SlideShare a Scribd company logo
INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIAINTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA
(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)
MAKSUD INTERAKSIMAKSUD INTERAKSI
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,
interaksi bermaksud tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama lain.
Interaksi juga bermaksud tindak balas
antara dua atau beberapa pihak.
KESAN INTERAKSI
ANTARA TAMADUN
Positif Negatif
Kesan PositifKesan Positif ::
(Tamadun Islam,Yahudi,Kristian) (Tamadun Islam,Yahudi,Kristian) 
Beberapa kesan positif telah dikesan semasa
zaman kemunculan Islam di Tanah Arab
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad
saw,di Madinah hak-hak orang Kristian dan
Yahudi serta penganut-penganut agama lain
telah diberi perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis
dan ahli intelektual daripada kalangan individu-
individu Yahudi dan Kristian.
Kesan PositifKesan Positif :: (India, Cina)(India, Cina)
Agama Buddha disebarkan ke Negara China
melalui interaksi ini.
Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas,
bahan letupan, percetakan, penggunaan
kompas dan lain-lain.
Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-
buku koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Kesan PositifKesan Positif ::
(Islam, China)(Islam, China)
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini
Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama
Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan,
teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
farmasi
Kesan PositifKesan Positif ::
(Islam, Melayu)(Islam, Melayu)
 Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu
telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui
perdagangan.
 Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei,
Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
 Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-
orang Melayu.
 Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan
Melayu.
 Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah
Kesan PositifKesan Positif ::
(China, Melayu)(China, Melayu)
Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan
teknologi serta kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan
sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan
logam.
Interaksi antara tamadun China dengan tamadun
Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman
dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik.
Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara
China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka.
Kesan PositifKesan Positif ::
(China, Jepun)(China, Jepun)
Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan
tulisan.
Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama
Shinto
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak
semasa zaman Nara dan Heian.
Di samping agama, tulisan adalah satu lagi
kesan penting yang dibawa oleh Tamadun
China ke Jepun
Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun
Ajaran falsafah Konfusianisme dari China
turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun.
Ajaran Konfusianisme yang memberi
penekanan kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi kekeluargaan
Jepun.
Interaksi antara tamadun China dengan Jepun
telah berlaku secara aman dan penerapan
tamadun China dalam Tamadun Jepun telah
memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Kesan Negatif :Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)(Yahudi, Kristian, Islam)
 Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan
Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.
 Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi
secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.
 Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama,
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
 Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di
Eropah.
 Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak
melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali
sebagai peperangan Perang Salib
 Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan
Yahudi.
 Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama,
ekonomi dan politik
Kesan Negatif :Kesan Negatif :
((India, Islam)India, Islam)
Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-
raja India yang beragama Hindu
Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-
penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
beberapa upacara keagamaan Hindu.
Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak
keras terhadap penganut-penganut Hindu.
Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang
baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai
Jamuna, mengharamkan upacara sati dan sebagainya.
Kesan Negatif :Kesan Negatif :
(India, China)(India, China)
Tamadun India dengan tamadun China juga
berlaku konflik terutama semasa agama
Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan
Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendekiawan Konfusianisme yang
amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti
Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut
Kesan Negatif :Kesan Negatif :
((Islam, China)Islam, China)
 Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China
pada tahun 751 masihi.
 Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao
Hsien-chih
 Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai
hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin
 Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga
dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan.
 Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China
telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan
kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti
perdagangan.
 Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh
FAKTOR YANGFAKTOR YANG
MEMPENGARUHIMEMPENGARUHI
ANTARA TAMADUNANTARA TAMADUN
Toleransi kepimpinan
Nilai
Pemikiran
Keinsanan
Geografi
Institusi
Interaksi Tamadun ChinaInteraksi Tamadun China
dan Indiadan India
 Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum
masihi
 Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan
Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada
interaksi antara tamadun China dan India.
 Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka
China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya
masyarakat India.
 Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan,
kesenian, muzik dan sebagainya.
 Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku
penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut
kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang
telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China
terutama falsafah Konfusianisme.
Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses
penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-
prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.
Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan
India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China.
Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular
di istana dan di kalangan bangsawan China.
Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat
gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun
China.
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima
oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan
teknologi orang China yang telah berkembang di dalam
masyarakat India.
China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan
India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang
telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang.
Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem
kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727
masihi
Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga
turut menerima kesan interaksi antara tamadun
China dan India.
Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,
kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan
Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China.
Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa
Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut
berlaku.
Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan
perhubungan tamadun China dan India.
Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak
merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik
dan perdagangan.
Interaksi Tamadun IslamInteraksi Tamadun Islam
dan Chinadan China
Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya
utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei.
Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting
untuk ke China iaitu :
Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi
Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking
Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi
merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan
Melayu hingga ke Canton di tenggara China.
Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad
ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk
Parsi
Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang
Arab telah menetap di daerah tenggara China
seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan
Chuan Cow.
Hubungan perdagangan antara Arab dan China
menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan
mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan
Guangzhou dan Guanzhou.
Selepas beberapa abad kemudian,munculnya
beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang
Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi
(1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).
Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi
hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas
mereka.
Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China
Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah
diterbitkan pada tahun 1642.
 Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia
ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam
kepada masyarakat tempatan.
 Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran
Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu bapa),zhong
(kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak membantu penulis-
penulis China muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada
mayarakat China.
 Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China
Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun
sebuah buku bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak
6 jilid.
 Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.
 Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin telah
memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru untuk
Kublai Khan pada tahun 1267 masihi
 Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika
pemerintahan Dinasti Yuan.
 Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga
menyumbang dalam aspek senibina.
 Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang
(Sinkiang ).
Interaksi AntaraInteraksi Antara
Tamadun China danTamadun China dan
JepunJepun
 Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan
semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah
Korea.
 Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi.
 Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan
puak utara pada kurun ke-2 masihi.
 Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya
Korea telah meresapi budaya Jepun.
 Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan
tulisan.
 Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun.
 Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial
dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa
kepada perkembangan intelektual.
 Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-
mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.
 Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan
antara tulisan China dan tulisan Jepun.
 Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 masihi
turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata
pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.
 Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Contohnya
dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan
Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
 Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut
menerima kesan serta perubahan.
 Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam
memperkukuhkan institusi raja.
 Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama
asal orang-orang Jepun iaitu Shinto.
 Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu
dewa-dewa luar dan dewa tempatan.
 Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-
sayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting
kepada orang-orang Jepun.
 Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang
mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan
penting.
Interaksi AntaraInteraksi Antara
Tamadun India denganTamadun India dengan
Asia TenggaraAsia Tenggara
 Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada
perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat
Asia Tenggara.
 Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam
kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di
Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.
 Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara
ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme.
 Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran dan
politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “devaraja”.
 Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan
dewa.
 Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia Tenggara
ialah mazhab Mahayana dan Hinayana (agama Buddha
Theravada).
 Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang
dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum India.
 Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan
ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing
seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah
singgah di Srivijaya pada abad ke-7 masihi.
 Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di
Thailand,Myanmar,Burma dan Laos menerima agama dari
Mazhab Buddha Hinayana
 Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia
Tenggara adalah kesan interaksi tamadun ini.
 Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di
istana.
 Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana
menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.
 Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah
dilakukan selapas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara
dengan tamadun Islam.
 Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi.
 Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan
kata masyarakat Asia Tenggara.
 Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam
kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini.
 Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia
Tenggara secara amnya telah menyebabkan berlakunya
perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
 Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan
interaksi antara tamadun ini.
 Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem
perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam undang-
undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan
Perundangan Majapahit.
Interaksi AntaraInteraksi Antara
Tamadun Islam denganTamadun Islam dengan
Asia TenggaraAsia Tenggara
 Perkembangan Agama Islam telah memberi sumbangan yang
besar kepada perkembangan dan penerimaan tamadun Islam di
kawasan Asia Tenggara.
 Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam
sejak abad pertama hijrah.
 Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya dari Yaman
iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat penting dalam
perdagangan.
 Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang mengatakan
bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India.
 Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada beberapa
tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,Vlekke,
Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet dan masing-masing
mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.
Interaksi AntaraInteraksi Antara
Tamadun Islam denganTamadun Islam dengan
EropahEropah
 Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika
Utara,Sepanyol dan Sicily.
 Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah
merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan
kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.
 Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan
peperangan.
 Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
 Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang
Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik.
 Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah:
Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada
penganut Islam
Ketidakseimbangan ekonomi
Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk
berperang dengan orang-orang Islam
Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku
adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun
Greek (Yunani).
Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.
Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-
bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah
dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara
aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya
perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad
ke-12 masihi hingga 14 masihi).
Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap
(abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan
dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.
Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku
pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan Islam di Eropah.
Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville,
Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian
terpenting kepada pelajar Kristian.
Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,
matematik, astronomi dan seni muzik yang
berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi
pemikiran orang-orang Eropah.
Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang
karya-karya penting dalam bidang seni muzik.
Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah
diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi
peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari
seni ini.
KESIMPULANKESIMPULAN
 Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang
terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi
pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.
 Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara tamadun.
Antaranya ialah :
Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah
negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan
Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung
kepada semangat keinsanan.
 Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan.
 Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun
akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif
pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamadun
yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi,
ekonomi, sosial dan politik.
 Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi
tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).
 Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya
akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan
penting.
RUJUKANRUJUKAN
Internet :
 http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksi-antara-
tamadun-dan.html
 http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/mal-
india.pdf
 http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf
Buku :
 Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur,Universiti Malaya, 2001.
 Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah
Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.
 Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.
 Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu
Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun
Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007

