SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Ampunkan Aku
“Ayah, Cek minta ampun, Cek bukan nak dera ayah.”
Seorang ketua jururawat menghampiri ake setelah 10 minit kami sampai di Hospital
Sultanah Bahiyah yang tersergam megah di negeri yang terkenal dengan nama jolokan
Jelapang Padi Malaysia. Aku dapat rasa kemesraannya yang mengalir ke jemari kurus ayah,
lalu meresap ke dalam jiwa. Limpahan kasihnya aku terima, sejujur bibirnya
mengucapkan,‘‘sabarlah,” kepada aku.
Aku selalu mendengar perkataan itu selama 6 tahun menemani ‘‘ayah terbaikku ini”.
Itulah rangsangan masyarakat untuk menguatkan aku, walau tidak pernah sekali pun aku
mengucapkan ketidak sabaran menghadapi anugerah ini. Aku akui, dalam masa enam bulan
pertama, fasa penyakit osteoporosis, asma dan ulser yang sedang bersebati dengan tubuh
ayah, membuatkan aku tidak dapat memahami dan kadang kala merajuk serta ambil hati
dengan perangai ayah yang sering marah-marah padaku. Abang membekalkan RM500 buat
belanja aku menenangkan hati .
Aku berkelana mencari diri.Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini, Ayah tidak tahu
aku pergi kerana merajuk dengannya, bukan berkursus jahitan sebagaimana yang aku dan
abang beritahu kepada ayah.
“Ayah, Cek minta ampun. Cek bohong ayah. Cek tipu ayah” Selepas perpisahan itu,
Ayah tidak marah-marah lagi dan aku semakin mengenali hiasan usia pada warga yang telah
menghadiahkan aku dunia.
Akulah insan terpilih menemani usia emas‘‘Lelaki terbaik ini’’. Bangga menatap
wajahnya yang meniti tahun sehingga ke angka 79. Bahagia mendukung. Nikmat membasuh
berak kencingnya. Emak meninggal ketika usiaku awal belasan tahun kerana menderita barah
rahim. Sejak dari hari itu segala urusan terpikul di bahu ayah kerana ayah tidak mahu kahwin
lagi. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku ilmiah. Dialah ibu dialah ayah
padaku. Semua hal itu tidak terucap dengan kata-kata untuk aku ceritakan kebaikan dan kasih
sayang yang ayah limpahkan padaku. Aku pernah menjulang piala, namun kemenangannya
tidak semegah menatang tubuh ayah empat kali sehari ke bilik air.
Menggenggam wang hasil kemenangan tidak sepuas menekan mengeluarkan najis dari
dubur ayah. Enam tahun memproses sisa buangan itu,membuatkan aku sentiasa menanti
kehadiran saat itu, kalau sehari ayah tidak menunjukkan tanda hendak membuangnya.
Ketua jururawat itu menghulurkan salam perpisahan dan sentuhan kemesraan di kaki
ayah. Doktor wanita datang menyuakan stetoskopnya ke dada ayah. Dia mengarahkan ayah
dibawa ke dalam bilik.
“Encik Osman, sakit apa, kurus macam ni?” Soal doktor yang merawat ayah.
Aku yang sedang merenung mata ayah tersentak dari lamunan, Apa punya soalan
tanya pesakit macam tu. Hah! Pemiliknya seorang doktor lelaki, berdiri lebih dari satu kaki
jauhnya hujung usungan yang menempatkan tubuh ayah yang seberat lebih 35 kilorgram. Dia
memandang ayah, seperti melihat makhluk asing yang baru mendarat ke bumi. Pandangannya
tajam, menikam hati. Mana pergi doctor yang awal tadi. Aku tercari-cari, kelibat jururawat
tadi pun tidak kelihatan. Yang tinggal hanya aku, ayah dan doctor sombong perasan bagus
sangat sahaja di dalam bilik rawatan tersebut
“Tak boleh duduk hospital, sini banyak kuman!” Tanpa sentuhan rawatan, suara kasar
itu menerjah telinga kami. Aku sempat menangkap ketakutan pada wajah ayah sebelum luruh
ke tangannya. Aku genggam jemari yang sering mengusap kepalaku suatu ketika dulu, dan
matanya meluahkan bicara. Titisan air matanya menyayat sukma.
“ Ayah, cek minta ampun. Cek sayang ayah.” Hanya itu komunikasi kami sejak 6
bulan, suara ayah diangkat ke langit.
“Cek bukan nak tinggalkan ayah di hospital, cuma nak minta doktor tolong sedut
darah dalam hidung ayah sahaja.” Aku bersuara memberitahu ayah. Dari riak wajahnya aku
tahu dia risau ditinggalkan sendirian di hospital. Ayah paling takut datang ke hospital. Dia
lebih rela menanggung sakit dari di rawat di hospital.
