SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI
SISI ULAMA HADIS
Mukadimah
Baru-baru ini, di antara tajuk yang dikupas oleh pembentang di dalam seminar ‘Home of
Hadith’ adalah berkenaan dengan ilmu usul fiqh di sisi ahli hadis. Kita semua tahu bahawa
ulama feqh tidak semestinya merupakan seorang ulama di dalam bidang hadis, dan
begitulah juga sebaliknya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam al A’masy
Rahimahullah:
‫ي‬
‫ا‬
َ
‫ر‬
َ
‫ش‬
‫ع‬
َ
‫م‬
َ
‫ءاه‬
َ
‫ق‬
َ
َ
‫ال‬
‫ف‬
‫م‬
َ
َ
‫ن‬
‫ت‬
َ
َ
‫أ‬
‫اب‬‫ء‬
‫ط‬
َ
َ
‫ألا‬
‫ن‬
َ
‫ح‬
َ
‫نو‬َ
َ
‫ة‬
َ
‫لد‬
‫ي‬
‫ا‬
َ
‫ص‬
ََ
‫ال‬
Maksudnya: Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan
ahli farmasi. Rujuk Nasihah ahl-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi(1/45).
Berdasarkan kata-kata di atas, dapatlah kita tahu bahawa pengkhususan kedua-duanya
di antara para fuqaha dan ulama hadis adalah berbeza. Para fuqaha ibarat doktor yang
merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan
ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan
menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang
akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam
mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak
memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan
ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan
mengulas isu ini dengan lebih lanjut. Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri
Di antara perkara yang tidak dapat dinafikan, di sana terdapat para ulama besar di dalam
bidang hadis yang memiliki mazhab feqh yang tersendiri. Mazhab-mazhab mereka, ada
yang masih kekal sehingga kini dan ada juga yang tidak kekal dan tidak dikembangkan
oleh para pengikutnya. Namun pendapat-pendapat mazhab tersebut tidaklah hilang, akan
tetapi ia tetap disebutkan di dalam kitab-kitab feqh yang muktabar.
Di antara contoh ulama hadis yang memiliki mazhab tersendiri adalah:
1- Imam Malik Bin Anas (W. 179 H)
Imam Malik bin Anas rahimahullah terkenal sebagai ulama yang mempelopori madrasah
ahli hadis. Sebagaimana yang kita tahu, aliran ini sangat berpegang kuat dengan hadis-
hadis dan athar dari Nabi S.A.W dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan juga hukum.
Mereka tidak mendahulukan qiyas atau pendapat rasional ke atas hadis-hadis. Walaupun
begitu, itu bukanlah bermakna Imam Malik tidak menguasai dan pakar berkenaan ilmu
feqh. Bahkan beliau merupakan seorang mujtahid mutlak dan pemilik mazhab feqh yang
masyhur.
Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah mendefinisikan mujtahid sebagai: “Seseorang yang
memiliki kemampuan untuk berijtihad. Iaitu kemampuan untuk mengistinbat hukum-
hakam syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsili”. Lihat al-Wajiz fi
Usul al-Fiqh, Dr. Abd al-Karim Zaidan. Hlm. 402.
Berdasarkan definisi di atas, dapatlah kita fahami bahawa Imam Malik juga merupakan
seorang ulama feqh yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik sekalipun beliau
terkenal sebagai tokoh aliran ahli hadis.
2- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (W. 256 H)
Beliau rahimahullah merupakan seorang ulama hadis yang sangat masyhur. Kitabnya
yang agung iaitu Sahih al-Bukhari dianggap sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran.
Walaupun begitu, beliau juga turut menguasai ilmu feqh dan juga usul al-fiqh dengan baik.
Maka tidak hairanlah terdapat beberapa ulama yang mengatakan bahawa Imam al-
Bukhari adalah seorang mujtahid.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (W. 728 H) rahimahullah: “Adapun al-Bukhari dan Abu
Daud maka kedua-duanya merupakan imam di dalam feqh dan juga tergolong dari
kalangan ahli ijtihad (mujtahid)”. Rujuk Majmuk al-Fatawa (20/40).
Kata al-Syeikh al-Allamah Anuar al-Kashmiri (W. 1352 H) rahimahullah: “Dan ketahuilah
bahawasanya al-Bukhari merupakan seorang mujtahid yang tidak ada keraguan
