SlideShare a Scribd company logo
JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10)                                          No. Siri:




                            KERAJAAN MALAYSIA
               _________________________________________________

       SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
            _________________________________________________

                     PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


TUJUAN


1.     Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai
pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan
memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


LATAR BELAKANG


2.     Selaras dengan pelaksanaan SBPA, Kerajaan telah memutuskan antara lain,
pemendekan tempoh percubaan dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan
hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Berikutan keputusan tersebut, pelaksanaan
Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan serta Peperiksaan Khas PSL
memerlukan perubahan dari segi syarat menduduki peperiksaan, sukatan dan pelaksanaannya.


3.     Perubahan yang dilaksanakan di bawah Surat Pekeliling ini melibatkan dua (2)
peperiksaan perkhidmatan berikut:




                                           1
a)     Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan
              pengesahan dalam perkhidmatan; dan
       b)     Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk
              peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.


Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas
Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun
DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa.


GLOSARI ISTILAH


4.     Istilah yang digunakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di
Lampiran A.


SYARAT DAN KELAYAKAN


5.     Pegawai yang disyaratkan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan
Subjek Jabatan adalah pegawai dalam tempoh percubaan tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pegawai yang dilantik secara
lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) adalah dikecualikan daripada menduduki
peperiksaan perkhidmatan ini.


6.     Pegawai yang skim perkhidmatannya memperuntukkan PSL layak menduduki
Peperiksaan Khas PSL sekiranya memenuhi syarat berikut:


       a)     telah disahkan dalam perkhidmatan;
       b)     telah berada di skim perkhidmatan semasa sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
              dan
       c)     diperakukan oleh Ketua Jabatan.




                                            2
7.     Pegawai yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan atau tidak menghadiri
Peperiksaan Khas PSL yang berkenaan tanpa alasan yang munasabah hendaklah dikenakan
tindakan penangguhan sebanyak tiga (3) siri Peperiksaan Khas PSL oleh panel peperiksaan.
Pegawai hanya layak menduduki semula peperiksaan tersebut setelah diperakukan oleh Ketua
Jabatan.


PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM


8.     Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dilaksanakan seperti berikut:


       a)     Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menggubal sukatan
              Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mengikut tiga (3) Tahap Keperluan
              Penguasaan (TKP) iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan;

       b)     JPA bertanggungjawab menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek
              Umum mengikut TKP yang telah ditetapkan;

       c)     Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab menentukan TKP Subjek Umum bagi
              skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya;

       d)     Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mengemukakan
              permohonan untuk mendapatkan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek
              Umum kepada JPA sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum tarikh
              peperiksaan;

       e)     Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan
              Perkhidmatan Subjek Umum bagi skim perkhidmatan yang berkenaan; dan

       f)     Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus
              dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.


Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum seperti di Lampiran B.


9.     Tahap penguasaan pegawai mengenai perkara asas kompetensi adalah berbeza
mengikut keperluan skim perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, TKP Peperiksaan
Perkhidmatan Subjek Umum ditetapkan mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan.
Perincian penetapan TKP mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan seperti di Jadual 1.


                                           3
Jadual 1: Penetapan TKP Mengikut Kandungan Subjek Dan Bentuk Soalan

      Tahap Keperluan
          Penguasaan
                               Asas                 Pertengahan              Lanjutan
                (TKP)
 Perkara

                                                                            Pengurusan
                                                                            Kewangan

                                                               Undang-Undang Kerajaan

                                                                  Arahan Perbendaharaan

                                                                   Arahan Keselamatan
  Kandungan Subjek
                                         Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

                                                 Perintah-Perintah Am

                                            Panduan Pengurusan Pejabat

                                   Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)

      Bentuk Soalan     Aneka pilihan:           Aneka pilihan: 60%     Esei: 100%
                        100%                     Esei: 40%


10.     Ketua Perkhidmatan hendaklah menggunakan syarat kelayakan masuk dan kategori
perkhidmatan sebagai asas dalam menentukan TKP yang bersesuaian bagi skim
perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya. Asas penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan
Subjek Umum seperti di Jadual 2.


