SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
KEMAHIRAN     LISAN


   BAND       5


PERNYATAAN    Memproses maklumat yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis.
 STANDARD


DESKRIPTOR    B5 DL1
              Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan.



  EVIDENS     B5 DL1 E1
              Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang
              munasabah.

              B5 DL1 E2
              Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam
              perbincangan


              Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI       1. Murid dibahagikan dalam kumpulan.
PENTAKSIRAN      2. Murid berbincang berkaitan gambar yang diberikan.
                 3. Murid secara berkumpulan, menyatakan pendapat dengan
                    memberikan alasan yang munasabah.



CONTOH ITEM
Contoh jawapan:
               1. Suasana banjir yang melanda sesuatu kawasan.
               2. Murid menyatakan kesan-kesan banjir, contohnya kerosakan
                   kenderaan, kediaman, tanaman dan ternakan.
               3. Murid menyatakan pendapat berkenaan tindakan-tindakan yang boleh
                   dilakukan apabila berlaku banjir.
                    Contoh : - Berpindah ke tempat selamat
                             - Mematikan suis elektrik dan gas
                             - Menyelamatkan dokumen-dokumen penting


CONTOH KAD     BIL                       SOALAN                         √/X
INVENTORI
                1     Adakah murid itu memahami tajuk yang
                      dibincangkan?

                2     Adakah murid itu mengemukakan hujah atau
                      pendapat secara logik?


                3     Adakah murid itu memebrikan contoh yang
                      sesuai untuk menguatkan hujah?

                4     Adakah murid itu memberikan respons secara
                      tertib dan bersopan? (contoh: memberikan
                      salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-
                      lain)

                5     Adakah murid dapat menyampaikan pendapat
                      atau idea dengan fasih dan bermakna?
KEMAHIRAN     MEMBACA


   BAND       5


PERNYATAAN    Membaca dan menghubungkait maklumat
 STANDARD


DESKRIPTOR    B5 DB1
              Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan.



  EVIDENS     B5 DB1 E1
              Menyatakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan yang
              dibaca

              B5 DB1 E2
              Menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca
              dengan pelbagai bahan bacaan lain.


                     Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI           1. Murid dibahagikan dalam kumpulan
PENTAKSIRAN          2. Murid membaca petikan dan menggariskan isi-isi penting.
                     3. Murid menyatakan maklumat yang tersirat daripada isi-isi penting.
                     4. Murid dapat menghubungkait maklumat tersirat daripada bahan
                        yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain.


CONTOH ITEM   MIRI 10 April – Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak
              menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk
              setiap individu.
              Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
              berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500
              mililiter sehari untuk seorang penduduk.
              Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-
              kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan
              kurang daripada 200 liter.
              “Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.
              “Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan
              menggunakannya secara berhemah,” katanya.
              Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran
              Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan
persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.
             Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih
             menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.
             Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa
             membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.
                                                                    Utusan Malaysia, 14 April 2010



             Contoh bahan bacaan tambahan

             Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju.
             Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti
             pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada
             beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air.
               Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara
             menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah
             kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula mengakibatkan
             penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca.
             Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu matahari yang berbahaya
             kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula
             mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu
             di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat.
                 Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh.
             Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga
             pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena
             hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh
             amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta
             benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia membina rumah kediaman
             berhampiran dengan tanah tinggi.
                 Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia.
             Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien.
             Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak selamat
             diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien kerana hidupan air
             seperti ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan
             sisa kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut.
                 Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan
             keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Adalah
             malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di hujung
             tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak berguna
             sekiranya nasi telah menjadi bubur.



CONTOH KAD     BIL                         SOALAN                                √/X
INVENTORI
                 1     Adakah murid itu memahami petikan yang
                       dibaca?

                 2     Adakah murid itu mengemukakan maklumat
                       yang tersirat dengan tepat daripada bahan
                       bacaan?


                 3     Adakah murid dapat menghubungkaitkan
                       maklumat tersirat daripada bacaan tambahan ?
4     Adakah murid itu memberikan respons secara
                       tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam,
                       meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain)

                 5     Adakah murid dapat menyampaikan pendapat
                       atau idea dengan fasih dan bermakna?




KEMAHIRAN    MENULIS


  BAND       5


PERNYATAAN   Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif
 STANDARD



DESKRIPTOR   B5 DT1 E1
             Menghasilkan karya kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang
             menarik

             B5 DT1 E2
             Menghasikan karya bukan kreatif yang lengkap dengan gaya
             penulisan yang menarik.




 EVIDENS     B5 DL1 E1
             Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang
             munasabah.