padanya. Adapun yang mengatakan beliau bermazhab al-Syafie adalah kerana beliau
mempersetujuinya pada permasalahan-permasalahan yang masyhur sahaja”. Lihat
Faydh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari (1/58).
Kata Muhammad bin Basyar: “Telah masuk ke tempat kita hari ini ketua bagi segala
fuqaha’ (merujuk kepada al-Bukhari)”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi
(2/6).
Kata Ahmad bin Abi Bakr al-Madini: “Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) lebih faqih dan
lebih ‘alim di sisi kami daripada Ibn Hanbal (Imam Ahmad)”.
Kata beliau lagi: “Sekiranya kau berjumpa dengan Malik dan kau melihat wajahnya serta
wajah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) nescaya kau akan berkata: Kedua-duanya
setaraf dalam ilmu feqh dan ilmu hadis”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi
(2/19).
Justeru, sebagaimana yang kita ketahui bahawa seorang mujtahid itu tidaklah mendapat
gelaran tersebut melainkan dia menguasai al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan
seumpamanya dengan mendalam. Yang mana kesemuanya ini adalah termasuk di dalam
perbahasan usul feqh.
Ulama Hadis Mengistinbat Faedah Feqh Daripada Hadis
Sebahagian ulama hadis mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam mengeluarkan
hukum dan faedah yang terdapat di dalam hadis-hadis. Di antaranya ialah al-Imam al-
Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (W. 852 H). Beliau sangat terkenal dengan
kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah bagi Sahih al-Bukhari. Bahkan sebahagian
ulama menyebut bahawa tidak ada hijrah lagi selepas al-Fath (merujuk kepada Fath al-
Bari). Di antara tanda yang menunjukkan kepada keilmuan Ibn Hajar di dalam ilmu usul
al-fiqh dan juga feqh ialah ketika beliau mengeluarkan berpuluh faedah feqh daripada
sebuah hadis iaitu sabda Rasulullah S.A.W:
‫ا‬
َ
‫ي‬
‫ب‬
‫ا‬
َ
َ
‫أ‬
‫ر‬
‫ي‬
‫م‬
َ
‫ع‬
َ
‫ام‬
َ
‫ل‬
َ
‫ع‬
َ
َ
‫ف‬
‫ر‬
َ
‫ي‬
‫غ‬َ
ََ
‫نال‬
Maksudnya: Wahai Abu Umair, apakah yang telah dilakukan oleh al-Nughair
(seekor anak burung yang kecil).
Sahih al-Bukhari (6129)
Berdasarkan hadis di atas, para ulama telah mengeluarkan beberapa faedah dari hadis
ini. Ia terdiri dari faedah feqh, akhlak, dan seumpamanya. Di antara yang terawal
mengeluarkan faedah daripada hadis ini ialah Imam Ibn al-Qaas al-Syafie (W. 335 H)
yang merupakan seorang faqih dari kalangan pengikut mazhab al-Syafie. Al-Hafiz Ibn
Hajar menyebutkan bahawa di antara sebab yang membawa Ibn al-Qaas mengeluarkan
faedah- faedah yang banyak daripada hadis ini adalah kerana terdapatnya sebahagian
golongan yang mencela ahli hadis dengan mengatakan mereka meriwayatkan sesuatu
yang tidak ada faedah padanya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar.
(10/584).
Walaupun Imam Ibn al-Qaas tergolong dari kalangan fuqaha, akan tetapi turut terdapat
para ulama hadis yang telah memberikan isyarat berkenaan feqh al-hadis yang terdapat
daripada hadis ini. Di antara mereka ialah Imam Abu Hatim al-Razi, Imam al-Tirmizi, dan
juga Imam al-Khattabi. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/585).
Selain dari itu, Imam Ibn Batthal (W. 449 H) yang merupakan seorang ulama besar di
dalam ilmu hadis dan telah mensyarahkan Sahih al-Bukhari juga turut mengeluarkan
beberapa faedah lain dari hadis tersebut sebagai tambahan dari apa yang telah
disebutkan oleh Ibn al-Qaas. Di antaranya ialah:
1Keharusan sajak (rima akhir yang sama) di dalam ucapan selama mana tidak terdapat
unsur takalluf (memberat-beratkan).
2Sajak tidak terhalang untuk berlaku daripada baginda Nabi S.A.W · Bolehnya
meriwayatkan hadis dengan makna. Ini kerana kisah ini sebuah kisah yang sama akan
tetapi ia datang dengan lafaz yang pelbagai.
3Memegang kepala anak kecil untuk berlemah lembut dengannya. Demikianlah
beberapa faedah ataupun feqh al-hadis yang disebutkan oleh para ulama hadis
berdasarkan hadis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga turut mempunyai