        Jadual 2: Asas Penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum

               Syarat
           Kelayakan
              Masuk        PMR/SPM                STPM/Diploma                Ijazah
 Kategori
 Perkhidmatan

 Teknikal / Bukan             Asas                   Asas atau           Pertengahan atau
 Pentadbiran                                        Pertengahan              Lanjutan

 Pentadbiran               Asas atau              Pertengahan atau           Lanjutan
                          Pertengahan                 Lanjutan




                                             4
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DAN
PEPERIKSAAN KHAS PSL

11.    Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL dilaksanakan
seperti berikut:


       a)      Lembaga       Peperiksaan       Kementerian/Negeri/Agensi    bertanggungjawab
               meluluskan      sukatan   Peperiksaan    Perkhidmatan    Subjek   Jabatan   dan
               Peperiksaan     Khas      PSL    mengikut   skim   perkhidmatan     di   bawah
               tanggungjawabnya;

       b)      Panel     Peperiksaan        Kementerian/Negeri/Agensi       bertanggungjawab
               menyediakan      soalan    Peperiksaan   Perkhidmatan    Subjek   Jabatan   dan
               Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan;

       c)      Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan
               Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi skim
               perkhidmatan yang berkenaan; dan

       d)      Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus
               dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan.


Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas
PSL seperti di Lampiran C.


STRUKTUR PENGURUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam


12.    Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) hendaklah ditubuhkan dengan
keanggotaan seperti berikut:




                                                 5
a) Pengerusi         :   Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (yang
                                 bertanggungjawab terhadap pembangunan    sumber
                                 manusia).

        b) Ahli              :   Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA atau
                                 wakil;

                                 Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA atau wakil; dan

                                 Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

        c) Urus Setia        :   Bahagian Perkhidmatan, JPA.


       Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.


13.    Bidang kuasa LPPA meliputi perkara-perkara berikut:


       a)     menentukan dasar peperiksaan perkhidmatan awam;

       b)     meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi semua
              pegawai dalam perkhidmatan awam;

       c)     meluluskan    sukatan   Peperiksaan   Perkhidmatan    Subjek   Jabatan   dan
              Peperiksaan Khas PSL bagi Perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua
              Pengarah Perkhidmatan Awam;

       d)     melantik Panel Peperiksaan;

       e)     memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan

       f)     mempertimbangkan isu-isu lain berkaitan dengan pelaksanaan peperiksaan.


Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi


14.    Lembaga Peperiksaan di peringkat Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah ditubuhkan
dengan keanggotaan seperti berikut:




                                             6
a) Pengerusi         :   Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian / Timbalan
                                 Setiausaha Kerajaan Negeri / Timbalan Ketua Agensi
                                 (yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber
                                 manusia).

        b) Ahli              :   Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian di bawah Kementerian /
                                 Negeri / Agensi;

                                 Pengarah / Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber
                                 Manusia; dan

                                 Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

        c) Urus Setia        :   Bahagian/Unit   yang     bertanggungjawab          terhadap
                                 pengurusan sumber manusia.


Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.


15.    Bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi meliputi perkara-
perkara berikut:


       a)      meluluskan penentuan TKP Subjek Umum bagi skim perkhidmatan di bawah
               tanggungjawab Kementerian/Negeri/Agensi;

       b)      meluluskan   sukatan   Peperiksaan   Perkhidmatan    Subjek    Jabatan    dan
               Peperiksaan Khas PSL bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab
               Kementerian/Negeri/Agensi;

       c)      melantik Panel Peperiksaan;

       d)      memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan

       e)      mempertimbangkan isu-isu lain berhubung sesuatu peperiksaan.


Panel Peperiksaan


16.    Panel Peperiksaan ditubuhkan bagi membantu Lembaga Peperiksaan dalam
melaksanakan peperiksaan perkhidmatan dengan keanggotaan seperti berikut:




                                             7
a) Pengerusi        : Wakil Ketua Perkhidmatan di bawah Perkhidmatan
                                 Gunasama atau Pengarah/Setiausaha Bahagian Pengurusan
                                 Sumber Manusia.

           b) Ahli             : Wakil daripada jabatan yang melaksanakan peperiksaan
                                 perkhidmatan; dan

                                  Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian.

           c) Urus Setia       : Bahagian/Unit     yang    bertanggungjawab          terhadap
                                 pengurusan peperiksaan perkhidmatan.


Kuorum Panel Peperiksaan hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk
Pengerusi.


