Hak Cipta Terpelihara © www.EducatticMind.com
Bagaimana Menulis
       Sebuah Novel Dalam
           Masa 30 Hari
      Bagi Penulis Sambilan Mahupun
              Sepenuh Masa!


                                        Oleh:


                             ZAHIRUDDIN ZABIDI
                        www.kalamkhalifah.com




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari   2
Educattic Mind Resources (002000549-W),
31-4-2, Jalan 3/50,
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
+603-40234641
E-mel: hai@educatticmind.com

Web: www.educatticmind.com
Facebook: http://facebook.com/EducatticMind


Hakcipta © Zahiruddin Zabidi 2011
Edisi Pertama 2011


Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku
ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Educattic Mind Resources.


Editor: Mohd Zulfadli (smartzul@flarebiz.com), Cik Mal (cikmal@flarebiz.com)
Grafik: Nurulhayati (Minisitelicious)

Muka Taip Teks: Arial
Saiz Taip Teks: 11/20

Diterbit dan diedarkan oleh: Educattic Mind Resources




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                                 3
Dedikasi kepada:

                                    Allah, Tuhanku.

                               Nabi Muhammad, nabiku.

                           Umi dan Abi, kedua orang tuaku.

             Umi Mawar dan Wardah Humairah, isteri dan anak gadisku.

                           Emak dan Ayah, kedua mertuaku.

                            Adik-adik kandung dan iparku.

                                Seluruh ahli keluargaku.

                Seluruh muslimin dan muslimat pencinta kebenaran.

                      Khususnya para pembaca yang bijaksana.

                                  Tanpa kalian semua,

       Zahiruddin Zabidi bukanlah apa-apa dan siapa-siapa sampai bila-bila.

                         Terima kasih atas segala-segalanya.

  Allahumma jam'ana haza jam'an marhuma watafarruqa mim ba'dihi tafarruqan
     ma'suma, rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanatan wakin
                                       'azabannar.

                                Amin ya Rabbal alamin.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                              4
Isi Kandungan
KATA PENGANTAR

BAB 1 PENGENALAN DAN PEMILIHAN
   •   Pengenalan                                   12

   •   Tema                                         14

   •   Latar                                        14

   •   Watak                                        15

   •   Perwatakan                                   15

   •   Plot                                         16

   •   Sudut pandang                                17



Kenali Jenis-Jenis Novel                            18

   •   Novel Popular                                18

   •   Novel Remaja                                 19

   •   Novel Sejarah                                19

   •   Novel Islam                                  19

   •   Novel Politik                                20

   •   Novel Sains Fiksyen/Fantasi                  21

   •   Novel @ Buku cerita kanak-kanak              21




Bagaimana Saya Bermula?                             22



Mengorak Langkah                                    27


Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari        5
Mengapa Saya Menulis Novel                          28

   •   Buya Hamka                                   28

   •   Puan Ainon Mohd dan PTS                      31

   •   10 Penulis Terkaya Dunia                     33



Memahami Diri Sendiri                               34

   •   Analisis SWOT                                37



Memahami Syarikat Penerbitan                        40


Memahami Keperluan Pembaca                          43


Tetapkan Pilihan                                    46




BAB 2 PERANCANGAN DAN
PELAKSANAAN
Perkongsian pengalaman penulis                      49


Pemetaan karya                                      51


Contoh pemetaan karya                               54


Bermula                                             64


Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari        6
30 hari pasti siap                                  66


KJ Method                                           69

   • Proses novel Rabiatul Adawiyah                 69

   • Proses Nian Hati Salsabila                     71




BAB 3 TIP-TIP PENTING
Kita Pasti Boleh                                    74




RUJUKAN




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari        7
Pengantar
    Assalamualaikum warahmatullah,

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Selawat
    dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ahli keluarga
    dan seluruh sahabat Baginda serta tabiin dan tabi tabiin selepas zaman
    Baginda.

    Alhamdulillah, ini adalah naskhah ebook pertama dan saya mengambil
    keputusan    bagi menerbitkannya bersama Educattic Mind selepas
    beberapa perkiraan. Educattic Mind saya gambarkan sebagai PTS di alam
    maya dari sudut falsafah dan prinsip dan saya yakin mereka akan
    menjadi gergasi dunia penerbitan ebook sebagaimana PTS menjadi
    gergasi penerbitan buku fizikal dalam masa 10 tahun sahaja.

    Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulfadli dan Cik Mal selaku editor dan
    pengasas kepada penerbitan digital dunia baru ini. Sementelah mereka
    juga adalah rakan seguru saya yang sama-sama mengambil manfaat
    daripada puan guru kami iaitu Puan Ainon Mohd, pengerusi kumpulan
    syarikat PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

    Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang
    guru sekaligus mentor kepada saya dalam dunia penulis, mereka adalah
    Puan Ainon Mohd sendiri dan Dr Haji Faisal Tehrani. Jujurnya kebanyakan
    isi dalam buku ini adalah tumpahan perkongsian ilmu daripada dua tokoh
    yang hebat ini. Saya sekadar memasukkan garapan pengalaman sebagai
    penulis kemudiannya.

    Ebook ini adalah rakaman pengalaman saya sebagai seorang murid,
    penulis dan editor. Walaupun hanya berumur kurang dua tahun dalam
    dunia penulisan, saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh para penulis
    dan tokoh hebat, ini menyebabkan sedikit sebanyak saya juga menerima
    tempias mereka.


Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                              8
Benarlah sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah melalui tamsilan
    berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Dan dunia
    penulisan fizikal mahupun digital punya kelebihannya masing-masing.

    Ini adalah percubaan pertama saya dan perkongsian ini diharap dapat
    memberi serta mencetuskan rasa mahu yang membara kepada khalayak
    pembaca agar dapat menjadi seorang novelis yang membawa kalimah
    tauhid dan kalimah haq. Yang pastinya dunia dakwah penulisan kreatif
    ini amat luas dan besar pengaruhnya kepada masyarakat.