Darah itu tidaklah banyak, tetapi titisannya menyekat perjalanan nafas. Aku tahu ayah
telah hampir ke hujung usia. Aku tidak mendoakan begitu, namun aku tahu kerana telah 6
tahun aku merawatnya.
Setiap petang, aku bawa ayah menyedut udara luar dengan kerusi rodanya. Rutin itu
tidaklah setiap hari aku lakukan kerana ayah malu dilihat dalam keadaan begitu. Walau
bagaimanapun, ayah suka benar jikalau waktu pagi aku membawanya menghirup haruman
bunga dihalaman rumah atau ke tepi sungai melihat memerang menangkap ikan.
Namun begitu, sejak tiga tahun lalu, ayah hanya terbaring sahaja kerana tulang
belakangnya yang kian reput itu sudah tidak mampu menahan duduk. Hendak beralih pun
tidak berdaya. Kalau dibiarkan terlentang, terlentanglah sampai bila-bila. Makannya pun tidak
pernah diminta. Kencing tidak berasa. Cuma beraknya, aku perlu menekan-nekan di hujung
dubur untuk mengeluarkannya kerana tulang belakang ayah sudah tidak kuat manakala isyarat
dari otaknya tidak lagi berfungsi mengaturkan perjalanannya. Keajaibannya mengerjakan itu,
hanya kami berdua sahaja yang merasa.
Dalam keadaan begitu, kepada abang-abang dan kakak-kakak iparku pun aku tidak
menyerahkan tanggungjawab ini, apatah lagi hendak meninggalkan ayah terlantar di katil
hospital seorang diri. Tidak. Tidak sekal- kali. Biarlah aku bersusah payah menjaga ayah. Aku
rela, Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk ayah asalkan ayah sentiasa di depan mataku.
Doktor itu pergi ke meja tulisnya. Aku merasai kesakitan dalam riak wajah ayah yang
mengalirkan air mata apabila plet x-ray disorong dan ditarik di bawah belakangnya yang luka.
“Ayah, cek tahu ayah sakit. Cek minta ampun. Cek bukan nak dera ayah, kita nak
berubat. kita nak buang darah dalam hidung ayah.” Aku memberitahu ayah dengan penuh rasa
bersalah. Aku tahu ayah menahan sakit. Kalau boleh bersuara tentu ayah dah jeritkan
kesakitan itu. Namun begitu ,suara ayah telah diambil oleh Penciptanya pada suatu malam
selepas kami mengucap sayang dan ayah melafazkan kalimah Allah mengakhiri perbualan
kasih kami. Sejak itu, hanya aku yang meluahkan bicara hati ayah dan ayah hanya memerhati.
Maha besar kuasa Allah yang menjadikan kita memahami antara satu sama lain hanya
dengan pandangan mata hati.
Tuhan mengambil sedikit demi sedikit anugerah yang dipinjam kepada “lelaki terbaik
ini”. Kalaulah masa yang dijanji itu benar-benar telah tiba, biarlah ayah pergi setelah habis
ikhtiar yang terdaya. Aku dan abang-abangku berpakat membawa ayah ke hospital yang baru
dibuka ini. Aku tidak lagi menemui petugas hospital dan doktor yang selalu melayan kami
dengan kemesraan yang terpancar dari hati.
“Macam ni, darah dalam hidung itu kami pun tak boleh buat apa.” Suara doktor yang
tidak mesra itu datang menerjah telinga. Aku yang sedang memandang ayah, beralih
melihatnya.
“Tak ada alat nak buang ?” Soalku kehairanan.
Tanpa menyentuh dan melihat hidung ayah, doktor itu membuat keputusan?
“Hah! sebuah hospital yang nilainya ratusan juta tidak ada alat di unit kecemasannya
untuk menyedut ketulan darah yang hanya mungkin sebesar tahi hidung, atau alat itu tidak ada
untuk orang seperti kami?”. Soal aku dengan nada sinis. Geram dengan kata-kata doctor yang
sombong itu.
“Beginilah, pergi ke klinik ENT, tapi malam ini tak ada. Klinik hari Isnin . kita buat
janji temu?” Balas doktor tadi dengan penjelasan ringkas. Aku tahu dia terasa dengan sindiran
aku.
Hari ini Selasa. Kena tunggu enam hari lagi, baru boleh jumpa doctor. Ayah tidak
pernah membiarkan nafas anaknya terganggu walaupun hanya enam saat. Inikan pula enam
hari nak biarkan masa berlalu. Tidak. Aku merenung keangkuhan doktor yang langsung tidak
menyentuh, melihat dan memeriksa hidung ayah.
“Nafas dia tersumbat. Takkan tak ada alat nak buang?” Soal aku tanda tidak puas hati.
“Kan dah terangkan tadi!” Doktor itu menjawab ringkas dengan nada yang tinggi.
Ketinggian suaranya dapat didengar oleh orang lain. Sinis pandangannya, aku renung