             B5 DL1 E2
             Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam
             perbincangan
Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI
PENTAKSIRAN     1.   Murid dibahagikan dalam kumpulan
                2.   Murid mambaca sajak Laut (Antologi Gema Sepi Gadis Genius)
                3.   Murid merujuk gambar untuk menghasilkan serangkap sajak.
                4.   Murid menghasilkan satu perenggan penulisan berdasarkan gambar
                     yang diberikan


CONTOH ITEM
KEMAHIRAN     LISAN


   BAND       6


PERNYATAAN    Menilai sesuatu perkara yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis.
 STANDARD


DESKRIPTOR    B6 DL1
              Mempertimbangkan pelbagai pendapat secara rasional



  EVIDENS     B6 DL1 E1
              Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional.


              Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI       4. Murid dibahagikan dalam kumpulan.
PENTAKSIRAN      5. Murid berbincang berkaitan gambar yang diberikan.
                 6. Murid secara berkumpulan, menyatakan pendapat dengan
                    memberikan alasan yang munasabah.



CONTOH ITEM




                                        .

              Contoh jawapan
                 1 Kandungan bahan-bahan berbahaya dalam setiap batang rokok.
                 2 Akibat-akibat merokok
CONTOH KAD   BIL                      SOALAN                         √/X
INVENTORI
              1    Adakah murid itu memahami tajuk yang
                   dibincangkan?


              2    Adakah murid itu mengemukakan hujah atau
                   pendapat secara logik?


              3    Adakah murid itu memberikan contoh yang
                   sesuai untuk menguatkan hujah?


              4    Adakah murid itu memberikan respons secara
                   tertib dan bersopan? (contoh: memberikan
                   salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-
                   lain)

              5    Adakah murid dapat menyampaikan pendapat
                   atau idea dengan fasih dan bermakna?
KEMAHIRAN    MEMBACA


   BAND       6


PERNYATAAN    Menilai sesuatu perkara yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis.
 STANDARD


 DESKRIPTOR   B6 DB1
              Membaca dan merumuskan maklumat dengan alas an yang dapat
              diterima



  EVIDENS     B6 DB1 E1
              Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca.

              B6 DB2 E2
              Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat
              diterima.


              Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI
PENTAKSIRAN             1 .Murid dibahagikan dalam kumpulan.
                        2. Murid membaca petikan dan menggariskan isi-isi penting.
                        3. Murid membuat peta minda berdasarkan bahan-bahan yang dibaca
                        4. Murid menilai bahan yang dibaca dan menghubungkaitkan
                           maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca .


CONTOH ITEM       1. https://sites.google.com/site/rokokmembahayakankesihatan/
                  2. http://www.tutor.com.my/tutor/
                  3. http://intim.wordpress.com/2007/12/28/remaja-merempit-bukan-salah-
                     ibu-bapa/



CONTOH KAD        BIL                      SOALAN                           √/X
INVENTORI
                   1      Adakah murid itu memahami tajuk yang
                          dibincangkan?

                   2      Adakah murid itu mengemukakan hujah atau
                          pendapat secara logik?
3    Adakah murid itu memebrikan contoh yang
                       sesuai untuk menguatkan hujah?

                  4    Adakah murid itu memberikan respons secara
                       tertib dan bersopan? (contoh: memberikan
                       salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-
                       lain)

                  5    Adakah murid dapat menyampaikan pendapat
                       atau idea dengan fasih dan bermakna?




KEMAHIRAN     MENULIS


   BAND       6


PERNYATAAN    Menilai sesuatu perkara yang didengar- ditutur, dibaca dan ditulis.
 STANDARD


DESKRIPTOR    B6 DT1
              Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.



  EVIDENS     B6 DT1 E1
              Menyunting kesalahan kata dan ayat dalam sesebuah karya.

              B6 DT1 E2
              Memurnikan sesebuah kerya sehingga boleh dijadikan contoh.


              Cadangan aktiviti:
  AKTIVITI        1. Guru mengedarkan petikan.
PENTAKSIRAN      2. Murid membaca petikan dan menyunting kesalahan kata dan ayat
                     dalam petikan.
3. Murid menulis semula petikan yang telah dimurnikan.



CONTOH ITEM   Contoh petikan

                 Kegiatan lumba haram boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada mereka
              yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Kegiatan lumba haram boleh
              membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana
              kebanyakan remaja yang terlibat tidak mempunyai lesen dan tidak
              mengutamakan ciri-ciri keselamatan seperti tidak memakai topi keledar.
              Mereka juga menunggang motosikal dengan cara yang merbahaya.
              Kesesakkan lalu lintas juga boleh berlaku akibat kemalangan yang
              membabitkan pelumba haram.