17.    Bidang kuasa Panel Peperiksaan meliputi perkara berkaitan peperiksaan seperti
berikut:


       a)        menentukan piawaian soalan;
       b)        melantik penggubal sukatan;
       c)        melantik penggubal soalan;
       d)        menetapkan soalan dan mengesahkan skema jawapan;
       e)        melantik pemeriksa skrip jawapan;
       f)        menetapkan markah lulus;
       g)        mengesahkan dan mengeluarkan keputusan; dan
       h)        menyediakan laporan dan analisis pelaksanaan.


PENUMPANGAN


18.    Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi boleh membenarkan pegawai
dalam skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya untuk menduduki sesuatu peperiksaan
yang dilaksanakan oleh Kementerian/Negeri/Agensi lain, tertakluk kepada sukatan
peperiksaan yang setaraf dengan keperluan skim perkhidmatan dan sesuai dengan bidang
tugas pegawai berkenaan.




                                               8
KAWALAN PIAWAIAN


19.    Semua Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan peperiksaan
perkhidmatan awam yang ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian terhadap penentuan TKP,
sukatan dan kaedah pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan selain daripada yang ditetapkan
dalam Surat Pekeliling ini hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.


20.    JPA akan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan
peperiksaan perkhidmatan memenuhi piawaian yang ditetapkan.


TARIKH KUAT KUASA


21.    Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.


PEMAKAIAN


22.    Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat
Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.


PEMBATALAN


23.    Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 T ahun 1998 da n Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 T ahun 1985 a dalah
dibatalkan.




                                             9
PERTANYAAN


24.   Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk
kepada:
             Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
             Jabatan Perkhidmatan Awam
             Bahagian Perkhidmatan
             Cawangan Pengurusan Kompetensi
             Aras 5, Sapura @ Mines
             No. 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City
             43300 Seri Kembangan
             SELANGOR DARUL EHSAN

             No. Telefon   : 03-8946 4500/ 4547/ 4548/ 4574
             No. Faks      : 03-8946 4541/8946 4546
             E-mel         : peperiksaan@jpa.gov.my



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PUTRAJAYA


07 Disember 2011



Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan




                                          10
LAMPIRAN A
GLOSARI ISTILAH


“Ketua Perkhidmatan” merujuk kepada seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
perkhidmatan;


“Pegawai” merujuk kepada seseorang yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan
awam;


“Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada pelantikan pegawai daripada kumpulan
perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara
pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
yang berkaitan. Terma PSL ini menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL);


“Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada peperiksaan yang
dilaksanakan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan;


“Subjek Jabatan” merujuk kepada perkara khusus bagi melaksanakan bidang tugas dalam
sesuatu skim perkhidmatan; dan


“Subjek Umum” merujuk kepada perkara asas kompetensi yang perlu diketahui oleh semua
pegawai dalam perkhidmatan awam.




                                           11
LAMPIRAN B
      CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM




                 MULA




           TUBUHKAN LEMBAGA
              PEPERIKSAAN




             TENTUKAN TAHAP
          KEPERLUAN PENGUASAAN    Ketua Perkhidmatan
                  (TKP)




             TUBUHKAN PANEL
               PEPERIKSAAN



           TERIMA PERMOHONAN
                 CALON




              MOHON SOALAN
          PEPERIKSAAN DARIPADA
                   JPA


                                  Panel Peperiksaan
              LAKSANAKAN            Kementerian/
              PEPERIKSAAN          Negeri/Agensi



          URUS SEMAKAN KERTAS
              PEPERIKSAAN




          SAHKAN DAN KELUARKAN
          KEPUTUSAN PEPERIKSAAN




                 TAMAT




                     12
LAMPIRAN C
          CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DAN
PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN



                     MULA




              TUBUHKAN LEMBAGA
                 PEPERIKSAAN




               TUBUHKAN PANEL
                 PEPERIKSAAN




           LANTIK PENGGUBAL SUKATAN



               SEDIAKAN SUKATAN
                  PEPERIKSAAN



            BENTANG SUKATAN UNTUK
              KELULUSAN LEMBAGA
                 PEPERIKSAAN



           LANTIK PENGGUBAL SOALAN


                                      Panel Peperiksaan
               SEDIAKAN SOALAN          Kementerian/
                 PEPERIKSAAN           Negeri/Agensi



           TERIMA PERMOHONAN CALON




                 LAKSANAKAN
                 PEPERIKSAAN



             URUS SEMAKAN KERTAS
                 PEPERIKSAAN



            SAHKAN DAN KELUARKAN
            KEPUTUSAN PEPERIKSAAN



                    TAMAT




                            13

More Related Content

Viewers also liked (7)