jauh-jauh dari jangkauan tangan. Namun begitu suara kasarnya telah menembusi seluruh
anggota tubuh. Kini darah bukan sahaja didalam hidung ayah, tetapi telah membanjiri
keseluruh tubuhku. Hilang segala penghormatan pada jawatan yang mulia itu. Aku
merenungnya dan amat berharap suatu hari nanti, dia akan duduk di tempat aku.
“Saya lebih bimbangkan paru-paru dia. Encik Osman duduk wad, nak?” sarannya
kendur, sambil menghulur surat janji temu dengan klinik ENT kepada aku.
Sebelum suaranya diambil oleh Pencipta, berkali-kali ayah berpesan, dia tidak mahu
menghabiskan usia tuanya di katil hospital. Aku pula tidak sanggup melihat ayah pergi tanpa
ikhtiar untuk menangguhkan perjalanan itu sedikit lagi. Kami pulang tanpa rawatan,
walaupun aku tahu keadaan paru-paru ayah yang dah lama kritikal. Tentu Allah telah
mengatur jadual terbaik untuk kami.
Rekod cemerlang dan kebaikan yang kami terima daripada kakitangan Hospital Besar
Alor Setar, telah dicemari oleh kebiadapan seorang doktor lelaki yang bertugas di unit
kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada senja malam 18 Januari 2009. Mungkin gegaran
dalam ambulans JPA3 yang menghantar kami telah menolak dan meluluskan ketulan darah
dalam hidung ayah. Pernafasannya mulai lancar, seperti lancarnya perjalanan ambulans yang
tidak berhenti di lampu isyarat.
Sebelum menidurkan ayah dengan kalimah Allah ditelinganya, aku ucapkan,‘‘Ayah,
cek minta ampun. Cek bawa ayah pergi hospital tadi, nak buang darah dalam hidung ayah.
Tapi doktor kata, tak ada alat nak buang .” Air mata ayah dan air mata aku menyatu apabila
pipi kami bertemu.”
“Cek sayang ayah. Iya, cek tahu, ayah pun sayang cek, kan”. Aku mengenggam tangan ayah,
dia merenung. Aku bahagia, namun kebimbangannya lebih terasa. Pagi Rabu,19 Januari 2009
sebelum jam 8.30 pagi, Aku menelefon ke pejabat pengarah hospital.
“Iya, saya doktor Idris, Pengarah hospital”. Aku pun bercerita dan pengarah itu
mendengar kisah layanan yang kami terima.
“Betulkah tak ada alat itu di unit kecemasan hospital?” Soal aku ingin kepastian.
“Ada”.Jawab pengarah hospital itu sepatah.
Aku terus meluahkan emosi. Dia mendengar dengan penuh sabar dan akhirnya meminta
alamat aku serta nombor telefon aku. Aku kurang berpuas hati tanpa menelefon doktor Norida
Ahmad, Timbalan pengarah hospital, kenalan yang selalu menjadi tempat aku meluahkan isi
hati.
“Kak Ida sibukkah”? Soal aku ringkas. Bimbang panggilan aku menggganggu
tugasannya.
“Nak mesyuarat sayang, ada apa?” Jawab Dr Norida.
“Nak mengadu”. Aku mengulang cerita dan soalan yang sama,
” Betulkah tak ada alat tu?” Soalku mohon kepastian.
“Tak ada”. Jelas Dr Norida memberi kata pasti padaku.
“Pagi tadi, pengarah hospital, Doktor Idris kata ada, petang ni, Kak ida, timbalan
pengarah hospital kata tak ada, mana satu yang betul ni?” Aku berbisik dalam hati, cuba
berteka-teki mencari satu kepastian. Aku tidak ingat macam mana kami mengakhiri
perbualan.
“Ayah, Cek sayang ayah. Sayang sangat. Ayah sayang Cek kan?” Aku tidak
tahu,macam mana lagi hendak bercakap dengan ayah yang hanya mendengar sahaja. Aku
amat merindui suaranya. Rindu sungguh! Ayah aku dulunya seorang yang periang. Guru
besar pencen. Sekolah terakhirnya ialah SK Charok Kudong. Dia suka bercerita tentang hal-
hal yang berlaku di seluruh dunia. Majalah kegemarannya National Geografic. Masa
terluangnya dihabiskan dengan menghasilkan buku skrap tentang perkara-perkara menarik
yang didapati dari majalah kegemarannya. Aku letakkan semua hasil kerja tangan ayah di satu
rak khas di dalam bilik. Kadang-kadang aku bacakan buku untuk ayah.
Aku menidurkan ayah dengan bacaan ayat-ayat Lazim. Ayah merenung muka aku,
namun cahaya dari matanya telah lama pudar. Aku mencium pipinya berkali-kali. Kulit
pipinya sudah kendur dan berkedut. Garis-garis halus diwajahnya memaparkan usianya yang
menginjak tua. Aku merenung muka cengkungnya. Barisan giginya sudah lama tiada. Radang
gusi yang dihidapi ayah membuatkan gigi ayah perlu dicabut semuanya 3 tahun dulu. Walau
