SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Prosa Tradisional
                                        (Merah Silu)

Sinopsis

           Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah
dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah
Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah
kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut
rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah
mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga
menyebabkan kematiannya.

           Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja
Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu
Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan
sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang
tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku
taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.

           Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana
tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan
negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan
dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan
cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-
gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan
buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

             Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya.
Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh
Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan
dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu
menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak
mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa
segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi
kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan
tanaman mereka.

              Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau
bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut
dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan
Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah
Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang
menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan
rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak
bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu
dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba
Jerun.

Tema

Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.

Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau
dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di
Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia
berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya
telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa
oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-
Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

Persoalan

   1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik

         Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah
         Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap
         memalukannya.
2. Persoalan perkara di luar logik akal

         Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh
         misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas
         dan buihnya menjadi perak.

    3. Persoalan keberanian anak raja

         Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga
         dia dirajakan di Rimba Jerun.

    4.    Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat

         Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang
         yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja
         malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.

    5.    Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat

          Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .




Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Merah Silu

        Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
        Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
        Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
        Kaya -   Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya
         menjadi perak.
        Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan
         Merah Silu.
    Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun
     hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
    Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.
    Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang
     terlibat dalam sabung ayam.


Watak Sampingan


1.   Merah Hasum
    Adik kepada Merah Silu
    Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari
     negeri Semerlanga.
    Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.
    Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan         Beruana jika tidak mahu
     menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar.


2.   Megat Iskandar
    Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.
    Tinggal di Buluh Telang.
    Mempunyai ladang yang luas.
    Bapa angkat kepada Merah Silu.
    Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar
     yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun
    Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan
     Merah Silu ke Buluh Telang.




3.   Sultan Maliku”l- Nasar
    Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
    Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di
     Rimba Jerun.
         Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun
         Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.

Latar

Latar Tempat

1. Negeri Semerlanga
         Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya
          terbunuh.
         Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
2.       Beruana
         Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
         Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai
          telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan
          Merah Silu menjadi kaya.
3. Kerbau Kampung
         Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.
4. Hulu Karang
         Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu
          merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.
5. Negeri Buluh Telang
         Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.
         Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.
6.       Rimba Jerun
         Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
         Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat
          Iskandar di Kumat.

Latar Masa

     1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.
2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut
      Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.
   3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.

Latar Masyarakat

   1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja
      Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar
   2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain
      menyabung dengan Merah Silu.
   3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi
      menangkap kerbau liar
           Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.
           Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar            mempelawa Merah Silu
            menetap di situ.




Gaya Bahasa

   1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat
   2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda
   3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala
   4. Personifikasi – matahari mati
   5. Metafora – kerbau jalang
   6. Hiperbola
              - Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
              - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.
Nilai

1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan
     banyak kehilangan nyawa.
2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang
     hadir ke gelanggang sabung ayam.
3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk
     menjadi raja di Rimba Jerun.
4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau
     oleh Merah Hasum.

Pengajaran

        Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya
         peperangan.
        Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.
        Kita hendaklah menghormati tetamu.
        Kita janganlah menganiayai binatang.
        Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang
         tindakan.

Latihan

1. Terangkan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerita Merah Silu.
2. Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita Merah Silu.

Jawapan:

1.   Latar Tempat
     Negeri Semerlanga
    Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan Puteri Betong yang
     menyebabkan kematiannya. Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad.
    Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya
     terbunuh.
   Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.

    Beruana

   Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
   Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai
    telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan
    Merah Silu menjadi kaya.

    Rimba Jerun

   Di perintah oleh Sultan Maliku”l-Nasar.
   Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di situ.
   Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
   Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat
    Iskandar di Kumat.


2. Nilai
    Nilai taat setia
    Contoh: Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak
    kehilangan nyawa.


   Nilai murah hati
    Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke
    gelanggang sabung ayam.
    Megat Iskandar menjamu Merah Silu dan mempelawa Merah Silu menetap di negerinya.

   Nilai keberanian
    Contoh: Merah Silu berani keluar merantau dari Beruana setelah di halau oleh adiknya ,
    Merah Hasum

    Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi
    raja di Rimba Jerun.
   Nilai berdikari
    Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh
    Merah Hasum.

