SlideShare a Scribd company logo
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN
      INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH
                TEKNIK




          MARSILA BTE MINHAT




     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
                          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

       BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
  JUDUL : KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI
                  DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK



                                          SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010

  SAYA                                    MARSILA BTE MINHAT
                                                (HURUF BESAR)

  mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
  Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

  1.   Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
  2.   Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
       pengajian sahaja
  3.   Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
       pengajian tinggi.
  4.   ** Sila tandakan ( √ )

                   SULIT                  (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
                                          atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                          AKTA RAHSIA RASMI 1972).

                   TERHAD                 (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
                                          organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

          √        TIDAK TERHAD

                                                                           Disahkan oleh



          (TANDATANGAN PENULIS)                                   (TANDATANGAN PENYELIA)

   Alamat Tetap :
   T 217 BT. 14 KG. PANCHOR,
   76100 DURIAN TUNGGAL,                              PM. Dr. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD
   MELAKA.                                                                      Nama Penyelia


  Tarikh:                                                       Tarikh:


CATATAN     * Potong yang tidak berkenaan
            ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
               berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
               SULIT atau TERHAD.
                 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
                  atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
                  Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
   adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
                 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”




            Tandatangan         :    ………………………………….............
            Nama Penyelia       :    PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD
            Tarikh              :    ………………………………….............
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI
                 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK




                       MARSILA BTE MINHAT




Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)




                       FAKULTI PENDIDIKAN
               UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA




                              APRIL 2010
ii




                                 PENGAKUAN




“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
             yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”




            Tandatangan      :   ……………………………………
             Nama Penulis :      MARSILA BTE MINHAT
             Tarikh         :
iii




                          DEDIKASI




                         Alhamdulillah….
  Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memberi aku kekuatan
                   hingga ke penghujung.


        Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta
            yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..


    Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas ilmu yang
       diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa
                    dan bakti yang dicurahkan


     Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa
diingati..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat
      di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
iv




                                       PENGHARGAAN




       Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang.



       Sekalung penghargaan kepada penyelia penyelidikan, PM. Dr. Mohammad
Yusof bin Hj. Arshad yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar,
panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu.



       Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru dan pelajar
sekolah menengah teknik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa
memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanya
Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.



       Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Maimunah bte Jani
yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya.        Buat Allahyarham Minhat bin
Omar, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi dengan aman di dunia
sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan
kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.
v




                                  ABSTRAK




       Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman guru, status pelaksanaan
serta masalah dalam pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. Sampel terdiri
daripada 115 orang pelajar dan 30 orang guru sains daripada empat buah sekolah
menengah teknik di Negeri Johor dan Melaka.      Dua set soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian. Set soal selidik pertama dijalankan ke atas guru sains
untuk menguji kefahaman guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Set soal selidik
kedua dijalankan ke atas pelajar untuk menguji pelaksanaan guru sains terhadap
pendekatan inkuiri. Data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel
2007. Dapatan kajian mendapati guru kurang memahami dan kurang melaksanakan
pendekatan inkuri. Pelaksanaan pendekatan inkuiri ini adalah hasil respon pelajar
yang lemah dalam menjalankan penyiasatan.      Selain itu, terdapat juga beberapa
masalah yang menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini.
Implikasinya, guru sains dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap
pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
vi




                                      ABSTRACT




       The purposes of this study are to investigate teacher understanding,
implementation status and problems aroused from using inquiry approach at
technical school. As sample, 115 students and 30 teachers from 4 technical schools
in Malacca and Johor are participating. Two sets of questionnaire were prepared as
the research instrument. The set of first questionnaire was given to teachers to
investigate teacher understanding in inquiry approach. The second set of
questionnaire was given to students to investigate the implementation status of
inquiry approach. The data were analyzed by using Microsoft Office Excel 2007.
Based on research finding teachers’ understanding and implementation on inquiry
approach are poor. The implementations of inquiry approach among students are
also poor. Furthermore, there are some weaknesses in inquiry approach at schools.
So, teachers should improve their understanding on inquiry approach to improve
inquiry teaching implementation at school.
vii




                              KANDUNGAN




BAB                           PERKARA             HALAMAN



      PENGAKUAN                                   ii
      DEDIKASI                                    iii
      PENGHARGAAN                                 iv
      ABSTRAK                                     v
      ABSTRACT                                    vi
      KANDUNGAN                                   vii
      SENARAI JADUAL                              xi
      SENARAI RAJAH                               xiii
      SENARAI LAMPIRAN                            xiv
      SENARAI SINGKATAN                           xv



1     PENDAHULUAN                                 1

      1.1   Pengenalan                            1
      1.2   Latar Belakang Masalah                3
            1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap
                   Pendekatan Inkuiri             4
            1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam
                   Pendekatan Inkuiri             5
      1.3   Pernyataan Masalah                    10
      1.4   Objektif Kajian                       10
      1.5   Persoalan Kajian                      11
      1.6   Kepentingan Kajian                    11
      1.7   Skop kajian                           12
viii

    1.8    Definisi Istilah                     13
           1.8.1 Masalah                        13
           1.8.2 Inkuiri.                       13
    1.9    Penutup                              13



2   SOROTAN KAJIAN                              14

    2.1    Pengenalan                           14
    2.2    Definisi Inkuiri                     14
    2.3    Model pembelajaran inkuiri           15
    2.4    Strategi Pendekatan Inkuiri          17
           2.4.1     Penyoalan                  17
           2.4.2     Perbincangan               18
           2.4.3     Tunjuk cara                19
           2.4.4     Mengeksperimen             19
    2.5    Matlamat Pendekatan Inkuiri          19
    2.6    Ciri-ciri Pelajar yang Mengamalkan
           Pendekatan Inkuiri                   20
    2.7    Kebaikan Pendekatan Inkuiri          21
    2.8    Keburukan Pendekatan Inkuiri.        22
    2.9    Kefahaman terhadap Pendekatan
           Inkuiri                              23
    2.10   Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri       24
    2.11   Masalah Pelaksanaan Inkuiri dalam
           Pengajaran Sains                     26
    2.12   Penutup                              27



3   METODOLOGI KAJIAN                           28

    3.1    Pengenalan                           28
    3.2    Rekabentuk Kajian                    28
    3.3    Lokasi Kajian                        29
    3.4    Persampelan Kajian                   30
           3.4.1     Guru Sains                 30
ix

          3.4.2     Pelajar                              30
    3.5   Instrumen Kajian                               31
          3.5.1 Soal Selidik                             31
                  3.5.1.1 Set Soal Selidik Guru Sains    31
                  3.5.1.2 Set Soal Selidik Pelajar       32
    3.6   Analisis Data                                  34
          3.6.1     Soal Selidik Guru Sains              34
          3.6.2     Soal Selidik Pelajar                 34
    3.7   Kajian Rintis                                  35
    3.8   Prosedur Kajian                                35
    3.9   Penutup                                        36



4   ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN                       37

    4.1   Pengenalan                                     37
    4.2   Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan
          Inkuiri                                        37
          4.2.1     Definisi Pendekatan Inkuiri          38
          4.2.2     Konsep Pendekatan Inkuiri            39
          4.2.3     Strategi Pembelajaran Inkuiri        39
                    4.2.3.1    Penyoalan                 40
                    4.2.3.2    Perbincangan              40
                    4.2.3.3    Tunjuk Cara               41
                    4.2.3.4    Mengeksperimen            41
          4.2.4     Ciri-Ciri Pendekatan Inkuiri         42
          4.2.5     Kemahiran Guru dalam Pembelajaran
                    Inkuiri                              42
          4.2.6     Langkah-Langkah dalam Pembelajaran
                    Inkuiri                              43
    4.3   Analisa Keseluruhan Kefahaman Guru
          Sains dalam Pendekatan Inkuiri                 43
    4.4   Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam
          Proses Pengajaran dan Pembelajaran             44
          4.4.1     Item Objektif                        44
x

