JURNAL 6
MINGGU KETUJUH
4 MAC – 8 MAC 2013
PEMILIHAN
FOKUS
MENGANALISIS PERASAAN /
BISIKAN HATI
CADANGAN/ TINDAKAN
Bilik
pemulihan
Pada minggu ini, PPD datang
memantau di sekolah saya.
Memandangkan PPD akan
datang memantau sekolah
saya, saya dan rakan
praktikum saya ditugaskan
untuk menceriakan bilik
pemulihan memandangkan
keadaan bilik pemulihan yang
tidak berapa ceria. Saya lihat
bilik pemulihan tersebut,
terdapat pelbagai bahan bantu
mengajar yang menarik.
Tetapi, sayangnya tidak
digunakan dan dimanfaatkan.
Hal ini menyebabkan bahan-
bahan tersebut nampak lama
dan berhabuk. Saya cuba
untuk melihat bahan bantu
mengajar yang boleh dijadikan
hiasan dan boleh digunakan
untuk P&P. saya terfikir
mengapa bahan-bahan ini
tidak digunakan? Sedangkan
terdapat banyak BBM yang
menarik. Tambahan, hiasan
dalam bilik pemulihan tersebut
tampak lama dan tidak
menarik lagi. Keadaan bilik
pemulihan sangat luas,
sayangnya saya lihat tidak
dimanfaatkan penggunaan
bilik tersebut dengan baik.
PERASAAN:
Saya amat gembira
sebenarnya
menghias bilik
pemulihan kerana
saya dapat
bayangkan di masa
akan datang
bagaimana saya
akan menghias bilik
pemulihan saya
sendiri. Di samping
itu, aktiviti menghias
bilik ini merupakan
minat saya. jadi saya
akan
mengaplikasikan
kreativiti saya dalam
menghias bilik
pemulihan ini.
KESEDARAN:
Melihat keadaan ini,
saya menyedari
bahawa apabila saya
menjadi guru
pemulihan kelak, bilik
pemulihan ini
merupakan
tanggungjawab saya.
saya yang akan
mencorakkan dan
menghiaskan bilik
tersebut. cantik
hiasannya, maka
cantiklah hasil.
Bukannya apabila
pelawat hendak
datang baru saya
tergopoh gapah
untuk menghias bilik.
Saya sepatutnya
bermula daripada
peringkat awal lagi.
Sedikit-sedikit lama-
lama menjadi bukit.
Saya akan buat yang
terbaik demi anak-
anak pemulihan dan
juga bilik pemulihan
itu sendiri.
Berikutan dengan perkara ini,
saya telah melaksanakan
tindakan seperti berikut:
Merancang hiasan yang
bakal dihias untuk bilik
pemulihan.
Meminta peruntukan
daripada guru pemulihan
untuk membeli bahan-
bahan hiasan untuk bilik
pemulihan.
Membeli barang-barang
hiasan untuk bilik
pemulihan.
Meminta pertolongan rakan
praktikum untuk membantu
menceriakan bilik
pemulihan.
Minta pendapat dan komen
daripada guru pembimbing
apa lagi keperluan yang
diperlukan untuk menghias
bilik pemulihan.
Mula menghias bilik
pemulihan sehingga 6 Mac
2013.

Jurnal 6

  • 1.
    JURNAL 6 MINGGU KETUJUH 4MAC – 8 MAC 2013 PEMILIHAN FOKUS MENGANALISIS PERASAAN / BISIKAN HATI CADANGAN/ TINDAKAN Bilik pemulihan Pada minggu ini, PPD datang memantau di sekolah saya. Memandangkan PPD akan datang memantau sekolah saya, saya dan rakan praktikum saya ditugaskan untuk menceriakan bilik pemulihan memandangkan keadaan bilik pemulihan yang tidak berapa ceria. Saya lihat bilik pemulihan tersebut, terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik. Tetapi, sayangnya tidak digunakan dan dimanfaatkan. Hal ini menyebabkan bahan- bahan tersebut nampak lama dan berhabuk. Saya cuba untuk melihat bahan bantu mengajar yang boleh dijadikan hiasan dan boleh digunakan untuk P&P. saya terfikir mengapa bahan-bahan ini tidak digunakan? Sedangkan terdapat banyak BBM yang menarik. Tambahan, hiasan dalam bilik pemulihan tersebut tampak lama dan tidak menarik lagi. Keadaan bilik pemulihan sangat luas, sayangnya saya lihat tidak dimanfaatkan penggunaan bilik tersebut dengan baik. PERASAAN: Saya amat gembira sebenarnya menghias bilik pemulihan kerana saya dapat bayangkan di masa akan datang bagaimana saya akan menghias bilik pemulihan saya sendiri. Di samping itu, aktiviti menghias bilik ini merupakan minat saya. jadi saya akan mengaplikasikan kreativiti saya dalam menghias bilik pemulihan ini. KESEDARAN: Melihat keadaan ini, saya menyedari bahawa apabila saya menjadi guru pemulihan kelak, bilik pemulihan ini merupakan tanggungjawab saya. saya yang akan mencorakkan dan menghiaskan bilik tersebut. cantik hiasannya, maka cantiklah hasil. Bukannya apabila pelawat hendak datang baru saya tergopoh gapah untuk menghias bilik. Saya sepatutnya bermula daripada peringkat awal lagi. Sedikit-sedikit lama- lama menjadi bukit. Saya akan buat yang terbaik demi anak- anak pemulihan dan juga bilik pemulihan itu sendiri. Berikutan dengan perkara ini, saya telah melaksanakan tindakan seperti berikut: Merancang hiasan yang bakal dihias untuk bilik pemulihan. Meminta peruntukan daripada guru pemulihan untuk membeli bahan- bahan hiasan untuk bilik pemulihan. Membeli barang-barang hiasan untuk bilik pemulihan. Meminta pertolongan rakan praktikum untuk membantu menceriakan bilik pemulihan. Minta pendapat dan komen daripada guru pembimbing apa lagi keperluan yang diperlukan untuk menghias bilik pemulihan. Mula menghias bilik pemulihan sehingga 6 Mac 2013.