    Dalam masa yang sama, saya sedang membangunkan modul bagi bengkel
    penulisan kreatif khususnya novel sambil direntaskan dengan kaedah
    dakwah. Harapan saya, di sana akan lahir lebih ramai Syed Abul Hasan
    Ali An-Nadwi, Syed Qutb, Syeikh Najib Khailani. Begitu juga menjadi
    pelapis kepada sasterawan agama Nusantara seperti Hamka, Tok Kenali,
    Syeikh Daud al-Fathani, Jalaluddin ar-Rumi, Nuruddin ar-Raniri, Syed
    Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

    Penulis senior pada hari ini juga sudah perlu ada pelapisnya, antara yang
    menonjol sifat agama dalam karya mereka adalah Cikgu Abu Hasan
    Morad dan Pak Nora. Kemudian pada generasi baru kita ada Dr Haji
    Faisal Tehrani, Ustaz Zaid Akhtar, Ustaz Azman al-Kurauwi, Ustaz A.
    Ubaidillah Alias, Ustaz Kyusri Amyza, Puan Nisah Haron, Cikpuan Salina
    Ibrahim dan ramai lagi.

    Harapan saya, ebook ini menjadi pencetus kepada semangat penulis
    muda bagi terus giat menulis agar nanti korpus penulisan kreatif tanah
    air tidak lelap dan gersang daripada karya-karya yang tinggi mutu dan
    nilai perbahasan agama sekali gus menjadi panduan dan ikutan penulis-
    penulis yang akan datang.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                               9
Sekian, terima kasih. Selamat membaca dan menulis.




    Yang benar,

    ZAHIRUDDIN ZABIDI

    www.kalamkhalifah.com

    zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my

    013-9698869




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari        10
BAB 1

                    PENGENALAN

                DAN PEMILIHAN




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari   11
Kamus Dewan edisi-4 mentakrifkan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa,
biasanya panjang dan kompleks, berkaitan dengan pengalaman manusia dan
kelakuan sosial.

       Dalam         dapatan          wikipedia        edisi          bahasa       Melayu
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Novel), novel ditakrifkan sebagai cerita kesusasteraan
yang ditulis seseorang penulis. Novel diterjemahkan sebagai cerita panjang atau
'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang mudah dikenali. Plotnya berdasarkan
permulaan, konflik dan peleraian. Novel biasanya mengisahkan seseorang watak
dan watak sampingan dalam bentuk yang panjang. Tebal dan panjang novel ini amat
diambil kira. Cerita pendek akan dipanggil 'cerpen'.

       Dalam    wikipedia     edisi   bahasa   Indonesia       pula   yang   beralamat   di
http://id.wikipedia.org/wiki/Novel, novel adalah sebuah karya fiksi prosa yang tertulis
dan naratif; biasanya dalam bentuk cerita. Penulis novel disebut novelis. Kata novel
berasal daripada bahasa Italia novella yang berarti "sebuah kisah, sepotong berita".

       Novel lebih panjang (setidaknya 40,000 patah kata) dan lebih kompleks
daripada cerpen, dan tidak dibatasi keterbatasan struktural dan metrikal sandiwara
atau sajak. Umumnya sebuah novel bercerita tentang tokoh-tokoh dan kelakuan
mereka dalam kehidupan sehari-hari, dengan menitik beratkan pada sisi-sisi yang
aneh dari naratif tersebut.

       Novel dalam bahasa Indonesia dibedakan daripada roman. Sebuah roman
alur ceritanya lebih kompleks dan jumlah pemeran atau tokoh cerita juga lebih
banyak.

       Merujuk kepada definisi di atas kita boleh faham bahawa novel adalah
sebuah cerita dikarang panjang.

       Ramai penulis bermula dengan menulis cerpen sebelum menulis novel,
dalam masa sama ramai juga penulis cerpen tidak pernah dapat menyelesaikan
novel pertama mereka. Menjadi kebiasaan penulis novel tidak menghadapi masalah
besar apabila mahu menulis sebuah cerpen.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                             12
Dalam konteks Malaysia, cerita pendek yang menjadi skema kepada
penulisan adalah sebanyak tujuh hingga sepuluh muka surat dengan langkau dua
baris. Manakala bagi sebuah novel kebiasaan adalah 200 muka surat dan ke atas
mengikut jenis, keadaan dan kehendak penerbit.

         Teori dan praktis penulisan novel dan cerpen sama sahaja. Yang
membezakan adalah panjang dan pendek jumlah patah perkataan sekaligus helaian
kertas yang digunakan. Jadi, bagi seseorang individu yang mahu menjadi penulis
yang prolifik, mereka wajar menguasai kedua-dua jenis genre penulisan ini.

         Secara asasnya sebuah novel perlu mempunyai beberapa elemen dan
bentuk yang seakan sudah ditetapkan sekalipun ia sebenarnya adalah teori janaan
daripada barat berdasarkan sebuah buku yang dikarang oleh ahli falsafah terkenal
iaitu Aristotle. Pengkajian terhadap naskhah tulisan Aristotle itu kemudiannya
menelurkan teori Puitika Aristotle yang menjadi indikator dan bahan ukur sesebuah
karya.

         Mengenai bentuk, Islam tidak mempunyai masalah selagi mana ia tidak
melangkaui batas syarak dan akidah. Namun berkenaan dengan asas, isi cerita dan
matlamat penulisan, ia secara keras perlu tidak boleh membatasi al-Quran dan
hadis.