            4.4.2      Item Penyataan Masalah            45
            4.4.3      Item Menghipotesis                47
            4.4.4      Item Mengenalpasti Pembolehubah   49
                       4.4.4.1 Dimanipulasi              49
                       4.4.4.2 Bergerak balas            50
                       4.4.4.3 Dimalarkan                51
            4.4.5      Item Bahan dan Alat Radas         52
            4.4.6      Item Susun Alat Radas             54
            4.4.7      Item Merangka Langkah kerja       55
            4.4.8      Item Merangka Keputusan           56
            4.4.9      Item Membuat Kesimpulan           58
            4.4.10     Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri
      4.5   Masalah Pendekatan Inkuiri                   60
      4.6   Penutup                                      63



 5    KESIMPULAN                                         64

      5.1   Pengenalan                                   64
      5.2   Kefahaman Guru Sains Terhadap Pendekatan
            Inkuiri.                                     65
      5.3   Pelaksanaan Pendekatan Inkuri                65
      5.4   Masalah Pendekatan Inkuiri                   66
      5.5   Implikasi Kajian                             68
      5.6   Cadangan Kajian Lanjutan                     69
      5.7   Penutup                                      70



RUJUKAN                                                  71-77



LAMPIRAN A-D                                             78-92
xi




                        SENARAI JADUAL




NO JADUAL                        TAJUK                     HALAMAN

3.1         Nama sekolah yang terlibat dalam kajian        29

3.2         Nama sekolah dan bilangan guru sains           30

3.3         Nama sekolah dan bilangan pelajar              31

3.4         Jadual item kefahaman guru dalam pendekatan

            inkuiri                                        32

3.5         Kemahiran merangka eksperimen                  33

3.6         Tahap penilaian responden berdasarkan

            Peratusan                                      34

4.1         Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri     38

4.2         Julat peratusan guru sains tentang kefahaman

            dalam pendekatan inkuiri                       43

4.3         Respon pelajar tentang kemahiran membuat

            objektif                                       45

4.4         Respon pelajar dalam kemahiran membuat

            pernyataan masalah                             46

4.5         Respon pelajar dalam membuat hipotesis         48

4.6         Respon pelajar terhadap pembolehubah

            dimanipulasi                                   49
xii

4.7    Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah

       bergerak balas                                   50

4.8    Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah

       dimalarkan                                       51

4.9    Respon Pelajar dalam menyatakan bahan dan alat

       radas                                            53

4.10   Respon pelajar dalam merangka susunan alat

       radas                                            54

4.11   Respon pelajar merangka langkah kerja            55

4.12   Respon pelajar dalam merangka keputusan          57

4.13   Respon pelajar dalam membuat kesimpulan          58

4.14   Keseluruhan peratusan jawapan pelajar terhadap

       item dalam merangka eksperimen.                  60
xiii




                             SENARAI GRAF




NO GRAF                     TAJUK                  HALAMAN

4.1       Jenis masalah dalam pendekatan inkuiri   61
xiv




                           SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                              TAJUK             HALAMAN


A          Set soal selidik guru sains                  78
B          Set soal selidik pelajar                     87
C          Surat kebenaran daripada pihak Fakulti
           Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia     90
D          Surat kebenaran daripada Bahagian
           Perancangan dan Penyelidikan Dasar
           Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia   91
E          Surat kebenaran daripada Bahagian
           Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
           Kementerian Pelajaran Malaysia               92
xv




                SENARAI SINGKATAN




P&P    -   Pengajaran dan Pembelajaran
PPK    -   Pusat Perkembangan Kurikulum
SMT    -   Sekolah Menengah Teknik
DBP    -   Dewan Bahasa dan Pustaka
AAAS   -   American Association for the Advancement of Science
KPM    -   Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM   -   Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
BAB 1




                                 PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan



       Dewasa kini sains dan teknologi adalah satu bidang yang tidak asing lagi di
Negara kita.   Meskipun perkataan sains digunakan secara meluas dalam kehidupan
seharian tetapi persepsi sains yang dimaksudkan seringkali berbeza antara satu sama
lain. Ada yang menganggap bahawa sains seperti matematik, ada yang mengaitkan
sains dengan jubah putih dan makmal, ada yang terkeliru dengan teknologi, malahan
terdapat juga yang mengaitkan sains dengan kursus yang diikuti di sekolah atau di
institusi pengajian tinggi. Sebenarnya, sains bukan hanya terbatas kepada perkara ini
sahaja. Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas maksud sebenarnya sains



       Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, (PPK) (2001), sains adalah satu
bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Integrasi antara 3 elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang
membolehkan para pelajar memahami alam sekeliling mereka. Menurut Sulaiman
(2000), sains merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan- penemuan baru yang berlaku hampir setiap hari melalui
pembangunan dan penyelidikan.
2


       Apabila memperkatakan tentang sains kita sering mengaitkan situasi bagaimana
sesuatu pengajaran ataupun proses pengajaran sains itu berlangsung. Proses pengajaran
adalah satu perkara yang sangat penting untuk memudahkan para pelajar memahami
kehendak guru dalam menyampaikan mata pelajaran sains tersebut. Pelajar berpendapat
sains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan
Anderson, 1992). Sebagai mata pelajaran yang penting, guru sains sewajarnya bijak
memilih kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Pelajar
akan berminat untuk belajar sains sekiranya guru dapat menggunakan pendekatan yang
melibatkan pelajar dalam pembelajaran serta guru menggunakan aktiviti yang menarik
bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama setiap kali
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.



       Dalam kajian Sufiah (2006), menyatakan bahawa salah satu objektif perubahan-
perubahan untuk memperbaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah adalah
menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri penemuan iaitu
berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar
membawa kesan yang lebih positif seterusnya dapat melahirkan pelajar yang memenuhi
kehendak Kurikulum Bersatu Sekolah Menenngah (KBSM). Ini kerana dalam konteks
KBSM, pelajar dilihat sebagai seorang yang aktif membina konsep yang berteraskan
kepada kemahiran saintifik dan keupayaan berfikir.



       Antara pendekatan P&P serta pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah
pendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan ini berjaya menarik semangat pelajar untuk
memajukan diri dan ingin meneroka ilmu sebanyak yang mungkin. Petikan yang dibuat
oleh De Beor (1991) menunjukkan betapa pentingnya pendekatan inkuiri penemuan
dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu:
       “If single word had to be chosen to describe the goal of science educators
during the 30-years period that began in the late 1950s, it would have to be INQUIRY.”
                                                                 (De Beor, 1991:206 )
3


       Seperti yang kita sedia maklum, sekolah di Malaysia lebih cenderung
menggunakan kaedah P&P berpusatkan guru serta bergantung penuh pada buku teks
iaitu lebih dikenali sebagai kaedah tradisional. Guru kebiasaanya menggunakan kaedah
latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa
penerangan konsep yang mencukupi.       Implikasinya, melahirkan pelajar yang pasif,
pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian
sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan.



       Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pendekatan inkuiri
sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di
negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan
keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi
maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, „prescriber of
appropriate activities‟, „stimulator of curiosity‟, pencabar idea murid dan sumber
rujukan.



       Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu
merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi
yang mendorong pelajar menimbulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya.
Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan
pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai peransang pembentukan
idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma
mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum
sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang
berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.




1.2    Latar Belakang Masalah

       Secara ringkasnya latar belakang masalah membincangkan kefahaman guru
sains, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di SMT.
4


1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri



       Dalam menuju ke zaman era globalisasi dan maju dalam pendidikan, guru di
sekolah seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar matlamat pengajaran sains iaitu
melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahun dan berkemahiran dalam
melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan. Oleh itu guru haruslah mempunyai
semangat yang tinggi bagi mencapai matlamat ini dengan jayanya.



       Dalam pembelajaran sains yang menggunakan pendekatan inkuiri, guru haruslah
memperolehi kefahaman yang tinggi tentang pendekatan inkuiri dan melaksanakannya.
Ini akan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana
pelajar akan terlibat aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sendiri kurang memahami konsep
pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini, maka pelaksanaanya di sekolah akan
menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang
dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakin
dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sehingga menyebabkan pelajar
kurang berminat dengan subjek yang diajar. Implikasinya, pelajar menganggap sains
merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan
Anderson, 1992).    Ini akan menyebabkan pencapaian sains pelajar masih tidak
memuaskan.


