SlideShare a Scribd company logo
KERAJAAN MALAYSIA
_______________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016
_______________________
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS
(SUBJECT MATTER EXPERT – SME)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
1
JPA.BK(S)226/6/4 Jld. 4 (38) No. Siri
KERAJAAN MALAYSIA
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS
(SUBJECT MATTER EXPERT – SME)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan
kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi
mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan
intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran
serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan
pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016
2
DASAR SME
2. Pegawai awam yang mempunyai keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi,
berpengalaman luas serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya layak
diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) melalui
pemangkuan/ kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk
melepasi tapisan kepakaran yang ketat.
3. Pegawai SME perlu melaksanakan Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus
(SME Special Assignment – SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi
tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LALUAN SME
4. Garis panduan pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan SME bagi pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan dijelaskan seperti di lampiran.
PENGECUALIAN
5. Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan SME selain daripada
ketetapan yang terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan ini adalah tertakluk
kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
TARIKH KUAT KUASA
6. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
Lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016
KERAJAAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA
LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS
(SUBJECT MATTER EXPERT - SME)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
PERSEKUTUAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
2016
i
KANDUNGAN
Bil. Tajuk
Muka
surat
1. Kandungan i
2. Senarai Lampiran ii
3. TUJUAN 1
4. TAFSIRAN 1
5. PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG
KEPAKARAN
2
6. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA 3
Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 4
Tanggungjawab JKI 4
Tanggungjawab JKK 5
Tanggungjawab Urus Setia 5
7. FASA PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA
LALUAN SME
5
Fasa 1 : Kemasukan 5
a.Fasa 2 : Kenaikan Pangkat 9
b.Fasa 3 : Penilaian Tahap Kepakaran Bagi Tujuan
Pemangkuan Ke Gred Seterusnya Atau Pengekalan
10
8. TADBIR URUS PEGAWAI SME 12
9. ELAUN DAN KEMUDAHAN 13
ii
SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT
LAMPIRAN A
Kaedah Pengenalpastian Keperluan Kepakaran
A1 Kaedah Analisis Keperluan Bidang Kepakaran 15
A2 Contoh Format Penentuan Dan Unjuran Bidang Kepakaran 16
LAMPIRAN B
Kaedah Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan SME
B1 Senarai Tugas Urus Setia 17
B2 Carta Alir Pelaksanaan SME 19
B3 Contoh Borang Permohonan SME 21
B4 Contoh Pengisian Maklumat Penugasan Khas SME
(SME Special Assignment - SSA)
27
B5 Contoh Pemarkahan Kemasukan Ke Laluan SME 33
1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN
PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
TUJUAN
1. Garis panduan ini menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan
SME bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
TAFSIRAN
2. Bagi maksud garis panduan ini:
“Jawatankuasa Induk (JKI)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan
di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 – Panduan
Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian
(Succession Planning) bagi menjalankan fungsi utama memperakukan calon
SME kepada Lembaga Kenaikan Pangkat;
“Jawatankuasa Kerja (JKK)” merujuk kepada jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 bagi
menjalankan fungsi utama penilaian kepakaran SME;
“jawatan strategik” bermaksud jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/
jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan
oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah
yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/
hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan
2
dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan
kewangan, modal insan dan harta modal;
“kamus kompetensi kepakaran” bermaksud dokumen yang mengandungi
hala tuju bidang, kriteria, tahap, pelan pembangunan dan program latihan SME;
“Ketua Perkhidmatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai
sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Ketua Perkhidmatan;
“Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)” bermaksud Suruhanjaya atau mana-
mana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional
dan ke atas sebagaimana yang diberi kuasa mengikut undang-undang yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara;
“Perkhidmatan Gunasama” bermaksud skim perkhidmatan yang mana Ketua
Perkhidmatannya ialah KPPA;
“Penugasan Khas SME – SME Special Assignment (SSA)” bermaksud
penugasan khas yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berkaitan bidang dan
tahap kepakaran selain tugas berdasarkan jawatan (job description) bagi tujuan
kenaikan pangkat dan pemangkuan ke gred seterusnya.
PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG KEPAKARAN
3. Ketua Perkhidmatan hendaklah merancang dan menentukan bidang kepakaran
berdasarkan fungsi utama jabatan selaras dengan visi dan misi organisasi ke arah
merealisasikan hala tuju negara. Penentuan bidang kepakaran ini adalah bagi
memenuhi keperluan jangka masa panjang dan sederhana jabatan.
3
4. Contoh kaedah analisis keperluan kepakaran adalah seperti di Lampiran A1
dan contoh format penentuan dan unjuran bidang kepakaran adalah seperti di
Lampiran A2.
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
5. Pembentukan Jawatankuasa Induk (JKI) dan Jawatankuasa Kerja (JKK) adalah
berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006. JKI hendaklah melantik
anggota JKK yang berkepakaran dalam bidang yang ditetapkan bagi memastikan
penilaian kepakaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
6. Anggota* JKK yang dilantik boleh terdiri daripada pegawai awam, pesara, ahli
akademik atau pihak swasta yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
(a) memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang
kepakaran;
(b) sumbangan luas dalam bidang kepakaran;
(c) mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di
peringkat negara atau antarabangsa; dan
(d) kriteria lain yang ditentukan oleh JKI, jika perlu.
* Tahap kepakaran anggota hendaklah melebihi tahap kepakaran
pegawai yang akan dinilai.
4
Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan
7. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut:
(a) mengkaji dan menetapkan bidang kepakaran berdasarkan hala tuju
jabatan/ kementerian dan negara;
(b) merancang dan melaksanakan dasar kemajuan kerjaya secara efektif
termasuk pelan pembangunan kepakaran;
(c) membangun dan memperincikan kriteria penilaian kepakaran serta
mekanisme tapisan kepakaran;
(d) membangun kamus kompetensi bidang kepakaran;
(e) menyediakan senarai SSA; dan
(f) mengurus dan memantau pelaksanaan SME di peringkat jabatan/
kementerian.
Tanggungjawab JKI
8. JKI hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut:
(a) meluluskan bidang kepakaran;
(b) melantik anggota JKK;
(c) memperaku kriteria penilaian, dan pindaannya kepada urus setia LKP
di JPA;
(d) memperaku calon untuk kemasukan ke laluan SME;
(e) memperaku kenaikan pangkat pegawai SME; dan
(f) memperaku pegawai SME untuk pemangkuan ke gred seterusnya.
5
Tanggungjawab JKK
9. JKK bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut:
(a) menjalankan tapisan calon melalui kaedah yang bersesuaian;
(b) mengemukakan keputusan penilaian kepakaran kepada JKI;
(c) menyemak dan menambah baik kriteria penilaian kepakaran; dan
(d) menilai pencapaian SSA pegawai SME setiap tahun.
Tanggungjawab Urus Setia
10. Urus setia hendaklah melaksanakan perkara-perkara sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan SME seperti di Lampiran B1.
11. Peranan dan hubung kait pelaksanaan SME ini dijelaskan melalui carta alir
pelaksanaan SME seperti di Lampiran B2.
FASA PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN SME
12. Di bawah kemajuan kerjaya laluan SME, terdapat tiga (3) fasa pelaksanaan
seperti berikut:-
(a) Fasa 1: Kemasukan
Pegawai boleh memohon untuk berada di laluan SME dan perlu melepasi syarat asas
serta mencapai markah keseluruhan tidak kurang daripada 85% bagi kriteria umum
dan khusus seperti berikut:-
6
(i) Syarat Asas
Syarat asas yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan:-
1) pegawai berada di gred 44/ 48/ 52/ 54 atau setaraf;
2) berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya 8 tahun dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
3) telah berkhidmat dalam bidang khusus yang sama sekurang-
kurangnya 5 tahun bagi pegawai dalam bidang profesional/ teknikal
atau sekurang-kurangnya 7 tahun bagi pegawai dalam bidang
pengurusan;
4) mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85%
dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut;
5) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM);
6) bebas daripada hukuman tatatertib;
7) telah mengisytiharkan harta; dan
8) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar
daripada institusi pinjaman pendidikan.
(ii) Kriteria Umum (wajaran markah 30%)
Kriteria umum yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan mengandungi
elemen seperti berikut:-
1) Pencapaian Akademik
Memiliki pencapaian akademik/ sijil ikhtisas/ sarjana/ Ph.D berkaitan
bidang kepakaran;
7
2) Sumbangan
Idea inovatif dan kreatif di dalam tugas rasmi atau tidak rasmi,
penglibatan di dalam program berimpak tinggi, mendapat
pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat
universiti, sektoral, negara atau antarabangsa;
3) Anugerah/ Pengiktirafan
Anugerah/ pengiktirafan yang diterima di peringkat universiti,
sektoral, negara atau antarabangsa berkaitan bidang kepakaran; dan
4) Penilaian Kepakaran 360°
Pengesahan daripada pegawai penilai, rakan sejawat dan pegawai
bawahan mengenai kepakaran pegawai.
Ketua Perkhidmatan boleh menetapkan wajaran markah bagi setiap elemen
di bawah kriteria umum di atas.
(iii) Kriteria Khusus (wajaran markah 70%)
Ketua Perkhidmatan boleh menentukan sekurang-kurangnya tiga (3)
kriteria khusus seperti di bawah:
1) Kelayakan Profesional
Memiliki kelayakan profesional dari badan profesional yang diiktiraf
di peringkat negara atau antarabangsa;
2) Penulisan dan Pembentangan Ilmiah atau Laporan Teknikal
Penghasilan bahan rujukan dan laporan profesional dalam bidang
kepakarannya;
8
3) Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development)
Penghasilan kajian-kajian berkaitan bidang kepakaran yang berimpak
tinggi serta dijadikan rujukan dari dalam atau luar organisasi;