More Related Content

What's hot

Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Rozaiman Makmun
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN Rozaiman Makmun
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaAzwira Ariwana
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinSatria
 
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)Asni Askariawati
 
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1 Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1 Yap Shi
 
Hikayat indera nata form 4
Hikayat indera nata    form 4Hikayat indera nata    form 4
Hikayat indera nata form 4geeahmad
 
05. istana pulau es
05. istana pulau es05. istana pulau es
05. istana pulau esDody Irawan
 
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping HooKisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping HooSariyanti Palembang
 
John allyn-kisah-47-ronin
John allyn-kisah-47-roninJohn allyn-kisah-47-ronin
John allyn-kisah-47-roninWalid Umar
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaopen_kraken98
 

What's hot (20)

Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
 
Hikayat si miski1
Hikayat si miski1Hikayat si miski1
Hikayat si miski1
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si Miskin
 
Prosa pak belalang
Prosa pak belalangProsa pak belalang
Prosa pak belalang
 
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
 
Tugas kmr
Tugas kmrTugas kmr
Tugas kmr
 
Adit
AditAdit
Adit
 
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1 Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
Syair Bidasari Tingkatan 4 - Teks Puisi Tradisional 1
 
Hikayat indera nata form 4
Hikayat indera nata    form 4Hikayat indera nata    form 4
Hikayat indera nata form 4
 
Istana pulau es kho ping hoo
Istana pulau es kho ping hooIstana pulau es kho ping hoo
Istana pulau es kho ping hoo
 
05. istana pulau es
05. istana pulau es05. istana pulau es
05. istana pulau es
 
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping HooKisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
Kisah Sepasang Rajawali_Kho Ping Hoo
 
Myth legend
Myth legendMyth legend
Myth legend
 
Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016Ceramah komsas 2016
Ceramah komsas 2016
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
John allyn-kisah-47-ronin
John allyn-kisah-47-roninJohn allyn-kisah-47-ronin
John allyn-kisah-47-ronin
 
Pelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwaPelayaran yang penuh peristiwa
Pelayaran yang penuh peristiwa
 
Syair Misa Gumitar
Syair Misa GumitarSyair Misa Gumitar
Syair Misa Gumitar
 

Viewers also liked (20)

Ambilkan bulan bu
Ambilkan bulan buAmbilkan bulan bu
Ambilkan bulan bu
 
Agel Money Mixer Text
Agel Money Mixer TextAgel Money Mixer Text
Agel Money Mixer Text
 
Rozi anggar k
Rozi anggar kRozi anggar k
Rozi anggar k
 
Sejarah asia barat daya
Sejarah asia barat dayaSejarah asia barat daya
Sejarah asia barat daya
 
Ketuhan isa almasih
Ketuhan isa almasihKetuhan isa almasih
Ketuhan isa almasih
 
Daftar Antonim P3
Daftar Antonim P3Daftar Antonim P3
Daftar Antonim P3
 
Alfabet Dla Dzieci
Alfabet Dla DzieciAlfabet Dla Dzieci
Alfabet Dla Dzieci
 
Almanak_web
Almanak_webAlmanak_web
Almanak_web
 
2nd Group EP
2nd Group EP2nd Group EP
2nd Group EP
 
Jaringan internet
Jaringan internetJaringan internet
Jaringan internet
 
Kuliah k-anorganik-i-2
Kuliah k-anorganik-i-2Kuliah k-anorganik-i-2
Kuliah k-anorganik-i-2
 
Report tracer study_2013,alumni2006
Report tracer study_2013,alumni2006Report tracer study_2013,alumni2006
Report tracer study_2013,alumni2006
 
Leaflet ps agronomi 2014
Leaflet ps agronomi 2014Leaflet ps agronomi 2014
Leaflet ps agronomi 2014
 
Angkasa
AngkasaAngkasa
Angkasa
 
Adisi Elelktrofilik
Adisi ElelktrofilikAdisi Elelktrofilik
Adisi Elelktrofilik
 
Anka Spor Akademisi (E-mail Kurulumu)
Anka Spor Akademisi (E-mail Kurulumu)Anka Spor Akademisi (E-mail Kurulumu)
Anka Spor Akademisi (E-mail Kurulumu)
 