Kebiasaan dalam sebuah novel perlu ada:

         Tema

         Latar

         Watak

         Perwatakan

         Plot

         Sudut pandang




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                   13
Tema

Tema adalah asas ataupun tujuan cerita. Banyak tema boleh diambil, sebagaimana
tema cinta sentiasa menjadi nombor satu sebagai pilihan penulis.

       Selain daripada tema cinta Uda dan Dara ataupun Romeo dan Juliet, tema-
tema suci seperti tema kasih sayang kekeluargaan, hubungan anak dan ayah, adik-
beradik, kasih sayang antara suami dan isteri adalah lebih menarik dan dekat
dengan pembaca.

       Sebagaimana contoh novel fenomena Lasykar Pelangi karangan Andrea
Hirata yang membawakan tema kesungguhan, ketekalan dan perjuangan dalam
pendidikan begitu memberi kesan kepada bukan sahaja rakyat dan kerajaan
Indonesia, malah dunia juga mengiktiraf ia sebagai karya hebat.

       Sebagai permulaan pilih tema yang biasa dan dekat dengan kita. Tema cinta
pun tidak mengapa namun biarlah cinta diredhai Allah dan bukan cinta nafsu di hati
semata. Tema kasih sayang dan kekeluargaan serta persahabatan juga amat
disyorkan.




Latar

Bagi menghidupkan suasana dalam cerita dan mampu menarik para pembaca
seolah-olah berada bersama dalam karya tersebut maka latarnya ditulis dan
digambarkan dengan begitu rinci. Inilah yang dipegang oleh penulis yang beraliran
realisme.

       Namun di sana, ada satu pendapat di mana latar tidak perlu digambar dengan
begitu teliti kerana ia memberatkan dan melelahkan pembacaan dan penulisan
namun tidak memberikan sebarang makna kepada pembaca.

       Latar wajar diceritakan dengan sederhana dan selebihnya kita serahkan
kepada pembaca bagi mengimaginasikan sendiri latar tersebut berdasarkan



Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                    14
beberapa gambaran-gambaran ringkas yang diberikan oleh penulis. Cara ini akan
memudahkan penulis dan meringankan pembaca.




Watak

Watak adalah karakter penting dalam sesebuah cerita kerana mereka adalah paksi
kepada cerita. Makanya dari awal sebelum proses penulisan bermula, watak-watak
yang bakal berada dalam novel tersebut wajar terlebih dahulu dibayangkan dan
ditetapkan peranannya. Sama ada mereka itu antagonis ataupun protagonis.

       Menjadi amalan penulis mapan menulis pada catatan khusus mengenai
watak dan perwatakan. Kemudian mereka merujuk kepada catatan tersebut agar
tidak berlaku sebarang percanggahan dalam penceritaan.

       SN Arenawati dikatakan antara sasterawan yang paling tekal dalam menulis.
Apabila semua bahan sudah dikumpul beliau akan berkurung di satu tempat dan
akan menulis tanpa henti kecuali perlu. Pada dinding tempat beliau menulis, akan
ditampal penuh dengan kertas nota termasuk mengenai watak dan perwatakan
dalam novel tulisan beliau.

       Dr Haji Faisal Tehrani juga melakukan perkara yang sama semasa menulis
novel Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu. Kedua novel itu disiapkan dalam
masa sebulan sahaja dengan mengurung diri dalam apartmentnya.




Perwatakan

Perwatakan merujuk kepada segala hal berkaitan watak seperti rupa paras, bentuk
fizikal tubuh badan, warna kulit termasuk juga sifat dan sikap watak. Malas, rajin,
tabah, penyabar, penyantun dan sebagainya. Pendek kata kelebihan dan
kekurangan watak yang membezakan dirinya dengan watak lain.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                     15
Ia wajar direkodkan agar penulis tidak tertukar watak lantas menyebabkan
percanggahan dalam cerita yang bakal dikarang. Oleh itu, ia wajar ditulis secara
khusus dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.




Plot

       Sebab dan akibat perlu ada kelogikan iaitu sesuatu peristiwa yang berlaku
punya sebab musabab jelas dan bukan tiba-tiba berlaku, menyebabkan pembaca
tertanya-tanya apakah sebab kejadian yang berlaku tersebut.

Plot juga boleh dikaitkan dengan dua elemen di bawah:




Konflik

Bagi menghidupkan suasana dalam cerita, konflik-konflik akan dicipta bagi
menimbulkan persoalan, mengapa dan kenapa, sebab dan akibat.

       Konflik biasanya adalah ujian-ujian atau peristiwa yang menyebabkan dan
melibatkan watak-watak dalam cerita, seorang pengarang yang pandai bermain
dengan konflik akan berjaya menyebabkan pembaca berasa tidak bosan dan
sentiasa berasa ingin tahu apa yang berlaku selepas berlaku sesuatu konflik.

       Dalam sesebuah novel tidak semestinya hanya perlu ada sebuah konflik, ia
mungkin terjadi banyak konflik dalam sesebuah cerita.

       Novel Ranjau Sepanjang Jalan karangan Sasterawa Negara (SN) Prof
Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah mengenai sekeluarga petani yang
tinggal di kampung Banggol Derdak, mereka hidup dalam keadaan serba
kekurangan namun gembira sehinggalah Lahuma, watak utama dalam novel
tersebut tersepak buluh yang tertinggal dalam sawah sehingga kakinya ditusuk
sembilu   yang    menyebabkan       kakinya    membengkak   sehinggalah   dia   mati
membusung.


Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                      16
Konflik tersebut mengakibatkan Lahuma akhirnya meninggal dunia. Ini
menimbulkan konflik seterusnya iaitu isteri kepada Lahuma dan ibu kepada anak-
anak itu menjadi gila dek kerana kematian Lahuma.




Peleraian

Peleraian adalah pengakhiran cerita yang menentukan bahawa mesej yang mahu
dibawa itu sampai atau tidak. Ia boleh menjadi pengakhiran yang gembira, juga
boleh jadi pengakhiran yang sedih.

