SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
IBLIS DAN ALAMNYA
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 2
IBLIS DAN ALAMNYA
Musuh Kamu Yang Paling Nyata
Mukasurat 1
MUKADIMAH :
Bismilahirahmanirahim.
Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam
kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw,
keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat
serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul
Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya,
kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan
keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada
seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy
Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana
ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah
sehingga ketangan Rasullah saw... Al Fatihah.
Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan
akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini,
sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab
sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa
yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan
semua kerja-kerja maksiat, sesat, kurafat, kufur dan zalim
kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri.
Jawapan nya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan
daripada "musuh kamu yang paling nyata" iaitu Syaitan
dan Iblis. Tanpa ganguan mereka ini, semua pekara
kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan
berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat
manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia menjadi
kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri
dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan orang Islam
sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga
pekara-pekara maksiat itu serta merasa 'BANGGA'
berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman
Hukum Syarak dan berani melangar undang-undang yang
telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang
bukan semua orang Islam berani buat. Kemudian
menjadikannya modal perbualan setiap hari diwarong-
warong kopi, dikopitiam, dikenduri kendara, ditempat-
tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, dipejabat-
pejabat, malahan dikerja gotong royong disurau atau
mesjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita
sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi
masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba
dll. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada
hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu bila
kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu
berubah ? atau mungkin kah anda menunggu hari kiamat
saja kesudahan kepada segala cerita ini ?
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 3
Persoalan nya... kita sendiri harus menjaga diri kita dan
keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak
menjadi seperti mereka-mereka yang telah kawan
sebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani
dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-
dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di 'iktiraf'
sebagai pemanang dan benar-benar hebat, bukan sahaja
dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat
dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta
mendapat darjat disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri
kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini
seterusnya supaya tidak terjurumus didalam lembah
kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan
'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut
didalam Al Quran Ulkarim. Sedangkan golongan Jin,
Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua
kelemahan kamu dari semenjak kamu di "buat" lagi, di
Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang.
Bagai manakah kamu hendak melawan golongan ini
sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan
tentang mereka ? Sudahlah kamu tidak boleh melihat
mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak
tahu kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu
helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi usaha
pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang
dikatakan "musuh kamu yang paling nyata" ini.
Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:
Allah swt berfirman didalam surah Al A'araf ayat 22 yang
mafhumnya ;
" Lalu ia (syetan) menjatuhkan keduanya ( Adam a.s dan Hawa )
dengan segala tipudaya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon
itu, terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya
menutupnya dengan daun pohon syurga.
Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu
menghampiri pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syetan
itu musuh yang nyata bagimu "
Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An'am ayat 142
yang mafhumnya ;
" Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikanNya) pemikul
beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang
dianugrahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut langkah-
langkan syetan. Sesungguhnya syetan itu musuhmu yang nyata "
Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi
amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin,
syetan dan Iblis laknatuallah ini supaya tidak terjerumus
kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak
kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal
betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya
dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 4
hasutkan. Kita juga akan dapat mengetahui bentuk-bentuk
tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan
mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta
mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada
kita.
Maka Kawan ingin berkongsi akan penyelidikan yang
telah kawan jalankan secara bersendirian disegala ceruk
rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi,
Thailand, Sumatera dan disini. Didalam mencari
maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, retual,
penyembahan, persemadian serta yang digelar "bersatu"
dengan Makhluk Halus atau golongan Jin, syetan dan Iblis
ini. Tetapi pada kali pertama ini, kawan muatkan dahulu
pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu
perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi
memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari
maklumat itu adakalanya terpaksa "terjun" kedalam
sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat
mengetahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada
kalanya terpaksa bersama-sama dalam retual yang mereka
jalankan itu.
Kawan yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani
disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat kesatu
tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu
Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari
satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan
Bandar telah kawan jejaki untuk mencari Alam Misteri
Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari
segi akidah dan akhlak Agama Islam. Tapi sebelum ini
Kawan telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengetahuan
didalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat
serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga
mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan
Tarikat Naqsabandiah & Kadiriah Banten Jawa Tengah,
serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa
Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali
Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan
Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang
kebetulan pula merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu
kawan. Penyelidikan ini seumpama membuat Tesis
diperingkat PhD kalau di Universiri tetapi kawan
mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11
hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa
Tengah tanpa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada
penghujungnya. Maka kawan ingin kongsikan bersama
anda buat pertama kalinya di maya ini "Iblis dan Alamnya
(musuh kamu yang paling nyata)" semoga ia akan
memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan
perjalanan hidup yang sementara ini.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 5
PENGERTIAN ISTILAH JIN :
Pengertian istilah Jin adalah merupakan suatu makhluk
yang di jadikan Allah swt tersembunyi dari penglihatan
mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang
diberi Allah kelebihan dapat melihat mereka semua
malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk
"bertanding" bagi menguji darjah keimanan mereka. Alam
Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malaikat dan
Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan melepasi
sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga
cuba menyeberangi sempadan itu, maka mereka akan
ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza
dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh
memasuki ke alam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya
sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua
alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah
keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada
manusia-manusia yang telah menjadi kekasehNya
berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi
saw "Isyrak dan Mekraj" kelangit bertemu dengan Allah.
Maka kita sebagai umat Muhammad yang setia, taat dan
ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan
Allah swt, segalanya pasti !
