SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
How To Use You Subconscious Mind 
One’s Permata Training Centre Satu keajaiban dalam diri manusia ialah wujud kuasa luar biasa yang merupakan nadi kehidupan manusia. Kuasa tersebut merupakan hadiah istimewa tuhan kepada manusia. Kuasa tersebut adalah kuasa minda bawah sedar anda sendiri. Sekarang, didedahkan kepada anda bagaimana cara mengunakannya bagi mencapai impian anda.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 1 
Sesungguhnya Allah tidak mengubah 
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri 
(surah Al Ra’d: ayat 11) 
MAN'S ESTATE. 
" What a piece of work is a man I how noble 
in reason! how infinite in faculty! in 
form and moving how express and admirable! 
in action how like an angel! 
in apprehension how like a god !--the 
beauty of the world! the paragon of 
animals !" SHAKESPEARE. 
The law of life is the law of belief
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 2 
Penghargaan 
Pertama sekali syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan buku ini. Tidak lupa kepada ibu bapa dan adik beradik yang saya cintai dan kasihi. Kepada mentor minda bawah sedar saya hormati, terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi pengetahuan berguna selama ini.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 3 
Kenapa Saya Tulis Buku Ini? 
Apa yang menjadi motivasi saya menulis buku ini ialah kerana ia berkaitan dengan hidup kita di masa lalu, masa sekarang, dan masa akan datang. Saya ingin berkongsi apa yang saya pernah alami, dan hasil pembacaan pelbagai sumber dan penelitian dari pelbagai persoalan yang kita hadapi setiap hari. Dalam buku ini saya cuba untuk mengupas dengan bahasa mudah agar anda dapat memahami dengan lebih jelas tentang minda bawah sedar. Saya percaya ada bahasa mudah bagi menerangkannya.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 4 
Rahsiah Minda Anda Yang Tersembunyi 
Persoalan yang timbul, mengapa dalam dunia ini adanya sedikit orang yang memiliki sebahagian besar kekayaan di dunia tanpa perlu bekerja keras berbanding orang lain yang terus bekerja keras hanya untuk meneruskan kehidupan? 
Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah orang seolah-olah memiliki kuasa ajaib menarik dan mencapai impian mereka dengan mudah, sementara yang lain masih berusaha keras dan namun akhirnya gagal? 
Sekadar gambar hiasan 
Persoalannya lagi, pengetahuan ajaib dan misteri apa yang mereka tahu? Seolah-olah mereka ada pengetahuan yang tersembunyi dari pengetahuan kita. 
Mereka bukanlah lebih bijak daripada yang lain. Tentu saja, dalam dunia ini ada orang yang pintar dan berjaya, tetapi ada juga orang yang pintar tetapi tidak berjaya. Buktinya banyak graduan universiti menganggur. 
Sebenarnya dalam hidup, anda tidak semestinya perlu menjadi yang berbakat luar biasa atau cerdas untuk berjaya. Buktinya banyak di sekeliling anda. Pernahkah anda membaca buku “jutawan senyap” karya Dato’ Rusli yang
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 5 
memaparkan kisah-kisah orang yang kurang pintar tetapi berjaya menjadi jutawan? Itu salah satu contohnya. 
Jadi, What’s the missing secret disebalik mendapatkan kehidupan yang anda impikan? 
Sesetengah orang mungkin akan mengatakan “nasib keberuntungan” ada hubungannya dengan itu. Saya juga pasti anda pernah mendengar orang berkata "Dia berada di tempat yang betul pada masa yang sesuai" atau "dia hanya beruntung". 
Sebenarnya, tidak ada yang namanya keberuntungan. Keberuntungan sebenarnya adalah menerima sesuatu kebaikan dalam hidup anda yang anda tidak mempunyai penjelasan baginya. 
The truth is that everything that you have in your life is because of your subconscious mind. 
Minda bawah sedar ini merupakan satu bagian yang paling kuat malah yang paling berperanan penting dalam DIRI manusia. 
Mari kita lihat satu contoh ini. 
Apakah anda pernah pergi ke tempat tidur pada waktu malam kemudian ingin bangun pada waktu tertentu? Mungkin anda harus bangun untuk temuduga pekerjaan penting atau menjalankan sesuatu perkara yang sangat-sangat mustahak bagi anda? 
Walaupun masa yang anda ingin bangun adalah sama sekali berbeza dari waktu yang biasa bagi anda, tetapi ketika itu anda dapat pula bangun seperti yang anda inginkan. Jika anda memegang niat anda dengan benar-benar, kebiasaannya anda akan terbangun tepat pada masa. 
Kenapa ini boleh terjadi? 
Ia merupakan satu cara kerja ataupun operasi minda bawah sedar anda. Unik bukan. 
Fikiran bawah sadar anda tahu segala-galanya termasuk masa yang anda mahu untuk bangun. 
Anda mungkin bertanya, "Baiklah, jika fikiran bawah sedar saya mengetahui segala-galanya mengapa saya tidak tahu mengenainya?
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 6 
That’s good question 
Anda boleh imaginasikan minda bawah sedar anda sebenarnya seperti kabinet pemfailan yang tidak berkesudahan. 
Seperti mana-mana kabinet pemfailan, agar anda boleh mendapatkan fail yang anda mahu, anda perlu sedar dan langsung menuju lokasi fail itu berada dan kemudian anda boleh menariknya keluar. 
Ia adalah proses yang sama apabila anda ingin mengakses minda bawah sedar anda. 
Jika anda ingin bangun pada 6 pagi dan bukannya 10 pagi untuk mesyuarat perniagaan yang penting, anda secara sedar memberi diri anda satu sugesti atau arahan yang kuat untuk bangun pada waktu itu. Sugesti ini berbicara secara langsung kepada minda bawah sedar anda. Akibatnya, anda bangun pada masa yang tepat. 
Ianya kedengaran agak hebat bukan? Fikirkan pula tentang hal ini ... 
Apabila anda melakukan perjalanan jauh, zon masa anda berubah. Bayangkan anda pergi tidur dan beritahu diri anda yang anda mahu untuk bangun pada pukul 5 pagi pada keesokan harinya tetapi kali ini anda berada dalam kapal terbang, dan anda hendak terbang di seluruh dunia ketika anda sedang tidur. 
Sekarang, anda tidur di Waktu Timur dan anda hendak pergi Waktu tengah, yang merupakan satu jam di belakang. 
Yang menakjubkan adalah anda masih terbangun jam 5 pagi di zon masa yang baru. Uniknya minda bawah sedar anda secara automatik mengatur untuk anda berada dalam zon masa baru. Begitulah cara yang mengagumkan minda bawah sedar anda. 
Hal ini menggambarkan bahawa alam bawah sedar adalah sangat kompleks dan begitu mengetahui. 
Hal ini sebenarnya sebahagian kuasa ilahi dalam diri anda tetapi ia adalah di bawah kawalan anda. Ia tidak membantah, tidak menilai, ia hanya menerima arahan minda sedar anda.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 7 
Anda boleh membandingkannya dengan cerita lama Jin sihir dalam botol. Kebanyakan orang ingat jin tersebut hanya memberikan tiga permintaan. Tetapi kebanyakan orang tidak tahu adalah dalam cerita asal Jin tersebut, ada jumlah yang tidak terbatas dari keinginan. Jin hanya berkata "keinginan Anda adalah perintahku". 
Jin tersebut ialah minda bawah sedar anda sendiri. 
Minda bawah sedar anda tidak membantah atau menghakimi apa yang diberikan kepadanya, tetapi sangat sensitif terhadap sugesti/saranan ataupun program yang anda berikan padanya. Jika anda memberikan saranan seperti takut, bimbang, ragu-ragu, kesedihan, atau kemiskinan maka minda bawah sedar membuat pengaturcaraan untuk membawa anda lebih banyak dari itu. 
Sesetengah orang percaya bahawa apa yang berlaku dalam hidup mereka adalah secara rawak - ini adalah tidak benar. 
Alam semesta ini seluruh beroperasi pada ketepatan mutlak. Ini bukan bermakna bahawa anda dan saya akan memahami semua butir-butir bagaimana ia berfungsi, tetapi ia bermakna ada ketepatan di sebalik segala sesuatu yang ada dan berlaku. 
Kesilapan ramai orang lakukan adalah menyerahkan kendali hidup mereka untuk beberapa orang luar (skim cepat kaya) atau benda. 
Terlalu banyak juga orang yang menyalahkan sesuatu di luar diri mereka untuk masalah mereka. Mereka menyalahkan syaitan atau Tuhan, undang-undang negara mereka, pasangan mereka, saudara perempuan mereka, saudara- saudara mereka yang lain, bos mereka ... daftar tersebut bertambah terus dan terus. 
Yang benar adalah bahawa jika ada sesuatu dalam hidup anda sekarang yang anda tidak suka, anda bertanggungjawab untuk itu. 
Is that hard for you to hear? 
Ini tidak bermakna bahawa anda duduk di sana dan berharap sesuatu itu berlaku secara tiba-tiba. Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa sebenarnya kita telah menciptakan syarat-syarat tertentu dalam hidup kita. Ianya dinamakan program minda. Program ini yang kita cipta dalam minda bawah sedar kita dan program ini jugalah yang akhirnya mengawal hidup anda.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 8 
Ini kerana bawah sedar kita yang bertanggungjawab. 
Setelah membaca tulisan ini, anda mungkin rasa takut sedikit kepada minda bawah sedar anda. Dan mungkin juga bagi anda, pernyataan ini sukar dipercayai bukan? Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. 
Tidak mengapa kalau itu yang anda fikirkan ... Teruskan membaca untuk saat ini dengan hati yang terbuka dan anda akan berasa lebih baik apabila anda memahaminya sedikit lagi. Anda akan melihat bahawa minda bawah sedar anda (dan seluruh hidup anda) sebenarnya sepenuhnya di bawah kawalan anda kecuali apa yang telah menjadi ketentuan tuhan seperti ajal. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, itu adalah urusan tuhan. Apa yang menjadi masalahnya tuhan tidak akan ubah diri kita sebelum kita mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu. Benar bukan? 
Perlu kita tahu ada sebahagian kuasa ilahi dalam setiap daripada kita yang jauh lebih kuat daripada apa yang kita sedari. Itu adalah kuasa minda bawah sedar kita sendiri. Kuasa tersebut sangat kuat, bahkan saintis mengatakan kekuatannya seperti bom atom, malah ada yang mengatakan boleh menghidupkan elektrik satu bandar. 
Saya ingin tanya kepada anda, apa sebab tuhan ciptakan kuasa minda bawah sedar tersebut? Adakah untuk disimpan? Adakah untuk menggerakkan jantung, organ dan sel tubuh anda sahaja? Sudah tentu tidak bukan. Ianya untuk kepentingan anda dan juga orang sekeliling anda, bahkan dunia dan akhirat anda.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 9 
Minda Bawah Sedar Anda Dan Tubuh Anda 
Jom kita bercakap pula tentang fizikal sebagai sebahagian daripada diri kita sendiri. Tubuh kita bergerak dalam realiti melalui lima deria fizikal. Itu adalah rasa, sentuhan, bau, mendengar, dan melihat 
Otak kita mengawal semua deria ini dan menapis isyarat mengikut sistem kepercayaan kita. Ini dipanggil minda objektif. 
Fikiran subjektif, di sisi lain, adalah entiti khas yang unik. Ia merangkumi seluruh tubuh anda, dan tidak bertentangan dengan apa jua cara, ia mempunyai kawalan mutlak dan sempurna atas semua fungsi dalaman anda seperti denyutan jantung, peredaran darah, sensasi, dan lain-lain. 
Walaupun minda objektif anda mengawal semua fungsi terkawal di tubuh anda, minda subjektif anda mengawal semua fungsi luar kawal. 
Fungsi luar kawal adalah perkara-perkara yang anda tidak dapat mengawal, tetapi anda masih lakukan, secara tidak sedar. 
Anda tidak duduk di mana-mana dan kemudian mengatakan "Saya membuat rambut saya tumbuh sekarang". Dan anda tidak akan berkata "Saya akan mengeluarkan air mata untuk mata saya" kan? Tetapi, anda bertanggungjawab untuk pengeluaran air mata ( ketika sedih), pertumbuhan rambut dan banyak lagi. 
Jadi sekarang anda telah mula memahami sedikit lebih jelas apabila saya memberitahu anda bahawa anda dan saya bertanggungjawab untuk segala- galanya dalam hidup kita, pada peringkat bawah sedar. 
Minda bawah sedar berbeza daripada badan fizikal kita atau minda sedar kita. Ia tidak menggunakan deria fizikal, tetapi sebaliknya bergerak dan melakukan sesuatu pada tahap yang intuitif. 
Ia juga mempunyai kuasa untuk berkomunikasi secara langsung dengan minda orang lain. Kita selalunya mengatakannya telepati. 
Sebenarnya tidak ada batas untuk apa yang ia boleh lakukan. 
Doktor dan pakar psikologi tahu bahawa kesihatan badan sangat dipengaruhi oleh bagaimana kita berfikir dan merasa. Terdapat kes-kes yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia dari orang-orang yang telah mampu untuk
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 10 
menyembuhkan diri mereka dari penyakit-penyakit utama seperti kanser melalui penguasaan emosi, minda, visualisasi dan kekuatan bawah sedar. 
Ini bukan bermaksud mengatakan bahawa anda tidak perlu lagi mendapatkan rawatan perubatan profesional jika anda sakit. Tidak sama sekali. 
Tetapi ianya seperti anda sedang mencari bantuan perubatan bagi penyakit fizikal anda, anda juga boleh mula meneroka perubatan lain bukan. Anda boleh meneroka kemungkinan yang boleh menyembuhkan anda. 
Minda bawah sedar anda membantu membawa keharmonian kepada badan anda, dan memulihkan kenyamanan, kesegaran dan kasih sayang yang wujud dalam diri anda. 
Satu fakta yang kita ketahui bahawa jika anda berada dalam keadaan tertawa, kasih sayang dan kegembiraan, adalah mustahil untuk merasakan sakit. 
Saya ingin menceritakan sebuah cerita menarik yang boleh menjelaskan hal tersebut, pesakit ini telah menjalani pembedahan beberapa tahun yang lalu. Rasa sakit itu ringan dan sedang sahaja. Dia membuat keputusan untuk tidak mengambil apa-apa pun ubat penahan sakit untuk melihat jika dia boleh membantu dirinya hanya dengan menggunakan semangatnya sahaja. Pesakit itu berfikir, jika rasa sakitnya menjadi terlalu buruk, dia akan selalu berjumpa jururawat untuk mendapatkan suntikan penghilang rasa sakit. 
Pesakit tersebut pun membuka salah satu buku kegemarannya dan mula membaca. Dia menjadi asyik dalam pembacaan dan tanpa dia sedari beberapa jam telah berlalu. Pesakit tersebut tidak merasa apa-apa kesakitan kerana dia sudah lupa semua tentang kesakitan yang dialaminya. Ini membuktikan bahawa apa yang dia rasakan di dalam dapat mempengaruhi bagaimana perasaannya di luar. 