       Kadang-kadang ia dibiarkan tergantung dan terserah kepada penonton
membuat kesimpulan sendiri.




Sudut pandang

Ada tiga jenis sudut pandang dalam penghasilan novel iaitu:

   •   Sudut pandang pertama : Aku, saya, kita, kami, ambo, kawe....

   •   Sudut pandang kedua : Dikau, awak, kamu, dia....

   •   Sudut pandang ketiga : Penama (watak dalam karya)....

Nota: Kesemua elemen dalam di atas akan dibincangkan dalam bab Pemetaan
Karya.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                17
Kenali jenis-jenis novel

Sebelum memulakan sesuatu penulisan novel, kita terlebih dahulu perlu tahu dan
jelas apa yang mahu kita tulis. Benarlah kita mahu menulis novel, akan tetapi novel
juga mempunyai jenis-jenisnya yang tertentu sebagaimana yang dikelaskan oleh
para cendekiawan dan sarjana sastera.

   •   Novel popular

   •   Novel remaja

   •   Novel sejarah

   •   Novel Islam

   •   Novel satira

   •   Novel fantasi dan sains fiksyen

   •   Novel kembara/ travelog

Ini adalah senarai kasar jenis-jenis novel yang dinyatakan oleh para sarjana sastera
di Malaysia. Kita akan melihat secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan
novel-novel ini. Pengkelasan atau pelabelan ini dibuat bagi memudahkan para
sarjana dan pengkritik sastera menjalankan tanggungjawab mereka.




Novel popular

Ada juga yang memanggil kelompok novel ini sebagai novel picisan. Pada
pandangan penulis, jika kena dengan caranya ia tidak menjadi picisan. Picisan pada
pandangan penulis adalah apabila isi kandungan penceritaan mereka tidak patuh
syariat dan banyak babak-babak mungkar. Antara ciri sebuah novel picisan adalah:

   •   Moral mudah.

   •   Dipenuhi pandangan peribadi yang disangka sebagai falsafah.

   •   Disuntik dengan sedikit elemen psikologi.

   •   Trivia – pembebasan realiti dan bersifat khayalan.

Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                      18
•   Aspek struktural.

   •   Bertujuan memenuhi kehendak persekitaran.

   •   Kreativiti tersekat.

   •   Menganggap pembaca adalah pembeli semata-mata.

   •   Acuan yang sama/ klise.

   •   Terpisah daripada akar agama, budaya dan bangsa.

   •   Bersifat kontemporari/ hiburan semata-mata.




Novel Remaja

Terbahagi kepada dua kategori:

                  1. Remaja awal, bermula daripada usia 13 tahun hingga 17 tahun.

                  2. Remaja akhir, 17 hingga 25 tahun.




Novel Sejarah

   1. Menulis kembali dengan menukar watak, peristiwa dan jalan cerita.
       Menggunakan kaedah interteks.

   2. Menulis semula berdasarkan butiran sejarah asli.

   3. Kaedah berinteraksi dengan tokoh, temu bual, rakaman dan sebagainya.




Novel Islam

Definisi bagi novel Islam ini amat luas dan banyak pula (Mohon rujuk Shahnon
Ahmad - Teori Sastera Islam, Affandi Hasaan - Gagasan Persuratan Baru, Dr Shafie
Abu Bakar - Teori Takmilah). Namun secara ringkasnya novel Islam adalah sebuah



Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                   19
novel sarat ilmu-ilmu Islam seperti akidah, fikah dan sebagainya sebagai tema, jalan
cerita dan membina watak-watak yang menjadi qudwah (contoh tauladan).

       Begitu juga tiada plot-plot babak mungkar diceritakan dengan terperinci dan
tiada perkataan-perkataan lucah sekalipun mahu menggambarkan realisme sesuatu
peristiwa.

       Antara novel yang kuat bercirikan perbincangan dan latar agama adalah
novel Imam karangan SN Datuk Abdullah Hussein.

       Tidak semestinya sebuah novel yang dikatakan novel Islam itu perlu
mempunyai watak ustaz, ustazah, latar Mesir, Madinah, Jordan dan sebagainya. Itu
adalah kosmetik bagi mengindahkan novel Islam tersebut.

       Selagi mana sesebuah karya itu tidak melangkaui batas ketetapan akidah dan
syariat, insya-Allah ia diterima sebagai novel Islam walaupun hanya memaparkan
cerita biasa dengan tema biasa serta jalan cerita biasa.




Novel Politik

Pemerhatian penulis mendapati apabila seseorang penulis menulis sebuah novel
politik mereka akan menulis novel satira mengenai politik tersebut.

Novel satira politik terbahagi kepada dua jenis iaitu:

   •   Satira Juvenalia - kasar

   •   Satira Horatia - sedikit lembut

(Nota: Novel “Shit” tulisan SN Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah
daripada jenis Satira Juvenalia dan ia merupakan novel paling laris dalam sejarah
dengan cetakan sebanyak 3 juta naskhah; tidak termasuk yang dicetak rompak).




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                      20
Novel Sains Fiksyen / Fantasi

Novel yang menggarapkan ceritera berkaitan logik dan teori sains, kadang-kadang
bersifat futuristik. Novel sebegini akan bertambah hebat apabila digabungkan
dengan elemen fantasi seperti “Star Wars” dan seumpanya.

       Di Malaysia novel jenis ini masih kurang mendapat tempat di kalangan
pembaca khususnya remaja. Kebanyakan remaja lebih selesa dengan membaca
komik atau nomik.




Novel @ Buku cerita kanak-kanak

Buku ringkas, penuh ilustrasi berwarna-warni dengan tema mudah serta menjadikan
pengajaran baik sebagai tujuan penulisannya. Pasarannya luas namun tidak diberi
perhatian oleh para penulis dan penerbit.