       Menurut kajian Nadzamuddin (2005), tahap pengetahuan guru terhadap
pendekatan inkuiri dalam pembelajaran adalah tinggi tetapi dari segi kemahiran adalah
sederhana. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pendekatan inkuiri ini adalah sesuai
dan guru digalakkan menggunakannya dalam proses pembelajaran sains di sekolah
terutamanya SMT. Kebanyakkan pelajar aliran teknik terdiri daripada golongan pelajar
yang aktif dalam melakukan aktiviti.     Ia akan lebih mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang aktif. Apabila
5


pendekatan inkuiri tidak digunakan, maka kemahiran guru dalam pendekatan inkuiri ini
tidak akan meningkat dan sukar untuk melaksanakannya di masa akan datang.



         Guru sains yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan
minat dan keperluan pelajar, mengetahui bila dan bagaimana membimbing, masa
memberi maklumat, menyediakan peralatan yang diperlukan, serta menghubungkan
pelajar dengan sumber rujukan yang releven. Guru sains yang berpengalaman dan
berpengetahuan tinggi akan menunjukkan prestasi pelajar meningkat dan akan
menanamkan minat terhadap mata pelajaran sains.          Berdasarkan hasil kajian Siti
Musitah (2007) yang dilakukan di sekolah menunjukkan para pelajar tidak didedahkan
dengan kaedah pembelajaran inkuiri yang sebenar.       Antara faktor kaedah ini tidak
dijalankan ialah guru yang kurang mahir dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri.



         Menurut kajian Subahan dan Roof (1998), pihak KPM menyatakan bahawa guru
tidak mampu melaksanakan pendekatan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan
dan pengalaman perlaksanaan kecuali mereka telah mengalami atau melihat strategi itu
dilaksanakan dalam situasi yang sebenar.         Guru akan mempunyai idea untuk
melaksanakan pendekatan inkuiri di sekolah. Oleh itu, guru perlu diberi kursus orientasi
kurikulum bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang pendekatan pembelajaran
inkuiri dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap pendekatan inkuiri.



1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri



         Masa kini, guru lebih suka menggunakan pendekatan pembelajaran secara
tradisional berbanding menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran
sains.    Guru di seluruh dunia telah pun diberi pendedahan mengenai kebaikan
pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri sejak mereka di maktab perguruan, Universiti
dan sebagainya, (De Boer, 1991).        Guru pelatih juga digalakkan menggunakan
pendekatan inkuiri semasa latihan mengajar.       Inikan pula guru yang telah lama
mengajar. Pada pendapat saya, guru lama lebih berpengalaman dalam melaksanakan
6


pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.        Mereka lebih mengetahui bahawa
pendekatan inkuiri lebih baik daripada kaedah tradisional.     Seharusya mereka lebih
cekap menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



       Guru di SMT juga tidak terkecuali untuk melaksanakan pendekatan inkuiri
penemuan ini. Seperti yang kita sedia maklum pelajar di sekolah menengah teknik lebih
berminat dalam kerja atau aktiviti yang lebih kepada praktikal atau latih tubi.
Seharusnya guru di sekolah menengah teknik lebih mudah untuk melibatkan pelajar
dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri di dalam proses pengajran dan pembelajaran.
Seharusnya guru mempraktikkan pendekatan ini semasa mengajar, tetapi apa yang kita
lihat kini, kebanyakkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri ini. Perkara ini
dibuktikan oleh pihak KPM (1994), guru sains lebih cenderung menggunakan
pendekatan secara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding
menggunakan pengajaran berbentuk inkuiri. Guru berpendapat kaedah pembelajaran
secara inkuiri akan menambahkan lagi beban pelajar.



       Ramai dalam kalangan guru tidak berminat menggunakan pengajaran berbentuk
inkuri. Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini akan merangsang pelajar
berfikir justeru akan meningkatkan lagi daya intelek dikalangan pelajar. Contohnya
aktiviti amali di dalam makmal, pelajar akan mampu menguasai teknik merancang dan
menjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah mereka sendiri dengan
bimbingan guru.



       Di SMT terdapat pelbagai jenis makmal untuk mempraktikkan pendekatan
inkuiri ini seperti makmal awam, makmal jentera, makmal elektronik dan sebagainya.
Guru di sekolah teknik seharusnya lebih mudah untuk menjalankan pendekatan inkuiri
kerana pelajar di sekolah menengah teknik aktif dari segi melibatkan diri dalam aktiviti
di dalam kelas. Namun, apa yang kita dapat lihat fenomena semasa melakukan aktiviti
amali pembelajaran guru adalah lebih berbentuk mengikut „buku resepi‟ bagi
mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep.         Dalam kajian Deter (2005),
7


terhadap guru kimia di 571 sekolah menengah di United State dan mendapati 45.5%
guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti amali dengan
kaedah mereka tersendiri.



       Di Australia, Hackling et al. (2001) dalam kajiannya ke atas 2,802 orang pelajar
mendapati 33% pelajar tidak merancang aktiviti amali mereka sendiri ketika membuat
amali. Walaupun negara itu sebuah negara yang pesat membangun seperti United State
dan Australia, pembelajaran berbentuk inkuiri masih lagi tidak di gemari oleh guru. Ini
menunjukkan pelaksanaan pendekatan inkuiri ini juga tidak dipraktikkan di Negara maju
walaupun guru menyedari kebaikan pendekatan inkuiri ini.



       Kajian TIMMS ( Trend in International Mathematics and Science Study) (1999)
melaporkan bahawa di dalam kelas sains aktiviti yang kerap dilakukan adalah guru
menunjukkan cara menyelesaikan masalah sains (89% Malaysia dan 80% antarabangsa),
membuat sendiri kerja dari lembaran kerja atau buku teks (56% Malaysia dan
Antarabangsa).    Ini menunjukkan guru lebih cenderung menggunakan kaedah
pembelajaran berpusatkan guru daripada pengajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah
tidak sejajar dengan matlamat utama pengajaran sains KBSM di sekolah iaitu untuk
mendidik pelajar menggunakan minda secara efektif. Implikasinya, prestasi pelajar di
sekolah teknik merundum kerana guru lebih mementingkan pembelajaran teori
berbanding dengan konsep dalam sesuatu topik.



       Pada masa kini, silibus yang ditetapkan oleh kurikulum terlalu padat untuk
disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang kita maklum
guru di sekolah bukanlah semata-semata mengajar sahaja, tetapi banyak tanggungjawab
yang perlu mereka laksanakan seperti menghadiri pelbagai kursus yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan seperti kursus semakan semula sukatan pelajaran, kursus
pembengkelan untuk aktiviti-aktiviti dalam P&P, kursus pemantapan sukatan
matapelajaran, kursus profesional guru untuk P&P dan sebagainya. Ini menyebabkan
perancangan pembelajaran guru menjadi tertangguh dan guru kurang bersedia dengan
8


aktiviti pembelajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu, akan menyebabkan guru
kurang yakin menyampaikan sesuatu pembelajaran tersebut.



       Pembelajaran pendekatan inkuiri memerlukan guru tersebut merancang awal dan
memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan.
Kejadian yang berlaku di sekolah sekarang, guru sains terlalu mengejar masa untuk
menghabiskan silibus yang di tetapkan oleh kementerian.        Ini menyebakan pelajar-
pelajar menjadi tertekan dengan cara penyampaian guru yang kurang efektif.



       Disebabkan kesuntukan masa ini, pelajar tidak berpeluang terlibat secara
langsung untuk merancang sesuatu aktiviti terutamanya ketika membuat amali. Mereka
hanya perlu mencatat hasil akhir yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen ke dalam
ruang kosong yang tersedia dalam buku kerja amali, tanpa diberi penekanan terhadap
proses sains dan inkuiri (Abu Hassan, 1998). Pelajar juga tidak berupaya untuk terlibat
dalam proses penyoalan, membina hipotesis, meramal, dan mengeksperimen kerana
guru terikat dengan sukatan pelajaran yang disediakan.



