TAJUK: CITA-CITA SAYA
Cita-cita bermaksud keinginan untuk
mencapai sesuatu perkara apabila sudah dewasa.
Semua orang mempunyai cita-cita yang
tersendiri,begitu juga dengan saya. Cita-cita saya
ialah seorang guru.
Saya ingin menjadi seorang guru kerana
ingin mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa
saya. Untuk menjadi seoang guru,saya perlulah
mempunyai ciri-ciri seperti tegas. Jika saya
mempunyai ciri ini, saya akan berani untuk
mengarahkan murid-murid saya untuk membuat
kerja rumah dan sebagainya.
Saya juga perlu menjadi guru yang baik hati.
Guru yang baik hati mestilah mendorong murid-
muridnya untuk menyiapkan kerja rumah,
memastikan murid-murid faham tentang subjek
yang telah diajar dan lain-lain lagi.
Sebagai guru, saya perlulah menjadi contoh
kepada muri-murid iaitu berdisiplin. Jika saya tidak
berdisiplin seperti,sentiasa datang lambat ke sekolah,
murid-murid juga akan mencontohi saya.
Saya akan belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai cita-cita saya iaitu ingin menjadi
seorang guru. Saya akan berusaha untuk memupuk
cirri-ciri untuk menjadi seorang guru mulai
sekarang.
TAJUK: GOTONG-ROYONG DI
SEKOLAH
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya
telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah
melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.
Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk
membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan
hubungan antara murid-murid, ibu bapa dan guru-
guru.
Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa
dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah.
Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas
kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan
kepada beberapa kumpulan.
Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun
beratur untuk mengambil alatan yang digunakan
untuk bergotong-royong. Alatan yang digunakan
untuk membersihkan kawasan sekolah ialah
penyapu, cangkul, sabit, kain buruk, baldi, cat,
berus dan sebagainya.
Setelah mengambil alatan yang digunakan,
kami pun memulakan tugasan masing-masing
dengan bersemangat. Saya dan rakan sekelas saya
menyapu daun-daun kering. Murid-murid yang lain
pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap.
Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat dinding
dan memotong rumput. Ada juga yang menanam
pokok bunga di persekitaran sekolah.
Bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 pula
bertugas menyapu lantai di dalam kelas. Ada yang
mengelap tingkap dan ada yang memadamkan
papan hitam. Selain itu, mereka juga menyusun
meja dan kerusi di dalam kelas.
Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun
telah selesai. Pihak kantin telah menyediakan
jamuan ringan untuk kami. Kami berehat sambil
menjamu selera di kantin. Di samping itu, Guru
Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami
dan memuji kami rajin dan bekerjasama.
Selepas menjamu selera di kantin, kami pun
pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa
bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan
cantik.
TAJUK: KEPENTINGAN MENJAGA
KEBERSIHAN
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang
dihormati para hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekelian. Pada pagi yang berbahagia ini,
saya akan menyampaikan syarahan bertajuk
“Kepentingan Kebersihan dalam Kehidupan Kita”.
Para hadirin yang dihormati,
Kebersihan merupakan perkara yang amat
penting dalam kehidupan kita. Setiap anggota
masyarakat perlu mempunyai tanggungjawab untuk
menjaga kebersihan. Kebersihan tidak boleh dipandang
ringan kerana kebersihan akan memberi kesan pada
kehidupan kita.
Setiap individu dalam masyarakat mestilah
bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran
kejiranan mereka. Kawasan yang kotor memudahkan
penyakit untuk merebak.
Para hadirin yang dihormati,
Kebersihan juga mencerminkan peribadi
seseorang. Justeru, seseorang yang selalu bersih akan
disukai ramai. Kebersihan juga perlulah diamalkan
secara menyeluruh iaitu di rumah, sekolah, pejabat dan
sebagainya.
Oleh itu, saya berharap agar kita akan bersama-
sama menjaga kebersihan agar negara sentiasa indah dan
bersih. Sekian, terima kasih.