wajah sudah dimamah usia namun padaku ayah masih lagi “lelaki dan ayah terbaik”di dunia
ini. Aku tidur di sisi ayah dan terjaga pukul 3.00 pagi apabila terdengar bunyi air liur tersekat
di kerongkongnya. Aku bangun mengangkat sedikit kepala ayah, perlahan-lahan mendengar
air liur itu hilang. Aku merenung perjalanan nafas di dadanya, tiada ombak yang melanda.
Mata aku teramat mengantuk.
Pukul enam pagi aku terjaga sekali lagi. Cuma mampu mengerling ke arah ayah. Aku
tidak berdaya mengangkat tangan, apatah lagi kepala dan badan. Aku terlelap dan terjaga
sekali lagi. Nampak jam di hujung kaki, pukul 7.40 pagi. Aku bingkas bangun, pantas
menerpa kearah ayah. Entah kenapa jari telunjuk aku lentangkan kearah hidung ayah yang
seperti jambu air.
Degupan kasar menerjah dada. ayah sudah tiada. 6 tahun aku mengabaikan dunia.
Enam tahun aku mengurus ayah bagaikan bayi yang baru di lahir. Cuma tiga jam aku terlena
pada pagi 20 Januari 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430, Ayah pergi tanpa sempat aku
menghantar perjalanannya dengan kasih syahadah dan kalimah Allah yang selalu aku ucapkan
ke telinganya.
“Ayah, Cek minta ampun. Ampunkan cek, anak yang gagal menyudahkan tugas di
hujung usia ayah.”
“Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ayahku. Kalau boleh dipindahkan segala dosanya,
letakkanlah di bahu aku. Aku redha. Sungguh redha!”
Berkali-kali aku menyelak kain yang menutup jenazah ayah. Aku cium pipinya, usap
rambutnya, meraba bawah belakang hingga punggungnya.
“Ada air!” Masa buka lampin pakai buang pagi tadi, kering.tiada apa-apa, kenapa
sekarang ada air kencing.
“Ayah tak mati….ayah tak mati…ayah tak mati!” aku memeluk dan mencium ayah.
“Ayah, cek minta ampun. Ayah tak mati, cek kata ayah tak mati. Cek minta ampun,
ampunkan cek.” Tangisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah
pergi untuk selama-lamanya menemui penciptaNya.
Ayah senyum. Manis sekali. Memang dialah “lelaki terbaik”di dunia ini. Tidak lama
kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak bernafas lagi.
Namun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan cecair akan
keluar melaluinya.
“Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.”
Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah 26 tahun aku hidup bertemankan ayah.
Akulah satu-satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat
bahawa ayah adalah “lelaki terbaik” dalam hidup aku.
Semasa jenazah ayah di bawa keluar aku menelefon Timbalan Pengarah Hospital
Sultanah Bahiyah yang sedang berehat di rumahnya.
“Kak Ida, ayah saya dah meninggal. Kirim salam terima kasih kepada doktor yang
mahu sedut darah dalam hidung ayah.”
~SEKIAN~
Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku Osman bin Mohamad, yang kembali
kerahmatullah pada tanggal 20 Januari 2009.
“Ayah, cek minta ampun. Ayah tak mati, cek kata ayah tak mati. Cek minta ampun,
ampunkan cek.” Tangisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah
pergi untuk selama-lamanya menemui penciptaNya.
Ayah senyum. Manis sekali. Memang dialah “lelaki terbaik”di dunia ini. Tidak lama
kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak bernafas lagi.
Namun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan cecair akan
keluar melaluinya.
“Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.”
Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah 26 tahun aku hidup bertemankan ayah.
Akulah satu-satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat
bahawa ayah adalah “lelaki terbaik” dalam hidup aku.
Semasa jenazah ayah di bawa keluar aku menelefon Timbalan Pengarah Hospital
Sultanah Bahiyah yang sedang berehat di rumahnya.
“Kak Ida, ayah saya dah meninggal. Kirim salam terima kasih kepada doktor yang
mahu sedut darah dalam hidung ayah.”
~SEKIAN~
Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku Osman bin Mohamad, yang kembali
kerahmatullah pada tanggal 20 Januari 2009.

