahaja manakala dua orang pemimpin akan mrwakili sekolah untuk kursus
peringkat daerah.
8.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Kaedah 1
- Guru Kaunseling mengiklankan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS
bau.
- Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang yang boleh didapati dari
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kaedah 2
- Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap
sesuai dilantik PRS
- Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan
dimaklumkan.
9.0 PENUTUP
Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik
mula untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada
pasukan yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat
yang berterusan, kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada
semua warga SK Bukit Sawa agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat
memberi banyak kemaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’.
10.00 ULASAN GURU BESAR
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
Disediakan oleh : Disemak oleh:
…………………………………… ………………………………
( ROSLAN BIN MUKHTAR ) ( SARIPAH BINTI HARUN )
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan HEM
SK Bukit Sawa SK Bukit Sawa
Disahkan oleh :
…………………………………………
( HAJI SOHAIRI BIN MOHD RAIS )
Guru Besar
SK Bukit Sawa

Kertas cadangan prs

  • 1.
    KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PEMBIMBINGRAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA 1.0 RASIONAL Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2.0 MATLAMAT Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkanya dengan rakan-rakan, guru, keluarga dan orang lain 3.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan. 3.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri. 3.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif. 3.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif. 3.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah. 4.0 KUMPULAN SASAR Pelajar yang berminat : Tahun 4, 5 & 6 seramai 35 orang pelajar tahun 2014 di bawah kelolaan guru pembimbing.
  • 2.
    5.0 AHLI JAWATANKUASA Penasihat: Guru Besar Penyelaras : Guru Bimbingan Pengerusi : Murid Tahun 6 Naib Pengerusi : Murid Tahun 6 Setiausaha : Murid tahun 6 Bendahari : Murid Tahun 5 Ajk : Tahun 4,5 & 6 6.0 SUMBER KEWANGAN PCG Bimbingan dan Kaunseling 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS ini akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja manakala dua orang pemimpin akan mrwakili sekolah untuk kursus peringkat daerah. 8.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Kaedah 1 - Guru Kaunseling mengiklankan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS bau. - Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang yang boleh didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Kaedah 2 - Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai dilantik PRS - Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan dimaklumkan.
  • 3.
    9.0 PENUTUP Membina programmemerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan, kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK Bukit Sawa agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak kemaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’. 10.00 ULASAN GURU BESAR ………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………….. Disediakan oleh : Disemak oleh: …………………………………… ……………………………… ( ROSLAN BIN MUKHTAR ) ( SARIPAH BINTI HARUN ) Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan HEM SK Bukit Sawa SK Bukit Sawa Disahkan oleh : ………………………………………… ( HAJI SOHAIRI BIN MOHD RAIS ) Guru Besar SK Bukit Sawa