Jin tidak ujud sebenar seperti Manusia dan juga ghaib
sebenar seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan
lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif
manakala tidak berjisim dan ber Roh sebenar. Mereka
hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan
penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua
Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu
yang mempunyai darjat sahaja. Maka golongan Jin ini
dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang
sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal
dan Hati yang tidak "Lattiful Rabaniah" seperti Manusia,
bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri
diatas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala
kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt
untuk menyerupai rupaparas Nabi Muhammad saw atau
pun mengaku sebagai Nabi saw disemua tempat dan masa
walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi
atau jaga. Jadi jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani
anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi
ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung
risiko yang tinggi untuk 'korban' (mati dicabut nyawanya)
manakala rakan yg lain akan menyambong tugas menipu
manusia itu didalam syak, zon dan waham yang paling
sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena
berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan
masaalah ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru
Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab
tipu muslihat Iblis.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 6
ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN :
Seperti yang telah kawan sebutkan sedikit diatas tadi,
bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin
yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan
Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij adalah nyalaan
api yang sangat panas takat suhunya iaitu percampuran
diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning,
merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt
sahaja yang mengetahui akan takat suhu kepanasan api Al
Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takat suhu
api yang ada di Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik
dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw
berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya
ialah :
Allah swt Berfirman didalam surah Al A'araf ayat 12 yang
mafhumnya;
" Engkau jadikan aku (Iblis berkata) dari api sedangkan Engkau
ciptakan dia (Adam a.s) dari tanah "
Firman Allah swt didalam surah Al Hijr ayat 27 yang
mafhumnya;
" Jin Kami ciptakan sebelum Manusia dari api yang sangat panas "
Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin
adalah seperti berikut:
Telah diriwayatkan oleh Iman Muslim dari sanat yang soheh
bahawa Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya " Malaikat
telah diciptakan dari cahaya, Jin
diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang
telah disebutkan kepada mu (tanah) ".
Al Samuun pula ialah angin yang sangat panas juga yang
Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al Maarij
lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan
jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan dari sebuah
hadis Nabi saw seperti berikut :
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw
ada bersabda yang maksudnya,
" Angin Samuun itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari
angin yang sangat panas yang daripadanya Allah ciptakan Jin ".
Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka
bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah
menciptakan daripada sel sel atom dari lidah api yang
sangat panas Al Maarij dan sel sel atom dari angin yang
juga sangat panas iaitu Al Samuun yang telah diadunkan
sedemikian rupa (Maha suci Allah daripada sifat-sifat
Manusia) yang Allah sahaja yang mengetahuinya.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 7
Kemudian Allah swt tiupkan Roh dan Nyawa padanya,
maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asalusul datuk
segala makhluk Jin), maka hiduplah ia seperti yang Allah
swt kehendaki. Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini)
tidak pula diberitahu didalam mana-mana ayat Al Quran
ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas
perbendaharaan pengetahuan Allah dan RasulNya sahaja.
Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu)
boleh menyerupai apa saja yang disukainya kecuali rupa
dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan
diatas tadi).
Setelah Allah swt menciptakan makhluk jin ini, maka
diwajibkan keatas mereka dan semua keturunannya nanti
memikul semua hukum-hukum syarak agama Islam,
seperti juga umat Manusia semuanya. Iaitu semua hukum-
hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus
pada semua juzuk-juzuknya, disemua tempat dan masa
menjadi Fardu keatas mereka untuk sentiasa didalam
keadaan taat memikul tanggungjawab ini hingga kehari
kiamat. Pada asalnya mereka ini (asalusul datuk mereka)
iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt, dan
mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang
juga metaati Allah swt keseluruhannya. Setelah beberapa
keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan
dimana ada diantara mereka pula yang kufur dan kekal
kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam
yang di Fardukan keatas mereka itu. Mereka-mereka yang
kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur kehadrat
Allah swt hingga kehari ini. Jadi samalah ceritanya
dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad,
fasiq, munafiq serta zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim
dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman
yang sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan
kesyurga atau ke neraka diakhirat kelak.
RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN.
Sememangnya Allah swt tidak mengambarkan akan
rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-
mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah
memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan
diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka
sukai kecuali Nabi Muhammad saw. Maha Suci Allah swt
dan sifat Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan
yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyerupai Nabi,
maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun
pemeliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada
kesucian rupaparas Nabi saw, masih ada juga segelintir
manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan
syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat
mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira
banyaknya manusia yang bermimpi bertemu Nabi
(jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah
tipudaya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan
olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 8
Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas
makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah
sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka
dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini
menjelma kebeberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dll.
Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku,
kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai
Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw
didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan
menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok
besar iaitu :
Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanad soheh yang
bermaksud;
" Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah Al Kuntsa ra bahawa ia
mendengar Rasullah saw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga
kelompok, pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh
terbang keudara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing,
sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk
diri-nya ".
Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas r.a,
beliau menyatakan bahawa;
" Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan
(jelmaan) Jin. Kalau ia menhembus-hembuskan nafasnya dekat
pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya
kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang
berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya
adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing
seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia ".
Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis
dari Abdullah ibnu As Shamit, dari Abu Zar ra,
bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya;
" Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu
halangan yang merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana
jika kamu tidak berbuat seperti itu maka solat mu akan diputuskan
(diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam ".
Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu
didalam syarahannya bahawa perkataan "al Bahim"
(didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang
hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua
matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna
yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al
Musaqah.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 9
Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari
Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw
berkhutbah dimimbar misjid dan bersabda yang
maksudnya;
" Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana
kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan
kandungan ".
Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis
Dzu At Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai
garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al Abtar
pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini,
masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular
senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya. Juga
ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah
kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat
kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat,
apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-
ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat
menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan
sendiri oleh seorang Raja ular dari Perguruan Permainan
Ular Di Batu Malang Surabaya Jawa Timur.
Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw
berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi
golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu :
Allah swt berfirman didalam surah Al Anbiyaak ayat 82
yang mafhumnya :
" (Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang
menyelam masuk laut untuk (keperluan) Sulaiman dan
mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu
dan adalah Kami memelihara mereka ".
Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini
menerangkan prihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as yang
boleh memerintah kerajaan Jin dimana semua para Jin ini
menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang Menyelam
kedasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang
berkerja membuat bangunan dll. Oleh itu ada lagi satu
golongan Jin yang berkebolehan menyelam kedasar lautan,
sungai atau tasek. Jika kita bertanya kepada orang asli laut
(orang Seletar), mereka akan mengatakan "hantu laut".
Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan
Jin yang mendiami Lautan, tasek atau sungai yang perlu
diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah
4 iaitu :
1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.
2) Kelompok Anjing dan Ular.
3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.
4) Kelompok yang boleh menyelam.
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 10
Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlilah
yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika,
mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk
dan rupaparas golongan Jin ini yang tak dapat
digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat
disamakan dengan apa juga bentuk dialam nyata ini dan
tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau
bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang
bolehlah ditafsirkan seperti berikut :
1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim,
rupa parasnya cantik dan elok .
2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq
serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan
mengerikan.
3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh
membesarkan badannya sebesar gunong, manakala ada
juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus
kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-
ramai.
4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat
rendah, ada yang leper dan yang bulat, lonjong, berpintal
pintal berubah saiz dan bentuk juga.
5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau
puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak
hitam, puak putih, puak hijau dll. (spt cerita Allahyarham
P. Ramlee pulak)
6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia,
dipermukaan bumi, dalam bumi, diatas air, didalam air,
diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok,
didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut,
dibukit bukau, di puncak gunong malahan dimana-mana
saja.
7) Bilangannya teramat ramai, berbilion-bilion kali ganda
dari jumlah manusia.
Boleh ditakrifkan bahawa "setiap ruang ada dia". Jika
Allah swt memberi manusia dapat melihat, susah manusia
nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak
bergerak pun. Mereka boleh lihat apa saja perbuatan
manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi,
ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan
ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita
memerhati gerak geri kita.
8) Ungkapan "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia"
adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, warak, soleh,
alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat
Mazmumah didlam diri mereka spr Riak, takabur, ego,
ujub dll yang pula boleh bila-bila masa berubah menjadi
kufur, murtad, munafik, zalim sekelip mata saja. Terutama
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 11
apabila manusia mengambil dirinya menjadi "Khadam"
atau "sahabat". Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt
kerana ujub dan takabur pada Allah. Ia jadikan manusia
itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai
syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu
menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk didalam sirik
besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pegi
minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil
Jin sebagai wali (penjaga).
Menjurus kepada permasaalahan orang -orang Melayu
yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan
Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat,
kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir
Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-
fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang
ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan
seperti Majusi sembah dewa, Budha, hindu, kristian. Jika
di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan
moral umat Islam disana sangat mencabar pihak yang
menjaga hal ehwal agama Islam disana. Dengan jumlah
umat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana
pembiayaan, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan
budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang
dianggap agama bagi mereka, maka menyababkan mereka
sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi
MURTAD setiap hari. Inilah sebabnya Indonesia "dipilih"
oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai penaja,
menyalurkan dana bagi tujuan untuk dijadikan pusat
penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu
Melaysia yang selalu menganggap pencarian Ilmu Agama
atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi disana
yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang
Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat.
Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya
disana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan
pula dakyahnya disini. Ada juga yang kawan temui sendiri
disana memberitahu, mereka datang memang mencari
Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas
yang mudah untuk kebendaan dunia langsung
menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis.
Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di
Kawasan Nusantara ini. Cetek pengetahuan agama adalah
punca sebenar akan pekara ini. Justeru perhatikan
muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis
sebagai pendakwahnya. Sekarang syitan dan Iblis tidak
lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat
Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu
yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran
yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah
diadaptasi, dimind controlkan menjadi sebahagian dari
mereka. Kawan menyeru agar anda berwaspada, tidak
berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Melaysia
habis-habisan bagi menarek seberapa ramai orang-orang
Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti
mereka. Ingatlah akan pesanan kawan mu ini "Syaitan dan
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 12
Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata" !!!
Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya
menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak
suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah
SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini
sangat bijak. Mereka dulu hafal Al Quran, mereka kenal
asalusul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan
manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia,
mereka mengikuti setiap benih yang jatuh kerahim wanita
muslim, mereka duduk disebelah janin manusia dalam
rahim ibu muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap
bayi muslim yang lahir dan membesar bersama-sama
mereka. Nah... bagaimana ??? masih lagi mengatakan
mereka itu golongan yang boleh ditonggang seperti kuda.
Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi.
Mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan
kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi
kamu seperti keldai dungu...ya seperti keldai yang dungu
dicucuk hidung dan dipukul diponggongnya suruh ia
berlari kearah yang mereka mahukan. Kawan akan buka
pekong ini, kawan akan bogelkan kamu satu persatu
hingga kamu malu untuk tinggal diatas dunia Allah ini.
Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri
sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt
yang diberi percuma ini.
Ok kita kembali semula kepada tajuk....
KEPERCAYAAN ORANG MELAYU :
Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti
tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama yang
sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup.
Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan
panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka,
Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dll. Panggilan ini
diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang
berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka
semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis
iaitu Jin. Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka
adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan
apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka
berperasangka, berhayal, dengki, hianat, bermusuhan,
suka benda magik, mistik, suka nampak hebat pada
masyarakat, suka puji pujian maka memang tepat untuk
mereka duduk ber "sahabat", ber "Khadam", ber "saka",
ber "Daulat" dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain tu
susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang
Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri kan senang. Betul
tak ???
Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil
hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan
kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 13
A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh
terbang keudara iaitu;
1) Hantu Pontianak
2) Hantu Langsuir
3) Hantu Penangal
4) Hantu Pokok Pulai
5) Hantu Pari-pari
6) Puteri Mayang Mengurai
7) Hantu Pokok Ara
8) Hantu Jurai
9) Hantu Tang Long
10) Hantu Angin Pasang
11) Hantu Kepala Angin
12) Hantu Pelesit
13) Puaka Burong Wak wak
14) Hantu Ampaian
15) Dewa Langit
16) Dewa Hujan
17) Hantu Terbang Helang Putih
18) Hantu Bangau Putih
B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah
wajah juga menghilang ;
1) Hantu Raya
2) Hantu Toyol
3) Hantu Kubur
4) Hantu Jerangkong
5) Hantu Jembalang
6) Hantu Punjut
7) Hantu Jepun
8) Jin Tanah
9) Mambang Tanah
10) Jembalang Tanah
11) Hantu Sundal Bolong
12) Hantu Bungkus
13) Hantu Pocong
14) Hantu Mati Dibunuh
15) Hantu Polong
16) Hantu Gua
17) Hantu Bukit Tunggal
18) Hantu Gunong
19) Hantu Kereta
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 14
20) Puaka Pulau
21)Lembaga Hitam
22) Hantu Lubuk Puaka
23) Hantu Kopek
24) Hantu Tangga
25) Hantu Sempang Tiga
26) Penunggu Taliair
27) Hantu Jeti
28) Hantu Mayat
29) Hantu Saka
30) Hantu Sampok
31) Hantu Pari2 Lembah
32) Hantu Kom Kom
33) Puaka Lubuk Hantu
34) Hantu Kolong
35) Hantu Bumbung
36) Hantu Cina
37) Hantu Jongos
38)Puaka Gua Hantu
39) Hanti Perigi Buta
40) Dewa Hutan
41) Dewa Gunong Merapi
42) Dewa Lembah Dingin
43) Bunian (Pari-pari Hutan)
44) Dewa Daulat
45) Hantu Gigi
46) Pantas di Awan
47) Hantu Galah
48) Hantu Tinggi
49) Hantu Lombong Tinggal
50) Panglima Hitam
51) Pamglima Harimau Berantai
52) Harimau Jadian
53) Puteri Mak Yong
C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh
menyelam dan berenang ;
1) Hantu Air
2) Pari-pari Air
3) Hantu Laut
4) Hantu Perahu
5) Penunggu mata air
6) Penunggu Jeram
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 15
7) Hantu Buaya Tembaga
8) Hantu Sungai
9) Hantu Lubok Puaka
10) Hantu Tasek Biru
11) Puaka Laut Selatan
12) Penunggu Kunci Air
13) Hantu kepala air
14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai
15) Puteri Pulau Tujuh
16) Dewa Sungai
17) Dewa Laut
D) Dari Kelompok yang menyerupai binatang ;
Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam
hadis-hadis Nabi saw,
terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang
juga dikira sejenis atau
sebangsa dengannya iaitu :
1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt
dlm hadis Nabi saw)
2) Jenis Ular tedong sela dengan garis putih dibelakang
kepalanya (spt dlm Hadis Nabi saw)
3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong.
4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.
5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.
6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang
sangat besar.
7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.
8) Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian
9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih
10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak
org asli bukit.
11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau,
Tasek, Laut, Sungai,
Gunong dll
Jika anda perhatikan kesemua jenis hantu, puaka, jelmaan
dll diatas, tidak kah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan
didalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah
semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi
ijtihad serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira
dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan
Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah menetapkan
perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh
diterima langsung dalam Islam. Sudah terang lagi kan
bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak
dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu
yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah
dikencingkan Syitan dan Iblis, dimind control, telah
disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutarbelitkan
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 16
kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan
masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela
dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau
hukum agama Islam. Terutama yang berkaitan dengan
adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka
mempertahankan dengan apa juga cara. Pada hal mereka
telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah
Rasullah saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan
diri dari puak-puak syitan dan Iblis ini, baik dalam apa
juga alasan kamu. Beitulah jauhnya dan dalamnya
pengaruh kesesatan yang telah tertanam jauh dilubuk hati,
minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang
kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin,
Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu
"Manusia Iblis". Inilah dia masaalah kronik orang-orang
Melayu didunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang
melayu-melayu ini banggakan "The Promised Land",
"Tempat Kebangkitan Dari Timur", "Kebangkitan Imam
Mahadi dari Timur", "Kebangkitan Panji2 Hitam Dari
Timur", "The Land of the God", "The Armageddon from
East" dll... sedangkan isinya,
masyaallah...MASYAALLAH !!!! MACAM MANA
NAK PERGI PERANG DENGAN ORANG2 ARIFIN,
MUTTAKIN, HAQQIKIN TU, kalau dalam dada
bersarang Iblis ??? silap2 kamu dulu kena.
Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua
hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas
tadi. Antara yang sangat popular dijadikan "sahabat",
"Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya
menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah :
1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang
diraja, Orang bergelar,
ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan
keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA
DAULAT.
2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman
pengantin
3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.
4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan
perubatan tradisional
5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm
perdukunan
6) Hantu Langsuir - perbomohan dan pengamal santau dan
tuju-tuju.
7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan
8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan
9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk
perlindungan ribut dan nelayan.
10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan
kaumnya dan perubatan
12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah,
kebun dan jadi kaya
K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 17
13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengamal Kuda Kepang dan
barongan
14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman,
perubatan, hebat dan gagah
15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga
kawasan
16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan
arah cari ikan
17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan
diminati org ramai.
18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari
ikan banyak.
19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat,
rebat, selampit
20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan
pertahanan diri, boleh dikatakan hampir kesemua
persilatan melayu menyeru namanya dan dgn sendirinya ia
didampingi - silat Seru dll.
21) Dewa Sungai - perguruan silat sending
22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah
23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih
24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih
25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci,
Roh suci dan silat Cimandi.
26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau
lelabi.
27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat
Harimau, Persilatan Macan Putih
28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai
29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.
30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju
31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah
32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli
politik, tok ketua, ustaz, lembut lidah, memukau orang,
bersuara kuat dll
33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga
kampong, rumah, keluarga, kebun, tanaman, ternakan dan
boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat.
Sekian dahulu untuk kali ini.......
Nantikan pula Mukasurat 2
SUMBER: www.kubranewszamany.blogspot.com
PENULIS: Atok Zamany
REKALETAK: Kosong

