6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
Brownies
1. BROWNIES KEDUT
Sumber resepi: youtube rakan dari indonesia
Bahan2:
113gram mentega
75gram tepung gandum
1 sudu teh vanila
2 biji telur
200gram gula pasir (Kak Mel buh 150g jer)
150g chocolate chips
113gram chocolate bar (Kak Mel buh Chocolate compound jenama Beryl's)
10g cocoa powder
Cara2:
Sediakan Bahan A:
Cairkan mentega dan chocolate bar menggunakan kaedah 'double boil'. Biarkan menyejuk sedikit
atau suam. (Bahan A)
Sediakan Bahan B:
Ayak tepung dengan serbuk koko ke dalam mangkuk.Campurkan separuh daripada chocolate chips
ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung dan serbuk koko tadi. Kacau sebati. (Bahan B)
Mari kita teruskan...
1. Loyang 8 X 8
1. Di dalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur, masukkan vanila dan gula
Kacau hingga sebati
2. Kemudian masukkan mentega dan chocolate bar yang sudah dicairkan tadi (Bahan A).
Pastikan ianya sudah suam dan tidak terlalu panas. Kacau sebati.
3. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
4. Sapu loyang dengan sedikit mentega dan lapik parchment.
5. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan kasi cun melecun.
6. Taburkan lebihan chocolate chips di atasnya. Leh juga tabur walnut atau apa sahaja yang
sesuai.
7. Bakar 25 minit pada suhu 170˚C