More Related Content

Similar to Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
Novi Indah
 
Ganti Hati dahlan iskan
Ganti Hati dahlan iskanGanti Hati dahlan iskan
Ganti Hati dahlan iskan
eckosz
 
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
SMPN 1 Cikidang
 
Kisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayahKisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayah
mandina
 
Jangan Menangis, Mama
Jangan Menangis, MamaJangan Menangis, Mama
Jangan Menangis, Mama
Cynthia D
 
mama please dont cry
mama please dont crymama please dont cry
mama please dont cry
Cynthia D
 
Jangan Menangis, Mama...
Jangan Menangis, Mama...Jangan Menangis, Mama...
Jangan Menangis, Mama...
Cynthia D
 
Cerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukanCerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukan
Erman Hidayat
 

Similar to Ampunkan aku (cerpen) untuk ha (20)

cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Kursus perawatan ibadah pesakit
Kursus perawatan ibadah pesakitKursus perawatan ibadah pesakit
Kursus perawatan ibadah pesakit
 
Ganti Hati dahlan iskan
Ganti Hati dahlan iskanGanti Hati dahlan iskan
Ganti Hati dahlan iskan
 
Cerpen "Meraih Mimipi"
Cerpen "Meraih Mimipi"Cerpen "Meraih Mimipi"
Cerpen "Meraih Mimipi"
 
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
Sebuah cerita untuk berhenti meroko ( the story to stop smoking )
 
Cerpen bahasa bali (1)
Cerpen bahasa bali (1)Cerpen bahasa bali (1)
Cerpen bahasa bali (1)
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tiba
 
Kliping cerpen
Kliping cerpenKliping cerpen
Kliping cerpen
 
Kisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayahKisah bakal seorang ayah
Kisah bakal seorang ayah
 
Melakukan petunjuk bi
Melakukan petunjuk biMelakukan petunjuk bi
Melakukan petunjuk bi
 
Melakukan petunjuk bi
Melakukan petunjuk biMelakukan petunjuk bi
Melakukan petunjuk bi
 
Karangan cerpen sendiri
Karangan cerpen sendiriKarangan cerpen sendiri
Karangan cerpen sendiri
 
Lifeline
LifelineLifeline
Lifeline
 
Cerpen (harus terpisah)
Cerpen (harus terpisah)Cerpen (harus terpisah)
Cerpen (harus terpisah)
 
Jangan Menangis, Mama
Jangan Menangis, MamaJangan Menangis, Mama
Jangan Menangis, Mama
 
mama please dont cry
mama please dont crymama please dont cry
mama please dont cry
 
Jangan Menangis, Mama...
Jangan Menangis, Mama...Jangan Menangis, Mama...
Jangan Menangis, Mama...
 
Ceritaku
CeritakuCeritaku
Ceritaku
 
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016] Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
 
Cerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukanCerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukan
 

Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

  • 1. Ampunkan Aku “Ayah, Cek minta ampun, Cek bukan nak dera ayah.” Seorang ketua jururawat menghampiri ake setelah 10 minit kami sampai di Hospital Sultanah Bahiyah yang tersergam megah di negeri yang terkenal dengan nama jolokan Jelapang Padi Malaysia. Aku dapat rasa kemesraannya yang mengalir ke jemari kurus ayah, lalu meresap ke dalam jiwa. Limpahan kasihnya aku terima, sejujur bibirnya mengucapkan,‘‘sabarlah,” kepada aku. Aku selalu mendengar perkataan itu selama 6 tahun menemani ‘‘ayah terbaikku ini”. Itulah rangsangan masyarakat untuk menguatkan aku, walau tidak pernah sekali pun aku mengucapkan ketidak sabaran menghadapi anugerah ini. Aku akui, dalam masa enam bulan pertama, fasa penyakit osteoporosis, asma dan ulser yang sedang bersebati dengan tubuh ayah, membuatkan aku tidak dapat memahami dan kadang kala merajuk serta ambil hati dengan perangai ayah yang sering marah-marah padaku. Abang membekalkan RM500 buat belanja aku menenangkan hati . Aku berkelana mencari diri.Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini, Ayah tidak tahu aku pergi kerana merajuk dengannya, bukan berkursus jahitan sebagaimana yang aku dan abang beritahu kepada ayah. “Ayah, Cek minta ampun. Cek bohong ayah. Cek tipu ayah” Selepas perpisahan itu, Ayah tidak marah-marah lagi dan aku semakin mengenali hiasan usia pada warga yang telah menghadiahkan aku dunia. Akulah insan terpilih menemani usia emas‘‘Lelaki terbaik ini’’. Bangga menatap wajahnya yang meniti tahun sehingga ke angka 79. Bahagia mendukung. Nikmat membasuh berak kencingnya. Emak meninggal ketika usiaku awal belasan tahun kerana menderita barah
  • 2. rahim. Sejak dari hari itu segala urusan terpikul di bahu ayah kerana ayah tidak mahu kahwin lagi. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku ilmiah. Dialah ibu dialah ayah padaku. Semua hal itu tidak terucap dengan kata-kata untuk aku ceritakan kebaikan dan kasih sayang yang ayah limpahkan padaku. Aku pernah menjulang piala, namun kemenangannya tidak semegah menatang tubuh ayah empat kali sehari ke bilik air. Menggenggam wang hasil kemenangan tidak sepuas menekan mengeluarkan najis dari dubur ayah. Enam tahun memproses sisa buangan itu,membuatkan aku sentiasa menanti kehadiran saat itu, kalau sehari ayah tidak menunjukkan tanda hendak membuangnya. Ketua jururawat itu menghulurkan salam perpisahan dan sentuhan kemesraan di kaki ayah. Doktor wanita datang menyuakan stetoskopnya ke dada ayah. Dia mengarahkan ayah dibawa ke dalam bilik. “Encik Osman, sakit apa, kurus macam ni?” Soal doktor yang merawat ayah. Aku yang sedang merenung mata ayah tersentak dari lamunan, Apa punya soalan tanya pesakit macam tu. Hah! Pemiliknya seorang doktor lelaki, berdiri lebih dari satu kaki jauhnya hujung usungan yang menempatkan tubuh ayah yang seberat lebih 35 kilorgram. Dia memandang ayah, seperti melihat makhluk asing yang baru mendarat ke bumi. Pandangannya tajam, menikam hati. Mana pergi doctor yang awal tadi. Aku tercari-cari, kelibat jururawat tadi pun tidak kelihatan. Yang tinggal hanya aku, ayah dan doctor sombong perasan bagus sangat sahaja di dalam bilik rawatan tersebut “Tak boleh duduk hospital, sini banyak kuman!” Tanpa sentuhan rawatan, suara kasar itu menerjah telinga kami. Aku sempat menangkap ketakutan pada wajah ayah sebelum luruh ke tangannya. Aku genggam jemari yang sering mengusap kepalaku suatu ketika dulu, dan matanya meluahkan bicara. Titisan air matanya menyayat sukma.
  • 3. “ Ayah, cek minta ampun. Cek sayang ayah.” Hanya itu komunikasi kami sejak 6 bulan, suara ayah diangkat ke langit. “Cek bukan nak tinggalkan ayah di hospital, cuma nak minta doktor tolong sedut darah dalam hidung ayah sahaja.” Aku bersuara memberitahu ayah. Dari riak wajahnya aku tahu dia risau ditinggalkan sendirian di hospital. Ayah paling takut datang ke hospital. Dia lebih rela menanggung sakit dari di rawat di hospital. Darah itu tidaklah banyak, tetapi titisannya menyekat perjalanan nafas. Aku tahu ayah telah hampir ke hujung usia. Aku tidak mendoakan begitu, namun aku tahu kerana telah 6 tahun aku merawatnya. Setiap petang, aku bawa ayah menyedut udara luar dengan kerusi rodanya. Rutin itu tidaklah setiap hari aku lakukan kerana ayah malu dilihat dalam keadaan begitu. Walau bagaimanapun, ayah suka benar jikalau waktu pagi aku membawanya menghirup haruman bunga dihalaman rumah atau ke tepi sungai melihat memerang menangkap ikan. Namun begitu, sejak tiga tahun lalu, ayah hanya terbaring sahaja kerana tulang belakangnya yang kian reput itu sudah tidak mampu menahan duduk. Hendak beralih pun tidak berdaya. Kalau dibiarkan terlentang, terlentanglah sampai bila-bila. Makannya pun tidak pernah diminta. Kencing tidak berasa. Cuma beraknya, aku perlu menekan-nekan di hujung dubur untuk mengeluarkannya kerana tulang belakang ayah sudah tidak kuat manakala isyarat dari otaknya tidak lagi berfungsi mengaturkan perjalanannya. Keajaibannya mengerjakan itu, hanya kami berdua sahaja yang merasa. Dalam keadaan begitu, kepada abang-abang dan kakak-kakak iparku pun aku tidak menyerahkan tanggungjawab ini, apatah lagi hendak meninggalkan ayah terlantar di katil hospital seorang diri. Tidak. Tidak sekal- kali. Biarlah aku bersusah payah menjaga ayah. Aku rela, Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk ayah asalkan ayah sentiasa di depan mataku.