4) Konsultasi dan Khidmat Rundingan
Menjalankan khidmat runding cara secara project-based dalam skop
kepakaran kepada pelbagai pihak dalam dan luar organisasi;
5) Coaching & Mentoring
Keupayaan melahir dan membentuk pelapis yang mempunyai
kepakaran yang sama (transfer of knowledge and skills); atau
6) Item-item lain yang bersesuaian dengan skim perkhidmatan
Kriteria khusus yang dibangunkan berdasarkan keunikan sesuatu skim
perkhidmatan.
13. Kriteria kepakaran yang dibangunkan beserta pindaannya hendaklah mendapat
kelulusan LKP.
14. Ketua Perkhidmatan boleh menyediakan borang permohonan ke laluan SME
berdasarkan kesesuaian skim perkhidmatan. Contoh borang permohonan adalah
seperti di Lampiran B3.
15. Pegawai yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan diperaku oleh JKI
adalah layak dipertimbang untuk diiktiraf sebagai SME. Pegawai yang telah diiktiraf
sebagai SME oleh LKP akan diberi pemangkuan ke satu gred lebih tinggi.
9
16. Bagi pelaksanaan laluan SME ini, kenaikan gred pegawai tidak dikaitkan
dengan pertambahan kuasa perintah dan kawalan (command and control) atau tugas
penyeliaan kepada pegawai.
Fasa 2: Kenaikan Pangkat
17. Pegawai SME yang telah memangku sekurang-kurangnya satu (1) tahun, boleh
diperakukan kenaikan pangkat oleh JKI sekiranya berpuas hati dengan prestasi
pegawai di gred kepakaran yang dipangku dan memenuhi syarat-syarat kenaikan
pangkat yang ditetapkan seperti berikut:-
(a) syarat asas
(i) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM);
(ii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan
(iii) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan
Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
(b) melepasi markah 85% bagi SSA tahun pertama; dan
(c) melepasi markah 85% bagi LNPT tahun terkini.
18. Sekiranya pegawai gagal mencapai atau memenuhi syarat di atas dalam tempoh
dua (2) tahun, JKI perlu memperakukan kepada LKP supaya pegawai dikeluarkan
daripada laluan SME.
19. LKP boleh membuat apa-apa keputusan berhubung kenaikan pangkat pegawai
berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
10
Fasa 3 : Penilaian Tahap Kepakaran Bagi Tujuan Pemangkuan Ke Gred
Seterusnya atau Pengekalan
Pemangkuan Ke Gred Seterusnya
20. Pegawai SME akan dipertimbangkan pemangkuan ke gred seterusnya setelah
berada di gred kepakaran semasa sekurang-kurangnya tempoh tiga (3) tahun dan
melepasi penilaian tahap kepakaran pada gred berikutnya.
21. Bagi tujuan tersebut, pegawai SME hendaklah memenuhi syarat-syarat
kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa serta melepasi markah penilaian seperti
berikut:-
(a) syarat asas
(i) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM);
(ii) telah mengisytiharkan harta;
(iii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan
(iv) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan
Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
(b) melepasi markah keseluruhan 90% bagi SSA dan LNPT dengan syarat
tidak kurang daripada markah minimum 85% bagi LNPT dan 85%
bagi SSA untuk tempoh tiga (3) tahun penilaian.
11
22. Wajaran markah yang ditetapkan bagi LNPT dan SSA adalah seperti berikut :-
Penilaian
Wajaran
Tahap 1
Gred 48
Tahap 2
Gred 52
Tahap 3
Gred 54
Tahap 4
Gred Khas C
i) LNPT 80% 60% 40% 20%
ii) SSA 20% 40% 60% 80%
23. Formula pengiraan markah keseluruhan adalah seperti berikut:
Markah Keseluruhan :
Tahun 1 (LNPT+SSA) + Tahun 2 (LNPT+SSA) + Tahun 3 (LNPT+SSA)
3
24. Pegawai SME layak dipertimbangkan pemangkuan ke gred seterusnya apabila
melepasi markah minimum 85% bagi LNPT dan SSA bagi tempoh tiga (3) tahun
berturut-turut dengan markah keseluruhan melepasi 90%.
Contoh :
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 KESELURUHAN
LNPT SSA LNPT SSA LNPT SSA
90.2%93% 89% 89% 90% 89% 90%
92.2% 89.2% 89.2%
12
Pengekalan
25. Pegawai SME yang tidak melepasi penilaian pemangkuan ke gred seterusnya
tetapi mencapai markah keseluruhan 85% hingga 89.99% akan berada di laluan
SME pada gred yang sama.
26. Pegawai SME akan dinilai semula tahap kepakaran pada tahun berikutnya dan
perlu melepasi markah keseluruhan 90% tahun terkini penilaian (tertakluk tidak
kurang 85% bagi LNPT dan SSA) dan diperaku oleh JKI, boleh dipertimbangkan oleh
LKP untuk diberi pemangkuan ke gred berikutnya.
27. Pegawai boleh terkeluar dari laluan SME sekiranya masih gagal melepasi
penilaian peningkatan tahap kepakaran dalam tempoh dua (2) tahun berikutnya
dengan markah keseluruhan tahun terkini kurang daripada 90%.
TADBIR URUS PEGAWAI SME
28. Pegawai SME hendaklah kekal dalam bidang kepakaran yang sama
sepanjang berada di laluan SME.
29. Pegawai SME yang ditukarkan daripada laluan SME atas keperluan
perkhidmatan boleh dipertimbangkan kemasukan semula ke laluan SME tertakluk
melepasi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan. Keperluan perkhidmatan
bermaksud apa–apa perkara yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan yang
mewajarkan seseorang pegawai bertukar laluan SME.
13
30. LKP boleh memutuskan pegawai SME terkeluar daripada laluan SME dan
kembali ke laluan hakiki serta tidak layak menerima apa-apa faedah dan gelaran yang
berkaitan SME dalam salah satu keadaan seperti berikut:-
(a) tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi kepakaran;
(c) pegawai memohon keluar dari laluan SME; atau
(d) apa-apa sebab yang munasabah berdasarkan peraturan yang sedang
berkuat kuasa.
31. Pegawai yang terkeluar dari laluan SME hanya boleh dipertimbangkan semula
ke laluan SME tidak kurang daripada tempoh tiga (3) tahun.
32. Pegawai SME yang telah mencapai gred tertinggi dalam laluan SME boleh
dicalonkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik atau
pemangkuan ke jawatan yang lebih tinggi dengan syarat pegawai mengekalkan
prestasi cemerlang sepanjang berada dalam laluan SME dan mencapai tahap
kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut pemakaian skim perkhidmatan
masing-masing tertakluk kelulusan oleh LKP.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
33. Pegawai SME layak menerima apa-apa elaun dan kemudahan pada gred yang
disandang berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
14
PERTANYAAN
34. Sebarang pertanyaan berkenaan garis panduan ini, boleh hubungi:-
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 7, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA
E-mel : sme@jpa.gov.my
15
LAMPIRAN A1
KAEDAH ANALISIS KEPERLUAN BIDANG KEPAKARAN
Pelaksanaan
 Strategi
merapatkan
jurang
 Pengambilan
 Pemilihan
 Latihan
 Pengekalan
 Pengiktirafan
Analisis Data
 Analisis jurang
keperluan
 Perbandingan
keperluan
kepakaran
semasa dan
masa hadapan
 Tentukan jurang
tenaga manusia
Pengumpulan
Data
 Semakan
persekitaran
(kedudukan
semasa)
 Analisis
berdasarkan
instrumen yang
bersesuaian
(SWOT/ BOS/
7S dan lain-lain)
Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4
Penilaian
Strategik
 Semak strategi
dan pelan
tindakan serta
implikasi tenaga
manusia
 Bina pelan
jangka masa
panjang serta
tempoh masa
Langkah 1
Penilaian
Semakan Semula & Penilaian
 Membangunkan objektif proses perancangan
tenaga manusia dan pengukuran prestasi
 Penilaian proses perancangan tenaga manusia
serta keberkesanannya
Langkah 5
16
LAMPIRAN A2
CONTOH FORMAT PENENTUAN DAN UNJURAN BIDANG KEPAKARAN
Skim
Perkhidmatan
Bidang Teras Bidang Kepakaran
(Dipersetujui KP &
KSU)
Keperluan
Negara &
Organisasi
(2015-2020)
Bilangan Pakar
Sedia Ada (2016)
Jangkaan Atrisi Dalam Tempoh 5 Tahun
dan Jurang Keperluan Sebenar
Kejuruteraan Kejuruteraan
Awam
Water Resources &
Hydrology
4 1 Tahun/ Jangkaan 2016 2017 2018 2019 2020
Sedia Ada 1 2 3 3 4
Bersara (-) 0 -1 0 -1 0
Keperluan (+) 1 2 0 2 0
Jumlah SME 2 3 3 4 4
Dam Safety 3 1 Contoh format seperti di atas.
Flood Management 3 1 Contoh format seperti di atas.
17
LAMPIRAN B1
SENARAI TUGAS URUS SETIA
Tanggungjawab utama urus setia terdiri daripada tiga (3) peringkat pelaksanaan:-
SEBELUM
a) membentuk urus setia kecil bagi membantu melicinkan pelaksanaan SME
(jika perlu);
b) mengadakan siri libat urus (engagement) bersama agensi di bawah
perkhidmatan bagi merancang keperluan kepakaran;
c) mengadakan bengkel, penentuan bidang, pembangunan kriteria,
pembangunan tahap, penetapan SSA, kaedah penilaian, program latihan dan
pembangunan kepakaran. Contoh Pengisian Maklumat Penugasan Khas SME
(SME Special Assignment – SSA) dan Contoh Pemarkahan Kemasukan Ke
Laluan SME adalah seperti di Lampiran B4 dan Lampiran B5;
d) menguruskan pelantikan anggota tambahan JKI dan JKK berdasarkan
kepakaran dan kriteria yang ditetapkan;
e) membuat anggaran kos pelaksanaan seperti penginapan, makan, sewaan
tempat, fasilitator dan urus setia (tertakluk kepada peruntukan semasa
Kerajaan, pekeliling perbendaharaan serta keperluan dasar lain dari semasa ke
semasa);
f) menyediakan apa-apa bentuk kaedah pemantauan yang sistematik bagi
menguruskan pegawai SME; dan
g) merancang pelaksanaan SME secara berjadual dan teratur.
18
SEMASA
Setelah kriteria kepakaran diluluskan oleh LKP, perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:
a) mengadakan hebahan bagi tujuan permohonan ke laluan SME;
b) menjalankan semakan dokumen kelayakan calon;
c) mengadakan sesi taklimat kepada anggota JKK;
d) menjalankan hal-hal keurusetiaan semasa program penilaian oleh JKK dan JKI
termasuk penetapan tarikh, penyediaan dokumentasi dan borang-borang
penilaian;
e) melaksanakan pemantauan setiap aktiviti supaya berjalan lancar dan mengikut
ketetapan;
f) menguruskan dokumen penilaian dan pemarkahan sebagai dokumen
terperingkat;
g) menyediakan dokumen perakuan kepada urus setia LKP;
h) menyampaikan keputusan LKP kepada Ketua Jabatan bagi tujuan penempatan;
dan
i) menyediakan dan menyampaikan surat penempatan dan SSA kepada pegawai
SME.
SELEPAS
a) menguruskan pergerakan dan peningkatan kepakaran pegawai SME melalui
penilaian berkala;
b) memastikan pegawai SME mengemukakan dokumen SSA apabila genap
tempoh penilaian bagi pertimbangan kenaikan pangkat dan pemangkuan ke
gred seterusnya; dan
c) menjalankan audit dan naziran pelaksanaan SME di jabatan/ kementerian.
19
LAMPIRAN B2
CARTA ALIR PELAKSANAAN SME
KETUA
PERKHIDMATAN
JKK JKI LKP
(1) Perancangan
(2) Kemasukan SME
 Meluluskan bidang
kepakaran dan
kaedah penilaian
 Memperakukan
kriteria kepada
LKP
Tidak lulus
 Penentuan bidang
kepakaran dan kriteria
Lulus
Mula
 Hebahan laluan SME
 Saringan urus setia
Pemangkuan &
Penempatan SME
Proses penilaian
Perakuan
Keputusan
Tamat
Tidak peraku
Lulus
Peraku
Mesyuarat LKP
Tidak lulus
Mesyuarat LKPPencalonan
Keputusan
20
CARTA ALIR PELAKSANAAN SME
KETUA
PERKHIDMATAN
JKK JKI LKP
(4) Peningkatan SME (setiap 3 tahun)
Mesyuarat LKP
Tamat
Syor:
 Naik pangkat
 Keluar laluan SME
Keputusan
Pegawai memenuhi
syarat asas dan SSA
berdasarkan tahap
kepakaran
(3) Kenaikan Pangkat
Tidak lulus
Lulus
Mula
Mula
Tamat
Keluar laluan SME
Pengekalan Keputusan
Proses penilaian
Pegawai memenuhi
syarat asas dan SSA
Proses penilaian
Pemangkuan
Mesyuarat LKP
Syor:
 Pemangkuan ke
gred seterusnya
(≥90%)
 Pengekalan
(85% - 89.99%)
 Keluar laluan SME
21
LAMPIRAN B3
CONTOH BORANG PERMOHONAN SME
A. BUTIR-BUTIR PERIBADI
a) Nama :
b) No. Kad Pengenalan :