More Related Content

What's hot

Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiRahmat Hidayat
 
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILaluGilangRahmadiHam1
 
Metode pengajaran agama islam
Metode pengajaran agama islamMetode pengajaran agama islam
Metode pengajaran agama islamPhujie FaHrani
 
Ajaran Dan Pemikiran Syekh Siti
Ajaran Dan Pemikiran Syekh SitiAjaran Dan Pemikiran Syekh Siti
Ajaran Dan Pemikiran Syekh Sitijawarapetir
 
Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4alifizzul
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahiJamhur Ilmi
 
Keluarga sakinah mawaddah warahmah
Keluarga sakinah mawaddah warahmahKeluarga sakinah mawaddah warahmah
Keluarga sakinah mawaddah warahmahNurul Haziqah Mahmud
 
Ketika kesyirikan merajalela
Ketika kesyirikan merajalelaKetika kesyirikan merajalela
Ketika kesyirikan merajalelamfajri
 
Berperang melawan syetan
Berperang melawan syetanBerperang melawan syetan
Berperang melawan syetanHelmon Chan
 
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf MansurEbook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf MansurInfo PayTren
 
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al bannaAllah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al bannaregi oka
 
Bagaimana menjadi orang yg ikhlas
Bagaimana menjadi orang yg ikhlasBagaimana menjadi orang yg ikhlas
Bagaimana menjadi orang yg ikhlasHelmon Chan
 

What's hot (19)

Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
 
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
 
Baitul Muslim
Baitul MuslimBaitul Muslim
Baitul Muslim
 
Metode pengajaran agama islam
Metode pengajaran agama islamMetode pengajaran agama islam
Metode pengajaran agama islam
 
Ramadhan
RamadhanRamadhan
Ramadhan
 
Never give up
Never give upNever give up
Never give up
 
Apa itu roh
Apa itu rohApa itu roh
Apa itu roh
 
Ajaran Dan Pemikiran Syekh Siti
Ajaran Dan Pemikiran Syekh SitiAjaran Dan Pemikiran Syekh Siti
Ajaran Dan Pemikiran Syekh Siti
 
Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4Makalah materi 1 kelompok 4
Makalah materi 1 kelompok 4
 
Kunci rezeki
Kunci rezekiKunci rezeki
Kunci rezeki
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
 
Kisah Nabi Isa. AS
Kisah Nabi Isa. ASKisah Nabi Isa. AS
Kisah Nabi Isa. AS
 
Keluarga sakinah mawaddah warahmah
Keluarga sakinah mawaddah warahmahKeluarga sakinah mawaddah warahmah
Keluarga sakinah mawaddah warahmah
 
Ketika kesyirikan merajalela
Ketika kesyirikan merajalelaKetika kesyirikan merajalela
Ketika kesyirikan merajalela
 
Pai adab berkawan
Pai adab berkawanPai adab berkawan
Pai adab berkawan
 
Berperang melawan syetan
Berperang melawan syetanBerperang melawan syetan
Berperang melawan syetan
 
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf MansurEbook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
Ebook Inspirasi Paytren Ustadz Yusuf Mansur
 
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al bannaAllah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
 
Bagaimana menjadi orang yg ikhlas
Bagaimana menjadi orang yg ikhlasBagaimana menjadi orang yg ikhlas
Bagaimana menjadi orang yg ikhlas
 

Similar to IBLIS DAN ALAMNYA

Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptx
Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptxMateri-DEWASA itu PILIHAN.pptx
Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptxNur Afifah
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptxMuhammadDaud49625
 
Tanda tanda sihir dan gangguan iblis
Tanda tanda sihir dan gangguan iblisTanda tanda sihir dan gangguan iblis
Tanda tanda sihir dan gangguan iblisHelmon Chan
 
Iblis dan alamnya (4)
Iblis dan alamnya (4)Iblis dan alamnya (4)
Iblis dan alamnya (4)Arya Salaka
 
materi ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxmateri ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxJHoniMNur
 
Makalah realisasi islam dalam kehidupan pergaulan remaja
Makalah realisasi islam dalam kehidupan  pergaulan remajaMakalah realisasi islam dalam kehidupan  pergaulan remaja
Makalah realisasi islam dalam kehidupan pergaulan remajaSentra Komputer dan Foto Copy
 
Kecelaruan gender dari perspektif islam
Kecelaruan gender dari perspektif islamKecelaruan gender dari perspektif islam
Kecelaruan gender dari perspektif islamMohd Nasir Masroom
 
Adakah pacaran islami
Adakah pacaran islamiAdakah pacaran islami
Adakah pacaran islamitengkiu
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.pptakangguru1
 
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islam
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islamEtika pergaulan remaja dalam pandangan islam
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islamMirati hasanah
 
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxEMARMUAMAR1
 
Iblis dan alamnya (2)
Iblis dan alamnya (2)Iblis dan alamnya (2)
Iblis dan alamnya (2)Arya Salaka
 

Similar to IBLIS DAN ALAMNYA (20)

Pedoman Krr Islam
Pedoman Krr IslamPedoman Krr Islam
Pedoman Krr Islam
 
Sembang2 Dai
Sembang2 DaiSembang2 Dai
Sembang2 Dai
 
Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptx
Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptxMateri-DEWASA itu PILIHAN.pptx
Materi-DEWASA itu PILIHAN.pptx
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
 
MENGENAL JIN
MENGENAL JINMENGENAL JIN
MENGENAL JIN
 
Menuju marifatullah
Menuju marifatullahMenuju marifatullah
Menuju marifatullah
 
Tanda tanda sihir dan gangguan iblis
Tanda tanda sihir dan gangguan iblisTanda tanda sihir dan gangguan iblis
Tanda tanda sihir dan gangguan iblis
 
Dakwah kita
Dakwah kitaDakwah kita
Dakwah kita
 
Saka - Ruqyah 6
Saka - Ruqyah 6Saka - Ruqyah 6
Saka - Ruqyah 6
 
Iblis dan alamnya (4)
Iblis dan alamnya (4)Iblis dan alamnya (4)
Iblis dan alamnya (4)
 
materi ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxmateri ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docx
 
Makalah realisasi islam dalam kehidupan pergaulan remaja
Makalah realisasi islam dalam kehidupan  pergaulan remajaMakalah realisasi islam dalam kehidupan  pergaulan remaja
Makalah realisasi islam dalam kehidupan pergaulan remaja
 
Kecelaruan gender dari perspektif islam
Kecelaruan gender dari perspektif islamKecelaruan gender dari perspektif islam
Kecelaruan gender dari perspektif islam
 
Adakah pacaran islami
Adakah pacaran islamiAdakah pacaran islami
Adakah pacaran islami
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
 
Mujahadah an nafs
Mujahadah an nafsMujahadah an nafs
Mujahadah an nafs
 
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islam
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islamEtika pergaulan remaja dalam pandangan islam
Etika pergaulan remaja dalam pandangan islam
 
