Resepi brownies fudge menyediakan cara membuat brownies coklat lembut dengan menggunakan kaedah double boiler untuk meleburkan coklat dan mentega. Telur, gula dan vanila dimasukkan ke dalam adunan sebelum dicampur dengan campuran coklat cair. Adunan kemudian dituang ke dalam loyang dan dibakar selama 30 minit pada 160 darjah Celsius. Icing coklat digunakan untuk hiasan selepas brownies sejuk.
Apa itu angka kecukupan gizi dan bagaimana cara perhitungannya dalam memenuhi kebutuhan gizi tergantung pda jenis kelamin dan usia dengan faktor koreksi aktivitas fisik
Mikroorganisme pangan : Virus dan Jamur, dan manfaatnya
Fudge brownies
1. Fudge Brownies
100g coklat masakan
1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula caster
1 sk (sudu kecil) esen vanila
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
¼ sk baking powder
Cara membuat nya:
1) Gaulkan coklat masakan bersama mentega dalam mangkuk stainless steel. Kemudian,
letakkan mangkuk itu di atas periuk yang mengadungi air mendidih. (Ini ada lah kaedah “double
boiler). Kacau coklat dan mentega sehingga cair. Angkat dan sejukkan sebentar. (Sila lihat
gambar 1 dan 2)
2. Cara buat fudge brownies
2) Sementara itu didalam mangkuk lain pukul gula, telur dan esen vanilla sebentar sahaja.
(Gambar 3)
3) Masukkan coklat cair dan gaul rata. (Gambar 4)
3. Fudge Brownies
4) Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul rata. (Gambar
5)
5) Tuang adunan kedalam acuan empat segi berukuran 22cmx22cm yang telah disapu dengan
mentega. (Gambar 6)
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius selama 30 minit.
(Gambar 7)
7) Setelah kek sejuk boleh lah dihias dengan icing coklat. (Gambar 8)
4. Fudge Brownies
Tip:
Warna kek brownies yang coklat kehitaman membuatkan kita agak susah untuk mengetahui
sama ada kek ini sudah masak atau pun belum. Caranya dengan mencucuk lidi kedalam kek.
Setelah lidi ditarik keluar dan jika lidi kelihatan kering dan tidak melekat ini bermakna kek dah
masak. Jika didapati lidi masih basah ini bermakna kek belum masak lagi.
Icing coklat
1 cawan gula icing
1 sm (sudu makan) serbuk koko
2 sk mentega
4 sk air mendidih
Cara membuatnya:
1) Gula icing, serbuk koko dan mentega digaul bersama hingga rata.
2) Masukkan air mendidih sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut dan mudah untuk
disapu keatas kek (tidak terlalu cair).
5. 3) Tuang icing keatas permukaan kek dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
Jika anda ingin belajar dengan lebih lanjut lagi tentang cara membuat dan menghias kek coklat
saya syorkan anda klik banner dibawah ini untuk belajar dari Pn Shida, saorang pakar kek.