SlideShare a Scribd company logo
1
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Oleh
MOHD FAQRUL RAZI B. AHMAD ZAKI
MOHAMAD ROSHIDI B. ZAINON@ZAIBON
NUR DIYANA BT NOORDIN
NURUL BAHIRAH BT ANUAL
ABSTRAK
Kertas kerja konsep ini bertujuan untuk menerangkan kemahiran-kemahiran bahasa,
prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran dan
penilaian bahasa yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENDAHULUAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan
kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan
ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Selain itu, kemahiran bahasa yang baik dan tepat membolehkan murid-murid
mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta menggunakannya sebagai
bahasa ilmu.
2
2.0 KEMAHIRAN BAHASA
2.1 Definisi
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mendefinisikan kemahiran
Mendengar dan Bertutur sebagai keupayaan murid memahami perkara yang didengar
dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau
situasi formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1999:1), kemahiran mendengar-bertutur
adalah asas kepada peningkatan penguasaan kepada semua pembelajaran dan
kecekapan berbahasa.
Kemahiran membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
pula didefinisikan sebagai kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang
dibaca. Smith dan Johnson (1980) dalam Yahya Othman (2007), membaca berteraskan
keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan
yang dibuat oleh pembaca.
Manakala kemahiran menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah pula didefinisikan sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan membina
ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Menurut
Kamarudin Hj Husin (1988:178):
Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu
dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia
merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.
2.2 KAEDAH PENGAJARAN
2.2.1 Kemahiran mendengar-bertutur
Kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam mengajarkan kemahiran
mendengar-bertutur ini ialah kaedah oral-aural, kaedah penglibatan tindak balas
fizikal(TPR) dan kaedah suggestopedia. Kaedah oral-aural menggunakan dialog untuk
3
dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini di mulai dengan sebutan lisan dan
dijalankan secara latih tubi mengikut intonasinya. Latih tubi dijalankan secara realistik
dan sistem tatabahasa dikenalkan secara induktif yang berperingkat dan teratur. Tujuan
utama kaedah ini ialah membolehkan perkembangan kemahiran bahasa pelajar secara
menyeluruh.
Selain itu, kaedah penglibatan tindak balas fizikal(TPR) juga boleh digunakan
dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Kaedah ini diperkenalkan oleh
aliran behaviorisme yang menekankan tingkah laku murid sebagai cara pemerolehan
bahasa. Kaedah ini dikenali sebagai pendekatan pemahaman yang mementingkan
pemahaman bahasa melalui pendengaran. Kaedah ini juga boleh dikaitkan dengan
pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui pendengaran
dan guru perlu mengajarkan kemahiran ini terlebih dahulu. Dalam TPR pemahaman
bahasa ini dianggap penting dan arahan yang diberi boleh memberi ruang untuk
penggunaan bahasa secara meluas seperti bertanya, meminta dan sebagainya.
Kaedah suggestopedia juga merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Pembelajaran ini
dianggap sebagai pembelajaran yang dramatik. Kaedah ini dapat menyimpan sebanyak
20 kali ganda ingatan daripada kaedah biasa. Kaedah ini membincangkan tentang
penumpuan yang boleh mengoptimumkan pembelajaran dan ingatan. Beberapa
pengkaji telah mengenal pasti tahap ingatan seseorang bagi memudahkan daya
penghafalan dan daya ingatan. Teks seharusnya merupakan bahan yang ringan dan
mempunyai pengaruh terhadap emosi
2.2.2 Kemahiran Membaca
Manakala kaedah yang boleh digunakan dalam mengajarkan kaedah membaca
pula ialah kaedah abjad, kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut. Kaedah abjad
merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mengajar membaca pada peringkat
permulaan. Dalam kaedah ini, murid akan disuruh menghafal setiap huruf mengikut
urutan. Setelah mengenali semua huruf, murid akan diajar huruf konsonan dan vokal
seterusnya membina suku kata menerusi penggabungjalinan bunyi-bunyi vokal dan
4
bunyi-bunyi konsonan. Kaedah ini lebih mementingkan kaedah hafalan dan tidak pada
makna.
Pengajaran berdasarkan kaedah fonik ini dilakukan dengan mengajar murid-
murid bunyi-bunyi huruf dan bukan lambang-lambang huruf. Menurut Sofiah Hamid
(1985: 1) dalam Zulkifley Hamid (1994:62), kaedah fonik berasaskan teori bahawa
belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara
bunyi dan lambang yang dilihat.
Kaedah Pandang dan Sebut juga merupakan kaedah mengajarkan kemahiran
membaca. Menurut kaedah ini, guru perlu menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang
pendek yang ditulis pada kad imbasan. Murid-murid diminta menyebut perkataan itu
beramai-ramai bersama-sama guru. Tiada sebarang cerakinan dibuat terhadap
perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
2.2.3 Kemahiran Menulis
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam kemahiran menulis.
Antaranya ialah kaedah terkawal. Kaedah terkawal terbahagi kepada dua kategori iaitu
kaedah terkawal sepenuhnya dan kaedah separuh terkawal. Kaedah terkawal
sepenuhnya merupakan penulisan karangan pada peringkat awal.Pengawalan
sepenuhnya dilakukan bagi mengelakkan murid-murid melakukan kesilapan. Latihan
yang diberikan adalah berbentuk menyalin semula bahan yang diberikan. Latihan ini