Kebanyakan doktor akan memberitahu anda bahawa jika anda berfikir berterusan kepada mana-mana bahagian badan anda , anda akan hantar bekalan darah lebih ke arah bahagian tersebut. 
Hal ini menggambarkan bahawa pemikiran benar-benar dapat mempengaruhi tubuh anda.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 11 
Satu lagi contoh yang saya akan berikan ini boleh menjelaskan betapa pemikiran kita ataupun keyakinan maupun kepercayaan dalam diri kita mempengaruhi tubuh kita. 
Cerita ini berkaitan dengan seorang pesakit yang bernama En. Wright. Seperti yang dilaporkan oleh Bruno Klopfer dalam Journal of Projective Techniques pada tahun 1957, Dr. West merawat Mr Wright, yang mempunyai kanser yang dipanggil lymphosarcoma. Semua rawatan yang dibuat kepada Mr Wright gagal, dan tiada satu petunjuk pun yang menunjukkan Mr Wright akan sembuh. Leher Encik Wright, dada, perut, ketiak dan pangkal paha dipenuhi dengan tumor bersaiz oren, limpa dan hati beliau telah membesar, dan kanser beliau telah menyebabkan dadanya terisi dua liter cecair setiap hari yang perlu dikeringkan baginya untuk bernafas. Dr. West tidak menjangka beliau dapat bertahan seminggu. 
Walaupun demikian Encik Wright sangat inginkan untuk terus hidup, dan beliau menggantungkan harapannya kepada ubat baharu yang menjanjikan kesembuhan yang disebut Krebiozen. Dia memohon doktor untuk merawat dia dengan ubat baharu, tetapi ubat itu hanya ditawarkan dalam ujian klinikal kepada orang-orang yang dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk hidup. Encik Wright terlalu sakit untuk memenuhi syarat. 
Tetapi Encik Wright tidak berputus asa. Encik wright percaya dadah itu akan menjadi obat ajaib baginya. Beliau sering mengganggu Dr west dengan permintaannya sehingga Dr. West akirnya mengalah dan menyuntiknya dengan Krebiozen pada hari Jumaat. 
Apa yang berlaku selepas itu ialah Isnin berikutnya, Dr. West terkejut menemukan pesakitnya itu berjalan sekitar dari tempat tidur. Tumor Encik Wright telah mencair seperti bola salji di atas permukaan yang panas dan telah menjadi setengah saiz asalnya. Sepuluh hari selepas dos pertama Krebiozen, Encik Wright meninggalkan rumah sakit, rupanya beliau telah bebas dari kanser. 
Encik Wright begitu gembira dengan kesihatannya itu sambil memuji Krebiozen sebagai dadah yang mempunyai keajaiban. Selang dua bulan jurnal saintifik melaporkan bahawa Krebiozen nampaknya tidak berkesan. Encik Wright, yang percaya apa yang dia baca dalam kajian tersebut, jatuh ke dalam kemurungan yang mendalam, dan kanser beliau datang kembali.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 12 
Kali ini, Dr. West benar-benar ingin membantu menyelamatkan pesakitnya, memutuskan menggunakan teknik licik. Dr. West berkata kepada Encik Wright bahawa sebahagian daripada persediaan awal dari dadah yang telah diambilnya sebelum itu telah memburuk semasa penghantaran, membuatnya kurang berkesan. Dr. West berkata lagi dia telah mencetak batch baru yang sangat pekat, Krebiozen ultra-murni, yang dia boleh berikan kepadanya. (Sudah tentu, ini adalah satu pembohongan yang berani ). 
Dr. West kemudian tidak menyuntikkan apa-apa ubat kepada Encik Wright melainkan dengan air suling sahaja. Dan satu perkara yang ajaib berlaku semula. Tumor mencair, cairan dalam dadanya hilang, dan Encik Wright telah berasa sihat lagi selama dua bulan. 
Kemudian keadaan berubah lagi apabila Persatuan Perubatan Amerika mengumumkan bahawa satu kajian di seluruh negara membuktikan Krebiozen adalah ubat yang sama sekali tidak bernilai. Kali ini, Encik Wright kehilangan kepercayaan pada rawatan. Kansernya datang kembali, dan ia meninggal dunia dua hari kemudian. 
Itu contoh mudah yang menunjukkan betapa kepercayaan dalam pemikiran mempengaruhi benar-benar tubuh anda. 
Bawah sedar anda juga mempunyai kuasa untuk membuat mana-mana bahagian badan anda berkelakuan atau bergerak dalam pelbagai cara. 
Mungkin ada yang pernah dengar ataupun melihat seseorang dipukau menjadi kaku seperti kayu kerana diberi sugesti menjadi kayu, ataupun berkelakuan seperti ayam kerana diberi sugesti menjadi ayam. Bawah sedar anda sangat sensitif terhadap fikiran dominan anda. Itu yang perlu anda tahu. 
Profesion perubatan yang telah diiktiraf sejak dahulu lagi mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan tersembunyi di dalam tubuh manusia dan kuasa yang boleh menyembuhkan penyakit yang jauh lebih baik daripada ubat- ubatan atau pembedahan. 
A Dr Mitchell Bruce menulis: "Kami mengakui kuasa pemulihan semula jadi wujud dalam tubuh - satu kenyataan yang sama juga telah dibuat oleh penulis pada prinsip perubatan di semua peringkat umur. Tubuh mempunyai cara dan mekanisme untuk mengubah suai atau meneutralkan pengaruh yang tidak dapat diatasi secara langsung. "
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 13 
Ada kekuatan semula jadi dalam diri kita yang dapat memperbaiki badan yang yang mengalami kerosakan atau sakit. Ia memang wujud dan aktif tetapi ramai di antara kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. 
Jadi bagaimana minda bawah sedar anda boleh memberi kesan dan mengubah fungsi penting badan anda? 
Ia adalah prinsip fisiologi sistem saraf vasomotor anda yang boleh dipengaruhi oleh emosi anda. Pusat-pusat psikik fikiran anda mengawal saraf vasomotor anda dan kesannya adalah kepada tubuh anda. 
Cuba fikirkan saat-saat anda apabila gugup, berkata di hadapan ramai orang, berkencan atau pergi temu duga kerja. Tangan anda mula berpeluh dan jantung anda mula berdenyut lebih cepat. Ini semua perubahan fizikal yang datang sebagai tindak balas kepada emosi anda. 
Ini juga dapat menjelaskan kes mengapa emosi sedih dapat menghentikan susu dari ibu yang menyusui. Dalam beberapa kes susu bahkan menjadi beracun. 
Ini juga menjelaskan mengapa tumor mulai tumbuh dengan cepat jika pesakit sentiasa sibuk dengan bimbang dan takut mengenainya. Ingat, seperti yang kita katakan sebelum ini, pemikiran tentang sebahagian daripada tubuh badan anda menghantar bekalan lebih darah ke kawasan itu. 
Jadi di mana sebenarnya minda bawah sedar? 
Minda bawah sedar ada di mana-mana. 
Ianya ada di setiap sudut dan celah. Dalam semua ruang dan di semua masa. Minda bawah sedar di mana-mana dan ia adalah daya kreatif bagi seluruh alam semesta. 
Anda juga boleh mengatakan bahawa ia adalah tenaga spiritual atau tenaga ilahi. Ianya dalam setiap sel, setiap molekul, dan dalam setiap elektron dan atom. Ianya paling kecil daripada zarah terkecil. 
Sekarang kita baru sahaja belajar untuk memanfaatkan kekuatan alam bawah sedar. Seratus tahun yang lalu, kita mempunyai elektrik sama seperti yang kita ada hari ini. Tetapi ketika itu kita tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bekalan elektrik itu dan menggunakannya. Sekarang di zaman moden, kita
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 14 
tahu cara untuk menggunakannya dan kita telah dapat melakukan beberapa perkara yang sangat menakjubkan dengannya. 
Perkara yang sama berlaku dengan minda bawah sedar. Kita mulai memahaminya saat ini dan menggunakan alam bawah sedar untuk membangunkan kehidupan kita ke tahap seterusnya. 
Kuasa minda bawah sedar anda sebahagian besarnya kekuatannya masih terpendam. Sebahagian besar daripada kita hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kekuatan tersebut. 
Jadi bagaimana anda mula menggunakan kuasa ini terpendam yang ada dalam diri anda tersebut? 
Kuncinya, sugesti/saranan minda 
Apabila anda mula menggunakan sugesti/saranan, anda boleh mengarahkan minda bawah sedar untuk bertindak dan melakukan sesuatu perkara tanpa anda harus sedar proses tersebut. 
So what is a suggestion? 
Sugesti/saranan boleh jadi seperti idea, fikiran, visualisasi, tindakan, tetapi yang paling penting ia adalah sesuatu yang menghasilkan perasaan yang kuat dalam bentuk niat. 
Apabila anda mempunyai perasaan kuat dalam niat, anda mempunyai pelan tindakan yang bermula dengan membina diri dari hati kecil anda dan mula menjadi sebahagian daripada rangka kerja seumur hidup anda. 
Bawah sedar anda mengawal gerakan setiap sel dalam tubuh anda supaya apabila anda mula membuat sugesti/saranan tertentu untuk itu, anda akan bergerak ke arah tujuan tersebut tanpa sedar berfikir tentang hal itu. 
Bawah sedar anda mengawal setiap organ di dalam badan anda dan setiap sel organ-organ. Ini adalah kunci utama untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dalam hidup anda jika anda berjuang dengan penyakit, obesiti, atau sakit kronik. 
Ianya bermula dalam minda anda sendiri. 
Tetapi, perlu saya nyatakan juga jika anda sakit, anda juga perlu mendapatkan bantuan daripada doktor.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 15 
Jika anda kelebihan berat badan, anda perlu untuk mula makan makanan berkhasiat dan bersenam secara tetap. Jika anda mengalami sakit kronik, anda mungkin perlu bekerja melaluinya dengan bantuan ubat penahan sakit. 
Tetapi, apabila anda mula lakukan kaedah penyembuhan minda bawah sedar ini, maka terbuka bagi anda kemungkinan besar penyembuhan diri anda dengan minda bawah sedar anda. 
Bagaimana anda dapat melakukan ini? 
Anda bermula dengan idea anda sudah sembuh. Mudah bukan. 
Seperti apa yang kita akan rasa jika kita benar-benar sihat? 
Jika sukar untuk anda bayangkan bahawa pada masa ini, tidak apa-apa. Hanya perlu bermain dengan idea dan imej dalam fikiran anda terlebih dahulu. 
Lebih banyak anda berimaginasi atau merasakan seperti itu, lebih mudah perkara ini untuk meletakkan diri anda seperti dalam gambaran itu. Dan cuba rasakan ia menjadi lebih kuat dan lebih kuat. 
Dalam melakukan ini, anda memberikan minda bawah sedar anda satu sugesti/saranan baru. Dan ia mula memberi kesan kepada badan fizikal anda. 
Jika anda berorientasi pada gambaran/imaginasi, mulakan dengan membayangkan bagaimana anda akan terlihat jika anda benar-benar sihat. Jika anda adalah lebih berorientasikan pendengaran, anda boleh mengatakan penegasan kepada diri sendiri seperti "Saya begitu sihat dan gembira." Sekiranya anda lebih kepada berorientasikan perasaan, anda boleh bayangkan perasaan kesihatan yang sempurna. 
Jika ada lagu kegemaran yang anda suka, hidupkan semasa anda melakukan hal ini. 
Jika anda mempunyai baju sejuk kegemaran atau seluar jeans, gunakannya semasa anda melakukannya. 
Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja yang boleh membantu anda dalam mood kebahagiaan dan kesejahteraan. 
Jika anda suka komedi, tontonlah untuk membantu menaikkan semangat anda. Tertawa sering disebut ubat yang terbaik.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 16 
Minda Bawah Sedar Dan Kekayaan 
Bawah sedar anda juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kewangan anda. Adakah anda pernah tercari-cari orang-orang yang sentiasa mempunyai wang tidak kira apapun keadaan? 
Beberapa banyak orang berjimat, tetapi saya pasti anda telah melihat orang- orang yang kaya tetapi berbelanja besar. Dan kemudian anda juga telah melihat orang-orang yang sentiasa bekerja keras tetapi masih kekurangan wang. Kemudian ada orang-orang yang hampir tidak pernah bekerja tapi sentiasa mempunyai wang. 
Apa yang berlaku di sini? What’s going on here? 
Yang benar adalah ia mempunyai kaitan dengan minda bawah sedar mereka ... termostat kewangan dalaman mereka ditetapkan pada tahap tertentu. 
Satu contoh yang sempurna tentang ini adalah Donald Trump. Dia pernah kehilangan kekayaannya dan menjadi muflis lebih dari sekali. Tetapi setiap kali dia buat kekayaannya sekali lagi, beliau peroleh kekayaan yang lebih banyak daripada sebelumnya. Termostat kewangan dalam dirinya (minda bawah sedar beliau) telah ditubuhkan untuk kaya. 
Bagaimana anda boleh menetapkan termostat kewangan anda lebih tinggi untuk menarik lebih banyak duit? 
The answer may surprise you. 
Memang agak sukar bagi kebanyakan orang untuk menarik kekayaan kerana mereka mempunyai pandangan yang salah terhadap wang. 
Beberapa agama mengajar orang ramai bahawa menjadi sesuatu yang mulia bila menjadi miskin dan berjuang membanting tulang dalam hidup. Ucapan- ucapan seperti "Wang adalah punca segala kejahatan" membuatkan orang mempunyai perasaan negatif terhadap wang. 
Pada mulanya, anda mungkin berkata, "Saya tidak percaya mana-mana" tetapi sekali lagi, ini mungkin sudah berakar umbi dalam minda bawah sedar anda tetapi anda mungkin tidak sedar mengenainya selama ini.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 17 
Langkah pertama untuk menukar termostat kewangan anda ialah dengan cara membina hubungan spiritual/jiwa dengan wang. 
Ini mungkin kelihatan aneh, terutama jika anda adalah orang yang kuat beragama. Tetapi kenyataannya adalah bahwa segala sesuatu mempunyai aspek rohani kepadanya. Apa sahaja yang anda menyambungkan cinta sejati sihat kepadanya, anda menarik lebih banyak. 
Anda harus mulai mencintai wang dengan cara yang sama anda suka badan anda, ibu bapa anda, pasangan anda dan anak-anak anda. Anda perlu mula melihat bahawa ada cinta dalam perkara-perkara yang anda mahu, dan memahami bahawa apa yang anda inginkan adalah baik untuk anda kerana anda katakan ia adalah baik untuk anda. 
Langkah seterusnya adalah anda memiliki banyak wang dalam fokus kehidupan anda. 
Ini bukan soal menyembah wang atau menjadi tamak. Jauh dari itu, tetapi ia adalah tentang memiliki wang lebih dalam hidup anda sekarang. 
Bayangkan apa yang akan rasa apabila mempunyai lebih daripada wang yang cukup. Tepatnya, bagaimana perasaan itu? 
Itu adalah perasaan yang anda perlu nikmati setiap hari secara tetap dan berterusan. Saya akan menyarankan anda untuk melakukannya setiap hari. 