       Dewan Bahasa Pustaka (DBP) juga mengatup bahagian sastera kanak-kanak
dan remaja suatu masa dahulu. Akhir-akhir ini para penerbit seperti PTS, Galeri
Ilmu, Mustread dan Alaf 21 galak dan berlumba-lumba menerbitkan kembali buku
cerita atau novel kanak-kanak ini.

       Ini membawa maksud peluang penulis-penulis di luar sana bagi menulis karya
kanak-kanak semakin luas.




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari                                   21
Dapatkan versi penuh ebook ini.




       Klik>> http://www.educatticmind.com/ebook-novel




Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari        22

Ebook menulis novel 30 hari

  • 1.
    Hak Cipta Terpelihara© www.EducatticMind.com
  • 2.
    Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari Bagi Penulis Sambilan Mahupun Sepenuh Masa! Oleh: ZAHIRUDDIN ZABIDI www.kalamkhalifah.com Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 2
  • 3.
    Educattic Mind Resources(002000549-W), 31-4-2, Jalan 3/50, Diamond Square Business Center, Off Jalan Gombak, Kuala Lumpur. +603-40234641 E-mel: hai@educatticmind.com Web: www.educatticmind.com Facebook: http://facebook.com/EducatticMind Hakcipta © Zahiruddin Zabidi 2011 Edisi Pertama 2011 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Educattic Mind Resources. Editor: Mohd Zulfadli (smartzul@flarebiz.com), Cik Mal (cikmal@flarebiz.com) Grafik: Nurulhayati (Minisitelicious) Muka Taip Teks: Arial Saiz Taip Teks: 11/20 Diterbit dan diedarkan oleh: Educattic Mind Resources Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 3
  • 4.
    Dedikasi kepada: Allah, Tuhanku. Nabi Muhammad, nabiku. Umi dan Abi, kedua orang tuaku. Umi Mawar dan Wardah Humairah, isteri dan anak gadisku. Emak dan Ayah, kedua mertuaku. Adik-adik kandung dan iparku. Seluruh ahli keluargaku. Seluruh muslimin dan muslimat pencinta kebenaran. Khususnya para pembaca yang bijaksana. Tanpa kalian semua, Zahiruddin Zabidi bukanlah apa-apa dan siapa-siapa sampai bila-bila. Terima kasih atas segala-segalanya. Allahumma jam'ana haza jam'an marhuma watafarruqa mim ba'dihi tafarruqan ma'suma, rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanatan wakin 'azabannar. Amin ya Rabbal alamin. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 4
  • 5.
    Isi Kandungan KATA PENGANTAR BAB1 PENGENALAN DAN PEMILIHAN • Pengenalan 12 • Tema 14 • Latar 14 • Watak 15 • Perwatakan 15 • Plot 16 • Sudut pandang 17 Kenali Jenis-Jenis Novel 18 • Novel Popular 18 • Novel Remaja 19 • Novel Sejarah 19 • Novel Islam 19 • Novel Politik 20 • Novel Sains Fiksyen/Fantasi 21 • Novel @ Buku cerita kanak-kanak 21 Bagaimana Saya Bermula? 22 Mengorak Langkah 27 Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 5
  • 6.
    Mengapa Saya MenulisNovel 28 • Buya Hamka 28 • Puan Ainon Mohd dan PTS 31 • 10 Penulis Terkaya Dunia 33 Memahami Diri Sendiri 34 • Analisis SWOT 37 Memahami Syarikat Penerbitan 40 Memahami Keperluan Pembaca 43 Tetapkan Pilihan 46 BAB 2 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Perkongsian pengalaman penulis 49 Pemetaan karya 51 Contoh pemetaan karya 54 Bermula 64 Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 6
  • 7.
    30 hari pastisiap 66 KJ Method 69 • Proses novel Rabiatul Adawiyah 69 • Proses Nian Hati Salsabila 71 BAB 3 TIP-TIP PENTING Kita Pasti Boleh 74 RUJUKAN Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 7
  • 8.
    Pengantar Assalamualaikum warahmatullah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda serta tabiin dan tabi tabiin selepas zaman Baginda. Alhamdulillah, ini adalah naskhah ebook pertama dan saya mengambil keputusan bagi menerbitkannya bersama Educattic Mind selepas beberapa perkiraan. Educattic Mind saya gambarkan sebagai PTS di alam maya dari sudut falsafah dan prinsip dan saya yakin mereka akan menjadi gergasi dunia penerbitan ebook sebagaimana PTS menjadi gergasi penerbitan buku fizikal dalam masa 10 tahun sahaja. Terima kasih kepada Tuan Mohd Zulfadli dan Cik Mal selaku editor dan pengasas kepada penerbitan digital dunia baru ini. Sementelah mereka juga adalah rakan seguru saya yang sama-sama mengambil manfaat daripada puan guru kami iaitu Puan Ainon Mohd, pengerusi kumpulan syarikat PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang guru sekaligus mentor kepada saya dalam dunia penulis, mereka adalah Puan Ainon Mohd sendiri dan Dr Haji Faisal Tehrani. Jujurnya kebanyakan isi dalam buku ini adalah tumpahan perkongsian ilmu daripada dua tokoh yang hebat ini. Saya sekadar memasukkan garapan pengalaman sebagai penulis kemudiannya. Ebook ini adalah rakaman pengalaman saya sebagai seorang murid, penulis dan editor. Walaupun hanya berumur kurang dua tahun dalam dunia penulisan, saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh para penulis dan tokoh hebat, ini menyebabkan sedikit sebanyak saya juga menerima tempias mereka. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 8
  • 9.