Kimia Kebahagiaan
Kimia KebahagiaanKimia Kebahagiaan
Kimia Kebahagiaan
 
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
 
Iblis dan alamnya (2)
Iblis dan alamnya (2)Iblis dan alamnya (2)
Iblis dan alamnya (2)
 

IBLIS DAN ALAMNYA

  • 2. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 2 IBLIS DAN ALAMNYA Musuh Kamu Yang Paling Nyata Mukasurat 1 MUKADIMAH : Bismilahirahmanirahim. Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi Syeikh Abdul Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh Ahmad Junaiddy Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw... Al Fatihah. Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini, sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerja-kerja maksiat, sesat, kurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri. Jawapan nya tak lain dan tak bukan ialah kerana ganguan daripada "musuh kamu yang paling nyata" iaitu Syaitan dan Iblis. Tanpa ganguan mereka ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia menjadi kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut. Kebanyakan orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat itu serta merasa 'BANGGA' berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syarak dan berani melangar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang bukan semua orang Islam berani buat. Kemudian menjadikannya modal perbualan setiap hari diwarong- warong kopi, dikopitiam, dikenduri kendara, ditempat- tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, dipejabat- pejabat, malahan dikerja gotong royong disurau atau mesjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dll. Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu bila kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah ? atau mungkin kah anda menunggu hari kiamat saja kesudahan kepada segala cerita ini ?
  • 3. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 3 Persoalan nya... kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masaalah seumpama ini supaya tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah kawan sebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa- dosa besar dan kecil, dikala itulah baru anda di 'iktiraf' sebagai pemanang dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-kawan malahan seluruh masyarakat dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masaalah maksiat dan dosa ini seterusnya supaya tidak terjurumus didalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan 'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut didalam Al Quran Ulkarim. Sedangkan golongan Jin, Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari semenjak kamu di "buat" lagi, di Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang. Bagai manakah kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentang mereka ? Sudahlah kamu tidak boleh melihat mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak tahu kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi usaha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan "musuh kamu yang paling nyata" ini. Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut: Allah swt berfirman didalam surah Al A'araf ayat 22 yang mafhumnya ; " Lalu ia (syetan) menjatuhkan keduanya ( Adam a.s dan Hawa ) dengan segala tipudaya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu, terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampiri pohon itu dan Ku katakan kepada mu bahawa syetan itu musuh yang nyata bagimu " Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An'am ayat 142 yang mafhumnya ; " Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikanNya) pemikul beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugrahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut langkah- langkan syetan. Sesungguhnya syetan itu musuhmu yang nyata " Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspasa dengan golongan Jin, syetan dan Iblis laknatuallah ini supaya tidak terjerumus kelembah kehinaan dan mengikuti mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal betul-betul akan makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka
  • 4. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 4 hasutkan. Kita juga akan dapat mengetahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah janjikan kepada kita. Maka Kawan ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah kawan jalankan secara bersendirian disegala ceruk rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan disini. Didalam mencari maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, retual, penyembahan, persemadian serta yang digelar "bersatu" dengan Makhluk Halus atau golongan Jin, syetan dan Iblis ini. Tetapi pada kali pertama ini, kawan muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari maklumat itu adakalanya terpaksa "terjun" kedalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita dapat mengetahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam retual yang mereka jalankan itu. Kawan yang pada mulanya di arah untuk ujian rohani disuruh melakukan penjelajahan dari satu tempat kesatu tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu Guru ke satu Guru, dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar telah kawan jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari segi akidah dan akhlak Agama Islam. Tapi sebelum ini Kawan telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengetahuan didalam bab-bab Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk-juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Naqsabandiah & Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari keponakan keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu kawan. Penyelidikan ini seumpama membuat Tesis diperingkat PhD kalau di Universiri tetapi kawan mengambil masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di Jawa Tengah tanpa mengabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka kawan ingin kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini "Iblis dan Alamnya (musuh kamu yang paling nyata)" semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang sementara ini.
  • 5. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 5 PENGERTIAN ISTILAH JIN : Pengertian istilah Jin adalah merupakan suatu makhluk yang di jadikan Allah swt tersembunyi dari penglihatan mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan dapat melihat mereka semua malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk "bertanding" bagi menguji darjah keimanan mereka. Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malaikat dan Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan melepasi sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga cuba menyeberangi sempadan itu, maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza dengan para Malaikat dan juga Manusia yang boleh memasuki ke alam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya sesetengah Manusia sahaja yang boleh melapasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt. Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi kekasehNya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw "Isyrak dan Mekraj" kelangit bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad yang setia, taat dan ikhlas harus juga begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti ! Jin tidak ujud sebenar seperti Manusia dan juga ghaib sebenar seperti Malaikat. Bererti mereka tidak murni dan lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim dan ber Roh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu yang mempunyai darjat sahaja. Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak "Lattiful Rabaniah" seperti Manusia, bersesuaian dengan kejadian golongan Jin itu sendiri diatas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt untuk menyerupai rupaparas Nabi Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw disemua tempat dan masa walau dengan apa cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga. Jadi jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula kepada Guru Rohani anda kerana ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung risiko yang tinggi untuk 'korban' (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yg lain akan menyambong tugas menipu manusia itu didalam syak, zon dan waham yang paling sukar untuk melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan masaalah ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu muslihat Iblis.
  • 6. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 6 ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN : Seperti yang telah kawan sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij adalah nyalaan api yang sangat panas takat suhunya iaitu percampuran diantara lidah api yang berwarna biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui akan takat suhu kepanasan api Al Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takat suhu api yang ada di Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah : Allah swt Berfirman didalam surah Al A'araf ayat 12 yang mafhumnya; " Engkau jadikan aku (Iblis berkata) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (Adam a.s) dari tanah " Firman Allah swt didalam surah Al Hijr ayat 27 yang mafhumnya; " Jin Kami ciptakan sebelum Manusia dari api yang sangat panas " Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin adalah seperti berikut: Telah diriwayatkan oleh Iman Muslim dari sanat yang soheh bahawa Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya " Malaikat telah diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada mu (tanah) ". Al Samuun pula ialah angin yang sangat panas juga yang Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al Maarij lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan dari sebuah hadis Nabi saw seperti berikut : Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw ada bersabda yang maksudnya, " Angin Samuun itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah ciptakan Jin ". Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah menciptakan daripada sel sel atom dari lidah api yang sangat panas Al Maarij dan sel sel atom dari angin yang juga sangat panas iaitu Al Samuun yang telah diadunkan sedemikian rupa (Maha suci Allah daripada sifat-sifat Manusia) yang Allah sahaja yang mengetahuinya.