haruslah latihan yang pendek dan tujuan latihan ini adalah sebagai latihan mekanikal
sahaja.
Kaedah separuh terkawal pula merupakan peringkat murid-murid diberi peluang
untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan
menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara latihan yang
bersesuaian dengan penulisan peringkat ini ialah latihan menggantikan beberapa
perkataan yang telah dipadankan dengan perkataan lain yang disediakan.
5
2.3 PENDEKATAN PENGAJARAN
2.3.1 Kemahiran Mendengar-bertutur
Pendekatan komunikatif merupakan salah satu pendekatan yang digunakan
dalam kemahiran ini. Tujuan utamanya ialah supaya murid dapat menggunakan bahasa
yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi. Pendekatan ini bermula daripada satu teori
yang menganggap bahasa sebagai satu alat komunikasi. Pendekatan ini menyarankan
supaya murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi yang
sesuai di dalam bilik darjah. Ciri-ciri pendekatan ini ialah makna adalah sangat penting,
dialog lebih tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafal. Selain itu,
latihtubi juga boleh dilakukan tetapi tidak digalakkan.
2.3.2 Kemahiran Membaca
Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:169), pendekatan yang digunakan dalam
mengajarkan kemahiran membaca ialah pendekatan membina dan pendekatan
cerakinan. Pendekatan membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau
membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi
satu benda yang besar. Contohnya dalam mengajarkan ayat; ‘ Saya ada bola baru’
a) Memperkenalkan huruf - a,b,d,r,s,u,o,l
b) Memperkenalkan suku kata - sa,ya,bo,la,ba,ru
c) Memperkenalkan perkataan – saya, ada, bola, baru
d) Memperkenalkan rangkai kata – saya ada, bola baru
e) Memperkenalkan ayat - saya ada bola baru
Pada keseluruhannya, pendekatan ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi, dan
kaedah suku kata.
Selain itu, pendekatan cerakinan juga boleh digunakan dalam mengajar
kemahiran membaca. Pendekatan cerakinan ialah pendekatan pengajaran yang
mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada
unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.
6
Sebagai contoh,
a) Memperkenalkan ayat - saya ada bola baru
b) Memperkenalkan rangkai kata – saya ada, bola baru
c) Memperkenalkan perkataan – saya, ada, bola, baru
d) Memperkenalkan suku kata - sa,ya,bo,la,ba,ru
e) Memperkenalkan huruf - a,b,d,r,s,u,o,l
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata,
kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
2.3.3 Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis pula menggunakan pendekatan proses. Pendekatan proses
menekankan proses penulisan karangan tersebut. Biasanya murid-murid akan diminta:
a) menulis draf karangan terlebih dahulu
b) menulis karangan
c) menyemak karangan tersebut berulang kali.
Penyemakan boleh dilakukan oleh murid itu sendiri atau meminta orang lain melakukan
penyemakan. Penulisan karangan lebih bertumpu kepada proses memperbaiki
kesilapan dan menyusun semula isi mengikut keutamaaan. Penulisan draf yang
pertama akan disemak untuk melihat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sama ada dari
segi tatabahasa atau keutamaaan susunan isi karangan. Guru atau rakan yang
membuat penyemakan tidak akan membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan
tetapi memberikan cadangan-cadangan yang harus dipertimbangkan oleh penulis
semasa memperbaiki penulisan karangan mereka. Penyemakan berulang kali secara
tidak langsung menyedarkan murid-murid bahawa proses penyemakan yang berterusan
akan menghasilkan suatu penulisan karangan yang lebih sempurna.
Selain itu, pendekatan metafizika juga digunakan dalam kemahiran menulis.
Pendekatan ini melibatkan jalinan dan penghayatan antara aspek-aspek dalaman
seperti aspek psikologi, kerohanian seperti perasaan dan jiwa dengan hubungan
jasmani. Oleh itu, pendekatan ini berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap murid
7
tersebut semasa proses penulisan. Penghargaan merupakan aspek yang penting
dalam pengajaran yang bercirikan metafizika ini. Selain itu, pendekatan ini juga dapat
membentuk murid supaya lebih menghargai pengajaran yang hendak disampaikan oleh
guru. Perlakuan murid akan mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap
ransangan, peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan bidang afektif. Oleh itu,
guru haruslah membangkitkan pengalaman sedia ada murid atau menggunakan teknik-
teknik pengajaran yang dapat menimbulkan pengalaman yang bermakna terhadap
mereka. Di samping itu, guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk
mengungkapkan pemikiran, perasaan dan khayalan mereka supaya murid dapat
bersedia menghadapi aktiviti dalam pengajaran penulisan.
2.4 TEKNIK PENGAJARAN
2.4.1 Kemahiran Mendengar-Bertutur
Teknik latih tubi merupakan teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam
mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Tujuan teknik ini ialah untuk mencapai
tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini
murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-
perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.
Terdapat 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
I. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul
termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II. Tatabahasa (grammar) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek.
III. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan
imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan atau ayat dengan cara spontan
tanpa memikirkan apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar.
