SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Ruj: Mesyurat Pengurusan dan Pentadbiran
IPGKBM Bil. /2021
Nombor:
KERTAS CADANGAN DARIPADA
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
PENGANJURAN KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN
BAHASA ARAB GURU SEKOLAH RENDAH 2021
________________________________________________________________
TUJUAN
1. Kertas kerja ini dikemukakan kepada Ahli Majlis Pengurusan Pentadbiran
Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) untuk
memohon kelulusan bagi penganjuran Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab
Guru Sekolah Rendah 2021 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),
IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah program Kursus Induksi Pensyarah Baharu
(KIPB) 2.0.
LATAR BELAKANG
2. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 ini
merupakan program perkhidmatan konsultasi kumpulan pensyarah baharu bagi
menyelesiakan tugasan Jaringan dan Jalinan dalam Kursus Induksi Pensyarah
Baharu (KIPB) 2.0 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program ini
diterajui oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), IPG Kampus Bahasa
Melayu. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru
Pendidikan Islam dan bahasa Arab berkenaan kaedah dan kemahiran mengajar yang
boleh diaplikasikan oleh guru bahasa Arab dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi
(BAK) di peringkat sekolah rendah diperluaskan lagi dengan pelaksanaan program
j-QAF di seluruh negara pada tahun 2005. Status mata pelajaran ini adalah sebagai
mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK
sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil. Peruntukan
waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru bahasa Arab yang dilantik
khusus (KPM, 2005).
4. Selain daripada perkembangan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah menetapkan matlamat utama pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di
sekolah rendah adalah untuk menanam minat mempelajarinya bagi menguasai
kemahiran berbahasa. Matlamat lain pula ialah membolehkan murid berkomunikasi
dengan baik dan efisen. Kemampuan untuk mengenali, menyebut dan menguasai
huruf hijaiyyah dan perkataan serta ayat bahasa juga merupakan antara matlamat
utamanya. Keupayaan ini pula perlu dicapai berdasarkan situasi tertentu serta
memahaminya dan mampu membaca dengan betul (JAPIM, 2004). Justeru, amat
penting bagi warga guru mata pelajaran bahasa Arab untuk sentiasa
mengaplikasikan kaedah mengajar yang lebih berkesan.
5. Secara keseluruhannya, penjelasan di atas menunjukkan tentang latar belakang
sejarah bahasa Arab umumnya dan secara khususnya perkembangan bahasa Arab
dalam sistem pendidikan negara sehingga sekarang terutamanya pelaksanaannya
dalam sistem pendidikan sekolah kebangsaan.
ASAS PERTIMBANGAN
6. Untuk menjadi seorang guru yang baik dan berperanan sebagai pengurus dalam
bilik darjah, seorang guru itu perlu menyiapkan diri dengan tahap pengetahuan yang
baik dalam banyak perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan selok belok
pengajaran dan pengurusan. Dua perkara ini merupakan isu utama yang perlu
ditangani dengan bijaksana oleh setiap guru bagi mencapai keberkesanan dalam
pengajaran. Perkara ini melibatkan banyak proses seperti merancang, mengoperasi,
memimpin, menyelaras, menganalisis dan semua bentuk perancangan keseluruhan
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga melibatkan guru sebagai
pengurus bilik darjah yang memerlukan kepada tujuh perkara iaitu (1) objektif, (2)
bahan dan sumber, (3) strategi/pendekatan/teknik, (4) pemeringkatan isi, (5) aktiviti,
(6) kemudahan dan susunan fizikal, dan (7) penilaian (Shahabuddin et al., 2007).
7. Seorang guru yang baik juga perlu memiliki kemahiran menyampaikan isi
pengajaran atau ilmu pedagogi. Kemahiran ini adalah antara kemahiran yang paling
penting dan utama kerana ia melibatkan proses pemindahan ilmu dari guru kepada
pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian yang khusus adalah dari aspek
tempoh, kuantiti dan kualiti maklumat, aktiviti pengajaran yang relevan, tahap
penyertaan pelajar, ketepatan fakta dan konsep yang diajar, aktiviti pengembangan
isi yang sesuai, intonasi suara, teknik menyoal, proses penilaian dan sebagainya.
Kenyataan ini disokong oleh Grossman, 1990; Mishra & Kohler, 2006; Shulman,
1987; Webb & Cox, 2004, yang menyatakan kebanyakan guru menghadapi masalah
untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan disebabkan
penguasaan mereka yang cetek terhadap ilmu pedagogi.
8. Penganjuran kursus ini dapat membantu guru bahasa Arab agar lebih mahir
