SlideShare a Scribd company logo
Aku Sepasang Baju Kurung
Aku ialah sepasang baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku
dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur .
Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang
lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .
Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan
membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang
wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh
gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .
Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang
lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru .
Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan
diriku itu .
Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa
bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang
memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih.
Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .
Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah
kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur
kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah
pudar .
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan
Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh
dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan
muka yang merah padam tanda marah.
Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak
tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila
ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal
kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu,
sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang
melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis.
Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku
menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak
menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal
sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi
aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku
telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku,
namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut,
pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu
Rahman.
KARANGAN Peribahasa
Tajuk : Nasi Sudah Menjadi Bubur
Sazali ialah anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya.Dia telah dimanjakan secara keterlaluan
oleh ibu dan ayahnya.Segala kemahuannya dituruti oleh keluarganya.Dia tidak suka mencontohi
sikap kakak dan abangnya yang rajin .
Dia juga sering pulang lewat malam walaupun telah ditegah oleh kakak dan abangnya kerana dia
tak akan ditegur oleh ayahnya yang sibuk bekerja.Dia juga bergaul dengan kawan yang tidak
berakhlak .
Lebih-lebih lagi,dia mula mencuri di kedai-kedai.Dia berasa puas dan gembira apabila telah
melakukan perlakuan yang tidak bermoral itu.Dia juga tidak mendengar akan nasihat ibu bapanya
seperti mencurah air ke daun keladi.
Pada suatu hari,dia dan rakan-rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak sebuah
bank yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.Dia telah memebuat perancangan yang
sungguh teliti.Tetapi malang tidak berbau,Sazali dan rakan-rakannya telah ditangkap semasa
asyik merompak bank oleh salah seorang kawan anggota polis yang kebetulan sedang membuat
rondaan di kawasan itu.
Sazali dan rakan-rakannya telah dipenjarakan selama sepuluh tahun.Dia juga dijatuhkan hukuman
rotan sebanyak lima kali kerana kesalahan merompak.
Walau bagaimanapun, "nasi sudah menjadi bubur".Tiada gunanya untuk menyesal.Oleh itu,kita
tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan kepada diri kita.
Faedah Bersukan
Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting
kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan juga
mempunyai kepentingan tersediri.
Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa
lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan. Perbuatan ini
boleh menepati peribahasa ‘badan cergas otak cerdas’
Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan
kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini,
kita tidak akan mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam
kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita
bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan.
Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah,
negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei.
Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat
bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.
Faedah Membaca
Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari
mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya
sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu
dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu
untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk
menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan
duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang
gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama
ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan
seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan
baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar
itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan
yang diberikan oleh pihak sekolah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan
berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri
seseorang itu
Percutian di Pulau Langkawi
Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau
Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan
(Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir
satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya
terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.
Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah
hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan
bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat
tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang
berkejaran di pantai yang bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan
mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.
Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik
itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak
luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.
Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,
49300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Pengurus Penerbitan,
Wira Buku,
Taman Seri Gombak,
69100 Bati Caves,
Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013
Tuan,
Kebenaran Lawatan Sambil Belajar Ke Syarikat Wira Buku.
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit
Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang
menerbitkan majalah Cahaya Mataku.
2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala
pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan.
Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013
Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring
4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya
tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
___________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Meminta Kebenaran Mengadakan Perkemahan.
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013
Tuan,
Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan
Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku Setiausaha Persatuan Puteri
Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta
kebenaran mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2013.
Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.
3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan pengalaman baharu kepada ahli
sebagai batu loncatan untuk Berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika
mengikuti perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap berdikari dalam kalangan
ahli.
4. Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan ahli Puteri Islam
menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri surat
saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
___________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.
SOALAN 1 : Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke sekolah
lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR. Balas
surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.
No 1, Lorong 2.
Taman Tambun,
14000 Simpang
Ampat,
Pulau Pinang.
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu,
Kelantan . Semoga sihat sejahtera.
Saudara,
Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat
saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana
saudara masih mengingati saya.
Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk
menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu
menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR.
Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia
dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap
mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu
petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan
rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-
tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan
soalan latih tubi saya.
Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak
sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita
akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.
Sahabatmu,
……………………
Alif Bin Arif
39, Jalan Jenjarum 1,
Seksyen BS 2,
48300 Rawang,
Selangor Darul Eksan.
30 Mei 2013.
Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis
surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.
Natasha yang diingati,
Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan
saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai
acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang.
Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan
Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.
Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru.
Natasha yang dirindui,
Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan
beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan
lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah.
Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan
sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami
merasa besar hati dengan persembahan guru-guru.
Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada
kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan
terima kasih.
Sahabat mu,
………………………………
(Nur Illya Maisara)
Surat Kepada Guru.
39, Jalan Jenjarum 1,
Seksyen BS 2,
48300 Rawang,
Selangor Darul Eksan.
30 Mei 2013.
Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada
dalam keadaan sihat.
Cikgu yang diingati,
Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah
murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata pelajaran
Bahasa Malaysia.
Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan
seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan
tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Cikgu yang dirindui.
Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin
menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu
berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1 324.
Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan sala bulat hati untuk
berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan.
Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau kayanya seseorang.
Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi.
Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.
Bekas muridmu,
……………………………….
(Nur Illya Maisara)
KARANGAN UPSR (Syarahan) : Faedah Bergotong-royong
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong:.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau
mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja
yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan
menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk
dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos
untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin.
Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan
amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan
sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini
dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu
masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud
banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya
mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih.
Syarahan Cara-cara Membalas Jasa Guru
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini,
izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru".
Hadirin sekalian,
Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan
tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang.
Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas.
Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar
bersungguh-sungguh. Di sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah
mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini
menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita.
Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa.
Malahan janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti
mengangkat buku dan membersihkan kelas.
Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan,
kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang
kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.
Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid
yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
Syarahan tentang "Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang"
Karangan UPSR
Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru
serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi
Murid cemerlang”.
Hadirin,
Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu,
setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.
Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan
kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih
mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini
menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja
berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan
rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu
kehidupan belajar yang seimbang.
Hadirin yang budiman,
Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua
subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami
subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk
menghadapi peperiksaan kelak.
Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan
seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan
ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan
yang muncul.
Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua
murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti
kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.
Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.
Laporan Hari Sukan Sekolah
LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3
Pada 23 Januari 2013,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan sukan tahunan
sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah
Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.
Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk
masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk
menerima tabik kehormatan oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca
ikrar.Kemudian Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.
Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara
100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali
turut dipertandingkan.
Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli
Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada
semua pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut.
Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Kuning
mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah
Kuning,manakala olahragawan ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.
Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum
pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan
tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.
Disediakan oleh, 28 JANUARI 2010
…………………………………….
(SUBUH BIN ZUHUR)
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Besout 3.
Senarai Tajuk Karangan Peperiksaan UPSR Tahun-tahun Lepas - Sekolah Kebangsaan ( Penulisan)
sepanjang tahun 1991 – 2007
kredit : andrewchoo
Syarahan: Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah
Dialog: Cara-cara Mengindahkan Kawasan Sekolah
Gambar tunggal / Cerita: Aktiviti Perkhemahan
Fakta: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan
Fakta: Cara-cara Mengembirakan Ibu Bapa
Surat Tidak Rasmi: Pengalaman di tempat baru
Cerita: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan
Keperihalan: Jika Saya Ada Wang Banyak
Laporan: Lawatan
Dialog: Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan
Syarahan: Faedah Bersukan
Melengkapkan Cerita: Kebakaran / Kegiatan Pembakaran Secara Terbuka
Cerita: Cerita Aneh / Ganjil Yang Kamu Tahu
Keperihalan: Sambutan Hari Kebangsaan
Surat Rasmi: Menyatakan Sebab-Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Fakta: Cara-cara Menjaga Kebersihan dan Tempat Tinggal
Fakta: Faedah Membaca
Dialog: Perbualan tentang kejayaan
Ucapan: Majlis Mengenang Ibu Bapa
Syarahan: Pentingnya Kerjasama di Kalangan Murid
Cerita: Pengalaman lewat ke sekolah dan perkara yang dilakukan
Perbahasan: Belajar berkumpulan adalah lebih baik dari belajar sendiri
Laporan: Mesyuarat Penubuhan Kelab Buku
Cerita: Hilang ketika pesta dan perkara yang dilakukan pada masa itu.
Ucapan: Sambutan Hari Guru
Surat Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR
Cerita: Tindakan membantu orang tua yang terjatuh di atas jalan raya
Laporan: Gotong – royong
Surat Rasmi: Memohon Mengguna Dewan
Cerita: Tindakan yang diambil setelah mendengar jeritan di padang
Cerita: Hari Penyampaian Hadiah
Syarahan: Menghormati Orang Tua Amalan yang Mulia
Melengkapkan Cerita: Mengakhiri Cerita ”…Namun demikian, peristiwa itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.”
Berita: Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah
Surat Tidak Rasmi: Mengajak kawan menyertai aktiviti semasa cuti sekolah
Cerita : Membantu rakan yang kehilangan wang
Fakta: Faedah Mengikuti Kelas Tambahan
Dialog: Kejayaan kawan anda sebagai peserta terbaik sukan tahunan sekolah
Cerita: Menceritakan pengalaman menghadapi situasi kawan yang tercedera ketika kelas Kemahiran Hidup
Fakta: Faedah membaca
Laporan: Laporan perkhemahan unit beruniform
Melengkapkan cerita: Mengakhiri cerita ”….peristiwa itu menjadi kenangan dan tidak mudah kulupakan.”
Aktiviti: Gambar bersiri (2 gambar) Suasana di pasar
Catatan: Kem motivasi UPSR
Perihal / Gambaran: Berkelah bersama keluarga
Temu ramah / wawancara: Temu bual dengan kawan yang menang pertandingan bercerita
Pengajaran: Kemalangan dalam rumah – adik pecahkan barang kakak
Gambar bersiri: (1 gambar) Suasana di kantin
Ucapan: Penjagaan kesihatan / Majlis meraikan kejayaan /Lawatan
Perbualan: Sebagai seorang murid yang baik
Gambar bersiri: ( 1 gambar)Suasana di dewan
Berita: Melengkapkan cerita / Kebaikan jiran – jiran / Pertandingan melukis ( Hari Kemerdekaan )
Nilai: Terjumpa sebuah dompet.

