Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Bab5 :Pengenalan
1. Pengenalan
• Penyaluran banjir adalah perbandingan data pada
titik keratan sesuatu saliran di hulunya yang
diambil dengan mana-mana titik keratan di
hilirnya untuk tujuan rekod yang mengalami
malapetaka banjir.
• Ia merupakan suatu kadar perubahan kadaralir
dengan masa berlakunya limpahan air atau banjir.
• Sesuatu limpahan air boleh diramal akan berlaku
dalam sesuatu kawasan jika dibuat analisis
pengkalaan dan penjadualan.
• Oleh itu, terdapat beberapa kaedah analisis
pengkalaan banjir untuk membuat ramalan
berlakunya limpahan air.
• Penyaluran banjir bergantung kepada simpanan
air sedia ada.
2. • Kaedah Hidrografi digunakan untuk menentukan muatan
simpanan saluran itu pada aras-aras yang berlainan.
• Selain itu, Kaedah Rakaman Paras Gelombang Banjir yang
melepasi dua titik juga digunakan untuk menentukan muatan
simpanan.
• Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk
mengira kadaralir puncak bagi mengesan berlakunya
limpahan air.
• Namun begitu, kaedah yang paling kerap digunakan oleh
pengalisis banjir ialah Kaedah Rasional dan Kaedah
Muskingum.
• Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Keluasan Tadahan dan
Kaedah Parameter Tadahan juga masih digunakan
untukketepatan yang jitu.
• Kaedah Hidrografi yang selalu digunakan untuk
mendapatkan hidrograf aliran pada keratan di hilir dengan
menggunakan satu atau lebih hidrograf yang telah diketahui
di keratan hulunya.
3. • Namun begitu, pergerakan aliran air di permukaan
banjir tidak boleh dianggap sebagai mendatar.
• Oleh itu, suatu aliran banjir dalam sesuatu keratan
boleh dibahagikan kepada dua bahagian kiraan
iaitu simpanan prisma dan simpanan baji seperti
Rajah 5.1 di bawah:
Rajah 5.1: Bahagian Simpanan Pada Suatu Keratan Banjir
4. • Air banjir yang masuk di titik A akan keluar dari titik B hanya
secara sementara sahaja berada di dalam simpanan.
• Maka hubungan perubahan aliran masuk dengan aliran
keluar dengan masa akan berlaku serentak dengan
pergerakan aliran simpanan, Oleh itu hubungan dapat
dirumuskan sebagai:
Di mana :
I = Aliran masuk ke simpanan
O = Aliran keluar daripada simpanan,
= Perubahan simpanan terhadap masa.
5. Bagi satu sela masa, t
Persamaan ini dikira hampir kepada,
(I1 + I2 ) – (D1 + D2) = S1 – S2
Di mana:
I1 = Aliran masuk awal simpanan I2 = Aliran masuk akhir simpanan
O1 = Aliran keluar awal simpanan O2 = Aliran keluar akhir simpanan
S1 = Simpanan awal S2 = Simpanan akhir