Seterusnya, mendidik diri sendiri tentang bagaimana untuk menubuhkan bajet dan kaedah untuk meningkatkan kewangan anda. 
Fikirkan tentang kerja yang anda mahu dapatkan, atau perniagaan yang anda ingin mulakan. 
Bermula dengan mengubah perasaan ataupun persepsi anda tentang wang sebelum menyusun pelan untuk mendapatkan kekayaan, wang akan datang dengan mudah kepada anda. 
Wang akan datang dengan sukacita/gembira dan akan datang melalui kerja yang anda suka lakukan. 
A word of caution here... apabila topik menarik lebih banyak wang datang, ramai orang mungkin mula berfikir tentang menggunakan kekuatan minda bawah sedar mereka untuk mendapatkan wang melalui perjudian atau
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 18 
memenangi loteri. Sementara satu kemungkinan lagi, ianya lebih mudah untuk menarik wang melalui proses yang lebih terkawal. Yang lain melompat ke dalam perniagaan dan akhirnya menjadi scammed. 
Kuncinya di sini adalah keseimbangan. 
Jangan menipu diri sendiri dengan berfikir anda boleh membuat semua perubahan dengan hanya semalam untuk 5 hingga 10 tahun nanti, ianya sama sekali berbeza. 
Walaupun orang lain telah mengalami perubahan hanya semalam, sering kali lebih banyak cerita daripada apa yang anda diberitahu. 
Sebuah contoh utama dari ini adalah ketika seorang penulis berada di satu seminar dan penceramah-penceramah seminar tersebut menyebut semua kisah-kisah kejayaan mereka. 
Salah seorang daripada mereka adalah seorang pengarang dan beliau bercakap tentang bagaimana setelah membaca salah satu buku tertentu, kemudian dia menerbitkan karyanya dan karyanya kemudian menjadi best- seller di Amazon.com. 
Penulis tersebut sebenarnya mengenali lelaki ini sudah 3 tahun dan beliau juga tahu yang walaupun pengarang tersebut telah menjadi seorang penulis buku terlaris selepas membaca buku itu, beliau juga menghabiskan 3 tahun sebelum itu bekerja sebelum menjadi seorang pengarang. 
Asasnya adalah bahawa segala sesuatu dalam hidup kita memerlukan proses. 
Sama ada proses tersebut mengambil masa 30 saat atau 30 tahun, ia tidak penting bagi anda. Anda tidak boleh pergi tanpa menjalani proses dari beberapa bentuk sebelum mencapainya. 
Kadang-kadang proses yang terjadi lebih cepat jika anda sudah terdedah kepada sesuatu itu. 
Sebagai contoh, jika anda telah menjadi pemain piano, anda dengan mudah belajar bermain gitar kerana anda telah membina asas muzik dalam diri. Orang lain yang belum pernah belajar mungkin mengambil masa lebih lama. 
Hal ini sama dengan wang.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 19 
Jika anda selalu mempunyai masalah dengan wang, jangan mengharapkan keajaiban terjadi hanya semalam. Anda hanya perlu bekerja dengan diri sendiri perlahan-lahan dan perubahan akan menyusul. 
Cuba seimbangkan dan tahu bahawa ada satu proses yang harus terjadi. Ia boleh berlaku sangat cepat atau ia boleh mengambil sedikit masa. 
Jadikan proses tersebut sebagai satu keutamaan untuk mendidik diri sendiri tentang wang. Terdapat banyak alat yang sangat baik dan sumber yang tersedia. 
Beberapa buku yang saya secara peribadi mengesyorkan ialah The Millionaire Mind oleh T. Harv Eker, Getting All You Can Out Of All You’ve Got oleh Jay Abraham ataupun jutawan senyap oleh Dato’ Rusli. 
Jika anda sering melihat hutang dan masalah wang untuk beberapa tahun atau bahkan sepanjang hidup anda, jangan mengharapkan perubahan sekelip mata. Tetapi jangan biarkan ianya menghalang anda membuat perubahan dalam masa yang sama. 
Ini sama seperti pergi ke gimnasium dan cuba untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Jika anda tidak pernah melakukan sebelum ini, jangan langsung untuk cuba mengangkat berat 300 pound. Anda boleh berakhir dengan kecederaan. 
Prinsip ini sama dengan wang. Semuanya bermula di minda anda. Cara anda berfikir dan merasai tentang wang seolah-olah pergi jauh dalam hidup anda. 
Apabila anda telah programkan minda bawah sedar anda ke dalam perasaan memiliki lebih dari wang yang cukup, anda bertindaklah dengan cara yang seimbang atau rasional untuk membawa anda ke sana. 
Sekarang anda dapat memahami prinsip-prinsip di sebalik semua ini, tetapi anda masih tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri daripada masalah wang. 
Jadi di sini ada beberapa garis panduan mudah dan praktikal yang anda boleh gunakan untuk melepaskan diri dari bebanan wang dari keadaan wang semasa anda. 
Pertama, jika anda berada dalam hutang dan mempunyai banyak bil, jangan memberi tumpuan kepadanya.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 20 
Saya tidak menyatakan kepada anda untuk mengabaikan masalah hutang anda, tetapi sebaliknya mewujudkan sistem pembayaran balik hutang automatik sehingga perhatian anda boleh pergi kepada mengumpul lebih banyak wang dan tidak terus-menerus berfikir tentang hutang. 
Ingat, minda bawah sedar anda tidak membantah. Jika anda sentiasa memikirkan hutang, anda akan menarik lebih banyak hutang. Minda bawah sedar anda akan membawa lebih banyak untuk diberikan kepada anda melalui hidup sehari-hari anda. 
Seterusnya, anda cuba duduk dan menulis rencana atau plan untuk meningkatkan aliran tunai anda. Fikirkan baik-baik setiap idea yang keluar daripada minda anda. 
Cara yang paling jelas bagi kita sekarang mungkin adalah untuk bekerja lebih jam atau mendapatkan pekerjaan tambahan. Yah, terpulang pada anda. 
Saya lebih suka kepada satu teori seorang jutawan iaitu untuk menjadi kaya bukanlah dengan bersusah payah tetapi sejauh mana perniagaan ataupun cara yang kita buat itu efektif membuat duit. 
Saya bagi satu contoh mudah. Sebagai contohnya Pak Ali membuka satu gerai goreng pisang di sebuah pasar malam. Pendapatan bersih sehari Pak Ali bagi satu gerai goreng pisang ialah RM 30 ringgit. Asasnya begitu. Memandangkan Pak Ali mengetahui cara efektif bagi mendapatkan duit lebih ialah mengembangkan perniagaannya, Pak Ali membuka sebuah lagi gerai goreng pisang di pasar sayur. Pendapatan sehari bagi gerai baharu Pak Ali ialah RM 20 ringgit. Memandangkan ada dua buah gerai sudah dibina oleh Pak Ali, maka pendapatan seharinya sudah mencapai RM 50. RM 50 darab 30 hari hasilnya RM 1500. Selang beberapa lama kemudian, pak Ali membina satu kedai runcit di rumahnya, dan pendapatan seharinya RM 20 ringgit. Kini pendapatan sehari Pak Ali RM 70 ringgit. Kalau kita darab dengan 30 hari hasilnya RM 2100. Itu contoh bagi mereka yang mempunyai fokus duit setakat ribu sahaja. 
Cara lain adalah dengan memaksimumkan masa anda. Tanyakan pada diri sendiri berapa ramai orang lain boleh mendapat manfaat daripada tindakan yang saya amalkan pada masa ini. 
Konsep mudah bagi wang datang kepada anda juga ialah semakin banyak orang yang mendapat manfaat dari anda, lebih banyak anda membuka peluang untuk wang mengalir kepada anda. Fikir-fikirkan.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 21 
Minda Bawah Sedar Anda Dan Cinta 
Mungkin ramai orang yang ingin tahu bagaimana mereka boleh programkan minda bawah sedar mereka untuk membawa lebih banyak cinta ke dalam hidup mereka dan menikmati hubungan cinta itu dengan lebih baik. 
Hal ini mungkin kedengaran agak pelik kepada anda dan mungkin ianya bertentangan dengan prinsip mendapatkan cinta yang anda tahu. Tetapi menjalani hubungan yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak cinta dalam hidup anda, bukan untuk orang lain. Ianya untuk anda semata bukan. 
Jika anda melihat hubungan cinta anda dengan pasangan anda dan mereka sangat memerlukan lebih perhatian dan cinta daripada anda maka anda harus sedar tanggungjawab anda kepada mereka. Tanggungjawab anda ialah membawa hubungan anda lebih bahagia, lebih cinta dan kasih sayang. 
Jadi apa yang boleh anda lakukan? 
Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah merasakan seolah-olah hubungan anda dipenuhi cinta dan bahagia. Nikmati perasaan itu sedalam- dalamnya.. 
Ini mungkin sukar untuk anda lakukan, terutamanya jika anda mempunyai insan dalam hidup anda yang anda rasa tidak boleh bersama-sama dengannya, atau yang anda percaya mereka telah menyakiti anda .. 
Jika anda merasa sukar untuk merasakan perasaan cinta itu pada awalnya, tidak mengapa. 
Anda hanya perlu laksanakannya mengikut kemampuan anda, dan pastikan anda tidak memaksa diri untuk merasakannya. Anda juga perlu berfikiran terbuka kepada idea mula menikmati cinta itu dari dalam diri sendiri dan kemudian perasaan cinta itu cuba kita hidupkan dalam diri, dan kita bawa dalam kehidupan kita. 
Yah, saya juga punya pengalaman menggunakan rahsiah ini. Terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak. Tetapi inilah yang pernah terjadi kepada saya. Suatu ketika dahulu, saya pernah uji hakikat ini iaitu merasakan cinta dalam diri boleh mengubah perasaan cinta di sekeliling kita. Satu saat saya pernah mengalami masalah hubungan dengan seseorang. Dia membenci saya, menjauhkan diri saya dan memulaukan diri saya.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 22 
Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang menghadapi keadaan sedemikian. Tapi, dalam diri saya tetap yakin dan merasakan bahawa sekalipun dia membenci saya separuh mati, saya masih yakin dia masih tetap menyayangi diri saya. Nak tahu apa terjadi? Selang beberapa lama kemudian dia kembali kepada saya malah kami lebih rapat dari sebelumnya. 
Why? Why? Why?…. Mungkin itu pertanyaan anda. Kerana persaan dan persepsi kita mempengaruhi perasaan dan persepsi orang lain. 
Saya bagi contoh kepada anda dengan persoalan. Apa persepsi anda kepada orang yang berpersepsi buruk kepada anda, dan apa persepsi anda kepada orang yang berpersepsi baik kepada anda? Saya rasa jawapan itu biarlah anda jawab sendiri. 
Apa yang saya belajar daripada peristiwa ini ialah, apapun persepsi kita kepada orang lain mampu mengubah persepsi mereka kepada kita. 
Kadang-kadang haiwan kesayangan boleh membantu atau bahkan teman baik anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan dan anda cuba untuk merasakan rasa cinta itu, anda boleh menggunakan haiwan kesayangan anda untuk membantu anda masuk ke dalam perasaan cinta itu. 
Jika anda tidak mempunyai haiwan kesayangan sendiri, anda boleh fikirkan seorang teman atau orang yang dikasihi yang anda sudah mempunyai hubungan yang baik dengannya. 
Gunakanlah apa sahaja yang anda boleh untuk membantu anda masuk ke dalam perasaan itu. 
Cuba imaginasikan diri anda dengan jodoh impian anda. Jika anda sudah berkahwin, lihat pasangan anda seperti yang anda inginkan dan masuk ke dalam perasaan cinta itu. Lihatlah mereka sudah menjadi apa yang anda mahu contohnya mereka bertambah sayang kepada anda. 
Setelah itu, anda hanya perlu lupakan hasilnya. Biarkan minda bawah sedar anda bertindak mengatur tingkah laku anda, perjalanan hidup anda, untuk membawa anda ke arah cinta yang anda impikan tersebut. 
Ingat, anda berurusan dengan insan yang lain. Anda tidak boleh memaksa mereka untuk menjadi apa yang anda mahukan. Sekiranya kita memaksa mereka mengikut apa yang kita mahu, pasti berakhir dengan pertelingkahan,
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 23 
prasangka malah lebih teruk penceraian. Kebanyakan pasangan yang kita lihat sekarang tidak memahami hal ini. 
Jadi, sekiranya kita tidak boleh memaksa mereka mengikut apa yang kita mahukan, apa yang boleh kita buat? Anda ubah persepsi anda kepada mereka. 
Kenyataannya adalah tidak kira apa yang orang lain katakan atau lakukan yang penting bagi anda ialah bagaimana persepsi anda kepada mereka dan apa yang anda ingin lihat mereka menjadi. 
Kuncinya terletak pada anda, bukan pada mereka.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 24 
Letakkan Semuanya Bersama-Sama 
Sekarang anda mengetahui beberapa dasar penting dan manfaat minda bawah sedar anda, terdapat satu lagi langkah penting yang perlu anda lakukan, supaya anda boleh meletakkan semua bersama-sama. 
Anda perlu lihat, minda bawah sedar anda adalah bertanggungjawab untuk segala-galanya dalam hidup anda. Bagaimana anda berfikir dan merasa tentang satu bidang kehidupan anda sering mempengaruhi sisi lain dalam hidup anda. 
Sebagai contoh, jika anda mengalami masalah wang, anda juga mungkin mempunyai masalah dengan kesihatan atau hubungan anda. 
Terdapat juga banyak orang yang mempunyai hubungan yang baik tetapi tidak memiliki sebanyak wang yang mereka inginkan. Ada juga yang mempunyai kesihatan yang baik dan banyak wang tetapi hubungan mereka berada dalam keresahan dan duka cita. 
Pokoknya di sini adalah anda perlu merasa baik dalam semua aspek kehidupan anda. Dengan fokus yang konsisten dan teratur kepada apa yang anda mahukan, maka anda secara automatik mengabaikan apa yang anda tidak mahu. 
Dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda inginkan, anda telah programkan bawah sedar anda untuk membawa anda lebih banyak dari apa yang anda fokuskan. 
Ini berlaku kerana wujud satu sunnatullah yang sangat terkenal dalam alam semesta ini iaitu Hukum Tarikan.
Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER 
M o t i v a s i U n t u k A n d a 
Halaman 25 
Versi 1.0 adalah percuma kerana saya ingin mendedahkan kepada anda semua “secret power” anda yang selama ini anda tidak tahu. Insya Allah Versi 2.0 akan memaparkan lebih banyak rahsiah yang anda ingin tahu dan perlu tahu tentang “Secret Power” anda. Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak sebab membaca e-book ini. Segala kekurangan saya mohon maaf. Saya sangat-sangat berharap e-book ini dapat memotivasikan anda, dan saya juga berharap ianya bermanfaat untuk kita semua. Akhir kalam dari saya, “jangan pernah putus asa, sebab ada sesuatu yang hebat menunggu anda di sana. Apapun yang ada di “sana” ia bermula dari dalam diri kita”… sekian terima kasih…  
Penulis: Fahmie 
http://onespermataku.blogspot.com/ 
sekian terima kasih