More Related Content

What's hot

Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Bong Shuying
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
ain hunny
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
Hewo Corporation Sdn bhd
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
sairee
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Shankal Kashan
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
Shankal Kashan
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Kathleen Ong
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
jasfarten
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khas
Mohd Makhtar
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
jomokb
 
Latihan bina ayat
Latihan bina ayatLatihan bina ayat
Latihan bina ayat
Fakhruzzaman Ramli
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
jamilah5646
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Shankal Kashan
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan raya
ruvin83
 
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kathleen Ong
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanUmie Arissa
 

What's hot (20)

Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khas
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Latihan bina ayat
Latihan bina ayatLatihan bina ayat
Latihan bina ayat
 
Rangka karangan
Rangka karanganRangka karangan
Rangka karangan
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Karangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan rayaKarangan kemalangan jalan raya
Karangan kemalangan jalan raya
 
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama DiriKata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
 
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
Kata kerja _ada_bc_(jawapan)
 
Soalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahamanSoalan bm tahun 3 pemahaman
Soalan bm tahun 3 pemahaman
 

Viewers also liked

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsrNami Wind
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi sayaMei Yee
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
one piece
 
Pand. pesta kelg. kudus c (26-27 des 2015)
Pand. pesta kelg. kudus   c (26-27 des 2015)Pand. pesta kelg. kudus   c (26-27 des 2015)
Pand. pesta kelg. kudus c (26-27 des 2015)
karangpanas
 
Semua akan indah pada waktunya
Semua akan indah pada waktunyaSemua akan indah pada waktunya
Semua akan indah pada waktunya
Jenderal Soedirman Unoversity
 
Kenang jasa
Kenang jasaKenang jasa
Kenang jasa
jdie17
 
Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
Dek Matang
 
Motivasi bab1
Motivasi bab1Motivasi bab1
Motivasi bab1
Ega Bekti
 
Teknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogTeknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogustazmaya
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
Harun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiHarun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiAdi Utami
 
Karangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diriKarangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diri
Amirul Syafiq
 
Aku sebatang pensel
Aku sebatang penselAku sebatang pensel
Aku sebatang pensel
fauziah mahali
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanjinnyyong
 

Viewers also liked (20)

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsr
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Hobi saya
Hobi sayaHobi saya
Hobi saya
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Pand. pesta kelg. kudus c (26-27 des 2015)
Pand. pesta kelg. kudus   c (26-27 des 2015)Pand. pesta kelg. kudus   c (26-27 des 2015)
Pand. pesta kelg. kudus c (26-27 des 2015)
 
Semua akan indah pada waktunya
Semua akan indah pada waktunyaSemua akan indah pada waktunya
Semua akan indah pada waktunya
 
Kenang jasa
Kenang jasaKenang jasa
Kenang jasa
 
Motivasi bab1
Motivasi bab1Motivasi bab1
Motivasi bab1
 
Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
 
Motivasi bab1
Motivasi bab1Motivasi bab1
Motivasi bab1
 
Teknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blogTeknologi maklumat- blog
Teknologi maklumat- blog
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Harun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusiHarun yahya penipuanevolusi
Harun yahya penipuanevolusi
 
Karangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diriKarangan mengenai perihal diri
Karangan mengenai perihal diri
 
Aku sebatang pensel
Aku sebatang penselAku sebatang pensel
Aku sebatang pensel
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunan
 

Similar to Contoh karangan b

Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
Kampung Baca
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
Revolvere
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
NORINSON
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
Kumar Vello
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusdevenanita15
 
Pelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 BmPelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 Bm
amoi286
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Shika Nara
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
joyce wong
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus
Nurul Fatekah
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)
farizal32
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Uma Devi Kirubananthan
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemah
Kathleen Ong
 
BBM
BBMBBM
Bahan pengajaran
Bahan pengajaranBahan pengajaran
Bahan pengajaranHusni Za'in
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
Stephen Tan
 
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa SahaliyaCerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Syifa Sahaliya
 

Similar to Contoh karangan b (20)

Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Amar crita spontan
Amar   crita spontanAmar   crita spontan
Amar crita spontan
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galus
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Pelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 BmPelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 Bm
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemah
 
BBM
BBMBBM
BBM
 
Bahan pengajaran
Bahan pengajaranBahan pengajaran
Bahan pengajaran
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
 
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa SahaliyaCerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
 