       Di sekolah teknik juga terdapat pelbagai jenis projek yang seperti projek
rekacipta, projek autocad, projek membina replika ataupun model perlu diselia oleh guru
dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar dan guru. Hal ini menyebabkan
pelajar dan guru mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan pendekatan inkuiri
ini kerana memerlukan masa yang mencukupi dalam melaksanakannya.



       Sesuatu kaedah pembelajaran yang dipilih oleh guru untuk disampaikan oleh
guru di sekolah perlulah mempunyai keberkesanan yang efektif terhadap pelajar. Antara
kaedah ataupun pendekatan pembelajaran yang sangat efektif digunakan di sekolah
adalah pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri.        Pembelajaran berbentuk inkuiri
digalakkan semasa proses P&P. Masalah yang dihadapi oleh guru sekarang ialah, guru
sendiri tidak megetahui bagaimana pendekatan inkuiri ini dijalankan.         Guru tidak
mengetahui maksud pembelajaran berbentuk inkuiri.          Kurangnya pendedahan dan
9


kefahaman oleh guru terhadap pendekatan inkuiri menyebabkan guru tidak
menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses P&P.



       Menurut Costenson & Lawson (1986); Welch et al. (1981), sesetengah guru
kurang percaya terhadap kemampuan pelajarnya sendiri. Mereka beranggapan bahawa
pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sahaja boleh menerima
pembelajaran berbentuk inkuiri dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guru
hanya berpendapat tanggungjawab mereka hanyalah sekadar menyampaikan ilmu secara
teori sahaja kerana sukar mendapat pelajar yang ramai yang mempunyai pemikiran
tinggi dalam sesebuah kelas.(Welch et al., 1981).



       Guru perlulah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pelajarnya supaya
pelajar yakin terhadap diri mereka sendiri dalam melaksanakan pembelajaran berbentuk
inkuiri. Dengan adanya keyakinan yang diberikan oleh guru terhadap pelajar, ia akan
meningkatkan semangat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti penyoalan dan
perbincangan terutamanya di dalam aktiviti amali yang melibatkan penglibatan pelajar
yang maksimum.



       Dalam pembelajaran sains contohnya mata pelajaran kimia, waktu pembelajaran
didalam kelas selama seminggu adalah empat waktu pembelajaran iaitu satu waktu
bersamaan 40 minit. Menurut kajian yang dilakukan di Hong Kong (Cheung, 2006a)
pembelajaran inkuiri tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sebuah
kelas terlalu ramai iaitu 40 orang. Masa yang diperlukan untuk melibatkan semua
pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran berbentuk inkuiri tidak mencukupi.
Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan kelengkapan
ataupun alat bantu mengajar kurang mencukupi dalam satu masa yang sama terutamanya
dalam menjalankan aktiviti amali di sekolah. Di United States, (Reeve et al., 2004),
mendapati bilangan pelajar yang ramai menghalang pendekatan inkuiri dijalankan di
sekolah kerana kekurangan kemudahan di dalam bilik darjah terutamanya ketika
membuat aktiviti amali di makmal.
10


1.3    Pernyataan Masalah



       Guru kurang menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.     Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran
inkuiri di setiap sekolah di Malaysia tetapi guru di Malaysia masih menggunakan
kaedah tradisional iaitu berpusatkan kepada guru. Cheung (2006b), mendapati faktor-
faktor guru tidak menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah kurang efektif untuk mengajar pelajar yang ramai. Selain itu,
pembelajaran inkuiri memerlukan kemudahan yang lengkap seperti alat bantu mengajar,
makmal yang lengkap dan suasana pembelajaran yang baik. Masa yang diperlukan
untuk melaksanakan pembelajaran inkuiri juga perlulah optimum.



       Secara teorinya pendekatan inkuiri dapat merangsang pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Ini bergantung kepada guru, iaitu guru perlu memberi
komitmen sepenuhnya untuk memahami dan melaksanakan pendekatan ini dengan yakin
supaya pelajar yakin dan memberi tindak balas yang positif dalam bilik darjah. Kajian
yang melibatkan perlaksanaan inkuiri penemuan dan masalah perlaksanan inkuiri telah
dijalankan di luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah
perlaksanaan inkuiri di Malaysia.         Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif
maka kajian ini juga mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap
pendekatan inkuiri penemuan, mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah menengah
teknik mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah
pelaksanaannya.




1.4    Objektif Kajian



Objektif kajian adalah seperti berikut:
11


 (i)    Mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan
        inkuiri.
 (ii)   Mengkaji status perlaksanaan dan permasalahan pendekatan inkuiri di sekolah
        menengah teknik.




1.5     Persoalan Kajian



Berdasarkan kepada ojektif kajian, beberapa persoalan kajian boleh dikaji iaitu:



 (i)    Sejauh manakah kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan
        inkuiri?
 (ii)   Adakah guru melaksanakan pendekatan inkuiri semasa proses pengajaran dan
        pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pelaksanaanya?




1.6     Kepentingan Kajian



        Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan dan permasalahan
guru dalam pembelajaran secara inkuiri di sekolah menengah teknik. Selain daripada itu
kajian ini juga dilakukan terhadap pelajar mengenai faktor yang mempengaruhi
penerimaan pelajar di sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. Kajian ini
akan membantu pengkaji untuk mengetahui sejauhmana penggunaan pembelajaran
secara inkuiri ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik dan juga tindakbalas
pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah teknik terhadap pendekatan secara inkuiri.
Selain itu, secara tidak langsung pengkaji sendiri mendapat kelebihan iaitu mengetahui
dengan lebih mendalam tentang pengajaran pendekatan inkuiri ini supaya dapat
mengamalkannya apabila menjadi guru kelak.

More Related Content

What's hot

Bab i%2 c v%2c daftar pustaka
Bab i%2 c v%2c daftar pustakaBab i%2 c v%2c daftar pustaka
Bab i%2 c v%2c daftar pustaka
Fppi Unila
 
Analisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologiAnalisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologi
Gun-gun Gunawan
 
Halaman depan
Halaman depanHalaman depan
Halaman depan
Fppi Unila
 
Fis 13-fluida-statis
Fis 13-fluida-statisFis 13-fluida-statis
Fis 13-fluida-statis
SMA Negeri 9 KERINCI
 
2. rpp dan penilaian kd 3.3 fluida statis tekanan hidrostatis
2. rpp dan penilaian kd 3.3  fluida statis tekanan hidrostatis2. rpp dan penilaian kd 3.3  fluida statis tekanan hidrostatis
2. rpp dan penilaian kd 3.3 fluida statis tekanan hidrostatis
ika kusmiyati
 
Ukbm 3.3 fisika fluida statis
Ukbm 3.3 fisika fluida statisUkbm 3.3 fisika fluida statis
Ukbm 3.3 fisika fluida statis
radar radius
 
4101409015
41014090154101409015
4101409015
ulfah Nasution
 
Biologi 3(1)
Biologi 3(1)Biologi 3(1)
Biologi 3(1)
Ikhtiar Delaw
 
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
sambastian
 
Rpp fluida statis
Rpp fluida statisRpp fluida statis
Rpp fluida statis
Nurismu Rizki
 
Novita yuanari 07301244091
Novita yuanari 07301244091Novita yuanari 07301244091
Novita yuanari 07301244091
Fppi Unila
 
246826497 lks-fluida-statis 4
246826497 lks-fluida-statis 4246826497 lks-fluida-statis 4
246826497 lks-fluida-statis 4
saharilbugis
 
Laporan net
Laporan netLaporan net
Laporan net
Syahfitri Halifah
 
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida Herlina
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida HerlinaBuku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida Herlina
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida HerlinaRian Maulana
 
7. rpp fluida
7. rpp fluida7. rpp fluida
7. rpp fluida
Muhammad Fachrurrozy
 
Rpp fluida statis
Rpp fluida statisRpp fluida statis
Rpp fluida statis
JamarudinFisika
 