    Benarlah sebagaimana yangdipesan oleh Rasulullah melalui tamsilan berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Dan dunia penulisan fizikal mahupun digital punya kelebihannya masing-masing. Ini adalah percubaan pertama saya dan perkongsian ini diharap dapat memberi serta mencetuskan rasa mahu yang membara kepada khalayak pembaca agar dapat menjadi seorang novelis yang membawa kalimah tauhid dan kalimah haq. Yang pastinya dunia dakwah penulisan kreatif ini amat luas dan besar pengaruhnya kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, saya sedang membangunkan modul bagi bengkel penulisan kreatif khususnya novel sambil direntaskan dengan kaedah dakwah. Harapan saya, di sana akan lahir lebih ramai Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi, Syed Qutb, Syeikh Najib Khailani. Begitu juga menjadi pelapis kepada sasterawan agama Nusantara seperti Hamka, Tok Kenali, Syeikh Daud al-Fathani, Jalaluddin ar-Rumi, Nuruddin ar-Raniri, Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Penulis senior pada hari ini juga sudah perlu ada pelapisnya, antara yang menonjol sifat agama dalam karya mereka adalah Cikgu Abu Hasan Morad dan Pak Nora. Kemudian pada generasi baru kita ada Dr Haji Faisal Tehrani, Ustaz Zaid Akhtar, Ustaz Azman al-Kurauwi, Ustaz A. Ubaidillah Alias, Ustaz Kyusri Amyza, Puan Nisah Haron, Cikpuan Salina Ibrahim dan ramai lagi. Harapan saya, ebook ini menjadi pencetus kepada semangat penulis muda bagi terus giat menulis agar nanti korpus penulisan kreatif tanah air tidak lelap dan gersang daripada karya-karya yang tinggi mutu dan nilai perbahasan agama sekali gus menjadi panduan dan ikutan penulis- penulis yang akan datang. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 9
  • 10.
    Sekian, terima kasih.Selamat membaca dan menulis. Yang benar, ZAHIRUDDIN ZABIDI www.kalamkhalifah.com zahiruddin_zabidi@yahoo.com.my 013-9698869 Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 10
  • 11.
    BAB 1 PENGENALAN DAN PEMILIHAN Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 11
  • 12.
    Kamus Dewan edisi-4mentakrifkan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Dalam dapatan wikipedia edisi bahasa Melayu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Novel), novel ditakrifkan sebagai cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis. Novel diterjemahkan sebagai cerita panjang atau 'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang mudah dikenali. Plotnya berdasarkan permulaan, konflik dan peleraian. Novel biasanya mengisahkan seseorang watak dan watak sampingan dalam bentuk yang panjang. Tebal dan panjang novel ini amat diambil kira. Cerita pendek akan dipanggil 'cerpen'. Dalam wikipedia edisi bahasa Indonesia pula yang beralamat di http://id.wikipedia.org/wiki/Novel, novel adalah sebuah karya fiksi prosa yang tertulis dan naratif; biasanya dalam bentuk cerita. Penulis novel disebut novelis. Kata novel berasal daripada bahasa Italia novella yang berarti "sebuah kisah, sepotong berita". Novel lebih panjang (setidaknya 40,000 patah kata) dan lebih kompleks daripada cerpen, dan tidak dibatasi keterbatasan struktural dan metrikal sandiwara atau sajak. Umumnya sebuah novel bercerita tentang tokoh-tokoh dan kelakuan mereka dalam kehidupan sehari-hari, dengan menitik beratkan pada sisi-sisi yang aneh dari naratif tersebut. Novel dalam bahasa Indonesia dibedakan daripada roman. Sebuah roman alur ceritanya lebih kompleks dan jumlah pemeran atau tokoh cerita juga lebih banyak. Merujuk kepada definisi di atas kita boleh faham bahawa novel adalah sebuah cerita dikarang panjang. Ramai penulis bermula dengan menulis cerpen sebelum menulis novel, dalam masa sama ramai juga penulis cerpen tidak pernah dapat menyelesaikan novel pertama mereka. Menjadi kebiasaan penulis novel tidak menghadapi masalah besar apabila mahu menulis sebuah cerpen. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 12
  • 13.
    Dalam konteks Malaysia,cerita pendek yang menjadi skema kepada penulisan adalah sebanyak tujuh hingga sepuluh muka surat dengan langkau dua baris. Manakala bagi sebuah novel kebiasaan adalah 200 muka surat dan ke atas mengikut jenis, keadaan dan kehendak penerbit. Teori dan praktis penulisan novel dan cerpen sama sahaja. Yang membezakan adalah panjang dan pendek jumlah patah perkataan sekaligus helaian kertas yang digunakan. Jadi, bagi seseorang individu yang mahu menjadi penulis yang prolifik, mereka wajar menguasai kedua-dua jenis genre penulisan ini. Secara asasnya sebuah novel perlu mempunyai beberapa elemen dan bentuk yang seakan sudah ditetapkan sekalipun ia sebenarnya adalah teori janaan daripada barat berdasarkan sebuah buku yang dikarang oleh ahli falsafah terkenal iaitu Aristotle. Pengkajian terhadap naskhah tulisan Aristotle itu kemudiannya menelurkan teori Puitika Aristotle yang menjadi indikator dan bahan ukur sesebuah karya. Mengenai bentuk, Islam tidak mempunyai masalah selagi mana ia tidak melangkaui batas syarak dan akidah. Namun berkenaan dengan asas, isi cerita dan matlamat penulisan, ia secara keras perlu tidak boleh membatasi al-Quran dan hadis. Kebiasaan dalam sebuah novel perlu ada: Tema Latar Watak Perwatakan Plot Sudut pandang Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 13
  • 14.