c) Skim Perkhidmatan/ Gred :
d) Tarikh Lahir/ Umur :
e) Jantina :
f) Keturunan :
B. BUTIRAN PERKHIDMATAN
Bil.
Kementerian/
Jabatan/ Bahagian/
Cawangan
Tempoh
Perkhidmatan
(Tarikh)
Bidang Tugas
Gred
i.
ii.
iii.
22
KRITERIA UMUM
C. PENCAPAIAN AKADEMIK
Bil.
Kelayakan
Akademik
Yang Diperoleh
Pengkhususan
Tahun
Kelayakan
Diperoleh Dan
Institusi
Nyatakan Sama
Ada Berkaitan
Bidang
Kepakaran/ Tidak
Berkaitan
i. Ph.D.
ii. Sarjana
iii. Ijazah
iv. Lain-lain
D. SUMBANGAN DALAM BIDANG KEPAKARAN
Bil.
Sumbangan Kepakaran/
Projek
Tahun
Peringkat
(Antarabangsa/
Negara/ Negeri/
Masyarakat/
Organisasi)
i.
ii.
iii.
E. ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN BERKAITAN BIDANG
KEPAKARAN
Bil. Anugerah (Keterangan) Tahun Peringkat
i.
ii.
iii.
23
KRITERIA KHUSUS
F. KELAYAKAN PROFESIONAL
Bil. Sijil Profesional Tahun Diperoleh Tahap
i.
ii.
iii.
G. PENULISAN/ PEMBENTANGAN ILMIAH/ LAPORAN TEKNIKAL*
Bil. Keterangan Tahap Tahun
i.  Tajuk kertas kerja/
penerbitan ilmiah/ laporan
kajian penambahbaikan,
penyelidikan, inovasi dan
penemuan baru
 Anjuran/ Organisasi
 Pegawai pengesah
 Peringkat
(Jabatan/
Negara/
Antarabangsa)
ii.
iii.
* Perlu disertakan dokumen pembuktian
24
H. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Bil. Keterangan Tahap Tahun
i.  Tajuk kertas kerja/
penerbitan ilmiah/ laporan
kajian penambahbaikan,
penyelidikan, inovasi dan
penemuan baru
 Anjuran/ Organisasi
 Pegawai pengesah
ii.
iii.
I. KONSULTASI/ KHIDMAT RUNDINGAN
Bil. Keterangan Peringkat Tahun
i. Menjelaskan skop tugas
konsultasi serta rundingan
Contoh :
i) menjadi sumber rujukan/
pengerusi/ ahli
jawatankuasa teknikal
dalam bidang kepakaran di
peringkat jabatan/ luar
jabatan
ii.
iii.
25
J. PERAKUAN
Saya _______________________________, no. Kad Pengenalan ________________
dengan ini mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberi adalah benar, dan akur
dengan perkara-perkara seperti berikut:
a) memahami kesan-kesan ke atas kemajuan kerjaya sekiranya saya tidak
menunjukkan prestasi kepakaran yang baik atau memohon bertukar laluan;
b) boleh dikenakan hukuman tatatertib sekiranya mengemukakan maklumat palsu
dan ditarik semula pemangkuan/ kenaikan pangkat berdasarkan peraturan yang
sedang berkuatkuasa.
K. ULASAN KETUA JABATAN
Adalah dengan ini disahkan bahawa pegawai ini:
Sila tandakan ( √ ) yang berkaitan
1. bebas daripada tindakan tatatertib serta rasuah
2. sedang/ pernah dikenakan tindakan tatatertib
*Jika ya, sila nyatakan jenis kesalahan dan tarikh kuatkuasa hukuman:
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
26
L. PERAKUAN KETUA JABATAN
Disokong/ Tidak Disokong
(Potong mana yang tidak berkenaan)
Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Cop Ketua Jabatan :
27
LAMPIRAN B4
CONTOH PENGISIAN MAKLUMAT PENUGASAN KHAS SME
(SME SPECIAL ASSIGNMENT - SSA)
MAKLUMAT UMUM
Nama pegawai En. Mohd Shah bin Abdul Rahman
Jawatan
Ketua Penolong Pengarah
Unit Perlindungan Alam Sekitar Marin
Gelaran Jawatan Pakar Alam Sekitar Marin
Gred A52 KUP (SME)
Bahagian Keselamatan Pelayaran
Skim Perkhidmatan Pegawai Laut
Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah Laut
Tarikh Kuatkuasa Tarikh pegawai diarah memangku
Bidang kepakaran
Berdasarkan bidang kepakaran yang diluluskan LKP
(contoh: Alam Sekitar Marin)
Sub Bidang Kepakaran
Berdasarkan sub bidang kepakaran yang diluluskan LKP
(contoh: Coastal Engineering)
28
CONTOH JADUAL PENETAPAN TAHAP KEPAKARAN
Elemen
Tahap 1
(Gred 48)
Tahap 2
(Gred 52)
Tahap 3
(Gred 54)
Tahap 4
(Gred Khas C)
Kompleksiti Tugas Operasi Strategik High Risk Unprecedented
Tahap Penglibatan Dalaman Negara
Serantau/
Bilateral
Antarabangsa/
Multilateral
Penerimaan
Kepakaran
Kerajaan
Kerajaan &
Swasta
Kerajaan,
Swasta dan
Akademik
Kerajaan, Swasta,
Akademik dan
Antarabangsa
Keberhasilan Tinggi Amat Tinggi Cemerlang Tanda Aras
TAHAP KEPAKARAN GRED 52
1. Kepakaran: Tahap Dua
2. Dimensi Kepakaran:
a) Konsultasi
b) Inovasi penulisan dan pembentangan ilmiah
c) Laporan teknikal/ Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
d) Coaching & Mentoring
e) Lain-lain kriteria yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan
DIMENSI SME
PETUNJUK
PRESTASI UTAMA
SASARAN
(KOS/ MASA/
KUANTITI/
KUALITI)
VERIFIKASI
1. Penulisan,
Pembentangan
Ilmiah dan
Kertas Kerja
 Mengenal pasti
satu set indikator
prestasi untuk
mengukur bidang
keberhasilan utama
yang bermakna
dan memberi
 Tajuk kertas kerja/
penerbitan ilmiah/
laporan kajian
penambahbaikan,
penyelidikan, inovasi
dan penemuan baru
 Anjuran/ Organisasi
di peringkat
dalam dan
luar jabatan
(minimum 3
dimensi)
29
DIMENSI SME
PETUNJUK
PRESTASI UTAMA
SASARAN
(KOS/ MASA/
KUANTITI/
KUALITI)
VERIFIKASI
impak kepada
organisasi
 Menjelaskan
bentuk tugasan
yang diperlukan,
disasarkan dan
dilengkapkan
Contoh :
a) penulisan/ jurnal
yang dihasilkan di
peringkat jabatan/
negeri/ negara
b) pembentangan
kertas kerja di
peringkat negeri/
negara
c) penghasilan kertas
kerja berkaitan
bidang kepakaran/
Standard
Operating
Procedure (S.O.P)
di peringkat
jabatan.
1
1
1
 Peringkat (Jabatan/
Negara/ Antarabangsa)
 Pegawai yang boleh
mengesahkan
 Maklumat ringkas
mengenai produk
(Executive Summary)
i) Tujuan
ii) Milestone/
Tempoh Masa
iii) Output/ Outcome
iv) dan lain-lain yang
berkaitan
2. Penyelidikan
dan
Pembangunan
Menjelaskan bentuk
tugasan yang
diperlukan
Contoh :
i) penulisan atau
penerbitan kertas
kerja/ penerbitan
ilmiah/ garis
panduan/ dasar/
prosedur/ tatacara/
hasil kajian
penyelidikan
Jabatan: 1
Luar jabatan: 1
 Tajuk kertas kerja/
penerbitan ilmiah/
laporan kajian
penambahbaikan,
penyelidikan, inovasi
dan penemuan baru
 Anjuran/ Organisasi
30
DIMENSI SME
PETUNJUK
PRESTASI UTAMA
SASARAN
(KOS/ MASA/
KUANTITI/
KUALITI)
VERIFIKASI
dalam bidang
kepakaran di
peringkat jabatan/
luar jabatan
ii) pembentangan
kertas kerja/
penulisan ilmiah/
laporan kajian
penambahbaikan/
penyelidikan/
inovasi dan
penemuan baru
peringkat jabatan/
luar jabatan
a) Jabatan : 2
kertas kerja
b) Luar jabatan :
2 laporan
kajian
penambah
baikan
 Peringkat (Jabatan/
Negara/ Antarabangsa)
 Pegawai pengesah
 Maklumat ringkas
mengenai produk
(Executive Summary)
i) Tujuan
ii) Milestone/
Tempoh Masa
iii) Output/ Outcome
iv) dan lain-lain yang
berkaitan
 Tajuk kertas kerja/
penerbitan ilmiah/
laporan kajian
penambahbaikan,
penyelidikan, inovasi
dan penemuan baru
 Anjuran/ Organisasi
 Tarikh pembentangan
 Nama seminar/
program
 Peringkat (Jabatan/
Negara/ Antarabangsa)
 Pegawai pengesah
 Maklumat ringkas
mengenai produk
(Executive Summary)
i) Tujuan
ii) Milestone/
Tempoh Masa
iii) Output/ Outcome
iv) dan lain-lain yang
berkaitan.
3. Konsultasi dan
Khidmat
Rundingan
Menjelaskan skop
tugas konsultasi serta
rundingan
Contoh :
31
DIMENSI SME
PETUNJUK
PRESTASI UTAMA
SASARAN
(KOS/ MASA/
KUANTITI/
KUALITI)
VERIFIKASI
ii) Menjadi sumber
rujukan/
pengerusi/ ahli
jawatankuasa
teknikal dalam
bidang kepakaran
di peringkat
jabatan/ luar
jabatan
iii) Memberi
ceramah/ tenaga
pengajar dalam
bidang kepakaran
di peringkat
jabatan/ luar
jabatan
a) Jabatan : 5
konsultasi
b) Luar jabatan :
5 konsultasi
a) Jabatan: 5
ceramah
b) Luar jabatan:
5 sesi
pengajaran
 Nama aktiviti
(Jawatankuasa
Teknikal/ Program
Kolaborasi/ Panel
Teknikal)
 Anjuran/ Organisasi
 Jawatan
 Tarikh lantikan
 Peranan/ TOR
 Pegawai pengesah
 Maklumat ringkas
mengenai
jawatankuasa teknikal/
program
i) Tujuan
ii) Milestone/
Tempoh Masa
iii) Output/ Outcome
iv) Status Kemajuan
 Tajuk Aktiviti (Tenaga
Pengajar/ Ceramah/
Kuliah)
 Anjuran/ Organisasi
 Tarikh Aktiviti
 Peringkat (Jabatan/
Negara/ Antarabangsa)
 Objektif/ Tujuan
Aktiviti
 Pegawai pengesah
4. Coaching &
Mentoring
Menjelaskan bentuk
tugasan yang
dilaksanakan oleh
pegawai
Contoh :
a) Melahirkan
seorang jurutera
permodelan dalam
bidang kajian
hidraulik/
hidrodinamik
1 orang  Nama Pegawai/
Jawatan/ Gred
 Kekerapan
 Tempoh Penilaian
 Penugasan Khas
32
DIMENSI SME
PETUNJUK
PRESTASI UTAMA
SASARAN
(KOS/ MASA/
KUANTITI/
KUALITI)
VERIFIKASI
b) Melahirkan
seorang jurutera
reka bentuk pantai
dan sumber
rujukan dalam
menghasilkan reka
bentuk struktur-
struktur
pengawalan
hakisan pantai
secara in-house
berdasarkan ‘Best
Engineering
Practise’
menggunakan
piawaian USACE
Shore Protection
Manual dan
Coastal
Engineering
Manual
1 orang
 Peranan/ TOR
 Pegawai pengesah
 Maklumat ringkas
mengenai program
pementoran/ coaching
i) Tujuan
ii) Milestone/
Tempoh Masa
iii) Output/ Outcome
iv) Status Kemajuan
5. Lain-lain
kriteria yang
ditetapkan
oleh JKK
Disediakan oleh : Urus Setia JKK
Disahkan oleh : Pengerusi JKK
33
LAMPIRAN B5
CONTOH PEMARKAHAN
KEMASUKAN KE LALUAN SME
JABATAN ___________________________________________
Nama : ________________________________
Gred : ________________________________
Bil Perkara Catatan Urus Setia
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
SYARAT ASAS (melepasi/ tidak)
pegawai berada di gred 44/ 48/ 52/ 54 atau setaraf;
berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan awam
dengan sekurang-kurangnya 8 tahun dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
telah berkhidmat dalam bidang khusus yang sama
sekurang-kurangnya 5 tahun bagi pegawai dalam
bidang profesional/ teknikal atau sekurang-
kurangnya 7 tahun bagi pegawai dalam bidang
pengurusan;
mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) 85% untuk tiga (3) tahun terkini
secara berturut-turut;
lulus tapisan keselamatan dan keutuhan SPRM;
bebas dari tindakan tatatertib; dan
telah mengisytiharkan harta.
Catatan:
Urus setia hendaklah
memastikan pegawai
melepasi syarat asas
yang ditetapkan dan
mencatatnya di
ruangan ini dalam
bentuk senarai semak.
34
1.
2.
3.
4.
KRITERIA UMUM (30%)
(berkaitan bidang kepakaran)
KELAYAKAN AKADEMIK (5%)
Ph.D.
Sarjana
Ijazah
Sijil Profesional/ Ikhtisas
JUMLAH
SUMBANGAN (10%)
Antarabangsa
Negara
Negeri
Tempatan/ Daerah
Jabatan
JUMLAH
ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN (10%)
Antarabangsa
Negara
Negeri
Tempatan/Daerah
Jabatan
JUMLAH
PENILAIAN 360° (5%)
Sangat Tinggi
Tinggi
Sederhana
Rendah
Sangat Rendah
JUMLAH
JUMLAH BESAR (KRITERIA UMUM)
Catatan:
i) Wajaran markah
boleh ditetapkan
berdasarkan gred,
tahap kepakaran,
bilangan, peringkat
dan dimensi
penilaian.
ii) Penetapan wajaran
hendaklah
bersesuaian dan
munasabah
35
5.
6.
7.
8.
9.
KRITERIA KHUSUS (70%)
KELAYAKAN PROFESIONAL (10%)
Antarabangsa
Negara
JUMLAH
PENULISAN DAN PEMBENTANGAN
ILMIAH ATAU LAPORAN TEKNIKAL (10%)
(kompleksiti/ bilangan/ peringkat)
Antarabangsa
Negara
Tempatan/ Daerah
Jabatan
JUMLAH
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
(R&D)
(kompleksiti/ bilangan/ peringkat)
Antarabangsa
Negara
Tempatan/Daerah
Jabatan
JUMLAH
KONSULTASI DAN KHIDMAT RUNDINGAN
COACHING & MENTORING
(kompleksiti/ bilangan/ peringkat)
Antarabangsa
Negara
Tempatan/Daerah
Jabatan
JUMLAH
LAIN-LAIN DIMENSI KEPAKARAN YANG
BERSESUAIAN DENGAN SKIM
PERKHIDMATAN
Continuous Professional Development (CPD)/
Kursus Fungsian
JUMLAH
JUMLAH BESAR (KRITERIA KHUSUS)
JUMLAH KESELURUHAN
Catatan:
i) Ketua Perkhidmatan
boleh memasukkan
dimensi lain yang
bersesuaian bagi
mengukur
kepakaran pegawai
ii) Ketua Perkhidmatan
perlu
memperincikan
wajaran
pemarkahan
berdasarkan
kuantiti, tahap
penglibatan,
kompleksiti dan
tahap kepakaran.