More Related Content

What's hot

Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
guest42e8c4
 
Kemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusiaKemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusia
Abdul Bakri
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
Camar Puteh
 
Kesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunanKesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunan
firo HAR
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Linda Midy
 

What's hot (20)

Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 
Kemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusiaKemunculan tamadun awal manusia
Kemunculan tamadun awal manusia
 
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukumBab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
Bab 17 konsep ibadah dan jenis hukum
 
Sikh
SikhSikh
Sikh
 
Sumber ilmu & penerima ilmu
Sumber ilmu & penerima ilmuSumber ilmu & penerima ilmu
Sumber ilmu & penerima ilmu
 
Sumber ilmu
Sumber ilmuSumber ilmu
Sumber ilmu
 
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinyaperkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun Islam
 
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
Amalan khurafat
Amalan khurafatAmalan khurafat
Amalan khurafat
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Kesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunanKesusasteraan dalam ketamadunan
Kesusasteraan dalam ketamadunan
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
 
Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5
Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5
Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5
 
1 a kump 1_bab 12_islam dan pekerjaan
1 a kump 1_bab 12_islam dan pekerjaan1 a kump 1_bab 12_islam dan pekerjaan
1 a kump 1_bab 12_islam dan pekerjaan
 
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahNota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
 

Similar to E book gunakan "secret power" anda

Pelatihan kontak-quantum-free
Pelatihan kontak-quantum-freePelatihan kontak-quantum-free
Pelatihan kontak-quantum-free
Kun Ardi
 
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
Firman Pratama
 

Similar to E book gunakan "secret power" anda (20)

Majalah kekuatan sugesti maret 2019
Majalah kekuatan sugesti maret 2019Majalah kekuatan sugesti maret 2019
Majalah kekuatan sugesti maret 2019
 
Majalah kekuatan-sugesti-februari- 2022
Majalah kekuatan-sugesti-februari- 2022Majalah kekuatan-sugesti-februari- 2022
Majalah kekuatan-sugesti-februari- 2022
 