8
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafal. Teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Teknik
ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Teknik perbincangan pula dijalankan dengan cara mengulas pendapat
mengenai sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid mengeluarkan fikiran
dan pendapat dengan bernas. Teknik perbincangan adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan murid dibawah
penyeliaan seorang guru. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-
langkah berikut:
1. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua kumpulan.
3. Guru kemudian memberi tugasan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
4. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan.
5. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis.
2.4.2 Kemahiran Membaca
Teknik membaca yang boleh digunakan dalam kemahiran membaca ini ialah
teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning. Teknik bacaan intensif
merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.
Teknik ini memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang panjang untuk
mendapatkan maklumat atau makna. Teknik ini dilaksanakan untuk
memperkembangkan kebolehan meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam
9
konteks dan situasi yang berlainan. Selain itu, teknik ini juga bertujuan untuk
mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk
mengumpulkan maklumat.
Teknik bacaan ekstensif pula merupakan teknik yang dilaksanakan di luar bilik
darjah. Teknik ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah pemahaman
dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui teknik ini, murid digalakkan untuk
mencari isi-isi penting yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Teknik ini juga dikenali
sebagai bacaan luas.
Teknik Bacaan Skimming pula merupakan teknik yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau
maklumat. Teknik ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi
menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Teknik ini boleh dilaksanakan
dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen,
membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat dn memberikan tumpuan
sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik luncuran.
Teknik Bacaan Scanning merupakan teknik yang dilakukan secara imbasan
dengan membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Teknik ini juga
boleh dilakukan dengan cara membaca kandungan bab dengan pantas sambil
mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan. Selain itu, teknik ini juga boleh
dilakukan dengan memerhatikan rajah atau grafik yang terdapat dalam bahan bacaan
untuk mendapatkan maklumat. Tujuan teknik ini dilakukan adalah untuk mendapatkan
maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
2.4.3 Kemahiran Menulis
Teknik yang digunakan dalam mengajarkan kemahiran menulis pula ialah teknik
latih tubi bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka dalam aspek
memegang alat tulis, membentuk garisan dan lenggokan huruf dengan betul serta
mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Guru boleh memberi latih tubi
kepada murid yang menghadapi masalah tulisan yang terlalu sesak atau jarang dengan
menggalakkan murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau batang mancis.
10
Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik stalistik atau dikenali sebagai
gaya bahasa dalam kemahiran menulis. Guru biasanya menggunakan teknik ini
semasa mengajar murid-murid menulis karangan dalam aspek membuat perenggan,
bilangan perkataan dalam sesebuah ayat dan struktur ayat. Kemahiran menulis yang
baik melibatkan kecekapan menggunakan pelbagai bentuk struktur ayat untuk
menyampaikan maklumat dengan jelas dan memberi kepuasan membaca melalui gaya
bahasa penulisan yang menarik. Oleh itu, penulisan yang baik terdiri daripada ayat
yang pelbagai jenis seperti ayat dasar, ayat majmuk dan ayat aktif serta mempunyai
kepanjangan ayat yang berbeza-beza.
2.5 PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Prinsip yang digunakan untuk membina dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi kemahiran berbahasa ialah bahan yang bersesuaian, menepati
objektif pengajaran dan perlulah mencabar. Selain itu, bahan pengajaran tersebut
haruslah terancang dan menarik untuk meningkatkan minat dan pemahaman serta
keintelektualan murid-murid.
(a) Bahan yang bersesuaian - pemilihan bahan amat perlu dititikberatkan dalam
menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran. Bahan berkenaan hendaklah
bersesesuain dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid juga perlu dilihat untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
(b)Bahan yang dipilih hendaklah menepati objektif pengajaran – dalam menyediakan
bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid, guru perlulah memilih bahan
yang menepati dengan isi pelajaran seperti mengandungi maklumat, urutan susunan
juga perlu lebih teratur untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan lebih berkesan.
(c) Bahan yang dipilih perlulah mencabar- Dalam menyediakan bahan pembelajaran
dan pengajaran ini, guru perlulah mematuhi prinsip-prinsip yang berikut:
11
1. Bahan yang konkrit kepada abstrak.
2. Bahan yang mudah kepada kompleks.
3. Bahan yang mempunyai fakta terasing dengan bahan yang mengandungi fakta
bersepadu.
4. Bahan yang khusus kepada bahan yang umum.
5. Bahan yang umum kepada bahan teori.
(d) Bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik – pemilihan bahan
untuk sesi pengajaran haruslah terancang dan mampu menarik minat murid untuk