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  XBUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
MOSES HADUN
 
RPT SAINS TAHUN 6 2014
RPT SAINS TAHUN 6 2014RPT SAINS TAHUN 6 2014
RPT SAINS TAHUN 6 2014
Noor Rafidah Zainuddin
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
Ichwan Aridanu
 
Rpp asep
Rpp asepRpp asep
Rpp asep
Assep Baee
 

What's hot (20)

Bab i%2 c v%2c daftar pustaka
Bab i%2 c v%2c daftar pustakaBab i%2 c v%2c daftar pustaka
Bab i%2 c v%2c daftar pustaka
 
Analisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologiAnalisis kesulitan belajar biologi
Analisis kesulitan belajar biologi
 
Halaman depan
Halaman depanHalaman depan
Halaman depan
 
Fis 13-fluida-statis
Fis 13-fluida-statisFis 13-fluida-statis
Fis 13-fluida-statis
 
2. rpp dan penilaian kd 3.3 fluida statis tekanan hidrostatis
2. rpp dan penilaian kd 3.3  fluida statis tekanan hidrostatis2. rpp dan penilaian kd 3.3  fluida statis tekanan hidrostatis
2. rpp dan penilaian kd 3.3 fluida statis tekanan hidrostatis
 
Ukbm 3.3 fisika fluida statis
Ukbm 3.3 fisika fluida statisUkbm 3.3 fisika fluida statis
Ukbm 3.3 fisika fluida statis
 
4101409015
41014090154101409015
4101409015
 
Biologi 3(1)
Biologi 3(1)Biologi 3(1)
Biologi 3(1)
 
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
21218804 ida-rufaida-ptk-matematika-kontekstual
 
Rpp fluida statis
Rpp fluida statisRpp fluida statis
Rpp fluida statis
 
Novita yuanari 07301244091
Novita yuanari 07301244091Novita yuanari 07301244091
Novita yuanari 07301244091
 
246826497 lks-fluida-statis 4
246826497 lks-fluida-statis 4246826497 lks-fluida-statis 4
246826497 lks-fluida-statis 4
 
Laporan net
Laporan netLaporan net
Laporan net
 
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida Herlina
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida HerlinaBuku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida Herlina
Buku Biologi SMA Kelas XII [BSE] 2009 – Ida Herlina
 
7. rpp fluida
7. rpp fluida7. rpp fluida
7. rpp fluida
 
Rpp fluida statis
Rpp fluida statisRpp fluida statis
Rpp fluida statis
 
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  XBUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
 
RPT SAINS TAHUN 6 2014
RPT SAINS TAHUN 6 2014RPT SAINS TAHUN 6 2014
RPT SAINS TAHUN 6 2014
 
JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN JURNAL PENELITIAN
JURNAL PENELITIAN
 
Rpp asep
Rpp asepRpp asep
Rpp asep
 

Viewers also liked

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
Mummy Rayyan
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
TING Hua
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriIzny Atikah
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sainsJuprin Togor
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
Siva Sundrarajoo
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
Ameer Chann
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsZalizan- Ismail
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
AYU_TEMPOYAK
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
mamadanial
 
Julian
JulianJulian
Website info
Website infoWebsite info
Website info
sandiesambe
 
МИС "Трансфузиология"
МИС "Трансфузиология"МИС "Трансфузиология"
МИС "Трансфузиология"
Medotrade
 
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkas
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkasSce+3105 kerja+dan+mesin+ringkas
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkasrosmizaroni zakaria
 
Open housepresentation
Open housepresentationOpen housepresentation
Open housepresentation
ikblc
 
Tugas bhs inggris
Tugas bhs inggrisTugas bhs inggris
Tugas bhs inggris
Farisa Adelina
 
Science water
Science waterScience water
Science water
Den Ver
 

Viewers also liked (20)

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Julian
JulianJulian
Julian
 
Bou categojuiprofesor
Bou categojuiprofesorBou categojuiprofesor
Bou categojuiprofesor
 
Website info
Website infoWebsite info
Website info
 
МИС "Трансфузиология"
МИС "Трансфузиология"МИС "Трансфузиология"
МИС "Трансфузиология"
 
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkas
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkasSce+3105 kerja+dan+mesin+ringkas
Sce+3105 kerja+dan+mesin+ringkas
 
Open housepresentation
Open housepresentationOpen housepresentation
Open housepresentation
 
Tugas bhs inggris
Tugas bhs inggrisTugas bhs inggris
Tugas bhs inggris
 
Science water
Science waterScience water
Science water
 

Similar to Inkuri baru

Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
ErYz Johaizal
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Pengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivismePengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivismenirmalavadiwel
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
huda hamdan
 
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
rikosmith
 
Penerapan model pembelajaran berbasis masalah
Penerapan model pembelajaran berbasis masalahPenerapan model pembelajaran berbasis masalah
Penerapan model pembelajaran berbasis masalah
miftahasan
 
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
Ros Azlina
 
Chua khenghoemfp
Chua khenghoemfpChua khenghoemfp
Chua khenghoemfp
GV Vaani
 
Kbk sma 13. kimia
Kbk sma 13. kimiaKbk sma 13. kimia
Kbk sma 13. kimia
Jasmin Jasin
 
Skripsi
SkripsiSkripsi
Juknis Perangkat Pembelajaran
Juknis Perangkat PembelajaranJuknis Perangkat Pembelajaran
Juknis Perangkat PembelajaranSuaidin -Dompu
 
Kajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaKajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaizan84
 
Kajian tindakan bilik darjah
Kajian tindakan bilik darjahKajian tindakan bilik darjah
Kajian tindakan bilik darjah
kaklong87
 
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPPMakalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
aditin
 
Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
aditin
 
Ptk otomotif
Ptk otomotifPtk otomotif
Ptk otomotif
Jomar Rapi
 
Kbk sma 12. fisika
Kbk sma 12. fisikaKbk sma 12. fisika
Kbk sma 12. fisikaJasmin Jasin
 
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshdTugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
novitaauliafatma606
 
Skripsi
Skripsi Skripsi
Skripsi
Maya Achya
 
Skripsi
SkripsiSkripsi

Similar to Inkuri baru (20)

Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Pengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivismePengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivisme
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
 
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
4770849 persepsi-guru-sekolah-dasar-terhadap-program-sertifikasi-guru
 
Penerapan model pembelajaran berbasis masalah
Penerapan model pembelajaran berbasis masalahPenerapan model pembelajaran berbasis masalah
Penerapan model pembelajaran berbasis masalah
 
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
24 pages from_panduan_penulisan_objektif_eksplisit_dalam_perancangan_pengajar...
 
Chua khenghoemfp
Chua khenghoemfpChua khenghoemfp
Chua khenghoemfp
 
Kbk sma 13. kimia
Kbk sma 13. kimiaKbk sma 13. kimia
Kbk sma 13. kimia
 
Skripsi
SkripsiSkripsi
Skripsi
 
Juknis Perangkat Pembelajaran
Juknis Perangkat PembelajaranJuknis Perangkat Pembelajaran
Juknis Perangkat Pembelajaran
 
Kajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaKajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnita
 
Kajian tindakan bilik darjah
Kajian tindakan bilik darjahKajian tindakan bilik darjah
Kajian tindakan bilik darjah
 
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPPMakalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
Makalah Pendekatan Pembelajaran dan RPP
 
Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
 
Ptk otomotif
Ptk otomotifPtk otomotif
Ptk otomotif
 
Kbk sma 12. fisika
Kbk sma 12. fisikaKbk sma 12. fisika
Kbk sma 12. fisika
 
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshdTugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
Tugas 1 PKM MAR'ATUL JANNAH.pdfvghsjsshd
 