Recently uploaded

Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 

Contoh karangan b

  • 1. Aku Sepasang Baju Kurung Aku ialah sepasang baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor . Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga . Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih. Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari . Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya walaupun warnaku sudah pudar .
  • 2. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah. Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku. Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis. Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut. Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00. Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.
  • 3. KARANGAN Peribahasa Tajuk : Nasi Sudah Menjadi Bubur Sazali ialah anak bongsu dalam kalangan adik-beradiknya.Dia telah dimanjakan secara keterlaluan oleh ibu dan ayahnya.Segala kemahuannya dituruti oleh keluarganya.Dia tidak suka mencontohi sikap kakak dan abangnya yang rajin . Dia juga sering pulang lewat malam walaupun telah ditegah oleh kakak dan abangnya kerana dia tak akan ditegur oleh ayahnya yang sibuk bekerja.Dia juga bergaul dengan kawan yang tidak berakhlak . Lebih-lebih lagi,dia mula mencuri di kedai-kedai.Dia berasa puas dan gembira apabila telah melakukan perlakuan yang tidak bermoral itu.Dia juga tidak mendengar akan nasihat ibu bapanya seperti mencurah air ke daun keladi. Pada suatu hari,dia dan rakan-rakannya telah membuat satu rancangan untuk merompak sebuah bank yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.Dia telah memebuat perancangan yang sungguh teliti.Tetapi malang tidak berbau,Sazali dan rakan-rakannya telah ditangkap semasa asyik merompak bank oleh salah seorang kawan anggota polis yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan itu. Sazali dan rakan-rakannya telah dipenjarakan selama sepuluh tahun.Dia juga dijatuhkan hukuman rotan sebanyak lima kali kerana kesalahan merompak. Walau bagaimanapun, "nasi sudah menjadi bubur".Tiada gunanya untuk menyesal.Oleh itu,kita tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan kepada diri kita.
  • 4. Faedah Bersukan Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan juga mempunyai kepentingan tersediri. Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan. Perbuatan ini boleh menepati peribahasa ‘badan cergas otak cerdas’ Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk. Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan. Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.
  • 5. Faedah Membaca Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini. Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan. Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah. Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu
  • 6. Percutian di Pulau Langkawi Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis. Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak. Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat. Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang bersih. Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian. Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.
  • 7. Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan. Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, 49300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Pengurus Penerbitan, Wira Buku, Taman Seri Gombak, 69100 Bati Caves, Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013 Tuan, Kebenaran Lawatan Sambil Belajar Ke Syarikat Wira Buku. Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku. 2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah. 3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan. Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013 Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring 4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, ___________________________________ (NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
  • 8. Meminta Kebenaran Mengadakan Perkemahan. Persatuan Puteri Islam, Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tuan Guru Besar, Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013 Tuan, Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku Setiausaha Persatuan Puteri Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta kebenaran mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. 3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan pengalaman baharu kepada ahli sebagai batu loncatan untuk Berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap berdikari dalam kalangan ahli. 4. Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan ahli Puteri Islam menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri surat saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak terima kasih. Yang menjalankan tugas, ___________________________ (NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI) Setiausaha, Persatuan Puteri Islam, Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.
  • 9. SOALAN 1 : Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut. No 1, Lorong 2. Taman Tambun, 14000 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar- tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya. Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Sahabatmu, …………………… Alif Bin Arif
  • 10. 39, Jalan Jenjarum 1, Seksyen BS 2, 48300 Rawang, Selangor Darul Eksan. 30 Mei 2013. Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi. Natasha yang diingati, Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang. Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru. Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru. Natasha yang dirindui, Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah. Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan persembahan guru-guru. Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih. Sahabat mu, ……………………………… (Nur Illya Maisara)