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 43 (Januari 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 43 (Januari 2018)Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 43 (Januari 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 43 (Januari 2018)
 
Workshop alpha mind control
Workshop alpha mind controlWorkshop alpha mind control
Workshop alpha mind control
 
Ringkasan dari cerita quantum ikhlas
Ringkasan dari cerita quantum ikhlasRingkasan dari cerita quantum ikhlas
Ringkasan dari cerita quantum ikhlas
 
rahasia Stage Master Hypnotist
rahasia Stage Master Hypnotistrahasia Stage Master Hypnotist
rahasia Stage Master Hypnotist
 
1
11
1
 
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2015
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2015Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2015
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2015
 
Personal excellent
Personal excellentPersonal excellent
Personal excellent
 
Rahsia bagaimana untuk kaya dan hidup mewah
Rahsia bagaimana untuk kaya dan hidup mewahRahsia bagaimana untuk kaya dan hidup mewah
Rahsia bagaimana untuk kaya dan hidup mewah
 
Pelatihan kontak-quantum-free
Pelatihan kontak-quantum-freePelatihan kontak-quantum-free
Pelatihan kontak-quantum-free
 
Buku 1 Quantum Kontak Healing Touch
Buku 1 Quantum Kontak Healing TouchBuku 1 Quantum Kontak Healing Touch
Buku 1 Quantum Kontak Healing Touch
 
Majalah kekuatan-sugesti-januari- 2020
Majalah kekuatan-sugesti-januari- 2020Majalah kekuatan-sugesti-januari- 2020
Majalah kekuatan-sugesti-januari- 2020
 
Proses kawalan minda
Proses  kawalan  mindaProses  kawalan  minda
Proses kawalan minda
 
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
Majalah Kekuatan Sugesti Edisi April 2017
 
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
 
Majalah kekuatan sugesti september 2018
Majalah kekuatan sugesti september 2018Majalah kekuatan sugesti september 2018
Majalah kekuatan sugesti september 2018
 
EBook Anthony Dio Martin : MEMINJAM PIKIRAN ORANG LAIN
EBook Anthony Dio Martin :  MEMINJAM PIKIRAN ORANG LAINEBook Anthony Dio Martin :  MEMINJAM PIKIRAN ORANG LAIN
EBook Anthony Dio Martin : MEMINJAM PIKIRAN ORANG LAIN
 
Laporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikanLaporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikan
 
The Power of Mind Technology, Be Great Man
The Power of Mind Technology, Be Great ManThe Power of Mind Technology, Be Great Man
The Power of Mind Technology, Be Great Man
 