  • 7. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 7 Kemudian Allah swt tiupkan Roh dan Nyawa padanya, maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asalusul datuk segala makhluk Jin), maka hiduplah ia seperti yang Allah swt kehendaki. Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini) tidak pula diberitahu didalam mana-mana ayat Al Quran ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas perbendaharaan pengetahuan Allah dan RasulNya sahaja. Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu) boleh menyerupai apa saja yang disukainya kecuali rupa dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan diatas tadi). Setelah Allah swt menciptakan makhluk jin ini, maka diwajibkan keatas mereka dan semua keturunannya nanti memikul semua hukum-hukum syarak agama Islam, seperti juga umat Manusia semuanya. Iaitu semua hukum- hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus pada semua juzuk-juzuknya, disemua tempat dan masa menjadi Fardu keatas mereka untuk sentiasa didalam keadaan taat memikul tanggungjawab ini hingga kehari kiamat. Pada asalnya mereka ini (asalusul datuk mereka) iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt, dan mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang juga metaati Allah swt keseluruhannya. Setelah beberapa keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan dimana ada diantara mereka pula yang kufur dan kekal kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam yang di Fardukan keatas mereka itu. Mereka-mereka yang kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur kehadrat Allah swt hingga kehari ini. Jadi samalah ceritanya dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad, fasiq, munafiq serta zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman yang sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan kesyurga atau ke neraka diakhirat kelak. RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN. Sememangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana- mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka sukai kecuali Nabi Muhammad saw. Maha Suci Allah swt dan sifat Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyerupai Nabi, maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun pemeliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupaparas Nabi saw, masih ada juga segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang bermimpi bertemu Nabi (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipudaya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.
  • 8. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 8 Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma kebeberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dll. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu : Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanad soheh yang bermaksud; " Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah Al Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasullah saw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk diri-nya ". Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas r.a, beliau menyatakan bahawa; " Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin. Kalau ia menhembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia ". Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As Shamit, dari Abu Zar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya; " Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam ". Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan "al Bahim" (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.
  • 9. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 9 Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw berkhutbah dimimbar misjid dan bersabda yang maksudnya; " Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan ". Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya. Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular- ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh seorang Raja ular dari Perguruan Permainan Ular Di Batu Malang Surabaya Jawa Timur. Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu : Allah swt berfirman didalam surah Al Anbiyaak ayat 82 yang mafhumnya : " (Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk laut untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu dan adalah Kami memelihara mereka ". Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan prihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin dimana semua para Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang Menyelam kedasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dll. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam kedasar lautan, sungai atau tasek. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (orang Seletar), mereka akan mengatakan "hantu laut". Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami Lautan, tasek atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu : 1) Kelompok bersayap yang boleh terbang. 2) Kelompok Anjing dan Ular. 3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk. 4) Kelompok yang boleh menyelam.
  • 10. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 10 Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlilah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupaparas golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk dialam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut : 1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok . 2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan. 3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunong, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai- ramai. 4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper dan yang bulat, lonjong, berpintal pintal berubah saiz dan bentuk juga. 5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dll. (spt cerita Allahyarham P. Ramlee pulak) 6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia, dipermukaan bumi, dalam bumi, diatas air, didalam air, diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok, didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut, dibukit bukau, di puncak gunong malahan dimana-mana saja. 7) Bilangannya teramat ramai, berbilion-bilion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa "setiap ruang ada dia". Jika Allah swt memberi manusia dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa saja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita memerhati gerak geri kita. 8) Ungkapan "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia" adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, warak, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah didlam diri mereka spr Riak, takabur, ego, ujub dll yang pula boleh bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik, zalim sekelip mata saja. Terutama
  • 11. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 11 apabila manusia mengambil dirinya menjadi "Khadam" atau "sahabat". Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabur pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk didalam sirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pegi minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga). Menjurus kepada permasaalahan orang -orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman- fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi sembah dewa, Budha, hindu, kristian. Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral umat Islam disana sangat mencabar pihak yang menjaga hal ehwal agama Islam disana. Dengan jumlah umat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana pembiayaan, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang dianggap agama bagi mereka, maka menyababkan mereka sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari. Inilah sebabnya Indonesia "dipilih" oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai penaja, menyalurkan dana bagi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Melaysia yang selalu menganggap pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi disana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat. Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya disana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan pula dakyahnya disini. Ada juga yang kawan temui sendiri disana memberitahu, mereka datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis. Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengetahuan agama adalah punca sebenar akan pekara ini. Justeru perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang syitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah diadaptasi, dimind controlkan menjadi sebahagian dari mereka. Kawan menyeru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Melaysia habis-habisan bagi menarek seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti mereka. Ingatlah akan pesanan kawan mu ini "Syaitan dan