More Related Content

What's hot

Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbppp
Nor AB
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Lee Oi Wah
 
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdfSENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
ssuserff20bb
 
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docxMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
Noor Ismail
 
Senarai semak tugasan penyelaras program
Senarai semak tugasan penyelaras programSenarai semak tugasan penyelaras program
Senarai semak tugasan penyelaras programsyafiun
 
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdfAKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
DahlanHam
 
Borang anggaran belanja mengurus
Borang anggaran belanja mengurusBorang anggaran belanja mengurus
Borang anggaran belanja mengurus
mohdhilmi66
 
Aturcara pentadbiran
Aturcara pentadbiranAturcara pentadbiran
Aturcara pentadbiran
Siti Na'ilah
 
Output n outcome
Output n outcomeOutput n outcome
Output n outcome
ST Ng
 
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
arlissuhazam
 
Proses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanProses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatan
Chon Seong Hoo
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanNasrul Hakim Zakaria
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012wan_mazri
 
Slaid taklimat my portfolio0
Slaid taklimat my portfolio0Slaid taklimat my portfolio0
Slaid taklimat my portfolio0
kamarul azhar abd hamid
 
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptxMESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
KhairulAdly1
 
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong KananTaklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong KananMinistry of Education Malaysia
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
AsmalizaMamat2
 
Panduan penyediaan skt
Panduan penyediaan sktPanduan penyediaan skt
Panduan penyediaan skt
Geneviene Bong
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Bani Rali
 
SKT GPK1 format baru
SKT GPK1  format baruSKT GPK1  format baru
SKT GPK1 format baru
Azie Rahman
 

What's hot (20)

Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbppp
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
 
