Hukum Kirchoff menjelaskan hubungan antara arus dan voltan dalam litar elektrik. Terdapat dua hukum Kirchoff: Hukum Arus Kirchoff menyatakan bahawa jumlah arus masuk sama dengan jumlah arus keluar pada satu nod, manakala Hukum Voltan Kirchoff menyatakan bahawa jumlah susut voltan dalam satu litar tertutup sama dengan voltan yang dibekalkan pada litar itu. Hukum-hukum ini digun
1. HUKUM KIRCHOFF
Hukum Kirchoff merupakan satu daripada kaedah yang digunakan untuk
menghitung kuantiti elektrik.
Arus dan voltan dapat ditentukan daripada persamaan yang diterbitkan.
Hukum ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Hukum Arus Kirchoff dan
Hukum Voltan Kirchoff.
12.2.1 Hukum Arus Kirchoff (HAK)
Takrif :-
Hukum Arus Kirchoff menyatakan bahawa jumlah arus yang masuk sama
dengan jumlah arus yang keluar pada satu nod.
Rajah 12.7
Rajah 12.7 menunjukkan arus I1 dan I2 masuk ke nod A, manakala arus I3
keluar dari nod A.
Oleh itu persamaan berikut dapat diterbitkan :
nod A
I2
I3
I1
I1 + I2 = I3
2. Contoh 12-3 :
Rujuk kepada rajah 12.8, hitung nilai arus I5.
Penyelesaian :
Arus masuk nod : I1 = 2A I2 = 4A I3 = 6A
Arus keluar nod : I4 = 4A I5 = ?
I1 + I2 + I3 = I4 + I5
2 + 4 + 6 = 4 + I5
12 = 4 + I5
I5 = 12 – 4
I5 = 8 A
I
I
Arus masuk nod adalah
positif, + I
Arus keluar nod adalah
negatif, - I
Rajah 12.8
3. 12.2.2 Hukum Voltan Kirchoff (HVK)
Takrif :-
Jumlah susut voltan dalam satu litar tertutup sama dengan voltan yang
dibekalkan pada litar itu.
Untuk menjelaskan lagi hukum ini, lihat rajah 12.9 dan persamaan yang
diberi.
V1 + V2 = E
Sebelum ini kita telah membincangkan mengenai litar yang mempunyai satu
punca voltan sahaja. Terdapat juga litar yang mempunyai lebih daripada satu
punca voltan seperti rajah 12.10.
Oleh itu, litar tersebut boleh diselesaikan dengan menggunakan Hukum
Voltan Kirchoff.
Rajah 12.9
Rajah 12.10
4. Contoh 12-4 :
Rajah 12.11 menunjukkan litar arus terus yang mengandungi dua gelung
dengan 2 punca voltan. Hitung arus I1, I2 dan I3 dan jumlah kuasa yang
dilesapkan dalam litar.
Penyelesaian :
Mengikut Hukum Arus Kirchoff, persamaan arus bagi nod A ialah :
I1 + I2 – I3 = 0
I1 + I2 = I3 ..................... HAK
Dengan menggunakan Hukum Voltan Kirchoff persamaan voltan bagi gelung 1
dan gelung 2 dapat diterbitkan.
Pada gelung 1
Rajah 12.11
E1 = VR1 + VR3
E1 = I1R1 + I3R3
12 = 4I1 + 2I3 ..........................(1)
Gantikan persamaan (1) dengan HAK pada
nod A
Jadi,
12 = 4I1 + 2(I1 + I2)
12 = 4I1 + 2I1 + 2I2
12 = 6I1 + 2I2 ...........................(2)
Rajah 12.11(a)
5. Pada gelung 2
Kaedah 1
Apabila dipermudahkan, maka persamaan-persamaan berikut diperolehi :
12 = 6I1 + 2I2 ...........................(2)
6 = 2I1 + 6I2 ...........................(4)
Selesaikan persamaan (2) dan (4) bagi mendapatkan nilai I1, I2 dan I3 dengan
menggunakan persamaan serentak.
(4) x 3
18 = 6I1 + 18I2 …………………………(5)
(5) – (2)
6 = 16I2
I2= 0.375 A
Gantikan I2 = 0.375 A dalam persamaan (2) untuk mendapatkan I1
12 = 6I1 + 2(0.375)
12 = 6I1 + 0.75
6I1 = 12 – 0.75
6I1 = 11.25
I1 = 1.875 A
E2 = VR2 + VR3
E1 = I2R2 + I3R3
6 = 4I2 + 2I3 ..........................(3)
Gantikan persamaan (3) dengan HAK pada
nod A
Jadi,
6 = 4I2 + 2(I1 + I2)
6 = 4I2 + 2I1 + 2I2
6 = 2I1 + 6I2 ...........................(4)
Rajah 12.11(b)
6. Untuk mendapatkan I3 , gantikan I1 dan I2 dalam Hukum Arus Kirchoff (HAK)
pada nod A.
I3 = I1 + I2
I3 = 1.875 + 0.375
I3 = 2.25 A
Kaedah 2
Dari persamaan di gelung 1 dan gelung 2 selesaikan dengan menggunakan
kaedah matriks.
12 = 6I1 + 2I2 ...........................(2)
6 = 2I1 + 6I2 ...........................(4)
=
Δ = 6 2 = (6 x 6) – (2 x 2)
2 6 = 36 – 4
= 32
ΔI1 = 12 2 = (12 x 6) – (2 x 6)
6 6 = 72 – 12
= 60
ΔI2 = 6 12 = (6 x 6) – (12 x 2)
2 6 = 36 – 24
= 12
I1 = ΔI1 = 60 = 1.875 A
Δ 32
Untuk mendapatkan I3 sama seperti kaedah 1. Gantikan I1 dan I2 dalam HAK
I3 = I1 + I2
I3 = 1.875 + 0.375
12
6
6 2
2 6
I2 = ΔI2 = 12 = 0.375 A
Δ 32
I3 = 2.25 A
7. Kuasa yang dilesapkan oleh perintang R1 , R2 dan R3 :
PR1 = I1
2
R1 = (1.875)2
x 4 = 14.063 W
PR2 = I2
2
R2 = (0.375)2
x 2 = 0.271 W
PR3 = I3
2
R3 = (2.25)2
x 4 = 20.25 W
Jumlah kuasa yang dilesapkan dalam litar :
PJ = PR1 + PR2 + PR3
= 14.063 W + 0.271 W + 20.25 W
= 34.584 W