TAJUK: KEPENTINGAN
MENJAGA KEBERSIHAN
Pada hari Jumaat setiap minggu, sekolah
kami akan mengadakan perhimpunan mingguan.
Setiap kali perhimpunan, ada seorang atau dua
orang murid yang terdiri daripada kalangan murid
Tahun6 yang akan mengacarakan perhimpunan
tersebut.
Sebelum perhimpunan dimulakan, kami
diminta untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan
membaca ikrar. Semasa lagu kebangsaan
dinyanyikan, kami mestilah berdiri tegak bagi
menghormati lagu tersebut.
Selepas selesai nyayian lagu kebangsaan dan
bacaan ikrar, guru besar akan menyampaikan sedikit
laporan dan ucapan mengenai disiplin murid,
kebersihan sekolah dan sebagainya.
Ada juga laporan yang disampaikan oleh
Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan
Kokurikulum dan guru yang bertugas pada minggu
tersebut.
Antara ucapan atau laporan yang sering
disentuh oleh guru-guru sekolah kami ialah tingkah
laku atau adab sopan seseorang murid. Kami sering
ditegaskan oleh guru untuk menjaga tingah laku dan
adab sopan.
Selepas perhimpunan itu selesai, kami akan
bersurai dan beredar daripada dewan tersebut
menuju ke kelas. Kami bergerak mengikut kelas
masing-masing dan dalam satu barisan yang lurus.
Langkah Membina Karangan Bahagian B
UPSR dengan Mudah
Lawatan dan Percutian : Pengalaman menyertai
lawatan/rombongan/perkelahan
a) Lawatan/rombongan (sekolah)
b) Perkelahan (keluarga)
PENDAHULUAN
(a) Lawatan/rombongan (sekolah)
- Bila melawat/berkelah
- Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut
- Tujuan lawatan.
- Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa
orang guru pengiring
Contoh Pendahuluan
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah
mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.
Lawatan tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah. Tujuan
lawatan adalah untuk mendapat maklumat tentang
haiwan-haiwan yang berada di zoo. Seramai 40 orang
murid dan lima orang guru pengiring menyertai lawatan
tersebut.
ISI ISI PENTING
1. Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)
- Berhimpun di tapak perhimpunan.
- Guru pengiring memberi taklimat .
- Dibawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas.
Contoh Perenggan Isi
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak
perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan
nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam
kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru-guru
pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami
beratur semasa menaiki bas tersebut.
2. Semasa berada di dalam bas
- Berbual-bual dengan kawan-kawan
- Menceritakan pengalaman masing-masing
- makan dan minum sarapan
Contoh Perenggan Isi
Semasa berada di dalam bas, angin bertiup sepoi-
sepoi bahasa. Kami berbual-bual dengan rakan-rakan.
Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman
pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati
kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas
untuk mengalas perut.
3. Setelah sampai
- Waktu tiba
- siapa yang menyambut ketibaan
- pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta
maklumat mengenai zoo negara
Contoh Perenggan Isi
Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi.
Selepas turun dari bas, pegawai yang bertugas menyambut
ketibaan kami dengan tangan terbuka. Beliau memberi
taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara
kepada kami. Kami mencatat maklumat-maklumat
penting yang disampaikan dalam buku catatan.
4. Aktiviti (apa yang dilihat dan dibuat)
- Melihat pertunjukan, pameran, persembahan
- mengambil gambar
- membeli cenderahati untuk diberi kepada ibu bapa
Contoh Perenggan Isi
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat
dari dekat binatang yang ada di dalam zoo. Kami juga
sempat melihat pertunjukan singa laut yang telah dilatih.
Banyak haiwan yang belum pernah saya lihat muncul di
depan mata seperti harimau dan zirafah. Saya berasa
sangat gembira.
PENUTUP
- Selepas makan tengah hari
- Waktu pulang
- tiba di sekolah dijemput oleh ibu bapa
- perasaan
Contoh Penutup
Selepas menikmati makan tengah hari di sana,
kami pun bersiap-siap pulang pada pukul 1.00 petang.
