3. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
1
Pada suatu hari, seekor ibu rusa
hendak pergi mencari makanan.
Ibu rusa lalu berpesan kepada
kedua-dua ekor anaknya.
4. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
2
“Janganlah kamu keluar
merayau-rayau. Nanti kamu akan
dibaham harimau,” pesan ibu rusa.
“Baiklah!” kata kedua-dua ekor
anaknya.
5. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
3
Tetapi kedua-dua ekor anak rusa
itu tidak patuh pada nasihat ibu
mereka. Mereka keluar
merayau-rayau.
Mereka terjumpa anak harimau.
6. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
4
“Kamu ini siapa?” salah seekor
anak rusa itu bertanya kepada anak
harimau.
“Aku ialah anak harimau,” jawab
anak harimau.
7. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
5
“Kami pula ialah anak rusa,”
kedua-dua ekor anak rusa itu
memperkenalkan diri mereka.
8. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
6
Semenjak hari itu, kedua-dua ekor
anak rusa itu bersahabat baik
dengan anak harimau.
Mereka bermain bersama-sama.
9. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
7
Pada suatu hari, ibu rusa itu
bertanya, “Wahai anak-anakku, ke
manakah kamu pergi bermain?”
10. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
8
“Kami bermain-main dengan
anak harimau,” jawab anak rusa itu.
Terkejutlah ibu rusa apabila
mendengar jawapan itu.
11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
9
“Janganlah kamu bersahabat
dengan anak harimau. Kelak kamu
akan dimakan oleh harimau itu,”
nasihat ibu rusa.
12. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
10
Tetapi kedua-dua ekor anak rusa
itu tidak mengendahkan nasihat ibu
mereka.
Mereka pergi berjumpa anak
harimau itu lagi.
13. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
11
Tanpa disangka-sangka, mereka
bertemu dengan ibu harimau.
Ibu harimau berjaya menangkap
salah seekor anak rusa itu. Seekor
lagi berjaya melarikan diri.
14. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
www.zoom-a.com
12
Menyesallah anak rusa itu kerana
tidak mendengar nasihat ibunya.
Itulah akibatnya, jika tidak patuh
pada nasihat ibu.