  • 4. Doktor itu pergi ke meja tulisnya. Aku merasai kesakitan dalam riak wajah ayah yang mengalirkan air mata apabila plet x-ray disorong dan ditarik di bawah belakangnya yang luka. “Ayah, cek tahu ayah sakit. Cek minta ampun. Cek bukan nak dera ayah, kita nak berubat. kita nak buang darah dalam hidung ayah.” Aku memberitahu ayah dengan penuh rasa bersalah. Aku tahu ayah menahan sakit. Kalau boleh bersuara tentu ayah dah jeritkan kesakitan itu. Namun begitu ,suara ayah telah diambil oleh Penciptanya pada suatu malam selepas kami mengucap sayang dan ayah melafazkan kalimah Allah mengakhiri perbualan kasih kami. Sejak itu, hanya aku yang meluahkan bicara hati ayah dan ayah hanya memerhati. Maha besar kuasa Allah yang menjadikan kita memahami antara satu sama lain hanya dengan pandangan mata hati. Tuhan mengambil sedikit demi sedikit anugerah yang dipinjam kepada “lelaki terbaik ini”. Kalaulah masa yang dijanji itu benar-benar telah tiba, biarlah ayah pergi setelah habis ikhtiar yang terdaya. Aku dan abang-abangku berpakat membawa ayah ke hospital yang baru dibuka ini. Aku tidak lagi menemui petugas hospital dan doktor yang selalu melayan kami dengan kemesraan yang terpancar dari hati. “Macam ni, darah dalam hidung itu kami pun tak boleh buat apa.” Suara doktor yang tidak mesra itu datang menerjah telinga. Aku yang sedang memandang ayah, beralih melihatnya. “Tak ada alat nak buang ?” Soalku kehairanan. Tanpa menyentuh dan melihat hidung ayah, doktor itu membuat keputusan? “Hah! sebuah hospital yang nilainya ratusan juta tidak ada alat di unit kecemasannya untuk menyedut ketulan darah yang hanya mungkin sebesar tahi hidung, atau alat itu tidak ada
  • 5. untuk orang seperti kami?”. Soal aku dengan nada sinis. Geram dengan kata-kata doctor yang sombong itu. “Beginilah, pergi ke klinik ENT, tapi malam ini tak ada. Klinik hari Isnin . kita buat janji temu?” Balas doktor tadi dengan penjelasan ringkas. Aku tahu dia terasa dengan sindiran aku. Hari ini Selasa. Kena tunggu enam hari lagi, baru boleh jumpa doctor. Ayah tidak pernah membiarkan nafas anaknya terganggu walaupun hanya enam saat. Inikan pula enam hari nak biarkan masa berlalu. Tidak. Aku merenung keangkuhan doktor yang langsung tidak menyentuh, melihat dan memeriksa hidung ayah. “Nafas dia tersumbat. Takkan tak ada alat nak buang?” Soal aku tanda tidak puas hati. “Kan dah terangkan tadi!” Doktor itu menjawab ringkas dengan nada yang tinggi. Ketinggian suaranya dapat didengar oleh orang lain. Sinis pandangannya, aku renung jauh-jauh dari jangkauan tangan. Namun begitu suara kasarnya telah menembusi seluruh anggota tubuh. Kini darah bukan sahaja didalam hidung ayah, tetapi telah membanjiri keseluruh tubuhku. Hilang segala penghormatan pada jawatan yang mulia itu. Aku merenungnya dan amat berharap suatu hari nanti, dia akan duduk di tempat aku. “Saya lebih bimbangkan paru-paru dia. Encik Osman duduk wad, nak?” sarannya kendur, sambil menghulur surat janji temu dengan klinik ENT kepada aku. Sebelum suaranya diambil oleh Pencipta, berkali-kali ayah berpesan, dia tidak mahu menghabiskan usia tuanya di katil hospital. Aku pula tidak sanggup melihat ayah pergi tanpa ikhtiar untuk menangguhkan perjalanan itu sedikit lagi. Kami pulang tanpa rawatan, walaupun aku tahu keadaan paru-paru ayah yang dah lama kritikal. Tentu Allah telah mengatur jadual terbaik untuk kami.
  • 6. Rekod cemerlang dan kebaikan yang kami terima daripada kakitangan Hospital Besar Alor Setar, telah dicemari oleh kebiadapan seorang doktor lelaki yang bertugas di unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada senja malam 18 Januari 2009. Mungkin gegaran dalam ambulans JPA3 yang menghantar kami telah menolak dan meluluskan ketulan darah dalam hidung ayah. Pernafasannya mulai lancar, seperti lancarnya perjalanan ambulans yang tidak berhenti di lampu isyarat. Sebelum menidurkan ayah dengan kalimah Allah ditelinganya, aku ucapkan,‘‘Ayah, cek minta ampun. Cek bawa ayah pergi hospital tadi, nak buang darah dalam hidung ayah. Tapi doktor kata, tak ada alat nak buang .” Air mata ayah dan air mata aku menyatu apabila pipi kami bertemu.” “Cek sayang ayah. Iya, cek tahu, ayah pun sayang cek, kan”. Aku mengenggam tangan ayah, dia merenung. Aku bahagia, namun kebimbangannya lebih terasa. Pagi Rabu,19 Januari 2009 sebelum jam 8.30 pagi, Aku menelefon ke pejabat pengarah hospital. “Iya, saya doktor Idris, Pengarah hospital”. Aku pun bercerita dan pengarah itu mendengar kisah layanan yang kami terima. “Betulkah tak ada alat itu di unit kecemasan hospital?” Soal aku ingin kepastian. “Ada”.Jawab pengarah hospital itu sepatah. Aku terus meluahkan emosi. Dia mendengar dengan penuh sabar dan akhirnya meminta alamat aku serta nombor telefon aku. Aku kurang berpuas hati tanpa menelefon doktor Norida Ahmad, Timbalan pengarah hospital, kenalan yang selalu menjadi tempat aku meluahkan isi hati. “Kak Ida sibukkah”? Soal aku ringkas. Bimbang panggilan aku menggganggu tugasannya.