menguasai pedagogi kerana pedagogi dapat membantu guru tersebut memahami
prinsip-prinsip penagajaran dan pembelajaran. Pedagogi merupakana sesuatu
pengajaran yang perlu dimulakan dengan pengajaran yang mudah untuk murid-
murid dan seterusnya kepada pengajaran yang sukar. Selain itu, seorang guru perlu
menguasai pedagogi kerana guru tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya. Jadi,
dengan adanya ilmu atau kemahiran pedagogi tersebut, ianya akan memudahkan
seorang guru tersebut merancang pengajaran harian dengan baik dan mudah.
PERINCIAN CADANGAN
9. Objektif Kursusl Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Sekolah rendah 2021.
i. Memberi pendedahan tentang ilmu pedagogi kepada guru-guru
Pendidikan Islam dan bahasa Arab.
ii. Merungkai dan merangkai DSKP bahasa Arab Tahun 4 KSSR Semakan
2017.
iii. Memberi pendedahan pengaplikasian teknologi dalam pedagogi
Pendidikan bahasa Arab.
iv. Memberi latihan kepada guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab
bagi menggunakan kaedah teknologi serta pedagogi yang sesuai dalam
PdP.
v. Menguasai ilmu pedagogi dan teknologi pengajaran dengan baik.
10. Format penganjuran
Kursus Pedagogi dan Teknologi Pendidikan
11.Tempoh penganjuran
Selama 2 hari iaitu pada 20 dan 21 September 2021 bermula jam 2:30 petang
hingga 4:30 petang.
12. Lampiran 1 – Jawatankuasa Pelaksana
13. Lampiran 2 – Tentatif Program
IMPLIKASI
14. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021
melibatkan penyertaan seramai 130 hingga 150 orang guru Pendidikan Islam dan
bahasa Arab di sekolah rendah yang terpilih di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
KESIMPULAN
15. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 ini
merangkumi aktiviti utama iaitu Kursus Merungkai dan Merangkai DSKP bahasa
Arab Tahun 4 KSSR Semakan 2017 bagi Slot 1 pada 20 September 2021.
Kemudian pada 21 September 2021, peserta akan didedahkan dengan Teknologi
dalam Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab. Kursus ini berlangsung selama 2 hari
bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.
PELAN KOMUNIKASI
16. Kertas Cadangan ini memerlukan penyediaan pelan komunikasi seperti berikut:
(i) Mesej Strategik
Kertas cadangan ini menjelaskan penyediaan pelaksanaan Kursus
Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021.
(ii) Jurucakap
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
(iii) Kumpulan Sasaran
Guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab sekolah rendah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
(iv) Medium
Surat siaran pelaksanaan, surat jemputan, poster, laman sesawang
IPGKBM dan google meet.
SYOR
17. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) kepada Ahli Mesyuarat
Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu untuk meluluskan permohonan peganjuran Kursus Pedagogi Pendidikan
Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021.
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
6 SEPTEMBER 2021
LAMPIRAN 1
KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN BAHASAARAB
GURU SEKOLAH RENDAH 2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASAMELAYU
JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS
BIL AHLI JAWATANKUASA NAMA
1. Penaung Pengarah IPGKBM
YBrs. Puan. Hajah Nor Asilah binti
Osman (B.C.K)
2. Penasihat Timbalan Pengarah IPGKBM
YBrs. Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
3. Pengerusi Ketua Jabatan JAPIM
4. Penyelaras Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
5. Setiausaha Puan Rosnawati binti Sa’ad
6. Pengurusan Majlis Encik Hussain bin Hamid
7. Pengacara Majlis Puan Rosnawati binti Sa’ad
8. Protokol Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
9. Surat Jemputan/Teks Ucapan Puan Rosnawati binti Sa’ad
10. Teknikal Encik Hussain bin Hamid
11. Buku Program Dr. Nurulrabihah binti Mat Noh
12. Sijil Dr. Nurulrabihah binti Mat Noh
13. Kehadiran Peserta Encik Hussain bin Hamid
14. Siaraya/ Fotografi Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
LAMPIRAN 2
TENTATIF KURSUS PEDAGOGI
PENDIDIKAN BAHASA ARAB GURU SEKOLAH RENDAH 2021
Hari Pertama
(Sesi 1)
ISNIN, 20 September 2021
2:00 – 2:30 petang
2:30 – 2:45 petang
2:45 – 4:30 petang
Pendaftaran
Majlis Pembukaan
Slot 1
Tajuk :
Merungkai dan Merangkai DSKP Bahasa
Arab Tahun 4 KSSR Semakan 2017
Penceramah:
Ustaz Hussin bin Hamid
Fasilitator:
Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
Hari Kedua
(Sesi 2)
SELASA, 21 September 2021
2:00 – 2:30 petang
2:30 – 4:15 petang
4:15 - 4:30 petang
Pendaftaran
Slot 2
Tajuk:
Teknologi Dalam Pendidikan Bahasa Arab.
Penceramah:
Dr. Nurul Rabihah binti Mat Noh
Fasilitator
Puan Rosnawati binti Sa’ad
Majlis Penutupan