mempelajari sesuatu topik pengajaran yang diajarkan.
2.6 PENILAIAN PENGAJARAN KEMAHIRAN
2.6.1 Kemahiran Mendengar-Bertutur
Penilaian kemahiran mendengar-bertutur lazimnya dijalankan dalam kalangan
murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum
boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-
murid bukan Melayu. Mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang
kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami
gangguan.
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek
daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid
yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi
pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut
merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung
melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.
Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat
secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Contohnya:
Bertutur berdasarkan gambar - guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah
berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
12
Misalnya:
(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b) Apa yang sedang mereka lakukan?
(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang itu?
2.6.2 Kemahiran Membaca
Penilaian kemahiran membaca pula kebiasaannya diajar secara berperingkat-
peringkat iaitu bermula dari peringkat kesediaan membaca, peringkat mendirikan asas,
peringkat mencapai kemahiran membaca, peringkat melatih membaca untuk rekreasi
dan keilmuan dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.
Penilaian membaca boleh dilakukan untuk menguji kefahaman murid dengan
memberikan penyoalan secara terbuka dan ujian kloz. Penyoalan secara terbuka
diberikan kepada murid-murid selepas membaca teks yang diberikan. Murid-murid
diminta menjawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri dengan sebutan dan
perbendaharaan kata yang bersesuaian. Manakala ujian kloz pula dilakukan dengan
meminta murid-murid mengisikan tempat yang telah dikosongkan oleh guru dalam
sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, murid diminta membaca secara keseluruhan
teks. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongakn dengan perkataan yang bersesuaian.
2.6.3 Kemahiran Menulis
Penilaian kemahiran menulis harus dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilakukan bagi menguji penguasan
kemahiran bahasa seseorang murid di sekolah. Guru boleh menggunakan beberapa
ujian penilaian kemahiran menulis seperti ujian membina ayat, ujian menulis secara
terkawal dan ujian menulis secara terpimpin.
Ujian membina ayat ini bercorak formatif dan dapat menguji kebolehan murid
membina ayat yang sempurna dan lengkap serta betul dari segi struktur dan
tatabahasa. Ayat-ayat yang ditulis boleh menjadi selapis, berlapis atau berkait.
13
Kemahiran menulis pada peringkat ayat merupakan kemahiran asas bagi penulisan
peringkat wacana penulisan yang lebih panjang seperti karangan. Bagi menguji
kemahiran menulis ayat, gambar foto atau gambar lukisan bersiri boleh digunakan
sebagai stimulus bagi murid mengarang ayat.
Ujian menulis secara terkawal ini bercorak formatif dan sesuai diaplikasikan
kepada murid sekolah rendah. Tujuan ujian ini dijalankan kepada murid adalah untuk
menilai sama ada murid boleh menulis dan mengarang dalam keadaan yang
sebahagian besar daripada isi atau bentuk karangan telah disediakan oleh guru.
Kebebasan dalam memilih, menyusun dan mengeluarkan idea dengan menggunakan
ayat sendiri adalah terhad kerana banyak perkara diberikan atau dikawal oleh guru.
Satu teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menguji kemahiran menulis secara
terkawal ialah dengan memberikan murid satu rangka isi perkara atau tajuk yang perlu
dituliskannya.
Ujian menulis secara terpimpin sebenarnya lanjutan daripada ujian jenis
terkawal. Isi atau bentuk karangan yang perlu dihasilkan oleh murid kurang dikawal.
Misalnya, murid hanya akan diberikan sedkit panduan dalam tugas mengarang.
Panduan atau pimpinan itu boleh merupakan ayat pertama, ayat terakhir, rangka
karangan, gambar bersiri atau gambar komposisi sebagai stimulus dan panduan bagi
menulis dan mengarang. Dalam ujian ini, murid dikehendaki mengarang dengan
berpandukan jalan cerita dalam gambar menurut sirinya yang digunakan sebagai bahan
ransangan dan tema karangan. Satu lagi pilihan teknik ialah satu rangka karangan
diberikan kepada murid-murid dan mereka dikehendaki mengarang berpandukan
rangka tersebut.
( 2950 patah perkataan)
.
14
Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: prinsip, teknik dan contoh.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1999). Pengajaran Lisan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd:
Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1999). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Sri Pendidikan Logman:
Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran
Menulis. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd:Selangor.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan
Malaysia: Kuala Lumpur.
Yahya Othman (2007). Mengajar Membaca: teori dan aplikasi. Publishing Sdn.Bhd:
Kuala Lumpur
Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa.Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka:Selangor.
15
Sumber Internet:
http://www.scribd.com/doc/28427497/MODUL-BMM-3104-KEMAHIRAN-MENDENGAR-
BERTUTUR-MEMBACA-MENULIS
http://www.scribd.com/doc/26242082/Kemahiran-Mendengar-Dan-Bertutur
http://www.scribd.com/doc/27616424/KEMAHIRAN-LISAN
http://www.scribd.com/doc/24984628/siap-KEMAHIRAN-MENDENGAR