    Tema Tema adalah asasataupun tujuan cerita. Banyak tema boleh diambil, sebagaimana tema cinta sentiasa menjadi nombor satu sebagai pilihan penulis. Selain daripada tema cinta Uda dan Dara ataupun Romeo dan Juliet, tema- tema suci seperti tema kasih sayang kekeluargaan, hubungan anak dan ayah, adik- beradik, kasih sayang antara suami dan isteri adalah lebih menarik dan dekat dengan pembaca. Sebagaimana contoh novel fenomena Lasykar Pelangi karangan Andrea Hirata yang membawakan tema kesungguhan, ketekalan dan perjuangan dalam pendidikan begitu memberi kesan kepada bukan sahaja rakyat dan kerajaan Indonesia, malah dunia juga mengiktiraf ia sebagai karya hebat. Sebagai permulaan pilih tema yang biasa dan dekat dengan kita. Tema cinta pun tidak mengapa namun biarlah cinta diredhai Allah dan bukan cinta nafsu di hati semata. Tema kasih sayang dan kekeluargaan serta persahabatan juga amat disyorkan. Latar Bagi menghidupkan suasana dalam cerita dan mampu menarik para pembaca seolah-olah berada bersama dalam karya tersebut maka latarnya ditulis dan digambarkan dengan begitu rinci. Inilah yang dipegang oleh penulis yang beraliran realisme. Namun di sana, ada satu pendapat di mana latar tidak perlu digambar dengan begitu teliti kerana ia memberatkan dan melelahkan pembacaan dan penulisan namun tidak memberikan sebarang makna kepada pembaca. Latar wajar diceritakan dengan sederhana dan selebihnya kita serahkan kepada pembaca bagi mengimaginasikan sendiri latar tersebut berdasarkan Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 14
  • 15.
    beberapa gambaran-gambaran ringkasyang diberikan oleh penulis. Cara ini akan memudahkan penulis dan meringankan pembaca. Watak Watak adalah karakter penting dalam sesebuah cerita kerana mereka adalah paksi kepada cerita. Makanya dari awal sebelum proses penulisan bermula, watak-watak yang bakal berada dalam novel tersebut wajar terlebih dahulu dibayangkan dan ditetapkan peranannya. Sama ada mereka itu antagonis ataupun protagonis. Menjadi amalan penulis mapan menulis pada catatan khusus mengenai watak dan perwatakan. Kemudian mereka merujuk kepada catatan tersebut agar tidak berlaku sebarang percanggahan dalam penceritaan. SN Arenawati dikatakan antara sasterawan yang paling tekal dalam menulis. Apabila semua bahan sudah dikumpul beliau akan berkurung di satu tempat dan akan menulis tanpa henti kecuali perlu. Pada dinding tempat beliau menulis, akan ditampal penuh dengan kertas nota termasuk mengenai watak dan perwatakan dalam novel tulisan beliau. Dr Haji Faisal Tehrani juga melakukan perkara yang sama semasa menulis novel Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu. Kedua novel itu disiapkan dalam masa sebulan sahaja dengan mengurung diri dalam apartmentnya. Perwatakan Perwatakan merujuk kepada segala hal berkaitan watak seperti rupa paras, bentuk fizikal tubuh badan, warna kulit termasuk juga sifat dan sikap watak. Malas, rajin, tabah, penyabar, penyantun dan sebagainya. Pendek kata kelebihan dan kekurangan watak yang membezakan dirinya dengan watak lain. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 15
  • 16.
    Ia wajar direkodkanagar penulis tidak tertukar watak lantas menyebabkan percanggahan dalam cerita yang bakal dikarang. Oleh itu, ia wajar ditulis secara khusus dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Plot Sebab dan akibat perlu ada kelogikan iaitu sesuatu peristiwa yang berlaku punya sebab musabab jelas dan bukan tiba-tiba berlaku, menyebabkan pembaca tertanya-tanya apakah sebab kejadian yang berlaku tersebut. Plot juga boleh dikaitkan dengan dua elemen di bawah: Konflik Bagi menghidupkan suasana dalam cerita, konflik-konflik akan dicipta bagi menimbulkan persoalan, mengapa dan kenapa, sebab dan akibat. Konflik biasanya adalah ujian-ujian atau peristiwa yang menyebabkan dan melibatkan watak-watak dalam cerita, seorang pengarang yang pandai bermain dengan konflik akan berjaya menyebabkan pembaca berasa tidak bosan dan sentiasa berasa ingin tahu apa yang berlaku selepas berlaku sesuatu konflik. Dalam sesebuah novel tidak semestinya hanya perlu ada sebuah konflik, ia mungkin terjadi banyak konflik dalam sesebuah cerita. Novel Ranjau Sepanjang Jalan karangan Sasterawa Negara (SN) Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah mengenai sekeluarga petani yang tinggal di kampung Banggol Derdak, mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan namun gembira sehinggalah Lahuma, watak utama dalam novel tersebut tersepak buluh yang tertinggal dalam sawah sehingga kakinya ditusuk sembilu yang menyebabkan kakinya membengkak sehinggalah dia mati membusung. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 16
  • 17.
    Konflik tersebut mengakibatkanLahuma akhirnya meninggal dunia. Ini menimbulkan konflik seterusnya iaitu isteri kepada Lahuma dan ibu kepada anak- anak itu menjadi gila dek kerana kematian Lahuma. Peleraian Peleraian adalah pengakhiran cerita yang menentukan bahawa mesej yang mahu dibawa itu sampai atau tidak. Ia boleh menjadi pengakhiran yang gembira, juga boleh jadi pengakhiran yang sedih. Kadang-kadang ia dibiarkan tergantung dan terserah kepada penonton membuat kesimpulan sendiri. Sudut pandang Ada tiga jenis sudut pandang dalam penghasilan novel iaitu: • Sudut pandang pertama : Aku, saya, kita, kami, ambo, kawe.... • Sudut pandang kedua : Dikau, awak, kamu, dia.... • Sudut pandang ketiga : Penama (watak dalam karya).... Nota: Kesemua elemen dalam di atas akan dibincangkan dalam bab Pemetaan Karya. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 17