Skripsi
Skripsi Skripsi
Skripsi
 
Skripsi
SkripsiSkripsi
Skripsi
 

Inkuri baru

  • 1. KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MARSILA BTE MINHAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2. PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 SAYA MARSILA BTE MINHAT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : T 217 BT. 14 KG. PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL, PM. Dr. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD MELAKA. Nama Penyelia Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
  • 3. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )” Tandatangan : …………………………………............. Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD Tarikh : ………………………………….............
  • 4. KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MARSILA BTE MINHAT Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2010
  • 5. ii PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : …………………………………… Nama Penulis : MARSILA BTE MINHAT Tarikh :
  • 6. iii DEDIKASI Alhamdulillah…. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memberi aku kekuatan hingga ke penghujung. Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ku.. Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas ilmu yang diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa diingati..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
  • 7. iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang. Sekalung penghargaan kepada penyelia penyelidikan, PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru dan pelajar sekolah menengah teknik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu. Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Maimunah bte Jani yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Minhat bin Omar, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi dengan aman di dunia sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.
  • 8. v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman guru, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. Sampel terdiri daripada 115 orang pelajar dan 30 orang guru sains daripada empat buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan Melaka. Dua set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Set soal selidik pertama dijalankan ke atas guru sains untuk menguji kefahaman guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Set soal selidik kedua dijalankan ke atas pelajar untuk menguji pelaksanaan guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Dapatan kajian mendapati guru kurang memahami dan kurang melaksanakan pendekatan inkuri. Pelaksanaan pendekatan inkuiri ini adalah hasil respon pelajar yang lemah dalam menjalankan penyiasatan. Selain itu, terdapat juga beberapa masalah yang menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini. Implikasinya, guru sains dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
  • 9. vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate teacher understanding, implementation status and problems aroused from using inquiry approach at technical school. As sample, 115 students and 30 teachers from 4 technical schools in Malacca and Johor are participating. Two sets of questionnaire were prepared as the research instrument. The set of first questionnaire was given to teachers to investigate teacher understanding in inquiry approach. The second set of questionnaire was given to students to investigate the implementation status of inquiry approach. The data were analyzed by using Microsoft Office Excel 2007. Based on research finding teachers’ understanding and implementation on inquiry approach are poor. The implementations of inquiry approach among students are also poor. Furthermore, there are some weaknesses in inquiry approach at schools. So, teachers should improve their understanding on inquiry approach to improve inquiry teaching implementation at school.
  • 10. vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI LAMPIRAN xiv SENARAI SINGKATAN xv 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri 4 1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri 5 1.3 Pernyataan Masalah 10 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Skop kajian 12
  • 11. viii 1.8 Definisi Istilah 13 1.8.1 Masalah 13 1.8.2 Inkuiri. 13 1.9 Penutup 13 2 SOROTAN KAJIAN 14 2.1 Pengenalan 14 2.2 Definisi Inkuiri 14 2.3 Model pembelajaran inkuiri 15 2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17 2.4.1 Penyoalan 17 2.4.2 Perbincangan 18 2.4.3 Tunjuk cara 19 2.4.4 Mengeksperimen 19 2.5 Matlamat Pendekatan Inkuiri 19 2.6 Ciri-ciri Pelajar yang Mengamalkan Pendekatan Inkuiri 20 2.7 Kebaikan Pendekatan Inkuiri 21 2.8 Keburukan Pendekatan Inkuiri. 22 2.9 Kefahaman terhadap Pendekatan Inkuiri 23 2.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 24 2.11 Masalah Pelaksanaan Inkuiri dalam Pengajaran Sains 26 2.12 Penutup 27 3 METODOLOGI KAJIAN 28 3.1 Pengenalan 28 3.2 Rekabentuk Kajian 28 3.3 Lokasi Kajian 29 3.4 Persampelan Kajian 30 3.4.1 Guru Sains 30
  • 12. ix 3.4.2 Pelajar 30 3.5 Instrumen Kajian 31 3.5.1 Soal Selidik 31 3.5.1.1 Set Soal Selidik Guru Sains 31 3.5.1.2 Set Soal Selidik Pelajar 32 3.6 Analisis Data 34 3.6.1 Soal Selidik Guru Sains 34 3.6.2 Soal Selidik Pelajar 34 3.7 Kajian Rintis 35 3.8 Prosedur Kajian 35 3.9 Penutup 36 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37 4.1 Pengenalan 37 4.2 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri 37 4.2.1 Definisi Pendekatan Inkuiri 38 4.2.2 Konsep Pendekatan Inkuiri 39 4.2.3 Strategi Pembelajaran Inkuiri 39 4.2.3.1 Penyoalan 40 4.2.3.2 Perbincangan 40 4.2.3.3 Tunjuk Cara 41 4.2.3.4 Mengeksperimen 41 4.2.4 Ciri-Ciri Pendekatan Inkuiri 42 4.2.5 Kemahiran Guru dalam Pembelajaran Inkuiri 42 4.2.6 Langkah-Langkah dalam Pembelajaran Inkuiri 43 4.3 Analisa Keseluruhan Kefahaman Guru Sains dalam Pendekatan Inkuiri 43 4.4 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 44 4.4.1 Item Objektif 44
  • 13. x 4.4.2 Item Penyataan Masalah 45 4.4.3 Item Menghipotesis 47 4.4.4 Item Mengenalpasti Pembolehubah 49 4.4.4.1 Dimanipulasi 49 4.4.4.2 Bergerak balas 50 4.4.4.3 Dimalarkan 51 4.4.5 Item Bahan dan Alat Radas 52 4.4.6 Item Susun Alat Radas 54 4.4.7 Item Merangka Langkah kerja 55 4.4.8 Item Merangka Keputusan 56 4.4.9 Item Membuat Kesimpulan 58 4.4.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 4.5 Masalah Pendekatan Inkuiri 60 4.6 Penutup 63 5 KESIMPULAN 64 5.1 Pengenalan 64 5.2 Kefahaman Guru Sains Terhadap Pendekatan Inkuiri. 65 5.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuri 65 5.4 Masalah Pendekatan Inkuiri 66 5.5 Implikasi Kajian 68 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69 5.7 Penutup 70 RUJUKAN 71-77 LAMPIRAN A-D 78-92
  • 14. xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Nama sekolah yang terlibat dalam kajian 29 3.2 Nama sekolah dan bilangan guru sains 30 3.3 Nama sekolah dan bilangan pelajar 31 3.4 Jadual item kefahaman guru dalam pendekatan inkuiri 32 3.5 Kemahiran merangka eksperimen 33 3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan Peratusan 34 4.1 Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri 38 4.2 Julat peratusan guru sains tentang kefahaman dalam pendekatan inkuiri 43 4.3 Respon pelajar tentang kemahiran membuat objektif 45 4.4 Respon pelajar dalam kemahiran membuat pernyataan masalah 46 4.5 Respon pelajar dalam membuat hipotesis 48 4.6 Respon pelajar terhadap pembolehubah dimanipulasi 49
  • 15. xii 4.7 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah bergerak balas 50 4.8 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah dimalarkan 51 4.9 Respon Pelajar dalam menyatakan bahan dan alat radas 53 4.10 Respon pelajar dalam merangka susunan alat radas 54 4.11 Respon pelajar merangka langkah kerja 55 4.12 Respon pelajar dalam merangka keputusan 57 4.13 Respon pelajar dalam membuat kesimpulan 58 4.14 Keseluruhan peratusan jawapan pelajar terhadap item dalam merangka eksperimen. 60
  • 16. xiii SENARAI GRAF NO GRAF TAJUK HALAMAN 4.1 Jenis masalah dalam pendekatan inkuiri 61
  • 17. xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set soal selidik guru sains 78 B Set soal selidik pelajar 87 C Surat kebenaran daripada pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 90 D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 91 E Surat kebenaran daripada Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia 92
  • 18. xv SENARAI SINGKATAN P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum SMT - Sekolah Menengah Teknik DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka AAAS - American Association for the Advancement of Science KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
  • 19. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dewasa kini sains dan teknologi adalah satu bidang yang tidak asing lagi di Negara kita. Meskipun perkataan sains digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian tetapi persepsi sains yang dimaksudkan seringkali berbeza antara satu sama lain. Ada yang menganggap bahawa sains seperti matematik, ada yang mengaitkan sains dengan jubah putih dan makmal, ada yang terkeliru dengan teknologi, malahan terdapat juga yang mengaitkan sains dengan kursus yang diikuti di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Sebenarnya, sains bukan hanya terbatas kepada perkara ini sahaja. Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas maksud sebenarnya sains Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, (PPK) (2001), sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara 3 elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan para pelajar memahami alam sekeliling mereka. Menurut Sulaiman (2000), sains merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan- penemuan baru yang berlaku hampir setiap hari melalui pembangunan dan penyelidikan.