More Related Content

What's hot

Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Vini Fakhriyani Ulfah
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
ermahfir
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaAza Bella
 
Konsep Umum KSSR BM
Konsep Umum KSSR BMKonsep Umum KSSR BM
Konsep Umum KSSR BMSal7116
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
Nurul Othman
 
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingPrinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingWidya Ajeng Pemila
 
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
YairusHondro
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecil
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecilKeterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecil
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecilFatikah Suryani
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm NAZRI_1982
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
 

What's hot (18)

Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacana
 
Konsep Umum KSSR BM
Konsep Umum KSSR BMKonsep Umum KSSR BM
Konsep Umum KSSR BM
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
 
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asingPrinsip pengajaran kosakata bahasa asing
Prinsip pengajaran kosakata bahasa asing
 
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Pembelajaran Berbicara
Pembelajaran BerbicaraPembelajaran Berbicara
Pembelajaran Berbicara
 
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecil
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecilKeterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecil
Keterampilan menjelaskan dan membimbing diskusi kecil
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm Konsep umum kssr bm
Konsep umum kssr bm
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Bacaan intensif
Bacaan intensifBacaan intensif
Bacaan intensif
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 

Similar to Bmm-siap

Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaranfikratulhaq
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptxPPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
aqilahiba
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaAi Rahayu
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
T. Astari
 
M 15
M 15M 15
M 15
Ivana Lok
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
MohammadSiddiq26
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
Sssusi
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Nur Piny
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Septiana Farikha
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
Tompok Manggis
 
Metode dan strategi pembelajaran ppt fix
Metode dan strategi pembelajaran ppt fixMetode dan strategi pembelajaran ppt fix
Metode dan strategi pembelajaran ppt fix
Fina Zakiyyah
 

Similar to Bmm-siap (20)

Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptxPPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasa
 
Bbm 4
Bbm 4Bbm 4
Bbm 4
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Summary of ALM
Summary of ALMSummary of ALM
Summary of ALM
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Metode dan strategi pembelajaran ppt fix
Metode dan strategi pembelajaran ppt fixMetode dan strategi pembelajaran ppt fix
Metode dan strategi pembelajaran ppt fix
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Bmm-siap