  • 18.
    Kenali jenis-jenis novel Sebelummemulakan sesuatu penulisan novel, kita terlebih dahulu perlu tahu dan jelas apa yang mahu kita tulis. Benarlah kita mahu menulis novel, akan tetapi novel juga mempunyai jenis-jenisnya yang tertentu sebagaimana yang dikelaskan oleh para cendekiawan dan sarjana sastera. • Novel popular • Novel remaja • Novel sejarah • Novel Islam • Novel satira • Novel fantasi dan sains fiksyen • Novel kembara/ travelog Ini adalah senarai kasar jenis-jenis novel yang dinyatakan oleh para sarjana sastera di Malaysia. Kita akan melihat secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan novel-novel ini. Pengkelasan atau pelabelan ini dibuat bagi memudahkan para sarjana dan pengkritik sastera menjalankan tanggungjawab mereka. Novel popular Ada juga yang memanggil kelompok novel ini sebagai novel picisan. Pada pandangan penulis, jika kena dengan caranya ia tidak menjadi picisan. Picisan pada pandangan penulis adalah apabila isi kandungan penceritaan mereka tidak patuh syariat dan banyak babak-babak mungkar. Antara ciri sebuah novel picisan adalah: • Moral mudah. • Dipenuhi pandangan peribadi yang disangka sebagai falsafah. • Disuntik dengan sedikit elemen psikologi. • Trivia – pembebasan realiti dan bersifat khayalan. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 18
  • 19.
    • Aspek struktural. • Bertujuan memenuhi kehendak persekitaran. • Kreativiti tersekat. • Menganggap pembaca adalah pembeli semata-mata. • Acuan yang sama/ klise. • Terpisah daripada akar agama, budaya dan bangsa. • Bersifat kontemporari/ hiburan semata-mata. Novel Remaja Terbahagi kepada dua kategori: 1. Remaja awal, bermula daripada usia 13 tahun hingga 17 tahun. 2. Remaja akhir, 17 hingga 25 tahun. Novel Sejarah 1. Menulis kembali dengan menukar watak, peristiwa dan jalan cerita. Menggunakan kaedah interteks. 2. Menulis semula berdasarkan butiran sejarah asli. 3. Kaedah berinteraksi dengan tokoh, temu bual, rakaman dan sebagainya. Novel Islam Definisi bagi novel Islam ini amat luas dan banyak pula (Mohon rujuk Shahnon Ahmad - Teori Sastera Islam, Affandi Hasaan - Gagasan Persuratan Baru, Dr Shafie Abu Bakar - Teori Takmilah). Namun secara ringkasnya novel Islam adalah sebuah Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 19
  • 20.
    novel sarat ilmu-ilmuIslam seperti akidah, fikah dan sebagainya sebagai tema, jalan cerita dan membina watak-watak yang menjadi qudwah (contoh tauladan). Begitu juga tiada plot-plot babak mungkar diceritakan dengan terperinci dan tiada perkataan-perkataan lucah sekalipun mahu menggambarkan realisme sesuatu peristiwa. Antara novel yang kuat bercirikan perbincangan dan latar agama adalah novel Imam karangan SN Datuk Abdullah Hussein. Tidak semestinya sebuah novel yang dikatakan novel Islam itu perlu mempunyai watak ustaz, ustazah, latar Mesir, Madinah, Jordan dan sebagainya. Itu adalah kosmetik bagi mengindahkan novel Islam tersebut. Selagi mana sesebuah karya itu tidak melangkaui batas ketetapan akidah dan syariat, insya-Allah ia diterima sebagai novel Islam walaupun hanya memaparkan cerita biasa dengan tema biasa serta jalan cerita biasa. Novel Politik Pemerhatian penulis mendapati apabila seseorang penulis menulis sebuah novel politik mereka akan menulis novel satira mengenai politik tersebut. Novel satira politik terbahagi kepada dua jenis iaitu: • Satira Juvenalia - kasar • Satira Horatia - sedikit lembut (Nota: Novel “Shit” tulisan SN Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad adalah daripada jenis Satira Juvenalia dan ia merupakan novel paling laris dalam sejarah dengan cetakan sebanyak 3 juta naskhah; tidak termasuk yang dicetak rompak). Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 20
  • 21.
    Novel Sains Fiksyen/ Fantasi Novel yang menggarapkan ceritera berkaitan logik dan teori sains, kadang-kadang bersifat futuristik. Novel sebegini akan bertambah hebat apabila digabungkan dengan elemen fantasi seperti “Star Wars” dan seumpanya. Di Malaysia novel jenis ini masih kurang mendapat tempat di kalangan pembaca khususnya remaja. Kebanyakan remaja lebih selesa dengan membaca komik atau nomik. Novel @ Buku cerita kanak-kanak Buku ringkas, penuh ilustrasi berwarna-warni dengan tema mudah serta menjadikan pengajaran baik sebagai tujuan penulisannya. Pasarannya luas namun tidak diberi perhatian oleh para penulis dan penerbit. Dewan Bahasa Pustaka (DBP) juga mengatup bahagian sastera kanak-kanak dan remaja suatu masa dahulu. Akhir-akhir ini para penerbit seperti PTS, Galeri Ilmu, Mustread dan Alaf 21 galak dan berlumba-lumba menerbitkan kembali buku cerita atau novel kanak-kanak ini. Ini membawa maksud peluang penulis-penulis di luar sana bagi menulis karya kanak-kanak semakin luas. Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 21
  • 22.
    Dapatkan versi penuhebook ini. Klik>> http://www.educatticmind.com/ebook-novel Bagaimana Menulis Sebuah Novel Dalam Masa 30 Hari 22