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdfSENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
SENARAI SEMAK AUDIT 2022.pdf
 
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docxMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1 2022skrp.docx
 
Senarai semak tugasan penyelaras program
Senarai semak tugasan penyelaras programSenarai semak tugasan penyelaras program
Senarai semak tugasan penyelaras program
 
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdfAKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
AKAUNTABILITI_DALAM_PENGURUSAN_KEWANGAN_SEKOLAH.pdf
 
Borang anggaran belanja mengurus
Borang anggaran belanja mengurusBorang anggaran belanja mengurus
Borang anggaran belanja mengurus
 
Aturcara pentadbiran
Aturcara pentadbiranAturcara pentadbiran
Aturcara pentadbiran
 
Output n outcome
Output n outcomeOutput n outcome
Output n outcome
 
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
Aturcara sambutan hari raya sktg 2019
 
Proses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatanProses kerja melancung dan lawatan
Proses kerja melancung dan lawatan
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012
 
Slaid taklimat my portfolio0
Slaid taklimat my portfolio0Slaid taklimat my portfolio0
Slaid taklimat my portfolio0
 
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptxMESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
MESYUARAT PENGURUSAN & PENTADBIRAN PPKI KALI KE 4 1.pptx
 
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong KananTaklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan
Taklimat PBPPP: 6. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
 
Panduan penyediaan skt
Panduan penyediaan sktPanduan penyediaan skt
Panduan penyediaan skt
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat (1)
 
SKT GPK1 format baru
SKT GPK1  format baruSKT GPK1  format baru
SKT GPK1 format baru
 

Similar to KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Overview SBPA
Overview SBPAOverview SBPA
Overview SBPATuanLoyar
 
3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan
Norazila Abdul Razak
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
daproket
 
Taklimatkaedahptk2010
Taklimatkaedahptk2010Taklimatkaedahptk2010
Taklimatkaedahptk2010zabidah awang
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2 wyinsam
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
Avs Alphons
 
1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru
Lailiah Harun
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi mindaAdura Azlin Ishak
 
Format Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip AkaunFormat Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip Akaun
Kamarul Azri
 
Spp052011 peperiksaan perkhidmatan awam
Spp052011   peperiksaan perkhidmatan awamSpp052011   peperiksaan perkhidmatan awam
Spp052011 peperiksaan perkhidmatan awamAdura Azlin Ishak
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Nor Ainee
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppALSAFII
 
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbpppshaleyati mohamed
 

Similar to KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN (20)

Overview SBPA
Overview SBPAOverview SBPA
Overview SBPA
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
 
Taklimatkaedahptk2010
Taklimatkaedahptk2010Taklimatkaedahptk2010
Taklimatkaedahptk2010
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
 
1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru1.pelaksanaan pbppp guru
1.pelaksanaan pbppp guru
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
Format Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip AkaunFormat Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip Akaun
 
Spp052011
Spp052011Spp052011
Spp052011
 
Spp052011 peperiksaan perkhidmatan awam
Spp052011   peperiksaan perkhidmatan awamSpp052011   peperiksaan perkhidmatan awam
Spp052011 peperiksaan perkhidmatan awam
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
 
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbpppTaklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
 

More from azman_awan9

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
azman_awan9
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
azman_awan9
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
azman_awan9
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
azman_awan9
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
azman_awan9
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
azman_awan9
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
azman_awan9
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
azman_awan9
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
azman_awan9
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
azman_awan9
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
azman_awan9
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
azman_awan9
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
azman_awan9
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
azman_awan9
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
azman_awan9
 

More from azman_awan9 (20)

myPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdfmyPortfolio HRMIS.pdf
myPortfolio HRMIS.pdf
 
TICT #13
TICT #13TICT #13
TICT #13
 
TICT #11
TICT #11TICT #11
TICT #11
 
TICT #12
TICT #12 TICT #12
TICT #12
 
TICT #11
TICT #11 TICT #11
TICT #11
 
Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s                              Cara membuat domain filter huawei b618s
Cara membuat domain filter huawei b618s
 
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSOSenarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
Senarai Aset Alih (KEW.PA-7) Peralatan ICT SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Kaunseling SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Mesyuarat SMKSO
 
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSOAset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
Aset Bernilai Rendah (KEW.PA-4) Peralatan ICT Bilik Seminar SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSOHarta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-3) Peralatan ICT Pendingin Hawa SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Netbook 1Msia SMKSO
 
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSOHarta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
Harta Modal (KEW.PA-2) Peralatan ICT Makmal ICT SMKSO
 
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSOHarta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
Harta Modal Peralatan ICT Pusat Akses SMKSO
 
Manual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmtManual pengguna-bmt
Manual pengguna-bmt
 
Slide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baruSlide tpa 1 pp 2018 baru
Slide tpa 1 pp 2018 baru
 
English negeri
English negeriEnglish negeri
English negeri
 
English kebangsaan
English kebangsaanEnglish kebangsaan
English kebangsaan
 
English daerah
English daerahEnglish daerah
English daerah
 
Math daerah (2)
Math daerah (2)Math daerah (2)
Math daerah (2)
 

KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

  • 1. KERAJAAN MALAYSIA _______________________ PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016 _______________________ KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
  • 2. 1 JPA.BK(S)226/6/4 Jld. 4 (38) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) bagi mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016
  • 3. 2 DASAR SME 2. Pegawai awam yang mempunyai keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya layak diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) melalui pemangkuan/ kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk melepasi tapisan kepakaran yang ketat. 3. Pegawai SME perlu melaksanakan Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus (SME Special Assignment – SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LALUAN SME 4. Garis panduan pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan SME bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dijelaskan seperti di lampiran. PENGECUALIAN 5. Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan SME selain daripada ketetapan yang terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. TARIKH KUAT KUASA 6. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.
  • 4.
  • 5. Lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016 KERAJAAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 2016
  • 6. i KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka surat 1. Kandungan i 2. Senarai Lampiran ii 3. TUJUAN 1 4. TAFSIRAN 1 5. PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG KEPAKARAN 2 6. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA 3 Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 4 Tanggungjawab JKI 4 Tanggungjawab JKK 5 Tanggungjawab Urus Setia 5 7. FASA PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN SME 5 Fasa 1 : Kemasukan 5 a.Fasa 2 : Kenaikan Pangkat 9 b.Fasa 3 : Penilaian Tahap Kepakaran Bagi Tujuan Pemangkuan Ke Gred Seterusnya Atau Pengekalan 10 8. TADBIR URUS PEGAWAI SME 12 9. ELAUN DAN KEMUDAHAN 13
  • 7. ii SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT LAMPIRAN A Kaedah Pengenalpastian Keperluan Kepakaran A1 Kaedah Analisis Keperluan Bidang Kepakaran 15 A2 Contoh Format Penentuan Dan Unjuran Bidang Kepakaran 16 LAMPIRAN B Kaedah Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan SME B1 Senarai Tugas Urus Setia 17 B2 Carta Alir Pelaksanaan SME 19 B3 Contoh Borang Permohonan SME 21 B4 Contoh Pengisian Maklumat Penugasan Khas SME (SME Special Assignment - SSA) 27 B5 Contoh Pemarkahan Kemasukan Ke Laluan SME 33
  • 8. 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Garis panduan ini menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan SME bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. TAFSIRAN 2. Bagi maksud garis panduan ini: “Jawatankuasa Induk (JKI)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 – Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) bagi menjalankan fungsi utama memperakukan calon SME kepada Lembaga Kenaikan Pangkat; “Jawatankuasa Kerja (JKK)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 bagi menjalankan fungsi utama penilaian kepakaran SME; “jawatan strategik” bermaksud jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/ hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan
  • 9. 2 dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan kewangan, modal insan dan harta modal; “kamus kompetensi kepakaran” bermaksud dokumen yang mengandungi hala tuju bidang, kriteria, tahap, pelan pembangunan dan program latihan SME; “Ketua Perkhidmatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Ketua Perkhidmatan; “Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)” bermaksud Suruhanjaya atau mana- mana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas sebagaimana yang diberi kuasa mengikut undang-undang yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara; “Perkhidmatan Gunasama” bermaksud skim perkhidmatan yang mana Ketua Perkhidmatannya ialah KPPA; “Penugasan Khas SME – SME Special Assignment (SSA)” bermaksud penugasan khas yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berkaitan bidang dan tahap kepakaran selain tugas berdasarkan jawatan (job description) bagi tujuan kenaikan pangkat dan pemangkuan ke gred seterusnya. PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG KEPAKARAN 3. Ketua Perkhidmatan hendaklah merancang dan menentukan bidang kepakaran berdasarkan fungsi utama jabatan selaras dengan visi dan misi organisasi ke arah merealisasikan hala tuju negara. Penentuan bidang kepakaran ini adalah bagi memenuhi keperluan jangka masa panjang dan sederhana jabatan.
  • 10. 3 4. Contoh kaedah analisis keperluan kepakaran adalah seperti di Lampiran A1 dan contoh format penentuan dan unjuran bidang kepakaran adalah seperti di Lampiran A2. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA 5. Pembentukan Jawatankuasa Induk (JKI) dan Jawatankuasa Kerja (JKK) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006. JKI hendaklah melantik anggota JKK yang berkepakaran dalam bidang yang ditetapkan bagi memastikan penilaian kepakaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 6. Anggota* JKK yang dilantik boleh terdiri daripada pegawai awam, pesara, ahli akademik atau pihak swasta yang memenuhi kriteria seperti berikut:- (a) memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang kepakaran; (b) sumbangan luas dalam bidang kepakaran; (c) mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat negara atau antarabangsa; dan (d) kriteria lain yang ditentukan oleh JKI, jika perlu. * Tahap kepakaran anggota hendaklah melebihi tahap kepakaran pegawai yang akan dinilai.
  • 11. 4 Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 7. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) mengkaji dan menetapkan bidang kepakaran berdasarkan hala tuju jabatan/ kementerian dan negara; (b) merancang dan melaksanakan dasar kemajuan kerjaya secara efektif termasuk pelan pembangunan kepakaran; (c) membangun dan memperincikan kriteria penilaian kepakaran serta mekanisme tapisan kepakaran; (d) membangun kamus kompetensi bidang kepakaran; (e) menyediakan senarai SSA; dan (f) mengurus dan memantau pelaksanaan SME di peringkat jabatan/ kementerian. Tanggungjawab JKI 8. JKI hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) meluluskan bidang kepakaran; (b) melantik anggota JKK; (c) memperaku kriteria penilaian, dan pindaannya kepada urus setia LKP di JPA; (d) memperaku calon untuk kemasukan ke laluan SME; (e) memperaku kenaikan pangkat pegawai SME; dan (f) memperaku pegawai SME untuk pemangkuan ke gred seterusnya.
  • 12. 5 Tanggungjawab JKK 9. JKK bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) menjalankan tapisan calon melalui kaedah yang bersesuaian; (b) mengemukakan keputusan penilaian kepakaran kepada JKI; (c) menyemak dan menambah baik kriteria penilaian kepakaran; dan (d) menilai pencapaian SSA pegawai SME setiap tahun. Tanggungjawab Urus Setia 10. Urus setia hendaklah melaksanakan perkara-perkara sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan SME seperti di Lampiran B1. 11. Peranan dan hubung kait pelaksanaan SME ini dijelaskan melalui carta alir pelaksanaan SME seperti di Lampiran B2. FASA PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN SME 12. Di bawah kemajuan kerjaya laluan SME, terdapat tiga (3) fasa pelaksanaan seperti berikut:- (a) Fasa 1: Kemasukan Pegawai boleh memohon untuk berada di laluan SME dan perlu melepasi syarat asas serta mencapai markah keseluruhan tidak kurang daripada 85% bagi kriteria umum dan khusus seperti berikut:-
  • 13. 6 (i) Syarat Asas Syarat asas yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan:- 1) pegawai berada di gred 44/ 48/ 52/ 54 atau setaraf; 2) berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya 8 tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional; 3) telah berkhidmat dalam bidang khusus yang sama sekurang- kurangnya 5 tahun bagi pegawai dalam bidang profesional/ teknikal atau sekurang-kurangnya 7 tahun bagi pegawai dalam bidang pengurusan; 4) mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut; 5) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 6) bebas daripada hukuman tatatertib; 7) telah mengisytiharkan harta; dan 8) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (ii) Kriteria Umum (wajaran markah 30%) Kriteria umum yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan mengandungi elemen seperti berikut:- 1) Pencapaian Akademik Memiliki pencapaian akademik/ sijil ikhtisas/ sarjana/ Ph.D berkaitan bidang kepakaran;
  • 14. 7 2) Sumbangan Idea inovatif dan kreatif di dalam tugas rasmi atau tidak rasmi, penglibatan di dalam program berimpak tinggi, mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat universiti, sektoral, negara atau antarabangsa; 3) Anugerah/ Pengiktirafan Anugerah/ pengiktirafan yang diterima di peringkat universiti, sektoral, negara atau antarabangsa berkaitan bidang kepakaran; dan 4) Penilaian Kepakaran 360° Pengesahan daripada pegawai penilai, rakan sejawat dan pegawai bawahan mengenai kepakaran pegawai. Ketua Perkhidmatan boleh menetapkan wajaran markah bagi setiap elemen di bawah kriteria umum di atas. (iii) Kriteria Khusus (wajaran markah 70%) Ketua Perkhidmatan boleh menentukan sekurang-kurangnya tiga (3) kriteria khusus seperti di bawah: 1) Kelayakan Profesional Memiliki kelayakan profesional dari badan profesional yang diiktiraf di peringkat negara atau antarabangsa; 2) Penulisan dan Pembentangan Ilmiah atau Laporan Teknikal Penghasilan bahan rujukan dan laporan profesional dalam bidang kepakarannya;
  • 15. 8 3) Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development) Penghasilan kajian-kajian berkaitan bidang kepakaran yang berimpak tinggi serta dijadikan rujukan dari dalam atau luar organisasi; 4) Konsultasi dan Khidmat Rundingan Menjalankan khidmat runding cara secara project-based dalam skop kepakaran kepada pelbagai pihak dalam dan luar organisasi; 5) Coaching & Mentoring Keupayaan melahir dan membentuk pelapis yang mempunyai kepakaran yang sama (transfer of knowledge and skills); atau 6) Item-item lain yang bersesuaian dengan skim perkhidmatan Kriteria khusus yang dibangunkan berdasarkan keunikan sesuatu skim perkhidmatan. 13. Kriteria kepakaran yang dibangunkan beserta pindaannya hendaklah mendapat kelulusan LKP. 14. Ketua Perkhidmatan boleh menyediakan borang permohonan ke laluan SME berdasarkan kesesuaian skim perkhidmatan. Contoh borang permohonan adalah seperti di Lampiran B3. 15. Pegawai yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan diperaku oleh JKI adalah layak dipertimbang untuk diiktiraf sebagai SME. Pegawai yang telah diiktiraf sebagai SME oleh LKP akan diberi pemangkuan ke satu gred lebih tinggi.