More Related Content

What's hot

50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
Wann Rohaiyusma
 
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfDIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
Masfurah Mohd ali
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Shafizad Kamaludin
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Azmie Trip
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi
 

What's hot (20)

Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
50575415 sinopsis-rekod-pembacaan-ldp
 
Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount
 
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfDIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
 
Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLC
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
laporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docxlaporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docx
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
CONTOH RPH TRANSISI.docx
CONTOH RPH TRANSISI.docxCONTOH RPH TRANSISI.docx
CONTOH RPH TRANSISI.docx
 
Contoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakanContoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakan
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Laluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guruLaluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guru
 
Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2Panduan Guru BM Tahun 2
Panduan Guru BM Tahun 2
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademik
 

Similar to Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab

Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cik BaCo
 
913 sp bahasa arab (masuk ayat scan)b
913 sp bahasa arab  (masuk ayat scan)b913 sp bahasa arab  (masuk ayat scan)b
913 sp bahasa arab (masuk ayat scan)b
Harni Abd Hakim
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
ssuser182c9c
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
Tamilaarasi Jagan
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Stephanie Unsil
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
lailihjdaud
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
Penang Lim
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
aisahhaslina
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
hassanyHashim
 

Similar to Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab (20)

Kertas kerja transisi skm 2021
Kertas kerja transisi skm 2021Kertas kerja transisi skm 2021
Kertas kerja transisi skm 2021
 
Bulan Bahasa 2022.doc
Bulan Bahasa 2022.docBulan Bahasa 2022.doc
Bulan Bahasa 2022.doc
 
Prinsip dan Faktor Pengembangan Kurikulum Bahasa Arab.pdf
Prinsip dan Faktor Pengembangan Kurikulum Bahasa Arab.pdfPrinsip dan Faktor Pengembangan Kurikulum Bahasa Arab.pdf
Prinsip dan Faktor Pengembangan Kurikulum Bahasa Arab.pdf
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
 
Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
913 sp bahasa arab (masuk ayat scan)b
913 sp bahasa arab  (masuk ayat scan)b913 sp bahasa arab  (masuk ayat scan)b
913 sp bahasa arab (masuk ayat scan)b
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 
Panduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 skPanduan guru bm thn 2 sk
Panduan guru bm thn 2 sk
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Santapan minda thn 6
Santapan minda thn 6Santapan minda thn 6
Santapan minda thn 6
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
 
13 dasar kurikulum
13  dasar kurikulum13  dasar kurikulum
13 dasar kurikulum
 
Panduan Loka Penguatan Literasi, PSP A-1-rev-2.pdf
Panduan Loka Penguatan Literasi, PSP A-1-rev-2.pdfPanduan Loka Penguatan Literasi, PSP A-1-rev-2.pdf
Panduan Loka Penguatan Literasi, PSP A-1-rev-2.pdf
 

Recently uploaded

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 

Recently uploaded (20)