pengetahuan di dalam ilmu usul feqh sehingga boleh mengistinbat hukum-hakam
daripada hadis-hadis.
Ulama Hadis Menjadi Mufti Dan Qadhi
Di dalam sejarah, di sana terdapat ulama-ulama hadis yang telah di angkat ke jawatan
Mufti dan juga Qadhi. Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jawatan ini memerlukan
seorang itu memiliki kepakaran dalam berijtihad, penguasaan ilmu usul feqh dan feqh
yang baik, serta mengenali dalil-dalil yang bersifat ijmali. Kata Imam Ibn Hamdan al-
Harrani Rahimahullah:
Adapun seorang yang faqih secara hakikatnya adalah mereka yang mempunyai
kelayakan yang penuh yang membolehkan dia mengetahui hukum dengannya ketika dia
memerlukannya dengan jumlah yang banyak. Yang dia ketahui dari permasalahan-
permasalahan utama dari hukum-hakam syarak yang bersifat cabang serta praktikal
berdasarkan ijtihad dan penelitian, dan hadirnya ia (hukum hakam) di sisinya.
Maka setiap faqih pada hakikatnya adalah seorang mujtahid yang memberikan hukum.
Kerana ijtihad adalah memerah keringat dan kemampuan dalam mencari hukum syarak
berdasarkan dalilnya. Maka setiap mujtahid adalah pakar usul. Oleh yang demikian, ilmu
usul feqh merupakan kefardhuan ke atas para fuqaha. Lihat Sifat al-Fatwa wal-Mufti,
Ibn Hamdan al-Harrani.
Di antara mereka ialah:
1 Imam Abu Zur’ah al-Dimasyqi (W. 302 H)
Beliau adalah al-Imam al-Kabir al-Qadhi Abu Zur’ah Muhammad bin Uthman bin Ibrahim.
Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Qadhi di Diyar al-Misriyyah pada tahun
284 H. Beliau merupakan seorang ulama bermazhab Syafie. Selain itu beliau juga turut
memegang jawatan sebagai qadhi di Dimasyq.
2 Imam Ibn Hibban. (W. 354 H)
Beliau merupakan al-Imam al-Allamah Syeikh Khurasan Abu Hatim Muhammad bin
Hibban iaitu pemilik kitab Sahih Ibn Hibban yang masyhur. Dalam masa yang sama beliau
juga merupakan seorang yang pakar di dalam ilmu feqh dan juga bahasa arab. Kata Imam
al-Hakim: “Adalah Ibn Hibban merupakan seorang yang sangat alim di dalam ilmu feqh,
bahasa arab, hadis, memberi peringatan, dan beliau dari kalangan lelaki yang paling
berakal”. Lihat Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).
Beliau juga merupakan seorang qadhi (hakim) yang bertugas di wilayah Samarqand. Kata
Abu Sa’ad al-Idrisi: “Beliau menjalankan qadha’ di Samarqand dalam beberapa tempoh
dan beliau dari kalangan golongan yang faqih dalam agama”. Rujuk Siyar A’lam al-
Nubala, al-Zahabi (16/94).
Ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun beliau merupakan seorang tokoh besar di dalam
ilmu hadis dan banyak menulis kitab berkenaan ilmu hadis, pun begitu beliau tetap
mempunyai kemahiran yang luas di dalam feqh dan juga usul al-fiqh.
3- Imam Ibn Hajar al-Asqalani (W. 852 H)
Pada tahun 811 H, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dilantik untuk menjadi mufti di Dar al-Adl
sehinggalah beliau wafat. Di dalam sehari beliau mengeluarkan fatwa sebanyak 30 fatwa.
Bahkan beliau juga turut mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan sekalipun
ketika beliau sedang mengembara. Ini menunjukkan kemampuan dan kemahiran beliau
dalam berfatwa. Rujuk al-Jawahir wal-Durar, al-Sakhawi (2/600).
Penutup
Akhir kalam, kami nyatakan bahawa memang di sana terdapat perbezaan di antara ulama
feqh dan juga ulama hadis. Ini disebabkan berbezanya lapangan kajian yang dilakukan di
antara kedua-dua golongan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa para ulama
hadis juga ramai yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik dan menggunakannya di
dalam kitab-kitab mereka. Ini boleh kita dapati apabila kita membaca kitab-kitab yang
membicarakan tentang hadis-hadis hukum seperti Nailul Author karya Imam al-Syaukani
dan juga Subul al-Salam karya Imam al-Son’ani. Kami berharap agar penjelasan yang
sedikit ini akan memberikan kefahaman kepada para pembaca. Ameen.
-Mufti Wilayah Persekutuan

