SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Pengenalan
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini
telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional
yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah
juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan
Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti
saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk
dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara
terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih
mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu
dihadapi secara professional dan kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut
juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai
profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan
mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura
(1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-
Saunders’.
Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan
profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang
dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan
tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang
baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik
merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu
sahaja tetapi juga masa kini.
Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller,
1969
Rajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri
1.0 Peringkat perkembangan guru dan profesion guru
Prihatin diri
Peringkat Keprihatinan
Diri
Peringkat Keprihatinan
Terhadap Tugas
Peringkat Impak
Teori
Keprihatinan
(Fuller 1969)
Peringkat
Keprihatinan Diri
Apakah
pelajar suka
saya?
Bolehkah saya
mengajar
apabila
diselia?
Apakah yang
dikatakan
oleh guru lain
tentang saya.
Apakah BBM
saya sesuai
dengan murid?
Rajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)
Rajah 4 : Cabaran guru permulaan
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
Cabaran Guru Permulaan
Cabaran Guru
Permulaan
Dikatakan
pasif, tak
kreatif dan
imaginative
Belum mencapai
tahap yang
dikehendaki
pihak sekolah
Masalah
penyesuaian diri
dengan reality
sekolah dan bilik
darjah
Mula
mengaplikasik
an kaedah
mengajar
Memahami
fakta, konsep
dan perkara
asas
pengajaran
Membentuk
kerangka
kognitif tugas-
tugas guru
Kurang
berupaya
menangani
tugas harian
guru
Rajah 5 : Ciri-ciri guru
Definisi Guru Pakar
Guru pakar ialah
guru yang
mempunyai
kemahiran,
pengetahuan,
dan kepakaran
tinggi dalam
mata pelajaran
khususnya
dalam PNP
Sahsiah guru pakar
‘role model’
kepada warga
pendidikan
Peka dan prihatin
kepada
keperluan pelajar
Berpegang eguh
kepada etika
perguruan dan
etika
perkhidmatan
awam
Berketrampilan
Pengetahuan guru
pakar
Menguasai dan
menghayati
kandungan mata
pelajaran
Menjadi pakar
rujuk PNP
Bijak mengurus
masa, bahan dan
sumber
Mampu
mengenalpasti
keperluan dan
masalah pelajar
Potensi
Berwawasan,
proaktif,
responsive,
inovatif dalam
rangka
menjalankan
tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan
kepada
kemajuan
pendidikan
negara
Berupaya
menjana idea
baru dalam mata
pelajaran atau
bidang
pengkhususan
dan berkongsi
idea tersebut
bagi
meningkatkan
mutu pendidikan
Negara
Ciri-ciri guru
Guru Cekap
Ada kecekapan
pada tahap
minimum
Guru mula kenali
lebih banyak
prinsip, konsep dan
elemen dengan
merujuk situasi
khusus
Guru memiliki
kemampuan
menyelesaikan
masalah PNP
Guru Mahir
Terbaik dalam
bidang
Menjadi teladan
profesionalisme
Terlibat
sepenuhnya dalam
kokurikulum
Guru pakar
Menyerlahkan diri
secara
profesionalisme
Idea dan
kemahirannya
boleh
mempengaruhi
polisi pengendalian
bilik darjah
Dianggap sebagai
bidang yang
berautoriti bercakap
dalam bidang
profesionalnya
Rajah 6: Guru pakar
Menjadi guru cekap
Kecekapan
profesionalisme
Kecekapan
melaksanakan visi
dan prinsip
Keutuhan peribadi
Kecekapan
menggunakan
teknologi
maklumat
Ciri-ciri guru cekap
Ciri peribadi –
bermatlamat,
fikiran positif,
yakin dan sabar
Ciri mengajar –
gaya tersendiri,
kepakaran,
bermotivasi
Ciri intelektual –
suka membaca,
mempunyai
mental-life yang
segar,
mempunyai
kesungguhan
kendiri dan minda
sihat dan terbuka
Prinsip Guru Cekap
Do It Right First
Time : setiap kerja
mesti cekap dan
kurang silap
Penambahbaikan
berterusan
Mencegah
masalah lebih
utama dari
menyelesaikan
masalah : guru
perlu proaktif
Ciri guru berkesan
Berupaya
melahirkan
‘persekolahan
berwatak’ supaya
pelajar mempunyai
ilmu, berpesonaliti
sihat dan serba
boleh
Professional
dengan PNP di
sekolah
Menunjukkan
kesetiaan kepada
kerajaan, bebas
berpendirian
Ciri-ciri
Guru yang baru
memulakan
perkhidmatan selepas
tamat kursus
perguruan di IPG atau
university
Sosialisasi
didefinisikan sebagai
proses saling
mempengaruhi antara
individu dalam
konteks sosial sekolah
selepas penempatan
baru
Guru baru sering
berhadapan dengan
masalah sosialisasi
Fokus isu :
Guru baru sering menghadapi
masalah
guru besar dan guru
mempelajari peranan
sebagai guru di luar
bidang tugas
mengajar
masalah
pembelajaran dan
disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan
sosialisasi guru permulaan
Tidak cukup
kemahiran guna pusat
sumber
Kurang yakin kawal
disiplin bilik darjah
Kurang mahir urus
aktiviti sukan
Kurang kemahiran
sosial
Rajah 7: Guru cekap
Rajah 8: Guru permulaan
2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986).
2.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)
Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari
fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas
harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru
juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru
profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.
2.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)
Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan
diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan
momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi
teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh
mentornya.
2.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)
Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada
pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam
pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi
pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.
Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas
pertama dengan murid kelas terakhir.
2.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)
Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas
pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat
keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat
menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi
pembelajaran secara kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri
dalam mengajar sesuatu topik tanpa menggunakan buku teks.
2.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan menangani
maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai
setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap
pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri
untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara sesuatu
profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli
profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut.
Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh
setiap ahlinya.
Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil
daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru
diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal
dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik
kepada masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu
menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi
yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-
method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani
cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus
Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-
kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan
keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru
harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan
kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan
sesuatu program.
Guru harus dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar
kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang
dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara
memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk
menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang,
dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi
pemandu kelak. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar
Guru Besar
TN HJ OTHMAN BIN HASHIM
Pembantu tadbir
PN SITI NORLAILA BT
ABAS
Juruteknik
Komputer
PN JURIAH
BT MD JALI
Pembantu
Pengurusan
Murid
EN MAHMUD
B ITHNIN
Pembantu Am
Pejabat
PN MAIMON
BT HARON
Guru Panatia
Matapelajaran
Guru Kelas
GPK Hal Ehwal
Murid
PN HJH SARAH BT HJ ABD
GHANI
Guru Kaunseling
TN HJ ABU BAKAR B
MOHAMAD
Badan Displin
Dan Pengawas
EN ISA B
ABDUL RAHIM
GPK
Kokurikulum
TN HJ SELAMAT BIN
TAKIM
Setiusaha Sukan
CIK ROHANA
BT LAMSIN
GPK
Pentadbiran
PN ZAITON BT YAACOB
Guru Pusat
Sumber
PN RAMLAH
BT NGAH
Guru Data
EN ISA B
ABDUL RAHIM
Guru
Peperiksaan
EN ZAHFARSHAM
B ISHAK
Pra Sekolah
PN RUPIAH BT
SUKARMAN
ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji.
Carta organisasi Sekolah Kebangsaan Parit No 5
Jadual 1: Carta Organisasi Sekolah
3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah
Semasa saya menjalani Pratikum 3 di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Semerah Johor
Darul Takzim, saya telah mengenalpasti tugas setiap guru dalam carta organisasi yang ada
di sekolah tersebut. Peranan dan tugas pertama ialah Guru Besar. Guru Besar merupakan
tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua
hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan
ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan
kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar
tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan
pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh
kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang
dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.
Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan
sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat
pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu
merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka
matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran
guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran,
sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan
profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. Edmond (1977), Sweeney
(1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa
Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi
matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada
guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar
berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk
mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu
turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru
Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid
untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat
dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan
secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan
suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Selain
itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan
sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka.
Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh
kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong
kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di
dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak
sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang lain, orang lain akan senang memberikan
pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak
mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif.
Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru
Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid-
murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah.
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah.
Terdapat 3 jenis guru PenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan
GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal
pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar.
Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan
jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir
maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi
kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-
sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru,
GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah
tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku
pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan
GPK 1 ini. Kesimpulannya, GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru
besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab
dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan
pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai
dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan
kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang
berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak
dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau
melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi
pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab
dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK
HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar
yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang
bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM
juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan
miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah
Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar
tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan
dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk
membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya
pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.
Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran
perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan
pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar
dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang
dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang
menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan
kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai
seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai
oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang
tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang
diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk
kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah
selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang
diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang
satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini
memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran,
mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru
Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka
terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat
penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan
mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi
sumbangan kepada kemajuan negara.
Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid
di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah
diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas
bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar
guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar
guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap
masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir
di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing
kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di
dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria
dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.
Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik.
Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid
kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik
darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya.
Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan
sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru bilik darjah atau guru Kemahiran Hidup merupakan tempat bergantung
murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang
paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam
melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.
4.0 Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3108
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman
sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa
saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat
juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya
ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai peringkat perkembangan guru di sekolah
rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru
dalam bidang pentadbiran dan pengurusan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu
bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat
penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di terangkan oleh pensyarah saya
akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus
pendek ini.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam
kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala
maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-
nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam
kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan
haruslah tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai
dengan murid sekolah rendah.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran
dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung
dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari
semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan
kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan
perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini
kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah
peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan
kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor,
peguam dan arkitek.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat
di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan
pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan
telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 yang diberikan telah berjaya
saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.
Rujukan buku
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum
Books.
Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah
yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan
Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.
Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan Internet
Peranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari
http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam-
merealisasikan.html
Bidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari
http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidang-
tugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16
Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari
http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukan-
permainan-dan-rumah-sukan/
Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari
http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/
Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari
http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-
guru.html
Penghargaan
Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 saya. Saya bersyukur kerana
mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat
perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan
yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak
pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut.
Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang
bnyak membantu saya iaitu En Arman Bin Hj Md Jaferi. Beliau bnyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya
yang bnyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang organisasi sekolah dan peranan
persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya Mohamad Nur B Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu
langkah untuk membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa
memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Wassalam.
Mohd Aidil Bin Othman
( GURU PELATIH IPGM KTHO )
PISMP SEMESTER 8
RBT/ PJ / BM
AMBILAN JANUARI 2010
Abstrak
Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih
terhadap peranan guru semasa di sekolah, peringkat dalam perkembangan guru dan cara
untuk menjadi guru yang pakar dalam pengajaran.
Pemilihan carta organisasi sekolah semasa berpratikum untuk kerja kursus saya ini
dilakukan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap peranan pihak
pentadbiran sekolah dalam menguruskan sesuatu kerja. Pelaksanaan kerja kursus ini
khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru untuk
mengenalpasti setiap perkembangan dalam profesionalisme guru.
Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan asas
kepimpinan dan profesionalisme guru untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan
disertakan dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja
kursus yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat
mahu meningkatkan tahap kepimpinan dan profesionalisme mereka dalam bidang
perguruan. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai asas kepimpinan yang mantap
dan menjalani setiap peringkat perkembangan guru dengan baik sehingga menjagi guru
pakar .
Isi Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1 Biodata guru pelatih i
2 Borang kolaborasi ii
3 Surat akuan kerja kursus iii
4 Abstrak iv
5 Penghargaan v
6 Pengenalan vi
7 1.0 Carta alir peringkat perkembangan guru dan profesion guru 1 - 5
8 2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme
guru
2.1 Peringkat novis
2.2 Peringkat novis lanjutan
2.3 Peringkat cekap
2.4 Peringkat mahir
2.5 Peringkat pakar
6 - 9
9 3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah 10 - 14
10 4.0 Refleksi kursus EDU 3108 14-15
11 Refleksi 16
12 Bibiliografi/ Rujukan 17
13 Lampiran 18