  • 16. 9 16. Bagi pelaksanaan laluan SME ini, kenaikan gred pegawai tidak dikaitkan dengan pertambahan kuasa perintah dan kawalan (command and control) atau tugas penyeliaan kepada pegawai. Fasa 2: Kenaikan Pangkat 17. Pegawai SME yang telah memangku sekurang-kurangnya satu (1) tahun, boleh diperakukan kenaikan pangkat oleh JKI sekiranya berpuas hati dengan prestasi pegawai di gred kepakaran yang dipangku dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti berikut:- (a) syarat asas (i) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iii) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) melepasi markah 85% bagi SSA tahun pertama; dan (c) melepasi markah 85% bagi LNPT tahun terkini. 18. Sekiranya pegawai gagal mencapai atau memenuhi syarat di atas dalam tempoh dua (2) tahun, JKI perlu memperakukan kepada LKP supaya pegawai dikeluarkan daripada laluan SME. 19. LKP boleh membuat apa-apa keputusan berhubung kenaikan pangkat pegawai berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  • 17. 10 Fasa 3 : Penilaian Tahap Kepakaran Bagi Tujuan Pemangkuan Ke Gred Seterusnya atau Pengekalan Pemangkuan Ke Gred Seterusnya 20. Pegawai SME akan dipertimbangkan pemangkuan ke gred seterusnya setelah berada di gred kepakaran semasa sekurang-kurangnya tempoh tiga (3) tahun dan melepasi penilaian tahap kepakaran pada gred berikutnya. 21. Bagi tujuan tersebut, pegawai SME hendaklah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa serta melepasi markah penilaian seperti berikut:- (a) syarat asas (i) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) telah mengisytiharkan harta; (iii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iv) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) melepasi markah keseluruhan 90% bagi SSA dan LNPT dengan syarat tidak kurang daripada markah minimum 85% bagi LNPT dan 85% bagi SSA untuk tempoh tiga (3) tahun penilaian.
  • 18. 11 22. Wajaran markah yang ditetapkan bagi LNPT dan SSA adalah seperti berikut :- Penilaian Wajaran Tahap 1 Gred 48 Tahap 2 Gred 52 Tahap 3 Gred 54 Tahap 4 Gred Khas C i) LNPT 80% 60% 40% 20% ii) SSA 20% 40% 60% 80% 23. Formula pengiraan markah keseluruhan adalah seperti berikut: Markah Keseluruhan : Tahun 1 (LNPT+SSA) + Tahun 2 (LNPT+SSA) + Tahun 3 (LNPT+SSA) 3 24. Pegawai SME layak dipertimbangkan pemangkuan ke gred seterusnya apabila melepasi markah minimum 85% bagi LNPT dan SSA bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut dengan markah keseluruhan melepasi 90%. Contoh : TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 KESELURUHAN LNPT SSA LNPT SSA LNPT SSA 90.2%93% 89% 89% 90% 89% 90% 92.2% 89.2% 89.2%
  • 19. 12 Pengekalan 25. Pegawai SME yang tidak melepasi penilaian pemangkuan ke gred seterusnya tetapi mencapai markah keseluruhan 85% hingga 89.99% akan berada di laluan SME pada gred yang sama. 26. Pegawai SME akan dinilai semula tahap kepakaran pada tahun berikutnya dan perlu melepasi markah keseluruhan 90% tahun terkini penilaian (tertakluk tidak kurang 85% bagi LNPT dan SSA) dan diperaku oleh JKI, boleh dipertimbangkan oleh LKP untuk diberi pemangkuan ke gred berikutnya. 27. Pegawai boleh terkeluar dari laluan SME sekiranya masih gagal melepasi penilaian peningkatan tahap kepakaran dalam tempoh dua (2) tahun berikutnya dengan markah keseluruhan tahun terkini kurang daripada 90%. TADBIR URUS PEGAWAI SME 28. Pegawai SME hendaklah kekal dalam bidang kepakaran yang sama sepanjang berada di laluan SME. 29. Pegawai SME yang ditukarkan daripada laluan SME atas keperluan perkhidmatan boleh dipertimbangkan kemasukan semula ke laluan SME tertakluk melepasi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan. Keperluan perkhidmatan bermaksud apa–apa perkara yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan yang mewajarkan seseorang pegawai bertukar laluan SME.
  • 20. 13 30. LKP boleh memutuskan pegawai SME terkeluar daripada laluan SME dan kembali ke laluan hakiki serta tidak layak menerima apa-apa faedah dan gelaran yang berkaitan SME dalam salah satu keadaan seperti berikut:- (a) tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi kepakaran; (c) pegawai memohon keluar dari laluan SME; atau (d) apa-apa sebab yang munasabah berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 31. Pegawai yang terkeluar dari laluan SME hanya boleh dipertimbangkan semula ke laluan SME tidak kurang daripada tempoh tiga (3) tahun. 32. Pegawai SME yang telah mencapai gred tertinggi dalam laluan SME boleh dicalonkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik atau pemangkuan ke jawatan yang lebih tinggi dengan syarat pegawai mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang berada dalam laluan SME dan mencapai tahap kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut pemakaian skim perkhidmatan masing-masing tertakluk kelulusan oleh LKP. ELAUN DAN KEMUDAHAN 33. Pegawai SME layak menerima apa-apa elaun dan kemudahan pada gred yang disandang berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  • 21. 14 PERTANYAAN 34. Sebarang pertanyaan berkenaan garis panduan ini, boleh hubungi:- Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 7, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA E-mel : sme@jpa.gov.my
  • 22. 15 LAMPIRAN A1 KAEDAH ANALISIS KEPERLUAN BIDANG KEPAKARAN Pelaksanaan  Strategi merapatkan jurang  Pengambilan  Pemilihan  Latihan  Pengekalan  Pengiktirafan Analisis Data  Analisis jurang keperluan  Perbandingan keperluan kepakaran semasa dan masa hadapan  Tentukan jurang tenaga manusia Pengumpulan Data  Semakan persekitaran (kedudukan semasa)  Analisis berdasarkan instrumen yang bersesuaian (SWOT/ BOS/ 7S dan lain-lain) Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Penilaian Strategik  Semak strategi dan pelan tindakan serta implikasi tenaga manusia  Bina pelan jangka masa panjang serta tempoh masa Langkah 1 Penilaian Semakan Semula & Penilaian  Membangunkan objektif proses perancangan tenaga manusia dan pengukuran prestasi  Penilaian proses perancangan tenaga manusia serta keberkesanannya Langkah 5
  • 23. 16 LAMPIRAN A2 CONTOH FORMAT PENENTUAN DAN UNJURAN BIDANG KEPAKARAN Skim Perkhidmatan Bidang Teras Bidang Kepakaran (Dipersetujui KP & KSU) Keperluan Negara & Organisasi (2015-2020) Bilangan Pakar Sedia Ada (2016) Jangkaan Atrisi Dalam Tempoh 5 Tahun dan Jurang Keperluan Sebenar Kejuruteraan Kejuruteraan Awam Water Resources & Hydrology 4 1 Tahun/ Jangkaan 2016 2017 2018 2019 2020 Sedia Ada 1 2 3 3 4 Bersara (-) 0 -1 0 -1 0 Keperluan (+) 1 2 0 2 0 Jumlah SME 2 3 3 4 4 Dam Safety 3 1 Contoh format seperti di atas. Flood Management 3 1 Contoh format seperti di atas.
  • 24. 17 LAMPIRAN B1 SENARAI TUGAS URUS SETIA Tanggungjawab utama urus setia terdiri daripada tiga (3) peringkat pelaksanaan:- SEBELUM a) membentuk urus setia kecil bagi membantu melicinkan pelaksanaan SME (jika perlu); b) mengadakan siri libat urus (engagement) bersama agensi di bawah perkhidmatan bagi merancang keperluan kepakaran; c) mengadakan bengkel, penentuan bidang, pembangunan kriteria, pembangunan tahap, penetapan SSA, kaedah penilaian, program latihan dan pembangunan kepakaran. Contoh Pengisian Maklumat Penugasan Khas SME (SME Special Assignment – SSA) dan Contoh Pemarkahan Kemasukan Ke Laluan SME adalah seperti di Lampiran B4 dan Lampiran B5; d) menguruskan pelantikan anggota tambahan JKI dan JKK berdasarkan kepakaran dan kriteria yang ditetapkan; e) membuat anggaran kos pelaksanaan seperti penginapan, makan, sewaan tempat, fasilitator dan urus setia (tertakluk kepada peruntukan semasa Kerajaan, pekeliling perbendaharaan serta keperluan dasar lain dari semasa ke semasa); f) menyediakan apa-apa bentuk kaedah pemantauan yang sistematik bagi menguruskan pegawai SME; dan g) merancang pelaksanaan SME secara berjadual dan teratur.
  • 25. 18 SEMASA Setelah kriteria kepakaran diluluskan oleh LKP, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah: a) mengadakan hebahan bagi tujuan permohonan ke laluan SME; b) menjalankan semakan dokumen kelayakan calon; c) mengadakan sesi taklimat kepada anggota JKK; d) menjalankan hal-hal keurusetiaan semasa program penilaian oleh JKK dan JKI termasuk penetapan tarikh, penyediaan dokumentasi dan borang-borang penilaian; e) melaksanakan pemantauan setiap aktiviti supaya berjalan lancar dan mengikut ketetapan; f) menguruskan dokumen penilaian dan pemarkahan sebagai dokumen terperingkat; g) menyediakan dokumen perakuan kepada urus setia LKP; h) menyampaikan keputusan LKP kepada Ketua Jabatan bagi tujuan penempatan; dan i) menyediakan dan menyampaikan surat penempatan dan SSA kepada pegawai SME. SELEPAS a) menguruskan pergerakan dan peningkatan kepakaran pegawai SME melalui penilaian berkala; b) memastikan pegawai SME mengemukakan dokumen SSA apabila genap tempoh penilaian bagi pertimbangan kenaikan pangkat dan pemangkuan ke gred seterusnya; dan c) menjalankan audit dan naziran pelaksanaan SME di jabatan/ kementerian.
  • 26. 19 LAMPIRAN B2 CARTA ALIR PELAKSANAAN SME KETUA PERKHIDMATAN JKK JKI LKP (1) Perancangan (2) Kemasukan SME  Meluluskan bidang kepakaran dan kaedah penilaian  Memperakukan kriteria kepada LKP Tidak lulus  Penentuan bidang kepakaran dan kriteria Lulus Mula  Hebahan laluan SME  Saringan urus setia Pemangkuan & Penempatan SME Proses penilaian Perakuan Keputusan Tamat Tidak peraku Lulus Peraku Mesyuarat LKP Tidak lulus Mesyuarat LKPPencalonan Keputusan
  • 27. 20 CARTA ALIR PELAKSANAAN SME KETUA PERKHIDMATAN JKK JKI LKP (4) Peningkatan SME (setiap 3 tahun) Mesyuarat LKP Tamat Syor:  Naik pangkat  Keluar laluan SME Keputusan Pegawai memenuhi syarat asas dan SSA berdasarkan tahap kepakaran (3) Kenaikan Pangkat Tidak lulus Lulus Mula Mula Tamat Keluar laluan SME Pengekalan Keputusan Proses penilaian Pegawai memenuhi syarat asas dan SSA Proses penilaian Pemangkuan Mesyuarat LKP Syor:  Pemangkuan ke gred seterusnya (≥90%)  Pengekalan (85% - 89.99%)  Keluar laluan SME
  • 28. 21 LAMPIRAN B3 CONTOH BORANG PERMOHONAN SME A. BUTIR-BUTIR PERIBADI a) Nama : b) No. Kad Pengenalan : c) Skim Perkhidmatan/ Gred : d) Tarikh Lahir/ Umur : e) Jantina : f) Keturunan : B. BUTIRAN PERKHIDMATAN Bil. Kementerian/ Jabatan/ Bahagian/ Cawangan Tempoh Perkhidmatan (Tarikh) Bidang Tugas Gred i. ii. iii.
  • 29. 22 KRITERIA UMUM C. PENCAPAIAN AKADEMIK Bil. Kelayakan Akademik Yang Diperoleh Pengkhususan Tahun Kelayakan Diperoleh Dan Institusi Nyatakan Sama Ada Berkaitan Bidang Kepakaran/ Tidak Berkaitan i. Ph.D. ii. Sarjana iii. Ijazah iv. Lain-lain D. SUMBANGAN DALAM BIDANG KEPAKARAN Bil. Sumbangan Kepakaran/ Projek Tahun Peringkat (Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Masyarakat/ Organisasi) i. ii. iii. E. ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN BERKAITAN BIDANG KEPAKARAN Bil. Anugerah (Keterangan) Tahun Peringkat i. ii. iii.