  • 1. 1 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU Oleh MOHD FAQRUL RAZI B. AHMAD ZAKI MOHAMAD ROSHIDI B. ZAINON@ZAIBON NUR DIYANA BT NOORDIN NURUL BAHIRAH BT ANUAL ABSTRAK Kertas kerja konsep ini bertujuan untuk menerangkan kemahiran-kemahiran bahasa, prinsip-prinsip penyediaan dan penggunaan bahan bantu pengajaran-pembelajaran dan penilaian bahasa yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.0 PENDAHULUAN Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Selain itu, kemahiran bahasa yang baik dan tepat membolehkan murid-murid mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta menggunakannya sebagai bahasa ilmu.
  • 2. 2 2.0 KEMAHIRAN BAHASA 2.1 Definisi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mendefinisikan kemahiran Mendengar dan Bertutur sebagai keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1999:1), kemahiran mendengar-bertutur adalah asas kepada peningkatan penguasaan kepada semua pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Kemahiran membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula didefinisikan sebagai kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Smith dan Johnson (1980) dalam Yahya Othman (2007), membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Manakala kemahiran menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula didefinisikan sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:178): Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. 2.2 KAEDAH PENGAJARAN 2.2.1 Kemahiran mendengar-bertutur Kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur ini ialah kaedah oral-aural, kaedah penglibatan tindak balas fizikal(TPR) dan kaedah suggestopedia. Kaedah oral-aural menggunakan dialog untuk
  • 3. 3 dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini di mulai dengan sebutan lisan dan dijalankan secara latih tubi mengikut intonasinya. Latih tubi dijalankan secara realistik dan sistem tatabahasa dikenalkan secara induktif yang berperingkat dan teratur. Tujuan utama kaedah ini ialah membolehkan perkembangan kemahiran bahasa pelajar secara menyeluruh. Selain itu, kaedah penglibatan tindak balas fizikal(TPR) juga boleh digunakan dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Kaedah ini diperkenalkan oleh aliran behaviorisme yang menekankan tingkah laku murid sebagai cara pemerolehan bahasa. Kaedah ini dikenali sebagai pendekatan pemahaman yang mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran. Kaedah ini juga boleh dikaitkan dengan pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui pendengaran dan guru perlu mengajarkan kemahiran ini terlebih dahulu. Dalam TPR pemahaman bahasa ini dianggap penting dan arahan yang diberi boleh memberi ruang untuk penggunaan bahasa secara meluas seperti bertanya, meminta dan sebagainya. Kaedah suggestopedia juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Pembelajaran ini dianggap sebagai pembelajaran yang dramatik. Kaedah ini dapat menyimpan sebanyak 20 kali ganda ingatan daripada kaedah biasa. Kaedah ini membincangkan tentang penumpuan yang boleh mengoptimumkan pembelajaran dan ingatan. Beberapa pengkaji telah mengenal pasti tahap ingatan seseorang bagi memudahkan daya penghafalan dan daya ingatan. Teks seharusnya merupakan bahan yang ringan dan mempunyai pengaruh terhadap emosi 2.2.2 Kemahiran Membaca Manakala kaedah yang boleh digunakan dalam mengajarkan kaedah membaca pula ialah kaedah abjad, kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut. Kaedah abjad merupakan kaedah yang sering digunakan untuk mengajar membaca pada peringkat permulaan. Dalam kaedah ini, murid akan disuruh menghafal setiap huruf mengikut urutan. Setelah mengenali semua huruf, murid akan diajar huruf konsonan dan vokal seterusnya membina suku kata menerusi penggabungjalinan bunyi-bunyi vokal dan
  • 4. 4 bunyi-bunyi konsonan. Kaedah ini lebih mementingkan kaedah hafalan dan tidak pada makna. Pengajaran berdasarkan kaedah fonik ini dilakukan dengan mengajar murid- murid bunyi-bunyi huruf dan bukan lambang-lambang huruf. Menurut Sofiah Hamid (1985: 1) dalam Zulkifley Hamid (1994:62), kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah Pandang dan Sebut juga merupakan kaedah mengajarkan kemahiran membaca. Menurut kaedah ini, guru perlu menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang pendek yang ditulis pada kad imbasan. Murid-murid diminta menyebut perkataan itu beramai-ramai bersama-sama guru. Tiada sebarang cerakinan dibuat terhadap perkataan-perkataan yang telah dipelajari. 2.2.3 Kemahiran Menulis Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam kemahiran menulis. Antaranya ialah kaedah terkawal. Kaedah terkawal terbahagi kepada dua kategori iaitu kaedah terkawal sepenuhnya dan kaedah separuh terkawal. Kaedah terkawal sepenuhnya merupakan penulisan karangan pada peringkat awal.Pengawalan sepenuhnya dilakukan bagi mengelakkan murid-murid melakukan kesilapan. Latihan yang diberikan adalah berbentuk menyalin semula bahan yang diberikan. Latihan ini haruslah latihan yang pendek dan tujuan latihan ini adalah sebagai latihan mekanikal sahaja. Kaedah separuh terkawal pula merupakan peringkat murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara latihan yang bersesuaian dengan penulisan peringkat ini ialah latihan menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan perkataan lain yang disediakan.
  • 5. 5 2.3 PENDEKATAN PENGAJARAN 2.3.1 Kemahiran Mendengar-bertutur Pendekatan komunikatif merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam kemahiran ini. Tujuan utamanya ialah supaya murid dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi. Pendekatan ini bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu alat komunikasi. Pendekatan ini menyarankan supaya murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi yang sesuai di dalam bilik darjah. Ciri-ciri pendekatan ini ialah makna adalah sangat penting, dialog lebih tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafal. Selain itu, latihtubi juga boleh dilakukan tetapi tidak digalakkan. 2.3.2 Kemahiran Membaca Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:169), pendekatan yang digunakan dalam mengajarkan kemahiran membaca ialah pendekatan membina dan pendekatan cerakinan. Pendekatan membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Contohnya dalam mengajarkan ayat; ‘ Saya ada bola baru’ a) Memperkenalkan huruf - a,b,d,r,s,u,o,l b) Memperkenalkan suku kata - sa,ya,bo,la,ba,ru c) Memperkenalkan perkataan – saya, ada, bola, baru d) Memperkenalkan rangkai kata – saya ada, bola baru e) Memperkenalkan ayat - saya ada bola baru Pada keseluruhannya, pendekatan ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi, dan kaedah suku kata. Selain itu, pendekatan cerakinan juga boleh digunakan dalam mengajar kemahiran membaca. Pendekatan cerakinan ialah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.