More Related Content

What's hot

Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru Pemula
Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru PemulaEsensi Manajemen Kelas Bagi Guru Pemula
Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru PemulaHariyatunnisa Ahmad
 
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifM Haris Wijaya
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahNor Azizah Ahmad
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesionaliqbalmayzun
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikNur Arifaizal Basri
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan一世 一生
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR RBT10620RebeccaAnakM
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Makalah tugas guru
Makalah tugas guruMakalah tugas guru
Makalah tugas guruiskawia
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1nina
 

What's hot (18)

Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru Pemula
Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru PemulaEsensi Manajemen Kelas Bagi Guru Pemula
Esensi Manajemen Kelas Bagi Guru Pemula
 
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatifMakalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
Makalah menjadi seorang guru yang ideal dan inovatif
 
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendahTajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Pembentangan kssr
Pembentangan kssrPembentangan kssr
Pembentangan kssr
 
Guru permulaan (sosialisasi)
Guru permulaan (sosialisasi)Guru permulaan (sosialisasi)
Guru permulaan (sosialisasi)
 
Makalah individu ip
Makalah individu ipMakalah individu ip
Makalah individu ip
 
Menjadi Guru Profesional
Menjadi Guru ProfesionalMenjadi Guru Profesional
Menjadi Guru Profesional
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
Peran guru sebagai pendidik
Peran guru sebagai pendidikPeran guru sebagai pendidik
Peran guru sebagai pendidik
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidik
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR
Jenis Kurikulum dan Pelaksanaan KSSR
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Makalah tugas guru
Makalah tugas guruMakalah tugas guru
Makalah tugas guru
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

Viewers also liked

47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurTora 뇌성
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluargaAzizan Amanda
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 

Viewers also liked (8)

Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
 
Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 
Bbm nilai murni
Bbm nilai murniBbm nilai murni
Bbm nilai murni
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 

Similar to PERKEMBANGAN GURU

Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Mkalah citra guru
Mkalah citra guruMkalah citra guru
Mkalah citra guruaanteen
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentationeuis maemunah
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentationeuis maemunah
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan AisAisyah
 
guru profesional.pptx
guru profesional.pptxguru profesional.pptx
guru profesional.pptxBundajaisy
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxHerdiluke
 

Similar to PERKEMBANGAN GURU (20)

Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2
 
Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Mkalah citra guru
Mkalah citra guruMkalah citra guru
Mkalah citra guru
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentation
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentation
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Tugas dan tanggung jawab guru
Tugas dan tanggung jawab guruTugas dan tanggung jawab guru
Tugas dan tanggung jawab guru
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan
 
Kompetensi Guru
Kompetensi GuruKompetensi Guru
Kompetensi Guru
 
guru profesional.pptx
guru profesional.pptxguru profesional.pptx
guru profesional.pptx
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Ppp2
 
Makalah Masalah Profesi Guru
Makalah Masalah Profesi GuruMakalah Masalah Profesi Guru
Makalah Masalah Profesi Guru
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guruProfesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Bimbingan Konsling
Bimbingan KonslingBimbingan Konsling
Bimbingan Konsling
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