  • 30. 23 KRITERIA KHUSUS F. KELAYAKAN PROFESIONAL Bil. Sijil Profesional Tahun Diperoleh Tahap i. ii. iii. G. PENULISAN/ PEMBENTANGAN ILMIAH/ LAPORAN TEKNIKAL* Bil. Keterangan Tahap Tahun i.  Tajuk kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan, penyelidikan, inovasi dan penemuan baru  Anjuran/ Organisasi  Pegawai pengesah  Peringkat (Jabatan/ Negara/ Antarabangsa) ii. iii. * Perlu disertakan dokumen pembuktian
  • 31. 24 H. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Bil. Keterangan Tahap Tahun i.  Tajuk kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan, penyelidikan, inovasi dan penemuan baru  Anjuran/ Organisasi  Pegawai pengesah ii. iii. I. KONSULTASI/ KHIDMAT RUNDINGAN Bil. Keterangan Peringkat Tahun i. Menjelaskan skop tugas konsultasi serta rundingan Contoh : i) menjadi sumber rujukan/ pengerusi/ ahli jawatankuasa teknikal dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan/ luar jabatan ii. iii.
  • 32. 25 J. PERAKUAN Saya _______________________________, no. Kad Pengenalan ________________ dengan ini mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberi adalah benar, dan akur dengan perkara-perkara seperti berikut: a) memahami kesan-kesan ke atas kemajuan kerjaya sekiranya saya tidak menunjukkan prestasi kepakaran yang baik atau memohon bertukar laluan; b) boleh dikenakan hukuman tatatertib sekiranya mengemukakan maklumat palsu dan ditarik semula pemangkuan/ kenaikan pangkat berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa. K. ULASAN KETUA JABATAN Adalah dengan ini disahkan bahawa pegawai ini: Sila tandakan ( √ ) yang berkaitan 1. bebas daripada tindakan tatatertib serta rasuah 2. sedang/ pernah dikenakan tindakan tatatertib *Jika ya, sila nyatakan jenis kesalahan dan tarikh kuatkuasa hukuman: ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
  • 33. 26 L. PERAKUAN KETUA JABATAN Disokong/ Tidak Disokong (Potong mana yang tidak berkenaan) Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Ketua Jabatan :
  • 34. 27 LAMPIRAN B4 CONTOH PENGISIAN MAKLUMAT PENUGASAN KHAS SME (SME SPECIAL ASSIGNMENT - SSA) MAKLUMAT UMUM Nama pegawai En. Mohd Shah bin Abdul Rahman Jawatan Ketua Penolong Pengarah Unit Perlindungan Alam Sekitar Marin Gelaran Jawatan Pakar Alam Sekitar Marin Gred A52 KUP (SME) Bahagian Keselamatan Pelayaran Skim Perkhidmatan Pegawai Laut Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah Laut Tarikh Kuatkuasa Tarikh pegawai diarah memangku Bidang kepakaran Berdasarkan bidang kepakaran yang diluluskan LKP (contoh: Alam Sekitar Marin) Sub Bidang Kepakaran Berdasarkan sub bidang kepakaran yang diluluskan LKP (contoh: Coastal Engineering)
  • 35. 28 CONTOH JADUAL PENETAPAN TAHAP KEPAKARAN Elemen Tahap 1 (Gred 48) Tahap 2 (Gred 52) Tahap 3 (Gred 54) Tahap 4 (Gred Khas C) Kompleksiti Tugas Operasi Strategik High Risk Unprecedented Tahap Penglibatan Dalaman Negara Serantau/ Bilateral Antarabangsa/ Multilateral Penerimaan Kepakaran Kerajaan Kerajaan & Swasta Kerajaan, Swasta dan Akademik Kerajaan, Swasta, Akademik dan Antarabangsa Keberhasilan Tinggi Amat Tinggi Cemerlang Tanda Aras TAHAP KEPAKARAN GRED 52 1. Kepakaran: Tahap Dua 2. Dimensi Kepakaran: a) Konsultasi b) Inovasi penulisan dan pembentangan ilmiah c) Laporan teknikal/ Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) d) Coaching & Mentoring e) Lain-lain kriteria yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan DIMENSI SME PETUNJUK PRESTASI UTAMA SASARAN (KOS/ MASA/ KUANTITI/ KUALITI) VERIFIKASI 1. Penulisan, Pembentangan Ilmiah dan Kertas Kerja  Mengenal pasti satu set indikator prestasi untuk mengukur bidang keberhasilan utama yang bermakna dan memberi  Tajuk kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan, penyelidikan, inovasi dan penemuan baru  Anjuran/ Organisasi di peringkat dalam dan luar jabatan (minimum 3 dimensi)
  • 36. 29 DIMENSI SME PETUNJUK PRESTASI UTAMA SASARAN (KOS/ MASA/ KUANTITI/ KUALITI) VERIFIKASI impak kepada organisasi  Menjelaskan bentuk tugasan yang diperlukan, disasarkan dan dilengkapkan Contoh : a) penulisan/ jurnal yang dihasilkan di peringkat jabatan/ negeri/ negara b) pembentangan kertas kerja di peringkat negeri/ negara c) penghasilan kertas kerja berkaitan bidang kepakaran/ Standard Operating Procedure (S.O.P) di peringkat jabatan. 1 1 1  Peringkat (Jabatan/ Negara/ Antarabangsa)  Pegawai yang boleh mengesahkan  Maklumat ringkas mengenai produk (Executive Summary) i) Tujuan ii) Milestone/ Tempoh Masa iii) Output/ Outcome iv) dan lain-lain yang berkaitan 2. Penyelidikan dan Pembangunan Menjelaskan bentuk tugasan yang diperlukan Contoh : i) penulisan atau penerbitan kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ garis panduan/ dasar/ prosedur/ tatacara/ hasil kajian penyelidikan Jabatan: 1 Luar jabatan: 1  Tajuk kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan, penyelidikan, inovasi dan penemuan baru  Anjuran/ Organisasi
  • 37. 30 DIMENSI SME PETUNJUK PRESTASI UTAMA SASARAN (KOS/ MASA/ KUANTITI/ KUALITI) VERIFIKASI dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan/ luar jabatan ii) pembentangan kertas kerja/ penulisan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan/ penyelidikan/ inovasi dan penemuan baru peringkat jabatan/ luar jabatan a) Jabatan : 2 kertas kerja b) Luar jabatan : 2 laporan kajian penambah baikan  Peringkat (Jabatan/ Negara/ Antarabangsa)  Pegawai pengesah  Maklumat ringkas mengenai produk (Executive Summary) i) Tujuan ii) Milestone/ Tempoh Masa iii) Output/ Outcome iv) dan lain-lain yang berkaitan  Tajuk kertas kerja/ penerbitan ilmiah/ laporan kajian penambahbaikan, penyelidikan, inovasi dan penemuan baru  Anjuran/ Organisasi  Tarikh pembentangan  Nama seminar/ program  Peringkat (Jabatan/ Negara/ Antarabangsa)  Pegawai pengesah  Maklumat ringkas mengenai produk (Executive Summary) i) Tujuan ii) Milestone/ Tempoh Masa iii) Output/ Outcome iv) dan lain-lain yang berkaitan. 3. Konsultasi dan Khidmat Rundingan Menjelaskan skop tugas konsultasi serta rundingan Contoh :
  • 38. 31 DIMENSI SME PETUNJUK PRESTASI UTAMA SASARAN (KOS/ MASA/ KUANTITI/ KUALITI) VERIFIKASI ii) Menjadi sumber rujukan/ pengerusi/ ahli jawatankuasa teknikal dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan/ luar jabatan iii) Memberi ceramah/ tenaga pengajar dalam bidang kepakaran di peringkat jabatan/ luar jabatan a) Jabatan : 5 konsultasi b) Luar jabatan : 5 konsultasi a) Jabatan: 5 ceramah b) Luar jabatan: 5 sesi pengajaran  Nama aktiviti (Jawatankuasa Teknikal/ Program Kolaborasi/ Panel Teknikal)  Anjuran/ Organisasi  Jawatan  Tarikh lantikan  Peranan/ TOR  Pegawai pengesah  Maklumat ringkas mengenai jawatankuasa teknikal/ program i) Tujuan ii) Milestone/ Tempoh Masa iii) Output/ Outcome iv) Status Kemajuan  Tajuk Aktiviti (Tenaga Pengajar/ Ceramah/ Kuliah)  Anjuran/ Organisasi  Tarikh Aktiviti  Peringkat (Jabatan/ Negara/ Antarabangsa)  Objektif/ Tujuan Aktiviti  Pegawai pengesah 4. Coaching & Mentoring Menjelaskan bentuk tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai Contoh : a) Melahirkan seorang jurutera permodelan dalam bidang kajian hidraulik/ hidrodinamik 1 orang  Nama Pegawai/ Jawatan/ Gred  Kekerapan  Tempoh Penilaian  Penugasan Khas
  • 39. 32 DIMENSI SME PETUNJUK PRESTASI UTAMA SASARAN (KOS/ MASA/ KUANTITI/ KUALITI) VERIFIKASI b) Melahirkan seorang jurutera reka bentuk pantai dan sumber rujukan dalam menghasilkan reka bentuk struktur- struktur pengawalan hakisan pantai secara in-house berdasarkan ‘Best Engineering Practise’ menggunakan piawaian USACE Shore Protection Manual dan Coastal Engineering Manual 1 orang  Peranan/ TOR  Pegawai pengesah  Maklumat ringkas mengenai program pementoran/ coaching i) Tujuan ii) Milestone/ Tempoh Masa iii) Output/ Outcome iv) Status Kemajuan 5. Lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh JKK Disediakan oleh : Urus Setia JKK Disahkan oleh : Pengerusi JKK
  • 40. 33 LAMPIRAN B5 CONTOH PEMARKAHAN KEMASUKAN KE LALUAN SME JABATAN ___________________________________________ Nama : ________________________________ Gred : ________________________________ Bil Perkara Catatan Urus Setia i) ii) iii) iv) v) vi) SYARAT ASAS (melepasi/ tidak) pegawai berada di gred 44/ 48/ 52/ 54 atau setaraf; berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan awam dengan sekurang-kurangnya 8 tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional; telah berkhidmat dalam bidang khusus yang sama sekurang-kurangnya 5 tahun bagi pegawai dalam bidang profesional/ teknikal atau sekurang- kurangnya 7 tahun bagi pegawai dalam bidang pengurusan; mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% untuk tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut; lulus tapisan keselamatan dan keutuhan SPRM; bebas dari tindakan tatatertib; dan telah mengisytiharkan harta. Catatan: Urus setia hendaklah memastikan pegawai melepasi syarat asas yang ditetapkan dan mencatatnya di ruangan ini dalam bentuk senarai semak.
  • 41. 34 1. 2. 3. 4. KRITERIA UMUM (30%) (berkaitan bidang kepakaran) KELAYAKAN AKADEMIK (5%) Ph.D. Sarjana Ijazah Sijil Profesional/ Ikhtisas JUMLAH SUMBANGAN (10%) Antarabangsa Negara Negeri Tempatan/ Daerah Jabatan JUMLAH ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN (10%) Antarabangsa Negara Negeri Tempatan/Daerah Jabatan JUMLAH PENILAIAN 360° (5%) Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat Rendah JUMLAH JUMLAH BESAR (KRITERIA UMUM) Catatan: i) Wajaran markah boleh ditetapkan berdasarkan gred, tahap kepakaran, bilangan, peringkat dan dimensi penilaian. ii) Penetapan wajaran hendaklah bersesuaian dan munasabah
  • 42. 35 5. 6. 7. 8. 9. KRITERIA KHUSUS (70%) KELAYAKAN PROFESIONAL (10%) Antarabangsa Negara JUMLAH PENULISAN DAN PEMBENTANGAN ILMIAH ATAU LAPORAN TEKNIKAL (10%) (kompleksiti/ bilangan/ peringkat) Antarabangsa Negara Tempatan/ Daerah Jabatan JUMLAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) (kompleksiti/ bilangan/ peringkat) Antarabangsa Negara Tempatan/Daerah Jabatan JUMLAH KONSULTASI DAN KHIDMAT RUNDINGAN COACHING & MENTORING (kompleksiti/ bilangan/ peringkat) Antarabangsa Negara Tempatan/Daerah Jabatan JUMLAH LAIN-LAIN DIMENSI KEPAKARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN SKIM PERKHIDMATAN Continuous Professional Development (CPD)/ Kursus Fungsian JUMLAH JUMLAH BESAR (KRITERIA KHUSUS) JUMLAH KESELURUHAN Catatan: i) Ketua Perkhidmatan boleh memasukkan dimensi lain yang bersesuaian bagi mengukur kepakaran pegawai ii) Ketua Perkhidmatan perlu memperincikan wajaran pemarkahan berdasarkan kuantiti, tahap penglibatan, kompleksiti dan tahap kepakaran.