  • 6. 6 Sebagai contoh, a) Memperkenalkan ayat - saya ada bola baru b) Memperkenalkan rangkai kata – saya ada, bola baru c) Memperkenalkan perkataan – saya, ada, bola, baru d) Memperkenalkan suku kata - sa,ya,bo,la,ba,ru e) Memperkenalkan huruf - a,b,d,r,s,u,o,l Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. 2.3.3 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis pula menggunakan pendekatan proses. Pendekatan proses menekankan proses penulisan karangan tersebut. Biasanya murid-murid akan diminta: a) menulis draf karangan terlebih dahulu b) menulis karangan c) menyemak karangan tersebut berulang kali. Penyemakan boleh dilakukan oleh murid itu sendiri atau meminta orang lain melakukan penyemakan. Penulisan karangan lebih bertumpu kepada proses memperbaiki kesilapan dan menyusun semula isi mengikut keutamaaan. Penulisan draf yang pertama akan disemak untuk melihat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sama ada dari segi tatabahasa atau keutamaaan susunan isi karangan. Guru atau rakan yang membuat penyemakan tidak akan membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan tetapi memberikan cadangan-cadangan yang harus dipertimbangkan oleh penulis semasa memperbaiki penulisan karangan mereka. Penyemakan berulang kali secara tidak langsung menyedarkan murid-murid bahawa proses penyemakan yang berterusan akan menghasilkan suatu penulisan karangan yang lebih sempurna. Selain itu, pendekatan metafizika juga digunakan dalam kemahiran menulis. Pendekatan ini melibatkan jalinan dan penghayatan antara aspek-aspek dalaman seperti aspek psikologi, kerohanian seperti perasaan dan jiwa dengan hubungan jasmani. Oleh itu, pendekatan ini berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap murid
  • 7. 7 tersebut semasa proses penulisan. Penghargaan merupakan aspek yang penting dalam pengajaran yang bercirikan metafizika ini. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membentuk murid supaya lebih menghargai pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Perlakuan murid akan mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan, peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan bidang afektif. Oleh itu, guru haruslah membangkitkan pengalaman sedia ada murid atau menggunakan teknik- teknik pengajaran yang dapat menimbulkan pengalaman yang bermakna terhadap mereka. Di samping itu, guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk mengungkapkan pemikiran, perasaan dan khayalan mereka supaya murid dapat bersedia menghadapi aktiviti dalam pengajaran penulisan. 2.4 TEKNIK PENGAJARAN 2.4.1 Kemahiran Mendengar-Bertutur Teknik latih tubi merupakan teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam mengajarkan kemahiran mendengar-bertutur. Tujuan teknik ini ialah untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan- perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu. Terdapat 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : I. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammar) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. III. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan atau ayat dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
  • 8. 8 Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafal. Teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Teknik perbincangan pula dijalankan dengan cara mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas. Teknik perbincangan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan murid dibawah penyeliaan seorang guru. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah- langkah berikut: 1. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua kumpulan. 3. Guru kemudian memberi tugasan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 4. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan. 5. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis. 2.4.2 Kemahiran Membaca Teknik membaca yang boleh digunakan dalam kemahiran membaca ini ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning. Teknik bacaan intensif merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci. Teknik ini memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang panjang untuk mendapatkan maklumat atau makna. Teknik ini dilaksanakan untuk memperkembangkan kebolehan meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam
  • 9. 9 konteks dan situasi yang berlainan. Selain itu, teknik ini juga bertujuan untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat. Teknik bacaan ekstensif pula merupakan teknik yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Teknik ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui teknik ini, murid digalakkan untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Teknik ini juga dikenali sebagai bacaan luas. Teknik Bacaan Skimming pula merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Teknik ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Teknik ini boleh dilaksanakan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen, membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat dn memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik luncuran. Teknik Bacaan Scanning merupakan teknik yang dilakukan secara imbasan dengan membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Teknik ini juga boleh dilakukan dengan cara membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan. Selain itu, teknik ini juga boleh dilakukan dengan memerhatikan rajah atau grafik yang terdapat dalam bahan bacaan untuk mendapatkan maklumat. Tujuan teknik ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. 2.4.3 Kemahiran Menulis Teknik yang digunakan dalam mengajarkan kemahiran menulis pula ialah teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka dalam aspek memegang alat tulis, membentuk garisan dan lenggokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Guru boleh memberi latih tubi kepada murid yang menghadapi masalah tulisan yang terlalu sesak atau jarang dengan menggalakkan murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau batang mancis.