              Contoh kesalahan kata

                1. Merbahaya - berbahaya
                2. Kesesakkan - kesesakan

              Contoh kesalahan ayat

                1. Ini kerana - Hal ini demikian kerana

More Related Content

Similar to Band 5 dan 6

1.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 21.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 2wmzuri
 
1.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 21.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 2marshiza
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianroslinah_harun
 
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdfPembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdfTANMEICHIKPMGuru
 
Perbincangan waja
Perbincangan wajaPerbincangan waja
Perbincangan wajaMizan Sal
 
DSP KSSR SAINS TAHUN 3
DSP KSSR SAINS TAHUN 3DSP KSSR SAINS TAHUN 3
DSP KSSR SAINS TAHUN 3gengkapak84
 
14 dsp sains tahun 3 13 mei
14 dsp sains tahun 3 13 mei14 dsp sains tahun 3 13 mei
14 dsp sains tahun 3 13 meicikgupedalaman
 
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2haemf2811
 
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 201313 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013Khairul Amn K'rul
 
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 201313 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013Zarina Mohd Basri
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desa
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desaRancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desa
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desaPensil Dan Pemadam
 
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02Maimon Abdullah
 
Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3ainiafiqah
 
Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3Hati Mata
 

Similar to Band 5 dan 6 (20)

Rph kssr eseimen
Rph kssr eseimenRph kssr eseimen
Rph kssr eseimen
 
1.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 21.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 2
 
T6_Unit_21.ppt
T6_Unit_21.pptT6_Unit_21.ppt
T6_Unit_21.ppt
 
1.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 21.2 sp dunia sains & teknologi 2
1.2 sp dunia sains & teknologi 2
 
RPH DST KSSR thn 3
RPH DST KSSR thn 3RPH DST KSSR thn 3
RPH DST KSSR thn 3
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)
 
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdfPembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Pembinaan Contoh Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
 
Perbincangan waja
Perbincangan wajaPerbincangan waja
Perbincangan waja
 
DSP KSSR SAINS TAHUN 3
DSP KSSR SAINS TAHUN 3DSP KSSR SAINS TAHUN 3
DSP KSSR SAINS TAHUN 3
 
Rphnew
RphnewRphnew
Rphnew
 
14 dsp sains tahun 3 13 mei
14 dsp sains tahun 3 13 mei14 dsp sains tahun 3 13 mei
14 dsp sains tahun 3 13 mei
 
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2
RPH Bab 5 tanaman hiasan TING 2
 
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 201313 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
 
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 201313 dsp dunia sains tahun 3   5 feb 2013
13 dsp dunia sains tahun 3 5 feb 2013
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desa
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desaRancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desa
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu sekolah kebangsaan desa
 
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
 
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02
Dspsainstahun3 120925225125-phpapp02
 
Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3
 
Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3Dsp sains tahun 3
Dsp sains tahun 3
 