More Related Content

What's hot

Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
Hafizd Zulhasni
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
Dhea Ct
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
mohd farid nasir
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
Are Matt
 
Kuliah 10
Kuliah 10Kuliah 10
Kuliah 10
Muhammad Syukri
 
Interaksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadunInteraksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadunCt Yanti
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunFadhlina Ishak
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia TenggaraTamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
HAFIZUDIN YAHAYA
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun CinaTamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
Joe Yi Lim
 
TITAS
TITASTITAS
TITAS
Julie Xiao
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
cg.Teha Amran
 
Lecture tamadun cina
Lecture   tamadun cinaLecture   tamadun cina
Lecture tamadun cina
Est
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamIfrahim jamil
 
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]Lonius Guntalib
 
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)DyanaCD
 
Budaya dan tradisi masyarakat india
Budaya dan tradisi masyarakat indiaBudaya dan tradisi masyarakat india
Budaya dan tradisi masyarakat india
Budax Ash's
 
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
University Tun Hussein Onn Malaysia
 

What's hot (20)

Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 
Kuliah 10
Kuliah 10Kuliah 10
Kuliah 10
 
Interaksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadunInteraksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadun
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia TenggaraTamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun CinaTamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - Bab 5: Tamadun Cina
 
TITAS
TITASTITAS
TITAS
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
 
Lecture tamadun cina
Lecture   tamadun cinaLecture   tamadun cina
Lecture tamadun cina
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islam
 
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]
Titas uw00202 courseoutline_sem_1_sesi_2012_2013[1]
 
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
[Topik 7] Penggunaan Mata Wang di China (Ann Wan Seng)
 
Budaya dan tradisi masyarakat india
Budaya dan tradisi masyarakat indiaBudaya dan tradisi masyarakat india
Budaya dan tradisi masyarakat india
 
Pengertian tamadun
Pengertian tamadunPengertian tamadun
Pengertian tamadun
 
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
 

Similar to Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia

Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sejDhani Ahmad
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
budakpaya
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
AnisFikriyah2
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
hasfazera hassan
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012eppy25
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuKhairunnisa' Mohammad
 
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARATREAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
suziana15
 
2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asiahafizahradzak
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
alkepuloh
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
SharifahNurAbu
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3mus mus
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.pptBAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
RoyMusa
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysia
Gomaze Lang
 

Similar to Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia (20)

Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012Tajuk sejarah spm 2012
Tajuk sejarah spm 2012
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
 
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARATREAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
 