E book gunakan "secret power" anda

  • 1. How To Use You Subconscious Mind One’s Permata Training Centre Satu keajaiban dalam diri manusia ialah wujud kuasa luar biasa yang merupakan nadi kehidupan manusia. Kuasa tersebut merupakan hadiah istimewa tuhan kepada manusia. Kuasa tersebut adalah kuasa minda bawah sedar anda sendiri. Sekarang, didedahkan kepada anda bagaimana cara mengunakannya bagi mencapai impian anda.
  • 2. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 1 Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (surah Al Ra’d: ayat 11) MAN'S ESTATE. " What a piece of work is a man I how noble in reason! how infinite in faculty! in form and moving how express and admirable! in action how like an angel! in apprehension how like a god !--the beauty of the world! the paragon of animals !" SHAKESPEARE. The law of life is the law of belief
  • 3. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 2 Penghargaan Pertama sekali syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan buku ini. Tidak lupa kepada ibu bapa dan adik beradik yang saya cintai dan kasihi. Kepada mentor minda bawah sedar saya hormati, terima kasih banyak-banyak kerana banyak memberi pengetahuan berguna selama ini.
  • 4. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 3 Kenapa Saya Tulis Buku Ini? Apa yang menjadi motivasi saya menulis buku ini ialah kerana ia berkaitan dengan hidup kita di masa lalu, masa sekarang, dan masa akan datang. Saya ingin berkongsi apa yang saya pernah alami, dan hasil pembacaan pelbagai sumber dan penelitian dari pelbagai persoalan yang kita hadapi setiap hari. Dalam buku ini saya cuba untuk mengupas dengan bahasa mudah agar anda dapat memahami dengan lebih jelas tentang minda bawah sedar. Saya percaya ada bahasa mudah bagi menerangkannya.
  • 5. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 4 Rahsiah Minda Anda Yang Tersembunyi Persoalan yang timbul, mengapa dalam dunia ini adanya sedikit orang yang memiliki sebahagian besar kekayaan di dunia tanpa perlu bekerja keras berbanding orang lain yang terus bekerja keras hanya untuk meneruskan kehidupan? Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah orang seolah-olah memiliki kuasa ajaib menarik dan mencapai impian mereka dengan mudah, sementara yang lain masih berusaha keras dan namun akhirnya gagal? Sekadar gambar hiasan Persoalannya lagi, pengetahuan ajaib dan misteri apa yang mereka tahu? Seolah-olah mereka ada pengetahuan yang tersembunyi dari pengetahuan kita. Mereka bukanlah lebih bijak daripada yang lain. Tentu saja, dalam dunia ini ada orang yang pintar dan berjaya, tetapi ada juga orang yang pintar tetapi tidak berjaya. Buktinya banyak graduan universiti menganggur. Sebenarnya dalam hidup, anda tidak semestinya perlu menjadi yang berbakat luar biasa atau cerdas untuk berjaya. Buktinya banyak di sekeliling anda. Pernahkah anda membaca buku “jutawan senyap” karya Dato’ Rusli yang
  • 6. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 5 memaparkan kisah-kisah orang yang kurang pintar tetapi berjaya menjadi jutawan? Itu salah satu contohnya. Jadi, What’s the missing secret disebalik mendapatkan kehidupan yang anda impikan? Sesetengah orang mungkin akan mengatakan “nasib keberuntungan” ada hubungannya dengan itu. Saya juga pasti anda pernah mendengar orang berkata "Dia berada di tempat yang betul pada masa yang sesuai" atau "dia hanya beruntung". Sebenarnya, tidak ada yang namanya keberuntungan. Keberuntungan sebenarnya adalah menerima sesuatu kebaikan dalam hidup anda yang anda tidak mempunyai penjelasan baginya. The truth is that everything that you have in your life is because of your subconscious mind. Minda bawah sedar ini merupakan satu bagian yang paling kuat malah yang paling berperanan penting dalam DIRI manusia. Mari kita lihat satu contoh ini. Apakah anda pernah pergi ke tempat tidur pada waktu malam kemudian ingin bangun pada waktu tertentu? Mungkin anda harus bangun untuk temuduga pekerjaan penting atau menjalankan sesuatu perkara yang sangat-sangat mustahak bagi anda? Walaupun masa yang anda ingin bangun adalah sama sekali berbeza dari waktu yang biasa bagi anda, tetapi ketika itu anda dapat pula bangun seperti yang anda inginkan. Jika anda memegang niat anda dengan benar-benar, kebiasaannya anda akan terbangun tepat pada masa. Kenapa ini boleh terjadi? Ia merupakan satu cara kerja ataupun operasi minda bawah sedar anda. Unik bukan. Fikiran bawah sadar anda tahu segala-galanya termasuk masa yang anda mahu untuk bangun. Anda mungkin bertanya, "Baiklah, jika fikiran bawah sedar saya mengetahui segala-galanya mengapa saya tidak tahu mengenainya?
  • 7. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 6 That’s good question Anda boleh imaginasikan minda bawah sedar anda sebenarnya seperti kabinet pemfailan yang tidak berkesudahan. Seperti mana-mana kabinet pemfailan, agar anda boleh mendapatkan fail yang anda mahu, anda perlu sedar dan langsung menuju lokasi fail itu berada dan kemudian anda boleh menariknya keluar. Ia adalah proses yang sama apabila anda ingin mengakses minda bawah sedar anda. Jika anda ingin bangun pada 6 pagi dan bukannya 10 pagi untuk mesyuarat perniagaan yang penting, anda secara sedar memberi diri anda satu sugesti atau arahan yang kuat untuk bangun pada waktu itu. Sugesti ini berbicara secara langsung kepada minda bawah sedar anda. Akibatnya, anda bangun pada masa yang tepat. Ianya kedengaran agak hebat bukan? Fikirkan pula tentang hal ini ... Apabila anda melakukan perjalanan jauh, zon masa anda berubah. Bayangkan anda pergi tidur dan beritahu diri anda yang anda mahu untuk bangun pada pukul 5 pagi pada keesokan harinya tetapi kali ini anda berada dalam kapal terbang, dan anda hendak terbang di seluruh dunia ketika anda sedang tidur. Sekarang, anda tidur di Waktu Timur dan anda hendak pergi Waktu tengah, yang merupakan satu jam di belakang. Yang menakjubkan adalah anda masih terbangun jam 5 pagi di zon masa yang baru. Uniknya minda bawah sedar anda secara automatik mengatur untuk anda berada dalam zon masa baru. Begitulah cara yang mengagumkan minda bawah sedar anda. Hal ini menggambarkan bahawa alam bawah sedar adalah sangat kompleks dan begitu mengetahui. Hal ini sebenarnya sebahagian kuasa ilahi dalam diri anda tetapi ia adalah di bawah kawalan anda. Ia tidak membantah, tidak menilai, ia hanya menerima arahan minda sedar anda.
  • 8. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 7 Anda boleh membandingkannya dengan cerita lama Jin sihir dalam botol. Kebanyakan orang ingat jin tersebut hanya memberikan tiga permintaan. Tetapi kebanyakan orang tidak tahu adalah dalam cerita asal Jin tersebut, ada jumlah yang tidak terbatas dari keinginan. Jin hanya berkata "keinginan Anda adalah perintahku". Jin tersebut ialah minda bawah sedar anda sendiri. Minda bawah sedar anda tidak membantah atau menghakimi apa yang diberikan kepadanya, tetapi sangat sensitif terhadap sugesti/saranan ataupun program yang anda berikan padanya. Jika anda memberikan saranan seperti takut, bimbang, ragu-ragu, kesedihan, atau kemiskinan maka minda bawah sedar membuat pengaturcaraan untuk membawa anda lebih banyak dari itu. Sesetengah orang percaya bahawa apa yang berlaku dalam hidup mereka adalah secara rawak - ini adalah tidak benar. Alam semesta ini seluruh beroperasi pada ketepatan mutlak. Ini bukan bermakna bahawa anda dan saya akan memahami semua butir-butir bagaimana ia berfungsi, tetapi ia bermakna ada ketepatan di sebalik segala sesuatu yang ada dan berlaku. Kesilapan ramai orang lakukan adalah menyerahkan kendali hidup mereka untuk beberapa orang luar (skim cepat kaya) atau benda. Terlalu banyak juga orang yang menyalahkan sesuatu di luar diri mereka untuk masalah mereka. Mereka menyalahkan syaitan atau Tuhan, undang-undang negara mereka, pasangan mereka, saudara perempuan mereka, saudara- saudara mereka yang lain, bos mereka ... daftar tersebut bertambah terus dan terus. Yang benar adalah bahawa jika ada sesuatu dalam hidup anda sekarang yang anda tidak suka, anda bertanggungjawab untuk itu. Is that hard for you to hear? Ini tidak bermakna bahawa anda duduk di sana dan berharap sesuatu itu berlaku secara tiba-tiba. Ramai di antara kita tidak mengetahui bahawa sebenarnya kita telah menciptakan syarat-syarat tertentu dalam hidup kita. Ianya dinamakan program minda. Program ini yang kita cipta dalam minda bawah sedar kita dan program ini jugalah yang akhirnya mengawal hidup anda.
  • 9. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 8 Ini kerana bawah sedar kita yang bertanggungjawab. Setelah membaca tulisan ini, anda mungkin rasa takut sedikit kepada minda bawah sedar anda. Dan mungkin juga bagi anda, pernyataan ini sukar dipercayai bukan? Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. Tidak mengapa kalau itu yang anda fikirkan ... Teruskan membaca untuk saat ini dengan hati yang terbuka dan anda akan berasa lebih baik apabila anda memahaminya sedikit lagi. Anda akan melihat bahawa minda bawah sedar anda (dan seluruh hidup anda) sebenarnya sepenuhnya di bawah kawalan anda kecuali apa yang telah menjadi ketentuan tuhan seperti ajal. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, itu adalah urusan tuhan. Apa yang menjadi masalahnya tuhan tidak akan ubah diri kita sebelum kita mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu. Benar bukan? Perlu kita tahu ada sebahagian kuasa ilahi dalam setiap daripada kita yang jauh lebih kuat daripada apa yang kita sedari. Itu adalah kuasa minda bawah sedar kita sendiri. Kuasa tersebut sangat kuat, bahkan saintis mengatakan kekuatannya seperti bom atom, malah ada yang mengatakan boleh menghidupkan elektrik satu bandar. Saya ingin tanya kepada anda, apa sebab tuhan ciptakan kuasa minda bawah sedar tersebut? Adakah untuk disimpan? Adakah untuk menggerakkan jantung, organ dan sel tubuh anda sahaja? Sudah tentu tidak bukan. Ianya untuk kepentingan anda dan juga orang sekeliling anda, bahkan dunia dan akhirat anda.
  • 10. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 9 Minda Bawah Sedar Anda Dan Tubuh Anda Jom kita bercakap pula tentang fizikal sebagai sebahagian daripada diri kita sendiri. Tubuh kita bergerak dalam realiti melalui lima deria fizikal. Itu adalah rasa, sentuhan, bau, mendengar, dan melihat Otak kita mengawal semua deria ini dan menapis isyarat mengikut sistem kepercayaan kita. Ini dipanggil minda objektif. Fikiran subjektif, di sisi lain, adalah entiti khas yang unik. Ia merangkumi seluruh tubuh anda, dan tidak bertentangan dengan apa jua cara, ia mempunyai kawalan mutlak dan sempurna atas semua fungsi dalaman anda seperti denyutan jantung, peredaran darah, sensasi, dan lain-lain. Walaupun minda objektif anda mengawal semua fungsi terkawal di tubuh anda, minda subjektif anda mengawal semua fungsi luar kawal. Fungsi luar kawal adalah perkara-perkara yang anda tidak dapat mengawal, tetapi anda masih lakukan, secara tidak sedar. Anda tidak duduk di mana-mana dan kemudian mengatakan "Saya membuat rambut saya tumbuh sekarang". Dan anda tidak akan berkata "Saya akan mengeluarkan air mata untuk mata saya" kan? Tetapi, anda bertanggungjawab untuk pengeluaran air mata ( ketika sedih), pertumbuhan rambut dan banyak lagi. Jadi sekarang anda telah mula memahami sedikit lebih jelas apabila saya memberitahu anda bahawa anda dan saya bertanggungjawab untuk segala- galanya dalam hidup kita, pada peringkat bawah sedar. Minda bawah sedar berbeza daripada badan fizikal kita atau minda sedar kita. Ia tidak menggunakan deria fizikal, tetapi sebaliknya bergerak dan melakukan sesuatu pada tahap yang intuitif. Ia juga mempunyai kuasa untuk berkomunikasi secara langsung dengan minda orang lain. Kita selalunya mengatakannya telepati. Sebenarnya tidak ada batas untuk apa yang ia boleh lakukan. Doktor dan pakar psikologi tahu bahawa kesihatan badan sangat dipengaruhi oleh bagaimana kita berfikir dan merasa. Terdapat kes-kes yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia dari orang-orang yang telah mampu untuk
  • 11. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 10 menyembuhkan diri mereka dari penyakit-penyakit utama seperti kanser melalui penguasaan emosi, minda, visualisasi dan kekuatan bawah sedar. Ini bukan bermaksud mengatakan bahawa anda tidak perlu lagi mendapatkan rawatan perubatan profesional jika anda sakit. Tidak sama sekali. Tetapi ianya seperti anda sedang mencari bantuan perubatan bagi penyakit fizikal anda, anda juga boleh mula meneroka perubatan lain bukan. Anda boleh meneroka kemungkinan yang boleh menyembuhkan anda. Minda bawah sedar anda membantu membawa keharmonian kepada badan anda, dan memulihkan kenyamanan, kesegaran dan kasih sayang yang wujud dalam diri anda. Satu fakta yang kita ketahui bahawa jika anda berada dalam keadaan tertawa, kasih sayang dan kegembiraan, adalah mustahil untuk merasakan sakit. Saya ingin menceritakan sebuah cerita menarik yang boleh menjelaskan hal tersebut, pesakit ini telah menjalani pembedahan beberapa tahun yang lalu. Rasa sakit itu ringan dan sedang sahaja. Dia membuat keputusan untuk tidak mengambil apa-apa pun ubat penahan sakit untuk melihat jika dia boleh membantu dirinya hanya dengan menggunakan semangatnya sahaja. Pesakit itu berfikir, jika rasa sakitnya menjadi terlalu buruk, dia akan selalu berjumpa jururawat untuk mendapatkan suntikan penghilang rasa sakit. Pesakit tersebut pun membuka salah satu buku kegemarannya dan mula membaca. Dia menjadi asyik dalam pembacaan dan tanpa dia sedari beberapa jam telah berlalu. Pesakit tersebut tidak merasa apa-apa kesakitan kerana dia sudah lupa semua tentang kesakitan yang dialaminya. Ini membuktikan bahawa apa yang dia rasakan di dalam dapat mempengaruhi bagaimana perasaannya di luar. Kebanyakan doktor akan memberitahu anda bahawa jika anda berfikir berterusan kepada mana-mana bahagian badan anda , anda akan hantar bekalan darah lebih ke arah bahagian tersebut. Hal ini menggambarkan bahawa pemikiran benar-benar dapat mempengaruhi tubuh anda.