Documental asombrós
Documental asombrósDocumental asombrós
Documental asombrós
 
Recycling
RecyclingRecycling
Recycling
 
Presentation2
Presentation2Presentation2
Presentation2
 
Practica gbi
Practica gbiPractica gbi
Practica gbi
 
Where we can help you
Where we can help youWhere we can help you
Where we can help you
 
1
11
1
 
tabla de valores
tabla de valorestabla de valores
tabla de valores
 

Similar to Spp052011

Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
Miz Jieha
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi mindaAdura Azlin Ishak
 
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
azman_awan9
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
daproket
 
Manual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasaManual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasa
ajapunye
 
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Adura Azlin Ishak
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011aebh75
 
Pengurusanpepjabatan2010
Pengurusanpepjabatan2010Pengurusanpepjabatan2010
Pengurusanpepjabatan2010zabidah awang
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
Roiamah Basri
 
Pbppp
PbpppPbppp
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1Cikgu Syahidon
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaذوالكفلى حاج حمدان
 
Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan PejabatPanduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan Pejabat
Norain Binti Jaafar
 
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaTaklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaAndokDdi Bungkong
 
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaTaklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaAndokDdi Bungkong
 

Similar to Spp052011 (20)

Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAG...
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
 
Manual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasaManual pbppp jawatankuasa
Manual pbppp jawatankuasa
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011
 
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...Spp072011   penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
Spp072011 penganugerahan pingat perkhidmatan cemerlang dan pemberian anuger...
 
Spp072011
Spp072011Spp072011
Spp072011
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Pengurusanpepjabatan2010
Pengurusanpepjabatan2010Pengurusanpepjabatan2010
Pengurusanpepjabatan2010
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Pbppp
PbpppPbppp
Pbppp
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
 
Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan PejabatPanduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan Pejabat
 
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaTaklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
 
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spbaTaklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
Taklimatsbpaperkhidmatan 111210202745-phpapp02spba
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Sekolah
SekolahSekolah
Sekolah
 

More from share with me

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014share with me
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1share with me
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2share with me
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2share with me
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorshare with me
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorshare with me
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)share with me
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2share with me
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanshare with me
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18share with me
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2share with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubshare with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubshare with me
 

More from share with me (20)

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014
 
Zon e3
Zon e3Zon e3
Zon e3
 
Zon e2
Zon e2Zon e2
Zon e2
 
Zone1
Zone1Zone1
Zone1
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johor
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johor
 
Trial penang mt k2
Trial penang mt k2Trial penang mt k2
Trial penang mt k2
 
Trial penang mt k1
Trial penang mt k1Trial penang mt k1
Trial penang mt k1
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
 

Recently uploaded

Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (8)

Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

Spp052011

  • 1. JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA _________________________________________________ SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 _________________________________________________ PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan pelaksanaan SBPA, Kerajaan telah memutuskan antara lain, pemendekan tempoh percubaan dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan hingga dua (2) tahun dan perubahan terma Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Berikutan keputusan tersebut, pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan serta Peperiksaan Khas PSL memerlukan perubahan dari segi syarat menduduki peperiksaan, sukatan dan pelaksanaannya. 3. Perubahan yang dilaksanakan di bawah Surat Pekeliling ini melibatkan dua (2) peperiksaan perkhidmatan berikut: 1
  • 2. a) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan b) Peperiksaan Khas PSL bagi menggantikan kelayakan masuk akademik untuk peningkatan secara lantikan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi. Peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan insentif kewangan seperti Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor, Bayaran Insentif Tugas Kewangan, Hadiah Kenaikan Gaji dan Elaun DwiBahasa masih dilaksanakan mengikut dasar yang berkuat kuasa. GLOSARI ISTILAH 4. Istilah yang digunakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di Lampiran A. SYARAT DAN KELAYAKAN 5. Pegawai yang disyaratkan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan adalah pegawai dalam tempoh percubaan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pegawai yang dilantik secara lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) adalah dikecualikan daripada menduduki peperiksaan perkhidmatan ini. 6. Pegawai yang skim perkhidmatannya memperuntukkan PSL layak menduduki Peperiksaan Khas PSL sekiranya memenuhi syarat berikut: a) telah disahkan dalam perkhidmatan; b) telah berada di skim perkhidmatan semasa sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan c) diperakukan oleh Ketua Jabatan. 2
  • 3. 7. Pegawai yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan atau tidak menghadiri Peperiksaan Khas PSL yang berkenaan tanpa alasan yang munasabah hendaklah dikenakan tindakan penangguhan sebanyak tiga (3) siri Peperiksaan Khas PSL oleh panel peperiksaan. Pegawai hanya layak menduduki semula peperiksaan tersebut setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan. PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM 8. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dilaksanakan seperti berikut: a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menggubal sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mengikut tiga (3) Tahap Keperluan Penguasaan (TKP) iaitu Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan; b) JPA bertanggungjawab menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum mengikut TKP yang telah ditetapkan; c) Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab menentukan TKP Subjek Umum bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya; d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum kepada JPA sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan; e) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi skim perkhidmatan yang berkenaan; dan f) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan. Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum seperti di Lampiran B. 9. Tahap penguasaan pegawai mengenai perkara asas kompetensi adalah berbeza mengikut keperluan skim perkhidmatan masing-masing. Sehubungan itu, TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum ditetapkan mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan. Perincian penetapan TKP mengikut kandungan subjek dan bentuk soalan seperti di Jadual 1. 3
  • 4. Jadual 1: Penetapan TKP Mengikut Kandungan Subjek Dan Bentuk Soalan Tahap Keperluan Penguasaan Asas Pertengahan Lanjutan (TKP) Perkara Pengurusan Kewangan Undang-Undang Kerajaan Arahan Perbendaharaan Arahan Keselamatan Kandungan Subjek Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Perintah-Perintah Am Panduan Pengurusan Pejabat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bentuk Soalan Aneka pilihan: Aneka pilihan: 60% Esei: 100% 100% Esei: 40% 10. Ketua Perkhidmatan hendaklah menggunakan syarat kelayakan masuk dan kategori perkhidmatan sebagai asas dalam menentukan TKP yang bersesuaian bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya. Asas penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum seperti di Jadual 2. Jadual 2: Asas Penentuan TKP Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum Syarat Kelayakan Masuk PMR/SPM STPM/Diploma Ijazah Kategori Perkhidmatan Teknikal / Bukan Asas Asas atau Pertengahan atau Pentadbiran Pertengahan Lanjutan Pentadbiran Asas atau Pertengahan atau Lanjutan Pertengahan Lanjutan 4
  • 5. PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DAN PEPERIKSAAN KHAS PSL 11. Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL dilaksanakan seperti berikut: a) Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya; b) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab menyediakan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan; c) Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi skim perkhidmatan yang berkenaan; dan d) Panel Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi bertanggungjawab mengurus dan mengeluarkan keputusan peperiksaan yang telah dilaksanakan. Carta aliran pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL seperti di Lampiran C. STRUKTUR PENGURUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam 12. Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam (LPPA) hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut: 5
