Lawatan sekeluarga ke ibu negeri Pulau Pinang, menginap di Hotel Seri Malaysia Georgetown. Hari pertama melawat bandar Georgetown, berkelah di Padang Kota dan Komtar. Hari kedua naik kereta api Bukit Bendera menikmati pemandangan Pulau Pinang, selepas itu bersiar di pantai Batu Feringgi sebelum pulang ke rumah menaiki feri.