More Related Content

What's hot

Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiAZURAROSLAN
 
Assignment kemahiran al quran sem 4
Assignment kemahiran al quran sem 4Assignment kemahiran al quran sem 4
Assignment kemahiran al quran sem 4rozitaupm
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...surrenderyourthrone
 
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafie
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafieBab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafie
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafiewmkfirdaus
 
Kemakhlukan al
Kemakhlukan alKemakhlukan al
Kemakhlukan alana amnah
 
Tarannum ( imam a'sim al kufi)
Tarannum ( imam a'sim al kufi)Tarannum ( imam a'sim al kufi)
Tarannum ( imam a'sim al kufi)Farra Shahirra
 
ULUM ALQURAN KKQ TING1
ULUM ALQURAN KKQ TING1ULUM ALQURAN KKQ TING1
ULUM ALQURAN KKQ TING1CIKGUPURA
 
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'KOSPATI UKM
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIAcu Atiq
 

What's hot (20)

Qiraat
QiraatQiraat
Qiraat
 
Mazhab
MazhabMazhab
Mazhab
 
Kitab wajah wajah qiraat bagi qiraat hafs
Kitab wajah wajah qiraat bagi qiraat hafsKitab wajah wajah qiraat bagi qiraat hafs
Kitab wajah wajah qiraat bagi qiraat hafs
 
Buku skrap tahsin
Buku skrap tahsinBuku skrap tahsin
Buku skrap tahsin
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam Hanafi
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Assignment kemahiran al quran sem 4
Assignment kemahiran al quran sem 4Assignment kemahiran al quran sem 4
Assignment kemahiran al quran sem 4
 
TAFSIR (SURAH JUMUAH)
TAFSIR (SURAH JUMUAH)TAFSIR (SURAH JUMUAH)
TAFSIR (SURAH JUMUAH)
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
 
Sumber hukum islam
Sumber hukum islamSumber hukum islam
Sumber hukum islam
 
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
SYAHADAH DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - SATU T...
 
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafie
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafieBab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafie
Bab 2 manhaj dan istilah dalam mazhab syafie
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
Kemakhlukan al
Kemakhlukan alKemakhlukan al
Kemakhlukan al
 
Tarannum ( imam a'sim al kufi)
Tarannum ( imam a'sim al kufi)Tarannum ( imam a'sim al kufi)
Tarannum ( imam a'sim al kufi)
 
ULUM ALQURAN KKQ TING1
ULUM ALQURAN KKQ TING1ULUM ALQURAN KKQ TING1
ULUM ALQURAN KKQ TING1
 
Slide al jam'u
Slide al jam'uSlide al jam'u
Slide al jam'u
 
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
Anti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia InterneAnti Hadith Di Malaysia Interne
Anti Hadith Di Malaysia Interne
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS

  • 1. IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS Mukadimah Baru-baru ini, di antara tajuk yang dikupas oleh pembentang di dalam seminar ‘Home of Hadith’ adalah berkenaan dengan ilmu usul fiqh di sisi ahli hadis. Kita semua tahu bahawa ulama feqh tidak semestinya merupakan seorang ulama di dalam bidang hadis, dan begitulah juga sebaliknya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam al A’masy Rahimahullah: ‫ي‬ ‫ا‬ َ ‫ر‬ َ ‫ش‬ ‫ع‬ َ ‫م‬ َ ‫ءاه‬ َ ‫ق‬ َ َ ‫ال‬ ‫ف‬ ‫م‬ َ َ ‫ن‬ ‫ت‬ َ َ ‫أ‬ ‫اب‬‫ء‬ ‫ط‬ َ َ ‫ألا‬ ‫ن‬ َ ‫ح‬ َ ‫نو‬َ َ ‫ة‬ َ ‫لد‬ ‫ي‬ ‫ا‬ َ ‫ص‬ ََ ‫ال‬ Maksudnya: Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan ahli farmasi. Rujuk Nasihah ahl-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi(1/45). Berdasarkan kata-kata di atas, dapatlah kita tahu bahawa pengkhususan kedua-duanya di antara para fuqaha dan ulama hadis adalah berbeza. Para fuqaha ibarat doktor yang merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan mengulas isu ini dengan lebih lanjut. Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri Di antara perkara yang tidak dapat dinafikan, di sana terdapat para ulama besar di dalam bidang hadis yang memiliki mazhab feqh yang tersendiri. Mazhab-mazhab mereka, ada yang masih kekal sehingga kini dan ada juga yang tidak kekal dan tidak dikembangkan oleh para pengikutnya. Namun pendapat-pendapat mazhab tersebut tidaklah hilang, akan tetapi ia tetap disebutkan di dalam kitab-kitab feqh yang muktabar. Di antara contoh ulama hadis yang memiliki mazhab tersendiri adalah: 1- Imam Malik Bin Anas (W. 179 H) Imam Malik bin Anas rahimahullah terkenal sebagai ulama yang mempelopori madrasah ahli hadis. Sebagaimana yang kita tahu, aliran ini sangat berpegang kuat dengan hadis- hadis dan athar dari Nabi S.A.W dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan juga hukum. Mereka tidak mendahulukan qiyas atau pendapat rasional ke atas hadis-hadis. Walaupun begitu, itu bukanlah bermakna Imam Malik tidak menguasai dan pakar berkenaan ilmu feqh. Bahkan beliau merupakan seorang mujtahid mutlak dan pemilik mazhab feqh yang masyhur.
  • 2. Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah mendefinisikan mujtahid sebagai: “Seseorang yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Iaitu kemampuan untuk mengistinbat hukum- hakam syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsili”. Lihat al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Dr. Abd al-Karim Zaidan. Hlm. 402. Berdasarkan definisi di atas, dapatlah kita fahami bahawa Imam Malik juga merupakan seorang ulama feqh yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik sekalipun beliau terkenal sebagai tokoh aliran ahli hadis. 2- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (W. 256 H) Beliau rahimahullah merupakan seorang ulama hadis yang sangat masyhur. Kitabnya yang agung iaitu Sahih al-Bukhari dianggap sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran. Walaupun begitu, beliau juga turut menguasai ilmu feqh dan juga usul al-fiqh dengan baik. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa ulama yang mengatakan bahawa Imam al- Bukhari adalah seorang mujtahid. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (W. 728 H) rahimahullah: “Adapun al-Bukhari dan Abu Daud maka kedua-duanya merupakan imam di dalam feqh dan juga tergolong dari kalangan ahli ijtihad (mujtahid)”. Rujuk Majmuk al-Fatawa (20/40). Kata al-Syeikh al-Allamah Anuar al-Kashmiri (W. 1352 H) rahimahullah: “Dan ketahuilah bahawasanya al-Bukhari merupakan seorang mujtahid yang tidak ada keraguan padanya. Adapun yang mengatakan beliau bermazhab al-Syafie adalah kerana beliau mempersetujuinya pada permasalahan-permasalahan yang masyhur sahaja”. Lihat Faydh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari (1/58). Kata Muhammad bin Basyar: “Telah masuk ke tempat kita hari ini ketua bagi segala fuqaha’ (merujuk kepada al-Bukhari)”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/6). Kata Ahmad bin Abi Bakr al-Madini: “Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) lebih faqih dan lebih ‘alim di sisi kami daripada Ibn Hanbal (Imam Ahmad)”. Kata beliau lagi: “Sekiranya kau berjumpa dengan Malik dan kau melihat wajahnya serta wajah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) nescaya kau akan berkata: Kedua-duanya setaraf dalam ilmu feqh dan ilmu hadis”. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi (2/19). Justeru, sebagaimana yang kita ketahui bahawa seorang mujtahid itu tidaklah mendapat gelaran tersebut melainkan dia menguasai al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan seumpamanya dengan mendalam. Yang mana kesemuanya ini adalah termasuk di dalam perbahasan usul feqh. Ulama Hadis Mengistinbat Faedah Feqh Daripada Hadis
  • 3. Sebahagian ulama hadis mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam mengeluarkan hukum dan faedah yang terdapat di dalam hadis-hadis. Di antaranya ialah al-Imam al- Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (W. 852 H). Beliau sangat terkenal dengan kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah bagi Sahih al-Bukhari. Bahkan sebahagian ulama menyebut bahawa tidak ada hijrah lagi selepas al-Fath (merujuk kepada Fath al- Bari). Di antara tanda yang menunjukkan kepada keilmuan Ibn Hajar di dalam ilmu usul al-fiqh dan juga feqh ialah ketika beliau mengeluarkan berpuluh faedah feqh daripada sebuah hadis iaitu sabda Rasulullah S.A.W: ‫ا‬ َ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ا‬ َ َ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫م‬ َ ‫ع‬ َ ‫ام‬ َ ‫ل‬ َ ‫ع‬ َ َ ‫ف‬ ‫ر‬ َ ‫ي‬ ‫غ‬َ ََ ‫نال‬ Maksudnya: Wahai Abu Umair, apakah yang telah dilakukan oleh al-Nughair (seekor anak burung yang kecil). Sahih al-Bukhari (6129) Berdasarkan hadis di atas, para ulama telah mengeluarkan beberapa faedah dari hadis ini. Ia terdiri dari faedah feqh, akhlak, dan seumpamanya. Di antara yang terawal mengeluarkan faedah daripada hadis ini ialah Imam Ibn al-Qaas al-Syafie (W. 335 H) yang merupakan seorang faqih dari kalangan pengikut mazhab al-Syafie. Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa di antara sebab yang membawa Ibn al-Qaas mengeluarkan faedah- faedah yang banyak daripada hadis ini adalah kerana terdapatnya sebahagian golongan yang mencela ahli hadis dengan mengatakan mereka meriwayatkan sesuatu yang tidak ada faedah padanya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar. (10/584). Walaupun Imam Ibn al-Qaas tergolong dari kalangan fuqaha, akan tetapi turut terdapat para ulama hadis yang telah memberikan isyarat berkenaan feqh al-hadis yang terdapat daripada hadis ini. Di antara mereka ialah Imam Abu Hatim al-Razi, Imam al-Tirmizi, dan juga Imam al-Khattabi. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/585). Selain dari itu, Imam Ibn Batthal (W. 449 H) yang merupakan seorang ulama besar di dalam ilmu hadis dan telah mensyarahkan Sahih al-Bukhari juga turut mengeluarkan beberapa faedah lain dari hadis tersebut sebagai tambahan dari apa yang telah disebutkan oleh Ibn al-Qaas. Di antaranya ialah: 1Keharusan sajak (rima akhir yang sama) di dalam ucapan selama mana tidak terdapat unsur takalluf (memberat-beratkan). 2Sajak tidak terhalang untuk berlaku daripada baginda Nabi S.A.W · Bolehnya meriwayatkan hadis dengan makna. Ini kerana kisah ini sebuah kisah yang sama akan tetapi ia datang dengan lafaz yang pelbagai. 3Memegang kepala anak kecil untuk berlemah lembut dengannya. Demikianlah beberapa faedah ataupun feqh al-hadis yang disebutkan oleh para ulama hadis berdasarkan hadis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga turut mempunyai
