Dokumen tersebut memberikan nasihat kepada orang tua tentang bagaimana lingkungan yang diberikan kepada anak-anak akan mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka. Lingkungan yang positif seperti kesabaran, penerimaan, dan pujian akan mengajarkan anak-anak untuk menjadi lebih sabar, mencintai diri sendiri, dan menghargai orang lain, sementara lingkungan negatif seperti kritikan, kekerasan, dan pen
1. 1
JIKA ANAK KITA....
* jika anak kita hidup dalam kesabaran,
dia belajar jadi penyabar
* jika anak hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi
* h
* jika anak hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai
* jika anak hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin
* jika anak hidup dalam persetujuan,
dia belajat menyayangi diri
* jika anak hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar membina matlamat idup
* jika anak hidup dengan ilmu,
dia belajar memahami persekitarannya
* jika anak hidup dengan kemahiran,
dia belajar berdikari
* jika anak hidup dengan kata-kata yang baik,
dia belajar berfikir dengan baik
* jika anak hidup dengan adap,
dia belajar bersopan santun
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar membina maruah dirinya
* jika anak hidup dengan kebersihan,
dia belajar peka dengan bahaya penyakit
* jika anak hidup dengan kesihatan,
dia belajar membina jati dirinya
* jika anak hidup dengan al-Quran,
dia belajat mengenali Tuhan
* jika anak hidup dengan doa,
dia belajar apa erti hidup sebenarnya
* jika anak hidup dengan kejayaan,
2. 2
dia belajar apa erti kebenaran
* jika anak hidup dengan keselamatan,
dia yakin pada diri dan orang lain
* jika anak hidup dalam kemesraan,
dia belajar dunia ini tempat memberansangkan
* jika anak faham al-quran dan doa,
dia faham apa itu akhirat
Dengan ini, anak ini akan membesar dengan penuh
ilmu, berkemahiran luas dan amalan, menyediakan
dirinya untuk dunia dan akhirat.
TETAPI, ..........
* jika anak hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain
* jika anak hidup dalam kekerasan,
dia belajar melawan
* jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan,
dia belajar jadi pengecut
* jika anak hidup dalam iri hati,
dia akan belajar salahkan orang lain
* jika anak hidup dalam menderita,
dia akan belajar senang putus asa
* jika anak hidup dengan hukuman,
dia akan belajar rasa benci dan dendam
* jika anak hidup dengan penghinaan,
dia akan membina maruah diri yang rendah
* jika anak hidup dengan sumpahan,
dia akan mengikut sumpahan itu
* jika anak hidup dengan air mata,
dia akan belajar menyeksa orang lain
Jadi, mulakanlah hari dengan senyuman dan akhirkan
hari dengan senyuman. Mulakanlah hari dengan solat,
akhirkan hari dengan solat.
Mulakan hari dengan doa, akhirkan hari dengan doa.
Seharusnya kita sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa
memahami bahawa hanya empat perkara sahaja yang
boleh kita lakukan apabila membuka mulut, iaitu;
* lafazkan rasa kasih sayang
3. 3
* tingkatkan silaturrahim
* sampaikan ilmu baru
* lafazkan kesyukuran
sebagai ibu bapa, pendidik, pengasuh, pengasas, guru-
guru, baik pensyarah mahupun sesiapa yang dikatakan
DEWASA, berilah peluang untuk setiap anak yang
merupakan anugerah dan amanah Allah S.W.T kepada
ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara untuk dibesarkan dalam suasana yang terbaik
supaya terhasilnya cita-cita kita menjadikan setiap
anugerah itu khalifah di bumi Allah - Cemerlang,
Gemilang, dan Terbilang. Renungkanlah dan tanyakan
pada diri "Siapa Aku".
oleh : Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-
kanak NURY