Tiba di sekolah, ibu bapa kami telah bersedia menjemput
kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke
rumah, saya sempat bercerita pengalaman yang
menyeronokkan tersebut kepada ibu. Saya berharap agar
saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi pada masa
akan datang. Kenangan manis ini akan saya ingat selama-
lamanya.
(b) Perkelahan bersama keluarga
PENDAHULUAN
- Bila ,siapa dan kemana pergi
- Dengan apa
- Tujuan
Contoh Pendahuluan
Pada cuti persekolahan yang lalu,
kami sekeluarga berkelah di Pantai Port Dickson di
Negeri Sembilan. Kami pergi ke sana dengan
menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ingin
makan angin di sana kerana kunjungan ini dapat
ingin merapatkan hubungan silaturahim antara ahli
keluarga.
ISI ISI PENTING
1. Sebelum pergi
- persediaan…………bawa bekalan makanan-
bapa memeriksa kenderaan
- Pukul berapa bertolak
Contoh Perenggan Isi
Sebelum bertolak, kami telah membuat
persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan
makanan dan pakaian kami. Ayah pula sibuk
memeriksa kereta supaya dapat dipandu dengan
selamat. Kami adik-beradik pula menolong ibu
mengangkat barang ke atas kereta. Kami sekeluarga
bertolak pada pukul 7.30 pagi.
2. Semasa dalam perjalanan
- Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam
kereta
Contoh Perenggan Isi
Semasa dalam perjalanan ke sana, kami
sekeluarga berbual-bual. Saya pula mengambil
peluang ini untuk mengambil gambar keindahan
alam semula jadi dari dalam kereta. Permandangan
di sepanjang jalan indah nian. Adik bongsu saya
tertidur di dalam kereta.
3. Tiba,suasana tempat tersebut dan aktiviti selepas tiba
- Waktu tiba
- mengeluarkan barang barang dari kereta
- mencari tempat sesuai untuk berehat dan
mendirikan khemah
Contoh Perenggan Isi
Kami tiba di Port Dickson pada pukul 9.00
pagi. Suasana di sana sangat meriah kerana ramai
orang juga membawa keluarga masing-masing
berkelah di sana. Kami adik-beradik menolong ibu
mengeluarkan barang-barang perkelahan. Bapa pula
meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.
Selepas menukar pakaian mandi, kami adik-
beradik pun bermandi-manda di tepi pantai. Selain
mandi, saya dan adik juga membina istana pasir.
Setelah penat bermain dan bermandi-manda, kami
sekeluarga menikmati bekalan makanan yang
disediakan oleh ibu. Kami juga sempat membeli
cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.
Penutup
- waktu pulang
- Perasaan… (gembira dan seronok).
- Waktu (pukul berapa) tiba di rumah
Sebelum pulang, kami sempat melihat
matahari terbenam. Selepas itu, kami pun bertolak
pulang. Saya berasa sangat gembira dan
seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada pukul 9
malam. Saya berharap agar saya berpeluang
berkelah di sana lagi. Kenangan manis ini akan saya
ingat selama-lamanya.

Cara mudah menulis karangan upsr

  • 1.