  • 10. 10 Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik stalistik atau dikenali sebagai gaya bahasa dalam kemahiran menulis. Guru biasanya menggunakan teknik ini semasa mengajar murid-murid menulis karangan dalam aspek membuat perenggan, bilangan perkataan dalam sesebuah ayat dan struktur ayat. Kemahiran menulis yang baik melibatkan kecekapan menggunakan pelbagai bentuk struktur ayat untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan memberi kepuasan membaca melalui gaya bahasa penulisan yang menarik. Oleh itu, penulisan yang baik terdiri daripada ayat yang pelbagai jenis seperti ayat dasar, ayat majmuk dan ayat aktif serta mempunyai kepanjangan ayat yang berbeza-beza. 2.5 PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Prinsip yang digunakan untuk membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran berbahasa ialah bahan yang bersesuaian, menepati objektif pengajaran dan perlulah mencabar. Selain itu, bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik untuk meningkatkan minat dan pemahaman serta keintelektualan murid-murid. (a) Bahan yang bersesuaian - pemilihan bahan amat perlu dititikberatkan dalam menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran. Bahan berkenaan hendaklah bersesesuain dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid juga perlu dilihat untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. (b)Bahan yang dipilih hendaklah menepati objektif pengajaran – dalam menyediakan bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid, guru perlulah memilih bahan yang menepati dengan isi pelajaran seperti mengandungi maklumat, urutan susunan juga perlu lebih teratur untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. (c) Bahan yang dipilih perlulah mencabar- Dalam menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran ini, guru perlulah mematuhi prinsip-prinsip yang berikut:
  • 11. 11 1. Bahan yang konkrit kepada abstrak. 2. Bahan yang mudah kepada kompleks. 3. Bahan yang mempunyai fakta terasing dengan bahan yang mengandungi fakta bersepadu. 4. Bahan yang khusus kepada bahan yang umum. 5. Bahan yang umum kepada bahan teori. (d) Bahan pengajaran tersebut haruslah terancang dan menarik – pemilihan bahan untuk sesi pengajaran haruslah terancang dan mampu menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu topik pengajaran yang diajarkan. 2.6 PENILAIAN PENGAJARAN KEMAHIRAN 2.6.1 Kemahiran Mendengar-Bertutur Penilaian kemahiran mendengar-bertutur lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid- murid bukan Melayu. Mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Contohnya: Bertutur berdasarkan gambar - guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
  • 12. 12 Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mereka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang itu? 2.6.2 Kemahiran Membaca Penilaian kemahiran membaca pula kebiasaannya diajar secara berperingkat- peringkat iaitu bermula dari peringkat kesediaan membaca, peringkat mendirikan asas, peringkat mencapai kemahiran membaca, peringkat melatih membaca untuk rekreasi dan keilmuan dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca. Penilaian membaca boleh dilakukan untuk menguji kefahaman murid dengan memberikan penyoalan secara terbuka dan ujian kloz. Penyoalan secara terbuka diberikan kepada murid-murid selepas membaca teks yang diberikan. Murid-murid diminta menjawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri dengan sebutan dan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Manakala ujian kloz pula dilakukan dengan meminta murid-murid mengisikan tempat yang telah dikosongkan oleh guru dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, murid diminta membaca secara keseluruhan teks. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongakn dengan perkataan yang bersesuaian. 2.6.3 Kemahiran Menulis Penilaian kemahiran menulis harus dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilakukan bagi menguji penguasan kemahiran bahasa seseorang murid di sekolah. Guru boleh menggunakan beberapa ujian penilaian kemahiran menulis seperti ujian membina ayat, ujian menulis secara terkawal dan ujian menulis secara terpimpin. Ujian membina ayat ini bercorak formatif dan dapat menguji kebolehan murid membina ayat yang sempurna dan lengkap serta betul dari segi struktur dan tatabahasa. Ayat-ayat yang ditulis boleh menjadi selapis, berlapis atau berkait.
  • 13. 13 Kemahiran menulis pada peringkat ayat merupakan kemahiran asas bagi penulisan peringkat wacana penulisan yang lebih panjang seperti karangan. Bagi menguji kemahiran menulis ayat, gambar foto atau gambar lukisan bersiri boleh digunakan sebagai stimulus bagi murid mengarang ayat. Ujian menulis secara terkawal ini bercorak formatif dan sesuai diaplikasikan kepada murid sekolah rendah. Tujuan ujian ini dijalankan kepada murid adalah untuk menilai sama ada murid boleh menulis dan mengarang dalam keadaan yang sebahagian besar daripada isi atau bentuk karangan telah disediakan oleh guru. Kebebasan dalam memilih, menyusun dan mengeluarkan idea dengan menggunakan ayat sendiri adalah terhad kerana banyak perkara diberikan atau dikawal oleh guru. Satu teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menguji kemahiran menulis secara terkawal ialah dengan memberikan murid satu rangka isi perkara atau tajuk yang perlu dituliskannya. Ujian menulis secara terpimpin sebenarnya lanjutan daripada ujian jenis terkawal. Isi atau bentuk karangan yang perlu dihasilkan oleh murid kurang dikawal. Misalnya, murid hanya akan diberikan sedkit panduan dalam tugas mengarang. Panduan atau pimpinan itu boleh merupakan ayat pertama, ayat terakhir, rangka karangan, gambar bersiri atau gambar komposisi sebagai stimulus dan panduan bagi menulis dan mengarang. Dalam ujian ini, murid dikehendaki mengarang dengan berpandukan jalan cerita dalam gambar menurut sirinya yang digunakan sebagai bahan ransangan dan tema karangan. Satu lagi pilihan teknik ialah satu rangka karangan diberikan kepada murid-murid dan mereka dikehendaki mengarang berpandukan rangka tersebut. ( 2950 patah perkataan) .
  • 14. 14 Rujukan Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: prinsip, teknik dan contoh. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin (1999). Pengajaran Lisan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin (1999). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Sri Pendidikan Logman: Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd:Selangor. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. Yahya Othman (2007). Mengajar Membaca: teori dan aplikasi. Publishing Sdn.Bhd: Kuala Lumpur Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka:Selangor.