  • 12. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 11 Satu lagi contoh yang saya akan berikan ini boleh menjelaskan betapa pemikiran kita ataupun keyakinan maupun kepercayaan dalam diri kita mempengaruhi tubuh kita. Cerita ini berkaitan dengan seorang pesakit yang bernama En. Wright. Seperti yang dilaporkan oleh Bruno Klopfer dalam Journal of Projective Techniques pada tahun 1957, Dr. West merawat Mr Wright, yang mempunyai kanser yang dipanggil lymphosarcoma. Semua rawatan yang dibuat kepada Mr Wright gagal, dan tiada satu petunjuk pun yang menunjukkan Mr Wright akan sembuh. Leher Encik Wright, dada, perut, ketiak dan pangkal paha dipenuhi dengan tumor bersaiz oren, limpa dan hati beliau telah membesar, dan kanser beliau telah menyebabkan dadanya terisi dua liter cecair setiap hari yang perlu dikeringkan baginya untuk bernafas. Dr. West tidak menjangka beliau dapat bertahan seminggu. Walaupun demikian Encik Wright sangat inginkan untuk terus hidup, dan beliau menggantungkan harapannya kepada ubat baharu yang menjanjikan kesembuhan yang disebut Krebiozen. Dia memohon doktor untuk merawat dia dengan ubat baharu, tetapi ubat itu hanya ditawarkan dalam ujian klinikal kepada orang-orang yang dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk hidup. Encik Wright terlalu sakit untuk memenuhi syarat. Tetapi Encik Wright tidak berputus asa. Encik wright percaya dadah itu akan menjadi obat ajaib baginya. Beliau sering mengganggu Dr west dengan permintaannya sehingga Dr. West akirnya mengalah dan menyuntiknya dengan Krebiozen pada hari Jumaat. Apa yang berlaku selepas itu ialah Isnin berikutnya, Dr. West terkejut menemukan pesakitnya itu berjalan sekitar dari tempat tidur. Tumor Encik Wright telah mencair seperti bola salji di atas permukaan yang panas dan telah menjadi setengah saiz asalnya. Sepuluh hari selepas dos pertama Krebiozen, Encik Wright meninggalkan rumah sakit, rupanya beliau telah bebas dari kanser. Encik Wright begitu gembira dengan kesihatannya itu sambil memuji Krebiozen sebagai dadah yang mempunyai keajaiban. Selang dua bulan jurnal saintifik melaporkan bahawa Krebiozen nampaknya tidak berkesan. Encik Wright, yang percaya apa yang dia baca dalam kajian tersebut, jatuh ke dalam kemurungan yang mendalam, dan kanser beliau datang kembali.
  • 13. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 12 Kali ini, Dr. West benar-benar ingin membantu menyelamatkan pesakitnya, memutuskan menggunakan teknik licik. Dr. West berkata kepada Encik Wright bahawa sebahagian daripada persediaan awal dari dadah yang telah diambilnya sebelum itu telah memburuk semasa penghantaran, membuatnya kurang berkesan. Dr. West berkata lagi dia telah mencetak batch baru yang sangat pekat, Krebiozen ultra-murni, yang dia boleh berikan kepadanya. (Sudah tentu, ini adalah satu pembohongan yang berani ). Dr. West kemudian tidak menyuntikkan apa-apa ubat kepada Encik Wright melainkan dengan air suling sahaja. Dan satu perkara yang ajaib berlaku semula. Tumor mencair, cairan dalam dadanya hilang, dan Encik Wright telah berasa sihat lagi selama dua bulan. Kemudian keadaan berubah lagi apabila Persatuan Perubatan Amerika mengumumkan bahawa satu kajian di seluruh negara membuktikan Krebiozen adalah ubat yang sama sekali tidak bernilai. Kali ini, Encik Wright kehilangan kepercayaan pada rawatan. Kansernya datang kembali, dan ia meninggal dunia dua hari kemudian. Itu contoh mudah yang menunjukkan betapa kepercayaan dalam pemikiran mempengaruhi benar-benar tubuh anda. Bawah sedar anda juga mempunyai kuasa untuk membuat mana-mana bahagian badan anda berkelakuan atau bergerak dalam pelbagai cara. Mungkin ada yang pernah dengar ataupun melihat seseorang dipukau menjadi kaku seperti kayu kerana diberi sugesti menjadi kayu, ataupun berkelakuan seperti ayam kerana diberi sugesti menjadi ayam. Bawah sedar anda sangat sensitif terhadap fikiran dominan anda. Itu yang perlu anda tahu. Profesion perubatan yang telah diiktiraf sejak dahulu lagi mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan tersembunyi di dalam tubuh manusia dan kuasa yang boleh menyembuhkan penyakit yang jauh lebih baik daripada ubat- ubatan atau pembedahan. A Dr Mitchell Bruce menulis: "Kami mengakui kuasa pemulihan semula jadi wujud dalam tubuh - satu kenyataan yang sama juga telah dibuat oleh penulis pada prinsip perubatan di semua peringkat umur. Tubuh mempunyai cara dan mekanisme untuk mengubah suai atau meneutralkan pengaruh yang tidak dapat diatasi secara langsung. "
  • 14. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 13 Ada kekuatan semula jadi dalam diri kita yang dapat memperbaiki badan yang yang mengalami kerosakan atau sakit. Ia memang wujud dan aktif tetapi ramai di antara kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Jadi bagaimana minda bawah sedar anda boleh memberi kesan dan mengubah fungsi penting badan anda? Ia adalah prinsip fisiologi sistem saraf vasomotor anda yang boleh dipengaruhi oleh emosi anda. Pusat-pusat psikik fikiran anda mengawal saraf vasomotor anda dan kesannya adalah kepada tubuh anda. Cuba fikirkan saat-saat anda apabila gugup, berkata di hadapan ramai orang, berkencan atau pergi temu duga kerja. Tangan anda mula berpeluh dan jantung anda mula berdenyut lebih cepat. Ini semua perubahan fizikal yang datang sebagai tindak balas kepada emosi anda. Ini juga dapat menjelaskan kes mengapa emosi sedih dapat menghentikan susu dari ibu yang menyusui. Dalam beberapa kes susu bahkan menjadi beracun. Ini juga menjelaskan mengapa tumor mulai tumbuh dengan cepat jika pesakit sentiasa sibuk dengan bimbang dan takut mengenainya. Ingat, seperti yang kita katakan sebelum ini, pemikiran tentang sebahagian daripada tubuh badan anda menghantar bekalan lebih darah ke kawasan itu. Jadi di mana sebenarnya minda bawah sedar? Minda bawah sedar ada di mana-mana. Ianya ada di setiap sudut dan celah. Dalam semua ruang dan di semua masa. Minda bawah sedar di mana-mana dan ia adalah daya kreatif bagi seluruh alam semesta. Anda juga boleh mengatakan bahawa ia adalah tenaga spiritual atau tenaga ilahi. Ianya dalam setiap sel, setiap molekul, dan dalam setiap elektron dan atom. Ianya paling kecil daripada zarah terkecil. Sekarang kita baru sahaja belajar untuk memanfaatkan kekuatan alam bawah sedar. Seratus tahun yang lalu, kita mempunyai elektrik sama seperti yang kita ada hari ini. Tetapi ketika itu kita tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bekalan elektrik itu dan menggunakannya. Sekarang di zaman moden, kita
  • 15. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 14 tahu cara untuk menggunakannya dan kita telah dapat melakukan beberapa perkara yang sangat menakjubkan dengannya. Perkara yang sama berlaku dengan minda bawah sedar. Kita mulai memahaminya saat ini dan menggunakan alam bawah sedar untuk membangunkan kehidupan kita ke tahap seterusnya. Kuasa minda bawah sedar anda sebahagian besarnya kekuatannya masih terpendam. Sebahagian besar daripada kita hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kekuatan tersebut. Jadi bagaimana anda mula menggunakan kuasa ini terpendam yang ada dalam diri anda tersebut? Kuncinya, sugesti/saranan minda Apabila anda mula menggunakan sugesti/saranan, anda boleh mengarahkan minda bawah sedar untuk bertindak dan melakukan sesuatu perkara tanpa anda harus sedar proses tersebut. So what is a suggestion? Sugesti/saranan boleh jadi seperti idea, fikiran, visualisasi, tindakan, tetapi yang paling penting ia adalah sesuatu yang menghasilkan perasaan yang kuat dalam bentuk niat. Apabila anda mempunyai perasaan kuat dalam niat, anda mempunyai pelan tindakan yang bermula dengan membina diri dari hati kecil anda dan mula menjadi sebahagian daripada rangka kerja seumur hidup anda. Bawah sedar anda mengawal gerakan setiap sel dalam tubuh anda supaya apabila anda mula membuat sugesti/saranan tertentu untuk itu, anda akan bergerak ke arah tujuan tersebut tanpa sedar berfikir tentang hal itu. Bawah sedar anda mengawal setiap organ di dalam badan anda dan setiap sel organ-organ. Ini adalah kunci utama untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dalam hidup anda jika anda berjuang dengan penyakit, obesiti, atau sakit kronik. Ianya bermula dalam minda anda sendiri. Tetapi, perlu saya nyatakan juga jika anda sakit, anda juga perlu mendapatkan bantuan daripada doktor.
  • 16. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 15 Jika anda kelebihan berat badan, anda perlu untuk mula makan makanan berkhasiat dan bersenam secara tetap. Jika anda mengalami sakit kronik, anda mungkin perlu bekerja melaluinya dengan bantuan ubat penahan sakit. Tetapi, apabila anda mula lakukan kaedah penyembuhan minda bawah sedar ini, maka terbuka bagi anda kemungkinan besar penyembuhan diri anda dengan minda bawah sedar anda. Bagaimana anda dapat melakukan ini? Anda bermula dengan idea anda sudah sembuh. Mudah bukan. Seperti apa yang kita akan rasa jika kita benar-benar sihat? Jika sukar untuk anda bayangkan bahawa pada masa ini, tidak apa-apa. Hanya perlu bermain dengan idea dan imej dalam fikiran anda terlebih dahulu. Lebih banyak anda berimaginasi atau merasakan seperti itu, lebih mudah perkara ini untuk meletakkan diri anda seperti dalam gambaran itu. Dan cuba rasakan ia menjadi lebih kuat dan lebih kuat. Dalam melakukan ini, anda memberikan minda bawah sedar anda satu sugesti/saranan baru. Dan ia mula memberi kesan kepada badan fizikal anda. Jika anda berorientasi pada gambaran/imaginasi, mulakan dengan membayangkan bagaimana anda akan terlihat jika anda benar-benar sihat. Jika anda adalah lebih berorientasikan pendengaran, anda boleh mengatakan penegasan kepada diri sendiri seperti "Saya begitu sihat dan gembira." Sekiranya anda lebih kepada berorientasikan perasaan, anda boleh bayangkan perasaan kesihatan yang sempurna. Jika ada lagu kegemaran yang anda suka, hidupkan semasa anda melakukan hal ini. Jika anda mempunyai baju sejuk kegemaran atau seluar jeans, gunakannya semasa anda melakukannya. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja yang boleh membantu anda dalam mood kebahagiaan dan kesejahteraan. Jika anda suka komedi, tontonlah untuk membantu menaikkan semangat anda. Tertawa sering disebut ubat yang terbaik.
  • 17. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 16 Minda Bawah Sedar Dan Kekayaan Bawah sedar anda juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kewangan anda. Adakah anda pernah tercari-cari orang-orang yang sentiasa mempunyai wang tidak kira apapun keadaan? Beberapa banyak orang berjimat, tetapi saya pasti anda telah melihat orang- orang yang kaya tetapi berbelanja besar. Dan kemudian anda juga telah melihat orang-orang yang sentiasa bekerja keras tetapi masih kekurangan wang. Kemudian ada orang-orang yang hampir tidak pernah bekerja tapi sentiasa mempunyai wang. Apa yang berlaku di sini? What’s going on here? Yang benar adalah ia mempunyai kaitan dengan minda bawah sedar mereka ... termostat kewangan dalaman mereka ditetapkan pada tahap tertentu. Satu contoh yang sempurna tentang ini adalah Donald Trump. Dia pernah kehilangan kekayaannya dan menjadi muflis lebih dari sekali. Tetapi setiap kali dia buat kekayaannya sekali lagi, beliau peroleh kekayaan yang lebih banyak daripada sebelumnya. Termostat kewangan dalam dirinya (minda bawah sedar beliau) telah ditubuhkan untuk kaya. Bagaimana anda boleh menetapkan termostat kewangan anda lebih tinggi untuk menarik lebih banyak duit? The answer may surprise you. Memang agak sukar bagi kebanyakan orang untuk menarik kekayaan kerana mereka mempunyai pandangan yang salah terhadap wang. Beberapa agama mengajar orang ramai bahawa menjadi sesuatu yang mulia bila menjadi miskin dan berjuang membanting tulang dalam hidup. Ucapan- ucapan seperti "Wang adalah punca segala kejahatan" membuatkan orang mempunyai perasaan negatif terhadap wang. Pada mulanya, anda mungkin berkata, "Saya tidak percaya mana-mana" tetapi sekali lagi, ini mungkin sudah berakar umbi dalam minda bawah sedar anda tetapi anda mungkin tidak sedar mengenainya selama ini.
  • 18. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 17 Langkah pertama untuk menukar termostat kewangan anda ialah dengan cara membina hubungan spiritual/jiwa dengan wang. Ini mungkin kelihatan aneh, terutama jika anda adalah orang yang kuat beragama. Tetapi kenyataannya adalah bahwa segala sesuatu mempunyai aspek rohani kepadanya. Apa sahaja yang anda menyambungkan cinta sejati sihat kepadanya, anda menarik lebih banyak. Anda harus mulai mencintai wang dengan cara yang sama anda suka badan anda, ibu bapa anda, pasangan anda dan anak-anak anda. Anda perlu mula melihat bahawa ada cinta dalam perkara-perkara yang anda mahu, dan memahami bahawa apa yang anda inginkan adalah baik untuk anda kerana anda katakan ia adalah baik untuk anda. Langkah seterusnya adalah anda memiliki banyak wang dalam fokus kehidupan anda. Ini bukan soal menyembah wang atau menjadi tamak. Jauh dari itu, tetapi ia adalah tentang memiliki wang lebih dalam hidup anda sekarang. Bayangkan apa yang akan rasa apabila mempunyai lebih daripada wang yang cukup. Tepatnya, bagaimana perasaan itu? Itu adalah perasaan yang anda perlu nikmati setiap hari secara tetap dan berterusan. Saya akan menyarankan anda untuk melakukannya setiap hari. Seterusnya, mendidik diri sendiri tentang bagaimana untuk menubuhkan bajet dan kaedah untuk meningkatkan kewangan anda. Fikirkan tentang kerja yang anda mahu dapatkan, atau perniagaan yang anda ingin mulakan. Bermula dengan mengubah perasaan ataupun persepsi anda tentang wang sebelum menyusun pelan untuk mendapatkan kekayaan, wang akan datang dengan mudah kepada anda. Wang akan datang dengan sukacita/gembira dan akan datang melalui kerja yang anda suka lakukan. A word of caution here... apabila topik menarik lebih banyak wang datang, ramai orang mungkin mula berfikir tentang menggunakan kekuatan minda bawah sedar mereka untuk mendapatkan wang melalui perjudian atau