    TAJUK: CITA-CITA SAYA Cita-citabermaksud keinginan untuk mencapai sesuatu perkara apabila sudah dewasa. Semua orang mempunyai cita-cita yang tersendiri,begitu juga dengan saya. Cita-cita saya ialah seorang guru. Saya ingin menjadi seorang guru kerana ingin mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa saya. Untuk menjadi seoang guru,saya perlulah mempunyai ciri-ciri seperti tegas. Jika saya mempunyai ciri ini, saya akan berani untuk mengarahkan murid-murid saya untuk membuat kerja rumah dan sebagainya. Saya juga perlu menjadi guru yang baik hati. Guru yang baik hati mestilah mendorong murid- muridnya untuk menyiapkan kerja rumah, memastikan murid-murid faham tentang subjek yang telah diajar dan lain-lain lagi. Sebagai guru, saya perlulah menjadi contoh kepada muri-murid iaitu berdisiplin. Jika saya tidak berdisiplin seperti,sentiasa datang lambat ke sekolah, murid-murid juga akan mencontohi saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya iaitu ingin menjadi seorang guru. Saya akan berusaha untuk memupuk cirri-ciri untuk menjadi seorang guru mulai sekarang. TAJUK: GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan hubungan antara murid-murid, ibu bapa dan guru- guru. Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah. Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil alatan yang digunakan untuk bergotong-royong. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah ialah penyapu, cangkul, sabit, kain buruk, baldi, cat, berus dan sebagainya. Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugasan masing-masing dengan bersemangat. Saya dan rakan sekelas saya menyapu daun-daun kering. Murid-murid yang lain pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap. Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat dinding dan memotong rumput. Ada juga yang menanam pokok bunga di persekitaran sekolah. Bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 pula bertugas menyapu lantai di dalam kelas. Ada yang mengelap tingkap dan ada yang memadamkan papan hitam. Selain itu, mereka juga menyusun meja dan kerusi di dalam kelas. Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun telah selesai. Pihak kantin telah menyediakan jamuan ringan untuk kami. Kami berehat sambil menjamu selera di kantin. Di samping itu, Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan bekerjasama. Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.
  • 2.
    TAJUK: KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN Terimakasih Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekelian. Pada pagi yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Kepentingan Kebersihan dalam Kehidupan Kita”. Para hadirin yang dihormati, Kebersihan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana kebersihan akan memberi kesan pada kehidupan kita. Setiap individu dalam masyarakat mestilah bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran kejiranan mereka. Kawasan yang kotor memudahkan penyakit untuk merebak. Para hadirin yang dihormati, Kebersihan juga mencerminkan peribadi seseorang. Justeru, seseorang yang selalu bersih akan disukai ramai. Kebersihan juga perlulah diamalkan secara menyeluruh iaitu di rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya. Oleh itu, saya berharap agar kita akan bersama- sama menjaga kebersihan agar negara sentiasa indah dan bersih. Sekian, terima kasih. TAJUK: KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN Pada hari Jumaat setiap minggu, sekolah kami akan mengadakan perhimpunan mingguan. Setiap kali perhimpunan, ada seorang atau dua orang murid yang terdiri daripada kalangan murid Tahun6 yang akan mengacarakan perhimpunan tersebut. Sebelum perhimpunan dimulakan, kami diminta untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca ikrar. Semasa lagu kebangsaan dinyanyikan, kami mestilah berdiri tegak bagi menghormati lagu tersebut. Selepas selesai nyayian lagu kebangsaan dan bacaan ikrar, guru besar akan menyampaikan sedikit laporan dan ucapan mengenai disiplin murid, kebersihan sekolah dan sebagainya. Ada juga laporan yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan guru yang bertugas pada minggu tersebut. Antara ucapan atau laporan yang sering disentuh oleh guru-guru sekolah kami ialah tingkah laku atau adab sopan seseorang murid. Kami sering ditegaskan oleh guru untuk menjaga tingah laku dan adab sopan. Selepas perhimpunan itu selesai, kami akan bersurai dan beredar daripada dewan tersebut menuju ke kelas. Kami bergerak mengikut kelas masing-masing dan dalam satu barisan yang lurus.
  • 3.