Band 5 dan 6

  • 1. KEMAHIRAN LISAN BAND 5 PERNYATAAN Memproses maklumat yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis. STANDARD DESKRIPTOR B5 DL1 Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan. EVIDENS B5 DL1 E1 Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. B5 DL1 E2 Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam perbincangan Cadangan aktiviti: AKTIVITI 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. PENTAKSIRAN 2. Murid berbincang berkaitan gambar yang diberikan. 3. Murid secara berkumpulan, menyatakan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. CONTOH ITEM
  • 2. Contoh jawapan: 1. Suasana banjir yang melanda sesuatu kawasan. 2. Murid menyatakan kesan-kesan banjir, contohnya kerosakan kenderaan, kediaman, tanaman dan ternakan. 3. Murid menyatakan pendapat berkenaan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku banjir. Contoh : - Berpindah ke tempat selamat - Mematikan suis elektrik dan gas - Menyelamatkan dokumen-dokumen penting CONTOH KAD BIL SOALAN √/X INVENTORI 1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? 2 Adakah murid itu mengemukakan hujah atau pendapat secara logik? 3 Adakah murid itu memebrikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? 4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain- lain) 5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?
  • 3. KEMAHIRAN MEMBACA BAND 5 PERNYATAAN Membaca dan menghubungkait maklumat STANDARD DESKRIPTOR B5 DB1 Menyatakan pendirian yang jelas dengan maklumat yang relevan. EVIDENS B5 DB1 E1 Menyatakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan yang dibaca B5 DB1 E2 Menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain. Cadangan aktiviti: AKTIVITI 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan PENTAKSIRAN 2. Murid membaca petikan dan menggariskan isi-isi penting. 3. Murid menyatakan maklumat yang tersirat daripada isi-isi penting. 4. Murid dapat menghubungkait maklumat tersirat daripada bahan yang dibaca dengan pelbagai bahan bacaan lain. CONTOH ITEM MIRI 10 April – Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk. Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira- kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter. “Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia. “Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan
  • 4. persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini. Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat. Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih. Utusan Malaysia, 14 April 2010 Contoh bahan bacaan tambahan Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air. Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat. Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia membina rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi. Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia. Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien. Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak selamat diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien kerana hidupan air seperti ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur. CONTOH KAD BIL SOALAN √/X INVENTORI 1 Adakah murid itu memahami petikan yang dibaca? 2 Adakah murid itu mengemukakan maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan bacaan? 3 Adakah murid dapat menghubungkaitkan maklumat tersirat daripada bacaan tambahan ?
  • 5. 4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain) 5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna? KEMAHIRAN MENULIS BAND 5 PERNYATAAN Menghasilkan pelbagai penulisan kreatif dan bukan kreatif STANDARD DESKRIPTOR B5 DT1 E1 Menghasilkan karya kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik B5 DT1 E2 Menghasikan karya bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik. EVIDENS B5 DL1 E1 Mengukuhkan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. B5 DL1 E2 Menggunakan gaya pengucapan yang bertatasusila dalam perbincangan
  • 6. Cadangan aktiviti: AKTIVITI PENTAKSIRAN 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan 2. Murid mambaca sajak Laut (Antologi Gema Sepi Gadis Genius) 3. Murid merujuk gambar untuk menghasilkan serangkap sajak. 4. Murid menghasilkan satu perenggan penulisan berdasarkan gambar yang diberikan CONTOH ITEM
  • 7. KEMAHIRAN LISAN BAND 6 PERNYATAAN Menilai sesuatu perkara yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis. STANDARD DESKRIPTOR B6 DL1 Mempertimbangkan pelbagai pendapat secara rasional EVIDENS B6 DL1 E1 Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional. Cadangan aktiviti: AKTIVITI 4. Murid dibahagikan dalam kumpulan. PENTAKSIRAN 5. Murid berbincang berkaitan gambar yang diberikan. 6. Murid secara berkumpulan, menyatakan pendapat dengan memberikan alasan yang munasabah. CONTOH ITEM . Contoh jawapan 1 Kandungan bahan-bahan berbahaya dalam setiap batang rokok. 2 Akibat-akibat merokok
  • 8. CONTOH KAD BIL SOALAN √/X INVENTORI 1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? 2 Adakah murid itu mengemukakan hujah atau pendapat secara logik? 3 Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? 4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain- lain) 5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?
  • 9. KEMAHIRAN MEMBACA BAND 6 PERNYATAAN Menilai sesuatu perkara yang didengar – ditutur, dibaca dan ditulis. STANDARD DESKRIPTOR B6 DB1 Membaca dan merumuskan maklumat dengan alas an yang dapat diterima EVIDENS B6 DB1 E1 Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca. B6 DB2 E2 Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat diterima. Cadangan aktiviti: AKTIVITI PENTAKSIRAN 1 .Murid dibahagikan dalam kumpulan. 2. Murid membaca petikan dan menggariskan isi-isi penting. 3. Murid membuat peta minda berdasarkan bahan-bahan yang dibaca 4. Murid menilai bahan yang dibaca dan menghubungkaitkan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca . CONTOH ITEM 1. https://sites.google.com/site/rokokmembahayakankesihatan/ 2. http://www.tutor.com.my/tutor/ 3. http://intim.wordpress.com/2007/12/28/remaja-merempit-bukan-salah- ibu-bapa/ CONTOH KAD BIL SOALAN √/X INVENTORI 1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? 2 Adakah murid itu mengemukakan hujah atau pendapat secara logik?
  • 10. 3 Adakah murid itu memebrikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? 4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain- lain) 5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna? KEMAHIRAN MENULIS BAND 6 PERNYATAAN Menilai sesuatu perkara yang didengar- ditutur, dibaca dan ditulis. STANDARD DESKRIPTOR B6 DT1 Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan. EVIDENS B6 DT1 E1 Menyunting kesalahan kata dan ayat dalam sesebuah karya. B6 DT1 E2 Memurnikan sesebuah kerya sehingga boleh dijadikan contoh. Cadangan aktiviti: AKTIVITI 1. Guru mengedarkan petikan. PENTAKSIRAN 2. Murid membaca petikan dan menyunting kesalahan kata dan ayat dalam petikan.
  • 11. 3. Murid menulis semula petikan yang telah dimurnikan. CONTOH ITEM Contoh petikan Kegiatan lumba haram boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Kegiatan lumba haram boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana kebanyakan remaja yang terlibat tidak mempunyai lesen dan tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan seperti tidak memakai topi keledar. Mereka juga menunggang motosikal dengan cara yang merbahaya. Kesesakkan lalu lintas juga boleh berlaku akibat kemalangan yang membabitkan pelumba haram. Contoh kesalahan kata 1. Merbahaya - berbahaya 2. Kesesakkan - kesesakan Contoh kesalahan ayat 1. Ini kerana - Hal ini demikian kerana