  • 11. Surat Kepada Guru. 39, Jalan Jenjarum 1, Seksyen BS 2, 48300 Rawang, Selangor Darul Eksan. 30 Mei 2013. Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada dalam keadaan sihat. Cikgu yang diingati, Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar. Cikgu yang dirindui. Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1 324. Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan sala bulat hati untuk berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau kayanya seseorang. Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih. Bekas muridmu, ………………………………. (Nur Illya Maisara)
  • 12. KARANGAN UPSR (Syarahan) : Faedah Bergotong-royong Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong:. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”. Hadirin sekalian, Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong. Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan. Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu. Sekian, terima kasih.
  • 13. Syarahan Cara-cara Membalas Jasa Guru Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, guru- guru serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru". Hadirin sekalian, Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas. Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Malahan janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan membersihkan kelas. Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar. Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.
  • 14. Syarahan tentang "Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang" Karangan UPSR Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang” Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”. Hadirin, Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini. Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut. Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang. Hadirin yang budiman, Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak. Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul. Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.
  • 15. Laporan Hari Sukan Sekolah LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3 Pada 23 Januari 2013,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan sukan tahunan sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah. Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik kehormatan oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Kemudian Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut. Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang. Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Kuning mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah Kuning,manakala olahragawan ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning. Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26 Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah. Disediakan oleh, 28 JANUARI 2010 ……………………………………. (SUBUH BIN ZUHUR) Setiausaha sukan, Sekolah Kebangsaan Besout 3.
  • 16. Senarai Tajuk Karangan Peperiksaan UPSR Tahun-tahun Lepas - Sekolah Kebangsaan ( Penulisan) sepanjang tahun 1991 – 2007 kredit : andrewchoo Syarahan: Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah Dialog: Cara-cara Mengindahkan Kawasan Sekolah Gambar tunggal / Cerita: Aktiviti Perkhemahan Fakta: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan Fakta: Cara-cara Mengembirakan Ibu Bapa Surat Tidak Rasmi: Pengalaman di tempat baru Cerita: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan Keperihalan: Jika Saya Ada Wang Banyak Laporan: Lawatan Dialog: Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan Syarahan: Faedah Bersukan Melengkapkan Cerita: Kebakaran / Kegiatan Pembakaran Secara Terbuka Cerita: Cerita Aneh / Ganjil Yang Kamu Tahu Keperihalan: Sambutan Hari Kebangsaan Surat Rasmi: Menyatakan Sebab-Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Fakta: Cara-cara Menjaga Kebersihan dan Tempat Tinggal Fakta: Faedah Membaca Dialog: Perbualan tentang kejayaan Ucapan: Majlis Mengenang Ibu Bapa Syarahan: Pentingnya Kerjasama di Kalangan Murid Cerita: Pengalaman lewat ke sekolah dan perkara yang dilakukan Perbahasan: Belajar berkumpulan adalah lebih baik dari belajar sendiri Laporan: Mesyuarat Penubuhan Kelab Buku Cerita: Hilang ketika pesta dan perkara yang dilakukan pada masa itu. Ucapan: Sambutan Hari Guru Surat Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR Cerita: Tindakan membantu orang tua yang terjatuh di atas jalan raya Laporan: Gotong – royong Surat Rasmi: Memohon Mengguna Dewan Cerita: Tindakan yang diambil setelah mendengar jeritan di padang Cerita: Hari Penyampaian Hadiah Syarahan: Menghormati Orang Tua Amalan yang Mulia Melengkapkan Cerita: Mengakhiri Cerita ”…Namun demikian, peristiwa itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.” Berita: Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Surat Tidak Rasmi: Mengajak kawan menyertai aktiviti semasa cuti sekolah Cerita : Membantu rakan yang kehilangan wang Fakta: Faedah Mengikuti Kelas Tambahan Dialog: Kejayaan kawan anda sebagai peserta terbaik sukan tahunan sekolah Cerita: Menceritakan pengalaman menghadapi situasi kawan yang tercedera ketika kelas Kemahiran Hidup Fakta: Faedah membaca Laporan: Laporan perkhemahan unit beruniform Melengkapkan cerita: Mengakhiri cerita ”….peristiwa itu menjadi kenangan dan tidak mudah kulupakan.” Aktiviti: Gambar bersiri (2 gambar) Suasana di pasar Catatan: Kem motivasi UPSR Perihal / Gambaran: Berkelah bersama keluarga Temu ramah / wawancara: Temu bual dengan kawan yang menang pertandingan bercerita Pengajaran: Kemalangan dalam rumah – adik pecahkan barang kakak Gambar bersiri: (1 gambar) Suasana di kantin Ucapan: Penjagaan kesihatan / Majlis meraikan kejayaan /Lawatan
  • 17. Perbualan: Sebagai seorang murid yang baik Gambar bersiri: ( 1 gambar)Suasana di dewan Berita: Melengkapkan cerita / Kebaikan jiran – jiran / Pertandingan melukis ( Hari Kemerdekaan ) Nilai: Terjumpa sebuah dompet.