  • 20. 2 Apabila memperkatakan tentang sains kita sering mengaitkan situasi bagaimana sesuatu pengajaran ataupun proses pengajaran sains itu berlangsung. Proses pengajaran adalah satu perkara yang sangat penting untuk memudahkan para pelajar memahami kehendak guru dalam menyampaikan mata pelajaran sains tersebut. Pelajar berpendapat sains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan Anderson, 1992). Sebagai mata pelajaran yang penting, guru sains sewajarnya bijak memilih kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Pelajar akan berminat untuk belajar sains sekiranya guru dapat menggunakan pendekatan yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran serta guru menggunakan aktiviti yang menarik bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama setiap kali pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Dalam kajian Sufiah (2006), menyatakan bahawa salah satu objektif perubahan- perubahan untuk memperbaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah adalah menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri penemuan iaitu berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar membawa kesan yang lebih positif seterusnya dapat melahirkan pelajar yang memenuhi kehendak Kurikulum Bersatu Sekolah Menenngah (KBSM). Ini kerana dalam konteks KBSM, pelajar dilihat sebagai seorang yang aktif membina konsep yang berteraskan kepada kemahiran saintifik dan keupayaan berfikir. Antara pendekatan P&P serta pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah pendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan ini berjaya menarik semangat pelajar untuk memajukan diri dan ingin meneroka ilmu sebanyak yang mungkin. Petikan yang dibuat oleh De Beor (1991) menunjukkan betapa pentingnya pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu: “If single word had to be chosen to describe the goal of science educators during the 30-years period that began in the late 1950s, it would have to be INQUIRY.” (De Beor, 1991:206 )
  • 21. 3 Seperti yang kita sedia maklum, sekolah di Malaysia lebih cenderung menggunakan kaedah P&P berpusatkan guru serta bergantung penuh pada buku teks iaitu lebih dikenali sebagai kaedah tradisional. Guru kebiasaanya menggunakan kaedah latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa penerangan konsep yang mencukupi. Implikasinya, melahirkan pelajar yang pasif, pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan. Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pendekatan inkuiri sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, „prescriber of appropriate activities‟, „stimulator of curiosity‟, pencabar idea murid dan sumber rujukan. Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi yang mendorong pelajar menimbulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai peransang pembentukan idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020. 1.2 Latar Belakang Masalah Secara ringkasnya latar belakang masalah membincangkan kefahaman guru sains, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di SMT.
  • 22. 4 1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri Dalam menuju ke zaman era globalisasi dan maju dalam pendidikan, guru di sekolah seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar matlamat pengajaran sains iaitu melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahun dan berkemahiran dalam melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan. Oleh itu guru haruslah mempunyai semangat yang tinggi bagi mencapai matlamat ini dengan jayanya. Dalam pembelajaran sains yang menggunakan pendekatan inkuiri, guru haruslah memperolehi kefahaman yang tinggi tentang pendekatan inkuiri dan melaksanakannya. Ini akan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar akan terlibat aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sendiri kurang memahami konsep pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini, maka pelaksanaanya di sekolah akan menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakin dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sehingga menyebabkan pelajar kurang berminat dengan subjek yang diajar. Implikasinya, pelajar menganggap sains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan Anderson, 1992). Ini akan menyebabkan pencapaian sains pelajar masih tidak memuaskan. Menurut kajian Nadzamuddin (2005), tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan inkuiri dalam pembelajaran adalah tinggi tetapi dari segi kemahiran adalah sederhana. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pendekatan inkuiri ini adalah sesuai dan guru digalakkan menggunakannya dalam proses pembelajaran sains di sekolah terutamanya SMT. Kebanyakkan pelajar aliran teknik terdiri daripada golongan pelajar yang aktif dalam melakukan aktiviti. Ia akan lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang aktif. Apabila
  • 23. 5 pendekatan inkuiri tidak digunakan, maka kemahiran guru dalam pendekatan inkuiri ini tidak akan meningkat dan sukar untuk melaksanakannya di masa akan datang. Guru sains yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan pelajar, mengetahui bila dan bagaimana membimbing, masa memberi maklumat, menyediakan peralatan yang diperlukan, serta menghubungkan pelajar dengan sumber rujukan yang releven. Guru sains yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi akan menunjukkan prestasi pelajar meningkat dan akan menanamkan minat terhadap mata pelajaran sains. Berdasarkan hasil kajian Siti Musitah (2007) yang dilakukan di sekolah menunjukkan para pelajar tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran inkuiri yang sebenar. Antara faktor kaedah ini tidak dijalankan ialah guru yang kurang mahir dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri. Menurut kajian Subahan dan Roof (1998), pihak KPM menyatakan bahawa guru tidak mampu melaksanakan pendekatan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman perlaksanaan kecuali mereka telah mengalami atau melihat strategi itu dilaksanakan dalam situasi yang sebenar. Guru akan mempunyai idea untuk melaksanakan pendekatan inkuiri di sekolah. Oleh itu, guru perlu diberi kursus orientasi kurikulum bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang pendekatan pembelajaran inkuiri dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap pendekatan inkuiri. 1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri Masa kini, guru lebih suka menggunakan pendekatan pembelajaran secara tradisional berbanding menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains. Guru di seluruh dunia telah pun diberi pendedahan mengenai kebaikan pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri sejak mereka di maktab perguruan, Universiti dan sebagainya, (De Boer, 1991). Guru pelatih juga digalakkan menggunakan pendekatan inkuiri semasa latihan mengajar. Inikan pula guru yang telah lama mengajar. Pada pendapat saya, guru lama lebih berpengalaman dalam melaksanakan
  • 24. 6 pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Mereka lebih mengetahui bahawa pendekatan inkuiri lebih baik daripada kaedah tradisional. Seharusya mereka lebih cekap menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru di SMT juga tidak terkecuali untuk melaksanakan pendekatan inkuiri penemuan ini. Seperti yang kita sedia maklum pelajar di sekolah menengah teknik lebih berminat dalam kerja atau aktiviti yang lebih kepada praktikal atau latih tubi. Seharusnya guru di sekolah menengah teknik lebih mudah untuk melibatkan pelajar dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri di dalam proses pengajran dan pembelajaran. Seharusnya guru mempraktikkan pendekatan ini semasa mengajar, tetapi apa yang kita lihat kini, kebanyakkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri ini. Perkara ini dibuktikan oleh pihak KPM (1994), guru sains lebih cenderung menggunakan pendekatan secara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding menggunakan pengajaran berbentuk inkuiri. Guru berpendapat kaedah pembelajaran secara inkuiri akan menambahkan lagi beban pelajar. Ramai dalam kalangan guru tidak berminat menggunakan pengajaran berbentuk inkuri. Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini akan merangsang pelajar berfikir justeru akan meningkatkan lagi daya intelek dikalangan pelajar. Contohnya aktiviti amali di dalam makmal, pelajar akan mampu menguasai teknik merancang dan menjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah mereka sendiri dengan bimbingan guru. Di SMT terdapat pelbagai jenis makmal untuk mempraktikkan pendekatan inkuiri ini seperti makmal awam, makmal jentera, makmal elektronik dan sebagainya. Guru di sekolah teknik seharusnya lebih mudah untuk menjalankan pendekatan inkuiri kerana pelajar di sekolah menengah teknik aktif dari segi melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Namun, apa yang kita dapat lihat fenomena semasa melakukan aktiviti amali pembelajaran guru adalah lebih berbentuk mengikut „buku resepi‟ bagi mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep. Dalam kajian Deter (2005),