  • 7. “Nak mesyuarat sayang, ada apa?” Jawab Dr Norida. “Nak mengadu”. Aku mengulang cerita dan soalan yang sama, ” Betulkah tak ada alat tu?” Soalku mohon kepastian. “Tak ada”. Jelas Dr Norida memberi kata pasti padaku. “Pagi tadi, pengarah hospital, Doktor Idris kata ada, petang ni, Kak ida, timbalan pengarah hospital kata tak ada, mana satu yang betul ni?” Aku berbisik dalam hati, cuba berteka-teki mencari satu kepastian. Aku tidak ingat macam mana kami mengakhiri perbualan. “Ayah, Cek sayang ayah. Sayang sangat. Ayah sayang Cek kan?” Aku tidak tahu,macam mana lagi hendak bercakap dengan ayah yang hanya mendengar sahaja. Aku amat merindui suaranya. Rindu sungguh! Ayah aku dulunya seorang yang periang. Guru besar pencen. Sekolah terakhirnya ialah SK Charok Kudong. Dia suka bercerita tentang hal- hal yang berlaku di seluruh dunia. Majalah kegemarannya National Geografic. Masa terluangnya dihabiskan dengan menghasilkan buku skrap tentang perkara-perkara menarik yang didapati dari majalah kegemarannya. Aku letakkan semua hasil kerja tangan ayah di satu rak khas di dalam bilik. Kadang-kadang aku bacakan buku untuk ayah. Aku menidurkan ayah dengan bacaan ayat-ayat Lazim. Ayah merenung muka aku, namun cahaya dari matanya telah lama pudar. Aku mencium pipinya berkali-kali. Kulit pipinya sudah kendur dan berkedut. Garis-garis halus diwajahnya memaparkan usianya yang menginjak tua. Aku merenung muka cengkungnya. Barisan giginya sudah lama tiada. Radang gusi yang dihidapi ayah membuatkan gigi ayah perlu dicabut semuanya 3 tahun dulu. Walau wajah sudah dimamah usia namun padaku ayah masih lagi “lelaki dan ayah terbaik”di dunia ini. Aku tidur di sisi ayah dan terjaga pukul 3.00 pagi apabila terdengar bunyi air liur tersekat
  • 8. di kerongkongnya. Aku bangun mengangkat sedikit kepala ayah, perlahan-lahan mendengar air liur itu hilang. Aku merenung perjalanan nafas di dadanya, tiada ombak yang melanda. Mata aku teramat mengantuk. Pukul enam pagi aku terjaga sekali lagi. Cuma mampu mengerling ke arah ayah. Aku tidak berdaya mengangkat tangan, apatah lagi kepala dan badan. Aku terlelap dan terjaga sekali lagi. Nampak jam di hujung kaki, pukul 7.40 pagi. Aku bingkas bangun, pantas menerpa kearah ayah. Entah kenapa jari telunjuk aku lentangkan kearah hidung ayah yang seperti jambu air. Degupan kasar menerjah dada. ayah sudah tiada. 6 tahun aku mengabaikan dunia. Enam tahun aku mengurus ayah bagaikan bayi yang baru di lahir. Cuma tiga jam aku terlena pada pagi 20 Januari 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430, Ayah pergi tanpa sempat aku menghantar perjalanannya dengan kasih syahadah dan kalimah Allah yang selalu aku ucapkan ke telinganya. “Ayah, Cek minta ampun. Ampunkan cek, anak yang gagal menyudahkan tugas di hujung usia ayah.” “Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ayahku. Kalau boleh dipindahkan segala dosanya, letakkanlah di bahu aku. Aku redha. Sungguh redha!” Berkali-kali aku menyelak kain yang menutup jenazah ayah. Aku cium pipinya, usap rambutnya, meraba bawah belakang hingga punggungnya. “Ada air!” Masa buka lampin pakai buang pagi tadi, kering.tiada apa-apa, kenapa sekarang ada air kencing. “Ayah tak mati….ayah tak mati…ayah tak mati!” aku memeluk dan mencium ayah.
  • 9. “Ayah, cek minta ampun. Ayah tak mati, cek kata ayah tak mati. Cek minta ampun, ampunkan cek.” Tangisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah pergi untuk selama-lamanya menemui penciptaNya. Ayah senyum. Manis sekali. Memang dialah “lelaki terbaik”di dunia ini. Tidak lama kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak bernafas lagi. Namun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan cecair akan keluar melaluinya. “Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.” Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah 26 tahun aku hidup bertemankan ayah. Akulah satu-satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat bahawa ayah adalah “lelaki terbaik” dalam hidup aku. Semasa jenazah ayah di bawa keluar aku menelefon Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah yang sedang berehat di rumahnya. “Kak Ida, ayah saya dah meninggal. Kirim salam terima kasih kepada doktor yang mahu sedut darah dalam hidung ayah.” ~SEKIAN~ Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku Osman bin Mohamad, yang kembali kerahmatullah pada tanggal 20 Januari 2009.
  • 10. “Ayah, cek minta ampun. Ayah tak mati, cek kata ayah tak mati. Cek minta ampun, ampunkan cek.” Tangisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah pergi untuk selama-lamanya menemui penciptaNya. Ayah senyum. Manis sekali. Memang dialah “lelaki terbaik”di dunia ini. Tidak lama kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak bernafas lagi. Namun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan cecair akan keluar melaluinya. “Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.” Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah 26 tahun aku hidup bertemankan ayah. Akulah satu-satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat bahawa ayah adalah “lelaki terbaik” dalam hidup aku. Semasa jenazah ayah di bawa keluar aku menelefon Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah yang sedang berehat di rumahnya. “Kak Ida, ayah saya dah meninggal. Kirim salam terima kasih kepada doktor yang mahu sedut darah dalam hidung ayah.” ~SEKIAN~ Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku Osman bin Mohamad, yang kembali kerahmatullah pada tanggal 20 Januari 2009.