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 

Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab

  • 1. Ruj: Mesyurat Pengurusan dan Pentadbiran IPGKBM Bil. /2021 Nombor: KERTAS CADANGAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU PENGANJURAN KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB GURU SEKOLAH RENDAH 2021 ________________________________________________________________ TUJUAN 1. Kertas kerja ini dikemukakan kepada Ahli Majlis Pengurusan Pentadbiran Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) untuk memohon kelulusan bagi penganjuran Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah program Kursus Induksi Pensyarah Baharu (KIPB) 2.0. LATAR BELAKANG 2. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 ini merupakan program perkhidmatan konsultasi kumpulan pensyarah baharu bagi menyelesiakan tugasan Jaringan dan Jalinan dalam Kursus Induksi Pensyarah Baharu (KIPB) 2.0 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program ini diterajui oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), IPG Kampus Bahasa Melayu. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab berkenaan kaedah dan kemahiran mengajar yang boleh diaplikasikan oleh guru bahasa Arab dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. 3. Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di peringkat sekolah rendah diperluaskan lagi dengan pelaksanaan program j-QAF di seluruh negara pada tahun 2005. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK
  • 2. sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru bahasa Arab yang dilantik khusus (KPM, 2005). 4. Selain daripada perkembangan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menetapkan matlamat utama pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah adalah untuk menanam minat mempelajarinya bagi menguasai kemahiran berbahasa. Matlamat lain pula ialah membolehkan murid berkomunikasi dengan baik dan efisen. Kemampuan untuk mengenali, menyebut dan menguasai huruf hijaiyyah dan perkataan serta ayat bahasa juga merupakan antara matlamat utamanya. Keupayaan ini pula perlu dicapai berdasarkan situasi tertentu serta memahaminya dan mampu membaca dengan betul (JAPIM, 2004). Justeru, amat penting bagi warga guru mata pelajaran bahasa Arab untuk sentiasa mengaplikasikan kaedah mengajar yang lebih berkesan. 5. Secara keseluruhannya, penjelasan di atas menunjukkan tentang latar belakang sejarah bahasa Arab umumnya dan secara khususnya perkembangan bahasa Arab dalam sistem pendidikan negara sehingga sekarang terutamanya pelaksanaannya dalam sistem pendidikan sekolah kebangsaan. ASAS PERTIMBANGAN 6. Untuk menjadi seorang guru yang baik dan berperanan sebagai pengurus dalam bilik darjah, seorang guru itu perlu menyiapkan diri dengan tahap pengetahuan yang baik dalam banyak perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan selok belok pengajaran dan pengurusan. Dua perkara ini merupakan isu utama yang perlu ditangani dengan bijaksana oleh setiap guru bagi mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Perkara ini melibatkan banyak proses seperti merancang, mengoperasi, memimpin, menyelaras, menganalisis dan semua bentuk perancangan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga melibatkan guru sebagai pengurus bilik darjah yang memerlukan kepada tujuh perkara iaitu (1) objektif, (2) bahan dan sumber, (3) strategi/pendekatan/teknik, (4) pemeringkatan isi, (5) aktiviti, (6) kemudahan dan susunan fizikal, dan (7) penilaian (Shahabuddin et al., 2007).
  • 3. 7. Seorang guru yang baik juga perlu memiliki kemahiran menyampaikan isi pengajaran atau ilmu pedagogi. Kemahiran ini adalah antara kemahiran yang paling penting dan utama kerana ia melibatkan proses pemindahan ilmu dari guru kepada pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian yang khusus adalah dari aspek tempoh, kuantiti dan kualiti maklumat, aktiviti pengajaran yang relevan, tahap penyertaan pelajar, ketepatan fakta dan konsep yang diajar, aktiviti pengembangan isi yang sesuai, intonasi suara, teknik menyoal, proses penilaian dan sebagainya. Kenyataan ini disokong oleh Grossman, 1990; Mishra & Kohler, 2006; Shulman, 1987; Webb & Cox, 2004, yang menyatakan kebanyakan guru menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan disebabkan penguasaan mereka yang cetek terhadap ilmu pedagogi. 