  • 25. 7 terhadap guru kimia di 571 sekolah menengah di United State dan mendapati 45.5% guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti amali dengan kaedah mereka tersendiri. Di Australia, Hackling et al. (2001) dalam kajiannya ke atas 2,802 orang pelajar mendapati 33% pelajar tidak merancang aktiviti amali mereka sendiri ketika membuat amali. Walaupun negara itu sebuah negara yang pesat membangun seperti United State dan Australia, pembelajaran berbentuk inkuiri masih lagi tidak di gemari oleh guru. Ini menunjukkan pelaksanaan pendekatan inkuiri ini juga tidak dipraktikkan di Negara maju walaupun guru menyedari kebaikan pendekatan inkuiri ini. Kajian TIMMS ( Trend in International Mathematics and Science Study) (1999) melaporkan bahawa di dalam kelas sains aktiviti yang kerap dilakukan adalah guru menunjukkan cara menyelesaikan masalah sains (89% Malaysia dan 80% antarabangsa), membuat sendiri kerja dari lembaran kerja atau buku teks (56% Malaysia dan Antarabangsa). Ini menunjukkan guru lebih cenderung menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru daripada pengajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah tidak sejajar dengan matlamat utama pengajaran sains KBSM di sekolah iaitu untuk mendidik pelajar menggunakan minda secara efektif. Implikasinya, prestasi pelajar di sekolah teknik merundum kerana guru lebih mementingkan pembelajaran teori berbanding dengan konsep dalam sesuatu topik. Pada masa kini, silibus yang ditetapkan oleh kurikulum terlalu padat untuk disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang kita maklum guru di sekolah bukanlah semata-semata mengajar sahaja, tetapi banyak tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan seperti menghadiri pelbagai kursus yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan seperti kursus semakan semula sukatan pelajaran, kursus pembengkelan untuk aktiviti-aktiviti dalam P&P, kursus pemantapan sukatan matapelajaran, kursus profesional guru untuk P&P dan sebagainya. Ini menyebabkan perancangan pembelajaran guru menjadi tertangguh dan guru kurang bersedia dengan
  • 26. 8 aktiviti pembelajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu, akan menyebabkan guru kurang yakin menyampaikan sesuatu pembelajaran tersebut. Pembelajaran pendekatan inkuiri memerlukan guru tersebut merancang awal dan memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan. Kejadian yang berlaku di sekolah sekarang, guru sains terlalu mengejar masa untuk menghabiskan silibus yang di tetapkan oleh kementerian. Ini menyebakan pelajar- pelajar menjadi tertekan dengan cara penyampaian guru yang kurang efektif. Disebabkan kesuntukan masa ini, pelajar tidak berpeluang terlibat secara langsung untuk merancang sesuatu aktiviti terutamanya ketika membuat amali. Mereka hanya perlu mencatat hasil akhir yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen ke dalam ruang kosong yang tersedia dalam buku kerja amali, tanpa diberi penekanan terhadap proses sains dan inkuiri (Abu Hassan, 1998). Pelajar juga tidak berupaya untuk terlibat dalam proses penyoalan, membina hipotesis, meramal, dan mengeksperimen kerana guru terikat dengan sukatan pelajaran yang disediakan. Di sekolah teknik juga terdapat pelbagai jenis projek yang seperti projek rekacipta, projek autocad, projek membina replika ataupun model perlu diselia oleh guru dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar dan guru. Hal ini menyebabkan pelajar dan guru mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini kerana memerlukan masa yang mencukupi dalam melaksanakannya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang dipilih oleh guru untuk disampaikan oleh guru di sekolah perlulah mempunyai keberkesanan yang efektif terhadap pelajar. Antara kaedah ataupun pendekatan pembelajaran yang sangat efektif digunakan di sekolah adalah pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri. Pembelajaran berbentuk inkuiri digalakkan semasa proses P&P. Masalah yang dihadapi oleh guru sekarang ialah, guru sendiri tidak megetahui bagaimana pendekatan inkuiri ini dijalankan. Guru tidak mengetahui maksud pembelajaran berbentuk inkuiri. Kurangnya pendedahan dan
  • 27. 9 kefahaman oleh guru terhadap pendekatan inkuiri menyebabkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses P&P. Menurut Costenson & Lawson (1986); Welch et al. (1981), sesetengah guru kurang percaya terhadap kemampuan pelajarnya sendiri. Mereka beranggapan bahawa pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sahaja boleh menerima pembelajaran berbentuk inkuiri dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guru hanya berpendapat tanggungjawab mereka hanyalah sekadar menyampaikan ilmu secara teori sahaja kerana sukar mendapat pelajar yang ramai yang mempunyai pemikiran tinggi dalam sesebuah kelas.(Welch et al., 1981). Guru perlulah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pelajarnya supaya pelajar yakin terhadap diri mereka sendiri dalam melaksanakan pembelajaran berbentuk inkuiri. Dengan adanya keyakinan yang diberikan oleh guru terhadap pelajar, ia akan meningkatkan semangat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti penyoalan dan perbincangan terutamanya di dalam aktiviti amali yang melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Dalam pembelajaran sains contohnya mata pelajaran kimia, waktu pembelajaran didalam kelas selama seminggu adalah empat waktu pembelajaran iaitu satu waktu bersamaan 40 minit. Menurut kajian yang dilakukan di Hong Kong (Cheung, 2006a) pembelajaran inkuiri tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sebuah kelas terlalu ramai iaitu 40 orang. Masa yang diperlukan untuk melibatkan semua pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran berbentuk inkuiri tidak mencukupi. Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan kelengkapan ataupun alat bantu mengajar kurang mencukupi dalam satu masa yang sama terutamanya dalam menjalankan aktiviti amali di sekolah. Di United States, (Reeve et al., 2004), mendapati bilangan pelajar yang ramai menghalang pendekatan inkuiri dijalankan di sekolah kerana kekurangan kemudahan di dalam bilik darjah terutamanya ketika membuat aktiviti amali di makmal.
  • 28. 10 1.3 Pernyataan Masalah Guru kurang menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran inkuiri di setiap sekolah di Malaysia tetapi guru di Malaysia masih menggunakan kaedah tradisional iaitu berpusatkan kepada guru. Cheung (2006b), mendapati faktor- faktor guru tidak menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kurang efektif untuk mengajar pelajar yang ramai. Selain itu, pembelajaran inkuiri memerlukan kemudahan yang lengkap seperti alat bantu mengajar, makmal yang lengkap dan suasana pembelajaran yang baik. Masa yang diperlukan untuk melaksanakan pembelajaran inkuiri juga perlulah optimum. Secara teorinya pendekatan inkuiri dapat merangsang pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini bergantung kepada guru, iaitu guru perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk memahami dan melaksanakan pendekatan ini dengan yakin supaya pelajar yakin dan memberi tindak balas yang positif dalam bilik darjah. Kajian yang melibatkan perlaksanaan inkuiri penemuan dan masalah perlaksanan inkuiri telah dijalankan di luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah perlaksanaan inkuiri di Malaysia. Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif maka kajian ini juga mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri penemuan, mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah menengah teknik mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah pelaksanaannya. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut:
  • 29. 11 (i) Mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. (ii) Mengkaji status perlaksanaan dan permasalahan pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada ojektif kajian, beberapa persoalan kajian boleh dikaji iaitu: (i) Sejauh manakah kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri? (ii) Adakah guru melaksanakan pendekatan inkuiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pelaksanaanya? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan dan permasalahan guru dalam pembelajaran secara inkuiri di sekolah menengah teknik. Selain daripada itu kajian ini juga dilakukan terhadap pelajar mengenai faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar di sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. Kajian ini akan membantu pengkaji untuk mengetahui sejauhmana penggunaan pembelajaran secara inkuiri ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik dan juga tindakbalas pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah teknik terhadap pendekatan secara inkuiri. Selain itu, secara tidak langsung pengkaji sendiri mendapat kelebihan iaitu mengetahui dengan lebih mendalam tentang pengajaran pendekatan inkuiri ini supaya dapat mengamalkannya apabila menjadi guru kelak.