Tamadun merupakan pencapaian dan pembangunan yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sains, teknologi, kesenian, dan moral. Ia wujud apabila terbentuknya penempatan kekal dan sistem sosial yang teratur seperti politik dan pendidikan. Agama, budaya, dan bahasa memainkan peranan dalam interaksi antara tamadun.