  • 19. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 18 memenangi loteri. Sementara satu kemungkinan lagi, ianya lebih mudah untuk menarik wang melalui proses yang lebih terkawal. Yang lain melompat ke dalam perniagaan dan akhirnya menjadi scammed. Kuncinya di sini adalah keseimbangan. Jangan menipu diri sendiri dengan berfikir anda boleh membuat semua perubahan dengan hanya semalam untuk 5 hingga 10 tahun nanti, ianya sama sekali berbeza. Walaupun orang lain telah mengalami perubahan hanya semalam, sering kali lebih banyak cerita daripada apa yang anda diberitahu. Sebuah contoh utama dari ini adalah ketika seorang penulis berada di satu seminar dan penceramah-penceramah seminar tersebut menyebut semua kisah-kisah kejayaan mereka. Salah seorang daripada mereka adalah seorang pengarang dan beliau bercakap tentang bagaimana setelah membaca salah satu buku tertentu, kemudian dia menerbitkan karyanya dan karyanya kemudian menjadi best- seller di Amazon.com. Penulis tersebut sebenarnya mengenali lelaki ini sudah 3 tahun dan beliau juga tahu yang walaupun pengarang tersebut telah menjadi seorang penulis buku terlaris selepas membaca buku itu, beliau juga menghabiskan 3 tahun sebelum itu bekerja sebelum menjadi seorang pengarang. Asasnya adalah bahawa segala sesuatu dalam hidup kita memerlukan proses. Sama ada proses tersebut mengambil masa 30 saat atau 30 tahun, ia tidak penting bagi anda. Anda tidak boleh pergi tanpa menjalani proses dari beberapa bentuk sebelum mencapainya. Kadang-kadang proses yang terjadi lebih cepat jika anda sudah terdedah kepada sesuatu itu. Sebagai contoh, jika anda telah menjadi pemain piano, anda dengan mudah belajar bermain gitar kerana anda telah membina asas muzik dalam diri. Orang lain yang belum pernah belajar mungkin mengambil masa lebih lama. Hal ini sama dengan wang.
  • 20. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 19 Jika anda selalu mempunyai masalah dengan wang, jangan mengharapkan keajaiban terjadi hanya semalam. Anda hanya perlu bekerja dengan diri sendiri perlahan-lahan dan perubahan akan menyusul. Cuba seimbangkan dan tahu bahawa ada satu proses yang harus terjadi. Ia boleh berlaku sangat cepat atau ia boleh mengambil sedikit masa. Jadikan proses tersebut sebagai satu keutamaan untuk mendidik diri sendiri tentang wang. Terdapat banyak alat yang sangat baik dan sumber yang tersedia. Beberapa buku yang saya secara peribadi mengesyorkan ialah The Millionaire Mind oleh T. Harv Eker, Getting All You Can Out Of All You’ve Got oleh Jay Abraham ataupun jutawan senyap oleh Dato’ Rusli. Jika anda sering melihat hutang dan masalah wang untuk beberapa tahun atau bahkan sepanjang hidup anda, jangan mengharapkan perubahan sekelip mata. Tetapi jangan biarkan ianya menghalang anda membuat perubahan dalam masa yang sama. Ini sama seperti pergi ke gimnasium dan cuba untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Jika anda tidak pernah melakukan sebelum ini, jangan langsung untuk cuba mengangkat berat 300 pound. Anda boleh berakhir dengan kecederaan. Prinsip ini sama dengan wang. Semuanya bermula di minda anda. Cara anda berfikir dan merasai tentang wang seolah-olah pergi jauh dalam hidup anda. Apabila anda telah programkan minda bawah sedar anda ke dalam perasaan memiliki lebih dari wang yang cukup, anda bertindaklah dengan cara yang seimbang atau rasional untuk membawa anda ke sana. Sekarang anda dapat memahami prinsip-prinsip di sebalik semua ini, tetapi anda masih tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri daripada masalah wang. Jadi di sini ada beberapa garis panduan mudah dan praktikal yang anda boleh gunakan untuk melepaskan diri dari bebanan wang dari keadaan wang semasa anda. Pertama, jika anda berada dalam hutang dan mempunyai banyak bil, jangan memberi tumpuan kepadanya.
  • 21. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 20 Saya tidak menyatakan kepada anda untuk mengabaikan masalah hutang anda, tetapi sebaliknya mewujudkan sistem pembayaran balik hutang automatik sehingga perhatian anda boleh pergi kepada mengumpul lebih banyak wang dan tidak terus-menerus berfikir tentang hutang. Ingat, minda bawah sedar anda tidak membantah. Jika anda sentiasa memikirkan hutang, anda akan menarik lebih banyak hutang. Minda bawah sedar anda akan membawa lebih banyak untuk diberikan kepada anda melalui hidup sehari-hari anda. Seterusnya, anda cuba duduk dan menulis rencana atau plan untuk meningkatkan aliran tunai anda. Fikirkan baik-baik setiap idea yang keluar daripada minda anda. Cara yang paling jelas bagi kita sekarang mungkin adalah untuk bekerja lebih jam atau mendapatkan pekerjaan tambahan. Yah, terpulang pada anda. Saya lebih suka kepada satu teori seorang jutawan iaitu untuk menjadi kaya bukanlah dengan bersusah payah tetapi sejauh mana perniagaan ataupun cara yang kita buat itu efektif membuat duit. Saya bagi satu contoh mudah. Sebagai contohnya Pak Ali membuka satu gerai goreng pisang di sebuah pasar malam. Pendapatan bersih sehari Pak Ali bagi satu gerai goreng pisang ialah RM 30 ringgit. Asasnya begitu. Memandangkan Pak Ali mengetahui cara efektif bagi mendapatkan duit lebih ialah mengembangkan perniagaannya, Pak Ali membuka sebuah lagi gerai goreng pisang di pasar sayur. Pendapatan sehari bagi gerai baharu Pak Ali ialah RM 20 ringgit. Memandangkan ada dua buah gerai sudah dibina oleh Pak Ali, maka pendapatan seharinya sudah mencapai RM 50. RM 50 darab 30 hari hasilnya RM 1500. Selang beberapa lama kemudian, pak Ali membina satu kedai runcit di rumahnya, dan pendapatan seharinya RM 20 ringgit. Kini pendapatan sehari Pak Ali RM 70 ringgit. Kalau kita darab dengan 30 hari hasilnya RM 2100. Itu contoh bagi mereka yang mempunyai fokus duit setakat ribu sahaja. Cara lain adalah dengan memaksimumkan masa anda. Tanyakan pada diri sendiri berapa ramai orang lain boleh mendapat manfaat daripada tindakan yang saya amalkan pada masa ini. Konsep mudah bagi wang datang kepada anda juga ialah semakin banyak orang yang mendapat manfaat dari anda, lebih banyak anda membuka peluang untuk wang mengalir kepada anda. Fikir-fikirkan.
  • 22. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 21 Minda Bawah Sedar Anda Dan Cinta Mungkin ramai orang yang ingin tahu bagaimana mereka boleh programkan minda bawah sedar mereka untuk membawa lebih banyak cinta ke dalam hidup mereka dan menikmati hubungan cinta itu dengan lebih baik. Hal ini mungkin kedengaran agak pelik kepada anda dan mungkin ianya bertentangan dengan prinsip mendapatkan cinta yang anda tahu. Tetapi menjalani hubungan yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak cinta dalam hidup anda, bukan untuk orang lain. Ianya untuk anda semata bukan. Jika anda melihat hubungan cinta anda dengan pasangan anda dan mereka sangat memerlukan lebih perhatian dan cinta daripada anda maka anda harus sedar tanggungjawab anda kepada mereka. Tanggungjawab anda ialah membawa hubungan anda lebih bahagia, lebih cinta dan kasih sayang. Jadi apa yang boleh anda lakukan? Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah merasakan seolah-olah hubungan anda dipenuhi cinta dan bahagia. Nikmati perasaan itu sedalam- dalamnya.. Ini mungkin sukar untuk anda lakukan, terutamanya jika anda mempunyai insan dalam hidup anda yang anda rasa tidak boleh bersama-sama dengannya, atau yang anda percaya mereka telah menyakiti anda .. Jika anda merasa sukar untuk merasakan perasaan cinta itu pada awalnya, tidak mengapa. Anda hanya perlu laksanakannya mengikut kemampuan anda, dan pastikan anda tidak memaksa diri untuk merasakannya. Anda juga perlu berfikiran terbuka kepada idea mula menikmati cinta itu dari dalam diri sendiri dan kemudian perasaan cinta itu cuba kita hidupkan dalam diri, dan kita bawa dalam kehidupan kita. Yah, saya juga punya pengalaman menggunakan rahsiah ini. Terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak. Tetapi inilah yang pernah terjadi kepada saya. Suatu ketika dahulu, saya pernah uji hakikat ini iaitu merasakan cinta dalam diri boleh mengubah perasaan cinta di sekeliling kita. Satu saat saya pernah mengalami masalah hubungan dengan seseorang. Dia membenci saya, menjauhkan diri saya dan memulaukan diri saya.
  • 23. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 22 Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang menghadapi keadaan sedemikian. Tapi, dalam diri saya tetap yakin dan merasakan bahawa sekalipun dia membenci saya separuh mati, saya masih yakin dia masih tetap menyayangi diri saya. Nak tahu apa terjadi? Selang beberapa lama kemudian dia kembali kepada saya malah kami lebih rapat dari sebelumnya. Why? Why? Why?…. Mungkin itu pertanyaan anda. Kerana persaan dan persepsi kita mempengaruhi perasaan dan persepsi orang lain. Saya bagi contoh kepada anda dengan persoalan. Apa persepsi anda kepada orang yang berpersepsi buruk kepada anda, dan apa persepsi anda kepada orang yang berpersepsi baik kepada anda? Saya rasa jawapan itu biarlah anda jawab sendiri. Apa yang saya belajar daripada peristiwa ini ialah, apapun persepsi kita kepada orang lain mampu mengubah persepsi mereka kepada kita. Kadang-kadang haiwan kesayangan boleh membantu atau bahkan teman baik anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan dan anda cuba untuk merasakan rasa cinta itu, anda boleh menggunakan haiwan kesayangan anda untuk membantu anda masuk ke dalam perasaan cinta itu. Jika anda tidak mempunyai haiwan kesayangan sendiri, anda boleh fikirkan seorang teman atau orang yang dikasihi yang anda sudah mempunyai hubungan yang baik dengannya. Gunakanlah apa sahaja yang anda boleh untuk membantu anda masuk ke dalam perasaan itu. Cuba imaginasikan diri anda dengan jodoh impian anda. Jika anda sudah berkahwin, lihat pasangan anda seperti yang anda inginkan dan masuk ke dalam perasaan cinta itu. Lihatlah mereka sudah menjadi apa yang anda mahu contohnya mereka bertambah sayang kepada anda. Setelah itu, anda hanya perlu lupakan hasilnya. Biarkan minda bawah sedar anda bertindak mengatur tingkah laku anda, perjalanan hidup anda, untuk membawa anda ke arah cinta yang anda impikan tersebut. Ingat, anda berurusan dengan insan yang lain. Anda tidak boleh memaksa mereka untuk menjadi apa yang anda mahukan. Sekiranya kita memaksa mereka mengikut apa yang kita mahu, pasti berakhir dengan pertelingkahan,
  • 24. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 23 prasangka malah lebih teruk penceraian. Kebanyakan pasangan yang kita lihat sekarang tidak memahami hal ini. Jadi, sekiranya kita tidak boleh memaksa mereka mengikut apa yang kita mahukan, apa yang boleh kita buat? Anda ubah persepsi anda kepada mereka. Kenyataannya adalah tidak kira apa yang orang lain katakan atau lakukan yang penting bagi anda ialah bagaimana persepsi anda kepada mereka dan apa yang anda ingin lihat mereka menjadi. Kuncinya terletak pada anda, bukan pada mereka.
  • 25. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 24 Letakkan Semuanya Bersama-Sama Sekarang anda mengetahui beberapa dasar penting dan manfaat minda bawah sedar anda, terdapat satu lagi langkah penting yang perlu anda lakukan, supaya anda boleh meletakkan semua bersama-sama. Anda perlu lihat, minda bawah sedar anda adalah bertanggungjawab untuk segala-galanya dalam hidup anda. Bagaimana anda berfikir dan merasa tentang satu bidang kehidupan anda sering mempengaruhi sisi lain dalam hidup anda. Sebagai contoh, jika anda mengalami masalah wang, anda juga mungkin mempunyai masalah dengan kesihatan atau hubungan anda. Terdapat juga banyak orang yang mempunyai hubungan yang baik tetapi tidak memiliki sebanyak wang yang mereka inginkan. Ada juga yang mempunyai kesihatan yang baik dan banyak wang tetapi hubungan mereka berada dalam keresahan dan duka cita. Pokoknya di sini adalah anda perlu merasa baik dalam semua aspek kehidupan anda. Dengan fokus yang konsisten dan teratur kepada apa yang anda mahukan, maka anda secara automatik mengabaikan apa yang anda tidak mahu. Dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda inginkan, anda telah programkan bawah sedar anda untuk membawa anda lebih banyak dari apa yang anda fokuskan. Ini berlaku kerana wujud satu sunnatullah yang sangat terkenal dalam alam semesta ini iaitu Hukum Tarikan.
  • 26. Versi 1.0 USE YOU SECRET POWER M o t i v a s i U n t u k A n d a Halaman 25 Versi 1.0 adalah percuma kerana saya ingin mendedahkan kepada anda semua “secret power” anda yang selama ini anda tidak tahu. Insya Allah Versi 2.0 akan memaparkan lebih banyak rahsiah yang anda ingin tahu dan perlu tahu tentang “Secret Power” anda. Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak sebab membaca e-book ini. Segala kekurangan saya mohon maaf. Saya sangat-sangat berharap e-book ini dapat memotivasikan anda, dan saya juga berharap ianya bermanfaat untuk kita semua. Akhir kalam dari saya, “jangan pernah putus asa, sebab ada sesuatu yang hebat menunggu anda di sana. Apapun yang ada di “sana” ia bermula dari dalam diri kita”… sekian terima kasih…  Penulis: Fahmie http://onespermataku.blogspot.com/ sekian terima kasih