  • 12. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 12 Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata" !!! Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al Quran, mereka kenal asalusul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih yang jatuh kerahim wanita muslim, mereka duduk disebelah janin manusia dalam rahim ibu muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap bayi muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka. Nah... bagaimana ??? masih lagi mengatakan mereka itu golongan yang boleh ditonggang seperti kuda. Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi kamu seperti keldai dungu...ya seperti keldai yang dungu dicucuk hidung dan dipukul diponggongnya suruh ia berlari kearah yang mereka mahukan. Kawan akan buka pekong ini, kawan akan bogelkan kamu satu persatu hingga kamu malu untuk tinggal diatas dunia Allah ini. Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt yang diberi percuma ini. Ok kita kembali semula kepada tajuk.... KEPERCAYAAN ORANG MELAYU : Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dll. Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain, padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin. Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berperasangka, berhayal, dengki, hianat, bermusuhan, suka benda magik, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka puji pujian maka memang tepat untuk mereka duduk ber "sahabat", ber "Khadam", ber "saka", ber "Daulat" dengan kaum jenis ini. Kaum yang lain tu susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu sendiri kan senang. Betul tak ??? Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !
  • 13. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 13 A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara iaitu; 1) Hantu Pontianak 2) Hantu Langsuir 3) Hantu Penangal 4) Hantu Pokok Pulai 5) Hantu Pari-pari 6) Puteri Mayang Mengurai 7) Hantu Pokok Ara 8) Hantu Jurai 9) Hantu Tang Long 10) Hantu Angin Pasang 11) Hantu Kepala Angin 12) Hantu Pelesit 13) Puaka Burong Wak wak 14) Hantu Ampaian 15) Dewa Langit 16) Dewa Hujan 17) Hantu Terbang Helang Putih 18) Hantu Bangau Putih B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah wajah juga menghilang ; 1) Hantu Raya 2) Hantu Toyol 3) Hantu Kubur 4) Hantu Jerangkong 5) Hantu Jembalang 6) Hantu Punjut 7) Hantu Jepun 8) Jin Tanah 9) Mambang Tanah 10) Jembalang Tanah 11) Hantu Sundal Bolong 12) Hantu Bungkus 13) Hantu Pocong 14) Hantu Mati Dibunuh 15) Hantu Polong 16) Hantu Gua 17) Hantu Bukit Tunggal 18) Hantu Gunong 19) Hantu Kereta
  • 14. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 14 20) Puaka Pulau 21)Lembaga Hitam 22) Hantu Lubuk Puaka 23) Hantu Kopek 24) Hantu Tangga 25) Hantu Sempang Tiga 26) Penunggu Taliair 27) Hantu Jeti 28) Hantu Mayat 29) Hantu Saka 30) Hantu Sampok 31) Hantu Pari2 Lembah 32) Hantu Kom Kom 33) Puaka Lubuk Hantu 34) Hantu Kolong 35) Hantu Bumbung 36) Hantu Cina 37) Hantu Jongos 38)Puaka Gua Hantu 39) Hanti Perigi Buta 40) Dewa Hutan 41) Dewa Gunong Merapi 42) Dewa Lembah Dingin 43) Bunian (Pari-pari Hutan) 44) Dewa Daulat 45) Hantu Gigi 46) Pantas di Awan 47) Hantu Galah 48) Hantu Tinggi 49) Hantu Lombong Tinggal 50) Panglima Hitam 51) Pamglima Harimau Berantai 52) Harimau Jadian 53) Puteri Mak Yong C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang ; 1) Hantu Air 2) Pari-pari Air 3) Hantu Laut 4) Hantu Perahu 5) Penunggu mata air 6) Penunggu Jeram
  • 15. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 15 7) Hantu Buaya Tembaga 8) Hantu Sungai 9) Hantu Lubok Puaka 10) Hantu Tasek Biru 11) Puaka Laut Selatan 12) Penunggu Kunci Air 13) Hantu kepala air 14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai 15) Puteri Pulau Tujuh 16) Dewa Sungai 17) Dewa Laut D) Dari Kelompok yang menyerupai binatang ; Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam hadis-hadis Nabi saw, terdapat juga jenis-jenis lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau sebangsa dengannya iaitu : 1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt dlm hadis Nabi saw) 2) Jenis Ular tedong sela dengan garis putih dibelakang kepalanya (spt dlm Hadis Nabi saw) 3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampong. 4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar. 5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar. 6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar. 7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar. 8) Jenis Jelmaan Srigala atau Srigala Jadian 9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih 10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak org asli bukit. 11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasek, Laut, Sungai, Gunong dll Jika anda perhatikan kesemua jenis hantu, puaka, jelmaan dll diatas, tidak kah ia menepati ciri-ciri yang disebutkan didalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah semua nama itu tidak disebut satu persatu disana, tetapi ijtihad serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira dalam menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah menetapkan perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam. Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi. Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syitan dan Iblis, dimind control, telah disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutarbelitkan
  • 16. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 16 kata-kata untuk membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau hukum agama Islam. Terutama yang berkaitan dengan adat resam datok nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan dengan apa juga cara. Pada hal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak syitan dan Iblis ini, baik dalam apa juga alasan kamu. Beitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesatan yang telah tertanam jauh dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu "Manusia Iblis". Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu didunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang melayu-melayu ini banggakan "The Promised Land", "Tempat Kebangkitan Dari Timur", "Kebangkitan Imam Mahadi dari Timur", "Kebangkitan Panji2 Hitam Dari Timur", "The Land of the God", "The Armageddon from East" dll... sedangkan isinya, masyaallah...MASYAALLAH !!!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG DENGAN ORANG2 ARIFIN, MUTTAKIN, HAQQIKIN TU, kalau dalam dada bersarang Iblis ??? silap2 kamu dulu kena. Mengikut penyelidikan kawan sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang sangat popular dijadikan "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi SAKA keturunannya antaranya ialah : 1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar, ketua adat dan segala adat istiadatnya, peniup Nafiri dan keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT. 2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin 3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit. 4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional 5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan 6) Hantu Langsuir - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju. 7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan 8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan 9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan. 10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan 12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya
  • 17. K u b r a n e w s z a m a n y . b l o g s p o t . c o m 17 13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengamal Kuda Kepang dan barongan 14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah 15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan 16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan 17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai. 18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak. 19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit 20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh dikatakan hampir kesemua persilatan melayu menyeru namanya dan dgn sendirinya ia didampingi - silat Seru dll. 21) Dewa Sungai - perguruan silat sending 22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah 23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih 24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih 25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi. 26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi. 27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan Macan Putih 28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai 29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka. 30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju 31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah 32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut lidah, memukau orang, bersuara kuat dll 33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga, kebun, tanaman, ternakan dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat. Sekian dahulu untuk kali ini....... Nantikan pula Mukasurat 2 SUMBER: www.kubranewszamany.blogspot.com PENULIS: Atok Zamany REKALETAK: Kosong