PERKEMBANGAN GURU

  • 1. Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr- Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
  • 2. Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller, 1969 Rajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri 1.0 Peringkat perkembangan guru dan profesion guru Prihatin diri Peringkat Keprihatinan Diri Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas Peringkat Impak Teori Keprihatinan (Fuller 1969) Peringkat Keprihatinan Diri Apakah pelajar suka saya? Bolehkah saya mengajar apabila diselia? Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya. Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
  • 3. Rajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986) Rajah 4 : Cabaran guru permulaan Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru Cabaran Guru Permulaan Cabaran Guru Permulaan Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah Mula mengaplikasik an kaedah mengajar Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran Membentuk kerangka kognitif tugas- tugas guru Kurang berupaya menangani tugas harian guru
  • 4. Rajah 5 : Ciri-ciri guru Definisi Guru Pakar Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP Sahsiah guru pakar ‘role model’ kepada warga pendidikan Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam Berketrampilan Pengetahuan guru pakar Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran Menjadi pakar rujuk PNP Bijak mengurus masa, bahan dan sumber Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar Potensi Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara Ciri-ciri guru Guru Cekap Ada kecekapan pada tahap minimum Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP Guru Mahir Terbaik dalam bidang Menjadi teladan profesionalisme Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum Guru pakar Menyerlahkan diri secara profesionalisme Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya Rajah 6: Guru pakar
  • 5. Menjadi guru cekap Kecekapan profesionalisme Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip Keutuhan peribadi Kecekapan menggunakan teknologi maklumat Ciri-ciri guru cekap Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka Prinsip Guru Cekap Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap Penambahbaikan berterusan Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif Ciri guru berkesan Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh Professional dengan PNP di sekolah Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian Ciri-ciri Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi Fokus isu : Guru baru sering menghadapi masalah guru besar dan guru mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar masalah pembelajaran dan disiplin murid Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah Kurang mahir urus aktiviti sukan Kurang kemahiran sosial Rajah 7: Guru cekap Rajah 8: Guru permulaan
  • 6. 2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986). 2.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat) Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan. 2.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat) Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh mentornya. 2.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat) Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza. Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas pertama dengan murid kelas terakhir. 2.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun) Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam mengajar sesuatu topik tanpa menggunakan buku teks.
  • 7. 2.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun) Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
  • 8. pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method- method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus- kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Guru harus dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar
  • 9. Guru Besar TN HJ OTHMAN BIN HASHIM Pembantu tadbir PN SITI NORLAILA BT ABAS Juruteknik Komputer PN JURIAH BT MD JALI Pembantu Pengurusan Murid EN MAHMUD B ITHNIN Pembantu Am Pejabat PN MAIMON BT HARON Guru Panatia Matapelajaran Guru Kelas GPK Hal Ehwal Murid PN HJH SARAH BT HJ ABD GHANI Guru Kaunseling TN HJ ABU BAKAR B MOHAMAD Badan Displin Dan Pengawas EN ISA B ABDUL RAHIM GPK Kokurikulum TN HJ SELAMAT BIN TAKIM Setiusaha Sukan CIK ROHANA BT LAMSIN GPK Pentadbiran PN ZAITON BT YAACOB Guru Pusat Sumber PN RAMLAH BT NGAH Guru Data EN ISA B ABDUL RAHIM Guru Peperiksaan EN ZAHFARSHAM B ISHAK Pra Sekolah PN RUPIAH BT SUKARMAN ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Carta organisasi Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Jadual 1: Carta Organisasi Sekolah
  • 10. 3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah Semasa saya menjalani Pratikum 3 di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Semerah Johor Darul Takzim, saya telah mengenalpasti tugas setiap guru dalam carta organisasi yang ada di sekolah tersebut. Peranan dan tugas pertama ialah Guru Besar. Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK. Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik. Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan
  • 11. sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang lain, orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta pertolongan dari guru tersebut. Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid- murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru PenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru. Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama- sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya, GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang
  • 12. berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya. Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek. Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas. Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah
  • 13. selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini. Tuntasnya, guru bilik darjah atau guru Kemahiran Hidup merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang
  • 14. paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia. 4.0 Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3108 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai peringkat perkembangan guru di sekolah rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru dalam bidang pentadbiran dan pengurusan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di terangkan oleh pensyarah saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota- nota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan- perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan- perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan
  • 15. kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek. Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.
  • 16. Rujukan buku Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books. Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan Internet Peranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalam- merealisasikan.html Bidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidang- tugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16 Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukan- permainan-dan-rumah-sukan/ Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/ Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan- guru.html
  • 17. Penghargaan Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 saya. Saya bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut. Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang bnyak membantu saya iaitu En Arman Bin Hj Md Jaferi. Beliau bnyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya yang bnyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang organisasi sekolah dan peranan persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohamad Nur B Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu langkah untuk membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Wassalam. Mohd Aidil Bin Othman ( GURU PELATIH IPGM KTHO ) PISMP SEMESTER 8 RBT/ PJ / BM AMBILAN JANUARI 2010
  • 18. Abstrak Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap peranan guru semasa di sekolah, peringkat dalam perkembangan guru dan cara untuk menjadi guru yang pakar dalam pengajaran. Pemilihan carta organisasi sekolah semasa berpratikum untuk kerja kursus saya ini dilakukan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap peranan pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan sesuatu kerja. Pelaksanaan kerja kursus ini khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru untuk mengenalpasti setiap perkembangan dalam profesionalisme guru. Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan asas kepimpinan dan profesionalisme guru untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan disertakan dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja kursus yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat mahu meningkatkan tahap kepimpinan dan profesionalisme mereka dalam bidang perguruan. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai asas kepimpinan yang mantap dan menjalani setiap peringkat perkembangan guru dengan baik sehingga menjagi guru pakar .
  • 19. Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1 Biodata guru pelatih i 2 Borang kolaborasi ii 3 Surat akuan kerja kursus iii 4 Abstrak iv 5 Penghargaan v 6 Pengenalan vi 7 1.0 Carta alir peringkat perkembangan guru dan profesion guru 1 - 5 8 2.0 Cara – cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru 2.1 Peringkat novis 2.2 Peringkat novis lanjutan 2.3 Peringkat cekap 2.4 Peringkat mahir 2.5 Peringkat pakar 6 - 9 9 3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah 10 - 14 10 4.0 Refleksi kursus EDU 3108 14-15 11 Refleksi 16 12 Bibiliografi/ Rujukan 17 13 Lampiran 18