  • 6. a) Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sumber manusia). b) Ahli : Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA atau wakil; Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA atau wakil; dan Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian. c) Urus Setia : Bahagian Perkhidmatan, JPA. Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi. 13. Bidang kuasa LPPA meliputi perkara-perkara berikut: a) menentukan dasar peperiksaan perkhidmatan awam; b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum bagi semua pegawai dalam perkhidmatan awam; c) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi Perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; d) melantik Panel Peperiksaan; e) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan f) mempertimbangkan isu-isu lain berkaitan dengan pelaksanaan peperiksaan. Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi 14. Lembaga Peperiksaan di peringkat Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan seperti berikut: 6
  • 7. a) Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian / Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri / Timbalan Ketua Agensi (yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia). b) Ahli : Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian di bawah Kementerian / Negeri / Agensi; Pengarah / Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; dan Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian. c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia. Kuorum Lembaga hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi. 15. Bidang kuasa Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi meliputi perkara- perkara berikut: a) meluluskan penentuan TKP Subjek Umum bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab Kementerian/Negeri/Agensi; b) meluluskan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Khas PSL bagi skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab Kementerian/Negeri/Agensi; c) melantik Panel Peperiksaan; d) memantau dan mengawal piawaian pelaksanaan peperiksaan; dan e) mempertimbangkan isu-isu lain berhubung sesuatu peperiksaan. Panel Peperiksaan 16. Panel Peperiksaan ditubuhkan bagi membantu Lembaga Peperiksaan dalam melaksanakan peperiksaan perkhidmatan dengan keanggotaan seperti berikut: 7
  • 8. a) Pengerusi : Wakil Ketua Perkhidmatan di bawah Perkhidmatan Gunasama atau Pengarah/Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. b) Ahli : Wakil daripada jabatan yang melaksanakan peperiksaan perkhidmatan; dan Wakil-wakil lain yang berkaitan dan bersesuaian. c) Urus Setia : Bahagian/Unit yang bertanggungjawab terhadap pengurusan peperiksaan perkhidmatan. Kuorum Panel Peperiksaan hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi. 17. Bidang kuasa Panel Peperiksaan meliputi perkara berkaitan peperiksaan seperti berikut: a) menentukan piawaian soalan; b) melantik penggubal sukatan; c) melantik penggubal soalan; d) menetapkan soalan dan mengesahkan skema jawapan; e) melantik pemeriksa skrip jawapan; f) menetapkan markah lulus; g) mengesahkan dan mengeluarkan keputusan; dan h) menyediakan laporan dan analisis pelaksanaan. PENUMPANGAN 18. Lembaga Peperiksaan Kementerian/Negeri/Agensi boleh membenarkan pegawai dalam skim perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya untuk menduduki sesuatu peperiksaan yang dilaksanakan oleh Kementerian/Negeri/Agensi lain, tertakluk kepada sukatan peperiksaan yang setaraf dengan keperluan skim perkhidmatan dan sesuai dengan bidang tugas pegawai berkenaan. 8
  • 9. KAWALAN PIAWAIAN 19. Semua Kementerian/Negeri/Agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam yang ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian terhadap penentuan TKP, sukatan dan kaedah pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan selain daripada yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling ini hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA. 20. JPA akan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan memenuhi piawaian yang ditetapkan. TARIKH KUAT KUASA 21. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. PEMAKAIAN 22. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. PEMBATALAN 23. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 T ahun 1998 da n Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 T ahun 1985 a dalah dibatalkan. 9
  • 10. PERTANYAAN 24. Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Perkhidmatan Cawangan Pengurusan Kompetensi Aras 5, Sapura @ Mines No. 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City 43300 Seri Kembangan SELANGOR DARUL EHSAN No. Telefon : 03-8946 4500/ 4547/ 4548/ 4574 No. Faks : 03-8946 4541/8946 4546 E-mel : peperiksaan@jpa.gov.my “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 07 Disember 2011 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 10
  • 11. LAMPIRAN A GLOSARI ISTILAH “Ketua Perkhidmatan” merujuk kepada seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan; “Pegawai” merujuk kepada seseorang yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan awam; “Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada pelantikan pegawai daripada kumpulan perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan. Terma PSL ini menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL); “Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan” merujuk kepada peperiksaan yang dilaksanakan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan; “Subjek Jabatan” merujuk kepada perkara khusus bagi melaksanakan bidang tugas dalam sesuatu skim perkhidmatan; dan “Subjek Umum” merujuk kepada perkara asas kompetensi yang perlu diketahui oleh semua pegawai dalam perkhidmatan awam. 11
  • 12. LAMPIRAN B CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UMUM MULA TUBUHKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN TENTUKAN TAHAP KEPERLUAN PENGUASAAN Ketua Perkhidmatan (TKP) TUBUHKAN PANEL PEPERIKSAAN TERIMA PERMOHONAN CALON MOHON SOALAN PEPERIKSAAN DARIPADA JPA Panel Peperiksaan LAKSANAKAN Kementerian/ PEPERIKSAAN Negeri/Agensi URUS SEMAKAN KERTAS PEPERIKSAAN SAHKAN DAN KELUARKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAMAT 12
  • 13. LAMPIRAN C CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK JABATAN DAN PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN MULA TUBUHKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN TUBUHKAN PANEL PEPERIKSAAN LANTIK PENGGUBAL SUKATAN SEDIAKAN SUKATAN PEPERIKSAAN BENTANG SUKATAN UNTUK KELULUSAN LEMBAGA PEPERIKSAAN LANTIK PENGGUBAL SOALAN Panel Peperiksaan SEDIAKAN SOALAN Kementerian/ PEPERIKSAAN Negeri/Agensi TERIMA PERMOHONAN CALON LAKSANAKAN PEPERIKSAAN URUS SEMAKAN KERTAS PEPERIKSAAN SAHKAN DAN KELUARKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAMAT 13