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.pptBAB 5 TAMADUN CINA.ppt
BAB 5 TAMADUN CINA.ppt
 
tamadun malaysia
tamadun malaysiatamadun malaysia
tamadun malaysia
 

Recently uploaded

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia

  • 1. INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIAINTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)
  • 2. MAKSUD INTERAKSIMAKSUD INTERAKSI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
  • 4. Kesan PositifKesan Positif :: (Tamadun Islam,Yahudi,Kristian) (Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)  Beberapa kesan positif telah dikesan semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad saw,di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu- individu Yahudi dan Kristian.
  • 5. Kesan PositifKesan Positif :: (India, Cina)(India, Cina) Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku- buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China.
  • 6. Kesan PositifKesan Positif :: (Islam, China)(Islam, China) Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan farmasi
  • 7. Kesan PositifKesan Positif :: (Islam, Melayu)(Islam, Melayu)  Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan.  Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.  Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang- orang Melayu.  Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.  Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah
  • 8. Kesan PositifKesan Positif :: (China, Melayu)(China, Melayu) Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.
  • 9. Kesan PositifKesan Positif :: (China, Jepun)(China, Jepun) Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.
  • 10. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan Jepun. Interaksi antara tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan penerapan tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
  • 11. Kesan Negatif :Kesan Negatif : (Yahudi, Kristian, Islam)(Yahudi, Kristian, Islam)  Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.  Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.  Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.  Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di Eropah.  Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai peperangan Perang Salib  Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.  Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik
  • 12. Kesan Negatif :Kesan Negatif : ((India, Islam)India, Islam) Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja- raja India yang beragama Hindu Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut- penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan sebagainya.
  • 13. Kesan Negatif :Kesan Negatif : (India, China)(India, China) Tamadun India dengan tamadun China juga berlaku konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut
  • 14. Kesan Negatif :Kesan Negatif : ((Islam, China)Islam, China)  Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China pada tahun 751 masihi.  Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih  Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin  Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.  Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.  Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh
  • 15. FAKTOR YANGFAKTOR YANG MEMPENGARUHIMEMPENGARUHI ANTARA TAMADUNANTARA TAMADUN Toleransi kepimpinan Nilai Pemikiran Keinsanan Geografi Institusi
  • 16. Interaksi Tamadun ChinaInteraksi Tamadun China dan Indiadan India  Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi  Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India.  Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India.  Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.  Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme.
  • 17. Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip- prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang.
  • 18. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.
  • 19. Interaksi Tamadun IslamInteraksi Tamadun Islam dan Chinadan China Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu : Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi
  • 20. Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang Arab telah menetap di daerah tenggara China seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan Chuan Cow. Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Selepas beberapa abad kemudian,munculnya beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi (1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka. Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642.
  • 21.  Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan.  Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu bapa),zhong (kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak membantu penulis- penulis China muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.  Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak 6 jilid.  Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.  Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 masihi  Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan.  Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina.  Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang (Sinkiang ).
  • 22. Interaksi AntaraInteraksi Antara Tamadun China danTamadun China dan JepunJepun  Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea.  Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi.  Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 masihi.  Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.  Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan.  Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun.  Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.  Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos- mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.  Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.
  • 23.  Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 masihi turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.  Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Contohnya dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.  Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut menerima kesan serta perubahan.  Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja.  Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto.  Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan.  Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih- sayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun.  Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan penting.
  • 24. Interaksi AntaraInteraksi Antara Tamadun India denganTamadun India dengan Asia TenggaraAsia Tenggara  Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara.  Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.  Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme.  Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “devaraja”.  Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa.  Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana (agama Buddha Theravada).
  • 25.  Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum India.  Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 masihi.  Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand,Myanmar,Burma dan Laos menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana  Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi tamadun ini.  Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana.  Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.
  • 26.  Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan tamadun Islam.  Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi.  Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.  Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini.  Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara amnya telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.  Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi antara tamadun ini.  Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam undang- undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.
  • 27. Interaksi AntaraInteraksi Antara Tamadun Islam denganTamadun Islam dengan Asia TenggaraAsia Tenggara  Perkembangan Agama Islam telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamadun Islam di kawasan Asia Tenggara.  Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama hijrah.  Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya dari Yaman iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat penting dalam perdagangan.  Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India.  Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,Vlekke, Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet dan masing-masing mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.
  • 28. Interaksi AntaraInteraksi Antara Tamadun Islam denganTamadun Islam dengan EropahEropah  Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily.  Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.  Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.  Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.  Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik.  Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah: Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam Ketidakseimbangan ekonomi Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam
  • 29. Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani). Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang- bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi). Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi) Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.
  • 30. Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik. Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.
  • 31. KESIMPULANKESIMPULAN  Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.  Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara tamadun. Antaranya ialah : Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.  Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan.  Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik.  Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).  Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.
  • 32. RUJUKANRUJUKAN Internet :  http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksi-antara- tamadun-dan.html  http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/mal- india.pdf  http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf Buku :  Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 2001.  Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.  Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.  Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007