Red alkemi services and products catalog
Red alkemi   services and products catalogRed alkemi   services and products catalog
Red alkemi services and products catalog
 
Koloid
KoloidKoloid
Koloid
 
Menginstal komputer
Menginstal komputerMenginstal komputer
Menginstal komputer
 
Teknis Berkebun Dahlia
Teknis Berkebun DahliaTeknis Berkebun Dahlia
Teknis Berkebun Dahlia
 

Similar to Ketabahan Merah Silu

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungfiro HAR
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNNormarjana Ibrahim
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanNaddyAmmy
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaDixon Ong
 
Legenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhLegenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhMNaufalHidayat
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxFakrulHamka
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892permysurylyeenda
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsisjeetran
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaMasniza Mustafa
 
Gladiator ala jawa
Gladiator ala jawaGladiator ala jawa
Gladiator ala jawaDya Aisyiah
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 

Similar to Ketabahan Merah Silu (20)

Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
 
Hikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantanHikayat seri kelantan
Hikayat seri kelantan
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui TeladanProsa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
 
Kempimpinan melalui teladan
Kempimpinan melalui teladanKempimpinan melalui teladan
Kempimpinan melalui teladan
 
Legenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhLegenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuh
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
 
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
 
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
Kepimpinanmelaluiteladan 150706160136-lva1-app6892
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
ihwm.pptx
ihwm.pptxihwm.pptx
ihwm.pptx
 
Gladiator ala jawa
Gladiator ala jawaGladiator ala jawa
Gladiator ala jawa
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Aji saka
Aji sakaAji saka
Aji saka
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 

Ketabahan Merah Silu

  • 1. Prosa Tradisional (Merah Silu) Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang- gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak
  • 2. mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Tema Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l- Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Persoalan 1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.
  • 3. 2. Persoalan perkara di luar logik akal Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 3. Persoalan keberanian anak raja Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. 4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. 5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan . Watak dan Perwatakan Watak Utama Merah Silu  Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong  Mempunyai saudara bernama Merah Hasum  Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya  Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.  Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.
  • 4. Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang.  Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.  Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam. Watak Sampingan 1. Merah Hasum  Adik kepada Merah Silu  Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga.  Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.  Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar. 2. Megat Iskandar  Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.  Tinggal di Buluh Telang.  Mempunyai ladang yang luas.  Bapa angkat kepada Merah Silu.  Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun  Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang. 3. Sultan Maliku”l- Nasar  Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah  Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.
  • 5. Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun  Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat. Latar Latar Tempat 1. Negeri Semerlanga  Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.  Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau. 2. Beruana  Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.  Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. 3. Kerbau Kampung  Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar. 4. Hulu Karang  Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka. 5. Negeri Buluh Telang  Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.  Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam. 6. Rimba Jerun  Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.  Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. Latar Masa 1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.
  • 6. 2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya. 3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar 2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. 3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar  Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.  Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ. Gaya Bahasa 1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat 2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda 3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala 4. Personifikasi – matahari mati 5. Metafora – kerbau jalang 6. Hiperbola - Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan . - Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.
  • 7. Nilai 1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. 2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. 3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. 4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum. Pengajaran  Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan.  Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.  Kita hendaklah menghormati tetamu.  Kita janganlah menganiayai binatang.  Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan. Latihan 1. Terangkan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerita Merah Silu. 2. Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita Merah Silu. Jawapan: 1. Latar Tempat Negeri Semerlanga  Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan Puteri Betong yang menyebabkan kematiannya. Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad.  Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh.
  • 8. Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau. Beruana  Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.  Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Rimba Jerun  Di perintah oleh Sultan Maliku”l-Nasar.  Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di situ.  Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.  Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. 2. Nilai Nilai taat setia Contoh: Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.  Nilai murah hati Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. Megat Iskandar menjamu Merah Silu dan mempelawa Merah Silu menetap di negerinya.  Nilai keberanian Contoh: Merah Silu berani keluar merantau dari Beruana setelah di halau oleh adiknya , Merah Hasum Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.
  • 9. Nilai berdikari Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.