  • 4. pengetahuan di dalam ilmu usul feqh sehingga boleh mengistinbat hukum-hakam daripada hadis-hadis. Ulama Hadis Menjadi Mufti Dan Qadhi Di dalam sejarah, di sana terdapat ulama-ulama hadis yang telah di angkat ke jawatan Mufti dan juga Qadhi. Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jawatan ini memerlukan seorang itu memiliki kepakaran dalam berijtihad, penguasaan ilmu usul feqh dan feqh yang baik, serta mengenali dalil-dalil yang bersifat ijmali. Kata Imam Ibn Hamdan al- Harrani Rahimahullah: Adapun seorang yang faqih secara hakikatnya adalah mereka yang mempunyai kelayakan yang penuh yang membolehkan dia mengetahui hukum dengannya ketika dia memerlukannya dengan jumlah yang banyak. Yang dia ketahui dari permasalahan- permasalahan utama dari hukum-hakam syarak yang bersifat cabang serta praktikal berdasarkan ijtihad dan penelitian, dan hadirnya ia (hukum hakam) di sisinya. Maka setiap faqih pada hakikatnya adalah seorang mujtahid yang memberikan hukum. Kerana ijtihad adalah memerah keringat dan kemampuan dalam mencari hukum syarak berdasarkan dalilnya. Maka setiap mujtahid adalah pakar usul. Oleh yang demikian, ilmu usul feqh merupakan kefardhuan ke atas para fuqaha. Lihat Sifat al-Fatwa wal-Mufti, Ibn Hamdan al-Harrani. Di antara mereka ialah: 1 Imam Abu Zur’ah al-Dimasyqi (W. 302 H) Beliau adalah al-Imam al-Kabir al-Qadhi Abu Zur’ah Muhammad bin Uthman bin Ibrahim. Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Qadhi di Diyar al-Misriyyah pada tahun 284 H. Beliau merupakan seorang ulama bermazhab Syafie. Selain itu beliau juga turut memegang jawatan sebagai qadhi di Dimasyq. 2 Imam Ibn Hibban. (W. 354 H) Beliau merupakan al-Imam al-Allamah Syeikh Khurasan Abu Hatim Muhammad bin Hibban iaitu pemilik kitab Sahih Ibn Hibban yang masyhur. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang yang pakar di dalam ilmu feqh dan juga bahasa arab. Kata Imam al-Hakim: “Adalah Ibn Hibban merupakan seorang yang sangat alim di dalam ilmu feqh, bahasa arab, hadis, memberi peringatan, dan beliau dari kalangan lelaki yang paling berakal”. Lihat Siyar A’lam al-Nubala, al-Zahabi (16/94). Beliau juga merupakan seorang qadhi (hakim) yang bertugas di wilayah Samarqand. Kata Abu Sa’ad al-Idrisi: “Beliau menjalankan qadha’ di Samarqand dalam beberapa tempoh dan beliau dari kalangan golongan yang faqih dalam agama”. Rujuk Siyar A’lam al- Nubala, al-Zahabi (16/94).
  • 5. Ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun beliau merupakan seorang tokoh besar di dalam ilmu hadis dan banyak menulis kitab berkenaan ilmu hadis, pun begitu beliau tetap mempunyai kemahiran yang luas di dalam feqh dan juga usul al-fiqh. 3- Imam Ibn Hajar al-Asqalani (W. 852 H) Pada tahun 811 H, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dilantik untuk menjadi mufti di Dar al-Adl sehinggalah beliau wafat. Di dalam sehari beliau mengeluarkan fatwa sebanyak 30 fatwa. Bahkan beliau juga turut mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan sekalipun ketika beliau sedang mengembara. Ini menunjukkan kemampuan dan kemahiran beliau dalam berfatwa. Rujuk al-Jawahir wal-Durar, al-Sakhawi (2/600). Penutup Akhir kalam, kami nyatakan bahawa memang di sana terdapat perbezaan di antara ulama feqh dan juga ulama hadis. Ini disebabkan berbezanya lapangan kajian yang dilakukan di antara kedua-dua golongan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa para ulama hadis juga ramai yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik dan menggunakannya di dalam kitab-kitab mereka. Ini boleh kita dapati apabila kita membaca kitab-kitab yang membicarakan tentang hadis-hadis hukum seperti Nailul Author karya Imam al-Syaukani dan juga Subul al-Salam karya Imam al-Son’ani. Kami berharap agar penjelasan yang sedikit ini akan memberikan kefahaman kepada para pembaca. Ameen. -Mufti Wilayah Persekutuan