8. Penganjuran kursus ini dapat membantu guru bahasa Arab agar lebih mahir menguasai pedagogi kerana pedagogi dapat membantu guru tersebut memahami prinsip-prinsip penagajaran dan pembelajaran. Pedagogi merupakana sesuatu pengajaran yang perlu dimulakan dengan pengajaran yang mudah untuk murid- murid dan seterusnya kepada pengajaran yang sukar. Selain itu, seorang guru perlu menguasai pedagogi kerana guru tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya. Jadi, dengan adanya ilmu atau kemahiran pedagogi tersebut, ianya akan memudahkan seorang guru tersebut merancang pengajaran harian dengan baik dan mudah. PERINCIAN CADANGAN 9. Objektif Kursusl Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Sekolah rendah 2021. i. Memberi pendedahan tentang ilmu pedagogi kepada guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab. ii. Merungkai dan merangkai DSKP bahasa Arab Tahun 4 KSSR Semakan 2017. iii. Memberi pendedahan pengaplikasian teknologi dalam pedagogi Pendidikan bahasa Arab. iv. Memberi latihan kepada guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab bagi menggunakan kaedah teknologi serta pedagogi yang sesuai dalam PdP.
  • 4. v. Menguasai ilmu pedagogi dan teknologi pengajaran dengan baik. 10. Format penganjuran Kursus Pedagogi dan Teknologi Pendidikan 11.Tempoh penganjuran Selama 2 hari iaitu pada 20 dan 21 September 2021 bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. 12. Lampiran 1 – Jawatankuasa Pelaksana 13. Lampiran 2 – Tentatif Program IMPLIKASI 14. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 melibatkan penyertaan seramai 130 hingga 150 orang guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab di sekolah rendah yang terpilih di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. KESIMPULAN 15. Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021 ini merangkumi aktiviti utama iaitu Kursus Merungkai dan Merangkai DSKP bahasa Arab Tahun 4 KSSR Semakan 2017 bagi Slot 1 pada 20 September 2021. Kemudian pada 21 September 2021, peserta akan didedahkan dengan Teknologi dalam Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab. Kursus ini berlangsung selama 2 hari bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. PELAN KOMUNIKASI 16. Kertas Cadangan ini memerlukan penyediaan pelan komunikasi seperti berikut: (i) Mesej Strategik Kertas cadangan ini menjelaskan penyediaan pelaksanaan Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021.
  • 5. (ii) Jurucakap Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) (iii) Kumpulan Sasaran Guru-guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (iv) Medium Surat siaran pelaksanaan, surat jemputan, poster, laman sesawang IPGKBM dan google meet. SYOR 17. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk meluluskan permohonan peganjuran Kursus Pedagogi Pendidikan Bahasa Arab Guru Sekolah Rendah 2021. JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 6 SEPTEMBER 2021
  • 6. LAMPIRAN 1 KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN BAHASAARAB GURU SEKOLAH RENDAH 2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASAMELAYU JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS BIL AHLI JAWATANKUASA NAMA 1. Penaung Pengarah IPGKBM YBrs. Puan. Hajah Nor Asilah binti Osman (B.C.K) 2. Penasihat Timbalan Pengarah IPGKBM YBrs. Dr. Nirwana binti Mohd Rashid 3. Pengerusi Ketua Jabatan JAPIM 4. Penyelaras Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi 5. Setiausaha Puan Rosnawati binti Sa’ad 6. Pengurusan Majlis Encik Hussain bin Hamid 7. Pengacara Majlis Puan Rosnawati binti Sa’ad 8. Protokol Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi 9. Surat Jemputan/Teks Ucapan Puan Rosnawati binti Sa’ad 10. Teknikal Encik Hussain bin Hamid 11. Buku Program Dr. Nurulrabihah binti Mat Noh 12. Sijil Dr. Nurulrabihah binti Mat Noh 13. Kehadiran Peserta Encik Hussain bin Hamid 14. Siaraya/ Fotografi Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
  • 7. LAMPIRAN 2 TENTATIF KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB GURU SEKOLAH RENDAH 2021 Hari Pertama (Sesi 1) ISNIN, 20 September 2021 2:00 – 2:30 petang 2:30 – 2:45 petang 2:45 – 4:30 petang Pendaftaran Majlis Pembukaan Slot 1 Tajuk : Merungkai dan Merangkai DSKP Bahasa Arab Tahun 4 KSSR Semakan 2017 Penceramah: Ustaz Hussin bin Hamid Fasilitator: Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi Hari Kedua (Sesi 2) SELASA, 21 September 2021 2:00 – 2:30 petang 2:30 – 4:15 petang 4:15 - 4:30 petang Pendaftaran Slot 2 Tajuk: Teknologi Dalam Pendidikan Bahasa Arab. Penceramah: Dr. Nurul Rabihah binti Mat Noh Fasilitator Puan Rosnawati binti Sa’ad Majlis Penutupan