cerita kanak-kanak. sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak bawah 12 tahun. ibu bapa digalakkan untuk mendedahkan cerita ini kepada anak-anak untuk pertumbuhan minda mereka.selamat mencuba. :)
3. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
1
Jam baru pukul 8.30 malam. Ah
Meng sudah rasa mengantuk.
Badannya letih kerana petang tadi
dia kuat bermain.
4. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
2
Ah Meng terus masuk ke biliknya
untuk tidur. Dia menanggalkan
bajunya kerana berasa panas. Dia
menyangkutkan bajunya pada
dinding.
5. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
3
Kemudian Ah Meng menutup suis
lampu biliknya. Pada malam itu, dia
tidur nyenyak.
Tengah malam, hujan turun
sangat lebat.
6. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
4
Ah Meng terjaga kerana terkejut
oleh bunyi petir.
Ah Meng terperanjat melihat
suatu lembaga. Hatinya sungguh
kecut.
7. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
5
Tanpa berlengah lagi, dia terus
berlari keluar dari biliknya.
“Hantu! Hantu! Hantu!” Ah Meng
menjerit.
8. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
6
Ibu bapa Ah Meng terkejut
mendengar jeritan itu. Mereka terus
meluru keluar.
“Di mana ada hantu?” tanya
bapa Ah Meng.
9. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
7
“Di dalam bilik saya. Di tepi
dinding,” jawab Ah Meng.
Ibu bapanya segera masuk ke
dalam bilik itu.
10. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
8
Bapa Ah Meng terpandang baju
yang tersangkut di dinding. “Ha! Ha!
Ha!” bapanya ketawa. “Ini bukan
hantu. Ini baju!” kata bapanya.
11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
9
“Hantu Baju Putih!” sampuk
ibunya pula.
Ah Meng tersipu-sipu. Dia
menyangka baju itu ialah hantu.
12. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
10
“Pergilah tidur! Hantu Baju Putih
tidak ganggu orang,” kata ayahnya
sambil tertawa.
Ah Meng turut tertawa. Dia
menyambung tidurnya semula.