    Langkah Membina KaranganBahagian B UPSR dengan Mudah Lawatan dan Percutian : Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan a) Lawatan/rombongan (sekolah) b) Perkelahan (keluarga) PENDAHULUAN (a) Lawatan/rombongan (sekolah) - Bila melawat/berkelah - Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut - Tujuan lawatan. - Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring Contoh Pendahuluan Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah. Tujuan lawatan adalah untuk mendapat maklumat tentang haiwan-haiwan yang berada di zoo. Seramai 40 orang murid dan lima orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut. ISI ISI PENTING 1. Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi) - Berhimpun di tapak perhimpunan. - Guru pengiring memberi taklimat . - Dibawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas. Contoh Perenggan Isi Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut. 2. Semasa berada di dalam bas - Berbual-bual dengan kawan-kawan - Menceritakan pengalaman masing-masing - makan dan minum sarapan Contoh Perenggan Isi Semasa berada di dalam bas, angin bertiup sepoi- sepoi bahasa. Kami berbual-bual dengan rakan-rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut. 3. Setelah sampai - Waktu tiba - siapa yang menyambut ketibaan - pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo negara Contoh Perenggan Isi Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas, pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami dengan tangan terbuka. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami. Kami mencatat maklumat-maklumat penting yang disampaikan dalam buku catatan. 4. Aktiviti (apa yang dilihat dan dibuat) - Melihat pertunjukan, pameran, persembahan - mengambil gambar - membeli cenderahati untuk diberi kepada ibu bapa Contoh Perenggan Isi Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukan singa laut yang telah dilatih. Banyak haiwan yang belum pernah saya lihat muncul di depan mata seperti harimau dan zirafah. Saya berasa sangat gembira. PENUTUP - Selepas makan tengah hari - Waktu pulang - tiba di sekolah dijemput oleh ibu bapa - perasaan Contoh Penutup Selepas menikmati makan tengah hari di sana, kami pun bersiap-siap pulang pada pukul 1.00 petang. Tiba di sekolah, ibu bapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya sempat bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu. Saya berharap agar saya berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi pada masa akan datang. Kenangan manis ini akan saya ingat selama- lamanya.
  • 4.
    (b) Perkelahan bersamakeluarga PENDAHULUAN - Bila ,siapa dan kemana pergi - Dengan apa - Tujuan Contoh Pendahuluan Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga berkelah di Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ingin makan angin di sana kerana kunjungan ini dapat ingin merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. ISI ISI PENTING 1. Sebelum pergi - persediaan…………bawa bekalan makanan- bapa memeriksa kenderaan - Pukul berapa bertolak Contoh Perenggan Isi Sebelum bertolak, kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dipandu dengan selamat. Kami adik-beradik pula menolong ibu mengangkat barang ke atas kereta. Kami sekeluarga bertolak pada pukul 7.30 pagi. 2. Semasa dalam perjalanan - Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam kereta Contoh Perenggan Isi Semasa dalam perjalanan ke sana, kami sekeluarga berbual-bual. Saya pula mengambil peluang ini untuk mengambil gambar keindahan alam semula jadi dari dalam kereta. Permandangan di sepanjang jalan indah nian. Adik bongsu saya tertidur di dalam kereta. 3. Tiba,suasana tempat tersebut dan aktiviti selepas tiba - Waktu tiba - mengeluarkan barang barang dari kereta - mencari tempat sesuai untuk berehat dan mendirikan khemah Contoh Perenggan Isi Kami tiba di Port Dickson pada pukul 9.00 pagi. Suasana di sana sangat meriah kerana ramai orang juga membawa keluarga masing-masing berkelah di sana. Kami adik-beradik menolong ibu mengeluarkan barang-barang perkelahan. Bapa pula meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan. Selepas menukar pakaian mandi, kami adik- beradik pun bermandi-manda di tepi pantai. Selain mandi, saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan bermandi-manda, kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disediakan oleh ibu. Kami juga sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan. Penutup - waktu pulang - Perasaan… (gembira dan seronok). - Waktu (pukul berapa) tiba di rumah Sebelum pulang, kami sempat melihat matahari terbenam. Selepas itu, kami pun bertolak pulang. Saya berasa sangat gembira dan seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada pukul 9 malam. Saya berharap agar saya berpeluang berkelah di sana lagi. Kenangan manis ini akan saya ingat selama-lamanya.